Ad

Showing posts with label Kluang Mall. Show all posts
Showing posts with label Kluang Mall. Show all posts

Jelajah Bas Drama Sangat Di Kluang Mall

Jelajah Bas Drama Sangat di Kluang Mall 

Hi ! korang yang selalu tengok drama-drama di TV3 dan TV9 mesti tahu dengan hastag #DRAMASANGAT . Nah.. kali ini Jelajah Bas Drama Sangat 2017 untuk tahun ketiga ini bergerak ke JOHOR , Melaka dan Negeri Sembilan . Dan semalam 11 Ogos 2017 , DSBT datang Kluang Mall ! yay.. kali kedua Lisa tengok depan-depan artis kesayangan Lisa . Aahaha.. ok teruja ! 

Drama Sangat 2017 Zon Selatan 

Siri Jelajah Bas Drama Sangat (DSBT) tahun 2017 kembali lagi dengan wajah baru . Destinasi zon selatan untuk lokasi keduanya ialah Johor , Melaka dan Negeri Sembilan . Antara artis yang hadir seperti : 



Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan dalam DSBT ni , bermain permainan-permainan yang beraneka macam ,sesi autgrafi dan bergambar. Sapa yang bertuah dapat peluang join game dengan para artis ni mesti teruja kan.. Semua artis DSBT dan peminat pun sporting aih . Happening dan boleh tahan ramai juga yang datang ke event ini .


Meh tengok gambar dibawah ini :

Aktiviti ramah mesra artis DSBT dengan peminat 






Anas Ridzuan ( Seramedi : Jangan Ikut Aku ) 

Reen Rahim ( Iris ; Tauke Jamu )






Raysha Rizrose ( Hani : Pinggan Tak retak , Nasi Tak Dingin ) 





Mira Filzah
Idris khan







Video :




Amboih.. gelak sakan akak tu kan . Nampak tak betapa happening nya kan.. 


Untuk lebih video dan gambar korang pi singgah kat Instagram Lisa di  @Mawar_biru89  atau facebook LIVE : Lisa Nurulain Jangan lupa follow juga .. hehehee ... 


Sesi Autografi dan Bergambar 







Terlepas peluang untuk pergi Jelajah Bas Drama Sangat DSBT ZON SELATAN  ? Jangan risau ..korang boleh saksikan setiap aktiviti barisan artis ini di laman sosial facebook    @TV3Malaysia dan @TV9Malaysia untuk Instagram pula di @TV3malaysia , @TV9Malaysia dan @dramasangat . Meriahkan jelajah Bas Drama Sangat dengan hastag #DramaSangat dilaman sosial korang kayh !  Untuk saksikan program-program menarik TV3 dan Tv9 korang boleh guna portal video tonton di , www.tonton.com.my

See u next year ! 

Psstt .. Masih sempat lagi untuk korang saksikan LIVE Jelajah Bas Drama Sangat di Destinasi hari ini berlokasi di Mydin MITC , Melaka pukul 12 petang.. dan NSK TRADE CITY , Seremban pukul 4.30 petang nanti .
  • @TV3Malaysia
  • @TV9Malaysia 
  • @Dramasangat 







Pengalaman berjumpa dengan kartunis " OTAI "

gambar Lisa dengan Danial Haikal (kiri ) , Aziz (tengah ), dan Abg Lengkuas (kanan) 
 Pengalaman berjumpa dengan kartunis  " OTAI " || Lisa memang tak baca buku komik. Sebab dalam kepala ni asyik fikiryang komik tu hanya untuk budak kecil je ,,dan dalam tu mesti cerita khayalan yang mengarut. Sampailah hari sabtu lepas , Lisa pergi event Get Up ke - 4  di Kluang Mall... dan jumpa depan-depan dengan kartunis yang teramat sangat famous koooo... Kira Otai la juga .   Lisa memang le tak tahu nak beli komik apa .. dah tentu tak pernah baca.. Jadi Lisa minta sugestion dari kartunis yang ada di event tu ...  Nah gambar diatas ni gambar Lisa dengan para kartunis .. Ternyata ..pendapat Lisa ni sama sekali tidak benar !!

Jumpa kartunis OTAI Lengkuas pernah bekerja di Majalah Ujang 

Contohnya buku ni haa.. Kisah Abdul dan Kambing , Buku ini last tingal satu je . Itupun yang didisplaykan . Lisa tanya ..boleh beli ke ? beliau cakap BOLEH ! yayy.. dan disitu juga.. dapatla gambar dan karikatur secara percuma dan live dari abg Lengkuas,.. Siap singnature . Kau hado ? Ha.. Tak ada kan .. 


Lengkuas bukan nama sebenar , merupakan seorang kartunis yang tak asing dalam area komik di Malasyia ni . Sebelum beliau jadi kartunis di majalah-majalah seperti Gelihati , Lanun dan Ujang ,, beliau pernah bekerja sebagai despatch selama 5 tahun . DIsebabkan pengalaman itu , beliau telah mencipta karya terulung yang berjudul..Mat Despatch 2 Ringgit dan Yob Peon . Pengalaman beliau sebagai kartunis sangat lama.. nak tahu tak berapa lama ? 22 tahun !!  Dan pengalaman beliau sebagai pengarah penerbitan dan ketua editor Majalah Ujang adalah selama 13tahun . ANgka pengalaman yang cukup matang untuk digelar sebagai OTAI dalam kalangan kartunis .


Kisah Abdul dan Kambing ni kisah yang penuh jenaka tapi sarat dengan pengajaran dan teladan yang menyentap jiwa. Sebab tu Lisa cakap ..komik ni lain dari yang lain . Harga untuk komik ni hanya rm10.00 saja .. korang boleh cari di kedai buku berdekatan . 


" Kawan Yang Baik adalah Kawan Yang Sentiasa Bersangka Baik.. " 




Yang ni pula karikatur yang dilukis sendiri oleh Danial Haikal di sampul belakang buku  " Sayang Ummi " menceritakan lebih kepada kisah sebuah keluarga . Mentang-mentang Lisa sepet... ha.. dia lukis mata sepet gak . Hehehe.. Terimakasih untuk kartunis Danial Haikal ... dan


Rela kutunggu Danial Haikal dan Aziz selesai makan tengah hari di Chicken Rice Shoop.. hanya untuk tunggu karikatur dan sign mereka . Hahaha.. Pertama kali datang..nampak kartunis Lengkuas ja... Segan dan takut ..hahaa..jadinya Lisa tunggu mereka la . Baru berani nak minta karikatur . Almaklumlah Lisa ni pemalu .. 


Untuk kalian yang nak dapatkan juga buku-buku karya Kartunis Lengkuas  , +danial haikal  , atau Aziz.. boleh skodeng di kedai buku terdekat.. atau... skodeng buku di
Facebook ; Humaira Bookstore  
Web : http://humairabookstore.com/ 
Jangan lupa like #KOTAKOMIK 
Facebook : KotaKomik

Juga Paradecomix
Facebook : Paradecomix
Instagram @ paradecomix

© all rights reserved
made with by templateszoo