Ad

Showing posts with label Kelahiran. Show all posts
Showing posts with label Kelahiran. Show all posts

GAMBAR DAN NAMA ANAK SITI NURHALIZA

NAMA ANAK SITI NURHALIZA 

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba . " GAMBAR DAN NAMA ANAK SITI NURHALIZA - Dato' K " masih hangat bermain difikiran ( walaupun gambar tak rasmi sebelum ini dah tersebar ) .  Sebentar tadi Siti Nurhaliza atau CTDK dah upload secara 'rasmi ' gambar puteri sulung hasil perkahwinannya  bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang lahir pada Isnin lepas. Comel sungguh , si comel pipi merah ni . Buat masa kini, nama yang diketahui bermula dengan Siti A dan nama panggilan sementara pula Fatimah Az Zahra sempena nama anak Rasulullah s.a.w. 

Artikel berkaitan : Tahniah Siti Nurhaliza Bersalin Bayi Perempuan 


GAMBAR DAN NAMA ANAK SITI NURHALIZA 


Nama anak Siti Nurhaliza - Dato' K akan diumumkan secara LIVE pada pukul 9 nanti di akaun Youtube : SITI NURHALIZA   . Tak sabarnyaa ! SITI AAFIYAH BINTI KHALID , nama anak Siti Nurhaliza Dato' Seri Khalid


Gambar dan nama atau video anak siti nurhaliza , si comel pipi merah anak CTDK boleh tengok di akaun instagram : @CTDK 

Tahniah Siti Nurhaliza Bersalin Bayi Perempuan


Alhamdulillah ! Yang dinanti-nanti telah lahir dengan selamat . Rasa Happy pula dapat perkhabaran yang Tok Ti bersalin . Tahniah untuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi. Tak sabar nak tengok dan tahu nama #babyctdk . 

Tahniah Siti Nurhaliza Bersalin Bayi Perempuan 


Aku happy hari ni ! Even bukan aku yang melahirkan, tapi aku happy sebagai peminat Tokti. Tahniah Tokti dan suami atas kelahiran zuriat yang lama dinanti ! penantian 11 tahun berakhir jua 


Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. 
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak
Pengurus

Tak sabar nak tengok wajah dan nama anak Dato' Seri Siti Nurhaliza dan Dato' Seri  Khalid...
Korang pun teruja juga bukan... <3 

Tahniah TMJ Atas Kelahiran Puteri Sulung

Merafak syukur kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi tahniah kepada DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua iaitu seorang puteri pada 25hb Jun 2016 di Wad DiRaja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. YM Che Puan Khaleeda Bustamam dan puterinya kini berada dalam keadaan sihat walafiat. Allah Peliharakan Sultan.




Syukur Alhamdulillah .. Tahniah DYAM TMJ dan Yang Mulia Che Puan Khaleeda untuk kelahiran puteri sulung . Semoga baby dan ibu sehat selalu.. 

Baca sini : Nama Puteri Sulung TMJ

Gambar Bayi Perempuan Fasha Sandha

Gambar Bayi Perempuan Fasha Sandha| Fasha Sandha selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.8 kilogram jam  9.10 pagi semalam. Dan bayi perempuan itu diberi nama Putri Raysha Jemaima. Ia anak kedua hasil perkongsian hidup Fasha dan Rizal.
Comel-comel je baby sekarang .. 

Rozita Che Wan Selamat Melahirkan Pada 1 Nov 2014

Rozita Che Wan Selamat Melahirkan Pada 1 Nov 2014 | Tahniah diucapkan kepada Artis cantik Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che' Ta  atas kelahiran seorang putri hasil pernikahan Che Ta dengan Zain Saidin .

Laporan dari HLIVE!,petang ini Zain Saidin memaklumkan bahwa isterinya Rozita Che Wan telah selamat melahirkan bayi perempuan dalam keadaan kedua-duanya sehat. Che Ta melahirkan anak perempuan pada pukul 2.18petang , Sabtu 1 Nov 2014 . Bersalin di Pusat Perubatan Ampang Puteri.
Tahniah kepada Zain Saidin dan Rozita Che Wan untuk kelahiran puteri tercinta. 

© all rights reserved
made with by templateszoo