Ad

Showing posts with label produk kecantikan. Show all posts
Showing posts with label produk kecantikan. Show all posts

CRYSTAL SKIN Rish Beauty Untuk Penjagaan Kulit

CRYSTAL SKIN Rish Beauty Untuk Penjagaan Kulit 


Assalamualaikum ! yuhu lama tak menulis tentang penjagaan kulit. Siapa yang tidak sukakan kulit yang cantik, berseri, bersinar dan tanpa jerawat? Boleh dikatakan ia adalah impian setiap wanita untuk mempunyai kulit yang halus dan mulus tanpa cela . Kali ni Lisa akan kongsikan review lisa tentang CRYSTAL SKIN Rish Beauty Untuk Penjagaan Kulit. 

CRYSTAL SKIN Rish Beauty 

Gaya hidup dan nutrisi yang seimbang turut berperan dalam menjaga kesehatan kulit. Namun,terkadang asupan yang berasal dari makanan saja tidak cukup untuk mencukupi keperluan kita

CRYSTAL SKIN  adalah makanan suplemen yang sarat dengan khasiat-khasiat semula jadi yang diperolehi daripada Tomato Kristal, Habbatus Sauda, Vitamin C, Collagen, Ekstrak Biji Anggur dan Jus Blackcurrant untuk menjadikan kulit anda kelihatan lebih menawan. Ia terbukti dapat mencantikkan dan merawat kulit dari luar dan dalam . Bukan semua orang mampu nak mengawal pemakanan untuk dapatkan nutrisi yang berkecukupan , CRYSTAL SKIN ni memudahkan la.. senang je nak konsume , tinggal bancuh dengan air dah settle.. 

Kandungan  Crystal Skin by Rish Beauty HQ

Tomato Kristal – Anti oksidan terkuat, mengurangkan jeragat dan melindungi dari kerosakan sinar matahari
Habbatus Sauda – Anti radang, kurangkan jerawat dan membunuh kuman
Vitamin C – Melundungi sel dan menjaga kulit agar sihat
Collagen – menambah keanjalan kulit dan mencegah kedutan
Estrak Biji Anggur – Anti oksidan, membunuh kuman dan membantu penyembuhan luka
Jus Blackcurrant – Anti oksidan dan menguatkan sistem pertahanan badan.



CARA PENGAMBILAN  : 
Campurkan 1 sachet Crystal Skin kedalam 150ml air , diminum sebelum sarapan pagi . Rasa masam masam manis ,, Lisa lebih suka untuk tambahkan dengan air sejuk .



 
Produk ini dijamin selamat dan tiada kesan sampingan kerana kandungannya adalah bahan semulajadi dan telah diuji secara klinikal. Bahan-bahan ini juga terkenal untuk khasiatnya dan dikawal selia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Juga terdapat sijil ISO , MACCP , dan GMP . 



Untuk memastikan hasil yang terbaik bila mengambil Crystal Skin :-
1. Elakkan minuman yang berkafein,beralkokol dan berkarbonat untuk mendapat keberkesan yang lebih baik.
2. Minum 2 -3 liter air putih setiap hari utk mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin.
3. Amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak dan bersenam dengan kerap.





REVIEW LISA :-
Rasa yang manis manis masam boleh diterima lagi oleh Lisa , tak muak seperti cecair sirap kebanyakan . Satu hari satu sachet je ... mudah penyajian . Tips untuk kalian :- boleh beli combo untuk dapatkan harga yang lebih jimat . Kesemua bahan Crystal Skin adalah gred AAA, kilang berstatus Halal dan juga mempunyai akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000.




HARGA CRYSTAL SKIN RISH BEAUTY 


Untuk pembelian Crystal Skin, boleh dapatkan di website rasmi Rish Beauty ataupun di platform
Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, contest-contest menarik seperti Lucky Draw dan promosi
terkini, boleh hubungi pihak Rish Beauty ataupun follow Rish Beauty di laman sosial media Rish Beauty. 


Tel : +60-11-62000032

Rahsia Kekal Awet Muda dengan BEAU C+ MIX POMEGRANATE & COLLAGEN

Rahsia Kekal Awet Muda dengan BEAU C+ MIX POMEGRANATE & COLLAGEN

Assalamualaikum ! Orang kata kecantikan wanita akan semakin terserlah apabila masuk fasa usia 30-an. Pada usia ini, wanita yang benar-benar menjaga penampilan dengan perhiasan serta dandanan yang ringkas dan sepadan serta kekalkan bentuk badan dengan senaman akan kelihatan semakin anggun berbanding wanita 20-an.  . Untuk Lisa pula , Salah petua  Kekal Awet Muda dengan minum BEAU C+ MIX POMEGRANATE & COLLAGEN



BEAU C+ MIX POMEGRANATE & COLLAGEN

Semua orang mesti nak  kekal muda dan berseri kan , meskipun bertambahnya usia banyak orang yang tidak mahu wajah kelihatan tampak tua. Sebab itu ramai berusaha untuk buat pelbagai cara agar punyai wajah kekal awet muda. Pentingnya pemakanan seperti makan buah dan sayur  yang mengandungi vitamin C dan E . BEAU C+ MIX POMEGRANATE & COLLAGEN ,mengandungi bahan seperti madu , delima dan orange .. nah sesuai sangat untuk menjaga kekal awet muda dan menunda penuaan  dengan kandungan Vitamin K , B, C yang tinggi . 

Kandungan Bahan :- Air RO,  Madu, Delima, Xylo-oligosakarida, Fruktosa ,Kolagen (ikan) ,Vitamin C , Ekstrak Kulat Putih,  Ekstrak Torula Yis, Astaxanthin, &  Sukralosa. 


Manfaat BEAU C+ MIX POMEGRANATE & COLLAGEN 

  • Mengekalkan Awet Muda
  • Memulihkan Kulit Yang Kering
  • Lambatkan Proses Penuaan
  • Memulihkan Kulit Yang Kering



Dalam satu kotak Beau C+ ni terdapat sachet didalamnya , senang diminum macam tu je dan dibawa kemana-mana . Jimat masa penyediaan sebab tak perlu bancuh  dan jimat space untuk letak dalam beg, haa letak dalam poket pon boleh tau . Dalam satu kotak ada 15 sachet , 1 sachet berisi 20ml . Minum 1 kali sehari , koyakkan sachet dan boleh terus diminum. 



Testimoni 



REVIEW LISA : 
Bulan puasa dengan cuaca yang panas berdenting , kurang minum air masak memang jejaskan kulit Lisa yang mula kering . Memang rasa perbezaan dia , kulit lebih lembut dan sihat kerana terjaga kelembapan. Paling best sebab sachet , senang dibawa kemana-mana memandangkan Lisa ni sibuk banyak kerja kalau nak bancuh2 tu memang malas sikit . Sachet sambil kerja pon boleh minum guna tangan sebelah je . Dah nak habis ni .. nanti nak beli lagi la . 

Amacam... nak cantik juga bukan ? nah untuk korang yang nak  buat pembelian boleh ke link ni https://linktr.ee/demihealthcare_.

Info selebihnya boleh layari :


Instagram: @demihealthcare_

Facebook: Hero Idaman Malaya

Pencuci Muka Suchi Aqua Cacteen Melembabkan Wajah

Pencuci Muka Suchi Aqua Cacteen Melembabkan Wajah

Pencuci Muka Suchi Aqua Cacteen Melembabkan Wajah 

Asalamualaikum ! Kulit kering menyebabkan anda rasa kurang selesa dan menjadikan solekan anda tidak sempurna dan bertompok. Amat penting untuk kita mengetahui jenis kulit masing-masing dan menggunakan produk yang bersesuaian dengan kulit agar kulit kekal hidrasi atau lembap. Satu faktor menyebabkan kulit kering ialah kandungan alkohol yang tinggi di dalam pencuci muka tersebut. Seeloknya cuba untuk memilih pencuci muka yang mempunyai bahan yang lembut dan tidak kasar kepada kulit. Baru ni Lisa cuba Pencuci Muka Suchi Aqua Cacteen yang melembabkan wajah. 




Pencuci Muka SUCHI Sesuai Untuk Ihram 

Kenapa perlu cuci muka padahal tak pakai makeup pun ? Pencuci muka ni bukan hanya untuk yang pakai makeup sahaja ya ... sebab kulit wajah kita terdedah dengan udara luar , terkena habuk , debu dan kotoran halus yang tak nampak yang kemudian akan buat kulit muka jadi kasar atau mungkin naik jerawat .
Pencuci muka Suchi diperkaya dengan ekstrak Tea Tree, Aloe Vera dan Aqua Cacteen. Dirumus khas untuk membersihkan, melembapkan dan menghidratkan kulit. Tanpa pewangi dan alkohol dan sah digunakan ketika ihram. Cuaca di sana "kering " walaupun pada musim sejuk. Apatah lagi pada musim panas. Aqua Cacteen (opuntia ficus indica) mampu mengekalkan kelembapan kulit dan ianya mempunyai 150% lebih banyak Vitamin E berbanding Argan Oil.




Cara penggunaan : 

Buihkan pencuci muka pada wajah dan kemudian bilas sehingga bersih . 


Ada pelbagai lagi produk Suchi yang ada seperti bedak talkum, shampoo, lotion, pelembap bibir dan banyak lagi. Suchi ialah produk kosmetik haji umrah yang sah digunakan ketika ihram. Mempunyai lebih dari 10 produk dan set, untuk  memberikan kemudahan dan keselesaan jemaah haji dan umrah dari segi penjagaan diri. Ehh sesuai juga untuk cuaca panas di Malaysia ini .. try la sendiri kayh ! 



REVIEW LISA : 

Pencuci muka Suchi ni tak pedih dimata dan sejuk je dikulit lepas basuh muka . Sesuai la untuk Lisa yang lately ni kena event diluar dengan cuaca yang panas huhu . Bukan hanya kotoran yang tertanggal tapi pencuci muka Suchi juga kekalkan kelembaban  kulit menjadi sejuk dan terhydrate . Yang penting takda alcohol elak dari jadikan kulit kering.

Kalau korang berminat, korang boleh layari
Website: https://suchiofficial.com/
Facebook: https://www.facebook.com/suchiofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/suchiofficial/

5 Serum Terbaik Rawat Jerawat-DR BEAU PURE NATURE SKIN OIL

5 Serum Terbaik Rawat Jerawat - DR. BEAU PURE NATURE SKIN OIL

Assalamualaikum !!  Musim panas dan terik macam ni tak leh nak lari dari kulit kusam atau pun jerawat. Lisa pula dah mula rasa kusam dan ritu tersalah pilih makeup jadi tumbuhlah seketul dua jerawat dekat pipi ni ha! Sedikit banyak dah kurangkan rasa keyakinan diri ni sebab asyik kena tegur dari orang je . Baru ni Lisa  rawat jerawat dengan gunakan serum Dr.Beau -Pure Natural Skin Oil , salah satu dari 5 Serum Terbaik Rawat Jerawat .



DR.BEAU - PURE NATURAL SKIN OIL 

Tahukah anda , Sebenarnya Pemakaian serum sememangnya sangat bagus untuk kulit muka , caranya perlu dipakai selepas membersihkan muka dengan toner, dan diakhiri dengan moisturiser. Serum baik untuk meningkatkan proses regenerasi kulit, membuang sel-sel kulit mati, mencerahkan kulit serta menjadikan kulit muka lebih halus, lembut dan banyak lagi.

First sebelum nak cuba produk mestila Lisa baca kandungan dalam produk .  Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil dirumus khas dari sumber Vitamin E bahan herba semulajadi dan sesuai untuk semua jenis kulit serta memenuhi keperluan kulit wanita Asia. Terpandang Rosehip Oil , bagi yang belum tahu ... Rosehip Oil memang berkesan untuk rawat kulit tau , Lisa pernah gunakan untuk kesan parut sebab luka .

Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil adalah antara serum untuk kulit berjerawat & berjeragat yang popular di Malaysia yang merupakan produk tempatan keluaran syarikat Teja Herbs. Kandungan serum ini terdiri daripada bahan-bahan penting seperti:

  • Vitamin E mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat kulit.
  • Rosehip Oil bertindak untuk melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
  • Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
  • Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
  • Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
  • Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
  • Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

DR BEAU Pure Natural Skin Oil Serum Untuk Kulit Berjerawat & Berjeragat


Yang best dari Dr.BEAU , serum ni zero merkuri , dari bahan natural, 100% bahan organik , semula jadi dan tiada unsur penggelupasan tau .  Bau best dan wangi gitu !

Kelebihan VITAMIN DrBEAU
🍊Perlindungan daripada sinar UV
🍊 Tona kulit menjadi lebih sekata
🍊 Menggantikan tisu yang rosak dan daki lama
🍊 Mencerahkan kulit secara semulajadi
🍊Membantu masalah kulit sensitif seperti eczema
🍊 Mengatasi masalah jerawat
🍊 Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
🍊 Kulit lebih glowing dan berseri
🌻 Memudarkan parut
🌻 Manggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
🌻 Mengatasi masalah whitehead dan blackhead
🌻 Membantu mengurangkan eyebag, strechmark
🌻Mengawal masalah kulit berminyak dan kulit kering
🌻Mengatasi masalah jeragat
🌻melambatkan proses penuaan
🌻Menutup liang pori yg terbuka



Sebelum tidur Lisa akan sapu serum DR. BEAU ni ,  efect lebih berkesan ketika tidur sebab masa tu wajah sedang berehat dari activity . Ianya lebih cepat meresap dan melakukan kerja untuk rawat masalah pada kulit wajah .

Cara Penggunaan :
Ambil beberapa titis dan kemudian sapu pada kulit wajah dan leher dengan gerakan membulat . Dua kali setiap hari.siang dan malam atau bila bila masa selepas mencuci muka. Ikut masalah kulit yang korang hadapi la , boleh juga digunakan setiap kali lepas membersihkan muka .

NOTA : Produk Natural kadang boleh juga menyebabkan alergic pada sesetengah orang . Jika alergic berlaku , hentikan penggunaan dan segera kunjungi doctor.





TESTIMONI PENGGUNA DR. BEAU SERUM





TUTORIAL CARA GUNA SERUM DR BEAU 




Untuk mendapatkan hasil terbaik buat kulit wajah anda, penggunaan serum yang betul haruslah diaplikasikan melalui langkah-langkah yang tepat;

  1. Bersihkan kulit wajah anda terlebih dahulu dengan pembersih muka.
  2. Titiskan secukupnya ke atas jari dan kemudian tepuk secara perlahan pada kulit wajah.
  3. Jika korang mempunyai masalah kulit sensitif, selepas mencuci muka, tunggu selama 10-15 minit sebelum memakai serum kerana waktu itu kulit menjadi lebih relax.
  4. Pakai serum dahulu sebelum memakai pelembap.  

Tips penting : tunggu sehingga 2-3 minit untuk anda merasakan samada serum yang digunakan sesuai atau tidak dengan kulit wajah. Jika korang merasakan ianya melekit, iritasi dan berminyak, ini bermakna serum itu tidak sesuai untuk kulit wajah anda. Disinilah pentingnya untuk anda mengenalpasti kulit wajah terlebih dahulu.     

REVIEW LISA :
Lepas penggunaan dekat beberapa minggu ni , Kulit pon jadi rasa lembut je .Jerawat dah nak pudar dan yang pasti kulit dah tak kusam weih . Baru lah muncul rasa keyakinan diritu seolah-olah lahir kembali . Cewahh overnyaaa...!
Lisa memang titik beratkan pada penjagaan kulit, ialah tak kan nak tunggu dah tua atau bermasalah teruk baru nak terhegeh-hegeh nak rawat kan . Apalagi kerja menghadap orang hari-hari ..mestila kena sentiasa cantik gitu ( eh terperasan lak haku.. ) . Ini juga salah satu rahsia Lisa nampak kekal awet muda .. hikss 

Untuk Info selebihnya korang boleh terus lawati :
Facebook: Dr Beau Malaysia
Instagram: drbeau_official
No telefon: 0169633443 

Rutin Skincare Harian - Pelembab Muka dan CC Cream

Rutin Skincare Harian - Pelembab Muka dan CC Cream 

Assalamualaikum  ! Cuaca panas buatkan kulit muka jadi kering dan juga boleh jadi sunburn kalau tak jaga dengan betul-betul . Penjagaan kulit wajah penting ya dalam rutin harian bukan untuk cantik sekarang ni je , juga nak elakkan tua sebelum usia . Rutin harian Lisa gunakan pelembab muda dan CC Cream . Teruja pula nak share dengan korang pengalaman Lisa menggunakan skincare terbaru ni , Aqua Whitening Cream dan juga New packing Gold Nano CC Cream ... kedua produk ni dari Hansaegee Nature . Jom baca sampai habis !



Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature .

Sebenarnya Lisa dah lama teringin nak cuba Aqua Whitening Cream ni , lepas tengok review kawan ramai yang cakap best produk ni sebab water drop based m, dan produk ni memang HOT'S  . Tergoda pula kita nak cuba . AQUA WHITENING CREAM ,ialah moisturizer atau pelembab . Pelembab ni boleh memulihkan  kerosakan kulit akibat sunburn dan kemerahan pada kulit dengan baik . Melembabkan kulit secara mendalam dengan water drop . AQUA Whitening Cream ni sesuai untuk semua jenis kulit ! All skin type, Oily skin / Dry skin / Combination skin

Krim pelembab ni mempunyai kesan water Drop tau . Selepas letakkan cream dan buat gerakan urutan , titisan air akan kelihatan terbentuk dengan segera pada kulit kita dalam beberapa saat je . pelembap tu  sepenuhnya diserap kulit sampai kelapisan dalam .  Sangat menyegarkan, dan tiada perasaan melekit , sesuai sangat dengan cuaca panas sekarang ni ha .. rasa sejuk je kalau pakai diwajah ...



WATER DROP MOISTURIZER 


Magical Hydrating effect . WATER DROP akan 
Menyegarkan kulit - Kulit berasa sejuk & lembut. Bahan-bahan pelembap berubah menjadi bentuk Air Drop dengan serta-merta, memberi kesan memberikan kelembapan pada kulit & tanpa rasa melekit . 
kelembapan yang tinggi kepada kulit sepanjang hari. Juga berfungsi untuk kawalan lebihan minyak / sebum.


Oleh kerana ekstrak Herbal, ia melegakan kulit, dan tingkatkan pelembab ini sampai menembusi jauh ke dalam kulit. Cream ni juga mengekalkan kelembapan untuk membentuk kulit yang kukuh.




KANDUNGAN AQUA WHITENING CREAM

🌼 "Minyak Benih Camellia Japonica" -

  • Non-comedogenic, tidak menghalang  liang kulit, tidak menyebabkan jerawat
  • Membaiki kerosakan kulit seperti Drynes & Sun Burn .
  • Menyimpan kelembapan sampai meresap kedalam lapisan kulit .  

🌼 Niacinamide, memberikan tona kulit yang cerah, bersih dan anjal.
* Juga dikenali sebagai vitamin B3, yang berfungsi untuk menghalang penuaan kulit,
* Membaiki penampilan akibat liang pori yang membesar , nada kulit tidak sekata
* Memperbaiki garis-garis halus, kusam, dan permukaan kulit yang melemah.

Kesan Whitening & Moisturizing ditambah pula  dengan ekstrak herba yang memberikan menembusi sampai kedalam lapisan kulit  , menormalkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih cerah dan anjal . .

Kelebihan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature : 

- Mencerahkan tona kulit muka akibat sunburn &  dryness damage skin .
- Melembabkan kulit wajah sampai ke dalam lapisan kulit .
- Memperbaiki garis-garis halus , kusam dan permukaan kulit yang melemah juga kulit mati .
- Menghalang penuaan Kulit
- Mengecilkan liang pori yang membesar .



CARA PENGGUNAAN : 
🌸 Cara yang betul untuk menggunakan Aqua Whitening Cream, selepas korang sapu cream pada wajah, Urut wajah  & "tepuk " muka anda perlahan-lahan dengan tangan, maka Water Drop akan muncul serta-merta, ia sangat lembap, dan membasahi kulit wajah korang , dan mudah diserap ke dalam kulit, sehingga ia menyerap sepenuhnya ke kulit.



REVIEW LISA - AQUA Whitening Cream .
Lepas penggunaan beberapa minggu ni ...kulit wajah sentiasa terjaga kelembapan, rasa lembut ,anjal dan tak kering .  memang BEST lah ! Biasanya Lisa akan gunakan tuk skincare rutin harian seperti pagi , sapu sebelum memakai Nano Gold CC Cream Hansaegee Nature . Dan Malam hari , sapu pada wajah sebelum tidur .Lepas gunakan pelembab muka Aqua Whitenig Cream ni kulit wajah rasa sejuk terhidrate dan lembut jee.. rasa nak pegang selalu wajah ni . Result pemakaian bergantung pada kulit wajah memasing ya . Nah korang kena rasai sendiri tau ! 

Masa korang sapukan Aqua Whitening  , korang akan rasa sejuk diwajah. Best weih sejuk sejuk gitu ,. lagi-lagi dalam cuaca panas macam sekarang ni . 

Start ratakan ke seluruh wajah dan korang akan nampak effect yang cream ni meresap kedalam lapisan kulit dan mula la nampak water drop . Rasa macam lepas cuci muka gitu . Best . ! rasa nak continue guna lepas ni . Lisa biasanya akan gunakan pagi hari sebelum sapukan Gold Nano CC Cream , dan malam hari sebagai pelembab wajah sebelum tidur. 




Tadaa... nampak glowing dan rasa moist gitu . Lisa biasakan gunakan pelembab muka sebelum tidur atau dipagi hari untuk jaga kelembapan kulit wajah agar tak kering dan membuat kulit nampak kusam tak bermaya . Nak tidurpun kena cantik gitu ...



GOLD NANO CC CREAM WAJAH BARU 2019

Kini packing GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE berwajah baru  ,  lebih banyak kandungan isi didalamnya iaitu 50 ml , packing sebelum ini 35ml dan dengan sun protection SPF50 PA++ , Packing lama Gold Nano CC Cream sebelum ni SPF 35 PA++ . Lebih banyak isi dan lebih tinggi SPF .Untuk detail selebihnya Lisa dah tulis dalam artikel sebelum ini , korang boleh baca di : Hansaege Nature Gold Nano CC Cream 

OLD PACKING GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE 


Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni akan meratakan tone warna kulit korang . Tak perlu risau terlalu terang dari warna kulit sebenar.  CC Cream yang lebih ringan dari alas bedak , Gold Nano CC Cream ni memiliki tekstur krim lebih lembut yang sangat ringan dan halus , yang akan membantu korang untuk meratakan tona wajah yang tak sekata. 


Cara Penggunaan .
Pump keluar secukupnya dan kemudian tap tap kan di wajah .
Ratakan dengan menggunakan jari sahaja .

Senang je bukan ?







Nah Lisa bagi tutorial vlog rutin harian penjagaan kulit dengan Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature  .


A post shared by Lisa Ciksepet (@mawar_biru89) on







 ♥️Aqua Whitening Cream Sebagai moisturiser , kandungan water base dia memang BEST , juga berkesan tuk merawat sunburn tau ! Muka pon nampak fresh. 
Berat isi  : 50ml 
Harga : RM148.30  
Kelebihan : Whitening & Moisturizer 

Something best about this cream , its water Drop Cream Based. U must try it !!



 ♥️Gold Nano CC Cream kini hadir dengan packing baru tau 😱. Lebih banyak iaitu 50ml dan juga SPF 50+ PA+++ 
Berat isi : 50ml
Harga : RM128.00

Kelebihan : All in One day Cream , meratakan tona wajah dan cerah semula jadi . 





Itu sahaja perkongsian dari Lisa kali ini ... harap bermanfaat untuk korang ya  !


Untuk pembelian Produk penjagaan kulit Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream , boleh korang dapatkan di detail bawah ini.  

. Detail selebihnya ada dibawah ini .  
Hansaegee Nature 






JATUH CINTA DENGAN GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE

JATUH CINTA DENGAN GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE

Assalamualaikum ! Hye semua.. ingat lagi tak sebelum ni Lisa dah tulis tentang kali pertama menggunakan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature review  . Impresion awal pon dah best , so kali ini Lisa nak share kan untuk penggunaan selepas sebulan pula . Baca sampai habis tau !  


Gold Nano CC Cream untuk Makeup Harian 

Gold Nano CC Cream ni produk dari Hansaegee Nature ,  CC Cream yang lebih ringan dari alas bedak , Gold Nano CC Cream ni memiliki tekstur krim lebih lembut yang sangat ringan dan halus , yang akan membantu korang untuk meratakan tona wajah yang tak sekata . CC Cream ni juga boleh dijadikan untuk makeup harian bahkan makeup primer tau ! wah banyak kelebihan bukan ?  

Tak terasa dah lebih dari sebulan Lisa pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature .Best... sesuai digunakan untuk makeup daily, muka lebih hydrate , senang digunakan dan mudah dibawa kemana-mana je . Masuk beg pon tak makan space tau . Lisa bawa ke tempat kerja juga , kerja Lisa sampai malam dan kena berdepan dengan orang ni memang perlu jaga penampilan selalu . Sebab tu la Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature selalu ada dalam beg Lisa . 

Gold Nano CC Cream ni , dah jadi peneman rutin harian selama ni . Best dan senang dibawa kemana-mana . Biasanya Lisa tak kan bertahan lama dengan produk jenis CC Cream kerana tak sesuai dengan kulit wajah ,,, tapi Gold Nano CC Cream ni mengubah fikiran Lisa weih .. sekarang jadi jatuh cinta pula dah . Ibarat kata pepatah , "  Tak kenal Tak Cinta " . 

Cara Pemakaian Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature 

Sapukan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream dengan tangan / jari  , senang je bukan .. takaperlu gunakan berus atau span .

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature , Pilihan Wajib Makeup Harian Lisa 

Lisa selalu bawa Gold Nano CC Cream ni dalam beg Lisa , biar senang nak pakai masa bercuti , atau bahkan untuk kerja harian Lisa .  Sebab kerja sampai malam , lepas solat kena la naikkan seri muka bagi tak pucat lesu . Penggunaan yang senang je sebelum tu jangan lupa apply step : pakai toner dan pelembab , juga sunscreen.
Langkah pertama
: hanya perlu keluarkan  secukupnya Gold Nano CC Cream ini ke tangan . 


Langkah kedua : Kemudian sapu ke wajah dan ratakan keseluruh muka dengan jari korang . Mudah bukan ? tak perlu bawa span atau berus .  







Nampak kan perbezaan yang memakai Gold Nano CC Cream dan tanpa CC Cream , Warna lebih terserlah dan tahan lama berbanding yang tanpa menggunakan CC Cream . 



Warna yang tak putih sangat dan tak gelap sangat , sesuai untuk semua jenis warna kulit wajah . Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini akan meresap dan kemudian bertukar warna sesuai kulit korang agar nampak jadi bersinar dan cerah semula jadi . 


Gold Nano CC Cream ni mudah di bawa dalam beg tanpa memakan ruang . Memudahkan korang nak nampak sentiasa cantik tak kira masa dan tempat .

REVIEW LISA SELEPAS SEBULAN PENGGUNAAN 

Wajah Lisa dah selesa dengan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni , sebab ia melembabkan kulit wajah dan juga boleh dijadikan makeup harian . Senang dibawa kemana-mana dan tekstur yang lembut dan ringan so tak rasa macam pakai topeng di wajah . CC Cream ni juga anti-wrinkle sekali , kerja seharian menghadap komputer dan juga semakin bertambah umur ni dah boleh cari produk yang mengandungi anti-wrinkle . Haa.. satu lagi nak bagi tau , Gold Nano CC Cream ni sesuai sangat dengan muka Lisa sebab dah lebih sebulan penggunaan tak muncul tanda-tanda ruam atau naik jerawat. Cubalah ! dan rasai perbedaan ini sendiri  ^^


Sekarang Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature keluar dengan packing baru . Lebih banyak iaitu hadir dalam 50ml dan juga SPF 50PA++ .  Harga untuk for packing baru Gold Nano CC Cream is  hanya RM128 + FREE postage + EXTRA FREE "Hansaegee Pen + Paper Bag + (1 Mirror or 2x Pouch)" , wah banyak yang dia bagi tu .. 


Cara nak order pun senang je , buka website www.hansaegee.com/shop then sign up ( u will get free 50 point) , then just klik product and add to cart , then checkout ! Mudah je yang bestnya 2019 ni siap dapat free gift set lagi . Terbaik ! .

Untuk pembelian Produk penjagaan kulit Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream , boleh korang dapatkan di detail bawah ini.  

. Detail selebihnya ada dibawah ini .  
Hansaegee Nature 



© all rights reserved
made with by templateszoo