Ad

Resepi Maggi Goreng Kambing

*gambar kredit blog tiffinbiru.com
Resepi Maggi Goreng Kambing || Beberapa hari lepas pastinya peti ais kalian penuh dengan daging korban kan. Yela..kan 24 September 2015 hari Kamis lepas raya Aidil adha... Pastinya ada lebihan daging korban.  Pening tak tahu nak masak apa dengan daging tu? Jom masak daging yang sangat mudah dan senang!  Maggi Goreng Kambing,  nyummmy. Mesti sedap kan. Dalam tempat kerja pon boleh tau

Resepi ; maggi +kambing.   Masak maggi goreng perisa original.  Rebus air hingga mendidih,  lepas tu masukkan maggi. Campurkan bahan-bahan perempah maggi dalam pingan. angkat Maggie dan tos. Gaulkan dengan bahan perempah tadi.
Dah siap... Atas letak je daging kambing tadi. Hahah siap!   Heheh itu resepi termudahhh.
Tadaaaa dah siap!  😍 

Haha okaylahh.. Tu tadi resepi untuk pemalas macam saya.  resepi yang sebenar ialah seperti bawah ini.. 

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan kuah kuzi kambing dan kacau rata. Tuang air dan masukkan perencah kari maggi. Kacau rata dan biar mendidih. Perlahankan api dan masukkan telur. Biar hingga telur mengeras, kacau perlahan.
Masukkan daging kambing, dan kacang buncis. Tambah mi maggi dan biar hingga mi lembut. Tambah cendawan dan jika suka kuah lebih, anda boleh tambah sedikit air panas. Masak sekejap dan boleh diangkat. Tabur hirisan daun bawang dan daun sup serta bawang goreng sebelum dihidangkan.


Resepi selengkapnya rujuk di blog che Mat Gebu di MAGGI KAMBING DERHAKA 


Selamat mencoba! 

EPISOD AKHIR AKHIR MENCINTAIMU TV3

EPISOD AKHIR MENCINTAIMU TV3|| Wahh tak terasa dah sampai episode 2t akhir untuk drama MENCINTAIMU slot akasia yang ditayangkan diTV3 . Bagaimana kesudahan cerita ini? 

Jangan lupa saksikan di TV 3 hari ini , 29 September 2015 pukul 7 petang. Mesti kalian dah tak sabar tengok pengakhiran cerita yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Zahirah MacWilson ini. 

Tonton episod akhir drama  Mencintaimu di tonton.com.my 

Atau di link episod akhir mencintaimu 



BIODATA ATIKAH SUHAIME

BIODATA ATIKAH SUHAIME || Pelakon wanita yang berasal dari Singapura ini semakin kerap muncul di Television. Atikah Suhaime ini sekali lagi berlakon dan kali ini menjadi heroin  watak Nina dalam drama  Bukan Isteri Sempurna. Wahh..jom ketahui lebih banyak mengenai biodata artis cantik ini.

BIODATA ATIKAH SUHAIME ;
Nama penuh : Nurul Atikah Mohd Suhaime
Tarikh lahir : 15 Mac 1991
Asal : Tampines, Singapura
Pendidikan : Graduan Diploma Komunikasi Media di Politeknik Singapura
 Adik-beradik : Anak kedua dari tiga beradik
Kerjaya : Pelakon/ Model
 Hobi : Memanah
 Twitter : https://twitter.com/AttKelmari
Instagram : http://instagram.com/atikahsuhaime
 Artis : MIG
Drama : Dewi Lasak, Dikir Puteri dan Delicatessen (Singapura), Rawan (TV9), Rubi (TV3), Bila Hati Berbicara TV3 (2014)
Telemovie : Doa Ibu, Kampung Mangkuk Sengkuang
 Filem : Lagenda Budak Hostel, Longkai, Cari, Highlands Tower, Banglasia, Gudang Kubur




CARA CHECK IPU SEMASA

CARA CHECK IPU SEMASA || Alhamdulillah hari ini Jerebu dah berkurangan di tempat Lisa. Semalam dan kemarin teruk sangat sampai jarak pandang pun beberapa puluh meter sahaja. Walaupun di tempat Lisa mempunyai IPU (Indeks Pencemaran Udara) yang rendah untuk hari ini.. namun di negeri lain seperti Negeri sembilan,Serawak, Kuala lumpur ,Shah Alam masih mempunyai IPU yang tinggi. Cara untuk check atau semak IPU boleh layari website : http://apims.doe.gov.my/public_v2/home.html atau install apps MyIPU di phone korang baik Apps Store atau Google Play .


Senarai IPU untuk hari ini seperti gambar berikut ;



Kalau IPU masih tinggi, ada kemungkinan murid akan diberikan Cuti Sekolah . Untuk langkah berjaga-jaga semasa jerebu , perbanyak minum air masak ,kurangkan aktivitas di luar ,dan jangan lupa pakai mask 95 .


AKIM DAN STACY AF BERTUNANG

 AKIM DAN STACY AF BERTUNANG || Tahniah kepada dua penyanyi yang sama-sama keluaran dalam AF akademi Fantasia, AKIM AHMAD dan Stacy AF hari ini 26 September 2015 telah pun bertunang. Setelah dikabarkan memeluk agama islam,kini Stacy telah pun menjadi tunangan dari Akim. Double berita gembira pastinya untuk penggemar penyanyi ini juga kan.

Semoga kekal dan dipermudahkan urusan ke jinjang pelamin. Agak-agak bila ye majlis mereka? Nantikan berita seterusnya ..
“Syukur Alhamdulillah. Majlis Pertunangan saya@akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanamtelah selamat berlangsung tadi 26hb September 2015. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang,” jelasnya.


BEST TAK, UPDATE SOFTWARE IOS9 ?



BEST TAK ,UPDATE SOFTWARE IOS9 ? || Baru-baru ini IOS melancarkan satu software baru iaitu IOS9 . Semakin lama semakin up up dan up. Entah sampai berapa puluh agaknya . Maju sikit dari android yang baru cecah version lolipop 5.2 setelah sebelum ini version kitkat 4.4.4 . Best atau tidak kalau update Iphone ke software IOS9 ? Ramai yang kata Hang and tak best. Bagi Lisa sekarang ini tak temui apa-apa masalah lagi. Just kadang Youtube no connection , tapi selidik punya selidik rupanya Lisa yang tak update Youtube. HAHAHA salah sendiri la kan .


Jika Iphone atau device kalian update software ke IOS 9 , paparan screen akan sedikit berubah dari sebelum ini. Font tulisan pun lebih small dan lebih lawa . Kelajuan internet ? Memang la laju tak ada sangkut tapi depens speed internet yang kalian guna juga la kan. Lepas update ke IOS 9, paparan untuk apps Find My iPhone akan bertukar seperti diatas.  Memang automatik akan terpapar dalam wallpaper iPhone kalian.

Kelemahan iPhone jika update software ialah Hang and Cepat makan batrey ? Pernah dengar juga tapi setakat ini Lisa tiada masalah untuk kedua problem tadi. Batrey leh tahan 2hari tak charge untuk tengok video , online , whtsapp , atau instagram . Tips untuk jimat batrey : Off notification Instagram . Kalau kalian Onkan memang la makan batrey . Sebab samsung Note3 Lisa memang cepat makan batrey kalau Log In Instagram , Kelebihan Iphone : boleh pilih off atau on notification apps yang kita inginkan tanpa perlu log out dari apps tersebut. Banyak lagi kelebihan iPhone yang lain .

Jadi , dah update ke IOS 9 ? 

SYARAT INTERNET CELCOM BURUNG HANTU

SYARAT INTERNET CELCOM BURUNG HANTU || Seperti yang Lisa telah tulis sebelum ini, promo untuk pengguna celcom sekarang ini ialah prepaid celcom internet burung hantu yang mempunyai kelebihan kalian boleh menikmati unlimited data tanpa bad sampai 100gb setiap bulan. Waah tentunya menarik,sebab prepaid semua orang boleh melanggan terlebih lagi kalau ada senarai hitam nama di telco  . Syarat untik menikmati internet celcom unlimited ialah internet unlimited butung hantu bermula dari 1-7 pagi. Time ini tidak akan mengusik Data yang kalian telah beli,baik 1 Gb ,2Gb , atau 4Gb . 

Syarat yang lain untuk internet unlimited burung hantu
1. Customer harus melanggan mobile internet satu minggu atau 1bulan. Plan ini tidak valid jika customer melanggan mobile internet harian . 
2. Unlimited kuota internet burung hantu hanya boleh dinikmati jika pelanggan setkan auto renew mobile data yang mereka langgan. Contoh bulan ni customer baki tak mencukupi ketika sampai tarikh renew internet.. maka pelanggan tidak akan menikmati pelan internet burung hantu di bulan berikutnya. 

Jadi jangan lupa topup ya ;) 
Cara untuk melanggan internet mingguan 
Taip ; NET10 dan hantar ke 28882 
Untuk bulanan pula taip ; 
NET25 /NET38 /NET58 sent ke 28882. 
Untuk check balance internet pula taipkan 
MAX STATUS SENT 28882




PANTAI MATI, TEMPAT MENARIK DI PHILIPPINES

PANTAI MATI, TEMPAT MENARIK DI PHILIPPINES ||  Memang benar aku ingin pergi mati , Stress dengan semua kerja-kerja yang memang tak pernah habis. Dan juga masalah duniawi yang membuat aku hampir terkena darah tinggi . Andai aku pergi mati pastinya akan hilang semua stress dan semua beban . Walaupon tak menyelesaikan masalah , sekurangnya aku akan damai tenang tiada gangguan pribadi ataupon kerja ! Dah gila ke apa , orang nak hidup tapi aku lak nak pergi mati . HOLD ON , Mati yang lisa cakap ni ialah nama satu destinasi percutian di Philippines ya bukan Mati Meninggal ! Salah satu Pantai menarik dan cantik di dunia .

MATI , adalah satu-satunya bandar , di Wilayah Davao Oriental, Philippines, yang terletak di sebelah tenggara Mindanao. Sesuai lah untuk penggemar tempat percutian yang menawarkan ketenangan di tepi Pantai . Air laut biru dan ombak yang  bergelora sesuai untuk skimboarding, surfing, and frisbee sports . Dilengkapkan dengan pasir putih yang memang awesome. Macam Maldives pula. Bangunan dan Taman Capitol Wilayah  atas bukit menyajikan pemandangan hebat dari Bay Pujada. Lokasi lain yang menawarkan pemandangan luas bandar adalah Mati Tourism Complex dan Badas Viewdeck .  

Patutlah banyak orang-orang asing berduyun-duyun datang ke Mati untuk menikmati keindahan pantai  yang ditawarkan . Jangan lupa pergi Dahican juga.  Dahican adalah salah satu destinasi yang paling popular di Mati dengan 17 kilometer, pantai pasir putih yang halus . Waahh teruja dah ni. . Ia baru-baru ini menjadi destinasi utama untuk pelayar dan skimboarders. Pujada Bay mempunyai 15,700 spesies hidupan laut dan telah dianggap sebagai antara teluk terkaya di Asia Tenggara. Oleh itu, penduduk tempatan mengambil langkah-langkah untuk memelihara kepelbagaian hidupan laut, melindungi haiwan seperti udang kara, laut lembu (tempatan yang dikenali sebagai Dugong), ikan lumba-lumba bottlenose, jerung hammerhead, pari kola dan pelbagai jenis penyu. Mati adalah rumah kepada tiga kawasan perlindungan, Mount Hamiguitan Range Wildlife Sanctuary, Mati Protected Landscape, and Pujada Bay Protected Landscape dan Seascape.

Tempat menarik terkenal untuk kalian kunjungi jika datang ke Philippines






LOKASI MATI : Davao Oriental , Philippines .
Jarak 165 KM dari lapangan terbang Davao City, 165 km. Disyorkan oleh kenderaan persendirian atau bas tanpa hawa dingin dan mengambil masa kurang daripada tiga jam untuk  sampai ke Mati dengan pemandangan  indah di sepanjang jalan pantai yang berliku, 8-km zigzagging Badas jalan ke atas tebing. Disini kalian akan melihat seperti pemandangan dinosaur Tidur sekaligus akan  memukau korang ! .
Untuk maklumat lanjut, lihat www.mati.gov.ph





Jom kumpul duit pergi sana :D 

NAMA ANAK LISA SURIHANI DAN YUSRY

 NAMA ANAK LISA SURIHANI DAN YUSRY KRU || Wahh berita yang dinantikan... sebelum ini tertanya-tanya siapa nama yang akan diberikan kepada anak Lisa dan Yusry . Hari ini telah mereka publishkan untuk memilih nama " Yahaira Leaane " yang membawa maksud wahai sebaik-baik kelembutan. Sungguh indah nama anak Lisa . Semoga menjadi anak yang berbakti kepada orang tua dan menjadi lemah lembut seperti nama yang diberikan pada hari ini sampena hari ke-7 kelahiran  bersamaan 7 zulhijjah  1436.

Syukur Alhamdulillah , sempena menamakan anak pada hari yang ke-7 selepas kelahirannya pada 15 Sept 2015 bersamaan 1 Zulhijjah 1436 , hari ini 22nd September 2015 bersamaan 7 Zulhijjah 1436 , puteri sulung kami diberi nama ياخيرا ليان Yahaira Leanne yang membawa maksud wahai sebaik baik kelembutan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik2 buat kami semua.



Mini Birthday Giveaway by MiminAdam


Mini Birthday Giveaway by MiminAdam | seharian nak juga nak buat persediaan ni. Akhirnya! Mimin merasmikan Mini Birthday Giveaway byMiminAdam Bermula 1 September 2015 sehingga 30 September 2015. Penyertaan anda amat Mimin alu-alukan. Semoga berjaya !

Bismillahi.....

Mini Birthday Giveaway byMiminadam
WishBirthday Terbaik untuk Mimin:
Para Sponsor: . Shahira, Alfi Studio, Safurara, Khaty Aiman, Along, Ana jingga, sayidah Napisah, Noor Akma, Wawa, Wani, bahejabella, maisarahGrafix, Cik en, Farhain, Little Weirdo, Mimi Rheem, Rose, Ana

Syarat-syarat penyertaan:

1. Terbuka kepada para blogger
2. Copy coding kat bawah sekali
3. Mencipta WishBirthday yang menarik untuk Mimin


Tarikh Tamat: 30 September 2015
Senarai Sponsor dan Hadiah

CELCOM UNLIMITED INTERNET BURUNG HANTU

CELCOM UNLIMITED INTERNET BURUNG HANTU || Setelah celcom magic sim , kini Celcom mengeluarkan produk terbaru dan pastinya lebih hebat dan berbaloi untuk pengguna setia celcom . Plan prabayar ini memberikan basic internet 500 MB dan call free sebanyak 75 minit + 75 SMS  , dan yang menariknya celcom memberikan UNLIMITED INTERNET . WOW... plan ini dinamakan INTERNET BURUNG HANTU . Kalian boleh melayari youtube , facebook, instagram , media social , whatsapp ,wechat dan download serta upload file sebanyak mungkin dan sebesar-besarnya tanpa had limit. Betul ke ? Betul.. pakej baru ini memang super duper best la .. Unlimited bukan capped pada 64kbps tau , tapi speed sama seperti biasa. Lajuuu

..

Pelan terbaru dari celcom untuk prepaid ,  Internet burung hantu ini akan dilancarkan secara officially 21 September 2015 . Tertahkluk terma dan syarat. Kalian boleh menikmati internet tanpa had Unlimited KUOTA dengan syarat perlu melanggan mobile internet mingguan (weekly) atau bulanan (monthly)  . Pakej mobile internet harian tidak dapat menikmati percuma internet unlimited ya .



Kelebihan Internet Burung Hantu . 
1. Layari internet secara unlimited untuk mendownload, upload , layari senawang internet , youtube , instagram , facebook, wechat dan media sosial lainnya
2. Free / percuma 75 SMS dan 75 Minit call
3. Tiada capped atau throld speed untuk mendownload.
4. Call rate serendah 2.5 sen /minit untuk ke rangkaian celcom dan 10sen /minit panggilan ke lain rangkaian seperti maxis,digi,umobile.
5. Boleh kekalkan number lama (port out dari telco maxis,digi,umobile etc)
6. kelajuan 4G ikut pada coverage dan device
7. Baki Internet boleh dibawa kehadapan .

Kelemahan celcom Internet  burung hantu :
Unlimited internet hanya boleh dinikmati bermula 1 pagi sampai 7pagi. Bermakna kalian kena bersengkang mata tak tidur la ye . Sebab tu lah nama plan ni celcom unlimited internet burung hantu .


Satu satunya prepaid yang menawarkan UNLIMITED KUOTA untuk heavy user tak perlu ghost atau vpn bagai dah !

Pelan internet mingguan (MOBILE INTERNET WEEKLY)  : 
*harga rm 10.00
*KUOTA 500MB
*FREE 15 MINIT CALL DAN 15 SMS
*UNLIMITED INTERNET BURUNG HANTU 1AM -7 AM


PELAN INTERNET BULANAN (MOBILE INTERNET MONTHLY )
*HARGA RM25
*KUOTA 1GB
*FREE 75 MINIT CALL + 75 SMS
*UNLIMITED INTERNET BURUNG HANTU BERMULA 1 PAGI SAMPAI 7 PAGI

pautan : SYARAT INTERNET BURUNG HANTU 


Nampaknya kalian kena jadi burung hantu la kan , tapi better download movie dan tak perlu tunggu . Pagi-pagi movie dah siap. Waahh menarik . Pelan celcom magic internet burung hantu tidak avaiable untuk pelan harian . Semua pakej mobile internet masih sama seperti pelan yang lama. Akan tetapi mobile basic internet telah ditukar menjadi 500 MB sahaja , mengikut terms telco yang ditetapkan SKMM . Lebih tepat kena komplain dari pesaing telco lain la sebab rugi customer semua lari ke celcom . Selamat menikmati pelan Unlimited kuota tanpa had strt 1am-7am.

Berminat ? Boleh beli disini ; KEDAI SIM MURAH 


013-708 6789 [013-*** 6789] 

Rm80 
 FOR SALE
FREE internet sebulan smile emoticon 
Free unlimited internet 
Free 75 minute call 
Free 75 sms 



PM PAGE FACEBOOK  : KEDAI SIM MURAH 


KFC TAK JUAL MILO ?

KFC TAK JUAL MILO ! || KFC telah membuatku kecewa sungguh teramat kecewa !!! Apa yang sebenar berlaku dan membuatku kecewa ? sebab KFC tak jual MILO ! aik.. betul ke ? Yalah.. betul lah KFC tak jual milo saiz besar . Sama ada salah staff itu atau salah KFC ! kesian sungguh budak yang kehausan . Mungkin sebab budak yang beli kot sebab tu tak bagi saiz besar.

Masalahnya tempat Lisa tu memang jauh dari kedai makan. Kalau dekat better dah beli di kedai makan je milo ais tu . Dah yang ada KFC sahaja yang terdekat maka aku suruhla budak pi beli. Tak jauh, jarak 4kedai je dari tempat kerja Lisa. Kesian budak kehausan dan kepedasan dek kerana makan maggie . Lisa bagi duit rm50 sekeping dan note kan  MILO LARGE 2 . Nampak staff tu ambil order dan kemudian ambil cawan besar dan tuang dalam cup besar saiz Large . Tapiiii kemudian manager cakap dengan dia tak boleh jual milo saiz besar disebabkan MAHAL. Pekerja KFC terus menukar cup tu kepada saiz Regular.

HELLOOoo ... Bukan kira mahal , sebab budak-budak dah kehausan nak minum milo. Kalau tak da menu tu jangan la cakap ada . Pastu tak reti minta maaf dan just cakap tak jual milo besar. Tak kan nak bagi minum pepsi kot . Haih.. kesian budak. baru minum berapa sedut sahaja dan habis milo tu . Beli dua yang minum ramai orang . Nak patah balik ? bukan larat budak-budak nak bawa milo banyak2. Tertumpah kang tak pasal-pasal rugi tak jadi minum .



Disebabkan tak puas hati , maka Lisa tanya la kawan lisa yang supervisor kat KFC . Memang tiada saiz Large dah. Dulu ada jual ,sekarang tak ada jual sebab mahal. OK. . Kalau tak ada jual , bagitau awal-awal. Tak da budak tu rasa kecewa dipermainkan oleh pekerja KFC. Manager KFC pon satu , dah berdiri sebelah tu tak nak bagi tau awal-awal. EH.. memang menu KFC staff tak tau and tak hafal ke ?? Lain kali kena belajar betul-betul. Tak dan nak patah balik beli semula milo tu . Terpaksa menahan kepedasan dan kehausan budak tu . Yang paling kesihan mimik muka budak-budak macam tak puas ati . 



Biodata Dazrin Kamarudin


Biodata Dazrin Kamarudin || Siapa yang tak kenal Dazrin kamarudin , pelakon watak Hero dalam Bukan Isteri Sempurna yang mempunyai wajah kacak. Selain itu Dazrin juga Berkebolehan dalam taekwando, karate dan silat . Jangan main-main woo nanti kena karate.. Haha..dan juga pernah menjadi peserta Fear Factor .


Biodata Dazrin Kamarudin pelakon watak Danish Arham Hero Bukan Isteri Sempurna 

Nama : Dazrin Kamarudin
Nama Komersial : Dazrin
Tarikh Lahir : 10 Mei 1988
Tinggi : 5'11
Berat : 70 kg
Tinggi:  180 sentimeter 
Kerjaya : Pelakon, Pengacara, Model Iklan & Model Catwalk
Asal: Klebang, Melaka
Bangsa: Melayu 
Pendidikan:  Ijazah Sarjana Muda Filem Video & Media serta Ijazah Sarjana Muda Global & Pengajian Antarabangsa dari Western Michigan University

Drama: Cuba Jadi Lelaki, Jodoh, Adam dan Hawa, Bicara Hati, Memberku Hawa, 
Telefilem: Mencintaimu, Setahun Setengah Mencari Cinta, Geisha Melayu Terakhir
Filem: Seru, Apokalips X, Rentaz, Lebuh Raya Ke Neraka
Program: Fear Factor Selebriti, Intrend 

Twitter Dazrin Kamarudin: https://twitter.com/dazrin88
Facebook Dazrin Kamarudin: https://www.facebook.com/dazrin88
Kelab Peminat Dazrin Kamarudin: Flying D’s
Trivia:
Dazrin Kamarudin anak kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, Datuk Kamarudin Md Shah







TARIKH PEMBAYARAN BR1M SEPTEMBER

TARIKH PEMBAYARAN BR1M SEPTEMBER | Memandangkan Hari raya Aidil Adha jatuh kepada 24 September 2015 , maka tarikh jadual pembayaran BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA  (BR1M ) SEPTEMBER ini akan dipercepat bermula 21 September 2015 Isnin depan .

Berikut kenyataan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

"Kerajaan bersetuju agar pembayaran peringkat akhir BR1M 2015 dipercepatkan dan berharap pemberian ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan serta persiapan bagi menyambut Aidiladha nanti. "Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran," 

© all rights reserved
made with by templateszoo