Ad

ABX Express Dijenamakan Semula Menjadi KEX Express Di Malaysia


Assalamualaikum , hampir semua orang pernah membeli belah secara online kan ? pasti nama ABX Express dah tak asing lagi di telinga . ABX Express, penyelia perkhidmatan kurier yang telah beroperasi di Malaysia selama 38 tahun semenjak 1984. Baru ni Lisa berkesempatan untuk hadir di majlis pelancaran penjenamaan semula syarikat penghantaran yang selama ini dikenali dengan ABX Express menjadi KEX Express di Malaysia pada 26 Oktober 2022 di Shangri-La , Kuala Lumpur. Penjenamaan semula ini menyaksikan syarikat tersebut kini dikenali sebagai KEX Express di Malaysia, yang pada masa sama menyediakan pilihan destinasi antarabangsa, selain laluan domestiknya yang sedia ada.

ABX Express Dijenamakan Semula Menjadi KEX Express Di Malaysia


Diperbadankan pada tahun 1984 di Malaysia Timur , ABX Express adalah jenama tempatan yang mengkhususkan kepada penghantaran capaian akhir ( last mile) dalam pasaran ekspress domestik. Pada tahun 2015, syarikat ini menjadi sebahagian daripada Kerry Logistics Network, sebuah syarikat logistik antarabangsa yang terbesar di Asia, yang tersenaraikan dalam Bursa Saham Hong Kong. Pengalaman Lisa selama ni berurusan dengan ABX Express tak pernah mengecewakan, barang selamat sampai tujuan dan juga penghantaran yang cepat. Bahkan penghantaran mereka boleh sampai ke pedalaman Sabah dan Sarawak. 


"Penjenamaan semula ini adalah satu peristiwa penting bagi kami.Penjenamaan semula ABX Express kepada KEX Express pada hari ini adalah kemuncak kepada peranan yang kami mainkan di bawah Kerry Logistics Network ( KLN) . Ia juga merupakan pelaburan dan kerjasama strategik antara SF Group dan Kerry Logistics Network (KLN) pada tahun lepas. Gabungan ini membolehkan KEX Express memiliki akses pantas kepada rangkaian global KLN yang meluas dan set tawaran ekspress antarabangsa yang lengkap khususnya ke China dan negara-negara di Asia," kata Richrad Lui, Pengurus Besar Kanan, KEX Express Malaysia. 


KEX Express kini menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspress antarabangsa ke lebih  225 negara dari Malaysia . Pemilik akaun kredit sedia ada dan juga pelanggan yang datang kemana-mana cawangan kedai KEX Express di seluruh negara boleh menggunakan perkhidmatan ini . 



“Menggabungkan pengalaman, kami telah mengumpul daripada berkhidmat kepada rakyat Malaysia sejak 1984, dengan rangkaian luas Kumpulan KLN, kami di KEX Express menyasarkan untuk menjadi rakan kongsi logistik yang dipercayai kepada semua rakyat Malaysia, menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspres yang lancar dan tanpa kerumitan untuk semua perniagaan. , serta untuk keperluan penghantaran peribadi ke destinasi tempatan dan antarabangsa,” tambah Lui.


KEX Express mempunyai lebih 700 pusat perkhidmatan di seluruh negara, dengan lebih 3,000 pekerja melayani keperluan penghantaran ekspres rakyat Malaysia. Pada masa ini, KEX Express mempunyai salah satu rangkaian liputan terluas di Malaysia Timur dalam industri penghantaran ekspres.




 

"Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa mendengar luahan pelanggannya, KEX Express mengamalkan budaya keterbukaan untuk berkembang dan berinovasi. Ini bermakna kami perlu sentiasa mengambil tahu keperluan pelanggan kami bagi memastikan kecemerlangan dan kecekapan operasi yang konsisten dalam semua yang kami lakukan apabila memberi perkhidmatan kepada pelanggan,'' kata Lui.


Perkhidmatan yang konsisten di KEX Express sangat bekait rapat dengan pelaburan aset dalam syarikat. Menurut Lui, syarikat telah banyak membuat pelaburan dalam hab automasi, infrastruktur IT dan pengembangan pasukan sejak lima tahun lalu . 










KEX EXPRESS BERIKAN PERKHIDMATAN LEBIH BAIK DARI SEBELUM INI.  

Menurut Lui, KEX Express akan memberi tumpuan kepada 3 perkara berikut , sebagai bahagian daripada komitmen mereka dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia bagi penghantaran ekspres domestik :- 




1. Pembayaran digital untuk Cash on Delivery (COD) dan Freight on Delivery (FOD) 
  • KEX Express merupakan perintis untuk menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai bagi penghantaran ekspres tempatan .
  • COD digital membolehkan penerima mana-mana bungkusan membuat pembayaran produk menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja menerima bungkusan pos. 
  • Untuk FOD digital pula, ia membolehkan penerima mana-mana bungkusan untuk membuat pembayaran untuk kos penghantaran menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja bungkusan pos tiba. 
  • Tiada kuantiti minimum untuk jumlah bungkusan pos bagi pelanggan yang memilih pilihan pembayaran ini. Semua pelanggan yang datang ke mana-mana kedai KEX Express dialu-alukan untuk menggunakan tawaran ini. 
2. Pusat Penjual (Seller Centre)
  • Pusat Penjual merupakan platform penghantaran semua dalam satu yang khusus untuk penjual.
  • Ia mengintegrasikan portal beli-belah dalam talian KEX Express (Smartship Web) dan sokongan khidmat pelanggan kepada pemilik akaun KEX Express melibatkan keperluan penghantaran (cth. tempahan,pengambilan bungkusan, cetakan label jejak penghantaran dan pertanyaan, kos dll.)
  • Ini membolehkan pengalaman dalam talian ke luar talian (O2O) yang lebih lancar untuk klien KEX Express.
 3. Mengoptimumkan Laluan Perjalanan (Route Optimisation)
  • KEX Express ini dalam proses mengoptimumkan sistem penghalaan untuk laluan penghantarannya( Delivery routing system) menggunakan algoritma dan data besar. 
  • Laluan penghantaran terbaik boleh dikira melalui jarak perjalanan dan keadaan trafik menggunakan teknologi awan. 
  • Ini memperkemaskan lagi proses perancangan perjalanan, pada masa sama menyediakan penghantaran yang efisien dan tepat pada waktunya kepada pelanggan KEX Express.

LOGO BARU KEX EXPRESS 

Penjenamaan semula ini menyaksikan ABX Express berubah menjadi KEX Express, dengan penggunaan logo di bawah dalam segenap aspek – termasuk papan tanda di semua kedai KEX Express di seluruh Malaysia dan juga lebih 2,500 trak penghantaran yang beroperasi secara harian di seluruh negara :- 



DISKAUN PROMOSI KEX EXPRESS SEMPENA PENJENAMAAN SEMULA

Sempena pengumuman penjenamaan semula ini, KEX Express tawarkan diskaun promosi untuk pelbagai destinasi popular tempatan dan antarabangsa. Promosi penjenamaan semula KEX Express penghantaran domestik (promo bermula pada 1 November 2022) . Hantar bungkusan pos dari Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur ( Sabah , Sarawak) , bermula dari *RM4.99 sahaja !!  Penghantaran antarabangsa (promo bermula hari ini) korang boleh nikmati kadar menarik ke China, Singapura, Taiwan, Macau, Hong Kong dan banyak lagi destinasi antarabangsa . Lawati mana-mana KEX Express drop-off point berhampiran . 
*Available to first-time customers.
*Terms and conditions apply. 




Lawati parcel shop kedai KEX Express terdekat atau dapatkan info lagi di my.kex-express.com and Jom korang hantar dokumen dan bungkusan melalui KEX Express hari ini !! 



Find out more and jangan lupa follow KEX Express:
Facebook: @kexexpressmy
Instagram : @kexexpressmy
Tiktok : @kexexpressmy












© all rights reserved
made with by templateszoo