Ad

Showing posts with label pernikahan. Show all posts
Showing posts with label pernikahan. Show all posts

Pelamin Tema Hello Kitty

Pelamin Tema Hello Kitty - Kluang 

Assalamualaikum ! Hello apakabar.. hehehe. Wah baru-baru ni viral pelamin kahwin dengan tema Hello Kitty . Penggemar Hello Kitty betul la tu kan . Ye wak.. memang wujud.. di Kluang -Johor di  Majlis pernikahan Teja + Miemy . Ayah pengantin perempuan adalah seorang pemilik Sri Andaman Mempelai .  andam bridal famous kat Kluang ni . Rasanya peminat hello kitty boleh menangis histeria tengok ni . haha comel weih.. 

Gambar Pelamin Tema Hello Kitty 

Pengantin pun cantik ., bridal cantik , pelamin cantik.. Photog gambar cun ... fuhh semua cantik . Aku minat juga dengan Hello Kitty ni , tapi minat gitu-gitu je .. heeww... Nah Lisa bagi detail semua yang menjayakan majlis ini. Korang yang nak kawen tu boleh la try usha .. Gambar pelamin Tema Hello Kitty ada dibawah ini juga. 


www.wasap.my/+60197579703 Sahrul Sham Samingan
Busana | Sri Andaman Mempelai
Designer by Hanna Othman
MUA | Cici Idris


Photo by Sempoi Photography & Services













PRINTCIOUS ,Hadiah Istimewa untuk Insan Tersayang !

PRINTCIOUS  , Berikan Hadiah Istimewa untuk Insan Tersayang ! 

Tiba musim perayaan hari jadi mesti Lisa pening nak beli hadiah apa . Nak yang unik tapi special , maksudnya akan diingat sampai bila-bila la . Macam tempoh hari nak belikan hadiah untuk cucu boss , pening nak beli apa so last-last beli je la anak patung , mana tau jadi bantal busuk dia .  Lisa pun cakap dengan dia , " simpan elok-elok dan jangan buang andaikata Akak dah tak kerja disini  ..jangan lupa akak tau . "  Pastu spontan dia cakap la , ha.. macam tu letak gambar akak dan saya la di anak patung ini , boleh tengok kalau rindu. Ahaks.. bernas juga idea dia ni ha, tak terfikir sampai kesitu .Tapi mana nak cari barangan yang boleh DIY , tempah ikut gambar yang kita nak ni ? .. ha.. baru teringat ,.. PRINTCIOUS kan ada ! Boleh lah Lisa nak berikan hadiah istimewa untuk orang yang tersayang . 

Tempah / DIY Hadiah Dengan Mudah Hanya di Printcious 

Bukan hanya untuk hadiah harijadi je tau , Gift for her , Gift for Him , hadiah untuk anniversary , Pernikahan , hadiah hari Bapa , Hari Ibu , Graduasi atau bahkan untuk door gift weeding pun boleh juga . Nak letak gambar atau tulisan pun boleh , letak dalam Mug , T-shirt , pillow , ceramic , puzzle , atau kanvas letak didinding.. dan banyak lagi . Menarik bukan , alarr.. rasa nak buat juga la .   Teringin ada Mug gambar sendiri , mana tau lepas ni rajin minum air. Pillow gambar sendiri atau gambar dengan orang tersayang .. EHEM ! 













Wow.. nampak tak ? begitu banyak pilihan untuk korang design sesuai dengan keinginan masing-masing . 

Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart 

Dengar nama pun menggambarkan something yang spesial kan ? wah teruja betul dengar perkataan Printcious ni . Dengan tagline .  “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart” Hadiah istimewa dari dalam hati untuk orang tersayang.. , mendalam sungguh makna ayat itu . Pasti hadiah ini akan jadi hadiah yang tak kan dapat dibeli dimana-mana kerana design itu kita sendiri yang pilihkan , sama ada gambar atau tulisan dengan kata-kata dari kita . Limited edition !

Sebenarnya Lisa bagi personal gift sebab nanti harapnya hadiah itu akan kekal disimpan walaupun dah lama , mereka akan tetap ingat dengan kita . Hadiah yang tiada terganti dan tak dapat dibeli ditempat lain . Ada nilai sentimental tersendiri lah kan. 

Mudahnya Design Sendiri Hadiah di Printcious !


Semudah ABC ,  ternyata cara untuk design sendiri hadiah yang kita nak tu taklah susah mana pun . Untuk memudahkannya , dalam website Printcious ada bagitau step by step ; 





T-shirt ini bukan hanya tulisan design sendiri , nak letak gambar pun boleh . 




Comel gak kan MUG berwarna ni , sama je , boleh letak tulisan dan juga boleh letak gambar korang. Rasa nak letak muka Lisa dan tulis www.ciksepet.com hihihih.. rewards untuk diri sendiri . 




Rasa nak buat pillow ni lepas tu letak gambar Lisa and budak perempuan cucu boss tu la , mesti dia suka . Hehehe... Lisa memang rapat dengan dia semenjak dia bayi lagi ... ugh...mesti dia suka nanti. Tak sabarnya rasa nak tempah dan design ikut suka Lisa . 

Semua dihujung jari , zaman internet lah katakan . Tinggal masuk ke laman website printcious.com , kemudian pilih hadiah mana yang berkenan dan ikuti langkah yang dah terdapat dalam web tu . Rambang mata pula dibuatnya .. tak perlu susah nak pergi cari kedai untuk tempah lagi dah weih . Hadiah istimewa untuk yang tersayang hanya di Printcious. 




Gambar Pernikahan Eleena Sui - Faisya


Ingat lagi tak dengan Eleena Sui pelakon dalam Suri Hati Mr. Pilot yang memainkan watak sebagai Inara , ? .. ala.. yang ala-ala muka chinese tu . Sebeluim ini Lisa ada tulis entri mengenai Biodata Eleena Sui , Alhamdulillah semalam 4 Februari 2016 , Eleena Sui atau nama sebenar Nor Eleena Hamzah telahpun selamat di ijab-kabulkan dengan pasangan, Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman , 31tahun . Aloloh.. mesti ramai yang kecewa kan , hehee... artis kesayangan dah bertukar status isteri orang . Gambar Pernikahan Eleena Sui lawa-lawa weih... jom tengok . 

Gambar Pernikahan Eleena Sui 

Nah Lisa belanja gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Eleena Sui dan -Faisya petang tadi











Gambar Majlis Berinai Eleena Sui dan Faisya








Gambar Majlis Resepsi Pernikahan Eleena Sui dan Faisya 








Lawa sungguhkan Eleena Sui ni , hehehe .. kalau nak tengok lebih banyak gambar pernikahan Eleena Sui dan Faisya .. korang boleh terus tengok di instagram : @eleena.sui

Tahniah Eleena Sui dan Faisya , selamat menempuh alam perkahwinan yang baru :) 

Gambar Pernikahan Saharul Ridzwan - Deena Emir



Alhamdulillah , dengan sekali Lafaz.. Saharul Ridzwan dah selamat bergelar suami dari Qabella Deena Emir pagi tadi . Satu lagi artis lelaki kacak idaman  gadis-gadis diluar sana 9(termasukla Lisa hehe) .. kini dah jadi suami orang . Pernikahan Saharul dan Deena berlangsung di Masjid Sultan Zainal Abidin, 16 September 2016awal pagi tadi jam 8.30 . Aloolohh.. mesti ramai yang patah hati , lepas Shukri Yahaya  , Shaheizy Sam kini Saharul Ridzwan pula.. rileks la..ramai lagi artis lelaki yang lain hehehe... doakan untuk kebahagiaan pasangan suami isteri ini ya . 

Gambar Pernikahan Saharul Ridzwan dan Deena Amir

Gambar pernikahan mereka di ambil oleh +amirnaufal photo  













Apapun ,, Lisa ucapkan Tahniah kepada Saharul dan Deena  ( lap hingus , nagis bucu katil )  , Semoga pernikahan kalian dirahmati oleh-Nya sampai bila-bila .  Untuk gambar sepenuhnya boleh tengok di Instagram 
@deenaemir




Cara Ukur Saiz Cincin

Cara Ukur Saiz Cincin || Ramai yang tak tahu nak jawap macam mana kalau ditanya mengenai berapa size cincin .. betul tak ? haha takperlu tanya orang lain.. sebab Lisa sendiri pun tak tahu . Buat apa susah-susah , nak beli cincin.. pergi je terus ke kedai emas tu . Try la satu-satu..ha.. nanti pasti jumpa saiz cincin yang sesuai .

 Tapi.. cuba banyangkan kalau kalian nak kahwin dengan orang nun jauh disana. Contoh : Orang sabah kahwin dengan orang Johor .. tak ke jauh .  Kalau datang nak merisik mesti bawa cincin datang kan... nah macam mana nak tahu saiz tu ? Orang cakap jari kelingking lelaki sama saiz dengan jari manis perempuan.. Ya kalau badan lebeh kurang .. kalau yang lelaki kurus yang perempuan badan chuby macam mana ?? hahah tak boleh guna petua tu ... tak apa.. Lisa kongsi tips atau cara untuk ukur atau  size cincin . Jom baca ! 



Abaikan baju KitKat tu .. hehehe.... Bahan yang perlu kalian sediakan untuk ukur size cincin ialah : 
1 . Kertas / benang sepanjang 10 cm . lebar 5mm dah, tak perlu lebar sangat 

2. Pen 
3. Pembaris 

Jom kita cuba cari ukuran size cincin dengan cara ukur keliling jari : 


1. Lilitkan kertas atau benang tadi dijari . Kemudian tandakan dimana kedua hujung bertemu . Jangan ketat sangat.. jari tu buat rileks je ..


2. Ukurpanjang kertas yang telah kita tanda tadi .  
Contoh macam Lisa ni .. 5.2cm . Saiz cincin dengan ukur lilit jari ialah  : 11 .


Untuk Rujukan size cincin , lihat gambar berikut ! Siap...







Mudah je kan.. sekarang tak perlu pening lagi macam mana nak tahu saiz cincin . Kalian dah tahu saiz cincin jari Lisa... takda sapa nak bagi free cincin bentuk crown macam kat atas tu ke ? hahahaha

Selamat mencoba .. semoga tips ini berguna untuk kalian yang akan bertunang atau merisik orang tapi duduk berjauhan . 

© all rights reserved
made with by templateszoo