Ad

Showing posts with label emas. Show all posts
Showing posts with label emas. Show all posts

Bayar Guna SemuaPay dan Tebus Emas Percuma

Bayar Guna SemuaPay dan Tebus Emas Percuma

Assalamualaikum , semakin lama teknologi yang masuk dalam keseharian dah semakin maju .Sekarang ni dah banyak yang cashless untuk buat transaksi harian salah satunya pembayaran bill bulanan kita . Lisa tak suka penuhkan wallet dengan wang kertas apalagi semenjak covid haritu memang dah cashless je . Nah berbicara tentang cashless ni kan , baru ni Lisa da jumpa satu apps yang menarik untuk dicuba  iaitu SemuaPay . Dalam apps ni korang boleh dapat Cashback, buka kedai dan juga boleh jual beli emas . Menarik bukan ?

Apa Itu SemuaPay ?

SemuaPay adalah satu aplikasi telefon pintar yang dimiliki oleh SemuaPay Sdn. Bhd. yang diwakili oleh 100% bumiputera Malaysia. SemuaPay telah membantu lebih 20 ribu pengguna di Malaysia dalam perkhidmatan servis bayaran secara atas talian. Pengguna diberi kemudahan untuk mula berniaga tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi, bayaran yang dikenakan untuk pengguna menggunakan aplikasi ini adalah serendah RM10 seumur hidup.


Yang menarik perhatian Lisa disini ialah bagi korang yang mempunyai perniagaan , aplikasi SemuaPay ini menyediakan platform dimana boleh miliki e-kedai sendiri dengan serendah RM50 untuk buka e-kedai. Memang sangat berbaloi la bagi peniaga yang baru nak berjinak untuk mulai perniagaan di platform online ni . Bagi pengguna pula boleh dapat untung Cashback . Tudia dua dua untung kan ?



Selain dari berniaga , pengguna juga boleh buat bayaran  pelbagai servis perkhidmatan secara atas talian atas talian . Antara servis yang ditawarkan adalah pengguna boleh menggunakan aplikasi untuk bayaran bil telefon, TNB, Astro , tambah nilai kartu prabayar , langgan internet ,jual beli emas dan banyak lagi. Terdapat lebih 80 produk tersedia untuk penggunaan sendiri atau jualan. Pengguna akan diberi CASHBACK pada setiap bayaran menggunakan aplikasi mengikut kadar yang telah ditetapkan mengikut pakej daftar, rujuk pautan untuk info lanjut semuapay.com/page/rebaterate.


Aplikasi SemuaPay boleh di muat turun di semua telefon pintar, di Google Play, App Store dan AppGallery.



CARA DAFTAR SemuaPay

1) Klik link SemuaPay
2) Kemudian isi nama, nombor telefon dan emel.
3) Pilih Pakej Keahlian. Macam Lisa, daftar sebagai Pengguna dahulu dan hanya bayar RM10 untuk seumur hidup. Pakej lain seperti Pengguna, Komuniti, Usahawan dan VIP
4) Selesai isi semua, boleh tekan Daftar.
5) Seterusnya cek email untuk dapatkan password
6) Dah dapat password, boleh login di aplikasi SemuaPay.
Lepas dah login, jangan lupa untuk tukar password untuk keselamatan akaun kalian. 


Kelebihan menggunakan aplikasi SemuaPay :- 

1) Pembayaran bil utiliti, pembelian Topup prepaid dan pospaid
Segala pembayaran bil ( bil air, bil elektrik, bil internet) dan topup korang boleh menggunakan aplikasi SemuaPay ni. Dengan hujung jari sahaja, semua siap dalam satu platform. Tak perlu pergi kedai, tak perlu pergi pejabat pos untuk bayar semua ni. Jimat masa tenaga dan minyak kereta , haaa... dari bersesakkan di luar baik kita buat dari rumah je kan , semua ada dihujung jari . 

2) Tambah nilai online game

Bayangkan kBagi gamers ,features ini sangat membantu . Ialah tak perlu keluar ke 7-e untuk topup , jadi permainan tak terganggu . Dalam aplikasi ni juga ada servis tambah nilai untuk online game korang. Bukan satu jenis game je, ada banyak jenis iaitu Freefire, Gamesberry, Garena Shell, Genshin Impact, Razergold, Mobile Legend dan banyak lagi

Bayangkan korang reload game PUBG Rm100  x 4% = RM4 wahhh untung! 

Setiap transaksi bayaran yang dah dibuat, korang akan dapat CASHBACK hasil dari bayaran ikut kadar yang telah ditetapkan. Memang tak rugi tau, lagi komitmen bulanan ni. Bayar-bayar, dapat cashback, dah boleh kumpul duit. Untung sangat kan ! 

3) Membuka e-shop ( kedai online sendiri)

Pengguna juga diberi peluang untuk memulakan perniagaan atas talian dengan memiliki laman e-commerce sendiri dengan langganan e-Kedai di aplikasi SemuaPay. Pengguna tidak perlu risau tentang stok atau produk jualan kerana aplikasi telah sediakan produk untuk jualan seperti bil, prabayar, permainan, pin & emas. Anda hanya perlu kongsi pautan e-Kedai untuk jana pendapatan. Bayaran serendah RM50 untuk membuka e-Kedai ini . Wahhh menarik juga kan ada e-Kedai sendiri .

4) Sistem Pengurusan Emas

Aplikasi ini juga menawarkan servis simpan, pindah, jual & beli emas patuh syariah. Terdapat 2 kaedah belian emas di SemuaPay. 

a. Gold Saving Account (GSA)

Pengguna boleh memiliki emas di aplikasi dengan belian serendah 0.02 gram. Pengurusan jual beli emas boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan harga emas semasa di aplikasi mengikut pakej daftar. 

b. SPGold Wafer 1 gram (Au999.9) 24k

Klik link untuk beli https://semuapay.com/shop/gold/bullion/GB1G.

Tebus dari Gold Saving Account (GSA) setelah cukup simpanan sebanyak 1 gram. Pemilik e-Kedai boleh menjual emas di kedai masing-masing dengan minimum jualan 0.05 gram.

Ni lagi best, korang boleh mula simpan emas secara PERUMA. Caranya, korang hanya buat bayaran bil telefon sahaja, dah boleh mula simpan emas secara percuma menggunakan CASHBACK yang yang korang dapat. Bayangkan jika setiap kali kita buat bayaran bil di aplikasi SemuaPay, berapa gram emas yang korang boleh miliki sekarang ?
Contohnya:

Bayar Umobile = RM100 ( Cashback RM6.00 = 0.02 Gram Emas).

Haritu ada bincang juga dengan kawan nak buat simpanan emas dan cari platform yang menguntungkan ... eh terjumpa pula dalam aplikasi SemuaPay ini.


Dalam aplikasi ni pun boleh buat dut geli-geli tau. Cuma share, like , komen dah boleh dapat duit.


Caranya tekan HOME, dan nampak Viral. Kemudian, ikut arahan di dalam tugasan. Selepas buat task, jangan lupa letak URL seperti yang diminta sebagai bukti task dah dibuat. Kalau buat hari - hari dah berapa banyak duit yang terkumpul. Cara buat duit online yang mudah hanya perlu kerajinan untuk buat task.

6) Transaksi

Semua urusan transaksi yang korang dah buat, korang boleh tengok dibahagian ni. Semua rekod debit, kredit, Rekod Tambah Wallet, Rekod Pindahan Wallet dan sebagainya juga tertera disini. Selain itu, korang juga dapat lihat status pembayaran bil dan topup anda.

7) Akaun
Jangan lupa verify akaun korang untuk dapatkan cashback dan komisen selama korang bertransaksi nantinya . Dekat bahagian ni, macam biasala, tengok profil korang. Boleh kemaskini gambar, dapat lihat profil korang. Selain itu,  disini juga terdapat pelbagai butang lain untuk urusan Wallet, Pengurusan dan Aplikasi. 


8) Affiliate
Apabila korang kongsi link aplikasi SemuaPay sendiri dekat kawan-kawan, keluarga, lepastu mereka daftar akaun SemuaPay menggunakan link korang, secara automatik, korang akan dapat ganjaran. 

Macam mana, banyak kan kelebihan aplikasi SemuaPay ni. Boleh dapat Cashback, boleh jana pendapatan, dan paling menarik boleh simpan dan jual emas. Memang tak rugi daftar SemuaPay ni.
Lagi menarik SemuaPay melancarkan program SPReward.

SemuaPay lancarkan program SPReward.

Menyedari potensi besar pasaran e-dagang, SemuaPay telah melancarkan program SPReward bagi melahirkan sekurang-kurangnya 1000 usahawan digital dalam kalangan pengguna pada tahun 2022. Program SPReward adalah merupakan inisiatif pihak syarikat SemuaPay Sdn. Bhd. dalam melahirkan usahawan digital di kalangan pengguna berdaftar dengan pemasaran e-kedai SemuaPay. 

Semua pengguna layak untuk sertai program ini dengan syarat mempunyai langganan e-Kedai yang aktif padasetiap bulan.

Semua pengguna layak untuk sertai program ini dengan syarat mempunyai langganan e-Kedai yang aktif pada setiap bulan.


Cara lengkap buka e-Kedai di Aplikasi SemuaPay  

1.TAMBAH WALLET. 

Pastikan Wallet korang ada RM50 didalamnya .

2.BUKA KEDAI

klik e-Kedai dan klik Buka kedai di penjuru kiri bawah . 

3. ISI NAMA KEDAI

Masukkan nama kedai anda di rungan kosong , seterusnya klik KEMASKINI MAKLUMAT KEDAI . 

Sebagai Contoh  : KEDAISAYA

4. KLIK LANGGAN & KEMASKINI TETAPAN

Klik Langgan dan kemaskini tetapan seperti gambar rajah.

5.LIHAT KEDAI & KONGSI

Boleh ulakan jualan dengan kongsi pautan kedai korang sendiri di laman media sosial seperti facebook twitter dan lainnya untuk beritahu orang lain . 

Mudah sahaja bukan cara untuk buka e-Kedai di aplikasi ini . Korang boleh tengok gambar dibawah untuk rujukan juga ya . 



Feedback Pengguna :




Peluang tak datang banyak kali tau , jangan tunggu lama-lama ... lekas daftar tau ! 

Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari

Website : www.semuapay.com

Facebook : https://www.facebook.com/SemuaPay/

Instagram : https://www.instagram.com/semuapay/







KOIN EMAS PERINGATAN TUN MAHATHIR EDISI TERHAD

KOIN EMAS PERINGATAN TUN MAHATHIR EDISI TERHAD 

Hai assalammualaikum , Seperti kita tau, Tun Mahathir sekali lagi telah menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua pada pilihanraya tahun lepas. Ketika itu Tun M merupakan pengerusi Pakatan Harapan dan telah memenangi Pilihanraya Umum yang Ke 14. Kemenangan yang tidak dijangka, dimana, pemerintahan yang selama ini dipegang oleh Barisan Nasional telah bertukar kepada Pakatan Harapan. Dan pada 10 Mei, Tun Dr Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang Ke 7. Koin Emas Peringatan edisi Tun Mahathir ini di buat untuk meraikan  menjadi Perdana Menteri kedua , selepas pernah menjadi PM yang ke-Empat tahun ( 1981-2003 ) 

Edisi terhad Syiling emas Peringatan Tun Dr Mahathir

Jika nampak KLCC , teringat Tun Dr Mahathir .. Bukan hanya KLCC je , tapi ada banyak yang kita nampak apa yang Tun Dr Mahathir telah lakukan kepada negara Malaysia, seperti terbinanya Menara Berkembar Petronas, Proton dan macam-macam lagi. Pembinaan dan penciptaan yang dibuat telah Memacu Malaysia ke arah Pemodenan. Disebabkan itu, koleksi syiling emas telah dikeluarkan bagi memperingati jasa Tun Dr Mahathir selama ini.

Bukan koin macam tu je dapat, tapi ia diselitkan di dalam sebuah yang seakan-akan buku berwarna merah dan mempunyai wajah Tun M dalam bentuk karikatur. Syiling tu ada di dalam nya di sebelah kanan. Dalam buku tu ada serba sedikit tentang Tun Dr Mahathir dalam semua bahasa, Melayu, Cina dan India.






Meh kasi close up sikit duit syiling emas ni..hehee. Ni la syiling emas Edisi Terhad Tun Dr Mahathir. Di Bahagian hadapan, ada nama dan muka Tun M. Bahagian belakang, lambang Pakatan Harapan.


Syiling Emas ni memang betul-betul emas tau, ketulenan emas 999; seberat 0.1 gram. Syiling emas ni telah diusahakan oleh sebuah syarikat, Puncak Julung Enterprise. Mungkin ada diantara korang yang gemar mengumpul duit syiling, dan syiling emas ni  korang boleh dapatkan hanya dengan harga  RM 160 sahaja.


Korang mesti memiliki duit syiling emas Tun M ni..jadikan koleksi..memorable sangat ni.

Jika berminat  untuk memiliki syiling peringatan tersebut boleh melayari
laman web rasmi https://tunmcc.com.my/ , 



Cara Ukur Saiz Cincin

Cara Ukur Saiz Cincin || Ramai yang tak tahu nak jawap macam mana kalau ditanya mengenai berapa size cincin .. betul tak ? haha takperlu tanya orang lain.. sebab Lisa sendiri pun tak tahu . Buat apa susah-susah , nak beli cincin.. pergi je terus ke kedai emas tu . Try la satu-satu..ha.. nanti pasti jumpa saiz cincin yang sesuai .

 Tapi.. cuba banyangkan kalau kalian nak kahwin dengan orang nun jauh disana. Contoh : Orang sabah kahwin dengan orang Johor .. tak ke jauh .  Kalau datang nak merisik mesti bawa cincin datang kan... nah macam mana nak tahu saiz tu ? Orang cakap jari kelingking lelaki sama saiz dengan jari manis perempuan.. Ya kalau badan lebeh kurang .. kalau yang lelaki kurus yang perempuan badan chuby macam mana ?? hahah tak boleh guna petua tu ... tak apa.. Lisa kongsi tips atau cara untuk ukur atau  size cincin . Jom baca ! 



Abaikan baju KitKat tu .. hehehe.... Bahan yang perlu kalian sediakan untuk ukur size cincin ialah : 
1 . Kertas / benang sepanjang 10 cm . lebar 5mm dah, tak perlu lebar sangat 

2. Pen 
3. Pembaris 

Jom kita cuba cari ukuran size cincin dengan cara ukur keliling jari : 


1. Lilitkan kertas atau benang tadi dijari . Kemudian tandakan dimana kedua hujung bertemu . Jangan ketat sangat.. jari tu buat rileks je ..


2. Ukurpanjang kertas yang telah kita tanda tadi .  
Contoh macam Lisa ni .. 5.2cm . Saiz cincin dengan ukur lilit jari ialah  : 11 .


Untuk Rujukan size cincin , lihat gambar berikut ! Siap...







Mudah je kan.. sekarang tak perlu pening lagi macam mana nak tahu saiz cincin . Kalian dah tahu saiz cincin jari Lisa... takda sapa nak bagi free cincin bentuk crown macam kat atas tu ke ? hahahaha

Selamat mencoba .. semoga tips ini berguna untuk kalian yang akan bertunang atau merisik orang tapi duduk berjauhan . 

3 items dari Poh Kong yang saya ingin miliki


3 items dari Poh Kong yang saya ingin miliki | Poh Kong ,kalian pasti dah tak asing lagi kan dengan nama ini .Apalagi untuk kalian yang minat dengan barang kemas.  Termasuk la  Lisa ! Hehe dari nenek ,' mak,kakak, dan sedara mara ramai yang  memilih Poh Kong untuk membeli barang kemas .Poh Kong, kedai rantaian runcit barang kemas terbesar di Malaysia sekali lagi telah mencipta banyak barang kemas terbaru  khas yang pasti akan membezakan dan membuat kalian jadi pusat perhatian. .  Tinggal beberapa hari saja dah tukar tahun baru . Memang sesuai  berikan hadih  untuk yang  tersayang dengan barangan dari Pohkong .  3 diantara  New  Collection  new year yang menarik hati Lisa , design yang simple tapi elegant  iaitu , Gelang tangan  Tranz Klasik 22K Gold , Angel Ring Diamond ,  Dan rantai  simply Elegant series.

Gelang tangan  Tranz Klasik 22K Gold
Gelang tangan 22 K denga penggabungan lebah yang disaluti dengan emas , dipadukan dengan labah-labah . Macam nature ,masing-masing berkait . Berbeza dengan design gelang yang kebanyakan onceng atau love , lisa lebih suka yang ini kerana bentuk unik dan lain dari yang lain . 

THE MULTIPLE JOY Stacked Rings  || Nampak tak cincin berlian yang simple tapi nampak elegant. Lisa memang suka perhiasan yang jenis simple tapi nampak cantik kalau kita memakainya . Cincin halus dari Multiple Joy sirie's ini menambah anggun pabila disarungkan dijemari Lisa . Mungkin cincin kahwin nanti nak pilih design yang seperti ini lebih simple dan cantik . Nampak seperti exclusive.


Rantai Angel Diamond  || Pertama kali nampak rantai ini terus terpikat! mana taknya ... design yang unik dengan diamond . Siapa yang tak suka dengan diamond ,.. barangan kemas yang akan menyilaukan mata semua orang yang melihatnya . 




Poh Kong adalah penaja utama pada Clothes Buffet Malaysia Season 3 2016   yang akan berlangsung pada tarikh 16 dan 17 January 2016 @ Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur! Jangan lupa datang..

For more info on Poh Kong’s new year’s festive collection, please visit:

Poh Kong Official Website: www.pohkong.com.my      

Facebook: pohkongjewellers

Instagram: pohkongmy


Mengenai Poh Kong
Ditubuhkan pada tahun 1976 dan disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad sejak 2004, Poh Kong adalah rangkaian terbesar kedai barang kemas di Malaysia mencapai tanda cawangan ke-100 pada tahun 2012, yang termasuk kedai konsep seperti Poh Kong, Poh Kong Gallery, Diamond & Gold oleh Poh Kong , Diamond Boutique, Gold Boutique dan Oro Bianco.
 Poh Kong menawarkan pelbagai perhiasan emas, berlian dan permata yang dicipta khas oleh pasukannya tukang dan pereka mahir. Jenama Poh Kong in-House termasuk Tranz, Happy Love, Anggun, The Art of Auspicious, Bunga Raya Gold Bar dan banyak lagi yang akan datang. Poh Kong adalah pemegang lesen untuk koleksi Disney; pengedar tunggal mutiara yang mewah Schoeffel dari Jerman, Luca Carati & MORAGLIONE 1922 dari Itali, ANGEL DIAMOND; berlian dunia yang paling cemerlang dan ideal persegi dan tambahan terbaru, Hemera berlian dengan 101 aspek, dan pembawa banyak keping barang kemas lebih indah dari seluruh dunia. 
Poh Kong telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Kedai Harga (2013) dan Pilihan Rakyat, anugerah Emas dalam Pakaian dan Aksesori kategori untuk Anugerah Putra Brand (2015). Syarikat itu juga disenaraikan dalam Retail Asia Pasifik Top 500 (2014).


© all rights reserved
made with by templateszoo