Ad

Showing posts with label postpaid. Show all posts
Showing posts with label postpaid. Show all posts

CELCOM XP LITE RM28 UNLIMITED DATA & CALL

CELCOM XP LITE RM28 UNLIMITED CALL & INTERNET

Hello guys ! Baru tak baru pelan celcom XLITE  ini hadir menggantikan pelan XPAX 50 yang dah habis tempoh promosi . Pelan celcom postpaid XLITE serendah RM28/bulan menawarkan panggilan tanpad had kesemua rangkaian dan internet 1GB. Korang juga boleh add on unlimited internet serendah RM1 . Menarik bukan ?

CARA SIZE UP PASS M & L XP Lite .

Pelanggan yang mendaftar dengan XP Lite™ pada RM28, bakal menikmati panggilan tanpa had dan internet 1GB sebulan. Untuk lebih banyak penggunaan internet, pelanggan boleh 'SIZE UP' atau menambah kepada 14GB internet pada harga RM30 (L Pass) iaitu tambahan 7GB internet pada harga RM10 (M Pass) sebulan. Pelanggan juga boleh menikmati Internet tanpa had dengan Ultra Hour Pass ™ dari RM1 bersama-sama dengan pas L atau pas M melalui aplikasi Celcom Life.






Korang juga boleh langgan unlimited internet dengan harga :
  • RM1 ; 1 Jam 
  • RM2 : 3 Jam
  • RM5 : 12 Jam 
  • RM8 : 24 Jam 




Tambahan lagi, pelanggan yang masih kekal atau ‘STAY ON’ bersama dengan XP Lite™ selama enam bulan secara berterusan, akan diberi ganjaran PERCUMA 1-jam Ultra Hour Pass™ Internet tanpa had bagi pelanggan pas L, manakala pelanggan pas M akan menerima 1GB Video Walla ™. Ganjaran ini akan diberi pada penggunaan bulan ke-7 dan seterusnya.


Pelan ini sesuai untuk parents , budak sekolah ,, atau untuk yang not Heavy user dan lebih nak guna ke unlimited call . Jika korang inginkan internet yang lebih banyak , boleh langgan CELCOM FIRST DAN CELCOM MOBILE PLAN . 


Pengguna setia celcom dengan payment bulanan cantik selama paling kurang 6 bulan keatas korang boleh reedem Free Phone di Celcom Center terdekat . 

Celcom XPAX POSTPAID 50 2.0 - Unlimited Call , 10GB Data


CELCOM XPAX POSTPAID 50 2.0 , UNLIMITED CALL 10GB DATA INTERNET 

 Assalamualaikum ! Baru ni ada terbaca celcom pakej terbaru yang murah dan berbaloi juga la . Celcom postpaid XPAX50 , unlimited call dan 10GB Data internet . Pakej celcom yang terbaru 2018 ni iaitu CELCOM POSTPAID XPAX50 2.0  yang menawarkan panggilan percuma tanpa had kesemua rangkaian dan internet 10GB anytime , anyday hanya dengan harga RM50/bulan . Nampak menarik ni untuk orang yang nak kan unlimited tapi nak bajet kos yang rendah . Kenapa pilih celcom ? sebab kawasan network untuk rangkaian celcom ni kebanyakan merata tempat so far so good . Tak payah risau tak boleh call korang . nah Lisa akan jelaskan lebih detail lagi dibawah ini .

KELEBIHAN PLAN CELCOM XPAX POSTPAID 50 2.0


Yang baru ni lagi berbaloi la dari yang lepas , sebab yang baru ni unlimited call sedangkan pakej XPAX POSTPAID 50 sebelum ini dikenakan cas panggilan 30sen/minute.  Kelebihan plan celcom XPAX Postpaid yang baru diantaranya :

  • Unlimited Panggilan Percuma kesemua rangkaian 
  • Data Internet 10GB 
  • SMS 15sen/sms
  • Percuma 100GB Video Walla pada hari jadi ( Youtube, iflix , tonton.. etc ) BACA DISINI 
  • Miliki phone serendah RM99 tanpa upfront payment. 

Unlimited call serendah rm50 ? kira berbaloi juga la untuk orang nak unlimited call dan tak banyak gunakan internet . Untuk yang inginkan pelan celcom dengan internet lebih banyak lagi boleh pilih plan celcom postpaid terbaru 


NOTA :  
  • XPAX POSTPAID 50 2.0 hanya valid untuk customer pendaftaran number baru , Penukaran dari telco yang lain , atau prepaid xpax ( prabayar ) celcom upgrade  ke XPAX Postpaid 50 2.0 
  • Pelanggan lama yang menggunakan Xpax Postpaid 50 boleh bertukar ke pelan XPAX Postpaid 50.20 yang baru dengan walkin ke celcom partner terdekat 
  • Pelan Celcom First yang sedia ada tidak boleh bertukar ke pelan XPAX Postpaid 50 2.0  


Nikmati  ADD-ONS terbaru serendah RM2 untuk 3GB DATA. 


Yang terbaru ni , korang boleh melanggan pakej harian sama ada facebook walla /  Instagram walla / video walla / late night internet hanya serendah RM2 . Rujuk gambar dibawah



SMARTPHONE SERENDAH RM99 DENGAN XPAX POSTPAID 50 2.0













CARA REEDEM FREE VIDEO WALLA

CARA REEDEM FREE VIDEO WALLA 



Assalamualaikum ! beberapa hari lepas Lisa ada tulis artikel berkaitan free video walla sebanyak 100GB dan 30GB untuk pengguna celcom postpaid First GOLD PLUS dan FIRST GOLD . Sayangnya diberikan untuk customer yang baru , dalam erti baru melanggan celcom postpaid tersebut. Jangan risau , kini untuk pengguna sedia ada akan diberikan juga FREE Video Walla bermula dari 26 Oct 2017. Cara untuk reedem free video walla postpaid sangat mudah ianya hanya menggunakan apps MyCelcom Postpaid yang korang boleh download di Google Play dan juga Apps Store. 

CARA REEDEM FREE 30GB VIDEO WALLA  -PENGGUNA FIRST GOLD 


Pastikan korang dah update apps MyCelcom Postpaid sebelum reedem free video walla ini. Cara untuk reedem free 30gb video walla bagi korang yang memang dah pengguna sedia ada First GOLD ialah : 
  1.  Buka MyCelcom Postpaid 
  2.  Pergi ke My Setting 
  3.  Pilih Free 30GB VIDEO WALLA 
  4. Tekan Process 
  5. Tunggu sms yang akan dihantar oleh celcom . Biasanya paling lama dalam 24jam , jika dah lebih 24jam tak ok juga, korang call operator di talian 1111. 

Video Walla ialah : Tonton video secara percuma  melalui apps seperti : Youtube , Netflix m Astro Go , Iflix , MOX , Dailymotion , Metro TV ,Herotalkies, Tonton , dan Dimsum . 



CARA REEDEM FREE 100GB VIDEO WALLA  -  UNTUK PENGGUNA FIRST GOLD PLUS , SUPREME , PLATINUM dan FIRST PLATINUM PLUS. 


Sama je yang diatas , Pastikan korang dah update apps MyCelcom Postpaid sebelum reedem free video walla ini. Cara untuk reedem free 100gb video walla  ialah : 

  1.  Buka MyCelcom Postpaid 
  2.  Pergi ke My Setting 
  3.  Pilih Free 100GB VIDEO WALLA 
  4. Tekan Process 
  5. Tunggu sms yang akan dihantar oleh celcom . Biasanya paling lama dalam 24jam , jika dah lebih 24jam tak ok juga, korang call operator di talian 1111. 
Rujuk gambar dibawah :



NOTA !
Promo video walla ini akan diberikan selama setahun , berkuat kuasa tarikh time korang reedem . Masa untuk reedem ini bermula dari 26 Oktober - 31 Disember 2017. Free Video Walla tidak akan diberikan jika downgrade package ke package yang lebih rendah .

PROMO CELCOM FIRST GOLD PLUS FREE 100GB VIDEO WALLA


PROMO CELCOM FIRST  TAWARKAN LEBIHAN DATA 30GB & 100GB VIDEO WALLA .


Assalamualaikum selamat petang ! Lisa ada berita baik untuk korang ni , terbaru terhangat ala-ala pisang goreng yang baru naik dari kuali . hehehe... Seperti yang korang tahu , sebelum ini celcom keluarkan pakej baru iaitu celcom First Supreme dan Celcom First Platinum Plus ... kali ini Lisa akan cerita PROMO terbaru dari celcom yang tawarkan lebihan data 30 Gb & 100Gb untuk Video walla untuk 12bulan . Bermula dari hari ini 20 Oktober - 31 Disember 2017 ,setiap customer yang melanggan pakej First Gold 80- 20GB  akan dapat 30GB video walla percuma setahun , dan jika pelanggan yang melanggan pekej First Gold Plus 98 - 40GB , akan dapat 100GB video walla secara percuma setahun ! Wahh boleh layan sampai lebam !








ENJOY FREE VIDEO STREAMING DURING PROMO CAMPAIGN ! 


PROMO Free streaming VIDEO WALLA ini hanya untuk pelanggan yang melanggan pakej FIRST GOLD dan FIRST GOLD PLUS selama masa promo iaitu 20 Oktober -31 Disember 2017. Video Walla 30 & 100GB diberikan percuma selama 1 tahun / 12 bulan .  Siapa yang layak dapatkan promosi ini ?
  • Untuk customer baharu , 
  • sama ada number baru , 
  • tukar pelan dari prepaid celcom ke postpaid celcom , 
  • penukaran dari talian lain ke celcom  ( MNP , MObile NUmber Portability ) , 
  • atau.. COBP customer celcom postpaid yang sedia ada. 

CUSTOMER PENGGUNA SEDIA ADA 
Bagi korang yang dah sedia ada menggunakan pakej Celcom FIRST GOLD dan FIRST GOLD PLUS , kalian boleh dapatkan juga 30 & 100GB Video Walla ini melalui OPT-IN melalui MYCELCOM POSTPAID  apss bermula 26 Oktober 2017 . Setakat yang Lisa di t&c , kena caj seperti berikut : 
  • RM 30/bulan untuk melanggan 30GB video walla 
  • RM50/bulan  untuk melanggan 100GB video walla

Hurm.. kena langgan pulak , rasa rugi kan ? Korang boleh tunggu , lepas 26 Oktober nanti ... kalau ada perubahahan Lisa update semula . Mana tahu pengguna sedia ada boleh dapat percuma tanpa perlu tukar package. 

TIPS LISA : Korang downgrade package ke First Blue 45 kemudian tukar semula ke FIST GOLD atau ke FIRST GOLD PLUS . Ha.. baru untung dapat percuma streaming video walla tu . Tapi kena keluarkan duit untuk proses pertukaran tu . Kena bayar bill satu bulan pakej yang baru . Leceh gak . 



Apa itu VIDEO WALLA ? 

Ramai yang masih tertanya apa itu video walla , korang boleh rujuk gambar dibawah ini untuk tahu lebih detail . Tonton video secara percuma  melalui apps sepert : Youtube , Netflix m Astro Go , Iflix , MOX , Dailymotion , Metro TV ,Herotalkies, Tonton , dan Dimsum . 


Contoh korang langgan First Gold Plus 40GB , ... so korang boleh tonton video atau movie sebanyak 100GB selama setahun melalui apps yang tersenarai dalam VIDEO WALLA dan jika dah habis 100GB tu baru akan tolak dari internet yang 40gb . Agak-agak korang boleh habiskan ke 100gb tu ? hehehe . 




Untuk terma dan syarat  lebih detail , korang boleh baca info dari gambar di bawah ini .









Kiranya kalau korang dah langgan pakej First Gold Plus 98 Free 100Gb , then kemudian downgrade pakej ke FIRST GOLD 80 . Promo video Walla tu akan burn serta merta . Jadi korang tak akan dapat yang free video walla 30Gb walaupun langgan masih dalam tempoh promo .
layari www.celcom.com.my

See u next artikel . ! 


NEW! CELCOM FIRST GOLD PLUS GBSHARE 44 GB

Assalamualaikum , agak lama tak berkongsi cerita tentang pelan celcom . Minggu lepas celcom dah keluar pelan baru , tapi semalam Lisa baru berkesempatan untuk pergi training. Jadi dah boleh story mory dengan korang la . Pelan  Celcom Postpaid  terbaru iaitu Celcom First Gold Plus GBShare dan Celcom First Platinum GBShare. Tiada split data (Weekday dan weekend)  , GB data Internet  lebih banyak , boleh share internet  ke subline , serta unlimited call to all network untuk supplementary . Macam menarik je . Jom Lisa story lebih detail ! 


CELCOM FIRST GOLD PLUS GBSHARE 


Untuk pelan Celcom First Gold Plus , menawarkan 40GB internet dengan 20GB internet untuk weekdays dan 20GB untuk weekend, secara detail korang boleh baca di artikel ni : CELCOM FIRST GOLD PLUS .  Apa yang berbeza dari pelan sebelum ini? Kali ini First Gold Plus GBShare 98 , kalian boleh share data dengan subline kalian . Bukan hotspot tau , tapi share ke bawah line dari mainline . Wah best la kan, contoh si emak tak guna banyak data.. anak yang guna banyak data.. boleh la transfer ke anak tu . Menarik bukan ? Bill pun tak separate , bill akan disatukan dengan main line , Kiranya main line + 2subline .


Apa yang dimaksudkan dengan GBShare ?  

untuk lebih paham.. boleh baca detail dibawah ini.


Kelebihan Celcom First Gold Plus GBSHARE 98


1. Nikmati 44 GB data internet dengan full kuota 24/7 setiaphari tanpa menunggu weekend dan weekday. 


2. Sharing Data dengan family plan , ada 2 jenis iaitu Group Sharing dan Allocated Sharing . Kalau sebelum ini 1 number Main Line hanya boleh gunakan data tu seorang, untuk pelan ini pulak boleh share dengan family yang mendaftar subline GBshare dibawah no. Main line atas tadi .





-Group Sharing : semua orang boleh gunakan GB kuota internet dari total 44GB untuk First Gold Platinum dengan sesuka hati . Ibarat pintu rumah tak kunci , maka semua orang boleh ambek  semua barang yang didalam tu . Siapa cepat guna banyak , dia dapat la.. yang last tak merasa gitu.

-Allocated Sharing ,,, Main line / Admin  boleh control penggunaan share ke 2 subline GBshare bawah  . Dah share tu boleh ambil balik kalau rasa GB Internet admin tak cukup .


Contoh ; PAGI , Ayah bagi kat along 10Gb dan Angah 10GB ... lepas tu ayah rasa macam tak cukup guna je ayah 20GB tu sebab guna untuk kerja .  so tengah hari tu ayah tarik semula GB kuota data internet yang dibagi ke Angah sebanyak 5Gb. Maknanya angah hanya boleh guna 5GB . Boleh bagi boleh tarik balik .



3. Unlimited call untuk supplementary kesemua rangkaian. 
Sebelum ini hanya free 2000 minit dan 2000 sms ke main line ,, 50 sms dan 50 minit call ke semua rangkaian. Tapi untuk yang baru ini supplementary atau GBShare boleh call unlimited tanpa had kesemua rangkaian. jimat banyak lah !

 Caj untuk sms /video call / mms : 20sen .

 4.Bill combine , maksudnya 3 bill akan disatukan Supplementary GBShare seharga rm48.00
Bill setiap bulan ialah rm194 (tidak termasuk gst ) : RM98 untuk mainline + 2 subline < 48+48> = rm RM 194.00 

Kelemahan :
*Celcom First Gold Plus GBShare hanya boleh apply untuk 1 admin dan terhad  2 Supplementary GBShare. Taklebih tak kurang.
*Untuk pendaftaran pun sama , kena terus daftar serentak ., jadi kena terus bayar rm194 (tak termasuk gst ) untuk number baru .



Cara Menggunakan  GBShare via MYcelcom POSTPAID apss . 


Oh ya lupa.. untuk check kuota data internet sebelum ini ialah dengan cara manual SMS  " BAL STATUS " ke 28882 caj 20sen kan ?  Sekarang ada apps untuk pengguna postpaid iaitu " MYcelcom POSTPAID apss " yang mudahkan kita untuk check bill , check penggunaan data dan log in online customer service tanpa dikenakan caj.  Cara untuk share data internet dari Main ke Supplementary pun guna apss ini . Mudah je kan ?

1. Muat turun aplikasi MYcelcom POSTPAID di Google Play atau App Store.
2. Log Masuk ke MYcelcom POSTPAID
3. Pilih  < First platinum with GBshare or First Gold Plus GBshare > dan klik " VIEW THIS NUMBER "
4. klik " MY SERVICES" dan pilih  " Manage Your Internet "
5. Klik " Confrim to enable allocated sharing " dan PROCEED " untuk bagi kuota internet .
6. pilih individu untuk memperuntukkan kuota internet .





Celcom FIRST PLATINUM GBShare


Untuk pelan ini pula celcom menawarkan kuota internet sebanyak 70GB untuk total keseluruhan . Supplementary masih sama boleh free call ke semua telco , yang membezakan dengan First Gold Plus GBshare ialah untuk Platinum boleh sub sampai 5 line dibawah. 


KELEBIHAN FIRST PLATINUM GBshare 
- Kuota internet up to 70GB 
- No split kuota , Full kuota internet dalam erti kuota tak asing weekend dan weekdays. 
- Boleh share data internet ke Supplementary . 
- Unlimited call untuk subline dan mainline . 
- Bill bercampur dengan Main Line . 
- Supplementary boleh tambah dari 2-5 number . 

Kelemahan : 
Walaupun untuk pelan First Platinum unlimited call dan sms tapi untuk supplementary tetap dikenakan caj 20sen ye . 





















UNLIMITED INTERNET DIGI POSTPAID 2017


Wah.. semakin banyak yang bersaing sesama telco di Malaysia ni . Sebelum ni WEBE , P1 yang dah bertukar tangan kepada TM . Sekarang DIGI pula buat sale gila-gila ! Unlimited internet call dan tethering dan korang hanya perlu bayar seharga 150 . Woww... semua dicantas beb ! Pelan DIGI terbaru ni namanya INFINITE Internet . Macam menarik jerr.. 





DIGI Postpaid INFINITE Internet , UNLIMITED INTERNET DIGI POSTPAID SEHARGA 150 


Bermula dari 24 March lepas , Digi dah keluarkan package postpaid yang pastinya untung untuk orang yang hard user data internet , dan call. Bukan itu je , plan ni boleh tethering atau senang cakap hotspot la..dekat user lainnya. So lagi berbaloi lah . Free tethering tanpa had untuk pelan INFINITE 150 , sedangkan untuk pelan yang RM80 pula hanya bagi free tehtering selama setahun sahaja sebanyak 5GB perbulan , lepas tu kena bayar . 




Kelebihan Digi Postpaid 150 

Perbezaan dan kelebihan untuk kedua pelan ini ialah :

DIGI Postpaid INFINITE 150 
-Unlimited Call 
-Unlimited internet 
- Full speed internet 
- Tethering or share internet tanpa had 


DIGI Postpaid INFINITE 80  -SOLD OUT - 

- Unlimited Call
- Unlimited Internet 
- Internet Speed up to  5 MBPS 
- Tethering /Hotspot 5GB@RM 10/ 30 hari. (Ianya percuma setahun untuk 10,000 pelanggan terawal) 

UPDATE ; Pelan DIGI 80 dah soldout ya.. mybe sebab kena komplain telco lain kot. Hehe ...

Perlu diingat ye ., unlimited call ni hanya untuk semua  telco di Malaysia sahaja baik off / on net  kecuali Hotline , atau 1-300 xxx 1-800 xxx jangan lejan call astro ke ape ke.. mati la nti bill teratus-ratus. 



HARGA UNTUK PENDAFTARAN 


Untuk daftar pelan ni korang perlu bayar untuk advance 2 bulan pertama , nanti akan deduct semula la . So .., untuk package 150  Pendaftaran RM300. Jangan risau ..duit tu akan tolak semual pada bill 2 bulan pertama . 




Amacam .. menarik tak ? 
Untuk pengetahuan korang , package DIGI yang 150  ni tak ada dimana-mana center digi . Korang boleh terus daftar di web DIGI STORE ONLINE .  



Jom test Speed internet DIGI POSTPAID 150  INFINITE 



wow.. not bad juga la speed tu . Ape apepun kena tengok juga coverage digi dikawasan korang tu ok ke tidak ye . 



Nak kekal no lama boleh, nak tukar package dari digi sedia ada pun boleh ,, nak ambil number baru lagilah boleh . Pastikan tiada blacklist di mana-mana telco . Pelan Digi Postpaid INFINITE ini hanya untuk simcard sahaja , tak disediakan dengan bundle HP atau any device tau .
NOTA : LAST PROMO PENDAFTARAN SAMPAI 24 JUNE 2017 SAHAJA .  
atau  bila-bila masa tergantung notis dari DIGI.

t & c aplycable




Celcom First GOLD Plus RM98 - 40GB Internet




Celcom akan keluarkan pelan data dan call terbaru bermula esok . Briefing sebenarnya baru akan bermula pukul 2petang nanti di salah satu  Hotel - Johor Baru , tapi Lisa bagitau dulu la haha. Semakin lama makin ketat pulak fight bersaing antara telco satu dengan telco lain . Dengar cerita digi rm50 untuk 10gb internet.. ha.. memang murah , tapi mesti ada term and co , dan tak semua tempat dapat coverage digi . OK celcom menawarkan internet 2 kali ganda dari sebelum ini . ianya dibagi dari Celcom First Blue untuk 10GB internet , First Gold RM80.00 ( 20GB ) , First Gold Plus RM 98 untuk 40GB , dan yang terakhir , Celcom First Platinum RM150 untuk 60GB kuota. 



Kelebihan Plan Celcom Postpaid Terbaru 

Banyak kelebihan yang korang akan dapat dari plan postpaid celcom baru ini . Salah satunya sebelum ini data internet dibahagi dengan weekdays ( Isnin - Jumaat )  dan Weekends ( Sabtu - Ahad ) tapi untuk plan yang baru , korang boleh nikmati internet bila-bila masa tanpa menunggu Sabtu-Ahad  hanya dengan Add-On RM 10.00 , contoh rm80+rm10 : rm90 . Korang kena aktifkan manual di *118*2# . ANYTIME Data ( Isnin - Ahad ) boleh dinikmati hanya untuk pengguna celcom First Gold , First Gold Plus dan First Platinum  . ( Tertakhluk terma dan syarat . )



gambar credit: amanz

gambar credit: amanz


 Celcom First Gold 
*Pelan celcom dengan internet 20 GB data ( 10gb+10GB).
*Unlimited panggilan ke semua rangkaian.
*Unlimited Yonder music , Whatsapp dan Wechat ( tanpa menggunakan data 20GB).
*SMS 20 sen/ sms . 
Anytime Data hanya dengan bayaran rm80+rm10 , untuk nikmati data 20GB bila-bila masa tanpa tunggu sabtu dengan ahad.  





Celcom First Gold Plus 

*Pelan celcom dengan internet 40 GB data ( 20Gb+20GB).
*Unlimited panggilan ke semua rangkaian.
*Unlimited Yonder Music , Whatsapp dan Wechat ( tanpa menggunakan data 40GB).
*SMS 20 sen/ sms . 
Anytime Data hanya dengan bayaran rm90+rm10 , untuk nikmati data 40GB  bila-bila masa tanpa tunggu sabtu dengan ahad.  



Celcom First Platinum 

*Pelan celcom dengan internet 60 GB data ( 30Gb+ 30GB)
*Unlimited panggilan ke semua rangkaian.
*Unlimited Whatsapp dan Wechat ( tanpa menggunakan data 40GB). 
*Unlimited SMS kesemua rangkaian.
*Free yonder music , Zipit chat ,iFlix, Had kredit RM1000.

Anytime Data hanya dengan bayaran rm150+ rm10 , untuk nikmati data 60GB bila-bila masa tanpa tunggu sabtu dengan ahad.  




Celcom First Blue 
Pelan internet dan call ini menawarkan , 2+2GB internet untuk pengguna baru yang daftar bermula 28 Oct 2016 , 50 minit panggilan kesemua network , 50 sms ke semua rangkaian telco . Sedangkan untuk pengguna sedia ada atau exiting customer , pakej lama akan diganti upgrade kepada 10 GB internet ( 5GB + 5GB )  Pakej pelan ni tidak menawarkan anytime data . heheh korang kalau nak guna data anytime tu kena la up ke pelan celcom first gold ke atas.

Bila pelan ini akan dilancarkan ? 

Plan ini akan launch bermula esok 28 Oct  2016 bagi pendaftaran baru , dan untuk pengguna celcom yang dah sedia ada .. pelan mereka akan bertukar bermula 1 November 2016 . Untuk info selebihnya boleh layari celcom.com.my atau call talian celcom customer service 1111 free of charge bagi pengguna postpaid .

untuk ANYTIME DATA , pakej sedia ada  ditambah dengan add on rm10.00 setiap bulan . Contoh RM80+10 : RM90 .

*Promo ini sah selama 2 bulan sahaja . *





U Mobile 30GB Internet RM98 Sebulan

U Mobile 30GB Internet RM98 Sebulan  || Setiap hari tehnologi bertambah canggih , persaingan sesama telco di Malaysia macam semakin panas je . Yang terbaru , promo dari U MOBILE , menawarkan 30GB dan panggilan percuma kesemua rangkaian  tanpa had hanya dengan bayaran bulanan RM98 (tidak termasuk gst) . WOW...murah sangat ! .. selain panggilan percuma kesemua rangkaian , umobile juga menawarkan Free Unlimited Streaming  dan Free Video Subscription . 




Kelebihan plan Hero P98 :
*Data Internet sebanyak 30GB (dengan high speed internet)
*Unlimited call ke semua rangkaian
*Free Video subscription
*Free Unlimited Streaming
*Manakala untuk SMS , bayar ikut kegunaan SMS  ( rate sms ke telco u-mobile 3sen/SMS dan 8sen ke rangkaian lain ) 


NOTA : untuk panggilan percuma , U Mobile mempunyai FUP tersendiri supaya pengguna tidak menyalah-guna fungsi panggilan tanpa had ini.

Tapi kelemahan  U Mobile ini ialah tak semua tempat ada coverage . Sayang kan... biasa di daerah kampung atau pedalaman sikit or taman baru memang takda coverage u mobile. dan bukan semua tempat ada 4G umobile .. jadi , sila check coverage dulu sebelum daftar . 

Kalian boleh check di pautan berikut : Check Coverage U Mobile 



Kad Isi Minyak Petronas Percuma RM30

Tak silap Lisa ,, Awal tahun , bulan Januari 2016 lepas.. celcom ada bagi giftcard reload di Petronas untuk customer Celcom baca di Kad ISI Minyak Percuma dari celcom ..  Promo ini datang sampena nak raya ,, mesti ramai yang nak balik kampung kan . Kali ini reload card petronas ini diberikan untuk pendaftar package celcom First Postpaid dengan new number sahaja . 

Giftcard reload petronas senilai RM30.00 hanya terhad untuk promo ramadan ini sahaja. Tarikh akhir pendaftaran first gold pula sampai ujung bulan ni sahaja 30 June 2016. Kalau ada extend lagi pun paling last sampai raya saja . Tapi raya sapa nak kerja la kan.. hahaaha mana ada celcom buka... 

Bagaimana untuk dapatkan card reload isi minyak Petronas ini ?
Kalian hanya perlu daftar package celcom First Gold , (number baru sahaja ) , dan kemudian kalian akan dapat giftcard petronas ini secara percuma. Mudah bukan ?

Jom le pakat daftar First Gold 80 unlimited call dan sms, data internet 10GB , info selebihnya di : FIRST GOLD 80 UNLIMITED CALL 

Boleh daftar online di Kedai Sim Murah ,, 

Waze Percuma ! Tiada Caj Data


Assalamualaikum !! sepandai-pandai kalian drive , belum tentu akan hafal semua jalan .  Kalau dalam kawasan sendiri masih ok lagi , boleh hafal jalan. Tapi kalau dah keluar banda ni memang kebiasaanya orang sekarang guna Waze untuk mudahkan perjalanan. Selain tunjukkan lokasi.. kalian  boleh semak sama ada accident , jalan Jem atau roadblock . 



Dalam Handphone (HP ) 8 dari 10 orang.. mesti dah download Waze,, Dan tak lama lagi dah nak raya ... mesti ramai yang nak balik kampung kan. Lisa nak bagi tahu satu berita baik untuk kalian. Bagi kalian pengguna postpaid FIRST ataupun prepaid Magic , kalian boleh menggunakan WAZE secara percuma tanpa caj data. Wahh best bukan.. boleh jimat disitu . Promo bermula dari 9 June sampai  6 August 2016 .  

Cara dapatkan Waze percuma tanpa caj data  ; 

1. Promo ni automatik ada untuk customer pengguna plan postpaid FIRST , baik yang baru daftar atau pengguna sedia ada. 

2. Pengguna Prepaid magic sim , kalian boleh dapatkan benefit ini dengan cara MAGIC RELOAD   dengan KEY *117# sekali lagi... *177# tau.. bukan *118# . Yang ni kalian kena minta penjual topup tu .. tlg topupkan guna magic reload *117# .

Selamat Berpuasa... Hati-hati di jalan ketika balik kampung  .

 Biar lambat asal selamat.  

YES PROMO RAYA RM 88 , 16GB INTERNET



PROMO RAYA YES RM88 , 16GB INTERNET || Zaman tehnologi canggih sekarang ni manusia tak lepas dari data internet. Dah macam keperluan yang memang kena ada . Dari call ,sms ,video ,kerja,studi semua guna internet.Permasalahannya Pelan internet apa yang bagus dan bebaloi ? YES 4G kini menawarkan pakej Super 88 untuk kuota data 16GB dan Super 66 kuota 10GB  . Wah... murahnya ...

YES SPESIAL PROMO RAYA menawarkan pakej yang cukup berbaloi iaitu Super 68 dan Super 88.. Dengan hanya Rm68.00 kalian boleh menikmati 10gb internet dan RM 88.00 untuk 16GB internet . Huddle Xs senila rm 509.00 akan diberikan secara percuma untuk pendaftar selama stock masih ada  Wahh...menarik dan berbaloi ni. Promo ini bermula 29 Apr 2016 dan sah sampai 30 June 2016. Cepat daftar... sebab limited stock saja..



Cara atau syarat untuk mendaftar YES PROMO RAYA SUPER 88 & SUPER 68 

Pastikan tempat kalian suport untuk line YES 4G , sebab hanya kawasan yang ada Yes 4G sahaja yang boleh apply . Untuk check coverage , kalian boleh semak di link ini ; https://www.yes.my/v3/coverage-check.do 

Lagi satu..pastikan nama kalian clear dari senarai hitam atau blacklist telco. Yang ada hutang telco tu... sila bayar lee.. kan..



Harga untuk pendaftaran YES PROMO RAYA


Jumlah yang perlu dibayar pertama kali ketika mendaftar Super 68  ialah RM118.00 ( RM 125.08 termasuk GST)  , activation fee rm 50.00 + 1 bulan commitment Fee : RM 68.00 (tidak termasuk gst) ..
Sedangkan harga pendaftaran untuk pakej Super 88 ialah RM 138.00 ( RM146.28 termasuk GST) , activation fee RM 50.00 + 1 bulan commitment Fee : RM 88.00 (tidak termasuk gst) ..

Kuota Data internet Yes Super 68 dan Super 88 promo raya ini ialah Full day ya... boleh digunakan sepenuh masa tiada siang atau malam asing2...


Persaingan telco berlumba untuk berikan pakej yang berbaloi untuk pengguna . Ingat lagi...10tahun lepas... Data internet 3Gb pun dah cukup banyak...kelajuan 1mbps pon dah kira ok dah tu. Tapi sekarang semua dah guna 4G ..lebih pantas dan laju. Mesti kalian nak internet yang Laju dan kuota data banyak . ..lebih-lebih untuk blogger.. 50GB internet sebulan pon tak cukup woo...








Nota:

Go dongle bundle hanya boleh dibeli bersama-sama dengan Super 48 dan Super 68.
Super 48 dan Super 88 tidak tersedia untuk Zoom bundle.

* Huddle XS Super 68 dan Huddle XS Super 88 diberikan percuma dengan syarat kontrak 12 bulan.

# Huddle XS Super 68 dan  Huddle XS Super 88 datang dengan yuran pengaktifan hanya RM 50.

- Syarat-syarat Memohon. Deposit pendatang sebanyak RM 100 dikenakan untuk bukan rakyat Malaysia.

- Daftar sementara stok masih ada.
- tertakluk terma dan syarat.
© all rights reserved
made with by templateszoo