Ad

Pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

PELAKON Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin


Uhuk.. rasa kejap je kan drama Ku Kirim Cinta , kini digantikan dengan Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin slot Akasia TV3 . Gandingan Pelakon Raysha Rizrose , Azrel Ismail, dan Idris Khan. Bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang di TV3. Macam mana pula ye ceritanya ? lepas baca sinopsis macam best je .. Lisa pun baru Hari ini tengok .. hehehe 

Senarai Pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin


Untuk senarai pelakon pinggan tak retak nasi tak dingin kali ini , ada mak airil dalam drama Andainya takdir tu .. tapi kali ini dia jadi mak yang baik gitu . Hehehee... 


PELAKONWATAK
Raysha Rizrose Yuhanis (Hani)
Idris Khan Saiful Mizan
Azrel Ismail Sharul Nizam
Zera Hariz Shila
Aprena Manrose Suraya
Zulkifli Ismail Encik Marzuki
Sheila Mambo Azimah
Zain Hamid Sharif
Daim Jailani Zul

Baca juga : Pelakon Watak Kalsom 

LAGU TEMA / OST

Lagu : Separuh Mati Ku Bercinta
Penyanyi : Dayang Nurfaizah


SINOPSIS NASI TAK RETAK NASI TAK DINGIN

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis (Raysha Rizrose) dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam (Azrel Ismail) enggan menikahinya. Nizam menghubungi keluarganya bahawa dia telahpun berkahwin dengan Shila (Zera Hariz) dalam diam di UK. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraiannya dua tahun lalu dan serik untuk berkahwin. Namun akhirnya Mizan bersetuju dengan bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara. Kata-kata Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya.

Semantara itu, Nizam pulang bersama isterinya Shila. Ahli keluarganya amat terkejut apabila mengetahui Shila sudahpun hamil sebelum berkahwin. Nizam yang lurus bendul sangkakan kandungan itu ialah anaknya. Nizam sedar dan merasakan bahawa dirinya telah dipergunakan oleh Shila. Shila pula terancam dengan Yuhanis. Dia sering mengesyaki Yuhanis mempunyai rancangan untuk merampas suaminya.

Konflik bermula apabila Suraya (Aprena Manrose), bekas isteri Mizan tiba-tiba muncul kembali di dalam hidup Mizan. Suraya ingin merebut kembali cintanya kerana menyesal dengan perpisahan mereka. Selepas mendapat tahu bahawa Mizan sudah beristeri, pelbagai masalah kerap terjadi di dalam hidup Suraya lantas menyebabkan dia sedar sebenarnya tiada lelaki lain sebaik Mizan.

Rumah tangga Mizan dan Yuhanis mula bergoyah, kebahagiaan dan kasih sayang mereka yang baru berputik mula diuji. Mizan hampir-hampir menceraikan Yuhanis dan tewas kepada godaan Suraya yang berniat jahat itu. Terdapat rahsia yang belum terlerai, cinta yang tidak terucap, dan perkara yang belum selesai dalam keluarga ini. Mampukah Yuhanis mengharungi segala cabaran yang melanda rumah tangganya itu?

GAMBAR PELAKON PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN 


 credit gambar : myinfotaip
Gambar Pelakon Pinggan Tak Retak  Nasi Tak Dingin 
Baca juga : Jelajah Bas Drama Sangat Pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin




cakkk..jangan jeles kayh ! 

11
( Hide )
  1. Layan gak citer ni..selakunya drama memula x syok, lps seminggu baru start dramatik !

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak tgk drama melayu..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Siapa pelakon watak kalsom tue...

    ReplyDelete
  4. Saya pun mencari sapa kalsom dia ckp omputih sedap

    ReplyDelete
  5. Saya pon nk tau pelakon watak kalsom tu siapa. Lakonan lain dr yg lain. Suka tengok n nmpk comel

    ReplyDelete
  6. Hai saya intan maizarah saya suka tengok crita ini kerana saya suka tengok pelakon dia sedapa

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo