Ad

Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Bercuti ke DESARU COAST ADVENTURE Water Playpark

Bercuti ke DESARU COAST ADVENTURE Water Playpark

Assalamualaikum ! Setelah dua tahun berturut-turun meluangkan masa di LOTUS DESARU , Tahun ni berbeza pula... Lisa luangkan masa bercuti ke Desaru Coast Adventure Water Playpark Malaysia , masih sama di Johor juga berdekatan dengan Lotus Desaru .  Masa Lisa datang ni water playpark dah dibuka sepenuhnya ,  berbanding masa bulan Oktober lepas yang masih belum boleh naik The Tempest ( Alaa.. yang macam corong tu ha  ) 

DESARU COAST ADVENTURE Water Playpark

Perjalanan dari tempat Lisa memakan masa 2 jam , campur dengan berhenti makan di Ayer Hitam . Disepanjang perjalanan , sekejap hujan sekejap tak .. hahaha. Main cak cak gitu ... Arrgh Lisa tidur je bukan yg drive  pon  kah kah kah . Sampai sana dalam pukul 11 gitu .. lepas tu pusing-pusing nak cari jalan masuk . Tersesat sampai depan HardRock  Desaru Johor . Oh ya .. ada  Hotel ternama disekeliling Desaru Coast Adventure Water Playpark ni , iaitu Westin Desaru Coast Resort, Anantara Desaru Coast Resort and Villas, Hard Rock Hotel Desaru Coast, and an exclusive 6-star luxury Aman Resort and Villas. Senang kalau korang jauh and nak menginap disini . 



Lisa datang untuk berseronok jadi memang tinggal Handphone dalam locker yang disediakan la . Ada tempat penyimpanan barang , ofcoz la SEWA . Locker kecil seharga rm 20 dan locker besar seharga RM40.00 . Mesin tu nanti korang tekan-tekan je ikut arahannya . Perlu diingat ya , kena bagi duit cukup.. sebab tiada pemulangan baki . Kalau korang masukkan rm50 , maka telan la RM50 tu tiada baki rm10 lagi . Kalau ada masalah ke apa , boleh minta staff tolong ye . Nah sedikit banyak yang Lisa akan share 5 Zone yang menarik dalam DESARU COAST ADVENTURE Water Playpark . 



ZONE 1 , PENAWAR FALLS 


Di penawar Falls korang boleh menikmati permainan Swinging Ship . 


SWINGING SHIP . 

Pertama kali korang masuk dalam Desaru Coast Adventure Water Playpark ni korang akan nampak kapal besar dibelah kanan ni ha . Swinging Ship ,  kapal buaian yang bergerak ke udara mungkin sampai 180 darjah . Puas hati tapi Lisa naik sekali je , sapa yang ada penyakit jantung better takyah naik . Hahaha. Lisa naik ni pon dah tutup mata dah ,. jantung rasa macam nak tercabut . Tapi fun gila weih .,  yang lain pula naik sampai 3 ,4 kali . Hamboi seronok nau kan . 




ZONE 2 , PENAWAR RIVER


Ada beberapa permainan yang korang boleh nikmati disini , diantaranya :  Super Twister , Giant Water Slide - Wild Whirl , Riptide , & The Tempest . 


Penawar River Huts

Disini disediakan sekali pelampung dah life jacket ( tak tau eja betul ke tidak )  , yang ini untuk budak budak sebab kalau masuk dalam pelampung tu agak besar untuk size budak . Korang bersantailah atas pelampung tu ikut arus air mengalir , sambil bawa budak ( pakai life jacket ) , tak perlu risau terjatuh or tenggelam . Paras kedalaman dalam satu meter kot , agak-agak je . Di tepi penawar river ni disediakan cabanas economy , Sejenis locker juga tapi dia macam kemah yang lebih private . Boleh simpan barang berharga juga tau sebab ada peti besi sekali . 


The Tempest 

Yang ni ibarat meluncur dari atas dan kemudian jatuh menjunam ke corong besar , tak silap 55 kaki kot diameter dia . Jatuh kebawah tu dekat 45 darjah weih . Memang rasa sport jantung gila time ni . Lisa tutup mata tapi seronok la juga , kejap pejam mata dan kejap buka mata tup tup dah sampai ke bawah hahaha. Best.. tapi Lisa naik 1 Kali je . kahkahkah.. takut siot. Sejak dah mula tua ni kan dah tak berani dengan permainan macam ni . Nak naik lagi boleh tapi kena dengna orang berbadan besar la , risau time tu Lisa melayang je . Nak naik permainan ni korang tak perlu bawa pelampung tu , sebab diorang dah sediakan diatas .



RIPTIDE .  

Tempat naik permainan ni lebih sama tempat The Tempest tadi .  Bezanya kalau dah meluncur dari terowongan tu , korang akan lalui 3 corong yang berbeza lepas tu baru keluar ke kolam air di bawah tu . Lisa naik sampaii 3 or 4 kali gitu kot . Best weih. Tapiii.. sakit badan ke esokan harinya sebab duduk depan and terhentam dengan air tu , boleh tahan sakit sebab badan ni bukan la besar mana pun hahaha. Time kena air tu memang tak rasa pape , rasa seronok je .. terbang ke kanan ke kiri kedepan .. ( Hampir terlepas pegangan tangan lisa dari pelampung ) ... memang BEST la ! 



SUPER TWISTER 

Super Twister, awal je terkawal... ikut flow  air yang berjalan dengan lengkung radius sebelum jatuh tak dijangka ke corong di mana mereka berayun ke belakang dan kemudian keluar dari terowong tertutup dan ke set seterusnya ikut lengkung & corong yang menarik lah . Untuk naik Super Twister , korang kena bawa pelampung sendiri dari bawah dan angkat sampai naik ke atas ye , Nak dua orang boleh .. nak singgle pon boleh . 

Giant Water Slide -Wild Wirl 

Lebih kurang macam The Tempest , besanya yang ni korang masuk dalam2 orang je ... tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Jerit la korang sepuasnya ye . Hahaha.. lau ada masalah jantung jangan berani-berani nak masuk permainan ni . Sama je macam Super Twister , korang kena bawa senndiri pelampung tu naik keatas . 



Zone 3  ,  SHIPRECK REFF . 


Agak cukup lama tungu mereka buka untuk permainan SHIPRECK REFF ni , sebab time Lisa dari awal masuk pon memang dah hujan . Sebab tu mereka tak nak ambil resiko kot kot jadi accident tergelincir tayar ke apa kang dah jadi naya dibuatnya , Tunggu dah tak hujan baru SHIPRECK REFF ni beroperasi . Lisa naik sampai 3 kali , hahaha seronok wooo. macam rooll coaster tapi terjunam dalam air . BEST BEST . Oh ya sebelum naik nanti korang akan diputarkan movie pendek , tentant gurita yang rosakkan kapal sampai terbelah jadi dua . Baru la naik ke train tu . SERONOK ! 





ZONE 4 ; TIDAL WAVE BEACH 


TDAL WAVE BEACH Salah satu kolam gelombang terbesar didunia , berkeluasan sekita 3 ekar dan mengandungi tiga sampai empat juta gelen air . Memang betul besar dan luas weih , setakat 3 tempat yang Lisa pernah pergi .. TIDAL WAVE ni lah yang paling besar . korang boleh bermain dengan air , disediakan dengan pasir juga sambil menunggu gelombang ombak . Nah boleh tahan dalam juga air dekat sini . Korang perlu memakai life jacket untuk keselamatan , dan juga kalau tak nak kena halau oleh safeguard pantai disana ye . Bukan hanya di pantai , tapi di tengah air situ pon ada juga yang jaga , untuk elak dari pengunjung masuk kawasan larangan . Dalam juga woo air kt situ .. Ombak pun boleh tahan kuat. Kalau duduk tepi tunggu pon boleh kena sapu ombak , terguling-guling dibuatnya . 





ZONE 5 , KIDS AHOY 

Zone ni disediakan khusus untuk budak-budak kecil. Ada banyak permainan yang boleh mereka nikmati . Main gelosor , main air terjun dan banyak lagi la .



Sebelah tu pon ada cafe , jadi kalau budak-budak atau korang lapar boleh terus makan . Menu yang dihidangkan seperti pasta , pizza , dan donut . Sedap , gebus , lembut weih Donut situ . 








Kalau korang baru first time nak datang and datang balik hari .., cari je tanda ni .. kat sini la dekat pintu utama nak masuk  Desaru Coast Adventure Waterpark . Nampak parking luas tu korang park , letak kereta and masuk ikut pintu sebelah kiri dari tanda atas ni . 





HARGA TIKET Desaru Coast Adventure Waterpark 


Sebelum masuk tu mesti lah kena beli tiket dulu kan , Nah untuk desaru coast adventure waterpark ticket , ada beberapa pilihan yang korang boleh pilih  .  Harga normal untuk orang dewasa ialah RM151 , Kalau guna MYKAD boleh dapatkan serendah RM121 , untuk yang ada IC Johor boleh nikmati tiket tahunan unlimited masuk percuma sepanjang tahun seharga RM 271 . ah menarik bukan  ? >> BOOK TIKET ONLINE DISINI <<

TIPS : Nak dapatkan tiket murah korang boleh beli secara online , ada 20% Diskaun weih ... lepas tu rerajin la pergi Mata Fair , situ lagi la murah .. silap silap boleh dapat RM88 gitu . 








Actually kitorang pergi sepuluh orang , and dua orang diantara kami  is singaporean . Haha terambik tiket dia dah . ala bukan diorang check pon sebenarnya , means bukan minta ic ke apa ke . Just time beli tiket je minta IC . tersalah tiket boleh je masuk hahaha.. patutla pelik kenapa RM128 . baru perasan.. hamboi kan dah excited nak main jadi tak perasan terpakai orang punya tiket. 










REVIEW LISA ; 

Puas hati jelajah dan rasai permainan di DESARU COAST ADVENTURE WATER Playpark . Lisa pergi weekdays haritu so boleh la jelajah merata semua permainan di sana sampai 3 - 4 kali naik permainan tu . Staff pun ramah dan sangat membantu , tandas bersih dan letak berdekatan dengan locker tempat menyimpan barang . 

Mungkin pihak Desaru boleh letak papan tanda untuk masuk dalam Desaru Coast Adventure Water Park tu , sebab first time kami datang tersesat pusing sampai ke HardRock Desaru Hotel , Padahal awal kami tiba tu memang dah nampak parking yang masih kosong dan lenggang . Car Park tu luas gilos weih , sebab tu kitorang ingatkan yang tu untuk Park Homestay situ . Kalau korang tidur di Hardrock tu tinggal turun je , tapi bagi yang datang tak menginap di Hotel situ memang agak susah nak cari jalan masuk .

Jangan Lupa datang dan nikmati sendiri permainan di DESARU COAST ADVENTURE WATER PLAYPARK . 

DETAIL : 

Location Desaru Coast
No. 4 Jalan Danau, Desaru Coast,
81930 Bandar Penawar, 
Johor Darul Ta’zim, Malaysia

CALL : +603-2203-9696
(Daily 9am - 6pm, Malaysia time)


FACEBOOK  : Desaru Coast Malaysia

RUMAH MAMPU MILIK DAN PEMILIKAN TANAH DI JOHOR

RUMAH MAMPU MILIK DAN PEMILIKAN TANAH DI JOHOR 

Setiap orang pastinya inginkan ada rumah sendiri , siapa yang taknak betul tak ?Dari lepasan graduate dah fikir macam mana nak beli rumah di usia muda .  Harga rumah semakin hari semakin mahal , begitu juga dengan tanah membuat berfikir  banyak kali untuk beli rumah dan tanah . Berita baik... di Johor , sekarang dah ada rumah mampu milik dan juga pemilikan tanah untuk rakyat Johor. Menarik bukan ? 




Fokus utama  Perumahan dan Pemilikan Tanah di Johor 

Fokus utama  Perumahan dan Pemilikan Tanah di Johor adalah meningkatkan penyediaan Perumahan dan Rumah Mampu Milik dan mengurniakan Hak Milik Tanah kepada Rakyat.

STATUS AKUJANJI

  • Menyediakan Rumah Mampu Milik Johor(RMMJ)
    Sebanyak 16,010 unit telah siap dan 100,000 unit menjelang 2023 , vs 6000 unit dijanjikan. 

  • Menyelesaikan Projek Rumah Terbengkalai
    35 Projek telah dapat diselesaikan berbanding 14 Projek yang dijanjikan

  • Pembinaan Projek Perumahan Rakyat(PPR)
    Sebanyak 6.717 unit rumah menjelang 2021 dan 1,170 unit telah disiapkan vs 5000 unit dijanjikan

  • Meneruskan Program Bantuan Rumah
    Sebanyak 4,029 unit rumah telah dibaik/pulih/bina baharu  berbanding 2000 unit yang dijanjikan.

  • Mengurniakan hak milik tanah kepada peneroka Felda di Johor
    Sebanyak 9,102peneroka telah menerima hak milik vs 8000 peneroka dijanjikan. 

Rumah mampu milik menguntungkan sebenarnya , dalam Dekad Baharu Johor masih banyak lagi benefit yang didapat . Tak sabar rasanya nak tengok pembangunan demi pembangunan tu selesai dan Johor semakin maju .

 #DekadBaharuJohor #TeamJohor

Pencapaian Negeri Johor Selama 5 Tahun - Misi Dekad Baharu Johor


Assalamulaikum ! Mungkin ada yang belum tahu , Lisa ini sebenarnya duduk JOHOR dan bukan duduk di tempat lain seperti yang orang sangkakan sebelum ini . Hee.. jujur Lisa rasa , perubahan sekarang lebih maju dari yang sebelum ini .  Lisa duduk sini tahu la perubahan tu ...lebih maju dari yang sebelum ini . Sedikit banyak Lisa akan ulaskan Pencapaian Johor Selama 5 Tahun - MISI Dekad Baharu Johor 

Pencapaian Johor Selama 5 Tahun Dekad Baharu Johor 

Selama 5 tahun ini ketara sungguh dengan pencapaian yang di capai Negeri Johor dari tahun 2013 hingga 2018 kita sendiri maklumkan banyak perubahan pembangunan untuk rakyat Negeri Johor khususnya. Ianya selari dengan WAWASAN 2020 yang akan tiba sedikit masa nanti.Johor hari ini adalah Johor yang lebih maju ekonominya,lebih sejahtera kehidupan rakyatnya dan lebih berwawasan kepimpinan serta rakyatnya. 


YAB Dato' Muhammad Khaled Nordin selaku Menteri Besar Johor mengatakan usaha Kerajaan Negeri menilai secara objektif dan jujur kemajuan semasa yang telah dicapai berlatarbelakangkan perencanaan untuk kesejahteraan rakyat hari ini dan masa hadapan.


MISI JOHOR SELARI WAWASAN 2020


Johor sebagai negeri berpendapatan tinggi serta sebuah destinasi pilihan untuk pelaburan dan kehidupan yang berkualiti di mana kemajuan dan tradisi bergerak seiring.Ia merupakan pertumbuhan ekonimi yang saksama dan mampan didorong oleh teknologi baharu,infrastruktur moden,tenaga kerja yang berkemahiran tinggi,persekitaran perniagaan serta ekosistem yang berdaya maju dan berdaya saing,serta perkhidmatan awam yang cekap dan responsif.

MISI MEMBANGUN DEKAD BAHARU JOHOR 

Johor hari ini adalah Johor yang lebih maju ekonominya, lebih sejahtera kehidupan rakyatnya dan lebih berwawasan kepimpinan serta rakyatnya.YAB Dato' Muhammad Khaled Nordin  berikrar untuk membawa Negeri Johor kepada satu pembangunan yang bersifat inklusif lagi bersepakat ,pentadbiran yang berasaskan limpahan yang saksama,serta pembangunan yang mengutamakan pencapaian.

Johor bukan sekadar menjadi ekonomi termaju diselatan malaysia , tetapi menjadi kuasa ekonomi baharu malaysia dan rantau asia tenggara . Johor berkemajuan tidak akan terjelma tanpa visi dan pelan ekonomi yang radikal justeru mngambil kira kedudukan strategik johor , pembangunan pesat ekonominya , kecekapan prasarana serta pasaran buruh yang dinamik dan berkemahiran , kuasa ekonomi selatan adalah sasarand an cita-cita yang realistik. 


KAD LAPORAN PENCAPAIAN JOHOR 2013-2018





PENCAPAIAN JOHOR 2013-2015

  • Bas Muafakat Johor telah memanfaatkan 4,503,150 penumpang
  • Kedai harga patut IMCORP meringkan kos sara hidup
  • Jalan kampung diperluaskan
  • Pembangunan Keusahawanan yang tersusun
  • 180,000 peluang pekerjaan kini tersedia
  • 77 buah SAKJ terbengkalai telah disiapkan
  • Indeks jenayah Johor telah menurun kepada 46%
  • Antara pencapaian yang telah di capai oleh Kerajaan Johor adalah
  • KDNK Johor telah melepasi RM100 Billion
  • Johor destinasi pelaburan terbesar dalam sektor pembuatan
  • 17,292 pemohon telah menerima tawaran RMMJ sejak 2013
  • Tanah rizab melayu telah meningkat kepada 30% daripada keluasan Johor

DEKAT BAHARU JOHOR , website yang membentangkan laporan &  misi baru johor . 
www.dekadbaharujohor.my


PENCAPAIAN NEGERI JOHOR


1.KRT JALAN SAWI,KLUANG
Johor mencatatkan penuruan kadar jenayah sebanyak 46% bagi tahun 2017 berbanding 2011.Kerjasama aktif masyarakat menjadi antara penyumbang utama termasuklah dengan menggerakkan Kawasan Rukun Tetangga(KRT) dan Skim Rondaan Sukarela(SRS),Kini sebanyak 792 unit  KRT dan 609 unit SRS telah ditubuhkan di Johor.

2.BAZAR KARAT JOHOR BAHRU
Bandaraya yang sentiasa bergemerlapan.Pada tahun 2016,Johor telah menerima kemasukkan sebanyak 9.98 juta pelancong yang memberi impak positif kepada ekonomi,sosial dan kesejahteraan rakyatnya.

3.LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA  SENAI
Johor memiliki akses pengangkutan darat,laut dan udara yang baik.Johor telah mencatatkan kedatangan  pelacong pada tahun 2016.Jaringan pengangkutan ini berupaya membantu menjadikan Johor antara Hab Logistik terpenting di Malaysia dan juga di rantau ini.

4.MERSING
Kerajaan Negeri sentiasa peka dengan keperluan rakyat Johor dalam melakukan aktiviti riadah.Di bawah Bajet Johor 2018,Rm45.7 juta diperuntukkan bagi menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi di seluruh negeri Johor.Sebanyak RM44.6 juta pula diperuntukkan untuk menaiktaraf taman-taman rekreasi dan riadah sedia ada.

5.MUAR
Budaya dan tradisi Johor yang tidak pernah lekang di telan zaman menjadikan ia identiti dan jati diri yang kuat kepada tanah selatan ini.Pada tahun 2017,seramai 3,104 orang menyertai program pembangunan seni budaya.Aktiviti kesenaian ini menyokonh hasrat menjadikan Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa.

6.JOHOR BAHRU
Resepi dan rasa asli makanan johor yang sekian lama menjadi sebahagian identiti kuat kepada tanah Selatan ini.

Setiap daerah di negeri ini mempunyai hidangan asli Johor yang merupakan salah satu daya penarik kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

7.TAMAN REKREASI TASIK Y, BATU PAHAT
Akses data dan internet secara percuma memudahkan lagi capaian komunikasi tanpa sempadan.Terdapat 135 hotspot Johor WiFi di seluruh Johor dengan 50 lagi hotspot akan diaktifkan di kawasan luar bandar

8.TANGKAK
Antara langkah intervensi kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat di Johor adalah melalui program air percuma bagi penggunaan 25 liter padu.Sebanyak 15,303 akaun dibawah senarai e-Kasih dan Orang Asli telah menerima manfaat daripada program ini (penerima 2013 – 2017).

9.SEKOLAH AGAMA TAMAN PELANGI ,SEGAMAT
Dalam mencapai misi utama Johor Berkemajuan, pembangunan modal insan yang lebih dinamik dan terurus menjadi fokus utama kerajaan Negeri.Terdapat sebanyak 578 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di Negeri ini. Jumlah ini termasuklah sebanyak 77 buah sekolah agama terbengkalai yang telah disiapkan. Sebanyak 30 buah lagi akan dibina.

10.KAMPUNG PARIT STAN,PONTIAN
Sejak tahun 2013, sepanjang 334.36km jalan kampung baharu berjaya dibina manakala 1,212km jalan kampung telah siap dilebarkan.Pemasangan sebanyak 29,386 unit lampu baharu di jalan-jalan kampung kini dinikmati manfaatnya oleh penduduk kampung di seluruh Johor.

11.GERAI MAKAN MAJLIS DAERAH SEGAMAT
Ruang niaga dan makan yang lebih bersih, teratur dan cekap menjadikan industri makanan dan minuman di Johor lebih berdaya saing.Di bawah Bajet Johor 2018, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM29.3 juta bagi tujuan pembinaan dan penaiktarafan ruang-ruang perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meliputi gerai, kiosk dan tapak trak makanan.

12.PONTIAN
Nelayan-nelayan di kawasan perairan Selatan Johor menjadikan hasil tangkapan laut sebagai punca pendapatan keluarga.Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah memberikan bantuan RM2,000 secara one-off kepada 5,115 nelayan di Selatan Johor yang terjejas daripada penambakan laut.

13.KAMPUS INDUK KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR KOTA TINGGI
Pelajar kemahiran di Kampus Induk KYPJ tekun mengikuti kelas kemahiran.Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, seramai 1,628 orang pelajar dalam bidang kemahiran telah menerima manfaat melalui Tabung Latihan Kemahiran Johor.

14.INKUBATOR USAHAWAN JOHOR,PASIR GUDANG
Kecekalan, niat yang ikhlas dan tawakal menjadi kunci utama kejayaan bagi seorang usahawan.Melalui inisiatif di bawah Perbadanan Islam Johor (PIJ), 4 buah pusat inkubator usahawan telah / sedang dibina di Pasir Gudang, Bandar Baru Uda, Stulang Baru dan Pengerang.

15.LADANG NANAS ,PONTIAN
Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.
Pelbagai inisiatif sedang rancak dilaksanakan bagi mencapai matlamat Johor sebagai pengeluar makanan utama di Malaysia.Melalui Bajet Johor 2018, sejumlah RM17.4 juta diperuntukkan bagi sektor pertanian, perikanan dan veterinar.

16.JALAN TASEK,JOHOR BAHRU
Warga Johor memanfaatkan perkhidmatan bas percuma Bas Muafakat Johor (BMJ) sebagai pengangkutan awam pilihan.Perkhidmatan BMJ telah diperkenalkan pada 1 April 2016. Sehingga kini, terdapat 54 laluan yang telah diwujudkan meliputi kesemua daerah di Johor.Seramai 4,503,150 penumpang telah menggunakan perkhidmatan bas ini.

17.LEBUHRAYA EDL,JOHOR BAHRU
Berpuluh ribu warga Johor yang bekerja di Singapura menggunakan Tambak Johor setiap hari.Bermula 1 Januari 2018 Kerajaan telah memansuhkan kutipan tol Lebuhraya EDL yang dikenakan di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru. Pemansuhan ini telah membantu mengurangkan kos pengangkutan antara RM3.40 hingga RM10.20 sehala.


MANFAAT ORANG JOHOR DISETIAP PERINGKAT

UMUR 




 MANFAAT PERINGKAT UMUR 0-6 TAHUN ( BAYI ) , 7-17 TAHUN  (PELAJAR SEKOLAH)






MANFAAT DIRASAI  18-30TAHUN (BELIA) 



 MANFAAT DIRASAI 30-59 TAHUN ( DEWASA  ) 
 MANFAAT DIRASAI WARGA EMAS - 60TAHUN KEATAS



 PENDAPAT LISA 


Lisa lebih suka yang sekarang , sebab Kluang yang sekarang semakin banyak banguan , Flat perumahan pun dah cantik , taman permainan kanak-kanak pun dibangun dari masa ke masa . Dengarnya akan datang akan ada keretapi laju yang menghubungkan terus sampai ke Singapore dan beberapa negeri di Malaysia . Best kan kalau gitu ...Apepun pesanan Lisa , sebagai rakyat Johor hendaklah . Betulkan Niat,Bangunkan Negeri,Belalah Negara,Berilah Nilai dan Bawalah Nama Negeri Johor. Info selebihnya tentang Pencapaian juga Dekad Baharu Johor boleh layari di website :  http://www.dekadbaharujohor.my/


#TeamJohor #DekadBaharuJohor 

DAPUR JW - Kedai Makan Sedap di Kluang



Sembang berkaitan dengan makanan ni , hampir semua kedai makan kluang ,,Lisa dah singgah . Badan kecik tapi kuat makan. Yeaa that's me... , walaupun tak smua makanan Lisa boleh dimakan .  Baru tak baru , lama tak lama.. ada kedai makan yang berkonsepkan Japan dan Western , DAPUR JW [ JAPAN WESTERN ] . . Haa.. first time rasanya kat Kluang yang kedai  macam ni. Menariknya pemilik kedai ini Melayu dan muda lagi   . Memula Lisa ingat restoran ni jual sushi , jadi cakap dengan hati..nanti-nanti la singgah . maklumlah.. Lisa bukan jenis suka Sushi , tapi lepas kawan bagitau yang kat restoran ni ada Nasi Ujang dan Ayam penyet yang power rasanya .. buat Lisa terus nak datang tempat ni . Makanan favorite tau !! Dapur JW boleh masuk dalam senarai kedai makan best di Kluang . Selain rasa yang sedap.. harga pun murah je beb.. 



Budak lapar tunggu makanan. 

Dapur JW kafe ni terdapat banyak menu makanan, kalau lisa tulis semua nanti jadi tak surprise la untuk kalian . Lagipun bukan boleh ingat semua nama makanan tu , lidah terbelit-belit sebutnya sebab tak pandai BI dan Japan hahaa.Walaupun nama Japan dan Western , usah risau ..ada makanan melayu juga disitu .  Diantara menu makanan yang Lisa order : Bento Nasi Ujang , Nasi Ayam Penyet , Tuna Terriyaki , Spaghetti Sosej ( untuk handsome boy baju merah tu ) , Spaghetti Seafood sos bawang + black pepper . Untuk minuman pula, Lisa lebih suka order minuman fresh fruit .. tapi usah risau .. banyak menu yang boleh kalian pilih .



Spaghetti sosej , yang ni sesuai tuk budak .. sebab rasanya tak pedas . Ada banyak pilihan... sama ada sosej , meat ball , atau seafood. Rasa sesuai dengan tekak.. tengok budak ni .,, seronok pula dia makan .











Spaghetti Breads Fish
Sos : Garlic spicy 


Rasa spaghetti ni pedas, sebab Lisa suka makan makanan pedas, bukan selalu la.. sebab perut tak boleh makan pedas sebenarnya . Spaghetti ni di tambah dengan Ikan , dan ditaburi dengan roti . Yang atas putih-putih tu roti la.. Kalau nak pedas lagi.. time order tu kalian kena bagitau nak extra pedas . Hehee..Rasa memang sedap ! kalau boleh nak tambah.. tapi kang boncit lak .hahaa 

 Honey Lemon Ice 


Fresh Orange Jus




Nasi Ujang 



Nasi Ujang || Nasi + ayam masak ujang . Rasanya kat Kluang je ada menu ni.  Sebab Lisa pernah post kat Facebook haritu , diorang tak tau ada menu makanan nasi ujang . Nasi ujang bukan nasi Bujang tau .. lain , dan ianya tak sama. Ayam ni masak dengan cili dan bawang besar , takde kuah dan  rasa memang pedas sebab banyak cili . Kalian kalau datang Kluang kena try !!  

UPDATE : Menu ini kadang ada dan kadang takde. tengok hari.. tengok mood tukang masak la kot. Sebab haritu ada bagi sugestion juga.. owner cakap kalau ari-ari nasi ujang nanti orang bosan pulak. ZZZ,,, 




Fresh Orange Jus dan Fresh  Apple Jus 






Style yang bagian depan ala-ala Jepun gitu . sedangkan style kedai bagian dalam ala-ala Europe. 


















Sekali datang sini, mesti nak datang lagi dan lagi . Macam Lisa la.. boleh katakan seminggu datang 3 kali ke kafe ni sampai staff sana dah hafal menu makanan apa yang Lisa akan order.


Dapur JW  (Japan Western ) 


Alamat : No 6 Jalan Persiaran Dato Haji Ismail Hasaan , 86000 Kluang Johor..

UPDATE : Owner dah berpindah dan bertukar nama kedai kepada " HARDPORT CAFE" .

Lisa belum try makan disana.. tapi menu lebih kurang la , western and makanan tempatan . Korang boleh tengok di facebook ni : https://www.facebook.com/HARDPORTCAFE/
Alamat : 
No 31 Ground Floor, Jalan Gunung Lambak, Taman Gunung Lambak
Kluang

Untuk Tempahan & Booking Untuk Majlis Boleh Hubungi :
01126716818 Daniel
0182336269 Sis Faa

PAUTAN : GROBOK RABAK KEDAI MAKAN SEDAP DI KLUANG 
© all rights reserved
made with by templateszoo