Ad

Showing posts with label pertunangan. Show all posts
Showing posts with label pertunangan. Show all posts

Cara Ukur Saiz Cincin

Cara Ukur Saiz Cincin || Ramai yang tak tahu nak jawap macam mana kalau ditanya mengenai berapa size cincin .. betul tak ? haha takperlu tanya orang lain.. sebab Lisa sendiri pun tak tahu . Buat apa susah-susah , nak beli cincin.. pergi je terus ke kedai emas tu . Try la satu-satu..ha.. nanti pasti jumpa saiz cincin yang sesuai .

 Tapi.. cuba banyangkan kalau kalian nak kahwin dengan orang nun jauh disana. Contoh : Orang sabah kahwin dengan orang Johor .. tak ke jauh .  Kalau datang nak merisik mesti bawa cincin datang kan... nah macam mana nak tahu saiz tu ? Orang cakap jari kelingking lelaki sama saiz dengan jari manis perempuan.. Ya kalau badan lebeh kurang .. kalau yang lelaki kurus yang perempuan badan chuby macam mana ?? hahah tak boleh guna petua tu ... tak apa.. Lisa kongsi tips atau cara untuk ukur atau  size cincin . Jom baca ! 



Abaikan baju KitKat tu .. hehehe.... Bahan yang perlu kalian sediakan untuk ukur size cincin ialah : 
1 . Kertas / benang sepanjang 10 cm . lebar 5mm dah, tak perlu lebar sangat 

2. Pen 
3. Pembaris 

Jom kita cuba cari ukuran size cincin dengan cara ukur keliling jari : 


1. Lilitkan kertas atau benang tadi dijari . Kemudian tandakan dimana kedua hujung bertemu . Jangan ketat sangat.. jari tu buat rileks je ..


2. Ukurpanjang kertas yang telah kita tanda tadi .  
Contoh macam Lisa ni .. 5.2cm . Saiz cincin dengan ukur lilit jari ialah  : 11 .


Untuk Rujukan size cincin , lihat gambar berikut ! Siap...







Mudah je kan.. sekarang tak perlu pening lagi macam mana nak tahu saiz cincin . Kalian dah tahu saiz cincin jari Lisa... takda sapa nak bagi free cincin bentuk crown macam kat atas tu ke ? hahahaha

Selamat mencoba .. semoga tips ini berguna untuk kalian yang akan bertunang atau merisik orang tapi duduk berjauhan . 

Meninggal Ditikam Bekas Tunang


Meninggal Ditikam Bekas Tunang |Cemburu punya pasal, seorang lelaki nekad membunuh bekas tunang. Seorang gadis pekerja pasaraya Econsave di Kluang telah meninggal kemarin di tempat parking kendaraan ketika baru masuk kerja. Kejadian ini berlaku  ,10 April 2015. Lisa pon tak tau kalau bukan akak yang bagitau. Almaklumlah Lisa ni wanita bekerjaya yang sebahagian masa Lisa habis dengan bekerja. 

Dipetik dari My Metro melaporkan yang gadis tu dipukul dan dihantam oleh lelaki yang merupakan bekas tunang gadis tersebut. Cemburu punya pasal lah jadi nekad macam tu  . Aish, macam-macam orang sekarang. Jadi takut dengan keselamatan diri kalau berada diluar. 

Kabarnya ex tunang gadis yang Ditikam di Econsave Kluang tersebut, dia tidak boleh menerima kenyataan yang NURSYAFIKA BINTI ISMAIL tu telah bertunang dengan orang lain. Apapun motif pembunuhan tersebut,semoga orang tu dapat balasan yang setimpal. Dan untuk keluarga mangsa semoga diberikan kekuatan dan ketabahan.

Marilah sedekahkan Al-fatihah untuk NURSYAFIKA BINTI ISMAIL. 

Pertunangan Yang Dipermainkan

Pertunangan Yang  Dipermainkan | " Rahsiakan Pertunangan dan Hebahkan Perkawinan "  itulah pepatah yang selalu kita dengar. Namun sekarang orang buat adat bertunang macam adat berkahwin dah . Siap pelamin bagai, ye tahu anda mampu. Tapi bukan ke pertunangan tu baru selangkah proses untuk mengenali satu sama lain , mengenali pasangan yang akan kita nikahi itu ? Bertunang boleh putus andai tiada keserasian . Bukan bermakna kalau dah tunang tu konfirm jadi pasangan suami istri .

Tapi ada jugak orang zaman sekarang ni , pertunangan hanya dijadikan sebuah gurauan semata-mata .Memasuk minang anak gadis orang , siap berbaju melayu bagai dengan dulang dan wakil, siap berpantun bagai . Siap wat video. Namun apa yang berlaku tak seperti yang kita lihat. Hurm , pertunangan itu hanya sebuah gurauan sahaja. Adeh. Lisa rasa tak patut kot benda ini dijadikan gurauan, tak lawak langsung . Ye tahu si gadis tu pon memang la dah tau yang akan ade PRANK pertunangan untuk dia. Hurmm , kalau nak bergurau memang tak kena la kalau gurau pasal pertunangan.
"ELEH,, rileks la, drama je pon. Bukan reality " hello... if la kalau berlaku macam tu kat family kalian , kemudian orang ingat sampai bila-bila. pastu ade si polan-polan yang akan menjadikan isue itu sebagai buah bibir bahan lawak orang like " Ooo.. keluarga si A tu, yang wat main-main majlis tunang tu . Tak nak la masuk minang orang tu  "  Hurm . semua ni berbalik kepada maruah. Well mungkin bagi kalian maruah tak penting ., tapi pernah fikir tak perasaan orang tua?Family,sedara.? Bagi Lisa dan family lisa , Maruah itu penting. pertunangan tak boleh dibuat main-main.. apalagi tontonan publik. Malu beb, kita sebagai anak kenalah pandai jaga air muka mak ayah kita. 

Emo? Tak.. Lisa tak emo, hanya tak patut buat rancangan TV yang sebegitu. pertunangan ,pernikahan ,ajal.. jangan buat main-main .

Gambar TMJ Dan Cik Puan Khaleeda Sah Bernikah

Gambar TMJ Dan Cik Puan Khaleeda Sah Bernikah | Johor Bahru - Tunku Mahkota Johor , Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menyempurnakan istiadat pertunangan , majlis hantaran dan pernikahan bersama Cik Puan Khaleeda  Bustamam sebentar tadi .
Bermula dari 10 .00 AM dan berakhir 12.00PM pekarangan Istana Bukit Serene, Tunku Ismail dan Cik Puan Khaleeda telah sah bergelar suami dan isteri. Pasangan diRaja mengenakan busana pengantin bertemakan putih menyimpulakn senyuman manis kepada wartawan diluar istana . Juga dilihat hadir Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan anakandanya, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar dalam istiadat istana tersebut. Tak ketinggalan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor  dan tetamu kenamaan yang mula memasuki pekarangan istana pada pukul 8 pagi tadi.

Istiadat pernikahan disempurnakan oleh mufti Johor, Sohibus Samahah Datuk Mohd Tahrir Samsudin. Majlis yang berlangsung itu dilakukan seperti adat melayu ,adat diRaja Johor dan berunsurkan Ketenteraan 


Majlis persandingan berlangsung malam 7.30 Malam pada 8 November 2014 di Istana Besar Johor . 



Hilangkan Parut Jerawat Dan Naikkan Seri Wajah

Hilangkan Parut Jerawat Dan Naikkan Seri Wajah Pengantin | Bagi kalian anak gadis yang bakal melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi , Lisa ingin mengkongsikan tips atau petua untuk menaikkan seri wajah pengantin kalian, tak perlu mahal dan tak susah. Wah.. macam best je kan ,kaum hawa dengan kecantikan tak akan terpisahkan. Hehe..
Ada photographer bagitahu , walau cantik macam mana pon MUA tu solek wajah kita,kalau muka kita kering, berjeragat, photographer still tak boleh edit untuk buat muka kita nampak flawless.
 Berikut petua-petua yang Lisa ingin kongsi kan :


4 BULAN SEBELUM MAJLIS  PERNIKAHAN

Bahan yang diperlukan :
* 1@2 Buah tomato , Hiris tipis-tipis
* 1 sudu Gula
* 1 sudu madu

Caranya :
:  Lumatkan tomato dan campur dengan semua bahan sampai melekit. Sapu pada muka dan Biarkan kering . Selepas kering, basuh dan bilas. Lakukan setiap malam sebelum tidur .

Tomato : berfungsi untuk agen antioksida yang mampu membuat muka kita nampak awet muda dan macam Lisa (*ehh _ perasan ) dan hilangkan parut jerawat .
Gula : natural exfoliator , yang mampu berfungsi untuk menanggalkan semua kotoran pada muka. Dan  tak akan buat liang tersumbat dan akan balance muka kita berminyak especially utk combination skin.
Madu : berfungsi untuk menghaluskan kulit.

Kalau tak mampu buat setiap malam ,boleh amalkan 3 atau 4 kali seminggu. Dan 1 bulan sekali lakukan facial muka di mana-mana spa yang kalian rasa sesuai dengan Baget poket kalian.

2 MINGGU SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN 

Time ni kalian dah boleh stop lakukan cara-cara diatas, dan mula start a new beauty regime . Letak Mask kat muka , agar muka kalian jadi lembab tak kering . Lepas tu guna Brightening Mask , seminggu sekali cukup la.. nanti kalau kalian guna setiap malam.. Kulit kalian berubah mengelupas dan kering. Hohoho mesti tak nak kan. Mask ni kalian boleh guna  jenama yang sesuai dengan kulit kalian. Dengan ini nanti wajah kalian akan mula naik Seri 

2 HARI SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN 

Malam sebelum tidur, cuci muka seperti biasa . Kemudian bilas dengan air batu. Kenapa ? untuk bantu liang muka mengecil dan membantu aliran darah mengalir diwajah. Kalau rajin , rendam tuala dalam air batu dan tutup wajah kalian , biarkan selama 15minute. Jangan lama-lama.. nanti tidur tak bangun pulak. hehe

THE MORNING OF THE DAY 
Bilas muka dengan air batu satu jam sebelum disolek , ini berguna untuk segarkan wajah dan juga kejutkan muka kalian sebab mamai. Pasti nerves malam sampai susah nak tidur kan ?

Oh lupa,, kalau susah nak tidur , kalian buatlah solat sunat 2 rakaat. Insyaallah tidurpon lelap dan keesokan harinya ketika bersanding nampak tenang , ayu, dan sopan gitu.

Usaha ya sayang .. U Can DO IT  .




Akhirnya Menjadi Tunangan Orang !


Akhirnya Menjadi Tunangan Orang ! | 16 September 2014 , dimana tarikh ini adalah hari merayakan hari jadi dan juga sekaligus hari dimana dia merubah status single kepada Bertunang . Tahniah kak Dayah akhirnya menjadi tunang orang tersayang . Hehehe. My Bro pernah cakap , dia bukan BF akak Dayah dan tak nak berstatus Boyfriend sebab bagi dia kalau betul-betul sayang kan anak orang bukan melalui status/ucapan sahaja , dia akan terus masuk minang . Akhirnya setelah menempuh banyak dugaan , mereka bertunang juga dan tak lama lagi akan melangsungkan pernikahan .

comel je kan akak Dayah


Hantaran untuk pihak lelaki



Mana gambar encik tunang ? Tak ada sebab encik L ade di Serawak berkhidmat untuk negara lah katakan.

Insyaallah dalam  3bulan lagi mereka akan melangsungkan pernikahan. Semoga dimudahkan dan mampu menempuh dugaan pra-perkahwinan .
Tak sabar rasanya nak jadi Bridsmaid akak nanti.
© all rights reserved
made with by templateszoo