Ad

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Berbelanja Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari .


Berbelanja Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari . 

Assalamualaikum ! musim raya hampir tiba tapi anda belum sempat lagi merancang persiapan? Jangan risau, kini korang boleh membeli baju raya yang tersiap ataupun fabrik yang berkualiti dengan harga berpatutan  . Mood Raya tetap ON walaupun covid 19 masih belum hilang lagi , yang penting jaga SOP.Tahun ni  Lisa Berbelanja Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari ,   Koleksi Raya Hari-Hari  2021  menarik weih.. rambang mata dibuatnya tak tau nak pilih mana satu . 


BELI BAJU RAYA DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI . 

Untuk pemilihan baju raya , Lisa lebih suka yang ready made daripada beli kain dan jahit ke tukang jahit . Senang nak pilih baju , tak perlu tunggu lama juga tak perlu risau kalau baju tersalah potong , tersingkat kain ke . Ini kali pertama Beli Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari , baru tahu selain design cantik-cantik harga pun bawah dari rm100. Boleh jimat banyak uihhh . Biasa beli Online pon paling murah RM200 . 

 

Walaupun musim Covid-19, di Pusat Pakaian Hari-Hari ni, SOP tetap dijaga ye. Sebelum masuk ke kedai perlu scan dan check suhu terlebih dahulu. Jangan lupa pakai Sanitizer juga . Baru la rasa selamat untuk bershopping . 


Merah lawa.. hijau lawa.. purple pon lawa,, aduh banyak pula yang lawa , semua berkenan dihati ni , nak boorng semua aciirr tak ? hahahah . Alhamdulillah staff yang friendly sebab Lisa jenis cerewet sikit banyak tanya , dia tetap layan heheh. 



Hijau pun cantik , kenan... simple tapi nampak cantik masa dipakai . arghh kang Lisa beli semua nanti . Bukan hanya baju kurung sahaja , baju melayu , songkok , perlengkapan sekolah dan banyak lagi dalam Pusat Harian  Hari-Hari .  .  







Free Gift Sedondon Bersama Hari-Hari! 

Seronok dapat FREEGIFT bila shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari. Korang akan dapat FREEGIFT iaitu :
• Paket Raya (sampul duit raya) untuk pembelian RM100 dan keatas bermula pada 23/4/2021.
• Beg purple untuk pembelian RM200 dan ke atas bermula pada 23/4/2021.





Sekarang, Pusat Pakaian Hari-Hari mempunyai 85 cawangan di seluruh Malaysia. Sebanyak 5 cawangan baru akan dibuka di Klang, Kajang, Tampin, Bukit Mertajam dan Kedah pada tahun 2021 ini. Banyakkan cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Bolehla korang walk in dan shopping di sini. 

Pada yang hendak shopping baju raya, t-shirt, seluar, kasut dan macam-macam lagilah, tapi lebih selesa nak shopping secara online untuk menghidari sesak lagi-lagi musim Covid-19 ni atau takde Pusat Pakaian Hari-Hari yang berdekatan tempat korang, korang boleh buat pembelian secara online di www.ehari.com atau shopee Hari-Hari dan korang boleh nikmati diskaun sebanyak 15%.


Yeyy dah dapat baju untuk sedondon dihari raya nanti . Musim Covid-19 ni, raya-raya juga.. jangan lupa jaga SOP ya . 




Untuk lebih detail lagi korang boleh layari website berikut 
 Pusat Pakaian Hari-Hari :

Facebook :

Instagram : 

SELAMAT HARI RAYA ! [ 2018 ]


Assalamualaikum 
agak lama Lisa tak menulis entri personal .. hehehe almaklumlah sibuk menyambut raya dan kerja yang sekarang ni kena buat  2,3,4,5,6 kerja.. FUH! demi sesuap ketam nipah :P . Sementara masih dalam bulan Syawal ini , Lisa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , maaf zahir dan batin . Mohon maaf jika mungkin ada perkataan dalam entri yang selama ini ditulis , mungkin ada mengguris hati yang membaca. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Actually , Raya tahun ni memang sungguh bermakna ..sungguh meriah ! Penat tetamu datang sampai kemalam , alhamdulillah.. sebab itulah Lisa takda gambar raya kali ini. Sibuk membasuh pinggan didapur oih , kami memang tak hidangkan makanan dengan pinggan pakai buang . Heee.. So yang ada ni pun time masuk kerja di hari raya yang ke 3. 

Cun dak ? Dah dah jangan tengok lama-lama.. kang terjatuh hati pula ( eiiuww perasan pula ) 

Raya tahun ni sebenarnya sambut dengan sederhana je , means no spent banyak duit untuk sambut peraayan. Some Big is coming, kena berjimat cermat.. lagi pun Lisa ni kalau jenis baju raya atau bju kurung memang pakai sekali dua je selebihnya simpan dalam almari . Baju raya 5 tahun lepas pon masih helok dan cantik je wak ! So tahun ni berazam kengkonon tak nak beli baju raya kan , tapiiii.... last day puasa .. Lady Boss suruh pergi beli baju raya .. dia yang sponsor . PHEW! rezeki kan..tak kan nak tolak , dia suruh je beli baju lisa dan parents juga.. lepas tu nanti claim semula . Bertuah kan? walaupun dia berlainan agama.. 


Baju ni sebenarnya baju raya tahun lepas , size XS . Alhamdulillah masih muat lagi , sebab awal tahun lepas berat lisa naik 6kg . hahaha.. dari 44 naik menjadi 50KG. Time puasa aritu turunla 4 kg, boleh la kan banyak juga tu... sampai kehari ini masih lagi 46 kg.. nak dekat 45 :D 

Gambar raya tak ada.. tapi korang boleh layan video bawah ini la . jangan lupa follow Instagram :  @Mawar_biru89  dan tiktok : @ciksepet

A post shared by Cik Sepet (@mawar_biru89) on

RIANG RIA RAYA LAZADA , DISKAUN 90 % WOW !

RIANG RIA RAYA LAZADA , DISKAUN 90 % WOW ! 

Assalamualaikum , tak terasa dah 2 minggu kita berpuasa .. rasa macam sekejap saja . Tak puas lagi nak menikmati bulan ramadhan yang mulia ini . Dan juga.. Raya dah nak dekat , apa persiapan korang untuk sambut hari raya nanti ? Ha... bercakap pasal persiapan raya, Lisa nak bagi good news ni ha. Akan berlangsung Jualan RIANG RIA RAYA LAZADA bermula dari 1 hingga 4 June 2018, dengan tawaran eksklusif dan diskaun sehingga 90% dari pelbagai produk. WOW ! 



Lebih Dari 600 Baucar ditawarkan , RIANG RIA RAYA LAZADA

Jualan Riang Ria Raya kali ini , lebih dari 30 Jenama Internasional yang akan memeriahkan dan berikan tawaran exlusive diantaranya : ASUS , Watsons , Carlo Rino , Urban Decay , Samsung , Siti Khadijah , HP , Poney , Senheng , Sunsilk dan banyak lagi jenama lainnya . Lebih Dari 600 Baucar ditawarkan , RIANG RIA RAYA LAZADA Tak sabarnya nak tunggu 1 June . 




Selain dari pada itu, Riang Ria Raya juga menawarkan : 
  • Flash Sales,
  • Deals on Raya Essentials and Buka Puasa Buffets
  • Bundles and Partners Exclusive Offers.

Flash Sales tu yang ditunggu-tunggu setiap kali ada perayaan tau hujung tahun . Tak boleh dilepaskan peluang kali ini , dah la aritu Lisa terlepas.. huhu kecewa sungguh . Kali ini nak gigih buat list dulu la . Banyak sungguh  tawaran menarik ni , pening jap nak pilih yang mana satu .. boleh berjimat dan beraya dengan barangan baru !

Buka Puasa Buffets pun menarik juga ni , first time aku nampak  diskaun ni ada di Riang Ria Raya . Nak tengok apa yang best la , mana tau ada kesempatan untuk pergi .. boleh la berbuka puasa ramai-ramai dengan family dan orang terasayang . 




Hamper pun ada diskaun tu ! betul-betul raya kali ini . 

Banyaknya pilihan , barangan elektronik pun ada diskaun sampai 70% , boleh la beli untuk emak peralatan dapur , beli Hamper , Beli kasut , beli makep.. kena buat list juga ni .

Cuba korang tonton video Buah Hati Raya bawah ini .. psttt sediakan tisu sebelum tonton ye ! 



Duit Raya Shakin' Deals


Last but not least: Korang juga boleh dapatkan Duit Raya Shakin' Deals , menang up to  RM50 cash vouchers! Sapa yang tak nak lah kan , dah la ada baucar diskaun tambah lagi ada dapat cash baucar RM50.  Jangan lupa share dengan kawan-kawan , jiran dan sedara mara tauuu... bagitahu ada Duit Raya Shakin;' Deals sebanyak RM50.00 .

Cara untuk dapatkan baucar cas RM50 ini senang je :- 
  1. - Download and log in the Lazada App
  2. - Stay on the homepage
  3. - Shake daily from 22 May till 4 June at 5.30 am, 12.30 pm and 9.30 pm!
Mudah aja bukan ? shake shake dah boleh menang RM50 baucar . Untuk Info selebihnya tentang Duit Raya Shakin Deals ini boleh  korang baca di :  Campaign Riang Ria Raya Shakin Deal 

 Hanya bermula dari 1-4 June 2018 je tau.. jangan sampai ketinggalan . 

Selamat Hari Raya !!! 

INTERNET PERCUMA CELCOM PROMO RAYA

Lama tak tulis entri celcom , hahah sebab banyak sangat promo so tak menang tangan nak menulis ( eleh.. padahal malas ) . Okay... kabar gembira untuk korang yang guna celcom xpax prabayar , sekarang celcom sedang buat promosi sampena ramadhan dan raya . Dapatkan hingga 20Gb kuota pelan tambahan , whatsapp dan wechat  percuma dengan hi speed internet . , panggilan tanpa had  ke 10 number , percuma 10Gb internet tengah malam atau... percuma rm10 baucar tunai dari lazada . Wah macam menarik je ... 



CARA UNTUK DAPATKAN FREEBIES XPAX PROMO RAMADHAN DAN RAYA 


Korang boleh nikmati 3 ganjaran menarik dari promo yang celcom buat untuk pengguna xpax . Nah cara dan syaratnya senang je ,

1. Freebie Raya . 

Apa yang best dari Freebie raya ni ? Langgan mana-mana pelan internet bulanan dan nikmati ganjaran percuma pilihan anda . korang boleh memilih salah satu (1) Ganjaran kelebihan xpax yang ditawarkan seperti :- 
  • Percuma Panggilan tanpa had ke 10 number 
  • Percuma 10GB internet burung hantu 
  • Percuma RM10 baucar tunai dari Lazada. 
Caranya :
 Hanya perlu melanggan internet bulanan sama ada RM30 untuk 5Gb ( Dial #118*2*4# ) atau  RM50 untuk 10GB . (#118*2*3# )  . PSttt : Jika umur korang bawah 25tahun ., boleh activekan kaw-kaw squad di aplikasi Xpax . dan dapatkan 50% Internet percuma .



Type of Internet PlanInternet QuotaValidity PeriodUSSD Direct Dial
Monthly RM305GB30 days*118*2*3#
Monthly RM5010GB30 days*118*2*4#


Pelanggan akan menerima SMS kedua yang digunakan untuk menebus freebie. Apa-apa freebie tidak ditebus selepas tamat Tempoh Penebusan akan dibatalkan.

2. Reedem freebie raya guna USSD : *118*1*5*1# atau di aplikasi XPAX .




Raya Lebih-Lebih

Yang ini pula jika melanggan add-ons menggunakan , korang boleh dapatkan double kuota untuk pakej yang dilanggan tadi . 

a. Internet burung hantu 
Internet burung hantu mingguan biasanya dapat 10Gb , kali ini korang akan dapat 2kali ganda iaitu 20GB . Hanya perlu dial *118*3*3*2# 
Untuk Internet burung hantu harian/daily pula akan dapat 2GB , caranya guna ussd *118*3*3*1# 

2. Facebook 
Untuk aktifkan facebook mingguan hanya perlu dail *118*3*4*2# dan nikmati 20GB internet . 
Sedangkan untuk Facebook harian pula 2GB  hanya perlu dial *118*3*4*1# .


3.Video Walla 
Video walla mingguan akan dapat 20GB internet , hanay perlu gunakan ussd *118*3*5*2# dan untuk video walla harian 2GB , hanya perlu dail *118*3*5*1# 

Wahhh menarik juga ni .... 




FreebieDate of redemption ("Redemption Period")
Late Night Internet 10GB WeeklyValid for 30 days upon date of subscription
Unlimited Call to 10 Friends WeeklyValid for 30 days upon date of subscription
RM10 Lazada Cash VoucherValid for 30 days upon date of subscription


Tawaran freebies yang terakhir pula : Chit-chat raya 


Chit Chat Raya
Free WhatsApp and WeChat throughoutRamadan and Raya!
Uishh mesti time raya ni semua orang ramai yang nak kirimkan ucapan hari raya dan berborak dengan sedara mara jauh kan , guna whatsapp dan wechat . Ishh mana ada orang guna sms dan kad raya lagi kan ? zaman dah canggih . #makkata , celcom xpax promo sampena hari ramadhan dan raya , bagi whatsapp dan wechat percuma dengan kelajuan internet hi-speed tau .

Caranya : 

Hanya perlu dail ussd : *118*1*5*2# atau menggunakan aplikasi XPAX . 


NOTA :
Tempoh Promosi
Promosi ini akan bermula dari 25 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017 ("Tempoh Promosi"). Apa-apa lanjutan masa atas budi bicara muktamad dari Celcom



Iklan Deepavali Petronas 2016 Menyentuh Hati

Iklan Deepavali Petronas 2016 Menyentuh Hati

Manusia kebanyakan akan lebih cenderung kepada pemikiran negative dari positive. Lisa pun lebih kurang je dengan sekeliling yang kerap dengan kes bunuh dan culik , lagi-lagi dengan parents yang agak selalu mengingatkan tak boleh keluar sensorang ,, luar sana ada ramai orang jahat . Huh..! contoh paling senang ,,, coba tengokgambar diatas , apa yang akan korang fikir ? 2 Orang ni akan berniat jahat .. merompak ,, membunuh ?          sebenarnya gambar atas ni screen shoot dari video di Youtube bertajuk " I Am Muniandy " , iklan sampena hari perayaan Deepavali hari ini oleh Petronas . Cuba tengok video sepenuhnya dibawah ini.



Dalam menyambut perayaan Deepavali, warga Malaysia sepatutnya saling peka dan hormat menghormati akan perbezaan dan meraikan persamaan di antara kita. Jangan tengok dari luaran sahaja , nampak jahat tak semestinya orang tu jahat . Mungkin muka garang atau gengster , tapi hati mereka siapa yang tahu . 

Dari video atas tu , memang kena la dengan masyarakat sekarang , Deep sungguh kan ?. sedikit banyak orang akan berfikir sama macam watak dalam video tu , negative ! 

Iklan Deepavali Petronas 2016 Menyentuh Hati

Pengajaran dari video I Am Muniandy Iklan Petronas sampena Deepavali :

Festival cahaya ini bertujuan sebagai peringatan untuk memupuk semangat kita lebih bertimbang rasa terhadap orang lain. Semoga cahaya ini menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individual dan sebagai warga Malaysia.Tak kisah kulit coklat atau putih , atau sawo matang pun.. yang penting hati kita ikhlas . 

Keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman yang lebih baik dan sifat bertimbang rasa yang tinggi. Berfikir positive dan cuba jangan beza-bezakan antara satu sama lain , barulah satu Malaysia . Ye tak ? 
Iklan Deepavali Petronas 2016 Menyentuh Hati

Iklan Deepavali Petronas 2016
Senyap-senyap masuk dalam rumah 

Iklan Deepavali Petronas 2016
Langkah kaki peralahan-lahan 

Iklan Deepavali Petronas 2016

Muniandy dan kawannya sebenarnya datang untuk tolong aunty dan uncle yang duduk pusat jagaan orang tua . Bukan nak mencuri atau merompak .


Selamat menyambut hari perayaan Deepavali untuk semua sahabat indian yang meraikannya . Hope lepas tengok video iklan dari Petronas ini boleh ubah pemikiran masyarakat kita . Let's Light on Our hearts , guide our Judgement . 

Rindu pula dengan ex-staff sharmini.. sekarang dah jadi cikgu dah .. . 



Iklan Deepavali Petronas 2016

Good Joob Petronas , video yang beri kesan mendalam dan pengajaran untuk semua orang . 


Tiada Wang Kertas Baru Tahun ni

Tarikh penukaran duit raya di bank jatuh pada .. 28 June 2016. Macam biasa.. musim raya ni orang akan tukar duit untuk isi sampul raya. Dari seringgit,lima ringgit ,sepuluh ringgit ,sampailah ke seratus ringgit. Fefeling masih budak.. masih berharap ada orang bagi duit raya kat Lisa ..hahaa.

Sayangnya tahun ni tak sama macam tahun sebelum sebelum ni. Tiada wang kertas baru. Huhu..jadi kalau tukar ke bank pun sama ja.. guna duit yang recycle tu. Nak jada alam sekitar katanya. Pesanan dari Bank Negara Malaysia. Hehehe... baru ke lama tak penting..yang penting nilai duit tu. Mungkin dah tukar Gurbernur punya pasal..tu pon ye juga kot.

Tapikan ..Lisa lebih suka wang kertas baru.. sebab sayang nak guna nanti..jadi boleh simpan dan tahan lama. Kalau wang kertas lama ni ...masuk mana-mana la nti jawabnya ,takleh menyimpan... hehehe

Dah beli baju raya belum ? Kalau belum.. meh baca senarai tempat shopping yang murah untik baju raya

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari #kelabbloggerbenashaari



SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA   !

Cerahnya sang mentari
Secerah hati ini
Mengucap do'a suci
Semoga makbrur yang naik haji
Dan yang korban rezeki
Amalnya diterima Illahi

Amin...

Saya dan sekeluarga  mengucapkan Selamat hari raya Aidil Adha 1345H |2014 kepada semua umat Islam di seluruh dunia khususnya kepada semua rakan #kelabbloggerbenashaari dan juga reader ,blogger , dan semua yang saya kenali.
Korban kambing boleh,korban hati jangan.. hehe  
© all rights reserved
made with by templateszoo