Ad

Showing posts with label Bayi. Show all posts
Showing posts with label Bayi. Show all posts

Petua Hilangkan Kuning Bayi dengan Susu Kambing Asli - SUKA

Assalamualaikum , bayi yang baru lahir kebanyakannya akan kena jaundice (kuning), korang bakal ibu boleh berjaga-jaga awal tau. Masa Lisa syarat mengandung aritu ada kawan bagi tips cara untuk cepat turun kuning salah satunya dengan amalkan minum susu kambing 2 minggu sebelum melahirkan. Lisa cuba juga Petua Hilangkan Kuning Bayi dengan Susu Kambing Asli - SUKA.

Petua Hilangkan Kuning Bayi dengan Susu Kambing Asli 100% - SUKA

Jaundis boleh dielakkan dengan mencuba beberapa petua hilangkan kuning bayi seperti perkongsian di bawah. Masalah demam kuning adalah perkara biasa terjadi kepada bayi baru lahir. Cara paling senang nak hilangkan kuning bayi dengan minum susu kambing asli , boleh try SUKA ni . Sebab nak cari dedaunan or susu kambing fresh memang susah ya kat sini. 
  •  Asam jawa & daun kucai 
Ambil segenggam asam jawa, ramas dan tapis. Kemudian, ambil secekak daun kucai, kisar hingga halus dan tapis. Campurkan kedua bahan dan tapis semula untuk kali terakhir supaya tiada sisa yang tinggal.Masukkan ke dalam besen mandian bayi bersama air suam. mandikan bayi dalam masa 20 minit, lebih baik badan bayi tenggelam agar mandian kucai dan asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan bayi.
  • Air daun inai
Cari daun inai, masukkan ke dalam besen berisi air suam. Kemudian ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi dengan air tersebut setiap pagi.
  • Petua hilangkan kuning bayi – air ginseng 
Air ginseng boleh dibeli di kedai ubat tradisional cina dan mandikan bayi menggunakan air tersebut.
  •  Air rebusan pokok dukung anak 
Ambil secekak pokok daun anak, rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga suam dan mandikan bayi menggunakan air rebusan tersebut.

  • MINUM SUSU KAMBING 
Petua Hilangkan Kuning Bayi dengan Susu Kambing yang ini memang boleh dicuba seawal 2 minggu sebelum bersalin lagi . Selain dari untuk cepat turunkan kuning bayi , juga boleh jadikan untuk booster susu ibu jadi nanti semasa dah bersalin susu melimpah ruah . Nak cari susu kambing yang fresh kat tempat Lisa memang agak susah , jadi yang senang beli je SUKA ni di shopee BKNETWORK. Senang tak perlu mencari-cari dah . 

SUKA- Susu Kambing 100% Tulen dan Tanpa Pengawet . 

Serbuk susu kambing ini adalah 100% tulen dan organik. Ia dihasilkan melalui kaedah "spray-dried" untuk menjadikan susu kambing segar kepada 100% serbuk susu tulen. Bahan mentah susu ini diimport daripada Belanda. Ada dua perisa iaitu Original Dan Cokelat. Lisa suka sebab Original Susu kambing asli tanpa sebarang pengawet. 
  • 💯 Fresh Goat Milk Powder
  • 💯 Pemprosesan "Spray Dried" Sahaja
  • 💯 TIADA Sebarang Pengawet Tambahan
  • 💯 TIADA Sebarang Perisa Tambahan
  • 💯 TIADA Sebarang Pemanis Tambahan
  • 💯 TIADA Sebarang Krimer Tambahan
  • 💯 Menggunakan Susu Kambing Baka Saanen
  • 💯 Imported From Holland
  • 💯 Lactose Friendly

KEBAIKAN SUSU KAMBING ASLI

  • ✅ Merupakan sumber susu terbaik selepas susu ibu
  • ✅ Membantu menguatkan tulang anda (sumber kalsium baik)
  • ✅ Membantu membaiki sistem metabolik dalam tubuh
  • ✅ Sumber magnesium yang tinggi
  • ✅ Baik untuk kesihatan jantung tubuh anda
  • ✅ Membantu meningkatkan imuniti tubuh
  • ✅ Membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh
  • ✅ Menyelesaikan masalah kulit yang kronik
  • ✅ Meningkatkan kesihatan otak anda
  • ✅ Membantu menyeimbangkan pH dalam tubuh
  • ✅ Membantu menghindari tubuh daripada anemia
  • ✅ Menyihatkan dan menguatkan rambut anda
  • ✅ Lebih baik berbanding susu lembu
  • ✅ Boleh diminum oleh mereka yang alah susu
  • ✅ Sangat mudah dihadam
  • ✅ Memberi tenaga 
  • ✅ Lactose friendly

 CARA-CARA PENGAMBILAN:

  1. Untuk dewasa. Ambil 2 scoop (20gram +-) kemudian campurkan dengan air suam / panas dalam segelas air. Boleh diambil bersama gula perang atau stevia atau madu asli. Enak diminum pada waktu pagi dan malam. Minum sebelum memakan makanan berat.
  2. Untuk kanak-kanak. Ambil 1 scoop (10gram +-) kemudian campurkan dengan air suam / panas dalam setengah gelas sahaja. Boleh diambil bersama gula perang atau stevia atau madu asli. Enak diminum pada waktu pagi dan malam. Minum sebelum memakan makanan berat. Cadangan usia, 2 tahun ke atas sahaja.
  3. Untuk menguatkan ingatan. Boleh campurkan 3 helai saffron ke dalam setiap segelas susu kambing yang anda bancuh. Biarkan saffron larut sekurang-kurangnya 5 minit atau sehingga warna susu bertukar kekuning dan kemerahan. Baru diminum setelah airnya sejuk dan berubah warna menjadi kuning / merah.
  4. Boleh juga dibancuh untuk kegunaan haiwan peliharaan anda mengikut dos yang disarankan veterinar.
✨CARA PENYIMPANAN: 
Simpan di dalam bekas kedap udara. Simpan pada suhu bilik. Tidak perlu masuk ke dalam peti sejuk. Elakkan daripada terkena cahaya matahari atau suhu panas. Jauhkan daripada kanak-kanak.



DIMANA NAK BELI ? 

Untuk pembelian SUKA korang boleh terus ke shopee BK Network . Harga RM39 je untuk Semenanjung dan Sabah Serawak RM49.



LINK PEMBELIAN 


REVIEW LISA 

Lisa sempat minum selepas bersalin dan balik rumah , anak kena tahan Wad NICU aritu sebab G6PD dan hari kedua kuning tinggi. Lisa gagah juga pergi balik hospital bagi susu badan, dan akhirnya lepas 3 4 hari boleh balik dah . Walaupun prolong jaundice tapi masih di paras yang normal dan tak perlu ke NICU dah selepas 14hari tu . Selain itu, lepas bersalin je haritu sempat la juga menyusukan anak 24jam , susu badan pon melimpah ruah walaupun beranak anak sulung. Ha.. lagi satu, semasa puasa ni memang masa sahur Lisa amalkan minum segelas jadi boleh berpuasa sepanjang hari sambil menyusukan anak . 

Walau bagaimanapun, sekiranya kuning si manja anda semakin teruk, segera dapatkan nasihat dan rawatan pakar. Jangan biarkan.

Semoga bermanfaat!






 

Tahniah Siti Nurhaliza Bersalin Bayi Perempuan


Alhamdulillah ! Yang dinanti-nanti telah lahir dengan selamat . Rasa Happy pula dapat perkhabaran yang Tok Ti bersalin . Tahniah untuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi. Tak sabar nak tengok dan tahu nama #babyctdk . 

Tahniah Siti Nurhaliza Bersalin Bayi Perempuan 


Aku happy hari ni ! Even bukan aku yang melahirkan, tapi aku happy sebagai peminat Tokti. Tahniah Tokti dan suami atas kelahiran zuriat yang lama dinanti ! penantian 11 tahun berakhir jua 


Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. 
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak
Pengurus

Tak sabar nak tengok wajah dan nama anak Dato' Seri Siti Nurhaliza dan Dato' Seri  Khalid...
Korang pun teruja juga bukan... <3 

Penyakit Kulit Ekzema

Penyakit Kulit Ekzema biasanya akan menyerang bayi yang berumur kurang dari 8 tahun . Tanda awal biasa adalah apabila munculnya tompok kering kemerahan dan seperti bersisik yang terdapat pada kulit. Tompok-tompok ini akan sebabkan keradangan dan kegatalan disekitarnya. Akan jadi lebih teruk dan kronik sekiranya tompokan tersebut semakin menebal serta kering dan bersisik. Memang sedih kalau tengok bayi terkena ekzema ni , macam kita boleh rasa apa yang dia rasa. Lisa punya risau time pertama kali jaga little boy  bagi makan telur separuh masak,, lepas itu akan naik ruam merah , ingatkan kenapa .. huhu cemas gila masa tu .  Mana tak cemas, dengan tak ada pengalaman lagi . 


Ekzema Pada Bayi 

Bukan hanya ekzema je , penyakit kulit yang hampir sama dengan ekzema ialah Psoriasis yang boleh muncul di kesemua tempat pada seluruh bahagian badan. Bagi bayi, tanda-tanda psoriasis dan ekzema selalunya dikaitkan dengan ruam yang pada awalnya keluar pada bahagian-bahagian tertentu tubuh terutama di kulit kepala dan pipi. Ruam ini boleh menyebabkan kegatalan yang melampau serta merebak ke bahagian lain seperti leher, pergelangan tangan, siku. lutut, kaki, punggung atau keseluruh bahagian badan termasuk sekitar mata.


Ruam-ruam ini biasanya akan menggelembung sebelum keluar cecair jika dibiarkan tanpa rawatan yang khusus seterusnya boleh menyebabkan kepada masalah jangkitan kulit yang lebih serius.

Punca Ekzema pada bayi 

1.     Sistem imun badan yang berubah. Badan kita memiliki sistem imun yang akan menyerang sel-sel jahat yang mendatangkan penyakit. Tetapi di dalam kes eczema ni, sistem imun kita ini terkeliru dan mulai menyerang sel-sel baik yang membawa kesan kepada kulit. Ini menyerupai punca kepada penyakit SLE.
2.     Alahan terhadap bahan cuci seperti sabun yang digunakan untuk mencuci pakaian, alatan kosmetik, sabun mandi, syampu, hama atau habuk dan haiwan belaan seperti kucing. Jadi, sebaiknya elakkan menggunakan permaidani di dalam rumah..jika ada anak yang mengalami masalah ini.
3.    Kulit yang terlalu sensitif kepada persekitaran seperti habuk dari luar dan cuaca yang panas.
4.    Masalah stress atau gangguan emosi turut menjadi punca eczema.
5.    Mempunyai keturunan dengan penyakit eczema.

Cara rawatan ekzema 

Biasanya saya akan beli pelbagai jenis krim dekat farmasi..pernah juga jumpa dengan pakar kulit. Apa yang menyedihkan dah beli macam2 jenis ubat tapi eczema tu makin teruk..tak de pun nampak macam makin pulih. Masa kecik lagi anak saya yang ni alami alahan kulit, pampaers tak boleh sembarangan..sampai berdarah2 celah peha..huhu..pastu saya pakaikan lampin kain. Dah besar ni sering jadi dekat badan plak..ada jugak naik dekat kepala..,memang kesian sangat tengok dia. Garu2 je.

Secara umumnya terdapat beberapa rawatan biasa dan spesifik untuk mengubati serta merawat penyakit samada psoriasis atau ekzema bayi ini. Seperti yang dinyatakan tadi, kebanyakan ubat-ubatannya adalah hampir sama dari segi kegunaannya cuma yang berbeza adalah jenis ubat dan juga dosagenya.

Kesimpulannya, adapun secara dasarnya penyakit kulit kronik seperti ekzema dan psoriasis pada kanak-kanak dan bayi dikatakan tidak boleh diubati sepenuhnya, tetapi perlu ada satu cara merawat ekzema dan psoriasis yang tertentu serta berkesan. Kedua-dua penyakit ini boleh berulang semula selepas kawasan kulit telah sembuh, Maka adalah penting untuk memastikan semua punca, tanda dan gejala penyakit kulit kronik ini sentiasa terkawal.

Ethissa Kedai Barangan Bayi Murah Online


Pejam celik dah hampir dekat due nak menikah , macam due bersalin pulak guna ayat"due"  . Insyaallah kalau dipermudahkan 2017 atau 2018 nanti dah ada baby . Amin..  ðŸ˜œ . Yala.. sebelum ni jaga anak angkat je , (sekarang umur dah cecah 4 tahun )  , teringin gak la ada baby sendiri . Ehh gataiii.. Ternampak kawan aritu cerita mengenai Ethisa , laman web yang menjual dan menyediakan barangan untuk Baby seperti Bag , napkin , blanker, dan banyak lagi  .  Customer service online yang mesra , dan dalam web ini korang boleh dapatkan tips tips untuk penjagaan baby . Wah menarik bukan ?

Ethissa

 “Only the finest, for our little ones” adalah visi dari Ethisa ni . Baby Shop Ethissa , web atau kedai online  yang menjual dan  menyediakan barang keperluan untuk bayi berkualiti premium dengan harga murah . Wow .. so boleh guna untuk anak-anak korang la sebab bagus dan tahan lama . Banyak barangan bayi yang dijual dikedai-kedai , masalahnya apakah berkualiti dan setimpal dengan harga yang diberikan ? Dengan Ethissa ,korang dapat kualiti barangan  bagus akan jimatkan duit dari membazir . Let say setiap ada anak , korang dah tak perlu beli yang baru . Barangan tu boleh korang tengok di Baby Shop Ethissa .


Ethissa Kedai Barangan Bayi Murah Online
Elodie Mini backpack -Ethissa

Elodie Mini Backpack

Jenama untuk backpack mini yang comel ni , Elodie . Memudahkan si kecil untuk bawa barang seperti mainan , gigit , pampers atau bahkan botol susu . Mestilah barangan yang ringan je , hehe. Yang berat nanti boleh letak di Diapers bag. Lisa tertarik dengan Elodie yang warna biru , nampak cantik dan cute je kan. Rasa nak beli la pulak bagi little boy , tapi ada bunga-bunga le pula. Eh buat apa nak risau , kan ada jenis corak yang lain . Minibackpack boleh dipakai untuk budak perempuan atau budak lelaki .



Sedikit banyak Lisa akan  share detail mengenai Elodie mini Backpack : 

Berpusat di Sweden , Elodie ni ialah syarikat reka bentuk  dengan membuat produk bayi functional dan inovatif . sesuai dengan Moto   - Big Differences Small People , small people tu maksudnya bayi Mereka nak buat dunia kanak-kanak tempat yang lebih cantik dengan produk bayi dengan rasa yang unik dan bergaya. Nak tahu lebih detail korang boleh baca di  Elodie Details MINI backpack .
Boleh hastag #OOTD , hahaa bukan yang besar sahaja , baby pun boleh OOTD . 


 Vilah Bloom diaper bags

 Vilah Bloom diaper bags

Villah Bloom ni bag untuk letak diaper , atau senang citenye barangan bayi atau budak seperti lampin , pampers , baju ganti , susu , tisu basah dan lain-lain . Simple tapi kualiti premium , bag ni tahan lama , boleh guna untuk anak yang ke dua , ketiga, ke empat atau seterusnya . Poket dibagian depan ni boleh korang letak tisu , jadi senang nak lap mulut budak atau bayi kalau kotor . Senang dan mudah bukan , hanya perlu buka dan kemudian tarik tisu tu keluar . ada 3 jenis design , korang boleh tengok di Vilah Bloom Diaper Bags 

Skin produk Four Cow Farm untuk bayi 


Skin produk Four Cow Farm untuk bayi 

Bukan hanya mak budak je yang kena jaga badan , baby .. budak ..anak-anak pun kena jaga tau . Apalagi kulit halus lagi  , sensitif .jadi kenalah bagi produk penjagaan kulit yang sesuai . Skin Produk Four Cow Farm ini  sesuai untuk bayi yang mengalami ekzema, ruam lampin, kulit kering dan; sensitif.
Mengapa korang kena pakai Four Cow Farm ? Ini kerana krim bayi mereka, oil and wash  dibuat dengan yang terbaik bahan-bahan tradisional semula jadi, tanpa sebarang bahan tambahan tiruan.
Produk Four Cow Farm ini ada banyak jenis , diantaranya: Four Cow Farm Baby kit ,baby lotion , baby oil , baby wash , calendula remedy , happy cream , natural pohnpei sponge , dan Tea ree remedy . Untuk lebih detailnya korang boleh tengok di Four Cow Farm

 Kippins baby comforters


 Kippins baby comforters

Seperti korang mesti ada bantal busuk  , budak pun ada blanket kesukaan sendiri tau . Ibarat tak boleh lenggang time main , gigit , atau tidur tanpa selimut baby tu . Untuk budak memang la kena pilih yang terbaik dan kualiti yang ok . Sebab kalau salah pilih nanti boleh kena ruam-ruam merah , lagi susah jaga nanti . Ethissa salah satu distributor rasmi untuk Kippins Baby Comforters . Kippins dibuat dari baan organik 100 % kapas , sebab tu budak akan lebih selesa dan rasa hangat kalau peluk kain ni . Ada banyak jenis dan design , dan orang boleh tengok di Kippins baby comforters . 
Machine washable & safety tested . Designed in Australia. Global Organic Textile Standard (GOTS) certified.




Banyak jenis barang keperluan bayi yang korang boleh dapatkan hanya di Ethissa , selain itu di web ini  juga terdapat tips tips yang berguna untuk ibu dan ayah . Wah ..menarik bukan . Juga jangan lepaskan baby deals setiap minggu . Banyak diskaun setiap minggu di barangan yang berbeza. Boleh jimat poket , ilmu pun dapat , budak pun happy..

Untuk info yang selengkapnya mengenai Ethissa , korang boleh rujuk dibawah ini :

Website :


Instagram :
Ethisa Baby 

Facebook : 
Ethissa 

Whatsapp :
+60 19 266 3223




Cara Mudah Tidurkan Bayi


 Cara Mudah Tidurkan Bayi || Bayi memang comel tapi kalau dah meragam nangis tu yang konfuse sama ada berak , lapar  atau nak tidur . Dulu time jaga anak buah , first time pulak tu memang tak tahu dia nangis tu nak makan atau nak tidur , nangis je kasih minum susu . Kadang sampai terbuang sebab baby tu bukan lapar pun. Bazir je kan , huhu. Banyak cara untuk tidurkan baby , sama ada buai atau tepuk-tepuk bontot atau dukung la sampai baby tu tidur . Cara mana yang senang untuk kalian ? Biasanya kalau tidur atas buaian tu tak berapa elok untuk nanti nya , sebab terbiasa . Bayangkan kalau sedang berholiday , tak kan nak ususng buai ? Lisa baringkan je anak buah atas tilam and peluk sambil men-main rambut dia . Dan tak sampai beberapa minit nanti baby tu tidur la.


Dan ternyata ada cara yang sangat teramat mudah untuk kita cuba !  Hanya guna sehelai tissue sahaja . Jom tengok video ini .

Kenapalah bila anak2 dah besar baru tau pasal menda ni hihihi. Korang yg ada anak kecik cubalah...
Posted by Aznil Hj Nawawi on Wednesday, 8 July 2015

PRIHATIN BAYI DIBUANG ATAU SEBALIKNYA ?

PRIHATIN BAYI DIBUANG ATAU SEBALIKNYA ? | Semalam timeline facebook dibanjiri dengan gambar bayi yang dahulu kala dibuang di Tong Sampah. Tak kira personal , page-page besar bahkan artis pun share. Hmm... sebenarnyakan.. kalian bukan prihatin.. tapi mengaibkan !

" Share foto ini sebagai tanda prihatin terhadap anak kecil ini.. xxxxx.... "  OK wait , ini bukan prihatin namanya , tapi tak menjaga hati perasaan baby ini kelak. Pernah tak kalian fikir  apa perasaan bayi ini jika kelak dia dewasa dia dapat tahu yang dia hanya bayi  anak luar nikah dan dibuang di Tong sampah ? Kalau kalian ada didalam posisinya , apa perasaan korang ? Kecewa ? Sedih ? kalau jenis budak hati kental tak apa juga. Kalau budak tu jenis yang sensitif , mesti akan kecil hati teramat sangat. Cuba kita bayangkan kalau baby tu dah besar nanti. Apa parasaan dia kalau dia tau dia pernah diperlakukan sedemikian rupa oleh ibunya sendiri ?.

Sebab pernah ade seorang pakcik ini (customer Lisa ) dia bagi tau la , ketika 17tahun dia dapat tau yang dia anak angkat sahaja... pergh memang tak boleh terima . Inikan pulak kalau baby ini  tahu dia anak yang berstatus tidak halal, malah pernah dibuang ke dalam tong sampah.Kadang-kadang kita ni sedih tak bertempat. Walaupun dia masih baby, kisah silam dia tu kita kena jaga jugak .Harap tak ada pihak bertindak bodoh tunjuk gambar dalam tong sampah tu dekat dia masa dia dah besar nanti.

Prihatin ? pergi cari budak tu dan sedekah atau bagila pape yang mampu. Bukan aibkan budak tu .

Lain kali sebelum sebar gambar atau status , fikir baik buruk dulu. Jangan TERIKUT-IKUT jadi yang pertama share dan jadi keyboard warrior. Fikir kalau kita berada diposisi mereka pula ye. 

Gambar Bayi Perempuan Fasha Sandha

Gambar Bayi Perempuan Fasha Sandha| Fasha Sandha selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.8 kilogram jam  9.10 pagi semalam. Dan bayi perempuan itu diberi nama Putri Raysha Jemaima. Ia anak kedua hasil perkongsian hidup Fasha dan Rizal.
Comel-comel je baby sekarang .. 

Rozita Che Wan Selamat Melahirkan Pada 1 Nov 2014

Rozita Che Wan Selamat Melahirkan Pada 1 Nov 2014 | Tahniah diucapkan kepada Artis cantik Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che' Ta  atas kelahiran seorang putri hasil pernikahan Che Ta dengan Zain Saidin .

Laporan dari HLIVE!,petang ini Zain Saidin memaklumkan bahwa isterinya Rozita Che Wan telah selamat melahirkan bayi perempuan dalam keadaan kedua-duanya sehat. Che Ta melahirkan anak perempuan pada pukul 2.18petang , Sabtu 1 Nov 2014 . Bersalin di Pusat Perubatan Ampang Puteri.
Tahniah kepada Zain Saidin dan Rozita Che Wan untuk kelahiran puteri tercinta. 

© all rights reserved
made with by templateszoo