Ad

Showing posts with label TIADA ARAH JODOH KITA. Show all posts
Showing posts with label TIADA ARAH JODOH KITA. Show all posts

Biodata Livonia Ricky Guing

Pernah berlakon dalam Isteri Tuan Ihsan , dan sekarang pula memerankan watark Nur dalam drama Tiada Arah Jodoh Kita . Wah... Cantik menawan, tinggi lampai dan berbakat besar.  Anak jati Kuching, Sarawak ini mula mengetuk pintu industri seni hiburan tempatan selepas menjuarai program realiti Pilih Kasih (PK) musim kedua beberapa tahun lalu. Bermula dari situ, aktres berbangsa Bidayuh ini teguh berdiri memperdagangkan bakat seninya. Paling menarik, bintang berusia 26 tahun ini turut aktif menyertai beberapa pertandingan ratu cantik seperti Miss Malaysia Earth , Miss Universe dan Miss Tourism Queen International. Wah banyak juga ya .. Jom ketahui biodata Livonia Ricky Gaung lebih detail lagi . 

Biodata Livonia Ricky Guing

  • Nama Penuh: Livonia Ricky Guing
  • Nama Komersil: Livonia Ricky
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Tarikh Lahir: 19 Februari 1991
  • Asal: Kuching, Sarawak
  • Adik Beradik: Anak ketiga daripada lima beradik
  • Bangsa: Bidayuh
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model & Ratu Cantik
  • Drama/Telefilem: Isteri Tuan Ihsan, Cinta Hati Batu, Tiada Arah Jodoh Kita, Misi Damia Cun, Keluarga Pontimau, Ladang, Nasi Dagang Nasi Ayam, Mai Chek Mai, Melur Vs Rajawali, Antara Maghrib Dan Isyak, Inspirasi Varsiti, Melodi Perantauan, Izinku Kembali, Kukemis Kasihmu, Coklat dan banyak lagi.
  • Filem: Rentap & Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior.


Laman Media Sosial Livonia Ricky



Yang  Menarik Tentang Livonia Ricky

  • Graduan Jurusan Sains Kulinari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kota Samarahan, Sarawak.
  • Nama Livonia diambil sempena nama sebuah bandar di Michigan, Amerika Syarikat oleh ayahnya.
  • Pernah menjadi pengacara bersama dalam rancangan Suka Lattew bergandingan dengan Shahrol Shiro dan Alif Satar yang disiarkan di saluran Astro Ria 104.
  • Turut mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Livoniavers.
  • Sangat mengagumi aktres popular Hollywood iaitu Sofia Vergara dan Chloe Moretz.
  • Sukakan warna hitam dan merah.
  • Gemar melakukan aktiviti lasak seperti tinju.
  • Pernah digosipkan berkahwin dengan suami orang namun si cantik ini menolak dakwaan berkenaan.
  • Instagram merupakan satu-satunya media sosial yang dimiliknya.
  • Sehingga artikel ini ditulis, Livonia mempunyai lebih 40,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik  Livonia Ricky






Biodata Aprena Manrose


Biodata Aprena Manrose 

Lisa mula kenal semenjak muncul dalam drama bersiri popular Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin. Watak jahat dalam drama tu , tapi kali ini dia hadir dengan watak utama sebagai Afiya Alwiya dalam drama Tiada Arah Jodoh Kita gandingan bersama Shukri Yahaya.  Tertanya juga siapa Aprena Manrose ini? Jika korang nak tahu, beliau sebenarnya adalah adik kepada pelakon Octavia Manrose dan juga anak kepada Iwan Raja Dangdut. Hmm.. patutla nama mereka lebih kurang je kan ada rose rose gitu . Nak tahu lebih detail tentang  Biodata Aprena Manrose .. jom baca sampai habis ! 

Biodata Aprena Manrose

Nama Penuh: Wan Syahera Puteri Aprena Binti Wan Syahman
Nama Komersil: Aprena Manrose / Syahera Manrose
Umur: 24 (2017)
Status: Berkahwin
Asal: Malaysia
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Keluarga: Anak bongsu dari tiga adik-beradik
(Adik kepada Octavia Manrose)
Pertalian: Sepupu kepada Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose
Kerjaya: Pelakon
Instagram: @aprenamanrose

GAMBAR APRENA MANROSE 


CAMBAR APRENA MANROSE




Pelakon Tiada Arah Jodoh Kita


TIADA ARAH JODOH KITA

Assalamualaikum ! Sapa tengok cerita Lelaki Itu Pemilik Hatiku , rasanya dah nak abes drama tu .. ialah episod semalam Rashdan sebenarnya ialah adik dari Aiman . Lepas ini , drama Kekasih Paksa Rela .  Drama Tiada Arah Jodoh Kita akan menggantikan di slot Akasia , Isnin - Khamis jam 7 petang di TV3 dan bakal menemui penonton pada tahun 2018.. Nantikan drama adaptasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara . Pelakon Tiada Arah Jodoh Kita diantaranya :  Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Farisha Irwayu

SENARAI PELAKON Tiada Arah Jodoh Kita


PELAKONWATAK
Shukri Yahaya Megat Aathif
Aprena Manrose Afia Awliya
Hafeez Mikail Megat Wakeel
Erwin Dawson Fayyad Syakir
Livonia Ricky Nur
Mustaqim Bahadon Hazim
Azar Azmi Ain
Dian P.Ramlee Hajah Hamidah
Aleza Shadan Puan Maznah
Farisha Irwayu Hajjah Mariani
Nada Nur Syuhada Afina
Airis Yasmin Wardah
Rania Alisha

LAGU TEMA / OST

Tajuk : Rahsia Tuhan 
Penyanyi : Ippo Hafiz

SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA

Kisah ketabahan Afia Awliya yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah.

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

GAMBAR PELAKON 







© all rights reserved
made with by templateszoo