Ad

Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

GAMBAR DAN NAMA ANAK SITI NURHALIZA

NAMA ANAK SITI NURHALIZA 

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba . " GAMBAR DAN NAMA ANAK SITI NURHALIZA - Dato' K " masih hangat bermain difikiran ( walaupun gambar tak rasmi sebelum ini dah tersebar ) .  Sebentar tadi Siti Nurhaliza atau CTDK dah upload secara 'rasmi ' gambar puteri sulung hasil perkahwinannya  bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang lahir pada Isnin lepas. Comel sungguh , si comel pipi merah ni . Buat masa kini, nama yang diketahui bermula dengan Siti A dan nama panggilan sementara pula Fatimah Az Zahra sempena nama anak Rasulullah s.a.w. 

Artikel berkaitan : Tahniah Siti Nurhaliza Bersalin Bayi Perempuan 


GAMBAR DAN NAMA ANAK SITI NURHALIZA 


Nama anak Siti Nurhaliza - Dato' K akan diumumkan secara LIVE pada pukul 9 nanti di akaun Youtube : SITI NURHALIZA   . Tak sabarnyaa ! SITI AAFIYAH BINTI KHALID , nama anak Siti Nurhaliza Dato' Seri Khalid


Gambar dan nama atau video anak siti nurhaliza , si comel pipi merah anak CTDK boleh tengok di akaun instagram : @CTDK 

Tahniah Siti Nurhaliza Bersalin Bayi Perempuan


Alhamdulillah ! Yang dinanti-nanti telah lahir dengan selamat . Rasa Happy pula dapat perkhabaran yang Tok Ti bersalin . Tahniah untuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi. Tak sabar nak tengok dan tahu nama #babyctdk . 

Tahniah Siti Nurhaliza Bersalin Bayi Perempuan 


Aku happy hari ni ! Even bukan aku yang melahirkan, tapi aku happy sebagai peminat Tokti. Tahniah Tokti dan suami atas kelahiran zuriat yang lama dinanti ! penantian 11 tahun berakhir jua 


Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. 
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak
Pengurus

Tak sabar nak tengok wajah dan nama anak Dato' Seri Siti Nurhaliza dan Dato' Seri  Khalid...
Korang pun teruja juga bukan... <3 

CARRIE JUNIOR Refill Packs

CARRIE JUNIOR .. 
KINI DALAM PEK ISIAN SEMULA, MUDAH GUNA

Selama lebih daripada 20 tahun, CARRIE JUNIOR telah mencipta jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi. Sebagai jenama yang percayai dengan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti.

Kos sara hidup yang meningkat telah menyebabkan pengguna mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Namun bajet yang ketat tidak bermaksud anda perlu mengorbankan keperluan penjagaan diri, terutamanya apabila tiba masa mandi untuk si manja anda.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula, suatu pilihan penjimatan kos. Pek isian semula mudah guna, dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.


Pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs, ibu bapa dapat berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.

CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath.


Pek isian semula CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90* (Semenanjung) dan RM 9.30* (Sabah & Sarawak) manakala CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash terdapat dalam harga RM9.90* in (Semenanjung) dan RM 10.40* (Sabah & Sarawak). Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.
*Harga termasuk GST.


Tentang CARRIE JUNIOR

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.
                        
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Baby Bath Carrie Junior

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Review Lisa :- Lisa memang dah lama pakai carrie junior untuk budak , turun temurun dari anak buah sorang sampailah dah ada 10 orang . Budak-budak pun tak liat kalau suruh mandi . Refill pack ni lebih jimat dan mesra alam sekita la , bayangkan pembaziran kalau setiap kali habis pakai kena beli botol baru , kira sendiri la berapa banyak $$$ wang yang kita boleh jimat jika beli refill pack sahaja. Botol lama masih boleh guna , buat apa membazir kan? :)  gunakan pilihan yang bijak  , kayh ! 




Gambar dan Nama Anak Shukri Yahaya - Tya Adnan

Artis lelaki yang handsome dan sado , Shukri Yahaya yang dulu pernah la juga Lisa minat dengan dia sejak tengok dia berlakon drama Asam pedas Untuk Dia TV3. Tahun lepas bernikah dalam bulan November , dan hari rabu kemarin kini status Shukri dah bergelar sebagai ayah . Alhamdulillah semua selamat , baik bayi ataupun Tya . Tahniah untuk Shukri Yahaya dan isteri , Tya Adnan atas kelahiran anak sulung . Puteri sulung Shukri Tya lahir di pusat cheras Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2016 , jam 12.22 petang . Dengar cerita Shukri temankan Tya ketika proses bersalin. Wah.. bukan semua suami boleh tengok perjuangan isteri ketika melahirkan tau . Anak pertama Shukri belum diberi nama lagi , tunggu satu minggu selepas kelahiran baby comel ni baru mereka akan war-warkan pada media . Nanti Lisa update kemudian .

  Gambar Anak Shukri Yahaya dan Tya Adnan




Nama Anak Shukri Yahaya - Tya Adnan : Aaira ameena
Date Of Birth : 24 Ogos 2016
Berat : 3.13kg
timing lahir : 12.22pm 









Sekali lagi Tahniah untuk Shukri Yahaya dan Tya Adnan . Selamat berpantang . ^^

Gambar Anak Yana Samsudin - Fadzil Zahari

Yana Samsudin Bersalin || Tahniah Yana Samsudin dan Fadzil Zahari untuk kelahiran anak sulung baby boy pada 21 July 2016 kemarin. Nama masih belum lagi diumumkan. Lisa pun baru tahu 2 jam lepas time buka instagram Fadzil , suami Yana Samsudin  dengan caption : 


Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah isteri saya @YanaSamsudin selamat melahirkan seorang baby boy pada 21.07.2016 terima kasih kepada isteri yang bersusah payah, bersakit sakit dalam proses melahirkan, tak ternilai jasa dan pengorbanannya.. I love u so much sayang 😘☺️ moga cepat sembuh.... terima kasih juga pada mama abah, mak abah yang tak henti henti berdoa, adik beradik, sahabat2, kawan2 dan hangpa semua yang sentiasa mendoakan... Alhamdulillah... Kami juga mendoakan kesejahteraan hangpa semua 



Semoga cepat sembuh Yana , dan semoga sihat selalu Yana dan Baby. Tak sabar nak tengok gambar dan nama anak pasangan Yana samsudin dan  Fadzil Zahari .






Gambar Anak Hanis Zalikha Hairul Azreen

 Alhamdulillah Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang dulunya seorang Blogger kemudian jadi artis meletop ni.. Telah selamat menimang anak pada 3 June 2016 . Nama anak mereka Yusuf Iskandar , sedapnya nama... , lahir pkul 8.17 malam dengan berat 3.85kg . Comel anak Hanis Hairul ni .. 

Semoga menjadi Anak yang Solehah untuk kedua ibu bapa. 
Gambar Yusuf Iskandar anak Hanis Zalikha dan Hairul Azreen .


Gambar Anak Kedua Liyana Jasmay

Gambar Anak Kedua Liyana Jasmay || Kalian mesti dah tahu kan Liyana Jasmay dah bersain anak kedua Jumaat Lepas , 22  Januari 2016. Selena Fathuddin ,  nama anak kedua Liyana Jasmay dengan suami Fathuddin . Comel je kan baby girl yang baru lahir dalam keluarga Liyana Jasmay ni . Mata Liyana ... ehehe lelaki atau perempuan yang penting selamat . Kalian boleh terjah di Instagram Liyana Jasmay la untuk tengok gambar-gambar terbaru anak kedua Liyana Jasmay .

Lepas ni tunggu baby Hanis Zalikha pula . .. 

Pautan :  Nama Anak Kedua Liyana Jasmay -Fathuddin 


Nama Anak Kedua Liyana Jasmay

Nama Anak Kedua Liyana Jasmay -Fathuddin || Rasa macam baru sekejap je bersalin anak pertama , 22 Januari 2016 dah menyusul kelahiran anak kedua Lyana Jasmay dan suami . Baby girl seberat 2.92 kg selamat lahir di Pusat Perubatan Prince Court. Comellnyaaa baby !! Baby lagi tak nampak muka iras Liyana atau suami , yang penting selamat .. Selamat datang ke dunia little Liyana . Nama anak kedua Liyana Jasmay , Selena Fathuddin . Senang ingat  dan tak panjang berjela.. hehehe .

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan anak. Tak lupa rakan, teman media dan peminat tersayang. Kehadiran Selena pastinya menambah keceriaan hidup saya dan suami. Sofia dan Selena menyerikan hidup saya. Semoga mereka akan menjadi anak yang baik dan solehah,” memetik kata Liyana daripada BH Online.

Semoga Selena menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada orang tua . Amin... Tahniah sekali lagi untuk Liyana Jasmay ... Ramai juga orang sekeliling lisa yang Baby born bulan Januari ini . 

NAMA ANAK LISA SURIHANI DAN YUSRY

 NAMA ANAK LISA SURIHANI DAN YUSRY KRU || Wahh berita yang dinantikan... sebelum ini tertanya-tanya siapa nama yang akan diberikan kepada anak Lisa dan Yusry . Hari ini telah mereka publishkan untuk memilih nama " Yahaira Leaane " yang membawa maksud wahai sebaik-baik kelembutan. Sungguh indah nama anak Lisa . Semoga menjadi anak yang berbakti kepada orang tua dan menjadi lemah lembut seperti nama yang diberikan pada hari ini sampena hari ke-7 kelahiran  bersamaan 7 zulhijjah  1436.

Syukur Alhamdulillah , sempena menamakan anak pada hari yang ke-7 selepas kelahirannya pada 15 Sept 2015 bersamaan 1 Zulhijjah 1436 , hari ini 22nd September 2015 bersamaan 7 Zulhijjah 1436 , puteri sulung kami diberi nama ياخيرا ليان Yahaira Leanne yang membawa maksud wahai sebaik baik kelembutan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik2 buat kami semua.



Gambar Bayi Perempuan Fasha Sandha

Gambar Bayi Perempuan Fasha Sandha| Fasha Sandha selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.8 kilogram jam  9.10 pagi semalam. Dan bayi perempuan itu diberi nama Putri Raysha Jemaima. Ia anak kedua hasil perkongsian hidup Fasha dan Rizal.
Comel-comel je baby sekarang .. 

Nama Anak Che Ta Dan Zain

Nama Anak Che Ta Dan Zain | Pada 1 November lepas , artis terkenal yaitu Rozita Che Wan atau mesra dipanggil dengan nama Che TA telah selamat melahirkan anak perempuan hasil pernikahannya dengan Zain . Nama anak Che Ta dan Zain pon telah ditentukan, mereka memilih nama Aaisyah Dhia Rana untuk gabungan pilihan nama Che Ta dan Zain. 
Nama itu diberikan semalam ,7 November 2014 . Aaisyah ialah nama ibu Zain seletah berhijrah memeluk agama islam , dan Dhia Rana merupakan pilihan nama dari Che Ta yang bermakna Sinar kecantikan. Memang cantik dan comel je kan anak Che Ta dan Zain ini, geram dan ase nak cium je pipi yang comel tu . 

Gambar Anak Perempuan Rozita Che Wan

 Gambar Anak Perempuan Rozita Che Wan | inilah 4 keping gambar comel anak perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin  yang dilahirkan 2.18 petang tadi.




Rozita Che Wan Selamat Melahirkan Pada 1 Nov 2014

Rozita Che Wan Selamat Melahirkan Pada 1 Nov 2014 | Tahniah diucapkan kepada Artis cantik Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che' Ta  atas kelahiran seorang putri hasil pernikahan Che Ta dengan Zain Saidin .

Laporan dari HLIVE!,petang ini Zain Saidin memaklumkan bahwa isterinya Rozita Che Wan telah selamat melahirkan bayi perempuan dalam keadaan kedua-duanya sehat. Che Ta melahirkan anak perempuan pada pukul 2.18petang , Sabtu 1 Nov 2014 . Bersalin di Pusat Perubatan Ampang Puteri.
Tahniah kepada Zain Saidin dan Rozita Che Wan untuk kelahiran puteri tercinta. 

© all rights reserved
made with by templateszoo