Ad

Showing posts with label Korea. Show all posts
Showing posts with label Korea. Show all posts

ALTHEA BARE ESSENTIALS REVIEW - 3 LANGKAH PENJAGAAN WAJAH


Annyeonghaseyo ! Amboi tetiba tercakap Korean pula , mentang-mentang dapat pink box Althea dari  Korea . Sebelum ini kalau korang perasan , Lisa juga pernah review juga di artikel : ALTHEA 1st Birthday Celebration !  .  Lain dari yang lain , kali ini pink box ini berisi  produk Launch atas jenama ALTHEA sendiri untuk kali pertama. Althea keluar jenama sendiri U'alls.  DAEBAKK !! produk pertamanya iaitu ALTHEA BARE ESSENTIALS . Lisa pon tak tahu apa yang bakal ada dalam kotak ini.. Jom Unbox girlss ! Pstt... The Gossip is out ! ALTHEA BARE ESSENTIALS REVIEW - 3 LANGKAH PENJAGAAN WAJAH

ALTHEA BARE ESSENTIALS REVIEW - 3 LANGKAH PENJAGAAN WAJAH


Berapa jam korang menghadap cermin untuk bersiap sebelum pergi kerja  , pergi kolej ataupun berjalan-jalan dengan kawan ? Lisa sendiri makan masa dalam 30 minit untuk bersiap. Ye wak.. walaupun muka makeup tak makeup tu sama je ... tapi Lisa sebenarnya lebih pentingkan kepada penjagaan kulit wajah .  Bukan makeup yang woww tu tau.. tu perlukan masa sejam lebih kalau gitu . 


Berbalik ke cerita asal ,  Althea Bare Essential ini dibuat agar sesuai dengan semua jenis kulit pemakai . Produk ini direka dengan baik dan berikan manfaat dari rutin penjagaan kulit 10 langkah korea yang terkenal tu , menjadi hanya 3 langkah cepat dan mudah . Jimat masa ! 3 langkah mudah penjagaan kulit wajah seperti : Cleansing , toning dan Moisturizing.  Tak perlu leceh sampai 10 langkah gituu.. 



1. THE CONTOUR CLEANSER . 

Tengok dari luar nampak macam pembersih yang lainnya , tapi kalau dah cuba.. mesti jatuh cinta punya . Diperbuat dari   ice plant  yang berfungsi untuk menghidratkan dan mengurangi kesan kemerahan .. &  eksta Lemon Myrtle yang kaya Vit C & antioksidan guna menegangkan kulit . waaww. !    




Pembersih ini juga padat dan dipenuhi dengan micro capsules yang akan pecah bila bersentuhan dengan air. Berfungsi untuk membersihkan , mengelupas , dan menyegarkan kulit dengan lembut .  The Contour Cleanser juga membantu untuk menggalakkan peredaran darah dan membentuk kulit jadi Vshape.. ! 


Cara Penggunaan 
Basahkan kulit muka dengan air , keluarkan secalit Contour Cleanser , lepas tu sapu di muka dan campur sedikit air... urut secara perlahan . Sedikit je tau , sebab Contour Cleanser ni padat , korang picit banyak nanti membazir pula jadinya . Bilas dengan air . 




Harga CONTOUR CLEANSER 

Harga CONTOUR CLEANSER ni RM23.00 untuk 150g ., murah bukan ? 

Review Lisa 
Pembersih Contour Cleanser ini bau dia wangi , dan yang time lepas pakai ni macam ada rasa mint , cool... sejuk -sejuk gitu letak muka di depan peti sejuk. Hahaha.. Kulit pun lembut weih . Lisa suka ! 



2. PRIMER WATER 

Biasanya lepas bersihkan muka , basic memang akan letak toner di muka lepas tu baru primer . Kini,  Althea keluarkan produk Primer Water iaitu toner dan primer dua dalam satu . . Jadi lebih mudah dan cepat untuk disapukan ke wajah . PRIMER WATER mengandungi teknologi Macro Fluidic Dispersion yang akan mengisi ruang liang pori dan memberi lebih kelembapan kepada kulit



Harga PRIMER WATER 
Primer Water , tak secair air ... lebih padat sedikit .. jadi tak perlukan kapas time nak apply ke wajah . Mempunyai bahan ekstrak Snow Lotus , ia akan melembutkan kulit wajah , meningkatkan cahaya semulajadi kulit dan menyihatkan kulit . Harga Primer water ini RM43.00 untuk 200ml. 




Cara penggunaan : Sapukan sedikit PRIMER WATER ke wajah dan ratakan .

REVIEW LISA : Lisa suka tekstur yang tak cair dan tak padat , tak perlu bazirkan kapas untuk sapu di muka . Yang paling best... tak melekit ditangan ! 


 3. FIXER CREAM 

Langkah ketiga atau yang terakhir , FIXER CREAM . Yang ini wajib pakai ye .. sebab kita ni duduk di negara yang cuaca tropis , kadang hujan kadang panas  jadi sayangi kulit wajah anda . FIXER CREAM  ini untuk melembabkan kulit wajah , dengan formula yang tidak berminyak , ia cepat menyerap dan memberi penghidratan kepada kulit selama 24 jam.



Formula yang tidak berminyak dan pantas menyerap kuasa Trehalose, ramuan yang terdapat di kaktus yang menghalang kehilangan kelembapannya, untuk memberi kulit dengan penghidratan 24 jam. Krim hebat yang berkhasiat ini juga kaya dengan antioksidan yang berasal dari Camellia

HARGA FIXER CREAM 
Krim ni juga kaya dengan aktioksidan yang di peroleh dari minyak (green tea) yang mampu meningkatkan kolagen . Harga FIXER CREAM  , rm 50.00 untuk isi 50g .




Cara Penggunaan : Sapukan FIXER CREAM selepas penggunaan PRIMER WATER .  Ratakan keseluruh wajah. 




Review LISA : FIXER CREAM ini lembut dan takberminyak , cepat meresap ke kulit wajah .. Korang kena cuba u'alls ! 





1 ,2 , 3 anda READY ! Kulit rasa lembab dan wangi !  Lisa puas ati dengan ALTHEA BARE ESSENTIAL .... yeza.. Wangi , senang nak pakai.. lepas tu jimat masa . Pakai tak tempat kerja pun boleh ni ha. After solat , makeup hilang.. boleh la gantikan dengan Set ini. Tak perlu lama-lama tepek banyak barang kat muka . 

Oh ya..  After penggunaan selama beberapa minggu , kulit wajah takda tanda-tanda naik jerawat.. means produk ni sesuai dengan Lisa . Biasanya after 24jam je kalau rasa-rasa produk tu tak sesuai dengan kulit , nanti mesti dah keluar seketul dua jerawat. 





Ketiga produk Althea Bare Essential ini korang boleh dapatkan dengan harga RM116 , Pluss... additional 10% OFF ,  juga dapat percuma cermin comel special eddition ni ha . Apa tunggu lagi.. jom GRAB IT di www.althea.kr hari ini juga! Offer terhad tau .. 



 More Info :
FB : Althea



UNBOXING ALTHEA BARE ESSENTIALS 

TangYuan , Resipi Bola Beras Pulut

TangYuan , Resipi Bola Beras Pulut

Tang Yuan , Bola Beras Pulut 


Tangyuan ini sejenis makanan atau mudah dipanggil bola beras pulut . Selalunya  Lady boss akan masak TangYuan pada hujung tahun ( 21-23 Disember setiap tahun ) , sebab Festival Dongzhi  ini merupakan masa untuk keluarga untuk berkumpul sampena pergantian musim / Tahun . Di Taiwan , China , Korea ... terkenal dengan festival Dong Zhi ini .  Katanya kalau makan sebiji bola beras pulut ini melambangkan dah bertambah usia 1 tahun ,  harus berkelakuan lebih baik pada tahun yang akan datang ( yang ni Lisa google ) hahaha. 


Pengertian Tangyuan 

Menjadi antara juadah musim perayaan 'Dong zhi' atau Winter Solstice. Terdapat kepelbagaian tang yuan iaitu berinti mahupun tanpa inti. Tang yuan tanpa inti (unfilled) selalunya bersaiz lebih kecil dan lebih berwarna warni. Bagi tang yuan berinti (filled) pula, saiznya lebih besar sedikit sebab inti di dalamnya ( yang ini paling disukai anak kecil sebab manis ) . Antara inti yang paling popular ialah black sesame, peanut, kacang merah, pandan kaya, coklat, dan lain-lain. Tang yuan dihidangkan bersamasup manis/ air syrup. Juga terdapat pelbagai jenis seperti sup halia dengan gula batu (paling popular), sup kacang merah, dan banyak lagi . 

.


Resipi Bola Beras Pulut , Tangyuan 

Bahan-bahan
• 2 cawan tepung pulut
• 1 sudu besar gula kastor
• 200 ml air
• Pewarna makanan (ikut citarasa)
Untuk warna Hijau tu , biasanya kami akan gunakan daun pandan yang di tumbuk untuk dapatkan air pati  .

Cara-cara memasak Bola Beras Pulut 

• Gaulkan tepung pulut bersama gula di dalam mangkuk.
• Tambahkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh lembut yang tidak melekat di tangan (lebih lama menguli, ia semakin kurang melekit)
• Kalau nak tang yuan bewarna warni, bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan.
• Uli lagi setiap satunya sehingga warna rata.
• Bentukkan bulat-bulat seperti bebola kecil bersaiz 1-2 cm.
• Masukkan bebola tersebut dalam air mendidih. Bebola yang dah masak akan timbul di permukaan air.
• Bila bebola dah masak, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi sweet broth.

Tips 
• Ketika merebus bebola, bila bebola dah masak dan timbul di permukaan, angkat dan masukkan ke dalam air (suhu bilik) sebentar. Kemudian, barukah dihidangkan dalam mangkuk berisi sweet broth. Langkah ini adalah untuk menyejukkan bebola dan supaya bebola tidak overcooked. Juga untuk membuatkan teksturnya lebih kenyal dan sedap.

• Tang yuan ni sesuai dimakan bersama sweet broth yang sejuk. Sekiranya kurang sejuk, masukkan beberapa kiub ais dalam mangkuk bila ingin menikmatinya.

SWEET BROTH (sup manis / air syrup) 

Bahan-bahan
• 1 liter air
• 2 helai daun pandan (simpul)
• ½ cawan gula batu/ gula perang/ gula melaka/ gula kastor/ gula pasir
• 2 inci halia (hiris)

Cara-cara
• Rebus air sehingga menggelegak 
• Masukkan daun pandan dan halia. Didihkan selama 5 minit.
• Masukkan gula, perlahankan api, dan reneh selama 15-20 minit.
• Sejukkan di dalam peti sejuk.

Tips
• Adjust rasa manis ikut citarasa. Tambah sukatan air kalau nak air banyak. Tambah sukatan gula kalau nak manis.


Untuk yang warna orange tu , dibuat dari ubi yang berwarna orange , mungkin kalau ubi yang warna purple tu ada .. akan jadi purple pula hehehe .  Kupas ubi , kemudian stim dah lembik ... baru pukul rata supaya senang buat bebola . 


Lisa bukan chinese ,  tapi nak buat macam mana .. dapat boss Chinese .. jadi boleh la rasa . Hehehe..  pandangan orang atau siapa je yang  dengar  makanan cina mesti akan tanya , halal ke ? hehehe. Halal wakk... sebab Tangyuan atas ni buat kat dapur tempat kerja je ni ha .. Jadi tahu la apa je bahan , peralatan , kebersihan dan halal sebab kegunaan untuk staff , tak pernah masak dan makan babi oink oink ditempat kerja  . Actually  i made tangyuan tu juga( cewah speaking pula )  .. hahaha... tak salah untuk menguji skil memasak hihihi.

Rasa ? Lebih kurang seperti makan kuih gula melaka , onde-onde , sama je la bahan dan cara buat nya .

Dengarnya beras pulut ini boleh juga untuk jadikan muka lebih cantik , tadi Lisa google keluar gitu .. nanti  nak cuba kalau berjaya Lisa kongsikan .

So terjawap sudah soalan yang selama ini membelengu , kisah disebalik makanan bola beras pulut tang yuan . 

Gambar Perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo


PERKAHWINAN SONG JOONG KI - SONG HYE KYO




Finally , wedding atau perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telahpun berlangsung hari ini 31 Oct 2017  . Setahu Lisa , Song Hye Kyo mula famous selepas berlakon dalam drama korea -  FULL HOUSE . Lagi satu.. drama Descendants of The Sun , setahun atau dua tahun lepas macam tu la Gambar Perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo menjadi pelakon watak utama .. tak sangka hari ini mereka dah menjadi husband and wife . Alohh.. jangan sedih ye yang Crush dengan Song couple ni.. jangan patah hati nangis guling-guling ye . Hehehe.. 

Gambar Perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo 


Kalau tengok betul-betul kan.. muka mereka ada iras macam kembar kan ? Meh Lisa kongsi gambar  #SONGSONGCOUPLEWEDDING . Dengar cerita mereka hanya menjemput keluarga dan kawan terdekat je , tetamu sebanyak 300 orang dalam majlis tertutup itu . Apapun , congratulations ! 












Ezbuy Laman Shopping Murah


Ezbuy Laman Shopping Murah || Shopping... wah.. siapa yang tak nak. Lebih-lebih kalau ada yang berbelanja . Tapi Lisa sibuk dan jarang keluar untuk shopping . Sebab Lisa takda kawan yang nak ajak berjalan sama-sama, cuti hari berlainan jadi memang tak boleh keluar sama waktu  . Tipula kalau tak nak cuci mata dan beli barangan seperti baju , bag, kasut ..atau banyak lagi .Dah jadi sifat sebagian dari perempuan diciptakan untuk melawa atau bershopping demi kepuasan atau melepas stress. Tapi kaki lisa cepat kebah semenjak accident terlanggar kereta haritu , terpaksa batalkan niat untuk berjalan sakan dan shopping .. melepas la diskaun 30-50 % . Ruginya... hmmm.. Tapi.. nasib baik ada kawan yang kenalkan  EZBUY , salah satu yang masuk dalam senarai laman shopping yang Murah ,  dan banyak barangan dijual dalam laman tu . Diskaun pun tak kalah hebatnya bermula dari 5-70 % . wah... memang betul-betul buat lisa teruja ni ..




Kalian pun akan rasa teruja .. EZBUY.MY semua barang ada dalam tu , bermula dari baju , bag , barangan elektronikk , barangan kereta , office dan banyak lagi . Dalam tu pun ada berbagai jenama dan harga dari  yang paling murah sampailah paling mahal . Percaya atau tak..harga yang ditawarkan memang murahhhh... ada yang free shipping ada yang kena caj penghantaran. Jadi bijaklah dalam memilih ya . 

Lisa nak offer voucher rm15 untuk kalian, caranya mudah.. daftar EZBUY secara percuma melalui link ini :  http://bit.ly/EzbuyRM15  Kalian hanya perlu isi detail seperti yang diminta dalam kotak paparan tu . Daftar percuma . dapat free rm15.00 kredit pula .. best kan ?


Shopping mudah dan yang pastinya dalam tu kalian boleh pilih bahasa , kalau dulu TAOBAO hanya menggunakan bahasa chinesse je kan..sekarang kalian boleh berbelanja sama ..tapi lebih mudah sebab dalam tu harga dah convert dalam ringgit malaysia .. bukan yuan lagi . Pemes kot taobao tu .. harga murah dan design yang cantik dan latest.

Cara windows shopping di EZBUY.


1. Buka link EZBUY  untuk memudahkan kalian tengok senarai barangan dalam tu .

2. Pilih barangan yang kalian suka , sama ada tekan search di bahagian kanan atas atau dibagian  kiri tu ada label yang memudahkan kalian. 

3. Pilih dan add to cart . Last akan keluar screen seperti dibawah ini. Dekat voucher coupon tu kalian letak code : EZJUL15 dan kalian akan dapat diskaun shipping sebanyak 15% . kupon ni valid sampai 1 Aug 2016 sahaja . Nampak tak ada rm -6.00 ,, sebab Lisa gunakan kupon tu .. disitu akan tolak 15% dari total shipping kita tu .
4. Tekan check out. 




5. Dah check out kalian letak alamat address, alamat untuk penghantaran barang yang kalian dah beli. 







Kalian boleh buat payment dalam masa 24 jam selepas buat tempahan di website EZBUy , tengok di my account dan kalian boleh tahu dah bayar atau belum .

Senang sahaja bukan ? Zaman moden ni memang banyak laman web yang menawarkan pilihan shopping .. Dan Ezbuy memang murah harga barang dalam tu  . Tergoda pulak ... haha antara barangan yang menarik hati Lisa  ialah : T-shirt , baju , kasut budak ... ikutkan hati banyak lagi nak beli..sebab lawa-lawa.. tapi tu la.kena kontrol... hahaha kalau tak nti terhanyut sudah.

Kalau nak tengok-tengok je pun boleh... buka je EZBUY , tengok free je ... ;) 

ALTHEA 1st BIRTHDAY CELEBRATION !


ALTHEA BIRTHDAY CELEBRATION !!! || Wanita dan barangan makeup memang dah tak asing lagi .Begitu banyak barangan untuk muka .. pening memilihnya . Lisa akui , Lisa sendiri pun tak reti sangat nak bermakeup.. rasa teringin nak mencuba tu ada la. Sebab tengok orang lain makeup rasa cantik pula. Alaa..  normallah tu kalau ada keinginan nak cantik . Tengok tutorial di youtube macam banyak pula dan tak tahu mana nak cari produk kesemua tu . ALTHEA KOREA jadi pilihan Lisa . Windows shopping yang menyediakan berbagai jenis barangan makeup dan juga rawatan untuk kecantikan dan kesihatan tubuh .  Semua dihujung jari .. tinggal pilih sesuai apa yang kalian nak .

Althea Korea , laman web yang memudahkan kalian untuk memilih dan shopping makeup seperti yang kalian cari . Harga pun murah ,, sebab ada potongan diskaun . Yang penting lagi... Fress shipping untuk setiap pembelian sebanyak rm150.00 keatas . 20 Juli 2016 , Genap 1 tahun ALTHEA menapakkan didunia website online di Malaysia , Singapore , Indonesia dan juga Philiphina . 

Happy belated birthday ALTHEA ! Wishes u always succes and spread happines to all woman's on this world. 

#altheaturns1 birthday celebration
Tada.. Lisa pun dah dapat barangan dari ALTHEA , tapi masih menunggu parti kit hat and ballon la sebab yang tu tertinggal nun jauh di Korea sana. .. hahaha lisa  dapat pink box salah , sebab tu kena redelivery semula. Tak sabar nak selfie dengan topi dan balon birthday ... mana tahu menang MACBOOK AIR.. fuuh ..
Terima kasih Althea sebab dah bagi dan berkongsi hadiah dengan Lisa .



Sampena hari jadi yang pertama , Althea Korea berkongsi kegembiraan dengan bagi hadiah kepada althea lovers . Caranya join pun senang ja ,  join contest di Instagram ALTHEA , dan tuliskan ucapan kalian yang paling creative . Althea's Birthday Celebration  bermula dari 20  - 31st July 2016. 



Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
Untuk pembelian produk bermula 20 Julai 2016 dan seterusnya . Sementara Stok Masih ada 



Free Goodies untuk 1500 pembeli pertama. 
Full size beauty products. Sementara stock masih ada. 
PSTT; jangan lupa masukkan code : ALTHEATURNS1




Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!
Rebate will be credited into your account. 






Wish Althea A Happy Birthday di Instagram dari 20/7/16 - 15/8/16 menggunakan Kit Birthday Party Althea untuk peluang memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai 10,000,000 krw . Woww banyaknya...
Bagaimana Untuk Sertai contest ini ?
1. Dapatkan Kit Althea Birthday Party DIY anda apabila anda membeli-belah dari 20/7 dan seterusnya pada https://my.althea.kr/ Sementara stok masih ada.

2. Selfie dengan topi parti anda & ingin kita Birthday Happy pada Instagram dengan hashtag # AltheaTurns1 # AltheaKorea untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menakjubkan dari Althea Korea.

HADIAH:
------------
Hadiah Utama x 1 Pemenang
Macbook Air + Ipad Air 2

Hadiah Kedua  x 2 Pemenang
iPhone 6S / Samsung Galaxy S6 Edge

Hadiah Ke-3 x 1 Pemenang
Canon EOS M10 Selfie Camera

Hadiah Ke-Empat  x 3 Pemenang
Althea Shopping Kredit $ 300

Hadiah ke 5 x 10 Pemenang
Althea Beauty Box bernilai $ 100

Hadiah Saguhati x 30 Pemenang
Althea Shopping Kredit $ 10



 althea korea 1st birthday celebration


Untuk info lebih lanjut .. layari ALTHEA KOREA 

Facebook :
  Althea Malaysia 



Instagram :
  Althea Korea 

 website 
: http://my.althea.kr/


SPICY KOREAN NOODLE CHALLENGE MALAYSIA

SPICY KOREAN NOODLE CHALLENGE | Sebenarnya dah lama dah beli Korean Noodle Hot Chicken Flavor Ramen ni . Hanya tak sempat nak makan dan buat Challenge ja. Memula sebab susah nak beli maggi ni , time dah beli pula... tak sempat nak makan . Finally dapat buat challenge juga .. Korang boleh tengok di akaun Youtube Lisa atau video dibawah ini .

Komen Lisa :
Noodle Korea ni tak la pedas mana , dibandingkan dengan sambal belacan makcik Kiah .. Sambal belacan tu lagi pedas sampai mata boleh berair aih... Tapi maggi ni pedas bagi yang tak biasa makan makanan pedas. Pedas dimulut ja .. Perut ok je tak rasa pedas . Lidah pon tak pedas mana..
Kalau kalian nak coba juga.. sila sediakan air 2 Liter dan tisu kotak ye .. takut nanti meleleh-leleh hingus tu . Hehehe.. Maggi ni kalian boleh beli di Giant Supermarket , Aeon Big , Tesco .. Selamat mencuba... BYe.... 


GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge

GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge
 Siapa yang tak kenal  Lee Kwang Soo ,  pelakon kacak dari Korea bintang Runing Man yang memand ramai diminati di Asia . 16 Mac 2016 Lee Kwang soo tiba di Malaysia untuk pelacaran samsung terbaru iaitu Galaxy S7 Edge bertempat di KLCC pada 17 Mac2016. Bukan main banyak peminat yang datang , dah semut nampak gula.


Nah untuk kalian peminat bintang KPop  ni, Lisa bagi beberapa keping gambar Lee Kwang Soo sebadai Duta Samsung Galaxy S7 edge semalam,jangan melting tak boleh tidur pula ye .

GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge

GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge

GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge
Bagi yang beli Samsung Galaxy S7 Edge dapat poster  + tanda tangan dari Lee Kwang Soo .


GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge

GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge

GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge

GAMBAR LEE KWANG SOO di Pelancaran Samsung S7 Edge

Credit gambar : klose-up.com

5 Kelebihan samsung Galaxy S7yang kalian perlu tahu : 


5 best features of the Galaxy S7
These are the 5 best features of the new Samsung Galaxy S7.
Posted by The Verge on Thursday, 10 March 2016
© all rights reserved
made with by templateszoo