Ad

Tarikh Bonus Kakitangan Awam Tahun 2015 Dipercepat


Tarikh Bonus Kakitangan 2015 Awam Dipercepat | Pemberian bonus kakitangan awam  JOHOR dipercepat dari 22 Januari 2015 bertukar kepada 5 Januari 2015 . Dalam pembentangan Bajet 2015 Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak dalam bajet 2015 telah mengumumkan bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 dan pesara kerajaan akan menerima bantuan khas sebanyak RM250.



Pembayaran bonus kakitangan awam / penjawat awam dipercepat kepada tarikh 5 Januari 2015.

Harga Terkini RON95, RON97, Diesel 1 Janui 2015

Harga Terkini RON95, RON97 , Diesel 1 Januari 2015 | Berikut ialah senarai harga terkini untuk minyak RON95 , RON97 dan juga Diesel yang akan bermula pada esok 1 Januari 2015. Harga minyak mengalami penurunan dibanding dari harga minyak sebelumnya . Pengumuman Rasmi Harga RON95, RON97 dan Diesel Turun pada 1.1.2015 Esok. 

Harga Terkini RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Januari 2015 (Rasmi)

RON95: RM1.91 Sen Seliter
RON97: RM2.11 Sen Seliter
Diesel: RM1.93 Sen Seliter

Harga Terdahulu RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Disember 2014

-RON95: RM2.26 Sen Seliter
-RON97: RM2.46 Sen Seliter
-Diesel: RM2.23 Sen Seliter

Resepi Aiskrim Pasu Bunga

Resepi Aiskrim Pasu Bunga | Cuba terka, Gambar apakah ini? Pasu Bunga? Salah ! Ianya ini adalah gambar aiskrim unik yang sekarang ramai orang perbualkan.  Mula-mula dulu tertipu gak, ingatkan anak dari kawan Lisa ni makan tanah dan juga baja. Isk !Buang tabiat kan kalau sampai makan tanah. Lepas tu, nampak la pulak ada orang pos gambar lebih kurang kemudian caption " Aiskrim Pasu Bunga " . 

Lah... Makan ais cream rupanya. Ingat kan makan tanah tadi. Macam-macam lah kan. Lisa tanya lah ke kawan , berapa harga ice cream Pasu Bunga tu ? RM5 untuk 1 pasu ukuran dalam gambar. Home Made lagi lah sebab kat kluang ni memang takda kedai jual aiskrim macam ni. Hehe..  

Sedap, murah la jugak sebab banyak kot ais krim tu. Hahaha..rasa lebih kurang sama dengan ice cream Mc Flurry yang dijual di McD. Kalian juga boleh buat sendiri kalau ingin merasa Ais krim Pasu Bunga ni  sebab resepi yang sangat mudah dan bahan-bahan yang mudah si dapatkan. 

Bahan ; 
-Bekas cawan untuk letak Ais cream 
-Ais Cream (terpulang la kalian nak letak rasa vanilla , tiramitsu, atau strawberry)
-5 keping Oreo yang telah dihancurkan  (Untuk taburan Atas ) 
-Pasu bunga ukuran kecil.
-Daun untuk hiasan. 

Cara pembuatan
Masukkan ice cream dalam bekas plastik yang disediakan,taburi dengan oreo yang telah di hancurkan  pada atas ais krim tadi  . Letak sepucuk daun hiasan . Siap. Mudah je kan cara membuat ice cream pasu bunga ini. 

Selamat mencoba . 

Jangan Lupa Pasang Google Analytics Semula !

Jangan Lupa Pasang Google Analytics semula ! | Google Analytics , biasa orang akan guna G.A ( Google Analytics ) untuk memudahkan semak jumlah UV ( Unique Visitor ) dan juga PV ( Page Views ) setiap hari atau jumlah keseluruhan untuk 1 bulan orang berkunjung ke blog tersebut. Dulu bukan kemain lagi rajin tengok Google Analytics setiap hari macam gambar diatas . Tapi disebabkan hujung tahun ini agak sibuk, jadi memang tak sempat jenguk-jenguk G.A  .

Alkisahnya hari ini Lisa nak tahu la berapa G.A Lisa , update blog pon jarang dah tapi ada hati juga nak tengok G.A ,  tup tup jadi macam dalam gambar ini. Pelik ! Kenapa boleh jadi macam ni. Imposible betul lah, sebab tengok di Histatus ade je UV and Pv, kenapa dalam Google Analytics   jadi kosong? 
Kenapa 2 Uv sahaja ? Lah.. baru ingat , hari itu tukar template blog dan delete header Blog. Sebab tu lah hilang G.A Lisa. ! Blog tengah renovate lagi. Huwaa huwaaa hampir menangis tadi ,mana part yang salah edit. Hurm, dan masukkan semula code G.A dalam blog. Naik dah number Uv and Pv dalam Google Analytics! Yay..
Pesanan untuk Kalian, jangan lupa check semula setting dan PASANG SEMULA  Google Analytics bila kalian tukar template atau Header blog. ! 


Tonton Suamiku Encik Sotong Episod 10


Tonton Suamiku Encik Sotong Episod 10 | Suamiku Encik sotong bermula 27 Oktober 2014 di Astro Ria dan Astro Maya HD.Ditayangkan setiap hari Isnin pukul 10 malam. Mengisahkan pasangan suami istri yang berlainan sikap dan gaya. Jiwa suami yang lembut dan istri yang rock . Episod 10 yang ditayangkan pada 29 Disember 2014.

Tonton / Watch

Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 10
Pautan : 
Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 9
Episode 8  

Episode 

Episode 6 


 Episode 5

Episode 4 
 Eposide 3 
 Episode 2



Episode 1


Tonton Full Episode Penuh Suamiku Encik Sotong

Tarikh Buka Sekolah Sesi Persekolahan 2015

Tarikh Buka Sekolah Sesi Persekolahan 2015 | Menurut kenyataan media oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia , Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin  tarikh buka sekolah sesi persekolahan 2015 kesemua negeri akan bermula pada Ahad ,11 Januari 2015 untuk wilayah negeri kumpulan A , Sekolah di negeri Kedah , Johor , Kelantan, dan Terengganu . Manakala negeri lain sekolah akan bermula Isnin ,12 Januari 2015 iaitu sekolah di negeri kumpulan B ,  Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sesi persekolahan ini terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang melanda negara baru-baru ini. Semak di portal rasmi Kementerian Pendidikan di http://www.moe.gov.my/

  KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR


" Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.



Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014 "

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh Buka Sekolah Sesi Persekolahan 2015

-Kumpulan A (Negeri Cuti am hari Jumaat dan Sabtu): 
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu akan memulakan persekolahan pada tarikh 11 Januari 2015.
-Kumpulan B ( Negeri cuti am hari Sabtu dan Ahad):
 Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya akan memulakan persekolahan pada 12 Januari 2015.


Jumlah Mangsa Banjir di Kluang Meningkat

Jumlah Mangsa Banjir di Kluang Meningkat | Setelah banjir melanda kawasan utara dan pantai timur antaranya Perak , Kelantan dan Terengganu , kini Kluang -Johor menjadi kawasan yang dilanda banjir berikutnya. Semalam 26 Disember 2014 dilaporkan korban banjir berjumlah dalam 201 warga dalam pukul 12 tengah hari. Jumlah mangsa banjir semakin meningkat apabila pukul 9 malam tadi dilaporkan naik menjadi 591 orang oleh Ihsan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kluang .

Semua mangsa Banjir di Kluang ditempatkan di Balai Raya Kampung Paya Palembang, Balai Raya Mardi, Mukim Renggam, Balai Raya Kampung Mengkibol dan Sekolah Kebangsaan Seri Kencana. Penduduk di Bukit Kepong pula dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan.

Maklumat dari Jabatan Meteorologi menyatakan terdapat angin
Northwesterly yang kencang menumpu ke Johor yang akan menyebabkan hujan lebat.

Dijangkakan hujan lebat peringkat kuning dikeluarkan iaitu hujan monsun beserta angin kencang dijangka berlaku melibatkan Johor pada 28 hingga 30 Disember ini.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora perairan Johor bagi kategori kedua iaitu angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan timur Johor dijangka sehingga 27 Disember.

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 7

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 7 Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 ( MLM ) Minggu 7,Jumat 26 Disember 2014 . Disiarkan di Astro Prima,Maya dan Warna setiap Jumat pukul 10 malam.Siaran MLM 2014 Minggu 7  secara live disiarkan secara langsung bermula pukul 10.00 malam di Astro Warna 9132 dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (134) .  Pada minggu lepas, kumpulan comey telah tersingkir , bagaimana dengan malam ini ? kumpulan manakah yang akan tersingkir dari pertandingan ?


Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 7 

Tonton Online : DISINI

Tukar Kuaci Dengan Delima

Tukar Kuaci Dengan Delima  | Putih-putih melati, merah-merah delima,siapa yang baik hati pasti ku terima. Eh, nyanyi la pulak. Semenjak dua menjak ini Lisa suka makan buah delima sebagai pengganti makanan ringan . On Diet la katakan. Dah kurus nak kurus lagi wat pe ? Eh ,, naik dah saiz pinggang. Kena kuruskan semula , Baju dah tempah dengan saiz yang time kurus oi.. Nanti kang baju ketat pulak time Majlis . Dah lah majlis tinggal beberapa minggu lagi. 

Jadi Lisa dah dua hari ini tak makan tengah hari . Tukar pemakanan dengan makan sandwich ketika pagi dan tengah hari makan buah delima . Makanan sunah lah katakan , selain itu juga mengandungi banyak khasiat lain seperti menurunkan berat badan  dan Baca DISINI. Tak lapar ke tak makan ? tak lapar pun sebab pagi ada makan roti dah kan. Makan Delima ini dengan makan kuaci lebih kurang , kerna petik satu-satu buah tu dan makan. Sama lah makan kuaci kan.


Lisa makan sebiji buah delima saiz besar. Kenyang dah tak payah makan nasi.Selain itu amakn delima juga menyehatkan kerna tidak mengandungi bahan kimia seperti makanan ringan ,sebab tu tukarlah dengan mengamalkan makan delima daripada makan makanan ringan yang tak berkhasiat . hehehe. Merah dan manis buah delima ni . Berharap saiz pinggang akan berkurang sama seperti saiz sebelum ini agar baju tak ketat dan nampak cantik dalam majlis nanti . (Perasan ) .


 

Kereta Bertembung Dengan Hilux

Kereta Bertembung Dengan Hilux | Semalam hujan renyai-renyai, balik kerja lambat. dalam pukul 10 malam aku dan kawan baru nak bertolak dari tempat kerja. Dalam 5 minute perjalanan, tiba-tiba kereta bertembung dengan bagian belakang Hilux di corner depan Imperial Hotel .

Kemek bumper depan , Hidung aku terhantuk . Alhamdulillah tak patah lagi tulang hidung ini, dan kepala masih agak pening . Dalam ati memang Allah sahaja yang tahu, teringat accident 8tahun lepas yang membuat aku koma selama 1 minggu dan hampir merengut nyawaku.  Unkle cina pemilik Hilux tu pon turun dengan anak dan bini dia. Aku dan kawan aku turun, tengok apa yang rosak. Tangan menggigil lagi sebab terkejut . Anak unkel cina tu nak ambik gambar kereta and plat tapi unkel cina tu tak bagi anak dia ambek gmabar and kemudian cakap " Dah tak payah ambek gambar , tak pe . Awak settle kereta awak , agak teruk tu.  kereta saya nanti saya setle . " Dan kami berterimakasih dengan unkel tu . Unkel tu tolong kami chek kereta , mesin tak da problem. Bumper sahaja yang kemek dan jatuh.
Time nak gerak balik, argh ..Bumper dah jatuh teruk. Tayar sangkut kat bumper.kereta tak leh jalan. Lepastu call Boss sebab dia yang paling dekat kat situ. Dan kami tunggu dalam kereta , dalam 10 minute Boss datang .Dekat pukul 11 malam kami baru bertolak balik..

Kenapa Menyambut Krismas ?

Kenapa Menyambut Krismas ? | Esok 25 Disember , tarikh dimana umat kristian selalu menyambut hari perayaan bagi agama mereka. Namun, kenapa yang bukan kristian pun beriya untuk menyambut krismas juga? Terlebih lagi yang beragama muslim. Tak percaya ? Tengok sahaja malam krismas tu, siapa yang penuhkan dataran ? Atau.. berholiday ke pantai, BBQ , tak pun berkonvoi.

Boss Lisa je yang chinese  tak bagi cucu dia  merayakan christmas, sebab mereka bukan kristian. Krismas hanya untuk orang yang beragama kristian, jadi buat apa nak sambut krismas ? Tapi anak muda sekarang ?? Bukan semua tapi ada ramai kat luar sana yang secara tak sedar dia dah ikut meraikan krismas. 

Gangguan Line dan Internet Celcom


Gangguan Line dan Internet Celcom  | Hari ini terdapat gangguan untuk line telephone dan gangguan jalur lebar untuk pengguna celcom . Gangguan ini akan melanda di wilayah Utara Malaysia khususnya Perak dan Perlis disebabkan banjir yang terjadi di kawasan Utara tanah air.

Gangguan tehnikal ini akan berterusan sampai kawasan banjir tersebut surut. Ini kerana para technisian Celcom  tidak dapat masuk dikawasan tersebut untuk memperbaiki pencawang celcom yang rosak .

Gambar Terkini Banjir di Pahang

 
Gambar Terkini Banjir di Pahang  | Gambar diatas merupakan gambar banjir Taman Negara, di Jerantut yang diambil dari udara. Banjir yang belum surut sampai hari ini telah hampir mengenggelamkan kawasan yang terkena banjir .




 Banjir di Gua Musang

Semoga mangsa banjir cepat mendapat bantuan makanan, bekalan air bersih , juga ubat-ubatan. Mari hulurkan bantuan semampu kita . Dan doakan semoga air cepat surut .

Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim". surah HUD 11 :44

Tidur Posisi Duduk ?

Tidur Posisi Duduk ?  | Kesibukan yang melanda dari minggu lepas tambah pula dengan keadaan cuaca yang setiap hari hujan membuat Lisa sakit kepala. Sebab stress, penat kerja , dan tak cukup berehat kot . Semalam nak pergi kerja pun macam ok , tapi sampai tempat kerja tetiba rasa mengantuk sangat-sangat. Kepala pun rasa berat. Hujan lebat , kerja seorang , sakit kepala ,, hurm memang satu pakej lah . 

Terlelap sekejap dalam 10 sampai 15 minute. Fuh.. duduk pun boleh tertidur. Lepas tu gagahkan diri untuk buka mata. Basuh muka dengan air untuk ilangkan ngantuk , namun GAGAL ! sekali lagi aku tertidur atas meja . Kali ni boleh tahan lama , dekat setengah jam Lisa tertidur atas meja kerja . Dan tetiba ada customer kejut aku. Bukan sengaja nak tidur, tapi memang sakit kepala yang teramat sangat .

Nasib baik lah meja counter ini tinggi, orang lalu lalang tak nampak yang Lisa dah mimpi sampai ke EUROPE. hihu.. dan customer tu paham yang Lisa sedang tak berapa sehat. Muka dah macam mayat , pucat . Pukul 5 petang , nak tutup counter and balik! TAPIIIII.... ade seorang pekerja dari klinik sebelah , tumpang duduk kat tempat sini. Huwa.. Dah jadi kebiasaan dia macam tu , tumpang duduk tunggu orang datang ambil dia balik kerja. Tak kan aku nak halau , walaupon aku ada hak . Namun tahan je lah sampai dia tak balik. Dan hari ini.. aku kena hujan ! selsema , bersin hidung meleleh-leleh sampai habis dah tisu 3 kotak. Nak buat kerja pun tak larat. Makan tak da selera , makan buah delima je lah hari ini. 

Tonton Suamiku Encik Sotong Episod 9

Tonton Suamiku Encik Sotong Episod 9 | Suamiku Encik sotong bermula 27 Oktober 2014 di Astro Ria dan Astro Maya HD.Ditayangkan setiap hari Isnin pukul 10 malam. Mengisahkan pasangan suami istri yang berlainan sikap dan gaya. Jiwa suami yang lembut dan istri yang rock .

Erica dan farish pergi ke klinik , sesampainya disana mereka berjumpa dengan Izz, Qarina dan juga Datin Atiya . Apayang akan berlaku setelah Izz mengetahui yang Erica mengandung ? 

Tonton online / Watch  di :
 
*link akan dikemaskini setelah drama selesai

Atau TONTON  : DISINI
Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 9
Episode 8  
Episode 
Episode 6 
 Episode 5
Episode 4 
 Eposide 3 
 Episode 2
Episode 1

NAKED MAKEUP By URBAN DECAY

NAKED MAKEUP By URBAN DECAY | Setelah menanti beberapa minggu akhirnya sampai juga cosmetik NAKED makeup dari Urban Decay . Sebenarnya Lisa bukan jenis yang suka makeup , bukan tak suka tapi  tak reti nak makeup. Hehe.. dengan kesepetan mata yang kumiliki memang tak tau lah nak makeup macam mana. Lainlah kalau join kelas makeup , kalau ada pun bukan ada masa nak join !

Makeup hanya kadang-kadang sahaja ketika menghadiri majlis kahwin atau ada majlis tertentu. Bukan semua alatan makeup sesuai untuk wajah, bukan hanya Lisa tapi untuk kebanyakan orang memang macam ini.Jadi sebelum membeli makeup , pastikan kalian tahu bagaimana keadaan kulit wajah kalian dan bagaimana kandungan dalam makeup itu. Jangan pula nanti jadi naik jerawat. Rosak muka kalian nanti . 

Dan yang menjadi pilihan Lisa sekarang  jenama NAKED makeup by URBAN DECAY. Murah tak murah , mahal tak mahal. Naked 3  eyeshadow palette , NAKED 4classic earthone eyeshadow palette , NAKED Flushed - Bronzer /highlighter/Blush , Naked 4 -extra length Mascara , NakedSkin -wieightlessultra defition liquid makeup  , foundation ,blush & Bronzer Total harga dari ke-8  barangan ini hanya 369$  ,free postage. Sekarang NAKED Make up sedang ada sale besar-besaran dan percuma untuk penghantaran . Baca DISINI untukdetail.




Keputusan Terkini Malaysia Vs Thailand 20 Disember 2014

Keputusan Terkini  Malaysia Vs Thailand 20 Disember 2014 | Perlawanan  final kedua Piala Suzuki AFF 2014 pada 20 Disember 2014  merupakan Perlawanan yang akan menentukan siapa yang layak mendapatkan gelaran Pemenang  Piala Suzuki AFF 2014. Bagaimana keputusan pengakhiran perlawanan tersebut?siapakah yang akan mendapat titlle Juara Suzuki AFF CUP 2014? 

Untuk menonton secara langsung siaran tersebut , anda boleh tonton di pautan  
Live Streaming Malaysia VS Thailand 20 Disember 2014

KeputusanMALAYSIA Vs Thailand 
 Malaysia 3 : 2 Thailand

6′ Safiq Rahim
45+2′ Indra Putra
58 ' Safiq Rahim
82′ Charyl Chappuis,
87′ Songkrasin"   

Agregat penuh Malaysia (3) : Thailand (4)

Pemenang Piala Suzuki AFF 2014 jatuh kepada team Thailand, dan berakhir la game suzuki AFF 2014 untuk tahun ini.         



Live Streaming Malaysia vs Thailand Final Piala Suzuki AFF 2014

Live Streaming Malaysia vs Thailand Final Piala  Suzuki AFF 2014 | Perlawanan akhir kedua Final Suzuki AFF 2014  antara Malaysia melawan Thailand yang akan berlangsung malam ini jam 8 PM ,20 Disember 2014 adalah perlawanan yang menentukan siapakah yang akan menjadi Juara dalam Piala Suzuki AFF 2014 .

Setelah sebelum ini Malaysia dikalahkan dengan score 2 oleh Thailand dan 0 untuk team Malaysia , maka pada hari ini team Harimau Malaya harus lebih berusaha untuk dapat memadamkan defisit 2 GOL milik Thailand. Perlawanan antara Malaysia vs Thailand 20 Disember 2014 itu akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil dan disiarkan melalui TV9 . Untuk kalian yang tidak berkesempatan menyaksikan di TV9 atau di Stadium , kalian boleh tengok Online di pautan link dibawah ini 

LIVE STREAMING MALAYSIA VS THAILAND 20 DISEMBER 2014.

LIVE STREAMING MALAYSIA VS THAILAND FINAL KEDUA PIALA SUZUKI AFF 2014.
atau
DISINI

Cetak Gambar Photo Kanvas di Samudera Kanvas

 Cetak Gambar  Photo Kanvas di Samudera Kanvas | Pengalaman pertama berdepan dengan kamera didalam studio untuk penggambaran pastinya memberikan seribu satu pengalaman yang tersendiri . Kaku tak tahu bagaimana cara berposing dan watak apa yang perlu dibawakan untuk penggambaran tersebut menjadi memori yang memang tak kan terlupakan sampai bila-bila. Berposing didepan kamera tak sama tau kalau kita ambil gambar selfie menggunakan HP  Dan kali pertama jugak aku bertentang mata dengan blogger-blogger KelabBloggerBenAshaari , Baca DISINI.
Tentunya membuatku ingin mengabadikan hasil photoshoot itu  agar ianya kekal . Dan hari itu , dapat pula tawaran percetakan gambar kanvas oleh +Samudera Canvas  ! Bak kata pepatah pucuk dicinta ulam pun tiba. Alhamdulillah , rezeki woo .. sebab memang tak pernah buat Photo Kanvas sebelum ini.

Dan hasilnya memang cantik ! Material berkualiti dan juga Photo kanvas murah yang KALIS AIR ! , tak perlu risau gambar akan pudar kerana detikan masa yang berputar. Kalau nak , kalian boleh print gambar kahwin , gambar tunang , gambar kesayangan ,gambar family sekeluarga , dan juga gambar konvo kalian ! Boleh jadikan kenangan untuk anak cucu dimasa yang akan datang. Samudera kanvas sedang mengadakan PROMOSI akhir tahun !


ANTARA SENARAI HARGA YANG ADA :
SAIZ 8"x8"
✔ HARGA ASAL : RM89.
✔ HARGA PROMOSI : cuma RM50 SAHAJA!
✔ DISKAUN HAMPIR 50%
✔ Anda JIMAT RM39!!

SAIZ 10"X15" (Saiz A4) ☜
✔ HARGA ASAL : RM150.
✔ HARGA PROMOSI hanya RM70 SAHAJA!
✔ DISKAUN 60%!!!
✔ Anda JIMAT RM80!!

SAIZ 12R (18"x12")
✔ HARGA ASAL: RM200
✔ HARGA PROMOSI : RM100 SAHAJA!
✔ DISKAUN 50%!!!
✔ Anda JIMAT RM100!!

SAIZ 20"X30" (SEBESAR TV 32INCI)
✔ HARGA ASAL: RM350
✔ HARGA PROMOSI : RM150 SAHAJA!
✔ DISKAUN HAMPIR 70%!!!
✔ Anda JIMAT RM200!!

Untuk tempah dan pembelian  photo canvas murah ini boleh kunjungi di :

Facebook :  SAMUDERA KANVAS
Instagram : @SAMUDERAKANVAS
Atau Whatsapp : 014-8495922

Gambar Dan Biodata Charyl Chappuis Pemain Thailand Jersi Nombor 7

Gambar dan Biodata Charyl Chappius pemain Thailand jersi nombor 7| Pemain bola sepak dari Thailand yang mengenakan jersi no .7 kini menjadi kegilaan ramai orang , terutama penyokong wanita team Malaysia. 

Charyl Chappuis,Player Thailand jersi no 7 menjadi topik hangat perbualan di media sosial  di laman sosial susulan perlawanan Final pertama AFF Suzuki 2014 antara Malaysia vs Thailand,17 Disember 2014 . Wajah yang tampan , siapa yang tak minat. Berikut adalah maklumat peribadi atau biodata mengenai Charyl Chappuis.

Biodata Charyl Chappuis Pemain Thailand Jersi Nombor 7

Nama Penuh: Charyl Yannis Chappuis

Umur: 22 Tahun

Tarikh Lahir: 12 Januari 1992

Tempat Lahir: Kloten, Switzerland

Kareer: Pemain Professional Bola Thailand dan Switzerland

Dan berikut beberapa kepingan gambar dari lelaki yang berwajah tampan pemilik jersi nombor 7 team Thailand Charyl Chappuis




Hadiah Dari Ephyra

Hadiah Dari Ephyra | Bulan Disember bulan penuh hadiah. Sama ada dari kawan-kawan , boss , atau orang terdekat. Kali ni dapat Tshirt dan Kalender Ephyra , yang diberikan oleh Big Boss Ephyra iaitu cik Amira. Terima kasih cik Amira

 Nak juga? Haaa.. kalau setiap pembelian Ephyra akan mendapatkan Kalender tahun 2015 secara PERCUMA , ditempat-tempat tertentu. Selagi stock masih ada ye , limited stock sahaja tau. ! 
Sesiapa yang nak sehat, slim , cantik , bertenaga , cubalah minum Ephyra ye. Nak tau mengenai Ephyra yang Lisa maksudkan? Baca DISINI 


Gambar Perodua Myvi Baru 2015 New Facelift

Gambar Perodua Myvi Baru 2015 New Facelift | Beberapa kepingan gambar Kereta Myvi Facelift yang akan muncul ditahun depan menampakkan bahagian depan Myvi ini lebih garang dari rekaan bentuk Myvi sebelum ini. 



Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 6

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 6 Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 ( MLM ) Minggu 6 ,Jumat 19 Disember 2014 . Disiarkan di Astro Prima,Maya dan Warna setiap Jumat pukul 10 malam.Siaran MLM 2014 Minggu 6  secara live disiarkan secara langsung bermula pukul 10.00 malam di Astro Warna 9132 dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (134) .  Pada minggu lepas, kumpulan Ekzoz dan Samurai telah tersingkir , bagaimana dengan malam ini ? kumpulan manakah yang akan tersingkir dari pertandingan ?

Tema yang akan dibawakan oleh sepuluh peserta
 MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU 2014 KE 6  ialah " Muzikal ". 

*link akan dikemaskini setelah rancangan mula disiarkan. 

Tonton 

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 6 

Gadis cantik memilih Bunuh Diri

Gadis cantik memilih Bunuh Diri | Dari banyak jalan, bunuh dirilah yang jadi pilihan Aima. Seorang gadis cantik yang cuba mengadu nasib untuk mencari sesuap nasi di Bandaraya ini . Aima mencuba membunuh diri dengan terjun dari bangunan tingkat tiga di tempat dia bekerja.

Nekat bunuh diri menyebabkan kedua tangan patah dan luka dibagian muka. Beberapa bulan lepas dia pernah datang untuk bekerja ditempat boss Lisa. Dia dijanjikan kerja di kedai bukan sebagai pembantu rumah oleh agensi pekerjaan dikampungnya, Medan, Indonesia. Dia memberontak dan terus memberontak nak balik ke tempat asal. Masuk kali ke 3 dah ketika dia datang kerumah boss Lisa  . Tahan 1hari je , lepas tu dia  cakap nak balik ! Bukan salah boss, tapi dia memang tak nak kerja dah kat Malaysia ini. Mungkin terfikir family si kampung kot. Nak balik tapi tak leh sebab dia ada sign agreement dengan agensi dia.

Kemarin terjumpa lah dengan akak agensi yg kat sini tu, dia sembang-sembang ... pasal Aima tu. Bagitau yang sia try bunuh diri. Aish.. nak salahkan siapa? Hurm kenapa  bunuh dirilah jalan yang dia pilih..

Keputusan Terkini Malaysia Vs Thailand 17 Disember 2014

Keputusan Terkini  Malaysia Vs Thailand 17 Disember 2014 | Perlawanan  final Piala Suzuki AFF 2014 pada 17 Disember 2014  merupakan Perlawanan yang akan menentukan siapa yang layak mendapatkan Piala Suzuki AFF 2014. Bagaimana keputusan pengakhiran perlawanan tersebut? 

Untuk menonton secara langsung siaran tersebut , anda boleh tonton di pautan  
Live Streaming Malaysia VS Thailand 17 Disember 2014

KeputusanMALAYSIA Vs Thailand
Malaysia 0 : 2 Thailand

Chappuis 72″ ,Thawikan 86″ 

© all rights reserved
made with by templateszoo