Ad

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Watsons Melancarkan Kempen #MisiIkhlasAidilfitri Untuk Raya

Watsons Melancarkan Kempen #MisiIkhlasAidilfitri Untuk Raya 


Kongsikan amal kebaikan dengan ‘hashtag’ kempen untuk mengumpul sumbangan sempena bulan mulia

Watsons memulakan kempennya bagi Ramadan dan Aidilfitri 2018 dengan menyeru warga Malaysia supaya menyemai budaya amalan mulia melalui perkongsian perbuatan baik hati yang mereka perhatikan di sekeliling mereka. Menerusi kempen #MisiIkhlasAidilfitri, Watsons berhasrat untuk menggalakkan sikap positif dan menonjolkan kebaikan serta keikhlasan hati yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia setiap hari. Pada masa yang sama, Watsons Malaysia akan menyalurkan sumbangan kepada Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah bagi setiap penggunaan ‘hashtag’ #MisiIkhlasAidilfitri dan #WatsonsMalaysia sepanjang kempen berlangsung.

Kempen #MisiIkhlasAidilfitri yang diadakan daripada 15 Mei hingga 2 Julai 2018, menyeru agar rakyat negara ini berkongsi amalan mulia yang dilihat mahupun didengari mereka, di laman Facebook atau Instagram dengan menggunakan ‘hashtag’ #MisiIkhlasAidilfitri dan #WatsonsMalaysia. Watsons Malaysia akan menyumbangkan 200 mata ganjaran (bersamaan dengan RM1) kepada Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah bagi setiap penggunaan ‘hashtag’. Sumbangan tersebut akan membolehkan organisasi amal itu membeli barangan daripada rangkaian Watsons, merangkumi kelengkapan penjagaan diri hingga ke ubat-ubatan dan vitamin, bagi memenuhi keperluan warga emas yang menghuni rumah kebajikan itu.

“Pada bulan Ramadan yang merupakan bulan paling mulia dalam kalendar Islam, pada masa inilah penganut agama Islam memperkukuhkan kerohanian diri dan meningkatkan amal kebajikan.  Menerusi kempen #MisiIkhlasAidilfitri, kami mahu menghargai setiap amalan mulia yang dilakukan oleh rakyat Malaysia di media sosial di samping menyebarkan semangat positif. Dengan menonjolkan usaha murni yang ikhlas ini, kami mahu berkongsi kegembiraan yang dirasai ketika melakukan amalan baik dan merapatkan hubungan masyarakat dalam dunia ini di mana jurang antara insan semakin melebar,” ujar Caryn Loh, Pengurus Besar dan Ketua Negara bagi Watsons Malaysia.

Loh berkata, amalan-amalan mulia ini semudah usaha untuk menggembirakan insan lain seperti menguntum senyuman mesra dan menyapa individu yang ditemui, membawa pulang haiwan peliharaan daripada pusat kebajikan haiwan ataupun membuka pintu bagi memudahkan urusan orang lain sehingga ke usaha-usaha lain yang memberikan impak yang lebih besar. Watsons Malaysia juga akan menonjolkan perbuatan kebaikan luar biasa menerusi saluran laman sosial syarikat itu, seperti seorang lelaki yang menjual kereta Proton Iswara miliknya kepada seorang ibu tunggal pada harga 10 sen dan rakyat Malaysia yang berganding tenaga membantu satu sama lain dalam sebuah kemalangan besar yang berlaku di Ipoh.

#MisiIkhlasAidilfitri merupakan usaha yang julung-julung kali diadakan oleh Watsons Malaysia yang melibatkan penyertaan rakyat Malaysia bagi meraikan semangat bulan yang mulia ini. “Menerusi kempen ini, kami ingin menunjukkan bahawa tiada individu, mesej mahupun kisah terlalu kecil untuk membawa perubahan. Melalui kempen ini juga, kami meminta orang ramai berkongsi mesej-mesej di media sosial yang memaklumkan, memberi ilham dan mewujudkan kesedaran yang mampu membawa perubahan sosial dan meningkatkan semangat kita semua.  Kami mahu rakyat Malaysia berasa hebat, selain penampilan diri yang menarik bersama Watsons Malaysia pada bulan Ramadan ini,” tambah Loh.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari laman web Watsons Malaysia di www.watsons.com.my/promo-misiikhlas . Ikuti berita terbaharu daripada Watsons Malaysia di laman Facebook www.facebook.com/watsonsmalaysia 

INTERNET PERCUMA CELCOM PROMO RAYA

Lama tak tulis entri celcom , hahah sebab banyak sangat promo so tak menang tangan nak menulis ( eleh.. padahal malas ) . Okay... kabar gembira untuk korang yang guna celcom xpax prabayar , sekarang celcom sedang buat promosi sampena ramadhan dan raya . Dapatkan hingga 20Gb kuota pelan tambahan , whatsapp dan wechat  percuma dengan hi speed internet . , panggilan tanpa had  ke 10 number , percuma 10Gb internet tengah malam atau... percuma rm10 baucar tunai dari lazada . Wah macam menarik je ... 



CARA UNTUK DAPATKAN FREEBIES XPAX PROMO RAMADHAN DAN RAYA 


Korang boleh nikmati 3 ganjaran menarik dari promo yang celcom buat untuk pengguna xpax . Nah cara dan syaratnya senang je ,

1. Freebie Raya . 

Apa yang best dari Freebie raya ni ? Langgan mana-mana pelan internet bulanan dan nikmati ganjaran percuma pilihan anda . korang boleh memilih salah satu (1) Ganjaran kelebihan xpax yang ditawarkan seperti :- 
  • Percuma Panggilan tanpa had ke 10 number 
  • Percuma 10GB internet burung hantu 
  • Percuma RM10 baucar tunai dari Lazada. 
Caranya :
 Hanya perlu melanggan internet bulanan sama ada RM30 untuk 5Gb ( Dial #118*2*4# ) atau  RM50 untuk 10GB . (#118*2*3# )  . PSttt : Jika umur korang bawah 25tahun ., boleh activekan kaw-kaw squad di aplikasi Xpax . dan dapatkan 50% Internet percuma .



Type of Internet PlanInternet QuotaValidity PeriodUSSD Direct Dial
Monthly RM305GB30 days*118*2*3#
Monthly RM5010GB30 days*118*2*4#


Pelanggan akan menerima SMS kedua yang digunakan untuk menebus freebie. Apa-apa freebie tidak ditebus selepas tamat Tempoh Penebusan akan dibatalkan.

2. Reedem freebie raya guna USSD : *118*1*5*1# atau di aplikasi XPAX .




Raya Lebih-Lebih

Yang ini pula jika melanggan add-ons menggunakan , korang boleh dapatkan double kuota untuk pakej yang dilanggan tadi . 

a. Internet burung hantu 
Internet burung hantu mingguan biasanya dapat 10Gb , kali ini korang akan dapat 2kali ganda iaitu 20GB . Hanya perlu dial *118*3*3*2# 
Untuk Internet burung hantu harian/daily pula akan dapat 2GB , caranya guna ussd *118*3*3*1# 

2. Facebook 
Untuk aktifkan facebook mingguan hanya perlu dail *118*3*4*2# dan nikmati 20GB internet . 
Sedangkan untuk Facebook harian pula 2GB  hanya perlu dial *118*3*4*1# .


3.Video Walla 
Video walla mingguan akan dapat 20GB internet , hanay perlu gunakan ussd *118*3*5*2# dan untuk video walla harian 2GB , hanya perlu dail *118*3*5*1# 

Wahhh menarik juga ni .... 




FreebieDate of redemption ("Redemption Period")
Late Night Internet 10GB WeeklyValid for 30 days upon date of subscription
Unlimited Call to 10 Friends WeeklyValid for 30 days upon date of subscription
RM10 Lazada Cash VoucherValid for 30 days upon date of subscription


Tawaran freebies yang terakhir pula : Chit-chat raya 


Chit Chat Raya
Free WhatsApp and WeChat throughoutRamadan and Raya!
Uishh mesti time raya ni semua orang ramai yang nak kirimkan ucapan hari raya dan berborak dengan sedara mara jauh kan , guna whatsapp dan wechat . Ishh mana ada orang guna sms dan kad raya lagi kan ? zaman dah canggih . #makkata , celcom xpax promo sampena hari ramadhan dan raya , bagi whatsapp dan wechat percuma dengan kelajuan internet hi-speed tau .

Caranya : 

Hanya perlu dail ussd : *118*1*5*2# atau menggunakan aplikasi XPAX . 


NOTA :
Tempoh Promosi
Promosi ini akan bermula dari 25 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017 ("Tempoh Promosi"). Apa-apa lanjutan masa atas budi bicara muktamad dari Celcom



Tips Mudah Bangun Sahur


Puasa dah nak hampir kepenghujungnya . Bagaimana dengan puasa korang ? Semoga dipermudahkan urusan ibadah dibulan puasa ini. Biasa permulaan puasa mesti rajin bangun pagi , kalau dah dekat akhir-akhir ramadhan ni bukan main liat nak bangun sahur. Betul tak ? eleeh... bukan korang je ,, Lisa pun macam tu . Dah banyak kali terlepas sahur . Haih... tidur mati betul . Sampaila Lisa amalkan petua untuk mudah bangun sahur . 

Tips Cara Mudah Bangun Sahur 


Berikut beberapa tips yang mungkin korang boleh cuba untuk mudah bangun sahur .


1. Kunci alarm dan letakan jauh-jauh


Jika korang nak kunci alarm , pastikan letakkan jauh dari tangan korang. Bukan apa , nanti susah nak stop jadi nak taknak kena bangun tuk matikan alarm tu. Yes... Lisa dah kunci alarm sebanyak 4 kali . Dari 4.30 pagi , 4.45 pagi , 4.55 pagi , dan last pukul 5 pagi . Tapi itu la , Lisa ni jenis tidur mati .. boleh lak tak sedar untuk bangun sahur . Bangun-bangun dah azan subuh.  Memang la kuat puasa , aduhhh.. melepas pahala sahur ruginya  .

2. Minta bantuan orang rumah

Ni kalau duduk dengan keluarga , boleh la minta family yang lain untuk tolong kejutkan sahur. Kalau duduk rumah sewa atau bilik sewa nak tak nak kena cari jalan lain la . 

3. Jangan makan makanan berat

Mybe ye jugak la kot sebab lisa ritu makan kenyang sangat, jadi terlepas bangun sahur . 
So kalau ye pun makan kenyang kena la joging ke bersenam ke dulu sebelum tidur , tak pun susah sangat korang tawaf je Bazar ramadhan yang jual pakaian tu hahaa. 

4. Tidur lebih awal

Tidur lebih awal , bangun pun jadi lebih awal. Tak de la rasa lemau malas bangun . Boleh cuba ni . 

5 . Niatkan dalam hati

Segala sesuatu yang diniatkan dari dalam hati, akan berjalan dengan baik nantinya. Oleh karena itu korang boleh cuba niat dari dalam hati  untuk bangun pukul sekian, karena dengan niat akan dapat  tolong untuk bangun tepat waktu. 




6. Baca Al-fatihah dan tepuk 3 kali pada bantal .


Yang ni Lisa memang praktik kan sehari-hari . Sebelum tidur , baca surat Al-Fatihah dan kemudian tepuk-tepuk bantal sebanyak 3 kali .  Lepas tu baca niat puasa ramadhan  dan doa sebelum tidur . Menang akan bangun keesokan harinya untuk sahur . Seriously beb.. Lisa buat macam ni , kalau tak .. hmm terlajak bangun aih ...
  
Semoga tips-tips diatas boleh tolong korang untuk bangun sahur tepat waktunya . Selamat mencoba ! 

Sedekah Kurma di Bazar Ramadhan pun Kena Halau ?

Semalam viral or tular di media sosial , video kekecohan menghalau parti pembangkang yang nak agihkan sumbangan sedekah kurma di bazar ramadhan Kluang dalam pukul 7 . Tempat aku la tu , tapi biasa pergi pasar ramadhan pukul 5.30 jadi tak tahu menahu ada pergaduhan ini , sampai la video tu tular di facebook. Bagi aku la ye ,, tak sepatutnya pakcik baju merah halau orang nak sedekah sampai macam tu sekali , memaki-maki , tolak orang , sampai pukul orang yang bagi sedekah kurma tu . Ya pun dari parti berlainan , kalau nak halau pi la cakap elok-elok ... wat malu orang islam je . Time puasa pulak tu .. ,puasa bukan tahan makan minum je , tapi marah dan perilaku tu kena jaga gak . Nabi tak ajar macam ni tau ( eh terceramah pulak )

Sedekah Kurma di Bazar Ramadhan Kluang pun kena ada halau ke ? 

Aku bukan menyokong kedua pihak parti merah dan parti Dap tu , tapi iyelah , orang nk bagi sedekah kurma ... biarla mereka bagi . Ada orang komen " kalau bagi sedekah kurma tu nanti kacau peniaga kat situ " bagi kurma 5 biji je pun , nak kacau niaga apanya , tk kan rugi kot ..lagi pun timing dah nak buka puasa  .  Ada je orang susah yang tak beli kurma untuk berbuka , kena ingat juga tu .


Video Kena Halau ketika memberikan sumbangan sedekah kurma di bazar ramadhan Kluang

" Kalau iklas , tak perlu letak gambar parti di tuperware tu ."

Lah sebelum ni ada orang bagi bubur lambuk pun dia bagitau dari mana , dari company mana .. kalau kat masjid pun orang agih bubur lambuk mesti ada sticker dari masjib bla bla bla. Sebab dia DAP pastu tak boleh masuk ke ? tak leh terima ke ? Yang korang makan kat kedai mamak ingat semua yang kerja tu islam ke ?

Takut sangat dengan yahudi dan parti pembangkang ?.. aiyoyo .. kalau takut yahudi.. tkyah main facebook sebab itupun yahudi yang buat .

Dengar cerita yang pakcik baju merah dan orang yang mengaku seorang "imam" tu dah ditahan polis sebab menumbuk dan menimbulkan kekecohan dan provokasi di Bazar Ramadan Bandar Kluang, petang semalam . 

Pasal lelaki yang mengaku imam  tu pun satu hal , rasanya 2014 ditempat yang sama gak , orang tu halau juga parti pembangkang yang nak sedekahkan kurma .

Yang packing tu bukan islam
Hmm... dah tu yang korang makan kat kedai mamak tu ingat islam ke semua pekerja diorang ? Yang korang makan kat pizza hut tu ingat semua yang makan tu islam , bercampur gak pinggan mangkuk dengan orang bukan islam ? . grrrr...
Aku taknak komen banyak la,,, just part maki-maki tu je i rasa tindakan tak patut . kalau nak halau kalau tak suka , boleh cakap elok-elok . Gitu...

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1437H/2016M

 Untuk memudahkan kalian mengetahui waktu untuk imsak dan waktu untuk berbuka... berikut Lisa bagi Jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa untuk tahun ni 2013 M atau bertepatan 1437 H . Klik ikut Negeri yang kalian ingin tengok atau download .
 Selamat berpuasa :) 

NEGERI
 Pahang
 Terengganu
 Perlis
 Selangor
 Negeri Sembilan
 Johor
 Kelantan
 Perak
 Kedah
 Pulau Pinang
 Melaka
 Sabah
 Sarawak
 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa di Johor


Zon 1 : Pulau Aur dan Pulau Pemanggil



Zon 2 :  Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau yang berdekatan dengannya




ZON 3 : Daerah Pontian dan Kluang




ZON 4 : Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas




NOTA : lampiran jadual waktu Imsak dan berbuka puasa tahun 1437H / 2016M bagi seluruh negeri yang disertakan ini adalah rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Selamat Menyambut Ramadhan Kareem

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan ramadhan tahun ini . Semoga amal ibadah dibulan yang mulia ini diterima . Lisa ciksepetdotcom ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada kalian terutama blogger kelabbloggerbenashaari dan juga  ,, pembaca blog ciksepet.com yang sah seperti sahabat sendiri ... Jangan ponteng tau 🙈

Gambar credit
Instagram : @syed_alwi
© all rights reserved
made with by templateszoo