Senarai Pelakon Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Lelaki Itu Pemilik Hatiku


Daddy Shark Zul Arifin dah habis dah minggu lepas , Drama Akasia Tv3 yang baru pula bertajuk " Lelaki Itu Pemilik Hatiku " . Kalau korang ingat lagi drama Sayangku Kapten Mukhriz , nah.. drama ini dilakonkan hero yang sama juga iaitu Raja Afiq . Heroin pula Puteri Aishah , alaa... cikgu yang pernah viral dulu sebab dapat surat cinta time mengajar dulu. Lisa ingatkan dia ni adik Reen Rahim , hehehe ada iras iras juga . Senarai Pelakon Lelaki Itu Pemilik Hatiku diantaranya : Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Syazuwan Hassan, Natasya Mahyan,  Hafiz Nolan, Liza Abdullah, Hafidzuddin Fazil, Dilla Ahmad, Jaja Iliyes, Ariff Aziz, Anne Arifin, Adiba Yunus, Shahriza Mahmud, Norlie Tamam, Ennie Sulastri, Fad Anuar, Sofea . Korang boleh tonton di TV3 setiap hari Isnin - Khamis pukul 7 petang . 


Senarai Pelakon Lelaki Itu Pemilik Hatiku


Nah untuk lebih detail lagi , Lisa bagi senarai watak pelakon yang memeriahkan dalam drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku


PELAKON
WATAK
Luqman Hakimi
Nurin Kamila
Aiman/Rashdan
Julia Farhana Marin
Andrea
Natasya Mahyan
Yani
Liza Abdullah
Puan Sri Khalida
Hafidzuddin Fazil
Tan Sri Hisyam
Dilla Ahmad
Zaimah
Shira
Hafiz Nolan
Airel
Ariff Aziz
Mokhtar
Anne Arifin
Norlin
Adiba Yunus
Liza HR
Ennie Sulastri
Shima
Fad Anuar
Murad

LAGU TEMA / OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU

Wany Hasrita - Menahan Rindu

SINOPSIS LELAKI ITU PEMILIK HATIKU


Kisah Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila.

Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya.

Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea.

Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hot Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.

Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?

GAMBAR PELAKON Lelaki Itu Pemilik Hatiku



    credit : Myinfotaip.com 




3 comments.. read them below or add one

Cik Ash Cik Ash November 10, 2017 at 10:39 AM
tak sempat nk melayan lagi cerita ni