Ad

Cara Buat Kad Maybank dengan Gambar Sendiri


Dari Entri sebelum ni.. Lisa dah tulis mengenai isu penukaran kad MAYBANK . Yang belum baca tu baca le dulu. Entri ni sambungan dari entri yang lepas tu . Lambat atau cepat kalian memang kena tukar kepada kad MyDebit Maybank .,. ramai je kawan Lisa pergi , dan kena beratur lama sebab ramai orang .. yang paling kecewa kalau kena yang stock kad baru dah habis . Nah .. sekarang kalian tak perlu susah untuk beratur panjang .. kalian  boleh buat kad tu secara online je .. kan sekarang semuanya dihujung jari . Dan yang paling menarik.. kalian boleh buat kad maybank dengan menggunakan gambar sendiri ! Woww bestnyaa... boleh letak gambar wedding, gambar raya , gambar anak . Mesti korang  .


pautan : cara tukar kad maybank percuma secara online 

Cara Buat Kad Maybank dengan Gambar Sendiri : 


1.Langkah pertama.. klik link ni 
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=CRD-Cards&cntTypeId=0&cntKey=CRD03.11&programId=CRD03-DebitCards&chCatId=%2Fmbb%2FPersonal%2FCRD-Cards





Pastu " CLICK HERE " yang terdapat dalam gambar tu . 
Untuk kad Maybank menggunakan gambar sendiri ni , kalian akan kena charge rm26.50 . 




2.Tekan Accept 




Apabila memilih gambar please take a note : 
*Optimal image resolution: 1036 x 664 pixels @ 300 dpi
*Jangan biarkan mana-mana ruang putih. Gambar mesti menutup muka kad keseluruhan.
*Format: jpg, png, gif
*saiz max file: 10 MB

3. klik Use Custome Image 





4. Gambar Lisa memang background putih..tu nmpak blank. Kalau kalian letak gambar kahwin mesti awesomeee... . Kalau kalian rasa tak suka dengan gambar yang kalian dah upload tadi , kalian boleh tukar dan pilih : Choose Different Image

5. Finish 


6. Isikan detail yang diperlukan seperti email , no. kad , dan Cawangan Maybank tempat pengambilan kad .





6 After payment tunggu sekejap sampai keluar popup : 

Thank you. We are processing your application and will notify within 1 business day. 

Nota : Makesure korang enablekan popout blocker untuk payment gateway



Siap ! kalian tunggu je Maybank call untuk suruh collect kad maybank yang dah siap tu .
Kalau ada masalah dengan payment .. kalian kena call center  1300 88 6688

Rugi la ye yang tukar kad awal-awal ritu, sebab dapat kad biasa je.. .. hehe  


Gambar Anak Yana Samsudin - Fadzil Zahari

Yana Samsudin Bersalin || Tahniah Yana Samsudin dan Fadzil Zahari untuk kelahiran anak sulung baby boy pada 21 July 2016 kemarin. Nama masih belum lagi diumumkan. Lisa pun baru tahu 2 jam lepas time buka instagram Fadzil , suami Yana Samsudin  dengan caption : 


Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah isteri saya @YanaSamsudin selamat melahirkan seorang baby boy pada 21.07.2016 terima kasih kepada isteri yang bersusah payah, bersakit sakit dalam proses melahirkan, tak ternilai jasa dan pengorbanannya.. I love u so much sayang 😘☺️ moga cepat sembuh.... terima kasih juga pada mama abah, mak abah yang tak henti henti berdoa, adik beradik, sahabat2, kawan2 dan hangpa semua yang sentiasa mendoakan... Alhamdulillah... Kami juga mendoakan kesejahteraan hangpa semua 



Semoga cepat sembuh Yana , dan semoga sihat selalu Yana dan Baby. Tak sabar nak tengok gambar dan nama anak pasangan Yana samsudin dan  Fadzil Zahari .






Ezbuy Laman Shopping Murah


Ezbuy Laman Shopping Murah || Shopping... wah.. siapa yang tak nak. Lebih-lebih kalau ada yang berbelanja . Tapi Lisa sibuk dan jarang keluar untuk shopping . Sebab Lisa takda kawan yang nak ajak berjalan sama-sama, cuti hari berlainan jadi memang tak boleh keluar sama waktu  . Tipula kalau tak nak cuci mata dan beli barangan seperti baju , bag, kasut ..atau banyak lagi .Dah jadi sifat sebagian dari perempuan diciptakan untuk melawa atau bershopping demi kepuasan atau melepas stress. Tapi kaki lisa cepat kebah semenjak accident terlanggar kereta haritu , terpaksa batalkan niat untuk berjalan sakan dan shopping .. melepas la diskaun 30-50 % . Ruginya... hmmm.. Tapi.. nasib baik ada kawan yang kenalkan  EZBUY , salah satu yang masuk dalam senarai laman shopping yang Murah ,  dan banyak barangan dijual dalam laman tu . Diskaun pun tak kalah hebatnya bermula dari 5-70 % . wah... memang betul-betul buat lisa teruja ni ..




Kalian pun akan rasa teruja .. EZBUY.MY semua barang ada dalam tu , bermula dari baju , bag , barangan elektronikk , barangan kereta , office dan banyak lagi . Dalam tu pun ada berbagai jenama dan harga dari  yang paling murah sampailah paling mahal . Percaya atau tak..harga yang ditawarkan memang murahhhh... ada yang free shipping ada yang kena caj penghantaran. Jadi bijaklah dalam memilih ya . 

Lisa nak offer voucher rm15 untuk kalian, caranya mudah.. daftar EZBUY secara percuma melalui link ini :  http://bit.ly/EzbuyRM15  Kalian hanya perlu isi detail seperti yang diminta dalam kotak paparan tu . Daftar percuma . dapat free rm15.00 kredit pula .. best kan ?


Shopping mudah dan yang pastinya dalam tu kalian boleh pilih bahasa , kalau dulu TAOBAO hanya menggunakan bahasa chinesse je kan..sekarang kalian boleh berbelanja sama ..tapi lebih mudah sebab dalam tu harga dah convert dalam ringgit malaysia .. bukan yuan lagi . Pemes kot taobao tu .. harga murah dan design yang cantik dan latest.

Cara windows shopping di EZBUY.


1. Buka link EZBUY  untuk memudahkan kalian tengok senarai barangan dalam tu .

2. Pilih barangan yang kalian suka , sama ada tekan search di bahagian kanan atas atau dibagian  kiri tu ada label yang memudahkan kalian. 

3. Pilih dan add to cart . Last akan keluar screen seperti dibawah ini. Dekat voucher coupon tu kalian letak code : EZJUL15 dan kalian akan dapat diskaun shipping sebanyak 15% . kupon ni valid sampai 1 Aug 2016 sahaja . Nampak tak ada rm -6.00 ,, sebab Lisa gunakan kupon tu .. disitu akan tolak 15% dari total shipping kita tu .
4. Tekan check out. 




5. Dah check out kalian letak alamat address, alamat untuk penghantaran barang yang kalian dah beli. 







Kalian boleh buat payment dalam masa 24 jam selepas buat tempahan di website EZBUy , tengok di my account dan kalian boleh tahu dah bayar atau belum .

Senang sahaja bukan ? Zaman moden ni memang banyak laman web yang menawarkan pilihan shopping .. Dan Ezbuy memang murah harga barang dalam tu  . Tergoda pulak ... haha antara barangan yang menarik hati Lisa  ialah : T-shirt , baju , kasut budak ... ikutkan hati banyak lagi nak beli..sebab lawa-lawa.. tapi tu la.kena kontrol... hahaha kalau tak nti terhanyut sudah.

Kalau nak tengok-tengok je pun boleh... buka je EZBUY , tengok free je ... ;) 

ALTHEA 1st BIRTHDAY CELEBRATION !


ALTHEA BIRTHDAY CELEBRATION !!! || Wanita dan barangan makeup memang dah tak asing lagi .Begitu banyak barangan untuk muka .. pening memilihnya . Lisa akui , Lisa sendiri pun tak reti sangat nak bermakeup.. rasa teringin nak mencuba tu ada la. Sebab tengok orang lain makeup rasa cantik pula. Alaa..  normallah tu kalau ada keinginan nak cantik . Tengok tutorial di youtube macam banyak pula dan tak tahu mana nak cari produk kesemua tu . ALTHEA KOREA jadi pilihan Lisa . Windows shopping yang menyediakan berbagai jenis barangan makeup dan juga rawatan untuk kecantikan dan kesihatan tubuh .  Semua dihujung jari .. tinggal pilih sesuai apa yang kalian nak .

Althea Korea , laman web yang memudahkan kalian untuk memilih dan shopping makeup seperti yang kalian cari . Harga pun murah ,, sebab ada potongan diskaun . Yang penting lagi... Fress shipping untuk setiap pembelian sebanyak rm150.00 keatas . 20 Juli 2016 , Genap 1 tahun ALTHEA menapakkan didunia website online di Malaysia , Singapore , Indonesia dan juga Philiphina . 

Happy belated birthday ALTHEA ! Wishes u always succes and spread happines to all woman's on this world. 

#altheaturns1 birthday celebration
Tada.. Lisa pun dah dapat barangan dari ALTHEA , tapi masih menunggu parti kit hat and ballon la sebab yang tu tertinggal nun jauh di Korea sana. .. hahaha lisa  dapat pink box salah , sebab tu kena redelivery semula. Tak sabar nak selfie dengan topi dan balon birthday ... mana tahu menang MACBOOK AIR.. fuuh ..
Terima kasih Althea sebab dah bagi dan berkongsi hadiah dengan Lisa .



Sampena hari jadi yang pertama , Althea Korea berkongsi kegembiraan dengan bagi hadiah kepada althea lovers . Caranya join pun senang ja ,  join contest di Instagram ALTHEA , dan tuliskan ucapan kalian yang paling creative . Althea's Birthday Celebration  bermula dari 20  - 31st July 2016. 



Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
Untuk pembelian produk bermula 20 Julai 2016 dan seterusnya . Sementara Stok Masih ada 



Free Goodies untuk 1500 pembeli pertama. 
Full size beauty products. Sementara stock masih ada. 
PSTT; jangan lupa masukkan code : ALTHEATURNS1




Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!
Rebate will be credited into your account. 






Wish Althea A Happy Birthday di Instagram dari 20/7/16 - 15/8/16 menggunakan Kit Birthday Party Althea untuk peluang memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai 10,000,000 krw . Woww banyaknya...
Bagaimana Untuk Sertai contest ini ?
1. Dapatkan Kit Althea Birthday Party DIY anda apabila anda membeli-belah dari 20/7 dan seterusnya pada https://my.althea.kr/ Sementara stok masih ada.

2. Selfie dengan topi parti anda & ingin kita Birthday Happy pada Instagram dengan hashtag # AltheaTurns1 # AltheaKorea untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menakjubkan dari Althea Korea.

HADIAH:
------------
Hadiah Utama x 1 Pemenang
Macbook Air + Ipad Air 2

Hadiah Kedua  x 2 Pemenang
iPhone 6S / Samsung Galaxy S6 Edge

Hadiah Ke-3 x 1 Pemenang
Canon EOS M10 Selfie Camera

Hadiah Ke-Empat  x 3 Pemenang
Althea Shopping Kredit $ 300

Hadiah ke 5 x 10 Pemenang
Althea Beauty Box bernilai $ 100

Hadiah Saguhati x 30 Pemenang
Althea Shopping Kredit $ 10



 althea korea 1st birthday celebration


Untuk info lebih lanjut .. layari ALTHEA KOREA 

Facebook :
  Althea Malaysia 



Instagram :
  Althea Korea 

 website 
: http://my.althea.kr/


Biodata Raja Afiq

Raja Afiq , Gambar Sumber Google 
Biodata Raja Afiq || Pelakon baru Raja Afiq sekarang berlakon memegang watak sebagai Kapten Ustaz Muhkriz ni menjadi Hero dalam drama Akasia di TV 3  ,  Sayangku Kapten Mukhriz .. Oh rupanya sebelum ni dia pernah berlakon dalam Hello MR Perfect , baru dua drama ni je kot rasanya dia berlakon. Sebab tu ramai yang tak berapa kenal..termasuklah Lisa ..hehehe..  

Nah untuk kalian yang nak tahu lebih detail lagi biodata penuh Raja Afiq ni ..baca bawah ini. 

Nama penuh : Raja Muhammad Afiq bin R. Razali

Nama glamour : Raja Afiq

Asal : Kuala Lumpur

Tarikh Lahir : 19 Ogos 1994

Umur : 22 tahun (2016)

Bakat  mula menyerlah selepas  melalui ujibakat DFKL (Drama Festival Kuala Lumpur) 2014

Drama : Hello Mr. Perfect , Sayangku Kapten Mukhriz (2016)

Laman Sosial :
Instagram : www.instagram.com/raja_afiqq



Niat Puasa Enam dan Puasa Ganti Ramadhan


Dah 10 hari masuk bulan Syawal.. aik..tak habis beraya lagi ke tu ? Kalau dah habis keliling rumah open house dan beraya..apakata jom kita puasa Enam bulan Syawal. Ada yang mengatakan boleh di satukan antara puasa 6 syawal dengan puasa ganti .. ada pula yang mengatakan tidak boleh kerjakan serentak . Kalau dikerjakan serentak nanti hilang pahala disalah satu puasa tersebut .

Lafaz Niat Puasa Sunat Enam (6) Syawal 

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala”



Lafaz Niat Puasa Ganti Puasa Ramadhan Dalam Rumi

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhona lillahi taala
Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala



Isu Penukaran Kad ATM Maybank

Betul Ke Kad Maybank Perlu Tukar Sebelum 31 Julai 2016 ?|| Beberapa hari ini ramai kawan yang guna kad ATM dan kad Debit dapat message Maybank yang isinya suruh mereka tukar ke kad baru selambatnya 31 Julai 2016 ini. Masalahnya betul ke ?  Message yang lebih kurang berbunyi:

"RM0.00 MBB: SILA TUKAR KAD DEBIT ANDA KEPADA KAD BAHARU BERCIRI PIN SECARA PERCUMA DI CAWANGAN MAYBANK BERHAMPIRAN ANDA HARI INI. TERIMA KASIH."

Untuk kepastian , Lisa tanya le kat abang Lisa yang kerja Maybank tu . Dia cakap message 31 Julai 2016 tu hanya untuk staff Maybank sahaja , sedangkan untuk customer Maybank.. penukaran kad baru boleh dilakukan sampai hujung tahun ini 31 Disember 2016 .
Tukar kad yang ada logo payWave atau DEBIT , rujuk gambar . 


Dan pihak Maybank pun dah memuat naik kenyataan petang tadi mengenai isu tukar kad tu . 

Dear Maybank Customers,
It has come to our attention that there have been SMSes, emails, FB postings, and WhatsApp messages being circulated regarding the requirement to replace your Maybank Debit cards by 31 July 2016 and that a fee of RM12 will be applicable for replacements made after 31 July 2016.
Please be informed that this message was not sent or authorised by Maybank. If you receive such a message, please ignore it. We request all customers to refer to our website at http://mybk.co/xfkv for more details on card replacements and http://www.maybank.com.my for latest information on all of our products and services.
We would also like to clarify that all Maybank ATM/Debit Cards will have to be changed to the new enhanced PIN-enabled MyDebit Card now. There is no cost involved for the replacement. If you have not already done so, please change your card immediately at any Maybank branch so that you can continue enjoying the convenience of the Maybank ATM/Debit card.
Thank you.



Perlu atau tak tukar kad ATM atau Debit Card ke kad yang baru ? 

Jawapan : Perlu , kad ATM yang lama yang tiada logo Debit  atau myDebit perlu tukar ke kad yang baru  dan tempoh penukaran kad tu sampai hujung tahun ini 31 Disember 2016 bukan 31 Julai 2016

Selepas ini kad debit akan ada logo payWave (rujuk gambar diatas ) ..

payWave ni mudahkan kita buat bayaran hanya dengan melayangkan microtag payWave tanpa  sentuhan bagi membolehkan pelanggan menikmati kemudahan yang lebih baik dan pantas untuk membuat transaksi setiap kali membuat pembayaran. ala.. macam tuch n go tu .. jadi kalau korang nak guna kad ni .. tak perlu sign lagi dah . just masukkan pin sahaja. Nak tahu detail lagi..boleh tanya staff Maybank ye .. 

contohnya :  perniagaan yang menyediakan kemudahan terminal Visa payWave ketika ini termasuk Krispy Kreme, Radio Shack, Aeon, Aeon Big, TGV Cinema, KLIA express, Sogo dan Coffee Bean.


Kesimpulan Lisa : Ya memang perlu tukar kad ATM atau debit kepada kad yang baru , dan untuk tempoh penukaran pula sampai 31 Disember 2016. Kalau kalian tukar sekarang ..mesti bank cakap tak perlu tukar.Dan kemungkinan besar kena tunggu sebab ramai orang nak tukar atau kehabisan kad.


UPDATE 27/9/2016: 


Baru-baru ni dapat sms viral di group whatsapp yang mengatakan penukaran kad maybank kena dibuat sebelum Oktober ni , kalau tak nanti akan dikenakan cas yang boleh tahan banyak le juga. Lisa dah double konfirm dengan pekerja bank , message berantai yang tersebar di whatsapp tu PALSU ! Lisa memang dah agak dah dari awal , sebab entri sebelum ni Lisa dah bagitau yang penukaran kad bank untuk Maybank ni sampai hujung tahun ni dan cas pun tak sampai la RM 200.00 , mengarut betul.. huh.   Ayat yang viral tu lebih kurang macam ni lah


Friendly reminder...for those customers who had not yet to change new ATM cards after 30/09/16, B.Islam will charge RM21/-,BSN RM60/-, Maybank RM200/, whilst CIMB is silent but existing cards will b invalid effective 01/01/17 .Bank Islam opened until 7 pm(Mnday to Thursday, n open until 1.30pm on Sturday ..at any branch u can do it...hurry up.

PAUTAN : CARA TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE PERCUMA 


Untuk korang yang dah bosan dengan gambar cerry pada kad MAYBANK.. try design kad korang dengan gambar sendiri . Baca seterusnya di :  Cara Buat Kad Maybank Dengan Gambar Sendiri 


Cara tukar kad ATM bank  BSN dan CIMB : Pergi cawangan bank terdekat, bawa IC dan Buku bank untuk jaga-jaga . 

Cara tukar font terbaru whatsapp

Whatsapp dah update dengan font baru la. Sebelum ni dengan font BOLD dan Italic  ... hari ni pula font ' fixed width ' based on email la sebab Lisa cari dalam microsoft word tak jumpa la pulak font yang sebiji macam dalam gambar tu . Macam biasa la.. kalau ada sesuatu baru ni memang Lisa jadi jakun dan teruja sikit sebab lain dari orang lain. Dan pastinya orang akan tanya macam mane nak tukar font ? Cara buat font terbaru di whatsapp 

Cara tukar font terbaru whatsapp : 

Font whatsapp terbaru :  Fixed width
depan dan belakang tulisan tu .. kalian letak tanda [ ``` ]
contohnya :
 ``` kena jadi sepet dulu baru leh font lain ``` 
nanti font tulisan kalian akan bertukar seperti dalam gambar diatas . 

Dengar cerita whatsapp kini share maklumat pribadi pengguna ke facebook ? korang mesti tak nakmaklumat data korang disharekan ke pihak ketiga. baca entri ni untuk BATALKAN NEW WHATSAPP AGREEMENT SHARE MAKLUMAT KE FACEBOOK. 
Selamat mencoba ! 

Senarai Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz

 Senarai Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz TV3 || Rasanya cepat pula drama Seindah Takdir Cinta berakhir.. hehe sapa yang tengok dari awal ? Kali ini digantikan pula dengan drama Sayangku Kapten Mukhriz . gandingan baru Raja Afiq dan Niena Baharun sebagai pelakon utama .Lisa tak berapa kenal sangat hero dan heroin ni ,.. tapi cubalah tengok mana tahu best kan . Cerita seorang doktor dengan seorang kapten Tentara.drama adaptasi dari  novel Anugerah Terindah karya Sophilea . 


Barisan Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz  



PELAKONWATAK
Raja Afiq Kapten Ustaz Mukhriz
Amaniena Baharun Dr Arianna Dahlia
Ikhlas Jalil Kapten Ustaz Fauzan
Hafizul Kamal Zakuan
Neera Azizi Dr Anisa
Reen Rahim Siti Awina
Fezrul Khan Leftenan Komander Izzudin
Ieka Zulkifli Marlia
Hafizuddin Fazil Tuan Razlan
Khaty Azian Puan Sharifah Radziah
Noniswara Puan Zarina
Nurul Iliyana Mirza
Alif Hadi Syamsul Baharin
Nur Sarah Alisha Puteri
Feiyna Tajudin Rabiatul Adawiyah
Azzahra Ahmad Harlina
Mohd Fadhil Kapten Fadzhil
Tash Yong Amrina
Aliff Aziz Dr Faizal
Iskandar Zulkarnain Syamsul Bahrin
Alex Faizal Syamsudin


JUDUL : SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ
EPISOD : 23 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Julai 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Sophilea
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Raja Afiq, Niena Baharun, Ikhlas Jalil, Hafizul Kamal, Neera Azizi, Reen Rahim, Fezrul Khan, Ieka Zulkifli, Hafizuddin Fazil, Khaty Azian, Noniswara, Nurul Iliyana, Alif Hadi, Nur Sarah Alisha, Feiyna Tajudin , Azzahra Ahmad, Mohd Fadhil, Tash Yong, Aliff Aziz, Iskandar Zulkarnain, Alex Faizal


Lagu : Anugerah Terindah
Penyanyi : Black Hanifah
 dan  juga "Kali ini  "  yang dinyanyikan oleh CHerpen Band .


Sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz : 

Berkisarkan tentang kehidupan Kapten Ustaz Syed Mukhriz Al-Attas, pegawai KAGAT yang berkhidmat di situ, seorang lulusan UIA dan berasal dari Perlis. Mukhriz menjadi tumpuan warga kem kerana kisah hubungannya dengan Kapten Aliza yang menjadi perhatian. Kapten Aliza Adeline, keturunan cina jatuh cinta pada Mukhriz. Malah, ramai yang suka mereka bersama sebab merasakan mereka pasangan yang sepadan. Namun, keputusan Mukhriz untuk menolak cinta Kapten Aliza membuatkan wanita itu kecewa dan minta ditukarkan ke Kelantan. Gamat seketika suasana. Ramai yang simpati pada Kapten Aliza kerana tahu Kpten Aliza sedang mendalami Islam dan perlukan pembimbing. Namun Mukhriz bimbang jika Aliza mahu memeluk Islam kerana mahu berkawin dan bukan kerana sinar Islam itu sendiri. Dan Mukhriz juga mengalah kerana dia tahu Fakhrie begitu sukakan Aliza dan berdoa agar suatu masa nanti mereka akan bertemu jodoh.

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.

Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz


Tarikh Hari Raya Aidil Fitri 2016

Tak terasa dah 29 hari kita berpuasa di bula  ramadan ini. Dan yang pasti kalian tunggu-tunggu.. nak tahu tarikh bila hari raya puasa nanti. Penyimpan mohor besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan Tarikh hari raya aidil fitri 2016M jatuh pada Rabu, 6 Julai 2016 bersamaan 1 Syawal 1437H

Selamat hari raya Aidil Fitri untuk sahabat pembaca ciksepet.com , ampun dan maaf jika ada terguris hati dengan penulisan selama ini. 

U Mobile 30GB Internet RM98 Sebulan

U Mobile 30GB Internet RM98 Sebulan  || Setiap hari tehnologi bertambah canggih , persaingan sesama telco di Malaysia macam semakin panas je . Yang terbaru , promo dari U MOBILE , menawarkan 30GB dan panggilan percuma kesemua rangkaian  tanpa had hanya dengan bayaran bulanan RM98 (tidak termasuk gst) . WOW...murah sangat ! .. selain panggilan percuma kesemua rangkaian , umobile juga menawarkan Free Unlimited Streaming  dan Free Video Subscription




Kelebihan plan Hero P98 :
*Data Internet sebanyak 30GB (dengan high speed internet)
*Unlimited call ke semua rangkaian
*Free Video subscription
*Free Unlimited Streaming
*Manakala untuk SMS , bayar ikut kegunaan SMS  ( rate sms ke telco u-mobile 3sen/SMS dan 8sen ke rangkaian lain ) 


NOTA : untuk panggilan percuma , U Mobile mempunyai FUP tersendiri supaya pengguna tidak menyalah-guna fungsi panggilan tanpa had ini.

Tapi kelemahan  U Mobile ini ialah tak semua tempat ada coverage . Sayang kan... biasa di daerah kampung atau pedalaman sikit or taman baru memang takda coverage u mobile. dan bukan semua tempat ada 4G umobile .. jadi , sila check coverage dulu sebelum daftar . 

Kalian boleh check di pautan berikut : Check Coverage U Mobile 



© all rights reserved
made with by templateszoo