Senarai Pelakon Titian Cinta


Senarai Pelakon Titian Cinta

Tertunggu-tunggu juga drama TITIAN CINTA TV 3  ni , ingatkan Isnin dah ditayangkan , tapi ditunda Selasa . Drama bersiri adaptasi novel Titian Cinta karya Ridhya Iman yang akan megisi slot Akasia TV3. Watak Hero dan heroin gandingan baru Zul Ariffin dan Farah Nabilah. Akan mula ditayangkan mulai 12 September ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3. Senarai Pelakon dalam Titian Cinta antaranya  : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd 



Pelakon Titian Cinta 

Watak pelakon dalam titian cinta ni mesti dah tak asing dalam mata korang . Diarahkan oleh saudara Heykal Hanifah dibawah terbitan Zamriez Golden Pictures. Nah Lisa bagi detail senarai pelakon titian cinta yang ditayangkan di TV3 



PELAKONWATAK
Zul Ariffin sebagaiUmayr Harris
Farah Nabilah Rahadatul Aisy
Tisha Shamsir AlamSofia
Daler Yusuf Ryan Smith
Shah JazleDaniel
Dian P. Ramlee Hajah Mariah
Marisa Yasmin Puan Sri Nora
Arash Mohd Tan Sri Hakim
Kuza Hajah Mariam
Rahim Jailani Haji Helmi
Dottie Sakeena
Adam Shadan Fahmi
Feiyna Taj Farah
Rais IsmailRazali
Dibi Halim Liya
Kamaliah Mat Dom Mak Siah
Qis SajatPuan Kamaliah
Kamal Ibrahim Syed Jamal
Razali GhaniPak Rusydi
FahaNafeeza
AlexandraMelissa



LAGU TEMA / OST TITIAN CINTA

Sumpah Cintaku - Asfan Shah
Kasih - Hyper Act
Sungguh Mencinta - Qanda


SINOPSIS TITIAN CINTA

Kisah percintaan antara Rahadatul Aisy (Farah Nabilah) dan Umayr Harris (Zul Ariffin). Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya.

Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu.

Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.

Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.

Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula?


GAMBAR PELAKON 


Credit : myinfotaip










{ 7 comments.. read them below or add one }

Mimi Azirah Mimi Azirah September 13, 2017 at 7:40 PM
Best citer nih..tp confirm x tgk sbb bukak channel 702..hahaha
Lokman Hakim Lokman Hakim September 13, 2017 at 10:34 PM
Best drama ne..bwu tngok tdi..nmpak seronok
sbun jerawat untuk kulit sensitif sbun jerawat untuk kulit sensitif September 14, 2017 at 11:50 AM
terimakasih atas informasinya, jangan lupa kunjungi kami di http://blackwaletfacialsoap.com/sabun-jerawat-untuk-kulit-sensitif/
fizafantagirO fizafantagirO September 14, 2017 at 4:42 PM
Kakfy selalu terlepas cerita ni.uwaaa.hr ni balik awal, leh tgk
Yanty Lee Yanty Lee September 15, 2017 at 10:02 AM
Kty yg xde TV ni pun snggp lyn on9.. cm best je...
Busyra Bt Takiyudin Busyra Bt Takiyudin September 16, 2017 at 1:22 AM
busyra suka cita ni.. best.. tak tinggal lg la.. haha