Ad

FLUFFY,Si Kucing Riders

FLUFFY  , Korang pernah baca kucing yang bonceng di bahu seorang penunggang motosikal ni ? Fluffy nama kucing tu . Viral juga video kucing ni yang selamba naik atas bahu tuannya , meoww.. finally update juga entri mengenai fluffy ini lepas bertemuramah , eh perbualan dalam phone dengan Afiq Azwan (23tahun) , Tuan si Fluffy the cat riders ini.

Mula-mula Lisa ingat Fluffy ni kucing betina , tapi.. ternyata kucing jantan . Putih , bolat, gebuss.. comel.. memang nampak macam kucing betina . Sebenarnya Fluffy ada 4 beradik , tapi yang 3 tu dah dijual sebab tiada masa nak jaga ke-empat ekor anak kucing ni . Nama Fluffy diberikan sebab bulat macam snow ,alaaa snow bell tu ... Sekarang ni usia Fluffy dah lebih kurang dalam 1 tahun  , baka dari Maine coon yang boleh membesar sampailah sama size M anak harimau .Ingatkan dalam dunia maya je kucing besar-besar ni.. ternyata betul -betul wujud .

Nah .. Lisa story sikit macam mana si Fluffy ni boleh pandai naik atas bahu tuannya ketika naik motosikal. Awalnya Afiq keluar beli barang dengan si Fluffy , (memang tak pernah berenggang ) , lepastu banyak pula barang-barang yang dibeli sampai tak cukup tangan nak bawa si Fluffy . Dan datang idea letak Fluffy atas bahu. Korang tahu tak , si Fluffy duduk diam-diam atas bahu tu . Tak seperti kucing lain yang kebanyakan akan memberontak nak turun atau cakar-cakar sebagai tanda takut kot . Sejak tu la ,, mula ajar training Fluffy naik atas bahu dalam umur 1 bulan macam tu  , time bawa motosikal . Dan selama itu juga Fluffy tak pernah jatuh dari moto. Pheww.. kalaulah Lisa ada kucing macam tu juga.. heehee mesti best..! dah la comel, pandai pula tu . Kucing  bonceng motosikal ? tak pernah terlintas dalam fikiran .


Tak bahaya ke kalau bawa kucing naik atas motor tanpa Helmet ?



Mesti itu yang terbayang dalam fikiran kalian , tahu dah..Lisa pun sama memang fikir macam tu juga ketika first time nampak video di Fluffy naik motor tu . Seram kan kalau kot-kot nanti terjatuh ke tiba-tiba melompat huhuhu. Usah risau .. Fluffy dah dilatih dan sebenarnya dia ada Helmet sendiri . Helmet yang lama dah tak muat sebab size kepala Fluffy dah semakin besar. Beli helmet bukannya di Malaysia ada orang jual pun , kena tempah dan beli dari luar negara.. tunggu sebulan juga la . DONT JUDGE bila tak tahu jalan cerita sebenar ye,, pemilik kucing tu tahulah nak jaga kucing tu macam mana. Ofcourse fikir keselamatan Fluffy . Sweather dan jaket pon ada tau .

Seperti kucing lain , sebulan sekali Fluffy akan dibawa ke PET Clinic  untuk check up. Dan takda penjagaan spesial , sama je makan makanan kucing dan tambah vitamin untuk kucing . 

Kalian geram dengan FLUFFY ? follow je si kucing gebus ni di 

 Fanpage : 
 FLUFFY EMPIRE 

 Instagram :
 instagram.com/fluffy_69 










Sambal Tempoyak D'Laila Buatku Menangis !

Sambal Tempoyak ikan bilis petai #D'LailaFood ,|| Sambal Tempoyak, memang ditempat Lisa ni memang susah nak dapatkan tempoyak. Teringin la pulak rasa tempoyak tu.. memang dah lama mengidam .huwaaa tapi mana nak cari ?? Nak masak sendiri pun tak reti. Akhirnya penantianku tak sia-sia... Kak Dila dan D'laila open order untuk jualan tempoyak ikan bilis petai ni. Huwaaa tunggu apa lagi.. memang tak sia siakan peluang ni la. Lisa terus beli 2 bungkus . Rasa tak sabar pula tunggu sambal tu sampai ketangan  ni. Terliur dahhh  wei ! 



Finally lepas 2 hari, sambal tempoyak tu sampai ditangan Lisa dengan selamat !!!! Tak tunggu lama.... memang Lisa terus cuci beras ,masak nasi dengan periuk nasi yang tak berapa nak doraemon sangat. Lisa masak nasi je.. cukup dah.. perut pula lapar. Nahhh lepas nasi dah masak,Lisa ambil mangkuk (sebab pinggan takda di Branch tempat kerja Lisa ) .. dan letak sambal tempoyak ikan bilis petai . Perghhh sedap sampai buat Lisa nangis ! Serius... sebab akhirnya boleh makan makanan yang dah lama Lisa nak rasa. Nasi panas makan dengan sambal tempoyak D'lailafood ,memang superbbb. Makan tambah tambah dan tambah...  korang kalau makan memang tak cukup 1 bekas! Haihh rasa nak beli 10 bekas lagi tuk stock.. tiada ayam atau ikan asalkan ada sambal tempoyakk hihihi. 

Nak juga?? order dengan akak Dila di facebook : Saidila Abdul Rahman 

Pos boleh,cod pon boleh! Pm sendiri yaaa ;) 
1/4 hasil jualan akan disumbangkan kepada anak yatim dan orang-orang susah. 



LIRIK TAK ADA CINTA SEPERTIMU [OST TUNDUKKAN PLAYBOY ITU ]

TAK ADA CINTA SEPERTIMU -Alif Aziz dan Siti Nordiana [ OST TUNDUKKAN PLAYBOY ITU ] ||  Lagu nyanyian dari ALIFF AZIZ DAN SITI NORDIANA jadi pilihan sound track drama Akasia Tundukkan Playboy Itu yang tayang setiap Isnin-Khamis pukul 6.58 petang . Lagu TAK ADA CINTA SEPERTIMU , , Best juga lagu ini.. jom dengar...





LIRIK LAGU TAK ADA CINTA SEPERTIMU - SITI NORDIANA ft ALIF AZIZOST TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Lagu : Tak Ada Cinta Sepertimu
Nyanyian : Siti Nurdiana dan Aliff Aziz
Lagi/Lirik : Mawar Putih

Dalam detak nadiku
Kau selalu ada cintamu
Dalam jantungku ini
Hanya ada rindumu
Sungguh ini cinta

Dirimulah sejati
Dirimulah yang abadi
Selalu dalam mimpiku
Setia dihatiku
Percayalah sayang

Ku akui engkau adalah cinta sejati
Yang tak akan pernah meninggalkan aku
Dan hanya dirimi
Kan menjaga hati ku
Disetiap hela nafas ku

Kasihmu tak pernah ada habis
Kau selalu ada untukku
Dirimulah cahaya hidupku
Tak ada cinta yang sepertimu
Dan syurga pun tahu itu
Selamanya ku setia pada mu


Ku akui engkau adalah cinta sejati
Yang tak akan pernah meninggalkan aku

Kasihmu tak pernah ada habis
Kau selalu ada untukku
Dirimulah cahaya hidupku
Tak ada cinta yang sepertimu
Dan syurga pun tahu itu
Selamanya ku setia pada mu

Kasihmu tak pernah ada habis
Kau selalu ada untukku
Dirimulah cahaya hidupku
Tak ada cinta yang sepertimu
Dan syurga pun tahu itu
Selamanya ku setia pada mu

Dalam detak nadiku
Kau selalu ada cintamu
Selalu dalam mimpiku
Setia dihatiku
Sungguh ini cinta

Sakit Ibu Jari Tangan , AHTRISTIS kah aku ?

Sebenarnya jari Lisa dah sakit dari ujung tahun lepas. Dekat 3 bulan juga menahan sakit. Dah tak larat nak tahan... akhirnya pergi check ke klinik (walaupon sebelah tempat kerja je sebenarnya klinik tu) . Lisa google ibu jari tak boleh bengkok , nahh... banyak artikle yang bagitahu..salah satunya AHTRISTIS  nanti kena simen,takpon operate... tulah sebab Lisa lambat pergi klinik. Sebab takut operate..cacat nanti. Memang tak tahu apa punca dari sakit ni.. tiba-tiba satu hari tu ...Lisa nak angkat buku.. tapi terasa ngilu dan sakit pula bagian ibujari kanan tu. Ok Lisa biarkan je ,mungkin terseliuh tak perasan . Hari berganti minggu bertukar bulan ,arghhh semakin sakit pula ibu jari ni. Sakit teruk sangat sampai nak makan terpaksa guna copstik. Boleh bayangkan gigih lisa kupas udang guna copstik.

Sakit Ibu Jari Tangan , AHTRISTIS kah aku ? 

Kamis malam tu memang time tidur tak boleh nak lena. Sebab 2 kali tangan ni terhentam tangan kiri .. maklumlah tidur lasak  hehehe.. memang sakit giler woo... sampai menangis Lisa. Esoknya memang tak tunggu lama dah,terus pergi check di klinik sebelah.

Masuk bilik doktor tu, dia tanya la ..sakit apa. Lisa bagitau tangan tu tak boleh nak bengkok dan sakit kalau terlanggar sesuatu. Dia pegang tangan tu.. pusing pusing belek -belek... pastu dia tnya bagian mana sakit,lisa tnjuk kat bagian pangkal tulang ibujari tu. Dia tekan...,mau tak menjerit Lisa.. sampai nurse pun terkejut. HAHAHA... terus dokter bagitau, " saya akan inject tangan awak " . (kawan Lisa cakap injek tuk tahan sakit , tak tau leh bertahan berapa lama lepas ni )  Perghhh terketar-ketar terus ... bukan takut.. tapi ngilu woo. Doktor dan nurse siapkan peralatan yang patut , time tu..Lisa sempat lagi main phone guna tangan kiri. Siap borak dalam group whtsapp dan selfie tangan atas meja.. haha. Mentang-mentang kenal dengan doktor tu, lupa lak datang situ sebagai pesakit. Hihi nasib tak kena marah.. sebenarnya tulah cara Lisa tuk hilangkan nebes time nak kena injek.

Dannn.... nurse pun spray bius kot,sebab tangan tak rasa pape dah..rasa sejuk sejuk... kemudian rasa jarum tu dah mula masuk ke tangan. Pejam mata tutup tangan kiri sampai siap semua. Dah settle..cepat-cepat diorang balut tangan tu sebab taknak darah keluar banyak nanti. 2,3 nurse juga yang tolong doktor tu... mungkin takut Lisa memberontak kot. ..heheh tapi Lisa kan good girl..takdenye memberontak. Lepas semua dah siap... nurse balut tangan dan Lisa tanya doktor bila boleh sembuh ? (amboii tak sabar noo.. ) doktor bagitahu 3 hari dah ok dah . Lisa jawap balik.." kalau lepas 3hari tak sembuh juga macam mana doc ? ,, jawapan sempoi yang lisa terima... " awak datang sini,, nanti saya pegang tangan awak.. kita jalan-jalan... pasti sembuh.. " ahahah pandai pula doktor tu buat lawak .

Dalam 10 minit je dah siap semua .. tunggu ambil ubat . Nasib baik tak bagi ubat banyak-banyak ,, sebab kalau bagi ubat banyak.. Memang letak bawah katil la jawapnya.. Hihihi degil sikit bab makan ubat. Tapi demi ibujari tangan yang kusayang ni .. nak tak nak memang akan Lisa habiskan lah .

Doakan Lisa cepat sembuh.. sebab kalau tak ok juga , next check up memang X-RAY la jawapnya ,.. seramm aihh...

FREE STARBUCKS or KFC Voucher by CELCOM

KFC dan Starbucks FREE ? waahhh sapa yang tak nak lah kan ? Hehehe sekarang celcom sedang buat giveaway untuk pengguna celcom baik yang sedia ada atau yang baru daftar . Giveaway berupa KFC Voucher dan Starbucks bernilai rm20.00 . Tarikh promo ini bermula 16 Februari sampai 15 March 2016 . Macam mana dapat givaway ini ? senang saja .. syarat masih sama seperti promo KAD ISI MINYAK PERCUMA sebelum ini , kalian hanya perlu langgan plan celcom baik yang baru atau pengguna celcom sedia ada. Daftar mana-mana plan postpaid FIRST ( FIRST BLUE , FIRST GOLD , etc ) , untuk pengguna sedia ada.. just buat MAX UP dari mobile internet yang ada  , untuk prabayar pula  , kalian hanya perlu daftar XPAX MAGIC SIM +reload internet dan langgan internet bulanan ... (PLAN RM30 , RM40,RM60, atau RM80 )


Cara-cara dapatkan ganjaran FREE Voucher KFC atau STARBUCKS oleh Celcom : 


1. Pelanggan akan dapat pemberitahuan SMS dengan Kod Hadiah untuk menyertai Program giveaway ini;

2. Tebus ganjaran di BLUE CUBE terdekat
 ( ingat... kena owner yang pergi sendiri , tak boleh di wakilkan walaupun ayah, mak , atau pakwe sekalipun ! ) 

3. Kalian boleh pilih sama ada nak tebus  RM20 Voucher KFC atau RM20  Preloaded Starbucks Card  (tertaklukkepada ketersediaan)

4. Nikmati ganjaran yang dah kalian dapatkan  di mana-mana cawangan KFC atau Starbucks.


NOTE :  
The Rewards:            
are offered by Celcom during the Programme Period;            
Upon expiry of the Programme Period, any unutilised Rewards will be forfeited;            
The time of redemption shall follow the respective Blue Cube’s operation hours.           
Shall be limited to the number of Customers daily as stated above (“Allocation of Rewards”); and            
Shall not be exchangeable with cash or transferable to any third party.

Nanti dah dapat ganjaran itu, jangan lupa belanja Lisa ye =P , Green Tea Starbucks pon boleh .. hehehe .Terhad untuk tebusan pertama 1,352 voucher KFC / STARBUCKS setiap hari dimana-mana KFC dan STARBUCKS , tergantung pada limit Voucher yang ada di tempat mereka. 

Senarai Pelakon Tundukkan PLAYBOY Itu

Senarai Pelakon Tundukkan PlayBoy Itu || Slot Akasia terbaru dari TV3 , TUNDUKKAN PLAYBOY ITU ... jadi pengganti drama #CintaSiWeddingPlanner .  Tapi kali ini drama ni tayang 30 episode.. lebih 2 episod dari slot Akasia sebelum ni. Drama adaptasi dari novel karya Anjell Nurin. Novel... lama pula lisa tak baca novel,sejak sibuk dengan kerja akhir-akhir ni  . Taksempat la nampaknya kalau tengok Tundukkan Playboy Itu, takpa.. nanti tengok kat tonton.com.my , bukan sebab Uqasha Senrose tapi sebab nak tengok Faradiella berlakon. Hahaha.. memang suka dengan dia dari dulu lagi.. kawan bff lelakigeek.com dan Amir Naufal ..alaa yang jadi photographer majlis Shukri yahaya dan Shaheizy Sam tu.. Cantik woo Farra.. dan tak sombong . Hero dalam cerita ni Hafidz Roshdi sebagai Harraz Naufal dan heroin pulak Uqasha Senrose sebagai Nurin Arrissa . Nurin? Macam nama penulis novel ni pula. Hehe... 

Barisan senarai pelakon Tundukkan Playboy Itu 


PELAKONWATAK
Hafidz Roshdi Harraz Naufal
Uqasha Senrose Nurin Arissa
Alif Satar Farhan Badriz
Mawar Rashid Elfira
Ridzuan Hashim Tan Sri Mukhriz
Maria Farida Puan Sri Rosell
Mahmud Ali Bshah Suffian
Marisa Yasmin Datin Maria
Abdul Manan Sulaiman Dato Majid
Ben Asri Nashreen Lee
Navilya Husna Intan
Ziha Salleh Suliza
Faradiella Mokhtar Doktor Ida
Shaza Eva
Faris Zoren Eriq
Nazmi Nordin Ash
Amylia Wana
Syahera Manrose Ariana
Alex Faizal Aidil

SINOPSIS TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Mengisahkan Harraz Naufal (Hafidz Roshdi) seorang jejaka kaya yang suka bermain cinta dan membuang masa dengan hiburan. Perangainya pula sukar difahami sama ada sebagai seorang majikan mahupun sebagai seorang anak. Adakalanya dia manja, adakalanya juga dia seorang yang panas baran. Sikapnya berubah-ubah dan sukar untuk difahami. Walaubagaimanapun dia seorang yang bertanggungjawab apabila menerajui syarikat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harraz Holding. Dia sentiasa tepat pada masa dan berusaha menjayakan syarikatnya.

Tan Sri Mukhriz (Ridzuan Hashim) dan Puan Sri Rosell (Maria Farida) sebagai ibu bapa Harraz yakin bahawa sudah tiba masanya untuk seseorang yang istimewa hadir dalam hidup Harraz bagi menundukkan sikap playboy anak lelakinya itu.

Tan Sri Mukhriz bertemu Suffian (Mahmud Ali Bashah) rakan lamanya. Di dalam pertemuan itu, Tan Sri Mukhriz bertemu Nurin Arissa (Uqasha Senrose), anak Suffian yang dirasakannya mempunyai sesuatu yang istimewa. Nurin yang baru tamat pengajian sarjana dalam bidang arkitek ditawarkan untuk bekerja di syarikat Harraz. Nurin yang memang menunggu peluang kerja bersedia untuk ditemuduga Harraz namun kecewa apabila Harraz meletakkan syarat untuk dia membuka tudung sebelum diterima bekerja atas alasan syarikatnya bertaraf antarabangsa. Nurin tetap dengan pendiriannya dan walau berat hati dia menolak syarat Harraz.

Tan Sri Mukhriz yang cuba membela Nurin memaksa Harraz untuk menerima Nurin sebagai arkitek baru di syarikat mereka. Harraz terpaksa akur dan dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin membenci Nurin. Ada saja cubaan Harraz untuk menyusahkan Nurin di tempat kerja. Berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan persaudaraannya bersama Harraz.

Semakin lama Nurin berkhidmat di syarikat itu, Harraz mula menyedari bahawa Nurin sememangnya pekerja yang cekap dan berkebolehan. Hati Harraz mula berubah namun dia tidak faham akan apa yang dialaminya kerana gadis bertudung sememangnya bukan citarasa Harraz.

Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model. Nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz. Bagaikan magis, seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut. Dalam waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz.

Mampukah Nurin menundukkan sikap playboy ‘Harraz’? Adakah Harraz bakal memahami erti sebenar cinta? Dan apakah yang bakal Elfira lakukan bagi memusnahkan kerjaya Nurin?



Vote Ciksepetdotcom Best Lifestyle Blogger Dalam MSMW AWARDS'16

Ciksepetdotcom dalam senarai Best Lifestyle Blog , Malaysia Social Media Week Awards 2016  || Dah hampir hampir sampai kepenghujung untuk undi siapa blogger yang kalian rasa patut dapat awards mengikut kategori yang dah di calonkan . dap dip dup daaap ... Semua orang mesti tertanya tanya termasuklah lisaaa heeee . Menang kalah tu urusan belakang nanti , yang penting cuba ! hehehe .. tersenarai dalam list pon dah kategory ok apa, sebab lepas 1 step selected dari para juri . Bukan kalian daftar lepastu dapat tersenarai . Tolong vote Lisa juga ya ;) dalam kategory Best Lifestyle Blog  

Menang atau kalah itu urusan belakang , yang penting berani masuk ,, tak cuba tak tahu kan ! hehehe ,mana tahu kot ada rezeki disitu . Lisa nak minta tolong akak vote  ciksepet.com dalam MSMW Awards 2016
 [ voted 2-21 februari je  ] Cara Undi MSMW AWARDS 2016 hanya dengan 3 step saja untuk vote.  

Step 1. 
 Masuk link dibawah ini  , dan login menggunakan facebook kalian , usah risau.. bukan spammer . dan email tu untuk elak dari voted hantu.
http://www.socialmediaweek.com.my/programmes/awards/category.php?id=2  



MSMW AWARDS 2016 Best Lifestyle Blogger

Step 2 .:
pilih www.ciksepet.com ,scroll bawah sikit , mungkin kedudukan tu akan sentiasa bertukar  ... 

Step 3. 

Tekan voted.. 




Suport juga untuk rakan blogger lain dari Kelabbloggerbenashaari 


 kategori  Best Lifestyle Blogger 


Ben Ashaari 
 kategori BEST BLOG OF THE YEAR

Emas Putih 
 kategori  MOST ENGAGING BLOG


Aku Penghibur 
 kategori  PROMISING BLOGGER OF THE YEAR



Terimkasih untuk yang sudah voted Lisa , yang belum vote tu lisa alu-alukan ye ,,, pstt vote akan ditutup 21 Februari 2016 nanti.. cepat undi sebelum closed ya 

Gambar Pernikahan Shaheizy Sam - Syatilla Melvin

Tahniah!! Tahniha Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dah sah jadi suami isteri .Shaheizy dan Syatilla bernikah dengan mas kahwin rm10,082 hari ini 8 Februari 2016 di Bukit Jawi golf Resort,Pulau pinang , harini juga hari jadi Syatilla melvin.. sweet moment  dapat raikan sama-sama!! Wah... mesti gambar pernikahan Shaheizy dan Syatilla akan  buat ramai gadis gadis yang patah hati ni. Hehehe...apapun..Lisa ucapkan tahniah kepada SAMTILLA. Semoga berkekalan sampai ke hari tua. AMIN !! 

Gambar Pernikahan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin 





GAMBAR Pernikahan Akim Ahmad - Stacy AF

Tahniahhh!!! finally Akim Ahmad dan juga Stacy AF dah selamat bernikah hari ini  Jumaat 05 Februari 2016  . Akim dan Stacy AF bernikah di Shangri-la Tg Aru Resort, Kota Kinabalu, pagi ini dengan mas kahwin sebanyak RM300 pada jam 10.15 pagi dengan dua kali lafaz. Mereka dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Negeri Sabah (JAIS) Tuan Haji Matlin Dimin berwakilkan wali abang kepada Stacy, Mohd Adam Hakimi Anam. Cincin  lima permata  dari Akim ahmad telah tersarung di jari Stacy . Katanya, corak itu dipilih bagi mengingatkan Stacy kepentingan solat dalam mengukuhkan ikatan perkahwinan merkea nanti.

Kalau tak silap.. esok Shaheizy Sham pulak menikah dengan Syatilia kan ? ramai pula artis dah berumah tangga. Ap-apapun selamat pengantin baru , semoga kekal bersama sampai keanak cucu.. hehehe. Bestnye pasangan artis nikah .  

 Berikut gambar  pernikahan  Akim Ahmad dan Stacy AF














Cozy , Not Cluttered : Making the Most of a Studio Apartment



 Cozy, Not Cluttered: Making the Most of a Studio Apartment

The studio apartment: bane of the lives of many a university student or young professional just getting started on their own. While it may be easy to find three and four bedroom townhomes in Malaysia, in the big cities like Petaling Jaya, efficiency apartments like those in Property Guru’s Empire Damansara development are becoming increasingly popular. While it’s easy to consider the studio a last resort, they can be the perfect startup for a single professional or a newly married couple. All it takes is a little creativity.






Decorations: Keep it Simple, Clean, and Bright

One of the most common mistakes new apartment owners make is trying to dress up a small space with bright patterns and busy colors. You can see the thought process: bright colors are fun and vibrant, and they’ll add light and life to a small home!

Unfortunately, too many colors will quickly backfire and leave your space feeling claustrophobic and cluttered. The design experts at lifestyle eZine PopSugar say leave it neutral: clean, simple colors like off white, creams, and grays will give you a cool, open, and bright space which you can liven up with small pops of color like hand towels or throw rugs.

That doesn’t mean you can’t decorate, of course: PopSugar’s designers added some texture to an entire wall of a studio apartment with patterned peel-and-stick wallpaper in blues and grays. Peel and stick paper is removable too, making it a great option for rentals!

Divide up Your Space

With only a single room and no divisions between living, eating, and sleeping spaces, the layout of a studio apartment can become jumbled and disorganized. Finding ways to carve out separate spaces in your studio won’t just help control the clutter: it promotes better sleeping habits and better focus as well.

Your dividers don’t have to be elaborate: a couch or tall flatscreen TV make an excellent barrier between a living and sleeping area. Hanging rods with curtains are another dividing option: try hanging curtains across your bed to create a cozy, private sleeping space or set the dining area apart.

Make the Most of Your Light

Natural lighting makes any space more pleasant, but in a small apartment in a tower block you may only have one window to work with. Make the most of your light with white or bright-colored window dressings, which will brighten up the window space and help reflect light into the room. If you need even more reflection, place a mirror at a right angle to a window.

A single ceiling lamp may seem like enough for a one room apartment, but there’s a fine line between cozy and dim once the sun goes down. A few standing or table lamps will keep you from feeling like the shadows are closing in during your evenings.  

Can’t Hide It? Make it Pretty

Storage is the eternal challenge of a small apartment with a limited supply of broom closets and cupboards. Designer Erin Boyle came up with a brilliant solution for clearing clutter from the 22 square meter apartment she shares with her husband. With no broom closet to tidy away cleaning supplies, she swapped out her plastic broom for an attractive wood and copper dustpan and brush set…which hang on the wall as decoration when they’re not in use. If you can’t hide your unattractive clutter, there are always solutions to make it attractive display pieces. Transfer cleaning sprays and soaps into glass or ceramic jars that can be lined up on a shelf, and get rid of the ugly plastic bottles, or leave folded towels hanging for a spot of color in a bathroom.

Storage in Three Dimensions

Making it pretty won’t work for everything you need to store, unfortunately: there are some things you just need to get out of the way. When your floor space is limited, it’s time to start thinking in three dimensions: try vertical shelves or pegboards to make the most of your vertical wall space. Having odds and ends just sitting out on shelves around the walls can push you right back into clutter territory, so consider investing in decorative storage boxes or cloth bins: convenient, durable, and easy to incorporate into your d├ęcor.

Small apartments also require you to find creative uses for “dead space,” like the area above a door: a perfect place for a high shelf to hold items you only need occasionally. Another creative space saver? Take your closet (or even bathroom) doors off, and replace them with sliding doors or simple curtains. In a large apartment or house, we never think about the floor space required for a swinging door! In a studio, that half of a square meter can make a world of difference.

A Few Final Words


If you’re just getting started, or like a cozy living environment, don’t be scared off by studios. They’re a great, affordable option, often located close to city centers and thriving nightlife. Start building your dream home – in miniature!

Lirik Kekal Bahagia Ippo-Hafiz [OST CINTA SI WEDDING PLANNER ]

#CINTASIWEDDINGPLANNER , sekarang tenga trending hastag drama tu kan. Pagi tadi di Hot FM  AM KREW , tetamu spesial yang datang ialah hero and heroin drama tu ,, Adi Putra dan Mira Filzah . Sama-sama nyanyi lagu Kekal Bahagia , ippo hafiz + Adi Putra + Mira Filzah . Sokong Mira dan Adi dengan trending hastag #cintasiweddingplanner , insyaallah nanti mereka akan melangkah kedepan untuk masuk dalam layar lebar. Hehee tu yang diorang pesan pagitadi .  Jom dengar !



CINTA SI WEDDING PLANNER - Kekal Bahagia (LIVE) - Akustika AM ...
Jom layan #KekalBahagia versi akustika featuring Adi Putra & Mira Filzah. Siapa yg tgh sangkut dgn lagu ni? Jom tag diorang :P
Posted by HOT FM on Tuesday, 2 February 2016

Lirik Kekal Bahagia - Ippo Hafiz [ OST CINTA SI WEDDING PLANNER]


Ku tlah melupakan dirinya
Ku tlah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku 'kan selalu ada denganmu

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktuku
Kekal bahagia selamanya

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktuku
Hingga hujung waktuku
Kekal bahagia selamanya
Kekal bahagia selamanya

CELCOM FIRST GOLD 80 , 10GB INTERNET + UNLIMITED CALL


 CELCOM FIRST GOLD , 10GB INTERNET SERENDAH RM80 || Sebelum ini pasti kalian dah dengar mengenai celcom first basic rm38 ,3GB internet sebulan  , atau Celcom First Blue Rm 45 untuk 4gb sebulan . Hari ini celcom keluarkan pakej terbaru yang pastinya memang berbaloi untuk heavy user call . FIRST GOLD 80 , 15 GB internet + panggilan dan sms tiada had kesemua rangkaian dengan komitmen bulanan serendah rm80.00 . Woww murahnya ?   panggilan percuma kesemua rangkain  memang sesuai untuk semua orang yang berniaga dan berbisnes . Harga pendaftaran rm 80.00 + 6 % gst untuk number baru atau tukar pelan celcom . 


Kelebihan FIRST GOLD  RM 80 

Telco D menawarkan rm75 untuk 7gb internet + panggilan percuma dan sms kesemua rangkaian . Telco U pulak rm70 , 7 gb internet dan panggilan percuma kesemua rangkaian . Dan CELCOM menawarkan pakej yang memang lagi berbaloi , lebih banyak internet  iaitu 15 GB total keseluruhan .  Apa kelebihan pakej celcom FIRST GOLD rm80 ni ? Betul ke 15GB internet ?  Internet 15 GB ,celcom akan bagi 5GB all time + 5GB (sabtu dan ahad sahaja ) + complimentery wifiplus 5GB  INTERNET  , contoh seperti di Shopping komplek dan KFC . Total kalian akan dapat 15GB  .  Kelebihan yang lain  ; Jika kalian guna banyak bill, maka celcom akan bagi kalian 3GB internet percuma . Bonus banyak -banyak dah ni .  Balance kuota data internet yang tak habis tu , boleh carry forward bawa ke bulan depan (yang ni selalu orang akan tanya )   . FIRST GOLD , pakej ini TIADA KONTRAK tau . Nahh .. yang ni kalian pasti suka . Sebab kadang ada sesetengah orang yang tak suka jika terikat dengan kontrak. 




Baca terma dan syarat FIRST GOLD 80 

*Harga dipaparkan tidak termasuk 6% GST 6% GST akan dikenakan di dalam bil.
*Nikmati muzik percuma tanpa had dengan Yonder selama 12 bulan.
*Pelanggan akan menikmati Internet 1.25GB setiap hujung minggu dari 00.00 hingga 11:59 Sabtu Ahad.
*Internet percuma pada hari Sabtu dan Ahad peruntukan akan dimuat semula setiap hujung minggu dan mana-mana peruntukan yang tidak digunakan akan dilupuskan di akhir setiap hujung minggu.
*Panggilan Tanpa Had & SMS ke semua rangkaian boleh digunakan untuk kegunaan domestik. Ini tidak termasuk panggilan video, panggilan ke nombor bebas tol atau nombor dengan caj khas mis 1-300 / 1-800 / 600, 121, TM100, 1MOCC, panggilan IDD ke sempadan Singapura & IDD / panggilan ke Brunei.
*Maksimum 5GB Internet boleh dibawa ke hadapan untuk bil yang seterusnya.


Unlimited Muzik
Cari lagu-lagu kegemaran anda pada Yonder muzik dengan live secara unlimited untuk 12 bulan pertama.

Carry Forward Internet yang tidak digunakan bawa ke hadapan sehingga 5GB Internet bulanan yang tidak digunakan ke bulan seterusnya.

Bonus Internet
Nikmati sehingga 3GB percuma Internet untuk anda berdasarkan penggunaan bulanan anda.

Tiada Komitmen Kontrak
Keistimewaan hebat dengan FIRST ™ adalah milik anda tanpa terikat dengan kontrak.

Extended Credit Limit
Non-stop great experience with 5x extra credit limit over your monthly commitment value.

Debit Simpanan Auto
Nikmati 5% penjimatan ke atas bil bulanan anda dengan bayaran Auto Debit.

Club FIRST ™
Ganjaran eksklusif dan keistimewaan yang direka hanya untuk anda. Dengan panggilan lebih tambahan PERCUMA Internet, SMS dan banyak lagi keistimewaan

NOTA : This plan is applicable for new registration, MNP, Change of Rate Plan (CORP) and prepaid to postpaid conversion (P2P) customers.



Pakej ni akan launch petang nanti , 2 Februari 2016 diseluruh cawangan celcom . Untuk daftar kalian boleh datang ke mana-mana cawangan celcom terdekat

GOOD NEWS ,Pakej First gold EXTEND sampai 30 JUNE 2016! 
UPDATE :
FIRST GOLD 80 kini lebih internet 20GB/month . 
TERKINI :  Plan Celcom First Terbaru 2017 

Kenapa Pilih Jus Annona ?

Hari ini masuk hari ketiga Lisa demam dan migrain. Kalau migrain dah menyerang ,, memang sepakej dengan  demam. Sama ada silap makan atau apa entah , sampai macam tak larat nak bawa kepala  . Hidung pun mula berdarah ..memang teruk kalau lisa demam, sebab badan panas . Mungkin stress dan nak datang periode . Sindrom ni perempuan saja  tahu !! sakit woo ... kalau dah terkena sindrom-sindrom nak masuk tarikh ni . Lisa try minum Jus Annona pagi tadi , dan alhamdulillah hari ni dah lebih baik boleh kerja macam biasa.Tak rasa nak melentokkan  kepala atas meja je macam hari sabtu lepas.Kenapa pilih Jus Annona ? Sebab dibuat dari durian belanda. Sirap or cecair memang lisa susah masuk tekak.. tapi dengan Jus Annona , terus boleh minum tak rasa pahit atau bau ubat.

Jus durian belanda

Jus Annona 100 %  Durian Belanda  

Kenapa tak nak makan ubat tahan sakit ? memang Lisa sengaja tak nak ambil ubat-ubatan untuk hilangkan sakit. Sebab nanti jadi ketagih and pernah baca dalam info kalau ubat tu akan kekal 5 tahun dalam tubuh . Jadi kalau selalu makan pon dah macam tak ada beza ,, sebab tubuh dah tawar . Tawar hati macam orang yang selalu ditipu !,hehehe... Jus Annona ini dibuat dari 100% durian belanda . Durian belanda ni kan banyak khasiat untuk kesihatan dan penawar ubat tau ! , lagipun bukan senang nak cari buah tu sekarang . Kalau dulu-dulu masa duduk dengan nenek senang la dapat di kampung-kampung tu kan . Sekarang zaman serba moden ni memang susah nak cari .


Kelebihan Jus Annona

Nasib baik ada JUS ANNONA , senang dalam packing sachet dan boleh bawa kemana-mana . Kemasan botol letak dalam rumah je . Minum sehari satu kali time sebelum sarapan . Kenapa Lisa pilih Jus Annona ? Sebab Jus Annona ini banyak khasiat seperti hilangkan sakit dengan cepat , berkesan dan tahan lama  , Jus annona dibuat dari 100% durian belanda asli tau .. sebab tu tiada kesan sampingan .  Walaupun dalam bentuk jus, khasiat durian belanda tetap terpelihara dan pengguna tidak perlu mengambil dalam kuantiti yang banyak. Khasiat durian belanda tetap dikekalkan walaupun telah dijadikan jus .100% bahan semulajadi.
Tiada sebatian dadah di dalam jus ini, jadi ia selamat untuk diminum . Seperti Lisa dah bagitau tadi , Cara minum yang mudah , Hanya koyakkan sachet dan minum. Tidak perlu dibancuh. Mudah dibawa ke mana-mana.
Kalau kalian nak tahu lebih banyak lagi.. kalian boleh baca  maklumat lebih lanjut di 
web :  http://annonaofficial.com/promo/
 Facebook  @Annonaofficial 
Annona Careline : 0164497181

Selamat tinggal Migrain dan segugut .. ! Dah boleh senyum saat bekerja dan tak perlu masam muka sebab sakit dari migrain dan segugut. Dan yang penting Halal dan ada sijil KKM. Penting tuuu! Jus Annona penawar semula jadi .

PSTT : Ada Spesial PROMO harga tau ! 
© all rights reserved
made with by templateszoo