Saturday, August 12, 2017

Jelajah Bas Drama Sangat Di Kluang Mall

Jelajah Bas Drama Sangat Di Kluang Mall

Jelajah Bas Drama Sangat di Kluang Mall 

Hi ! korang yang selalu tengok drama-drama di TV3 dan TV9 mesti tahu dengan hastag #DRAMASANGAT . Nah.. kali ini Jelajah Bas Drama Sangat 2017 untuk tahun ketiga ini bergerak ke JOHOR , Melaka dan Negeri Sembilan . Dan semalam 11 Ogos 2017 , DSBT datang Kluang Mall ! yay.. kali kedua Lisa tengok depan-depan artis kesayangan Lisa . Aahaha.. ok teruja ! 

Drama Sangat 2017 Zon Selatan 

Siri Jelajah Bas Drama Sangat (DSBT) tahun 2017 kembali lagi dengan wajah baru . Destinasi zon selatan untuk lokasi keduanya ialah Johor , Melaka dan Negeri Sembilan . Antara artis yang hadir seperti : 



Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan dalam DSBT ni , bermain permainan-permainan yang beraneka macam ,sesi autgrafi dan bergambar. Sapa yang bertuah dapat peluang join game dengan para artis ni mesti teruja kan.. Semua artis DSBT dan peminat pun sporting aih . Happening dan boleh tahan ramai juga yang datang ke event ini .


Meh tengok gambar dibawah ini :

Aktiviti ramah mesra artis DSBT dengan peminat 






Anas Ridzuan ( Seramedi : Jangan Ikut Aku ) 

Reen Rahim ( Iris ; Tauke Jamu )






Raysha Rizrose ( Hani : Pinggan Tak retak , Nasi Tak Dingin ) 





Mira Filzah
Idris khan







Video :




Amboih.. gelak sakan akak tu kan . Nampak tak betapa happening nya kan.. 


Untuk lebih video dan gambar korang pi singgah kat Instagram Lisa di  @Mawar_biru89  atau facebook LIVE : Lisa Nurulain Jangan lupa follow juga .. hehehee ... 


Sesi Autografi dan Bergambar 







Terlepas peluang untuk pergi Jelajah Bas Drama Sangat DSBT ZON SELATAN  ? Jangan risau ..korang boleh saksikan setiap aktiviti barisan artis ini di laman sosial facebook    @TV3Malaysia dan @TV9Malaysia untuk Instagram pula di @TV3malaysia , @TV9Malaysia dan @dramasangat . Meriahkan jelajah Bas Drama Sangat dengan hastag #DramaSangat dilaman sosial korang kayh !  Untuk saksikan program-program menarik TV3 dan Tv9 korang boleh guna portal video tonton di , www.tonton.com.my

See u next year ! 

Psstt .. Masih sempat lagi untuk korang saksikan LIVE Jelajah Bas Drama Sangat di Destinasi hari ini berlokasi di Mydin MITC , Melaka pukul 12 petang.. dan NSK TRADE CITY , Seremban pukul 4.30 petang nanti .
  • @TV3Malaysia
  • @TV9Malaysia 
  • @Dramasangat 







  1. Wah bestnya...ooo dorg gi NSK plak eh..Dekat je dgn rumah tp kalau pergi kompom crowded

    ReplyDelete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search