Ad

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

BIODATA ISYARIANA

BIODATA ISYARIANA

Isyariana merupakan pelakon yang mula meningkat naik di Malaysia.  Isyariana Mula dikenali setelah berlakon dalam Drama Lelaki Kiriman Tuhan. Wajahnya ada iras Agnes Monica artis Indonesia tu , kadang nampak macam Ayda Jebat pon ye juga . Pelakon bernama penuh Isyariana Che Azmi atau lebih mesra di kenal dengan ISYARIANA , Jom ketahui lebih detail tentang BIODATA ISYARIANA ni . 

BIODATA ISYARIANA AZMI

Nama Penuh: Isyariana Che Azmi
Nama Komersial: Isyariana
Nama Panggilan: Isya
Tarikh Lahir: 31 Oktober 1990
Umur: 29 Tahun (2019)
Asal: Temerloh, Pahang
Kediaman: Kuala Lumpur
Status: Bujang
Pendidikan: Diploma Seni Bina dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Agama: Islam
Kerjaya: Pelakon dan Penyanyi
Drama: Married Tapi Benci, Cerita Dari Mastika: Mayat Ipoh Melambai, Urusan Hati Cik Drama Queen, Cik Serba Tahu, Duda Pujaan Dara, Geng Tadarus, Jangan Padam Rindu, Lelaki Kiriman Tuhan, MataKetiga, Cerita Dalam Kain: Suamiku Pondan, Calon Menantu Tuan Rumah, Puteri Yang Ditukar , TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI 

Telefilem: Cinta Bae Kicap, Malam Ini Aku Menangis, Secarik Kasih Mama, Kipas Belum Mati, Pentas, Izinkan Aku Menyayanginya, Papa Segera
Lagu/Single: Girlfriend, Deritaku, Tiba Kini Waktu
Instagram: @isyariana
Facebook: https://www.facebook.com/pg/isyarianaAf2016
Twitter: @isyariana

GAMBAR ISYARIANA









PELAKON CINTA FATAMORGANA


PELAKON CINTA FATAMORGANA

Rasa sekejap je kan drama Zahir Tak Terucap , semenjak Akasia tayang dari Isnin- Jumaat. Kali ini drama bersiri hasil sentuhan sutradara Heykal Hanifah bertajuk 'Cinta Fatamorgana' yang akan mengisi slot Akasia di TV3. Dibintangi oleh Aeril Zafrel, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, dan Nazeera Sardi.ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3 .Antara PELAKON Cinta Fatamorgana ialah : Aeril Zafrel, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, Nazeera Sardi, Shahz Jaszle, Norman Hakim, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Emelda Rosmila, Dayana Roza, Asry Azizan, Mak Wan, Linda Rafar .

SENARAI PELAKON CINTA FATAMORGANA


PELAKON
WATAK
Aeril Zafrel
Rifqi
Wildad
Huzair
Nazeera Sardi
Delina
Shahz Jaszle
Jamil
Rusdi Ramli
Tuan Munir
Emelda Rosemila
Karmila
Norman Hakim
Tuan Deraman
Dayana Roza
Roza
Faezah Elai
Wahidah
Asry Azizan
Shakir
Linda Rafar
Puan Habibah
Mak Wan
Mak Seha


LAGU TEMA / OST 

Tajuk : Fatamorgana Cinta
Penyanyi : Asfan Shah
Lirik : Ahmad Fedtri Yahya

SINOPSIS CINTA FATAMORGANA

Huzair dan Rifqi berkawan baik sejak kecil dan sama-sama mempunyai perasaan pada Nur Wildad. Selepas SPM, ayah Huzair membiayai pendidikan mereka di Universiti. Huzair dan Wildad kemudiannya bertunang, namun ketika Huzair sibuk dengan kerjanya, hubungan Rifqi dan Wildad semakit erat. Ketika bekerja, Huzair kemalangan dan lumpuh sebelah kaki dan buta. Setelah sembuh, dia kembali untuk menuntut Wildad dan Rifqi mengalah, namun Huzair menyedari bahawa Wildad lebih menyintai Rifqi lebih dari dirinya.

GAMBAR PELAKON





Best-best pelakon yang muncul dalam drama ini , rasa nak tengok juga laa hehehe 

Biodata Mona Allen

Biodata Mona Allen

“Awak Nampak Birulah”  Korang masih ingat dengan Tasha Celcom pada tahun 1999 ? Telatah manjanya dalam iklan Celcom membuatkan Muna meraih populariti yang tinggi dalam sekelip mata. Ya.. orang yang sama iaitu MONA ALLEN atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen . Pernah berlakon dalam drama Mr Donut karamel dan juga cik serba tahu , buat masa ini Mona melakonkan watak Ramona dalam MONALISA . Jom ketahui lebih lagi tentang Biodata Mona Allen



Biodata Penuh Pelakon  Mona Allen


Nama Penuh: Munna Hafiraneza Allen
Nama Panggilan: Mona Allen
Mona Allen berdarah kacukan Melayu-Inggeris 
Umur: 33 (2018 )
Kerjaya: Pelakon ,hos 
Drama: Mr. Donut Karamel, Cik Serba Tahu , Drama Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah! (2017) , MONALISA 
Pernah menjadi hos program Sinaran Pasport pada tahun 2000 . 

Laman Sosial:
Twitter: https://twitter.com/monaallen_ma

Gambar Mona Allen 




Tahniah Siti Nurhaliza Bersalin Bayi Perempuan


Alhamdulillah ! Yang dinanti-nanti telah lahir dengan selamat . Rasa Happy pula dapat perkhabaran yang Tok Ti bersalin . Tahniah untuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi. Tak sabar nak tengok dan tahu nama #babyctdk . 

Tahniah Siti Nurhaliza Bersalin Bayi Perempuan 


Aku happy hari ni ! Even bukan aku yang melahirkan, tapi aku happy sebagai peminat Tokti. Tahniah Tokti dan suami atas kelahiran zuriat yang lama dinanti ! penantian 11 tahun berakhir jua 


Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. 
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak
Pengurus

Tak sabar nak tengok wajah dan nama anak Dato' Seri Siti Nurhaliza dan Dato' Seri  Khalid...
Korang pun teruja juga bukan... <3 

Biodata Livonia Ricky Guing

Pernah berlakon dalam Isteri Tuan Ihsan , dan sekarang pula memerankan watark Nur dalam drama Tiada Arah Jodoh Kita . Wah... Cantik menawan, tinggi lampai dan berbakat besar.  Anak jati Kuching, Sarawak ini mula mengetuk pintu industri seni hiburan tempatan selepas menjuarai program realiti Pilih Kasih (PK) musim kedua beberapa tahun lalu. Bermula dari situ, aktres berbangsa Bidayuh ini teguh berdiri memperdagangkan bakat seninya. Paling menarik, bintang berusia 26 tahun ini turut aktif menyertai beberapa pertandingan ratu cantik seperti Miss Malaysia Earth , Miss Universe dan Miss Tourism Queen International. Wah banyak juga ya .. Jom ketahui biodata Livonia Ricky Gaung lebih detail lagi . 

Biodata Livonia Ricky Guing

  • Nama Penuh: Livonia Ricky Guing
  • Nama Komersil: Livonia Ricky
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Tarikh Lahir: 19 Februari 1991
  • Asal: Kuching, Sarawak
  • Adik Beradik: Anak ketiga daripada lima beradik
  • Bangsa: Bidayuh
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model & Ratu Cantik
  • Drama/Telefilem: Isteri Tuan Ihsan, Cinta Hati Batu, Tiada Arah Jodoh Kita, Misi Damia Cun, Keluarga Pontimau, Ladang, Nasi Dagang Nasi Ayam, Mai Chek Mai, Melur Vs Rajawali, Antara Maghrib Dan Isyak, Inspirasi Varsiti, Melodi Perantauan, Izinku Kembali, Kukemis Kasihmu, Coklat dan banyak lagi.
  • Filem: Rentap & Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior.


Laman Media Sosial Livonia Ricky



Yang  Menarik Tentang Livonia Ricky

  • Graduan Jurusan Sains Kulinari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kota Samarahan, Sarawak.
  • Nama Livonia diambil sempena nama sebuah bandar di Michigan, Amerika Syarikat oleh ayahnya.
  • Pernah menjadi pengacara bersama dalam rancangan Suka Lattew bergandingan dengan Shahrol Shiro dan Alif Satar yang disiarkan di saluran Astro Ria 104.
  • Turut mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Livoniavers.
  • Sangat mengagumi aktres popular Hollywood iaitu Sofia Vergara dan Chloe Moretz.
  • Sukakan warna hitam dan merah.
  • Gemar melakukan aktiviti lasak seperti tinju.
  • Pernah digosipkan berkahwin dengan suami orang namun si cantik ini menolak dakwaan berkenaan.
  • Instagram merupakan satu-satunya media sosial yang dimiliknya.
  • Sehingga artikel ini ditulis, Livonia mempunyai lebih 40,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik  Livonia Ricky






Biodata Aprena Manrose


Biodata Aprena Manrose 

Lisa mula kenal semenjak muncul dalam drama bersiri popular Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin. Watak jahat dalam drama tu , tapi kali ini dia hadir dengan watak utama sebagai Afiya Alwiya dalam drama Tiada Arah Jodoh Kita gandingan bersama Shukri Yahaya.  Tertanya juga siapa Aprena Manrose ini? Jika korang nak tahu, beliau sebenarnya adalah adik kepada pelakon Octavia Manrose dan juga anak kepada Iwan Raja Dangdut. Hmm.. patutla nama mereka lebih kurang je kan ada rose rose gitu . Nak tahu lebih detail tentang  Biodata Aprena Manrose .. jom baca sampai habis ! 

Biodata Aprena Manrose

Nama Penuh: Wan Syahera Puteri Aprena Binti Wan Syahman
Nama Komersil: Aprena Manrose / Syahera Manrose
Umur: 24 (2017)
Status: Berkahwin
Asal: Malaysia
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Keluarga: Anak bongsu dari tiga adik-beradik
(Adik kepada Octavia Manrose)
Pertalian: Sepupu kepada Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose
Kerjaya: Pelakon
Instagram: @aprenamanrose

GAMBAR APRENA MANROSE 


CAMBAR APRENA MANROSE




BIODATA JANNA NICK


Lisa mula kenal Janna Nick ni dari drama Kau , Aku, Kita , yang dilakonkan dengan Saharul Ridzwan . Dari drama tu la terus rasa berminat dengan lakonannya.. hee kira jatuh cinta pandangan pertama gitu .  . Sempoi , dan tak kaku . Sekarang ni tengah HOT berlakon sebagai Dani di My Coffee Prince. Jom baca lebih detail Biodata Janna Nick 

Biodata Janna Nick

Nama Penuh : Nurul Jannah binti Muner
Nama Komersil : Janna Nick
Tarikh Lahir : 1 Jun 1995
Umur : 22 tahun (2017)
Ketinggian : 165 cm
Asal : Sungai Petani, Kedah
Keturunan : Darah campuran Cina-Pakistan dan Thai
Status : Belum berkahwin
Kerjaya : Pelakon, pengacara dan penyanyi
Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pencapaian : Menang sebagai Aktres Pilihan (Kau Aku Kita) dan Pasangan Pilihan (bersama Syarul Ridzwan) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016
Keluarga : Anak kedua daripada empat beradik
Lagu Single : Mungkin Saja – OST Suami Tanpa Cinta

Laman Sosial :


Drama :
  • Mek Kelate
  • Syurga Nur
  • Jodoh 1 2
  • Syurga Di Wajahmu
  • Dan Calonnya Adalah
  • Di Penghujung Dendam
  • Puasa Oh Puasa
  • Kasih Berbisik
  • Keluarga Karaoke
  • Anak Ke-5
  • Kau Aku Kita
  • Abang Sado Jemur Kain
  • Si Montel
  • Terlanjur Mencintaimu
  • Kopi Sentul Mocha Santorini
  • Jawatankuasa Kampung Kalut (J.K.K.) – Episod Hari Keluarga
  • Suami Tanpa Cinta
  • My coffe Prince 
  • DIA 
Filem 

  • Kerja Kahwin


Gambar Janna Nick 





Baru-baru ini Akaun Instagram Janna Nick kena hack , alhamdulillah dah dapat semula . Untuk kalian yang ingin tengok lebih banyak lagi gambar Mak Jenna , boleh trus terjah Instagram https://www.instagram.com/jannanick

Biodata Puteri Aishah

Ingat lagi tak cikgu Aishah yang dapat surat cinta dari anak murid tu , ha... Puteri Aishah selain menjadi cikgu , ternyata dia juga seorang model dan pelakon tau . Sekarang ni Aishah berlakon dalam drama TV3 Slot Akasia , Lelaki itu Pemilik HatikuPernah Sertai Program Dewi Remaja 2014/2015 . Nak tahu lebih detail lagi , Biodata Puteri Aishah ada dibawah . 


Biodata Puteri Aishah



Nama Penuh: Puteri Aishah binti Sulaiman
Nama Panggilan: Puteri Aishah
Tarikh Lahir: 6 Jun 1994
Umur: 23 (2017)
Asal: Kuala Lumpur
Kerjaya: Pelakon, Model, Guru
Pendidikan : Diploma Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
Pencapaian: Pernah Sertai Program Dewi Remaja 2014/2015
Drama: Cik Cinderella dan Encik Tengku, Kahwin Muda, Jasmine, Cinta Roller Coaster (2016)
Telefilem: Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya
Laman Sosial:
Facebook: Puteri Aishah
Twitter: Puteri Aishah 

Gambar Puteri Aishah 




Gambar Perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo


PERKAHWINAN SONG JOONG KI - SONG HYE KYO




Finally , wedding atau perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telahpun berlangsung hari ini 31 Oct 2017  . Setahu Lisa , Song Hye Kyo mula famous selepas berlakon dalam drama korea -  FULL HOUSE . Lagi satu.. drama Descendants of The Sun , setahun atau dua tahun lepas macam tu la Gambar Perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo menjadi pelakon watak utama .. tak sangka hari ini mereka dah menjadi husband and wife . Alohh.. jangan sedih ye yang Crush dengan Song couple ni.. jangan patah hati nangis guling-guling ye . Hehehe.. 

Gambar Perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo 


Kalau tengok betul-betul kan.. muka mereka ada iras macam kembar kan ? Meh Lisa kongsi gambar  #SONGSONGCOUPLEWEDDING . Dengar cerita mereka hanya menjemput keluarga dan kawan terdekat je , tetamu sebanyak 300 orang dalam majlis tertutup itu . Apapun , congratulations ! 












BIODATA TISHA SHAMSIR



Assalamualaikum ! Drama Titian Cinta telahpun sampai ke episod 3 hari Khamis lepas . Korang kenal tak SOFIA / Sofea ,watak antagonis yang jahat sanggup tikam kawan sendiri tu. Watak sofea dilakonkan oleh Tisha Shamsir Alam yang dulu pernah juga berlakon di Gerak Khas. Eh geram je tengok Sofea dalam Titian Cinta TV3 tu . Mentang-mentang si Rayan lebih kaya dari Haris , terus sailang dari Aisy .  Ter-emo pulak wak kita ni .  Biodata Tisha Shamsir ada dibawah ini. 


Biodata Tisha Shamsir 

Nah berikut biodata penuh Tisha Shamsir yang setakat ini Lisa tahu la . Tisha Shamsir (lahir Shanorbiah binti Shamsir Alam; 20 Januari 1986) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia dan salah seorang peserta Mentor musim keenam. Tisha terkenal menerusi watak sebagai Huda dalam filem Villa Nabila dan sebagai Inspektor Tisha dalam Gerak Khas.

Nama Penuh: Sharnobiah Shamsir Alam
Nama Panggilan: Tisha Shamsir
Asal: Pasir Puteh , Kelantan
tarikh lahir : 20 Januari 1986
Umur: 31 (2017)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi
Penglibatan: Bekas Peserta Mentor 6
Drama: Gerak Khas, Dia Bidadariku, Villa Nabila, Bahagia Kasihmu, Titian Cinta (2017)

Laman Sosial:
Instagram: @tisha.shamsir.alam 
Facebook : https://www.facebook.com/tisha.shamsiralam




Senarai Pelakon Titian Cinta


Senarai Pelakon Titian Cinta

Tertunggu-tunggu juga drama TITIAN CINTA TV 3  ni , ingatkan Isnin dah ditayangkan , tapi ditunda Selasa . Drama bersiri adaptasi novel Titian Cinta karya Ridhya Iman yang akan megisi slot Akasia TV3. Watak Hero dan heroin gandingan baru Zul Ariffin dan Farah Nabilah. Akan mula ditayangkan mulai 12 September ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3. Senarai Pelakon dalam Titian Cinta antaranya  : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd 



Pelakon Titian Cinta 

Watak pelakon dalam titian cinta ni mesti dah tak asing dalam mata korang . Diarahkan oleh saudara Heykal Hanifah dibawah terbitan Zamriez Golden Pictures. Nah Lisa bagi detail senarai pelakon titian cinta yang ditayangkan di TV3 



PELAKONWATAK
Zul Ariffin sebagaiUmayr Harris
Farah Nabilah Rahadatul Aisy
Tisha Shamsir AlamSofia
Daler Yusuf Ryan Smith
Shah JazleDaniel
Dian P. Ramlee Hajah Mariah
Marisa Yasmin Puan Sri Nora
Arash Mohd Tan Sri Hakim
Kuza Hajah Mariam
Rahim Jailani Haji Helmi
Dottie Sakeena
Adam Shadan Fahmi
Feiyna Taj Farah
Rais IsmailRazali
Dibi Halim Liya
Kamaliah Mat Dom Mak Siah
Qis SajatPuan Kamaliah
Kamal Ibrahim Syed Jamal
Razali GhaniPak Rusydi
FahaNafeeza
AlexandraMelissa



LAGU TEMA / OST TITIAN CINTA

Kasih - Hyper Act
Sungguh Mencinta - Qanda


SINOPSIS TITIAN CINTA

Kisah percintaan antara Rahadatul Aisy (Farah Nabilah) dan Umayr Harris (Zul Ariffin). Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya.

Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu.

Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.

Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.

Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula?


GAMBAR PELAKON 


Credit : myinfotaip










Jelajah Bas Drama Sangat Di Kluang Mall

Jelajah Bas Drama Sangat di Kluang Mall 

Hi ! korang yang selalu tengok drama-drama di TV3 dan TV9 mesti tahu dengan hastag #DRAMASANGAT . Nah.. kali ini Jelajah Bas Drama Sangat 2017 untuk tahun ketiga ini bergerak ke JOHOR , Melaka dan Negeri Sembilan . Dan semalam 11 Ogos 2017 , DSBT datang Kluang Mall ! yay.. kali kedua Lisa tengok depan-depan artis kesayangan Lisa . Aahaha.. ok teruja ! 

Drama Sangat 2017 Zon Selatan 

Siri Jelajah Bas Drama Sangat (DSBT) tahun 2017 kembali lagi dengan wajah baru . Destinasi zon selatan untuk lokasi keduanya ialah Johor , Melaka dan Negeri Sembilan . Antara artis yang hadir seperti : 



Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan dalam DSBT ni , bermain permainan-permainan yang beraneka macam ,sesi autgrafi dan bergambar. Sapa yang bertuah dapat peluang join game dengan para artis ni mesti teruja kan.. Semua artis DSBT dan peminat pun sporting aih . Happening dan boleh tahan ramai juga yang datang ke event ini .


Meh tengok gambar dibawah ini :

Aktiviti ramah mesra artis DSBT dengan peminat 






Anas Ridzuan ( Seramedi : Jangan Ikut Aku ) 

Reen Rahim ( Iris ; Tauke Jamu )






Raysha Rizrose ( Hani : Pinggan Tak retak , Nasi Tak Dingin ) 





Mira Filzah
Idris khan







Video :




Amboih.. gelak sakan akak tu kan . Nampak tak betapa happening nya kan.. 


Untuk lebih video dan gambar korang pi singgah kat Instagram Lisa di  @Mawar_biru89  atau facebook LIVE : Lisa Nurulain Jangan lupa follow juga .. hehehee ... 


Sesi Autografi dan Bergambar 







Terlepas peluang untuk pergi Jelajah Bas Drama Sangat DSBT ZON SELATAN  ? Jangan risau ..korang boleh saksikan setiap aktiviti barisan artis ini di laman sosial facebook    @TV3Malaysia dan @TV9Malaysia untuk Instagram pula di @TV3malaysia , @TV9Malaysia dan @dramasangat . Meriahkan jelajah Bas Drama Sangat dengan hastag #DramaSangat dilaman sosial korang kayh !  Untuk saksikan program-program menarik TV3 dan Tv9 korang boleh guna portal video tonton di , www.tonton.com.my

See u next year ! 

Psstt .. Masih sempat lagi untuk korang saksikan LIVE Jelajah Bas Drama Sangat di Destinasi hari ini berlokasi di Mydin MITC , Melaka pukul 12 petang.. dan NSK TRADE CITY , Seremban pukul 4.30 petang nanti .
  • @TV3Malaysia
  • @TV9Malaysia 
  • @Dramasangat 







© all rights reserved
made with by templateszoo