Ad

Senarai Pelakon Isteri Tuan Ihsan

Senarai Pelakon Isteri Tuan Ihsan


Agak terlepas hapdet rasanya , yela..selepas drama Awak Sangat Nakal dah tamat , Lisa memang tak tengok Astro dah .. buzy kerja la katakan . Anyway,,, sekarang bermulalah drama Isteri Tuan Ihsan , gandingan Amyra Rosli dan Aaron Aziz. Best ke ? Katanya lawak ..nampaknya kena tengok dari awal la ni . Hehehe... hari ini dah masuk episode ke 6 . hmmm tak sabar rasanya nak tengok . Pelakon yang lain yang Lisa suka ialah Ungku Ismail Aziz, lama juga dia rehat berlakon .



Senarai Pelakon Isteri Tuan Ihsan 


Ditayangkan di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123 , bermula dari Isnin sampai Khamis bermula 10 malam . Agaknya siaplah watak pelakon dalam drama ini ? 


PELAKONWATAK
Aaron Aziz Tuan Ihsan Iskandar
Amyra Rosli Seroja Irdina
Gambit Saifullah Haziq
Qazem Nor Yusri
Ruzana Ibrahim Hanani
Mardiana Alwi Ratna
Nazia Mustafar Pn Maznah
Harris Baba Dr Zaim
Dato Shah Rezza Dr Amin
Abu Bakar Juah Tan Sri Syamsuddin
Doria Rachel Jolly Fatin
Livonia Guing Violet
Awie Sobri Mat Siam
Ungku Ismail Aziz Pak Su

Mungkin korang juga meminati : Biodata Doria Rachel Jolly 

SINOPSIS ISTERI TUAN IHSAN


Seroja Irdina, gadis remaja mebesar di kota. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti, malam dia ke kelab malam untuk berhibur bersama teman-teman. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza. Tuan Ihsan dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang diamanahkan untuk dijaga oleh ibu seroja (Imaninah) selepas meninggal dunia. Ibu seroja, Imaninah merupakan bekas gadis istimewa Tuan Ihsan pada masa lalu. Seroja yang hidup sebatang kara memulakan hidup baru di banglo mewah Tuan Ihsan. 

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?
Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?

Gambar Pelakon 


gambar : Myinfotaip







REVIEW LISA : 
Drama ini kelakar , takde la straight romantik je kan . Nice plot.. but kena khatam sampai abes dulu la baru boleh bagi rating . hehehe. Jangan lupa saksikan malam ini kayyh! 



LAGU TEMA / OST ISTERI TUAN IHSAN
Tajuk Lagu : Bukan Yang Pertama
Penyanyi : Faizal Tahir
4
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo