Thursday, June 30, 2016

Harga Minyak Bulan Julai 2016


Seperti biasa.. hujung bulan mesti ramai yang akan tunggu sama ada harga minyak naik atau turun. Tak macam sebelum-sebelum ni.. sekarang KPDNKK tak bagitahu dimedia secara terang-terangan macam dulu.. tapi terus bagitahu harga kepada peruncit atau station minyak.

Berikut harga minyak Bermula 1 Julai 2016 di Malaysia

RON95 naik 5 sen kepada RM1.75 seliter, RON97 naik 5 sen kepada RM2.10, diesel naik 5 sen kepada RM1.60 bermula esok (Julai)

Naik tak naik orang tetap perlukan minyak tuk balik kampung.. apalagi dah tiba musim perayaan. Redho je la..

Oh ya.. kalau kalian nak dapatkan reload giftcard isi minyak secara percuma di petronas.. meh baca link ni.. limited time only . Baca di kad isi Minyak secara percuma  di Petronas 
Tuesday, June 28, 2016

Nama Puteri Sulung TMJ


Mesti ramai yang nak tengok gambar puteri sulung Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan YM Che Puan Khaleeda Bustamam , sama lah seperti halnya dengan aku . Nama anak TMJ ialah YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail  ,  semalam 27 Jun 2016 , YM Che Puan Khaleeda dan puteri sulungnya selamat pulang ke Istana Bukit pelangi  daripada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. 


 YM Che Puan Khaleeda dan puteri sulung baginda berdua yang diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail berada di dalam keadaan sihat. Puteri TMJ sekaligus menambah ahli keluarga diraja Johor , cucu pertama  Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.




cucu pertama sultan johor






Tiada Wang Kertas Baru Tahun ni

Tarikh penukaran duit raya di bank jatuh pada .. 28 June 2016. Macam biasa.. musim raya ni orang akan tukar duit untuk isi sampul raya. Dari seringgit,lima ringgit ,sepuluh ringgit ,sampailah ke seratus ringgit. Fefeling masih budak.. masih berharap ada orang bagi duit raya kat Lisa ..hahaa.

Sayangnya tahun ni tak sama macam tahun sebelum sebelum ni. Tiada wang kertas baru. Huhu..jadi kalau tukar ke bank pun sama ja.. guna duit yang recycle tu. Nak jada alam sekitar katanya. Pesanan dari Bank Negara Malaysia. Hehehe... baru ke lama tak penting..yang penting nilai duit tu. Mungkin dah tukar Gurbernur punya pasal..tu pon ye juga kot.

Tapikan ..Lisa lebih suka wang kertas baru.. sebab sayang nak guna nanti..jadi boleh simpan dan tahan lama. Kalau wang kertas lama ni ...masuk mana-mana la nti jawabnya ,takleh menyimpan... hehehe

Dah beli baju raya belum ? Kalau belum.. meh baca senarai tempat shopping yang murah untik baju raya
Monday, June 27, 2016

Kad Isi Minyak Petronas Percuma RM30

Tak silap Lisa ,, Awal tahun , bulan Januari 2016 lepas.. celcom ada bagi giftcard reload di Petronas untuk customer Celcom baca di Kad ISI Minyak Percuma dari celcom ..  Promo ini datang sampena nak raya ,, mesti ramai yang nak balik kampung kan . Kali ini reload card petronas ini diberikan untuk pendaftar package celcom First Postpaid dengan new number sahaja . 

Giftcard reload petronas senilai RM30.00 hanya terhad untuk promo ramadan ini sahaja. Tarikh akhir pendaftaran first gold pula sampai ujung bulan ni sahaja 30 June 2016. Kalau ada extend lagi pun paling last sampai raya saja . Tapi raya sapa nak kerja la kan.. hahaaha mana ada celcom buka... 

Bagaimana untuk dapatkan card reload isi minyak Petronas ini ?
Kalian hanya perlu daftar package celcom First Gold , (number baru sahaja ) , dan kemudian kalian akan dapat giftcard petronas ini secara percuma. Mudah bukan ?

Jom le pakat daftar First Gold 80 unlimited call dan sms, data internet 10GB , info selebihnya di : FIRST GOLD 80 UNLIMITED CALL 

Boleh daftar online di Kedai Sim Murah ,, 
Saturday, June 25, 2016

Tahniah TMJ Atas Kelahiran Puteri Sulung

Merafak syukur kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi tahniah kepada DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua iaitu seorang puteri pada 25hb Jun 2016 di Wad DiRaja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. YM Che Puan Khaleeda Bustamam dan puterinya kini berada dalam keadaan sihat walafiat. Allah Peliharakan Sultan.




Syukur Alhamdulillah .. Tahniah DYAM TMJ dan Yang Mulia Che Puan Khaleeda untuk kelahiran puteri sulung . Semoga baby dan ibu sehat selalu.. 

Baca sini : Nama Puteri Sulung TMJ

Cara Mudah Penjagaan Kulit Muka




Assalamualaikum...!  Pejam celik dah masuk hari ke-11 Puasa ,, so...masih boleh bertahan tak .. ? atau ada yang dah ponteng ni . Puasa kali ni jatuh di cuaca panas , ,muka Lisa pun sekarang dah mula naik berminyak . Tapi nasib baik Lisa tahu cara penjagaan kulit muka agar sentiasa fresh dan berseri .

Wajah ni.. perlu penjagaan yang baik , kalian juga kena tahu kulit kalian dalam kategori jenis yang mana satu . Lepas tu barulah kalian tentukan produk yang sesuai untuk digunakan . Kali ini Lisa kongsi  rahsia untuk jaga wajah tetap nampak comel dan  kekal Fresh sepanjang hari seperti Lisa (amboi.. angkat bakul sendiri nampak..hehehe... ) 


TIPS Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Muka Normal-Berminyak

Pilih pencuci muka dan produk kecantikan yang banyak kandungan air , buah , tea tree oil, juga vitamin C & E . Elok lagi kalau ada kandungan daun Mint atau lidah buaya . Semua kandungan tu  akan jaga dan merawat wajah kalian dari berminyak ,kering , kasar dan paling teruk .. jerawat .

Selama ini ramai yang tanya , macam mana cara  dapatkan kulit yang kekal fresh dan berseri . Lisa kongsi produk Lisa ni ha....  " Nanowhite Fresh "  , Set Fresh sebab lisa remaja lagi . hehehehe.. Bermula dari curi-curi guna milik kakak... lepas tu tersuka pulak.  Kulit rasa tegang dan fresh.. macam letak ais dan daun mint bubuh kat muka. Tak perlu guna produk mahal-mahal..  . Lisa jenis ,, kalau ngam tu pilih je lah . Tak semua produk tu sesuai dengan kulit kalian ... pastinya sesuaikan juga dengan poket kalian . hehehe ... Nanowhite ni mampu milik.. sesuai poket , murah pun je juga... harga standart tak mahal sangat.

 Jom tengok langkah-langkah Lisa pakai :

Step 1 :

 Nanowhite Fresh Foam Cleanser




Ini lah pencuci muka yang Lisa cakap tu .. , harga baru RM15.90 jer... lebih kurang dengan harga pencuci muka yang sebelum ni . Tapi yang Nanowhite Fresh ni lagi sejukk... di muka . Jangan buka mata lama-lama pula time cuci muka.. nanti buih masuk mata .
  Cara pakai : ala.. sama macam kalian cuci muka..basahkan muka.. pastu letak Nanowhite Fresh Foam Cleaner kat tapak tangan .. lepas tu baru sapu dan urut kat muka . Bilas dengan air . 



 Step 2 :

Nanowhite Fresh Miracle Mist





Miracle Mist ni fungsinya tuk jaga kelembapan kulit wajah , kecutkan liang roma ,,, dan banyak lagi . Ada 9 kelebihan dalan 1 botol miracle mist ni . Yang pasti .. dalam tu ada tea tree oil , Sea Algae dan vitamin C .. macam Lisa bagitau awal tadi.. cari produk yang ada bahan tea tree oil atau vitamin C . Bagus untuk remajakan kulit wajah .. dan.. buang kulit mati . Harga dalam RM 20.++ untuk 125ml . Murah kan.., first time Lisa jumpa miracle mist yang murah .. sebelum ni tahu yang mahal je.
Cara guna senang je .. spray kat wajah korang . spray dah siap ! . tutup mata.. baru semburkan wajah.



Step 3 :

 Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector 




Setakat ni wajah Lisa memang takde dark spot , just kadang ada seketul dua ketul jerawat la. Kadang ada majlis dan kena makeup.. , time malam tu kena bersihkan muka betul-betul.. tak boleh tinggalkan sikit kotoran atau bekas makeup . Kalau tak bersih  wajah tumbuh jerawat nanti . Ni time dah nak datang period pun ada jerawat seketul dua kat muka.. sebab tu letak dark spot corrector set dari Nanowhite Fresh ni .  Hope kecut la sebelum raya nanti .. Kalian yang ada dark spot boleh try guna produk ni,,Sejuk rasa mint je ... harga pula rm 18.50 untuk 15ml . 



pakai untuk malam satu kali dan pagi sekali . Pakai la .. kot raya nanti lagi berseri .. macam muka budak-budak..yayy dapat duit raya . hahaha.. 


Itu je sebenarnya cara Lisa rawat dan jaga kulit wajah Lisa . Tak perlu mahal pun.. murah dan harga pun mampu beli dengan poket sesiapapun . Sesuai sangat untuk Lisa yang malas dan tak pandai  nak bersolek bagai .. Tada.. tengok ja muka Lisa yang macam budak sekolah ni .. ( mohon jangan termuntah ye .. elak batal puasa

Oh lupa nak bagitahu.. di timeline facebook , Lisa ada ternampak kontest produk Nanowhite ni. Nak try la.. mana tahu menang .. dapat IPAD woo.... Kalian pun boleh join..

untuk mudahkan kalian  tengok di link ini : 
https://www.facebook.com/nanowhite/photos/a.
10150182564123434.303349.130416903433/10153747858128434/

Friday, June 24, 2016

4 Tempat Shopping Murah Baju Raya

Tak terasa dah dekat tiba hari raya Aidil Fitri, kalian dah shopping baju raya atau belum ? Lisa masih tercari-cari baju untuk tahun ini. Hampir nak rambang mata sebab semua cantik-cantik.. dari butik , bazar... sampai la ke mall-mall.. . Kalau minat nampak baju lawa pun mesti tak de size .. almaklumlah size badan Lisa ni jenis comel-comel budak sekolah je .. Jadi mungkin kali ini lisa akan kongsi 4 Tempat Shopping Murah Baju Raya saat terakhir.  


4 Tempat Shopping Murah Baju Raya

1.Bazar Ramadan  
Pergi dari kedai  ke kedai ..  tengok mana satu baju yang berkenan  mybe lawa atau sesuai dengan tema kalian . Dah risik , kalian tengok harga. Lepas tu kalian jalan kekedai lain.. dan konfem kalian akan nampak baju yang sama tapi harga yang berlainan. Biasa kat bazar macam ni .. , kena bijak dengan permainan harga yang ditawarkan penjual tu . Lisa selalu bawa kawan atau makcik yang memang pandai tawar menawar harga ni . konfem dapat harga yang cun punya..

2. Brand Outlet
Biasa brand outlet ni  ada koleksi terbaru yang reject. Yang ni sesuai dengan Lelaki atau wanita dan kanak-kanak sebab disitu kurang nampak baju kurung atau jubah . Diskaun dari 10 - 50 % , tapi kelemahannya .. baju tu ada berpasang-pasang dengan jenis dan kaler sama. Fikir betul-betul kalau nak beli.. takutnya time kalian pakai nanti akan sama dengan orang lain pula.




3. PKNS
Bangunan ini memang terkenal dengan berlambak kiosK dan harga yang ditawarkan murah pula tu . Kalau nak Butik.. boleh rujuk ke tingkat 1 .. kalau nak jenis stall..kena next level. Memang rambang mata aih kalau pergi sana.. Kalian boleh memilih baju raya sampai la kaki penat .. dah macam syurga baju pun ada... banyak sangat lah katakan . Dinasihatkan untuk datang awal.. sebab ramai orang pergi kesini .. jadi takut kalian tak dapat parking nanti .

4. Mydin USJ
Tempat ini boleh masuk dalam list kalian juga ..sebab disini banyak juga la baju untuk kalian pilih . Untuk kalian yang tak terlalu suka dengan bersesak-sesak orang ramai . Boleh nafas sikit la kalau datang Mydin.

Lepas accident haritu .. pergerakan Lisa memang terbatas. Tak boleh lama sangat berjalan , sebab nanti kaki kebas . Lagipun tak berapa keadaan ditempat ramai orang ni .. sebab Lisa kecik je ..nanti terlanggar la apa la.. huhu . Lisa lebih suka shopping online je . Senang .. hanya duduk dirumah depan laptop , jimat masa dan tenaga. 

Banyak pilihan untuk berbelanja secara online , mana satu pilihan kalian ? begitu banyak windows shopping di Asia ni ,mana tidaknya .. banyak jenis dan reka bentuk baju yang boleh kalian pilih dan beli. Pastinya kalian akan mencari  satu dari laman web fashion yang terkemuka yang menawarkan perbagai pakaian indah dan bergaya , aksesori, kasut dan banyak lagi. Pilih syarikat yang ada pereka dan jenama terkemuka di Malaysia untuk kualiti yang terbaik ,. ya setiap hari akan ada rekaan terbaru yang terkini dan inovatif , berkualiti tinggi dan berjenama . Apalagi sekarang ni ada sales besar-besaran . Jangan lepaskan peluang ni .pilih senarai diskaun yang kalian nak bermula 30 % , 50 % bahkan 70% pun ada.

Tiada masa atau jauh untuk membeli-belah di senarai yang Lisa sebutkan tadi ? Jangan risau .. kalian boleh gunakan saleduck untuk dapatkan diskaun yang istimewa tanpa harus penat merisik kios ke kios.  . . 


Wednesday, June 22, 2016

Biodata Redza Rosli

First impresion tengok artis ni.. ensem pula dia. Dulu takda la taff macam ni. Hehehe..ok .. sebenarnya suka style dia sebagai Adrian  dalam drama petang Seindah Takdir Cinta tu yang gandingkan dia dengan Amyra Rosli dan Saharul Ridzuwan . Susah juga nak dapat detail Redza Rosli ni..

Biodata Redza Rosli : 
Nama Penuh : Ahmad Redza Bin Rosli
Nama Komersial : Redza Rosli
Umur : 24 Tahun (2016)
Kerjaya : Model dan Pelakon


Drama : Kamelia Katrina (2009), Tanah Merah (2013), Lembayung Kasihmu, Antidot, Silir Kasih (2014),Stella, Puteri Bukan Nama Sebenar, Maria Terindah, M.A.I.D (2015), Seindah Takdir Cinta (2016) 

Telemovie : Nama Aku Beng (2013), Hantu Selfie, Kalam Cinta (2014), Anak Imam Argentina, Hantu Welfie, Hidup (2015)





Cara Ukur Saiz Cincin

Cara Ukur Saiz Cincin || Ramai yang tak tahu nak jawap macam mana kalau ditanya mengenai berapa size cincin .. betul tak ? haha takperlu tanya orang lain.. sebab Lisa sendiri pun tak tahu . Buat apa susah-susah , nak beli cincin.. pergi je terus ke kedai emas tu . Try la satu-satu..ha.. nanti pasti jumpa saiz cincin yang sesuai .

 Tapi.. cuba banyangkan kalau kalian nak kahwin dengan orang nun jauh disana. Contoh : Orang sabah kahwin dengan orang Johor .. tak ke jauh .  Kalau datang nak merisik mesti bawa cincin datang kan... nah macam mana nak tahu saiz tu ? Orang cakap jari kelingking lelaki sama saiz dengan jari manis perempuan.. Ya kalau badan lebeh kurang .. kalau yang lelaki kurus yang perempuan badan chuby macam mana ?? hahah tak boleh guna petua tu ... tak apa.. Lisa kongsi tips atau cara untuk ukur atau  size cincin . Jom baca ! 



Abaikan baju KitKat tu .. hehehe.... Bahan yang perlu kalian sediakan untuk ukur size cincin ialah : 
1 . Kertas / benang sepanjang 10 cm . lebar 5mm dah, tak perlu lebar sangat 

2. Pen 
3. Pembaris 

Jom kita cuba cari ukuran size cincin dengan cara ukur keliling jari : 


1. Lilitkan kertas atau benang tadi dijari . Kemudian tandakan dimana kedua hujung bertemu . Jangan ketat sangat.. jari tu buat rileks je ..


2. Ukurpanjang kertas yang telah kita tanda tadi .  
Contoh macam Lisa ni .. 5.2cm . Saiz cincin dengan ukur lilit jari ialah  : 11 .


Untuk Rujukan size cincin , lihat gambar berikut ! Siap...







Mudah je kan.. sekarang tak perlu pening lagi macam mana nak tahu saiz cincin . Kalian dah tahu saiz cincin jari Lisa... takda sapa nak bagi free cincin bentuk crown macam kat atas tu ke ? hahahaha

Selamat mencoba .. semoga tips ini berguna untuk kalian yang akan bertunang atau merisik orang tapi duduk berjauhan . 

Monday, June 20, 2016

UNLIMITED INTERNET BURUNG HANTU Kembali Lagi !

Semua dah tahu.. magic sim yang lama.. terkenal dengan burung hantu unlimited data internet dari 1-7 pagi . Boleh download atau online internet sepuasnya tanpa had kuota . Tapi hujung bulan May lepas.. celcom dah menukar package magic sim yang baru .. ianya ditukar kepada unlimited call ke rangkaian celcom . Mesti ramai yang tak puas ati  dan kecewa ... sambil nangis peluk bantal .. (hehehe) sebab rasanya lebih berbaloi yang internet burung hantu tanpa had daripada unlimited call ke rangkaian celcom . Sekarang orang dah guna internet.. call pon dah guna whatsapp , wechat, skype .. semua guna internet je . betul tak ??

Nah.. Lisa nak bagitau.. sekarang magic sim yang baru tu ada burung hantu dah kembali dengan unlimited data internet . Wahhh betul ke ? Ya.. betul... info ni Lisa dapat tahu hari ini. Promo ini sah bermula dari promo ramadan sampailah ke Raya nanti , 7 Julai 2016. Ketahui apa itu burung hantu dan kelebihannya .. baca di link ini ; unlimited internet dengan burung hantu 

 Pautan : cara nak  tukar ke magic sim 

Rujuk gambar dibawah :





Cara aktifkan burung hantu Unlimited Internet untuk pelan Magic Sim baru

Yang bestnya disini.. kalian tak perlu langgan data internet pun .. boleh langgan burung hantu unlimited internet . Sebelum ini rm5 untuk data internet burung hantu 10gb .. benefit disitu,, hanya dengan rm5.00 sahaja kalian boleh download internet sepuas-puasnya . Tak perlu langgan data plan pun boleh ambek package burung hantu unlimited ini..

Cara untuk aktifkan unlimited burung hantu :



 tekan   *118# dan pilih option no. 3  , ( Add Ons Packs )


Pilih no. 1 ( Internet Burung Hantu Packs ) 

Pilih no . 1 (unlimited burung hantu @ RM5


Pastu confirmkan dengan press no. 1 


Kalau berjaya kalian akan dapat message seperti bawah ini. 



Ni Lisa nak bagitau sedikit untuk kalian .. sebenarnya package burung hantu unlimited data ,...masih kekal ada lagi untuk pengguna magic sim yang lama. Syaratnya ,.. kalian belum tukar ke plan magic yang baru . Untuk aktifkan burung hantu unlimited internet , kalian kena buat secara manual *118# ... dan kemudian pilih data plan option 'INTERNET RELOAD " internet reload tau... bukan Magic reload .

AIK.. tak kan baca je.. share la entri ni  bagi kawan-kawan baca...
Terimakasih..

OH LUPA... kalau kalian nak dapat simcard magic sim free... boleh buka link ni ... 

PROMO RAMADAN , FREE SIMCARD MAGIC SIM 


Saturday, June 18, 2016

Waze Percuma ! Tiada Caj Data


Assalamualaikum !! sepandai-pandai kalian drive , belum tentu akan hafal semua jalan .  Kalau dalam kawasan sendiri masih ok lagi , boleh hafal jalan. Tapi kalau dah keluar banda ni memang kebiasaanya orang sekarang guna Waze untuk mudahkan perjalanan. Selain tunjukkan lokasi.. kalian  boleh semak sama ada accident , jalan Jem atau roadblock . 



Dalam Handphone (HP ) 8 dari 10 orang.. mesti dah download Waze,, Dan tak lama lagi dah nak raya ... mesti ramai yang nak balik kampung kan. Lisa nak bagi tahu satu berita baik untuk kalian. Bagi kalian pengguna postpaid FIRST ataupun prepaid Magic , kalian boleh menggunakan WAZE secara percuma tanpa caj data. Wahh best bukan.. boleh jimat disitu . Promo bermula dari 9 June sampai  6 August 2016 .  

Cara dapatkan Waze percuma tanpa caj data  ; 

1. Promo ni automatik ada untuk customer pengguna plan postpaid FIRST , baik yang baru daftar atau pengguna sedia ada. 

2. Pengguna Prepaid magic sim , kalian boleh dapatkan benefit ini dengan cara MAGIC RELOAD   dengan KEY *117# sekali lagi... *177# tau.. bukan *118# . Yang ni kalian kena minta penjual topup tu .. tlg topupkan guna magic reload *117# .

Selamat Berpuasa... Hati-hati di jalan ketika balik kampung  .

 Biar lambat asal selamat.  
Friday, June 10, 2016

LIRIK TAKDIR CINTA OST SEINDAH TAKDIR CINTA

Lama tak dengar suara Fauziah Latiff , kali ini lagu Takdir CInta .. digunakan dalam drama TV3 slot Akasia iaitu Seindah Takdir Cinta. Jom dengar .. dibawah ini ada Lirik Lagu untuk sound track STC , Takdir Cinta. 

Tajuk : Takdir Cinta
Penyanyi : Fauziah Latiff
Lagu : Sharon Paul
Lirik : Ahmad Fedtri Yahya
Lagu Tema : Drama Seindah Takdir Cinta




LIRIK LAGU TAKDIR CINTA - OST SEINDAH TAKDIR CINTA

Tak pernah aku menyalahkan
Suratan dan ketentuan
Yang tertulis dalam hidup
Aku tabah menerima takdir
Ku pasrahkan

Ku tinggalkan cinta yang terluka
Membawa diri dengan hati yang terlara
Pasrah jiwa melewati cinta
Tanda derita tersiksa

Ku berdoa ada kekuatan
Ku hulurkan salam kemaafan
Agar tenang jiwa lara
Tanpa dendam lama

Sehingga detik berlalu

Ku tinggalkan cinta yang terluka
Membawa diri dengan hati yang terlara
Pasrah jiwa melewati cinta
Tanda derita tersiksa

Thursday, June 9, 2016

Blogger Bukan Hanya Kaut Untung Je...


Blogger dah tak asing lagi ditelinga dah sekarang ... buktinya sesetengah telemovie atau drama melayu mesti akan paparkan scene berkaitan dengan berita dari blogger bla bla bla... OK . Bukan semua blogger ni kejar trafik, tulis pasal artis  dan nak kaut untung je . Blogger ni pun ada banyak kategori ,, seperti parenting , lifestyle , Food Blogger , Blogger Masakan , Beauty Blogger , Blogger Hiburan .  Persepsi orang selalu ingat blogger ni buat isu fitnah , isu artis .. isu politik .. haippp... tak semua macam tu ye . Ramai lagi blogger yang baik.. kalau kalian taip yang baik-baik mesti keluarlah yang baik-baik.. contohnya , Cara hilangkan demam , cara masak ayam rendang ... cara hilangkan jerawat , tempat makan sedap.. atau... news pasal gaget terbaru. 

Blogger Bukan Hanya Nak Kaut Untung ... 

Kali ini Lisa nak luahkan ... luahkan isi hati yang t'lah lama terpendam .. cewahhh..ayat mau nak jiwang . Takdalah.. Lisa just nak jawap and bagi pendapat je dari status yang di media sosial kawan ni . Pernah nampak di status beberapa orang di facebook ..

" Eh Hari ni review tulis pasal brand X .. hari esok pulak review brand Z ... pastu sebenarnya guna brand yang mana 1 ? orang nak baca pun jadi konfuse . sekejap cakap ini terbaik..sekejap tulis produk tu bagus... " 
Kalau jadi macam ni ... nampak tak keraguan dari pembaca blog kita.. ya tahu mungkin ianya job berbayar. Tapi elok lagi kalau diselang-seli la . Bukan review semua dan kaut semua ..walaupun itu ada payment . Kita tulis.. bagi orang baca.. dan buat pembaca tertarik untuk cuba . Kalau review serentak.. pembaca dah hilang kepercayaan.. sebab tak tahu nak percaya yang mana satu .

 Lisa pula.. blog Lisa ni lebih suka tulis mengenai info yang Lisa tahu untuk dikongsikan kepada pembaca dan juga beberapa review berbayar ..  Lisa juga termasuk dalam Beauty Blogger , bukan nak cakap Lisa cantik..tapi lebih kepada kongsi tips untuk perawatan kulit wajah .. atau produk-produk yang kalian boleh try . TAPI ..Perlu ingat juga kalau kulit orang tak sama , jadi sebelum pilih dan pakai .. korang kena tahu kondisi kulit tu termasuk dalam kategori yang mana satu . Entri pasal artis tu Lisa kongsi kegembiraan je la.. sebab lisa minat artis tu , bukan jadi paparazi kejar sensasi artis .. untuk bacaan sendiri dan kongsi ke kalian.. hehehe..


Pendapat Lisa : 

Menulis biar ikhlas...  jangan nak kejar untung je ... jangan tulis yang kita tak tahu kesahihan berita tu . Dan..jangan kaut semua job sampai entri yang kita tulis tu kelaut .. nanti kita juga yang hilang pembaca . Bina kepercayaan dengan pembaca.,, baru pembaca seronok.. betul tak ? Lisa bukan OTAI ... tapi coretan ini hanya pendapat Lisa pribadi .. maybe ada yang nak teringin jadi blogger ke... pesanan ini dari tok guru lisa juga..beberapa Blogger OTAI yang cukup lama menulis .. semua nasihat tu Lisa guna sampai sekarang .





Wednesday, June 8, 2016

Resepi Puding Chia Seed

Tips Kekal Bertenaga Ketika Puasa  || Dah masuk hari kedua di bulan ramadan ni , Macam mana dengan puasa kalian ? Still bertahan atau dah mula rasa pening ? pening ini biasa la .. sebab tubuh kurang air . Tenaga pula banyak guna . Jangan risau , Lisa bagi tips untuk kekalkan tenaga kalian ketika berpuasa . Dijamin kalian tak akan rasa haus atau weak . Salah satunya makan Chia seed .. bukan chia..chiaa chia.. tag line tu ye .. tapi sejenis bijirin yang berkhasiat untuk menambah air dalam tubuh . Chia seed boleh dibeli dimana-mana pasaraya .


Tips bertenaga sepanjang puasa dengan Chia Seed


Cara buat air ni mudah je .. semudah abc ..
1. Masukkan 2 sudu Chia Seed ke dalam air kosong bersuhu bilik.
2. Biarkan selama lebih dari 30 minit. Lebih lama lebih bagus.
3. Chia Seed akan kembang seperti biji selasih.
4. Minum.

Air tersimpan di dalam Chia Seed. Ia akan terkeluar sedikit demi sedikit. Seterusnya membekalkan air sepanjang tempoh berpuasa. Perut terasa penuh. Kenyang dan bertenaga sampai ke petang .

tips kekal bertenaga ketika puasa


Resepi  puding chia seed. 

Bahan-bahan : 
2 1/2 cawan susu tanpa gula
1/2 cawan ceri,
1/2 sudu teh buah pelaga tanah
1 sudu teh sweetleaf Stevia
1 sudu teh ekstrak vanila
1/2 cawan biji chia

Untuk krim gajus:
1/4 cawan gajus
1/4 cawan ceri,
2 sudu besar air sejuk
1/4 sudu teh ekstrak vanila
1/8 sudu teh sweetleaf Stevia

Cara Memasak;
Campuran susu, ceri, buah pelaga, Stevia dan vanila bersama-sama kisar hingga sebati. Tuangkan campuran ceri lebih bijirin chia dan pukul sehingga sebati. Biarkan rehat selama 5 minit kemudian kacau lagi. Selepas 10 minit, kacau lagi. Tutup dan sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman.
Rendamkan cashews (gajus) dalam air dan juga dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman.

Untuk membuat krim, masukkan ceri dalam blender  dan kisar. Tuang dan bilas cashews yang direndam dan tambahkan dalam pengisar bersama-sama dengan air sejuk. Kisar sehingga cashews cair, dan mempunyai tekstur yang licin. Tambahkan vanila dan Stevia dan blend hingga sebati.



Monday, June 6, 2016

Contest Jubah Zaza Iman

www.zazaiman.com merupakan sebuah blog personal dan lifestyle seharian seorang blogger. Banyak berkongsi tentang motivasi, tip, dan juga review mengenai produk-produk yang pernah digunakan.

Pemiliknya Zaza Iman juga membuat servis cetakan kad bisnes dengan harga hanya RM55 je untuk 3 kotak ( 300 pcs ). Juga menjual secara online produk pakaian. Untuk sebarang tempahan kad bisnes dan lain boleh berhubung terus melalui instagram @byzazaiman

Contest Jubah By Zaza Iman

Berita baik, www.zazaiman.com kini sedang membuat SATU CONTEST iaituCONTEST JUBAH BY ZAZA IMAN.Dimana hadiah yang ditawarkan adalah :

HADIAH YANG DITAWARKAN 

1 x Miri Jubah @ Riya Baju Kurung By Zaza Iman
1x RM10 Topup by Tengkubutang


Nota ** 
seorang pemenang yang berjaya boleh memilih sama ada mahu
jubah merah atau baju kurung hitam

Sekiranya baju yang dipilih kehabisan stok, maka baju lain akan digantikan dimana anda juga boleh memilih SATU dari  beberapa pilihan yang ditawarkan

Yeahhh..best kan??

Kalau korang nak join boleh klik SINI . 


4. Hantar URL entri pada ruangan komen ini...


PEMILIHAN PEMENANG

Pemenang berdasarkan cabutan bertuah.. so siapa yang bertuah.. ? semoga menjadi rezeki korang..


CONTEST TAMAT

9 HB 6 / 2016  ( KHAMIS )

Lelaki nak join pun boleh..mana la tahu boleh hadiahkan untuk adik..kakak atau mak.. :D

****

Terima kasih kerana menyertai dan semoga berjaya... muahh

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1437H/2016M

 Untuk memudahkan kalian mengetahui waktu untuk imsak dan waktu untuk berbuka... berikut Lisa bagi Jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa untuk tahun ni 2013 M atau bertepatan 1437 H . Klik ikut Negeri yang kalian ingin tengok atau download .
 Selamat berpuasa :) 

NEGERI
 Pahang
 Terengganu
 Perlis
 Selangor
 Negeri Sembilan
 Johor
 Kelantan
 Perak
 Kedah
 Pulau Pinang
 Melaka
 Sabah
 Sarawak
 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa di Johor


Zon 1 : Pulau Aur dan Pulau Pemanggil



Zon 2 :  Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau yang berdekatan dengannya




ZON 3 : Daerah Pontian dan Kluang




ZON 4 : Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas




NOTA : lampiran jadual waktu Imsak dan berbuka puasa tahun 1437H / 2016M bagi seluruh negeri yang disertakan ini adalah rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search