Ad

Showing posts with label pelakon. Show all posts
Showing posts with label pelakon. Show all posts

BIODATA ISYARIANA

BIODATA ISYARIANA

Isyariana merupakan pelakon yang mula meningkat naik di Malaysia.  Isyariana Mula dikenali setelah berlakon dalam Drama Lelaki Kiriman Tuhan. Wajahnya ada iras Agnes Monica artis Indonesia tu , kadang nampak macam Ayda Jebat pon ye juga . Pelakon bernama penuh Isyariana Che Azmi atau lebih mesra di kenal dengan ISYARIANA , Jom ketahui lebih detail tentang BIODATA ISYARIANA ni . 

BIODATA ISYARIANA AZMI

Nama Penuh: Isyariana Che Azmi
Nama Komersial: Isyariana
Nama Panggilan: Isya
Tarikh Lahir: 31 Oktober 1990
Umur: 29 Tahun (2019)
Asal: Temerloh, Pahang
Kediaman: Kuala Lumpur
Status: Bujang
Pendidikan: Diploma Seni Bina dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Agama: Islam
Kerjaya: Pelakon dan Penyanyi
Drama: Married Tapi Benci, Cerita Dari Mastika: Mayat Ipoh Melambai, Urusan Hati Cik Drama Queen, Cik Serba Tahu, Duda Pujaan Dara, Geng Tadarus, Jangan Padam Rindu, Lelaki Kiriman Tuhan, MataKetiga, Cerita Dalam Kain: Suamiku Pondan, Calon Menantu Tuan Rumah, Puteri Yang Ditukar , TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI 

Telefilem: Cinta Bae Kicap, Malam Ini Aku Menangis, Secarik Kasih Mama, Kipas Belum Mati, Pentas, Izinkan Aku Menyayanginya, Papa Segera
Lagu/Single: Girlfriend, Deritaku, Tiba Kini Waktu
Instagram: @isyariana
Facebook: https://www.facebook.com/pg/isyarianaAf2016
Twitter: @isyariana

GAMBAR ISYARIANA









PELAKON ADELLEA SOFEA

PELAKON ADELLEA SOFEA

Dah tengok Drama rantaian 'Adellea Sofea' ? lepas trending di Twitter rasanya Lisa memang kena tengok juga ni . Drama Adella Sofea , akan ditayangkan sebanyak 28 Episode,  gandingan pelakon Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz  setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam, slot Akasia di TV3. PELAKON ADELLEA SOFEA : Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Jasmine Suraya, Fizo Omar, Josiah Hogan, Iman Zulkarnain, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Cassia Iman, Kazar Saisi, Sharisa Haris, Uchee Fukada, Remy Maghrib, Fadzly Fuad

WATAK PELAKON


PELAKONWATAK
Mira Filzah Sofea
Ungku Ismail Aziz Firdaus
Jasmine Suraya Suzie
Bella Dally Iliya
Fizo Omar Ikram
Josiah Hogan Karl
Cassia Iman Damia
Fazlina Ahmad Daud Dr Fauziah
Roy Azman Encik Izham
Uchee Fukada Rina
Kazar Saisi Aizi
Iman Zulkarnain Zahim
Sharisa Haris Jenab / Jamilah
Remy Maghrib Sham
Fadzly Fuad Fahmy

LAGU TEMA

Tentang Rahsia - Judika feat Shila Amzah

SINOPSIS ADELLEA SOFEA

Mengisahkan mengenai Adellea Sofea, seorang  pensyarah berkelulusan Ijazah Sarjana amat selektif memilih calon suami. Sofea yang mempunyai ramai pengikut di laman sosialnya sering memuat naik kata-kata dan video penuh motivasi dalam memberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan yang baik untuk wanita.

Dalam diam, Sofea sedang berkawan dengan Alif Firdhaus (Fir) yang dikenalinya di medium media sosial selama dua tahun. Sofea tertarik dengan Fir kerana Fir sering memuat naik videonya  bermain gitar dan seringkali juga dia tujukan video khas untuk Sofea. Hanya melalui kata-kata yang Firdhaus kongsikan dalam media sosial, Sofea menyimpulkan yang Firdhaus datang dari keluarga yang bahagia. Secara tak langsung, Sofea berpendapat yang Firdhaus adalah lelaki yang sempurna juga untuk menjadi suami.

Tanpa Sofea ketahui, Firdhaus menyimpan satu rahsia. Perkenalan dengan Dr. Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) membawa Sofea ke rumah keluarga Firdhaus yang dikejutkan dengan kepulangan Firdhaus secara tiba-tiba. Sejak itu, perhubungan mereka semakin serius tetapi adik, Firdhaus iaitu Ilya (Bella Dally) tidak bersetuju. Ilya menyimpan dendam pada Fir, kerana ibu bapa lebih-lebih lagi Dr. Fauziah mereka sering menyebelahi abangnya berbanding dirinya.  En Izham dan Ilya kurang senang kepulangan Firdhaus kerana ada rahsia di antara mereka. Firdhaus nyatakan hasrat untuk kahwin dengan Sofea.

Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupkan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan.

GAMBAR PELAKON






PELAKON SETELAH KU DIMILIKI

PELAKON SETELAH KU DIMILIKI

Finally drama yang ditunggu-tunggu dah tiba , Drama SETELAH KU DIMILIKI  adaptasi novel Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry akan disiarkan di Slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Intan Najuwa dan Tiz Zaqyah. Bakal bersiaran bermula 29 Oktober, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3. PELAKON SETELAH KU DIMILIKI: Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya, Halim Radzi


SENARAI WATAK PELAKON SETELAH KU DIMILIKI



PELAKONWATAK
Intan Najuwa Sarrafia
Zul Ariffin Adriz
Tiz Zaqyah Sarlina
Zaki Azeman Noh
Lia Natalia Hirda
Fahmi Reza Haqif
Rahhim Omar Rahimin
Zulhelmy Halil
Adeline Tsen Ufaira
Kuza Bonda Ummi
Aleza Shadan Sabrina
Hilal Azman Shamsul
Daniella Sya Ann
Halim Radzi Zakir 

LAGU TEMA / OST

Ika Mustafa - Damaikanlah

SINOPSIS SETELAH KU DIMILIKI

Mengisahkan mengenai konflik cinta di antara Sarra dan Adriz yang diuji dengan pelbagai dugaan. Kerana dosa silamnya, Sarra dihalau ibunya dan membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju.  Sarra bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Azirah.

Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz di Rumah Azirah membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Encik Rahimin yang juga pengasas Rumah Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Azirah. Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain.

Adriz cuba mendekati Sarra, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarra mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarra.

Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarra bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarra, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya.

Namun, rumah tangga mereka mula menemui cabaran apabila kakak tirinya, Lina sendiri ingin memiliki Adriz tanpa pengetahuannya.

Adakah Lina berjaya merobohkan istana cinta Sarra yang terbina bersama Adriz? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarra dan Adriz?

GAMBAR PELAKON





© all rights reserved
made with by templateszoo