Ad

Biodata Livonia Ricky Guing

Biodata Livonia Ricky Guing
Pernah berlakon dalam Isteri Tuan Ihsan , dan sekarang pula memerankan watark Nur dalam drama Tiada Arah Jodoh Kita . Wah... Cantik menawan, tinggi lampai dan berbakat besar.  Anak jati Kuching, Sarawak ini mula mengetuk pintu industri seni hiburan tempatan selepas menjuarai program realiti Pilih Kasih (PK) musim kedua beberapa tahun lalu. Bermula dari situ, aktres berbangsa Bidayuh ini teguh berdiri memperdagangkan bakat seninya. Paling menarik, bintang berusia 26 tahun ini turut aktif menyertai beberapa pertandingan ratu cantik seperti Miss Malaysia Earth , Miss Universe dan Miss Tourism Queen International. Wah banyak juga ya .. Jom ketahui biodata Livonia Ricky Gaung lebih detail lagi . 

Biodata Livonia Ricky Guing

  • Nama Penuh: Livonia Ricky Guing
  • Nama Komersil: Livonia Ricky
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Tarikh Lahir: 19 Februari 1991
  • Asal: Kuching, Sarawak
  • Adik Beradik: Anak ketiga daripada lima beradik
  • Bangsa: Bidayuh
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model & Ratu Cantik
  • Drama/Telefilem: Isteri Tuan Ihsan, Cinta Hati Batu, Tiada Arah Jodoh Kita, Misi Damia Cun, Keluarga Pontimau, Ladang, Nasi Dagang Nasi Ayam, Mai Chek Mai, Melur Vs Rajawali, Antara Maghrib Dan Isyak, Inspirasi Varsiti, Melodi Perantauan, Izinku Kembali, Kukemis Kasihmu, Coklat dan banyak lagi.
  • Filem: Rentap & Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior.


Laman Media Sosial Livonia Ricky



Yang  Menarik Tentang Livonia Ricky

  • Graduan Jurusan Sains Kulinari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kota Samarahan, Sarawak.
  • Nama Livonia diambil sempena nama sebuah bandar di Michigan, Amerika Syarikat oleh ayahnya.
  • Pernah menjadi pengacara bersama dalam rancangan Suka Lattew bergandingan dengan Shahrol Shiro dan Alif Satar yang disiarkan di saluran Astro Ria 104.
  • Turut mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Livoniavers.
  • Sangat mengagumi aktres popular Hollywood iaitu Sofia Vergara dan Chloe Moretz.
  • Sukakan warna hitam dan merah.
  • Gemar melakukan aktiviti lasak seperti tinju.
  • Pernah digosipkan berkahwin dengan suami orang namun si cantik ini menolak dakwaan berkenaan.
  • Instagram merupakan satu-satunya media sosial yang dimiliknya.
  • Sehingga artikel ini ditulis, Livonia mempunyai lebih 40,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik  Livonia Ricky






1
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo