Ad

DOA Mencari Barang Yang Hilang

Doa Untuk Mencari Barang Yang Hilang Agar Dapat Jumpa Semula

Doa Untuk Mencari Barang Yang Hilang Agar Dapat Jumpa Semula 

Bila badan penat ni , kepala pun boleh jadi pelupa dan ting tong . Macam Lisa la yang keje hard sangat demi sesuap ketam . Ehh...  Beberapa hari lepas terlupa letak kat mana cincin yang selalu pakai di jari ni , bukan satu je ,. dua dua sekaligus. Adeh ... nak bagitau dekat ehem ehem mesti kena marah nanti , mana tidaknya .. sebab kecuaian Lisa sendiri kan . Nak beli takleh la gantikan nilai sentimental yang ada pada cincin tu . Usaha dah cari mana letak cincin tu ,pastu try google doa untuk mencari barang yang hilang agar dapat jumpa semula



Seperti yang korang tahu , bahwa dalam segala upaya kita tidak hanya melulu dengan berusaha, melainkan harus disertakan doa. Begitu juga ketika sedang mencari barang kesayangan yang hilang, maka sertakan doa mohon diketemukan barang yang hilang seperti yang sudah diuraikan diatas. Lisa doa dan tawakal la . Dah 2 hari Lisa cari tak jumpa juga , bawah katil takde , baju-baju almari tak ada , katil tu dah kibas-kibas kan selimut pun takda . Dicuri ke ? Hantu raya curi ke ?... mula dah fikiran merepek merapu ... 

Doa Mencari Barang Yang Hilang 

اَللهُمَّ يَارِبِّ الضَّآلَّةِ وَيَاهَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ رُدَّ ضَآلَّتِىْ 


 Artinya :
Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang


Dan Malam tu Lisa dah nak tidur, dalam pukul 1 pagi gitu , baca doa atas tadi sebanyak 3 kali . Takde tulis suruh baca 3 kali pun , depends korang sendiri la . Lisa tutup lampu bilik , dan buka flashlight dekat phone , halakan ke tilam tempat tidur Lisa tu .. suluh merata, dan alhamdulillah jumpa !! padahal dah kibas dan raba merata tempat tak jumpa sebelum itu . Then Lisa doa lagi la.. konferm dah yakin memang ada dekat situ je . Lisa suluh .... jmpa lagi bawah katil penjuru tepi. 

Alhamdulillah ... Besar sungguh kuasa allah . Jumpa weih dua cincin tu . Lisa ingat tercicir ke , terbuang ke ,,, benda halus kan .. 

Korang boleh la amalkan Doa atas tu , Insyaallah jumpa. Apepun usaha korang ,,, jangan lupa doa sekali ye . 

Oh ya.. atas tu nickname twitte lisa .Korang kalau ada twitter jangan lupa follow ye www.twitter.com/therylisa

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan 
Belaian Menawan Sepanjang Hari !


Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.

Baru-baru ini Lisa dapat bungkusan kotak pink dari Enchanteur yang berisi ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dan juga botol air comel berwarna pink . Wahh.. macam tahu je kan yang Lisa ni seorang yang gemar minum air masak . Suka.. suka... ! Tambah semangat la nak minum air , boleh la ilangkan dari dehidrasi kulit sebab kurang air . Yang Lisa perasan , Losyen tu pun dah terbaru dari sebelum ini . Dari nama pun menggambarkan losyen Enchanteur yang baru ini boleh bagi kelembapan dalam masa yang cukup lama iaitu 24 Jam . Kena cuba ... kan kan.. lagi-lagi duduk dalam aircond ni memang efect pada kulit Lisa .

Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.  

Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda! Macam Lisa kan.. .. hihihi 


Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.

Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan  ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.


Variasi Baru ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan


ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi : Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.

ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

  • Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.


ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)


  • Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.


 ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)

  • Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.  


Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.


Review Lisa : 

Enchanteur 24H Moist Losyen Haruman Badan ini membantu Lisa aasi kulit kering sebab tempat kerja dalam mall ni memang sejuk giler . Air cond yang kuat , sebab tu selalu minum air masak dan sapu losyen untuk elak kulit bermasalah dan kering . Thanks Enchanteur ..


Lirik SUMPAH CINTAKU - Asfan Shah

Lirik SUMPAH CINTAKU - Asfan Shah ost titian cinta

Lirik SUMPAH CINTAKU by Asfan Shah 

Hei ualls... yang follow episod demi episod Titian Cinta Slot Akasia TV3 mesti pernah dengar lagu ini. Sedap dengarnya dan ayat tu rasa jiwang gitu. SUMPAH CINTAKU dinyanyikan oleh Asfan Shah dijadikan lagu OST untuk TITIAN CINTA. Nah bawah ini adalah lirik sumpah cintaku dan juga video sekali . 



Lirik lagu SUMPAH CINTAKU - Asfan Shah [ OST TITIAN CINTA ]


disaat saling mengenali
ku tahu cinta mu memanggil
dalam perasaan yang tak kau dengari

lambaian mu di dalam mimpi
bayangan senyum bidadari
indah segenap rasa tak terbagi
belah lah jasad ku
tirai kenangan ku

pasti akan kau jumpa api cinta menyala
hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta ku tersimpul mati

di syurga tetap kau ku nanti
sumpah cintaku hanya padamu

disaat saling mengenali
ku tahu cinta mu memanggil
dalam perasaan yang tak kau dengari

belah lah jasad ku trai kenangan ku
pasti akan kau jumpa api cinta menyala
hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta tak bisa berganti
sumpah ku hanya kau disisi

genggam tanganmu yang suci
sampai rambutku memutih
cinta ku tersimpul mati
di syurga tetap kau ku nanti
huooo... ooo...
(sumpah cintaku hanya padamu)



hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta tak bisa berganti
sumpah ku hanya kau disisi
genggam tanganmu yang suci
sampai rambutku memutih
cinta ku tersimpul mati
di syurga tetap kau ku nanti

sumpah cintaku hanya padamu
sumpah cintaku hanya padamu

VIDEO SUMPAH CINTAKU-ASFAN SHAH 


Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29

Tahniah di ucapkan kepada calon yang layak menduduki peperiksaan online pegawai kawalan trafik udara bagi gred A41 dan penolong pegawai kawalan trafik udara gred A29 yang dijadualkan pada 3 Oktober 2017 nanti. Untuk memastikan yang anda betul-betul layak, anda akan menerima pesanan SMS daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang di hantarkan terus ke telefon bimbit anda untuk menghadiri peperiksaan online.


shutterstock_133453709.jpg


Semakan Calon Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Gred A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29


Semakan Calon Exam Online Pegawai Trafik Kawalan Gred A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.jpg
Setelah itu, anda boleh membuat semakan untuk pengesahan tersebut melalui link http://e-semakanbcc.spa.gov.my/pktu. Jika and tidak menerima sebarang SMS dan pernah memohon jawatan pegawai kawalan trafik udara gred A41/ A29, anda juga boleh menyemak melalui link yang sama dengan mengikuti langkah berikut :


1. Terus ke link semakanbcc.spa.gov.my/pktu
2. Masukkan nombor kad pengenalan anda
3. Keputusan akan dipaparkan pada skrin samada anda layak atau tidak.


Tarikh Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Gred A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29



Exam online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 akan di adakan pada waktu yang sama dengan exam online Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.


Tarikh Peperiksaan  : 03 OKTOBER 2017 (SELASA)
Seksyen A : 08:00 PM – 08:40 PM
Seksyen B : 08:55 PM – 09:40 PM
iklanAkhbar_DCAPortal.png
Daripada pengumuman tawaran pengambilan pada Julai 2017 yang lalu, jawatan ini mempunyai sebanyak 80 kekosongan iaitu

Gred A41 : 40 kekosongan
Gred A29 : 40 kekosongan

Tugas Utama Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 dan Penolong Kawalan Trafik Udara A29

Sebelum anda menduduki exam online, seharusnya anda telah bersedia dan memahami skop kerja yang telah anda mohon terlebih dahulu untuk memastikan anda betul-betul sedia untuk menerima jawatan ini sekiranya anda telah layak dan lulus.

1. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41

kawalan trafik udara.JPG


Tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara Bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kawalan trafik Area Control di ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang termaktub di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I),  Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya. Caranya dengan memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang bagi membantu mereka supaya dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur, cekap dan pantas.

2. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

ke_01.1.jpg


Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan Aerodrome/ Approach Control kepada semua juruterbang/pesawat di ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan seperti di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I), Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya serta mengendalikan data-data operasi untuk kegunaan kawalan trafik udara.

Format Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

Format exam online sama seperti peperiksaan online untuk kemasukan jawatan yang lain. Peperiksaan ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk menilai kemahiran berfikir calon dalam menginterpretasi maklumat yang diperolehi melalui latar belakang akademik, bacaan dan pengalaman masing-masing.
Setiap calon yang layak menduduki peperiksaan online hendaklah menajamkan kemahiran dan pengetahuan multidisiplin mereka kerana peperiksaan online sebegini adalah berbentuk umum, mengambil kira faktor ia diduduki oleh calon-calon daripada pelbagai bidang yang diceburi.
Secara umumnya, objektif utama peperiksaan ini adalah untuk menyaring calon-calon yang bukan saja layak dari aspek akademik tetapi juga mempunyai kematangan fikiran dan serba boleh layak dengan ciri-ciri seorang Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred 41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.
Jadi, jika anda sudah layak mendapat dan menerima tawaran menduduki exam online. Anda perlu ambil tahu tentang beberapa maklumat tentang exam online tersebut untuk memastikan anda tidak menghadapi sebarang masalah ketika menjawabnya nanti.

Format Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Terbahagi Kepada 2 Bahagian

Apa yang perlu anda tahu tentang format exam online pegawai kawalan trafik udara adalah mengandungi dua seksyen iaitu seksyen A dan seksyen B.


  • Seksyen A – Pengetahuan Am (50 Soalan) 40 minit
  • Seksyen B – Daya Menganalisa Masalah (40 Soalan) – 45 minit

Seksyen A ( Pengetahuan Am)

Dalam ujian seksyen A terdapat 50 soalan yang berbentuk aneka pilihan. Soalan tentang pengetahuan am ini merangkumi hal-hal umum yang berkaitan dengan Negara Malaysia, alam sekeliling, teknologi maklumat, komunikasi, perkembangan semasa dan lain-lain lagi.


Tempoh :  40 minit
Jumlah soalan : 50
Jenis soalan : Aneka pilihan

Contoh Soalan Seksyen A (Pengetahuan Am) :



Yang manakah antara berikut merupakan Bahasa rasmi yang digunakan semasa Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu
A. Rusia
B. Jepun
C. Perancis
D. Jerman

Seksyen B ( Daya Menyelesaikan Masalah)

Dalam ujian seksyen B pula mengandungi 40 soalan yang berbentuk aneka pilihan. Calon akan di uji dari segi kebolehan daya menyelesaikan masalah, kecekapan memahami setiap permasalahan dan boleh membeza kan antara pertalian dan symbol abtrak yang diberikan. Berkemungkinan dalam seksyen ini, calon juga akan di uji di dalam Bahasa Inggeris.


Tempoh : 45 minit
Jumlah soalan : 40
Jenis soalan : Aneka pilihan

Contoh Soalan Seksyen B ( Daya Menyelesaikan Masalah):



If 16 X 16 X 16 = 8 X 8 X A, then A =  ?
A 64
B 4
C 8
D 48

Tips Persediaan Sebelum Menduduki Exam Online Trafik Kawalan Udara

Sebelum menduduki exam online, terlebih dahulu anda perlu semak butiran yang penting seperti berikut :
1.    Tarikh dan masa peperiksaan online dijalankan
2.    Nama jawatan yang anda ditawarkan
3.    Nombor angka giliran anda
4.    Link/pautan web peperiksaan online


Pastikan segala maklumat tersebut tepat dan tiada sebarang kesilapan.

1.    Persiapkan Mental Dan Fizikal

persediaan-mental-dan-fizikal-peperiksaan-eksekutif-lhdn.jpg
Faktor persediaan mental dan fizikal calon sangat memainkan peranan yang paling penting dalam kejayaan calon menduduki peperiksaan online. Anda perlu pastikan kesihatan tubuh badan dan emosi dalam keadaan yang baik menjelang peperiksaan online mahupun semasa menjawab peperiksaan tersebut. Adalah lebih baik sekiranya calon memaklumkan kepada ahli keluarga terdekat dan mengatakan kepada mereka bahawa anda bakal menduduki peperiksaan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sokongan daripada mereka dan membuatkan anda lebih bersemangat untuk menjawan soalan peperiksaan. Jika anda telah bekerjaya, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil cuti supaya anda dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dan lebih fokus pada peperiksaan online tanpa sebarang gangguan dan masalah.

2.    Sambungan Internet Yang Baik

1 (1).jpg
Untuk menduduki peperiksaan online dengan lancar tanpa gangguan atau masalah, anda perlu pastikan sambungan internet yang bakal anda gunakan dalam sambungan yang stabil dan baik. Pastikan juga keadaan komputer yang di gunakan dalam keadaan baik juga serta suasana persekitaran perlulah dalam keadaan tenang dan selesa. Ini kerana semua faktor yang disebutkan itu akan mempengaruhi tumpuan anda semasa menjawab soalan peperiksaan yang sedang berlansung. Jika semuanya tidak berada di dalam keadaan baik, mungkin akan menganggu situasi anda semasa menjawab soalan peperiksaan online nanti dan tidak dapat fokus dengan baik.

3.    Pengetahuan Am Yang Secukupnya

pengetahuan-am-4-638.jpg
Sebelum menduduki peperiksaan online tersebut, setiap calon perlu ada usaha diri sendiri dengan bekalkan diri dengan pengetahuan am secukupnya. Calon perlulah dapatkan segala maklumat tentang skop kerja jawatan peperiksaan yang di pohon serta latar belakang kementerian ataupun agensi yang berkaitan. Ambil tahu juga tentang perubahan terkini dalam kementerian yang berkaitan. Ini termasuklah jawatan-jawatan rasmi kerajaan. Contohnya seperti Raja-Raja, Permaisuri, Yang di Pertuan Agong, menteri kabinet dan lain-lain lagi. Jangan ambil remeh tentang pengetahuan am yang kadang kala soalan mudah pun calon tidak dapat menjawab dengan baik.

4.    Persediaan semasa Peperiksaan Online

financial_advisor.jpg
Anda perlu bersedia secukupnya semasa peperiksaan online. Ini termasuklah membawa dan menyediakan bahan rujukan sebagai rujukan semasa menjawab soalan nanti. Sediakan juga kalkulator untuk menjawab soalan seksyen B yang berkaitan dengan kira-kira. Untuk persediaan lain, sediakan beberapa nota ringkas untuk lebih memudahkan akan membuat rujukan semasa peperiksaan berlansung. Dengan cara ini dapat menjimatkan masa dan secara tidak lansung tidak membuang masa anda dan lebih fokus untuk menjawab soalan-soalan.

Rujukan Lengkap Dan Contoh Soalan Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29

Adakah anda telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan online? Jika anda masih belum bersedia. Sebaiknya anda perlu membuat persediaan yang rapi untuk menempuhi peperiksaan tersebut dengan cemerlang dan berjaya melayakkan diri di peringkat seterusnya.
exam-pegawai-eksekutif-lhdn-20-sept-2017.jpg
Hanya ada beberapa hari sahaja lagi menjelang peperiksaan online. Apakah persediaan anda? Jika anda tidak mahu membuang masa lagi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rujukan lengkap dan Contoh soalan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 SEKARANG!


Rujukan lengkap beserta panduan, tips dan contoh soalan ini sangat berguna sebagai persediaan anda untuk menduduki peperiksaan online kerajaan nanti dan berjaya dengan cemerlang. Bertindaklah sekarang dan dapatkannya SEGERA! Jangan buang masa lagi kerana masa terus berjalan tanpa menunggu anda.

Cara Untuk Mendapatkan Rujukan Lengkap dan Contoh Soalan Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29



Anda hanya perlu hubungi nombor telefon di bawah atau boleh whatsapp terus untuk dapatkan rujukan lengkap dan contoh soalan dengan lebih cepat.


TEKAN LINK www.profhariz.com/tipspktu (012-5336713) ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG ! atau boleh terus ke https://t.me/pegawaitrafikkawalanudara (Channel Telegram)



Testimoni Pelajar Yang Prof Hariz Bantu Untuk Lulus Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29

Beribu-ribu calon telah berjaya menghadapi peperiksaan online setelah mendapatkan rujukan lengkap dan contoh yang diberikan sebelum menduduki peperiksaan. Sekiranya anda berusaha dan mengikut panduan yang betul, sudah pastinya kejayaan milik anda.
Panduan-Rujukan-Lengkap-Peperiksaan-Online.jpg
Semestinya anda ingin berjaya bergelar penjawat awam yang menjadi impian setiap ramai orang. Sedia maklum kita ketahui yang kerjaya dalam sector awam kerajaan mempunyai banyak keistimewaannya berbanding sektor lain. Jadi, usaha yang gigih perlu di tingkatkan lagi dalam sektor ini kerana persaingannya terlalu sengit di antara calon-calon yang terpilih dan hanya calon-calon yang benar-benar layak sahaja yang akan terpilih. Jadi, berikan dan lakukan yang terbaik. Semoga berjaya.

TEKAN LINK www.profhariz.com/tipspktu (012-5336713) ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG ! atau boleh terus ke https://t.me/pegawaitrafikkawalanudara (Channel Telegram)

Kelebihan IOS 11

Kelebihan Software IOS 11 


Hye.. korang yang Apple user tu dah update software ke IOS 11 belum ? Kalau belum.. meh laju-laju update phone korang tu . Untuk update software ni perlukan 2.04Gb Storage ye.. jadi kalau dah rasa nak penuh tu boleh la transfer data tu dulu , kang separuh jalan update tiba-tiba tersekat pula.  Banyak features baru pada iPhone dan iPad termasuklah App Store yang baru , Siri baru, dan banyak lagi . Salah satu yang Lisa suka ialah short cut paparan mobile data pada screen yang memudahkan korang untuk off dan on data . Kali ini pula Lisa akan review tentang kelebihan yang ada pada IOS 11. 





Kelebihan IOS 11 

Rasanya hari ini tak ramai lagi yang update ke IOS 11 , biasanya memang orang lebih rela menunggu sampai stabil baru la update sofware . Mana tau akan jadi hang , crash atau timbul masalah yang lainnya . Ok .. Lisa dah update dah , so far memang tak de masalah dan lagi . Ok la... banyak pula membebel , Meh lisa kongsikan Kelebihan IOS 11 .

1. Phone lebih smooth dan laju  , ye betul... lagi laju dan smooth  semenjak dah tukar ke IOS 11 . 


2. Features baru  FILE APP
FILE  , Korang boleh simpan data, gambar , document  dan letak dalam satu FILE. Baik dari Icloud atau dari third party seperti Google Drive dan lainnya . 




3. Take Control Nampak tak paparan Take Control ini dah lain dari yang sebelum ini. IOS 11 dah customiz kan Control Center dengan yang lebihmudah digunakan ke favorite control. Gunakan 3D Touch untuk access control . 

Untuk addd atau remove favorite control , korang boleh pergi Settings > Control Center > Customize Control .

Short cut paparan multitasking Network Carier atau mobile data internet . 
Bagi Lisa mudah la untuk Lisa nak On / OFF  mobile data ini. Macam ritu pergi holiday , nak jimat batrey punya pasal Lisa kena on - Off mobile data. Kena masuk setting dulu baru boleh on off , haihh leceh . Sekarang lebih mudah ! awalnya Lisa ingat tu logo HOTSPOT , eh .. mobile data rupanya . ..patut tak naik 4G haha.




4. PENCIL . 
Nampak tak yang terpapar dibawah tu .  ada pencil oih... memudahkan kita wat kerja. So lepas ni nak sign agrement tak perlu la buka PC baru sign . Best best... nk conteng-conteng pun tak perlu guna PICSArt lagi . Mudah kerja kita.. 😋

Oh ya.. lepas screen shoot ni , gambar tadi akan muncul minimal di hujung kiri screen phone. Senang la kalau nak tengok atau terus edit gambar tu tanpa buka galery phone . 




 5. Munculnya Features Screen Recording . 
Setahu Lisa , baru phone SONY je yang sediakan kemudahan untuk record screen phone tanpa install apps . Sekarang iPhone IOS 11 ini dah boleh nak record screen , lagi best ! 



6. FUN LIVE PHOTO EFFECTS 
Di IOS 11 ini korang boleh swipe up LIVE Photo untuk pilih effect seperti Loop atau Bounce . Wahh. kena cuba nanti ..

7. Stay Focused On The Road .
Macam korang tengah drive tu , yang ni boleh jaga agar korang focus drive je dan tak kan dapat notification dan text yang mengganggu. Pergi dekat Setting > Do Not Distrub . Siap . Sesetengah orang suka sangat main phone ketika drive kan ? Bahaya cik non aih.. jangan buat gitu kayh. Sayangi keselamatan diri dan nyawa orang lain juga. 


Terms and Conditions 
T&C ini korang kalau rajin . baca la.. siap BOLD TU !!! ha.. mesti ada yang penting ... kalau rasa dah paham , tick agree dan kemudian start untuk upload software ke IOS 11 . Pastikan Internet WIFI laju dan tak terputus nantinya . 




REVIEW IOS 11 
Pendapat pribadi Lisa , IOS 11 lebih best dan smooth . Senang nak buat kerja dan banyak memudahan , features baru dan banyak lagi . So Far OK .. so korang dah boleh update phone atau iPad korang ke IOS 11. Banyak lagi sebenarnya kelebihan yang lain.. dalam ni ulasan sedikit je la dari Lisa. Korang download dan explore kayh ! 

Nantikan next artikel tentang cara buat screen recording di iPhone .

Bye... see u next artikel.. 
© all rights reserved
made with by templateszoo