Ad

Showing posts with label HARGA TERKINI. Show all posts
Showing posts with label HARGA TERKINI. Show all posts

Harga iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di Malaysia


Hari ini 14 Oktober 2016 , iPhone7 series dilancarkan di Malaysia .  Boleh tahan la harga dia  paling rendah pun dijual harga RM 3,199 untuk Iphone 7 , 32GB. Fikir balik... sama je dengan harga iPhone sebelum-sebelum ini . Takde la mahal sangat untuk jenis orang yang berduit .  Aku ? hahaha tunggu orang bagi hadiah baru dapat pakai la .Walaupun hari ini official launch di Malaysia , tapi hakikatnya  iPhone 7 ini pula dah berada di tangan Lisa sejak beberapa minggu lepas.,, hehe beli di Singapore sebab dekat je , time tu dalam harga $ 1284 Singapore Dollar. Entri ni sambungan dari cerita sebelum ini , di Best ke iPhone 7 ? Kali ni Lisa akan review  harga iPhone 7 dan 7 plus pula .


Harga i-Phone 7 dan i-Phone 7 Plus di Malaysia 

iPhone 7 hadir dengan 5 pilihan warna yang berlainan , Jet black , Black , Silver , Gold , dan Rose Gold . Jet Black limited edition dengan pengeluaran hanya berapa ratus saja , untuk Jet Black hanya ada 2 pilihan iaitu 128 GB dan 256 GB . Besar iPhone 7 ialah  4.7 Inch , tengok depan sama lebih kurang macam iPhone 6 atau 6 s , bezanya kalau tengok betul-betul kamera tu agak besar sikit . Proses penghantaran 1-3 minggu . 

HARGA iPhone 7 di Malaysia

Colour 32GB128GB256GB
Jet Black Not Avaiable RM 3,699RM 4,199
Black RM3,199RM 3,699RM 4,199
Silver RM3,199RM 3,699RM 4,199
GoldRM3,199RM 3,699RM 4,199
Rose Gold RM3,199RM 3,699RM 4,199





iPhone 7 Plus pula punya kelebihan dari kamera , 12 MP . Kamera belakang ada 2 buah kamera .. wahh first time dalam iPhone series . Besar untuk iPhone 7 plus , 5.5 Inch . Harga yang ditawarkan pun cukup woww.. hahaah paling rendah dijual dengan harga RM 3,799.00 . Penghantaran 3-4 minggu .

Harga iPhone 7 Plus di Malaysia 


Colour 32GB128GB256GB
Jet Black Not Avaiable RM 4,299RM 4,799
Black RM 3,799RM 4,299RM 4,799
Silver RM 3,799RM 4,299RM 4,799
GoldRM 3,799RM 4,299RM 4,799
Rose Gold RM 3,799RM 4,299RM 4,799



Dengar cerita syarikat telco Digi , Maxis , Celcom dah keluarkan pakej sign up dengan iPhone7 and iPhone7 Plus. Nanti Lisa usha dan kongsikan kepada korang ye . Harga iPhone dah tau ..selamat beratur ya ... hehee apapun model Handphone , guna dan beli ikut keperluan masing-masing ... tepuk dada tanya poket . Jangan jadi papa kedana hanya sebab beli phone je ,,

Harga Minyak Bulan Julai 2016


Seperti biasa.. hujung bulan mesti ramai yang akan tunggu sama ada harga minyak naik atau turun. Tak macam sebelum-sebelum ni.. sekarang KPDNKK tak bagitahu dimedia secara terang-terangan macam dulu.. tapi terus bagitahu harga kepada peruncit atau station minyak.

Berikut harga minyak Bermula 1 Julai 2016 di Malaysia

RON95 naik 5 sen kepada RM1.75 seliter, RON97 naik 5 sen kepada RM2.10, diesel naik 5 sen kepada RM1.60 bermula esok (Julai)

Naik tak naik orang tetap perlukan minyak tuk balik kampung.. apalagi dah tiba musim perayaan. Redho je la..

Oh ya.. kalau kalian nak dapatkan reload giftcard isi minyak secara percuma di petronas.. meh baca link ni.. limited time only . Baca di kad isi Minyak secara percuma  di Petronas 

Harga iPhone SE

Harga iPhone SE || Tahun lepas dah keluar Iphone model iPhone 6  , iPhone 6 plus , iPhone 6S , iPhone 6S Plus , lepas tu ada dengar and trial iPhone 7 bakal keluar kan ? tup-tup harini dah keluar jenama iPhone yang tak pernah dengar pun sebelum ini. iPhone SE , perpaduan antara iPhone 5s dan iPhone 6s . 

Harga dan Detail Kelebihan iPhone SE : 


iPhone SE ada 4 colour colour baru rose gold ..starting dengan harga $399 RM 1600 for 16GB dan $499 rm2049 for 64GB 

Detail kelebihan iPhone SE : 

*Bahagian tepi yang berkilat digantikan dengan kaca melengkung seperti iPhone 6 dan 6s
*8 megapixel kamera belakang dan 1.2 megapixel sistem camera depan dari iPhone 6
*Memiliki panorama  jauh lebih besar dan autofocus untuk rakaman
 video A8 dan M8 cip dari iPhone 6
*Didapati dalam warna Silver, Space gray, Gold dan Rose gold sama seperti iPhone 6



Tarikh penjualan atau Release Date iPhone SE pada 31 March 2016 , sedangkan untuk Preorder bermula hari ini 21 Mac 2016. 








OK la ni kan , screen comel tak besar. Mesti kalian peminat iPhone lebih suka screen kecil sebab ringan dan senang genggam di tangan .  Teringin pula nak ada iphone SE , kalian nak juga ? cepat simpan duit sebelum phone ni sampai ke Malaysia . Hehe


A first look at the new iPhone SE and smaller iPad Pro!
Posted by Mashable on Monday, 21 March 2016

Kadar Terbaru Pelan Internet Celcom Prabayar

Kadar  Terbaru Pelan Internet Celcom Prabayar || Tahukah anda yang plan internet celcom telah bertukar ? Plan internet yang dulunya rm 38.00 untuk 2GB kini bertukar kepada 40 untuk 2.5 GB . Pelan internet baru celcom prepaid ini berkuat kuasa hari ini . Tak ramai yang tahu termasuk Lisa !! huh.. sampailah tadi ada kawan yang bagitau.. tanya kenapa internet dia baru renew 10 Disember 2015 hari tu , tapi hari ni time nak tambah kuota data .. tak boleh . Sistem bagitau yang dia tak ada langgan apa-apa plan. UIKKK pelik kan ? lepas kawan tanya Lisa.. Lisa rujuk la kepada orang atas. Sebab memang tak dibagi tahu apa-apa pun mengenai info ini. Dan ternyata dah konfirm bertukar selepas tengok dalam centouch. 

( Gambar plan terbaru celcom ) 
Untuk customer atau pengguna prepaid celcom memang akan dapat message info mengenai perubahan plan internet terbaru ini . New Plan Internet Celcom Prepaid :
New Internet Plan:
Launching Today ( 17 Disember 2015 ) 

Daily RM 5 
300MB free 3min + 3sms
Weekly
RM10 
500MB free 15min +15 sms
RM15 
800MB free 15 min +15 sms
Monthly
RM30 
1.5 GB free 75 min +75 sms
RM40 
2.5GB free 75min + 75 sms
RM60 
4.5 GB free 75min + 75 sms
*Free Burung Hantu Internet same as usual
**Free Yonder across all Internet Plan for Weekly & Monthly till further notice.
Okelah jugak.. beza sikit. tambah rm2.00  dapat lebihan 500mb dari plan sebelum ini.






Harga sebenar Tambah Nilai Prepaid Bermula 1 Januari 2016

Harga Sebenar Tambah Nilai Prepaid Bermula 1 Januari 2016 || Manis dimulut racun diberi.. macam tu la perumpamaan yang sesuai tuk menggambarkan keadaan harga topup /  reload pengguna prepaid prabayar.  Untuk makluman .. Caj 6% GST dah dikenakan kepada setiap pengguna telco baik prepaid atau postpaid . Yang dulunya rm10.00 sekarang dah jadi rm10.60 ,, dalam pembentangan Baget 2016 23 Oktober 2015 lepas.. D.S Najib Abdul Razak bagitau yang Gst akan sihapuskan bermula 1 Januari 2016. TAPII ..tapiiii... tau kah korang yang GST tu tetap ada..huh! Sama je macam menipu.  Tengok harga dan nilai topup tak sepadan seperti dulu lagi. Dulu rm10 dapat rm10.00 juga.. bermula tahun depan.. topup harga rm10 .. akan dapat nilai kurang dari rm10.00 .
Peliknya,, harga masing-masing telco tak sama. Untuk Celcom, harga rm10.00 dan dapat topup didalam rm9.70 ,sedangkan maxis / hotlink ... topup rm10.00 dapat 9.43 sen .Kalau gst .. kenapa harga masing-masing telco tak sama ? Sapa yang salah sebenarnya ? Jadi teringat nilai kadar topup 10 tahun lepas.. sama seperti ini la. Nampak nitizen komen " gst 6% topup tu hanya untuk orang asing " adeh.. kalau beli reload macam mana nak bezakan dia orang asing ke bukan... ? Sebab reload tu kan memang dah tetap harga yang sama.  

Tengok dan tunggu je lah... macam mana nanti. Akan berubah .. atau kekal macam info atas tu.


HARGA TERBARU TAMBANG ERL, KTM , DAN LRT


HARGA TERBARU TAMBANG ERL, KTM , DAN LRT  || Lisa pernah naik ERL beberapa kali sahaja . Heheh ye la lagipun Lisa bukan duduk Kuala Lumpur . Dengar kabar tahun depan harga tambang untuk ERL , KTM dan LRT dah naik banyak dekat 100 % . Fuuhh mahal giler.. cuba bayangkan orang yang tiap hari kerja dan guna kenderaan awam , berapa satu bulan yang habis untuk naik kenderaan awam . Katanya nak berjimat elak tol dan bazir minyak guna je kenderaan awam , tapi kalau macam ni KTM bukan  Keretapi Tanah Melayu tapi lebih kepada Kitorang Tak Mampu !!  Untuk Lisa memang la tak berapa terbeban dengan kenaikan harga tu sebab Lisa tak duduk di bandar KL sana .  HUH dah semua barang mahal. kena berjimat-jimat sekarang tambang kenderaan awam pun dah naik.


Berikut harga terbaru tambang ERL , KTM /KOMUTER , dan LRT /Monorel  



Untuk kalian yang belajar di  IPT ..Universiti atau KOLEJ , korang boleh mendapatkan diskaun 50 % setelah mendaftar KTMB i-card (Keretapi Tanah Mealyu Berhad )  . sebab kalau dulu just tunjuk kad pelajar dah boleh dapat diskaun kan.. sekarang dah tak valid lagi dah . Untuk elak penyalahgunaan tambang konsesi pelajar oleh orang yan belajar di IPT atau dah tamat belajar. Cepat daftar sekarang ,, pendaftaran dibuka hari ini sampailah 7 Januari 2016.


Lepas ini entah apalagi yang akan naik, semua harga naik .. Gaji tak naik juga.. 

HARGA IPHONE 6S Dan iPhone 6S PLUS MALAYSIA


HARGA iPhone 6S dan iPhone 6S Plus MALAYSIA || Hari ini 16 Oktober 2015 menjadi hari yang ditunggu tunggu oleh para peminat gadget jenama APPLE . Ya.. hari ini iPhone 6S mula dijual di Malaysia , yang sebelum ini di keluarkan di Singapore . Dan harga yang ditawarkan serendah 2,998 untuk device sahaja.


Berikut Harga untuk iPhone 6S dan iPhone 6S Plus di Malaysia 16 Oktober 2015 ;

1 . iPhone 6S 16GB  seharga rm 2,998.00
2. iPhone 6S 64GB seharga rm 3,498.00
3. iPhone 6S 128GB seharga rm 3,968.00

1. iPhone 6S Plus 16GB seharga rm 3,498.00
2 .iPhone 6S Plus 64GB Seharga rm 3,968.00
3. iPhone 6S Plus 128GB harga rm4,438.00

Samsung Galaxy Note EDGE Harga dan Spesification Device

 Samsung Galaxy Note EDGE Harga dan Spesification Device | Wah bagi pengguna Samsung ,Berita baru yang pastinya dinanti-nantikan . Kini samsung telah melancarkan satu produk baru yang tentunya lebih canggih dan smart dari sebelum ini. Memperkenalkan , SAMSUNG GALAXY NOTE EDGE , mesti menggoda hati pengguna smartphone untuk memiliki device ini.

Harga yang ditawarkan untuk Samsung Galaxy Note Edge ini ialah retail pada rm2,999.00  dan mula dilancarkan oleh celcom pada hari ini. Harga yang boleh tahan woww , namun sebanding dengan kecanggihan Handphone ini. Nak tau seperti apa spesifikasi dari telephone pintar ini ? Jom baca lebih detail. 

Dilengkapi screen tepi yang anggun membuat Samsung Galaxy Note Edge tampil lebih bergaya. Fungsi screen tepi ini untuk menyimpan icon pada main screen jadi screen utama nampak lebih kemas . Memory user yang disediakan ialah 32GB dan suport dengan memory SD sampai 128GB. Ram yang cukup besar  iaitu 3GB RAM . Camera ?  camera untuk gadget ini sebesar 16MP untuk kamera belakang dan kamera depan 3.7MP. 

 Nikmati Screen Immersive yang bebas dari gangguan seperti menerima SMS dan panggilan melalui screen EDGE ketika kalian sedang menggunakan aplikasi di screen utama. lebih kurang seperti multi windows lah fungsinya . Nikmari screen video dan kamera dengan button kontrol  yang berada di bahagian tepi atau screen EDGE.  Dan masih banyak lagi fungsi dalaman yang memang ohsemm untuk kalian nikmati pada smartphone ini. 
Kebanyakan untuk telephone dengan batrey yang besar , akan memakan masa untuk memenuhkan atau charging Battrey, namun tidak dengan Samsung Galaxy Note Edge , ianya hanya memerlukan masa 30 minute untuk pengecasan 50% dari kuasa batrey.

Celcom menawarkan Samsung Galaxy Note EDGE dengan harga serendah RM1,738.00 sahaja dengan contrak selama 2 tahun. (tertakhuk terma dan syarat ) . 

Untuk maklumat lebih lanjut layari portal celcom di www.celcom.com.my atau kunjungi cawangan celcom terdekat. 

GST 6% Reload Kredit Prepaid [Prabayar] Telco

GST 6% Reload Kredit Prepaid [Prabayar] Telco | Pastinya semua orang telah tahu bahwa bulan depan April 2015 , GST  ( Goods and Service Tax ) akan bermula . Tak terkecuali untuk pengguna prepaid atau telco prabayar. Reload pon kena 6% GST tau. 
Kalau sebelum ini topup rm10 ,harga pun rm10 .. mula awal bulan depan dah bertukar ke rm10.60 . Jangan terkejut pula kenapa ada 60 sen,  60 sen itu ah yang GST . GST 6% dari harga barangan. Kalau topup harga rm10 x 6% = 0.60 . 

Orang cakap GST ini ada kebaikan juga , kebaikan apa ? Lisa pun tak tau lah. Hahaha.. Pastinya sekarang para peniaga yang lain pun dah mula menaikkan harga barangan mereka . Sebab nanti dah sampai April 2015 , tiada le kenaikan harga lagi. Dalam erti , customer tak terasa kenaikan mendadak dengan beberapa barangan yang diperlukan. 

Jadi untuk kalian pengguna prepaid telco MAXIS , CECOM, UMOBILE,DIGI,TUNETALK sediakan duit lebih ya kalau ingin tambah nilai kredit atau reload sebab harga reload selepas GST tak sama.

Bergantung pada term dan kondisi macam mana . Sebelum ini pun pernah dibuat gst ( 6% gov. tax ) tapi jalan sekejap sahaja. haha susah dah men syiing-syiling. topup rm10 nk bagi10.60.. kai ini tak tau la pula GST yang dikenakan macam mana. Apakah penjual atau pembeli yang akan dikenakan GST. 

Harga Terkini Sijil Kursus Kahwin

Harga Terkini Sijil Kursus Kahwin Naik ? | Harga Minyak turun dah , tapi harga makanan di kedai makan pon tak turun. Dengar cerita , sijil kursus kahwin pun naik dah? ala... rugilah tak ambil kursus kahwin dulu-dulu. Hahaha.. Banyaknya perbezaan harga itu.

Kenyataan Rasmi dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI ) Harga sijil dan kursus kahwin akan naik bermula Februari 2015 . Harga yang dulunya RM85 sekarang bertukar menjadi rm130. Beza rm45, katanya sejajar dengan kos sara hidup sekarang . Eh bukan ke harga minyak dah turun ? bukan ke GST tak dilaksanakan lagi. Lepas tu kenapa naik eh ?

Perbezaan Kos sijil kursus kahwin dulu dan sekarang :
Sijil kahwin Dahulu : rm5 , Sijil kahwin sekarang rm10
Iyuran Kursus Kahwin dahulu : rm80 , Iyuran Kursus Kahwin sekarang : rm120

Cepat-cepat ambil sijil dan kursus kahwin lah ye sesiapa yang belum ambil dan belum berkahwin tu ye . Hehehe.. elak nanti lagi naik pula harga tu . 
© all rights reserved
made with by templateszoo