Nama Puteri Sulung TMJ


Mesti ramai yang nak tengok gambar puteri sulung Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan YM Che Puan Khaleeda Bustamam , sama lah seperti halnya dengan aku . Nama anak TMJ ialah YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail  ,  semalam 27 Jun 2016 , YM Che Puan Khaleeda dan puteri sulungnya selamat pulang ke Istana Bukit pelangi  daripada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. 


 YM Che Puan Khaleeda dan puteri sulung baginda berdua yang diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail berada di dalam keadaan sihat. Puteri TMJ sekaligus menambah ahli keluarga diraja Johor , cucu pertama  Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.




cucu pertama sultan johor






5 ulasan

baru bersalin ke ni? wife tmj macam tak sakit jer tu...

Mesti comel anak tmj nie.. ehehe

Serious baru lepas bersalin ke tu? Kalau daku mau dah kene kejar dgn mertua pakai parang, kahkah~~


EmoticonEmoticon