Ad

Showing posts with label MAGIC SIM. Show all posts
Showing posts with label MAGIC SIM. Show all posts

Cara Tukar Ke Plan XPAX TURBO


Free Internet , Free Youtube , Free Facebook .. woww banyaknya free !! Entri lepas ,.. Lisa ada bagitau pasal prepaid celcom yang baru iaitu XPAX TURBO . Kelebihannya , korang akan dapat internet lebih banyak . contohnya rm30 dulu hanya 1.5GB tapi sekarang celcom bagi 4GB . Baca entri ini " Celcom XPAX TURBO pelan prepaid terbaru "  , , lepas daftar je sim tu .. korang boleh dapat free Burung Hantu sebanyak 10GB  yang dibagi sehari 333MB . Untuk yang dah sedia ada pengguna celcom prepaid  celcom , boleh je tukar ke pelan ni . Atau bahkan pengguna telco lain pun boleh bertukar ke pelan XPAX TURBO ini dengan kekal number yang ada. 



CARA TUKAR KE PELAN XPAX TURBO 

Untuk bertukar dari sim celcom prepaid ke xpax turbo , caranya mudah saja ;
Taip atau hantar sms :
 " MIG XPAX "   dan hantar ke 28882 
Penukaran pelan XPAX TURBO ini akan dikenakan caj sebanyak RM 2.00 ,  tolak pada kredit balance.

Manakala untuk yang bukan pengguna celcom , seperti pengguna Maxis , Digi ,UMobile , XOX .. korang kena walk in ke cawangan celcom terdekat . Proses dalam masa 24jam paling cepat dan 7 hari paling lambat. Depends telco korang senang lepaskan ke tidak customer diorang. Yala..mana ada telco yang nak customer dia lepas macam tu je kan .


NOTA PENTING !! : 

* Simcard prepaid celcom yang dah bertukar pelan ke XPAX TURBO , tak boleh tukar semula ke pelan asal . 

* Pelan celcom POSTPAID / Pascabayar tidak boleh ditukar ke prepaid celcom XPAX TURBO. 


Menu card Pelan XPAX TURBO


Kelemahan XPAX TURBO :

* Internet Burung Hantu hanya boleh digunakan 333MB untuk satu hari.
* Balance dari 333 MB yang tak habis guna , tak boleh dibawa ke hari seterusnya .

* Tiada panggilan percuma sesama celcom seperti pakej magic sim  sebelum ini. RUJUK ENTRI : Magic Sim Baru

Kelebihan XPAX TURBO : 

*Lebih banyak data internet 
* Free Youtube 
* Free Facebook 
* Free Unlimited YONDER MUSIC 


* Free Internet burung hantu tanpa perlu melanggan internet . 

So... terpulang kalian la sama ada nak bertukar ke tidak . Kalau ragu-ragu ..beli je simpack baru , korang  try guna kalau ok .. korang tukar number sedia ada.Kalau tak ok ..jangan tukar . Hehehe.. 





UNLIMITED INTERNET BURUNG HANTU Kembali Lagi !

Semua dah tahu.. magic sim yang lama.. terkenal dengan burung hantu unlimited data internet dari 1-7 pagi . Boleh download atau online internet sepuasnya tanpa had kuota . Tapi hujung bulan May lepas.. celcom dah menukar package magic sim yang baru .. ianya ditukar kepada unlimited call ke rangkaian celcom . Mesti ramai yang tak puas ati  dan kecewa ... sambil nangis peluk bantal .. (hehehe) sebab rasanya lebih berbaloi yang internet burung hantu tanpa had daripada unlimited call ke rangkaian celcom . Sekarang orang dah guna internet.. call pon dah guna whatsapp , wechat, skype .. semua guna internet je . betul tak ??

Nah.. Lisa nak bagitau.. sekarang magic sim yang baru tu ada burung hantu dah kembali dengan unlimited data internet . Wahhh betul ke ? Ya.. betul... info ni Lisa dapat tahu hari ini. Promo ini sah bermula dari promo ramadan sampailah ke Raya nanti , 7 Julai 2016. Ketahui apa itu burung hantu dan kelebihannya .. baca di link ini ; unlimited internet dengan burung hantu 

 Pautan : cara nak  tukar ke magic sim 

Rujuk gambar dibawah :





Cara aktifkan burung hantu Unlimited Internet untuk pelan Magic Sim baru

Yang bestnya disini.. kalian tak perlu langgan data internet pun .. boleh langgan burung hantu unlimited internet . Sebelum ini rm5 untuk data internet burung hantu 10gb .. benefit disitu,, hanya dengan rm5.00 sahaja kalian boleh download internet sepuas-puasnya . Tak perlu langgan data plan pun boleh ambek package burung hantu unlimited ini..

Cara untuk aktifkan unlimited burung hantu :



 tekan   *118# dan pilih option no. 3  , ( Add Ons Packs )


Pilih no. 1 ( Internet Burung Hantu Packs ) 

Pilih no . 1 (unlimited burung hantu @ RM5


Pastu confirmkan dengan press no. 1 


Kalau berjaya kalian akan dapat message seperti bawah ini. 



Ni Lisa nak bagitau sedikit untuk kalian .. sebenarnya package burung hantu unlimited data ,...masih kekal ada lagi untuk pengguna magic sim yang lama. Syaratnya ,.. kalian belum tukar ke plan magic yang baru . Untuk aktifkan burung hantu unlimited internet , kalian kena buat secara manual *118# ... dan kemudian pilih data plan option 'INTERNET RELOAD " internet reload tau... bukan Magic reload .

AIK.. tak kan baca je.. share la entri ni  bagi kawan-kawan baca...
Terimakasih..

OH LUPA... kalau kalian nak dapat simcard magic sim free... boleh buka link ni ... 

PROMO RAMADAN , FREE SIMCARD MAGIC SIM 


Magic Sim Pack Baru


MAGIC SIM CELCOM BARU , BEST KE ? 
Sebelum ini magic sim celcom prepaid yang spesial dengan burung hantu . Unlimited data internet dari jam  1-7 pagi setiap hari .  Baca selebihnya di entri : Magic Sim celcom Prepaid  .  Kali ini celcom keluarkan plan yang baru .  Magic sim yang bru ini pula apa kelebihannya ? 


Kelebihan Simcard magic sim yang baru , 
Harga untuk pek permulaan rm10.00 , dalam tu kalian akan dapat , 
*  Free basic Internet 500 MB 
*Free Hi-Speed Internet 200MB
* Kredit rm 6.00 
*Call rates 24 sen/ min
* Unlimited call atau panggilan tiada had untuk sesama network . 
* Carry forward Unused data internet , Data yang tak habis boleh dibawa kebulan hadapan 


DETAILMAGIC SIM BARU


Magic Sim baru Free Unlimited Call 

Magic sim sebelum ni ada had untuk unlimited call On-Net , sama ada 25 minit , atau 75 minit sahaja , bergantung dengan topup reload yang kalian masukkan . Sedangkan untuk prepaid magic sim yang baru pula , kalian akan dapat unlimited call , panggilan tiada had berapa lama pun ikut validity reload kalian .  Kalau reload tu active lagi , boleh la untuk call lagi .Kalau telah tamat tempoh , kena topup dulu la jawapnya . Hehehehe 

Carry Forward Unused Data
Kadang kala membazir juga kan , sayangnya data masih ada lagi tapi burn macam tu saja. Tenang , magic sim kali ini ..data internet yang tak digunakan boleh dibawa kebulan hadapan. Best nya !! 

Extend Validity Reload .

Masih ingat dengan perpanjangan tempoh kredit yang boleh dibuat untuk 1 atau 2 tahun tanpa tamat tempoh ? Untuk magic sim lama , system itu dah dilupuskan ,. Dan untuk pelan magic sim yang baru ini , system tempoh active reload hingga 1 atau 2 tahun kini dimasukkan kembali . Jadi untuk kalian yang malas topup reload ni, memang sangat bagus. .  Boleh panjangkan tempoh Free basic internet yang ada.
Kelebihan magic sim baru 

Magic Sim Pack baru ni dah tiada lagi burung hantu ?

Jawapannya : burung hantu ada lagi , tapi bezanya kalian kena beli sebelum menggunakan burung hantu . RM 5 untuk 10GB internet data , dan rm 2.00  untuk burung hantu 2GB . 
Sebenarnya , burung hantu ni memang dah nak dilupuskan dari bulan 2 haritu , setelah keluar package postpaid First Gold rm80 . Sebab base on report yang company survey.. tak banyak customer  yang guna burung hantu..sebab itu kalau kalian nak guna burung hantu  kena add On dulu .

Cara untuk aktifkan burung hantu magic sim baru : 

Hantar sms ; 

MAXHANTU5  ke number 28882   , 
untuk kuota 2GB 

MAXHANTU10 ke number 28882 
untuk kuota 10GB . 



cara activekan internet burung hantu 

Pakej internet Magic Sim ;

Pelan internet terendah magic sim sebelum ni rm5 untuk 500mb sahaja, pelan yang baru kalian dapat nikmati 1GB data dengan harga hanya rm8.00 sahaja .  Untuk weekly sama saja , pakej Rm18 untuk data mingguan. Yang menariknya, sekarang celcom bagi extra Gb Lebih banyak dari sebelumnya   . Bermula dari S,M ,L ,XL, dan 2XL .

Cara activekan data Internet Magic Sim Baru 

Daily / Harian
Taip SMS :  "NET8 " hantar ke 28882

Weekly / Mingguan
Taip SMS : " NET18 " hantar ke 28882

Monthly /Bulanan
Taip SMS :  "NET38 / NET48 / NET68 " hantar ke 28882

NOTA : 
-RM8  (S) untuk data internet sehari :  kuota 1GB 

-RM18  (M) untuk data internet seminggu : kuota 1GB 


-RM38 ( L )untuk data internet Sebulan : Kuota 4GB ( 2GB anytime + 2GB weekend ) 

-RM48 (XL) untuk data internet sebulan : Kuota 5GB ( 3anytime + 2 GB weekend )  . Percuma 30 minit freecall   OFFNET (maxis, digi, umobile etc) 

-RM68 (2XL ) untuk data internet sebulan : Kuota 7 GB ( 5GB anytime + 2GB weekend ). Percuma 60 minit free call to OFFNETT .  











NOTA PENTING :

Untuk pengguna Magic sim yang dah sedia ada , akan kekal mendapatkan benefit seperti plan sebelum ini . Burung hantu kekal... sebab tu jangan tukar ke plan magic sim yang baru y a. =) 

magic sim baru


© all rights reserved
made with by templateszoo