Tuesday, September 30, 2014

Kaca dalam daging ,pernah rasa ?

. Kaca Dalam Daging , Pernah rasa? Kenapa tangan aku berbalut ?
semalam punya cerita, time aku tengah minum air kosong di cawan kaca  tetiba je telinga cawan yang aku pegang tu pecah . Pecahan kaca tu menusuk ke sela-sela jari manis and kelingking.
Darah tak berhenti keluar, sampai aku tengok ada lubang dekat tangan aku. Oh, mungkin bekas pecahan cawan tadi. Aku nampak darah berhenti keluar, maka aku pergi kerjalah macam biasa.

.
Nampak macam tak da apa-apa, hurm tapi malam tadi aku menangis kesakitan . Jari aku  mula kemerah merahan dan bengkak . Rasa macam berdenyut-denyut. Kawan aku suruh check, takut ada serpihan kaca dalam daging tu .

Jadi hari ini aku pergi klinik. Dan kemudian cerita lah apa yang dah berlaku . Hurm, dalam tangan tu ada serpihan kaca woo ! macam luka biasa je tapi ternyata didalam sikit lagi dah nak teruk. Dalam jugak rupanya bekas pecahan kaca itu. Nasib baik lah tak kena urat . Lepas ni minum dari cawan plastik je la. Haha.

P/s : Jangan memandai nak jadi dokter . buat tak ada apa-aa tapi ternyata? esok lusa kalau melarat sapa yang susah. Cacat dah nanti , berkurang duit hantaran.. Opss...
 ( Kalau sakit tak sembuh-sembuh atau bengkak ke hape ,atau lagi teruk sakit tu sila rujuk ke klinik atau hospital terdekat ya )

Cabaran 30 Hari | Perkara menarik yang aku berbangga tahun ni






Cabaran 30 Hari | Perkara menarik yang aku berbangga tahun ni  |
Tahun ni gaji aku naik 2 kali weih..seronok !pastu dapat gelang emas dari boss aku..siap pakaikan lagi ! Bangga woo..kau hado? Takde kan. Hehehe
Aku berbangga sebab mempunyai seseorang yang insyaallah mampu membimbing aku.
Aku berbangga sebab dikenalkan denga  blogger-blogger yang mengajariku banyak ilmu.
Aku berbangga sebab dah mula save duit untuk simpanan ku masa yang akan datang.
Aku bangga dapat menunaikan apa yang mak ayah aku minta.
Aku berbangga mengenali orang orang yang luar biasa dalam hidup aku.
Terimakasih kawan. Terimakasih orang-orang yang banyak memberiku nasihat dan ilmu . Terimakasih mak ayah sebab selalu mendoakan saya.

Dengan ini berakhirlah sudah cabaran 30hari #kelabbloggerbenashaari.
Next time kalau dah buat cabaran lagi.. sediakan hadiah eh! Biskut ka.. kaktus ka.. hehehe
Monday, September 29, 2014

Cabaran 30 Hari ,hari 29 | Bunga Kegemaran

 


CABARAN 30 HARI , Hari 29 |Bunga Kegemaran .
Cerita mengenai bunga, tak usah tanya lagi lah dah tau jawapan yang akan aku bagi.
Aku suka Mawar Biru, sama lah dengan nick name Facebook aku . Hehe
Tiada kaitan dengan tempat aku bekerja , Tapi satu hari tu aku singgah di kedai bunga dekat dengan office aku. Plan ingin beli mawar purple untuk hadiah kat kawan aku sebab dia minat giler dengan mawar purple and barang-barang yang berwarna purple. 
Dan di kedai itulah aku nampak Mawar Biru. Terus cair hati aku. Hahaha.
Mawar Biru , biru : cool , beku, dingin atau menyejukkan? sedikit menggambarkan perwatakan aku .
Aku pendiam tapi juga menyejukkan . Aisehh.. haha
Sesiapa yang nak bagi aku bunga mawar biru aku konfem akan terima dan simpan, haha memang tak kan buang walau dah kering . 

Aku ada simpan bunga mawar biru 3 tahun lepas hadiah harijadi aku yang ke 14 Tahun. Hehehehehe. Nanti aku tunjuk kat korang la ye , gambar kat bawah ni la bunga tu 3tahun lepas.
 

Kek bufday aku pon Mawar Biru tau, haha boss aku yang bagi !
 

Yang ni first bunga mawar biru yang aku beli 25-04-2011
3 kuntum mawar biru baru rm10 masa tu. Murah !

Web Rasmi #KelabBloggerBenAshaari

|#kelabbloggerbenashaari adalah satu network blogger dan founder dia ialah, ABen pemilik blog www.benashaari.com . Kelabbloggerbenashaari ditubuhkan sejak 2009 dan sekarang mempunyai member  mencecah lebih dari 23,000 .Apa yang menarik dari KBBA? Di network ini saling berkongsi ilmu dunia Blog dimana semua saling membantu untuk naik dan bukan saling menjatuhkan. Dan akhirnya  mempunyai web laman yang rasmi yaitu Kelabbloggerbenashaari. Yang memuat activity yang dilakukan oleh rakan-rakan KBBA .
Selain itu kalian boleh follow instagram dia @kelabbloggerbenashaari ,


dan Facebook #Kelabbloggerbenashaari.
Apa yang menariknya? Kalian boleh mendapatkan tips dalam dunia blogging dan mereka tidak kedekut ilmu.
Lisa pon ingin mengucapakan banyak terimakasih kepada rakan-rakan KelabBloggerBenAshaari sebab semenjak join rakan KelabBloggerBen Ashaari, ada peningkatan dalam blog saya dah.Trafik naik menjadi 4@5 kali lagi banyak dari trafik biasa !  Excited giler . Hehe hope lepas ni bertambah elok blog aku yang sebelum ni macam hidup segan mati tak mahu.   Dah tak bersawang kekeringan idea lagi. Hehehe..
Kalian  nak join ? Boleh je.. FREE tak berbayar pon. ;)

#KELABBLOGGERBENASHAARI 
"BUKAN SEKADAR BLOGGER "
Sunday, September 28, 2014

5 Perkara Bermula dengan "Andainya" | Hari 28


,
5 Perkara bermula dengan "ANDAINYA ", hurm.Berangan sekejap.. andaian yang mungkin jadi kenyataan dan mungkin hanya wujud dalam angan-angan .

1. ANDAINYA aku JUTAWAN ,
sememangnya akan ku sedekahkan tanah rezab untuk dibangun masjid. Memang angan-angan dari kecik , sebab cikgu agama cakap kalau kita sedekahkan tanah untuk masjid, dan kemudian satu hari kita mati ,, Kita masih mendapat pahala sebab orang-orang datang untuk beribadah di masjid itu.


2.ANDAI aku TINGGI

Andai aku tinggi mesti aku jadi model atau pramugari ,haahhaa.  Pernah bercita-cita dulu tapi ketinggianku comel-comel je ni ha!. SAD ! hahaha nak minum vitamin dah takleh tinggi dah .

3. Andainya  Mataku Besar

Hahahah .. andai mataku tak sepet, mesti orang tak tanya aku ni chinese ke melayu . Disebabkan time mak suka makan limau mandarin dan tengok movie jackie chan ketika pregnen aku.. hasilnya aku keluar bermata sepet. Ala-ala Jackie Chan , Hahaha

4.ANDAI aku ada rm 50,000.00

Aku nak travell pergi obersea. Hahaha

5. ANDAI NENEK MASIH HIDUP ,
Aku ingin peluk nenek . Aku ingin bermanja-manja dengan nenek . Walaupon belum cukup 100 hari pemergian arwah nenek, tapi aku rindu sangat dengan nenek . Sebab dialah satu-satunya nenek yang rapat dengan aku. Al-Fatihah untuk nenek .


Caraban 30 Hari #kelabbloggerbenashaari
Saturday, September 27, 2014

Mood Dilamun Cinta | hari 27

 
.
 Mood Dilamun Cinta| hari 27
Mood aku hari ini?
Kalian tengok la gambar  diatas tu, mesti paham ! Hahaha
Mood aku hari ini macam sedang dilamun cinta je , dalam hati ada taman. Senyum seorang-seorang macam kambing dapat rumbut .Senyum meleret sampai telinga .
Why ? WHy ? WHY ? 
Dapat hadiah dari someone special ke ?
Bunga?
Coklat ?
Cincin?
Atau.. dapat boyfriend baru ke ??
SALAH! mood aku hari ini berbunga-bunga sebab aku tengok drama korea ni ha. Ntah apa tajuk dia, lupa pulak dah . Best jalan cerita tu , dari dua insan yang saling mencinta lepas tu tak dapat restu ibubapa . Dan kemudian si perempuan gigih cari cara untuk luluhkan hati kedua ibu bapa kekasihnya itu . Ending yang sweet sangat-sangat sebab akhir nya pasangan itu berkahwin dengan restu .

Mood kalian pulak macam mana ?


Friday, September 26, 2014

Apa Yang Menarik pada Z 2 | Hari 26

 
 Apa Yang Menarik Pada Z2 sehingga membuat saya memilih z2 sebagai gaget saya terkini ialah , kerana z2 mempunyai design yang nipis dan juga cantik . Z2 mempunyai internal memory  16GB dan RAM 3GB membuat handphone ini tidak cepat hang .
Thursday, September 25, 2014

Tips Penawar Demam | Sarang Burung

Tips penawar demam dengan Sarang Burung | Demam, semua orang pasti pernah mengalaminya . Apalagi sekarang musim perubahan cuaca yang tidak menentu mengakibatkan daya tahan tubuh pun terjejas . Demam ada yang jenis demam biasa dan juga ada demam yang mengaibatkan sawan.

Tuntutan pemenang G.A Merdeka by mawarbiru


Tinggal 3 hari sahaja untuk para pemenang Give Away Merdeka By Mawar Biru .
sila check 


Setakat ini baru 7 orang pemenang sahaja yang telah memberikan detail melalui email untuk menuntut hadiah . Yang lain sila tuntut ya .
Terimakasih

IS pancung kepala wartawan Perancis | Berita hari ini

IS pancung kepala wartawan Perancis | Anggota jihad berkaitan kumpulan Negara Islam (IS) memancung kepala wartawan Perancis yang diculik di Algeria, Herve Gourdel, yang ditunjukkan di dalam video yang dimuat naik secara online.

 Lelaki 55 tahun itu diculik Ahad lalu oleh Jund al-Khilifa atau 'Askar Pemerintahan Khalifah' ketika sedang mengembara di taman negara yang pada satu masa dulu kawasan tumpuan pelancong tapi kini menjadi tempat persembunyian anggota militan berkenaan.

 

 Tindakan memancung kepala Gourdel dilakukan berikutan keengganan Perancis untuk mematuhi kata dua 24- jam kumpulan terbabit supaya ia menghentikan serangan udara di Iraq - sebahagian daripada kempen diketuai Amerika Syarikat terhadap IS. 

Task 25 || Berita hari ini yang saya baca ialah mengenai anggota IS yang memancung kepala wartawan perancis disebabkan keengganan supaya menghentikan serangan udara di Iraq.
Hurm , semoga peperangan di Iraq cepat berakhir .
Amin..

sumber  klik SINI



 

Wednesday, September 24, 2014

Deactive Voicemail Anda !



DEACTIVATE Voicemail anda!seringkali kita memanggil seseorang dan dia tak sempat menjawap pastinya akan keluar satu  mailbox dan ianya akan menelan kredit anda,betul tak? Kalau 1 kali mail box 0.35sen,6kali dah berapa?? Ini sangat mengganggu dan jika kalian ingin membuang mailbox atau khidmat voice mail ni anda boleh ikut langkah-langkah dibawah ini.

Maxis
Deactivate – ##109#
or : klik sinihttps://forum.maxis.com.my/forum_top...2&whichpage=88

Digi
Deactivate – *128#, pilih mobile service, voice mail & deactivate.
or call Digihepline 0162211800 and talk to customer service

Celcom
Deactivate – ##002#
Or : Celcom you (number owner) have to dial 1111or 03-3630 8888 and talk to customer service and ask them to deactivate your voicemail ONLY

Q: kenapa perlu deactivate

A: kalau kalian call orang, pastu orang tak angkat akan keluar suara

Ini khidmat pesanan suara. Sila tinggalkan pesanan anda selepas ini. Beepp~~..

Kena cas 35sen untuk maxis, 20sen untuk celcom, Digi tak pasti. Macam !@#$% khen?

kalau digi call je 0162211800 dan cakap dengan operator nk off voicemail.. free jek!

Kalau celcom call je 1111 n cakap jugak ingin off voicemail.. free jek

kalau maxis.. postpaid call 123.. kalau prepaid 1300820120..

P/s : ada yg berjaya ada yang tak berjaya...selamat mencuba dan selamat berjimat...

Kisah Kejayaan Ronaldo

Kisah Kejayaan Ronaldo | Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda satu kisah. Kisah yang saya pernah dengar selama ini, tetapi hari ini saya terjumpa sekali lagi kisah ini di Facebook.
Saya lantas mencari info mengenai kisah ini dan saya rasa, saya nak sangat berkongsi dengan anda semua "Di Sebalik Kisah Kejayaan Ronaldo Yang Ramai Orang Tak Tahu"
 
 

Ronaldo

Buat anda yang tidak tahu, even saya rasa ramai yang kenal mamat hensem ni. Beliau adalah Cristiano Ronaldo.

Bekas pemain Manchester United, dan sekarang bermain untuk Real Madrid dan Portugal. Seorang pemain yang sangat hebat dan merupakan penjaring gol terbanyak di La Liga, Sepanyol bersama Real Madrid. Mempunyai komitmen yang sangat tinggi ketika berada di atas padang.
Namun, saya yakin. Ramai yang tidak tahu bagaimana Ronaldo bermula sebagai pemain terhebat pada hari ini.
Suatu Ketika Dahulu

Suatu ketika dahulu, ketika Ronaldo masih bermain di sebuah kelab biasa. Mereka di datangi oleh Kelab Sporting Lisbon. Wakil kelab itu mahu menyaksikan sebuah perlawanan bola sepak yang ditandingi oleh kelab yang diwakili oleh Ronaldo.
Mereka mahu mencari pemain yang boleh diserap masuk ke Kelab Remaja Sporting Lisbon. Sebuah kelab yang sangat hebat di Portugal.
Syaratnya mudah sahaja. Mana mana pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam perlawanan itu, akan diserap masuk ke Kelab Remaja Sporting Lisbon.
Semasa perlawanan sedang berlangsung, Ronaldo menjaringkan gol pertama. Kemudian, sahabat baik beliau Albert Fantrau menjaringkan gol kedua.
Di penghujung perlawanan, Albert Fantrau berhadapan situasi satu sama satu dengan penjaga gol. Beliau berjaya menggelecek dan melepasi penjaga gol. Pada waktu itu, Ronaldo turut berlari dan berada di hadapan pintu gol.
Pada waktu itu, Albert Fantrau hanya perlu menolak masuk ke dalam gawang gol. Tetapi, beliau tidak mahu berbuat demikian.
Sebaliknya, beliau menolak bola tersebut kepada Ronaldo dan Ronaldo menjaringkan gol tersebut.
Apa yang berlaku itu menyebabkan ramai orang terfikir kenapa Albert tidak terus menjaringkan gol tersebut.
Selepas perlawanan, Ronaldo bertanya kepada Albert. "Kenapa kamu tidak menjaringkan gol itu sendiri? Kenapa perlu kamu pass bola itu kepada saya?"

Albert menjawab, "Saya tahu, kamu lebih baik daripada saya."

Selepas itu, Ronaldo diterima masuk ke Youth Club untuk Sporting Lisbon dan mula mencipta nama sehingga dipancing masuk ke kelab Manchester United.
Selepas itu, sahabat Ronaldo iaitu Albert langsung tidak mempunyai pekerjaan.
Selang beberapa tahun, ada beberapa wartawan yang menjejaki Albert di rumahnya. Mereka terkejut melihat kemewahan rumah dan kereta yang dimilik oleh Albert.
Apabila mereka bertanya, "Macam mana kamu boleh menjadi kaya sedangkan kamu tidak berkerja?"

Albert menjawab, "Semua ini daripada Ronaldo."

Allah Allah.... Saya pernah dengar kisah ini. Tapi, ingatkan orang saja buat cerita. Rupa rupanya, ia cerita benar.
Saya kagum dengan mereka berdua.
1. Saya kagum dengan Albert. Sebab beliau lebih mengetahui kelebihan Ronaldo. Dan beliau sendiri merasakan Ronaldo lebih layak untuk ke kelab Sporting Lisbon berbanding beliau. Beliau boleh pilih untuk jaringkan gol tersebut sendiri. Tapi, beliau memilih untuk sentiasa 'memberi yang terbaik' kepada mereka yang lebih layak.
2. Saya juga sangat sangat kagum dengan Ronaldo. Beliau sangat mengingati jasa Albert. Beliau sedar, dari situlah beliau bermula. Kerana tanpa bantuan Albert, mungkin Ronaldo tidak menjadi seperti mana beliau sekarang.
Beliau sedar, kekayaan yang beliau kecapi selama ini adalah hasil 'bantuan kecil' dari Albert. Dan beliau tidak pernah lupa 'sahabat' beliau itu.

Anda saksikan sendiri, Ronaldo selalu meraikan kejayaan beliau dengan
Albert.  Insan yang banyak membantu beliau. Semuanya bermula dengan
sikap tidak mementingkan diri sendiri yang ada pada Albert.

Antara profil Critiano Ronaldo. Saya sangat kagum. Walaupun beliau seorang yang beragama Kristian, tetapi ada beberapa akhlak beliau yang bagi saya wajar kita contohi. Antaranya, beliau tidak minum arak. Ayah beliau meninggal dunia akibat penyakit daripada meminum minuman keras.
Ronaldo juga tidak men'tatoo'kan badan beliau. Ini kerana beliau akan buat 'Blood Donation' 2 kali setiap tahun.

Selain itu, beliau turut menjual kasut emasnya yang berharga Euro 1.5 million dollar kepada penduduk Islam di Gaza. Allahuakbar. Malu rasanya, kita yang beragama Islam ni. Dah berapa 'hinggit' yang kita dah derma untuk saudara kita di sana.Beliau juga memberi sumbangan Euro 1.4 million buat warga Palestin.

Selain itu, ada seorang ibu kepada kanak kanak yang miskin memerlukan bantuan kewangan untuk menanggung kos pembedahan anaknya yang berusia 10 bulan itu. Ibu tersebut menghubungi Ronaldo dan meminta kasut bola dan jersey yang ditandatangi Ronaldo untuk dijual bagi menanggung kos tersebut.
Apa yang mengejutkan ibu tersebut, mereka bukan saja mendapat kasut dan baju. Tetapi mereka mendapat cek sebanyak Euro 83,000. Tak cukup dengan itu, Ronaldo turut menanggung semua kos perubatan anak tersebut di hospital berkenaan. 
Saya tahu, ada juga perkara negatif yang saya dengar mengenai Ronaldo. Tapi, lets focus on postive yang beliau lakukan.
Sebab, bagi saya beliau seolah olah faham. "Mengapa dan untuk apa beliau perlu menjadi kaya"

Persoalan ini yang sering kita ummat Islam lupa.
Kita banyak memikirkan diri kita sahaja tanpa kita memikirkan orang lain.
Setiap duit ringgit yang kita dapat, kita hanya fikir apa dan bagaimana harus kita belanjakan. Tanpa kita memikirkan, siapa yang boleh kita bantu dengan rezeki yang kita peroleh.
Adakalanya, Allah 'menghantar' orang yang bukan beragama Islam untuk mendidik kita. 
Adakalanya, bila kita sudah berjaya. Kita mudah lupa bagaimana kita bermula. Siapa yang mula mula dahulu yang 'membawa' kita ke arah kejayaan yang kita kecapi. 
Kita lupa. Kita ingat, kita berjaya disebabkan usaha kita. Tetapi, kita sering tak ingat. Jasa jasa 'kecil' orang lain yang telah menunjukkan jalan kejayaan kepada kita.
Jika kita sudah 'lupa' kepada orang yang menunjuk jalan kepada kita. Agak agak, adakah kita akan menjadi orang yang mengingati orang lain apabila kita sudah betul betul 'kaya' nanti.
Kepada para pembaca yang saya hormati, saya harap. Kita semua dapat mengambil banyak iktibar daripada kisah ini. 

Cara Activekan Celcom 1 Malaysia

 CARA-CARA  ACTIVEKAN CELCOM 1 MALAYSIA | Mungkin ramai yang tidak mengetahui bagaimana cara mengaktifkan dan melanggan internet bulanan untuk celcom 1 Malaysia PREPAID : RM25/BULAN. Ianya disebabkan karena tiada keyword  dalam*118# yang ada hanya langganan daily / weekly /monhtly rm38.
 

Berikut ialah cara melanggan internet monthly rm 25 untuk Celcom 1 Malaysia Prepaid Broadband :

1. Call 1930 - Set Bahasa then end Call…
2. Top Up RM30...
3. Taip BROADBAND ACTIVATE send 28882,
Celcom Reply : Welcome to celcom broadband xxxx
4. Taip 1MONTH send to 28882, celcom akan
reply : Please reply INTERNET YES
5. Reply INTERNET YES to 28882, dia akan
reply : Thanks you, your subscription bla3…
6. tunggu sehingga keluar : Ur mobile Internet
subscription has been activated.....

7. Aktifkan 4G jika gunakan device 4G..
sms ON 4GLTE send to 28882. .
sms 4GLTE YES send to 28882. .

Kadang-kadang tak dapat mesej seperti step 6.Tapi bila anda cek baki, baki dah kena tolak RM25 maknanya
Internet anda dah siap langgan untuk sebulan...

Kalau baki anda tidak tolak RM25 lagi,
JANGAN ON DATA TELEFON ANDA, 
JIKA TIDAK KREDIT ANDA AKAN JADI RM 0 dalam masa beberapa minit…

NOTED: kadang2 bila lepas buat step yang ke-5,
dapat mesej FAILED, anda perlu ulang lagi step ke-4...

Ini kerana, server celcom busy untuk proses
permintaan anda.. so repeat balik dari step 4..
Terimakasih dan semoga info ini akan bermanfaat .

Tips Sembunyikan Lovebite

kucing

Dijadikan satu cerita , 
semalam tersempak dengan seseorang tu . Yang pertama mencuri perhatianku  ialah dekat leher orang tu ada macam gigitan nyamuk , berwarna merah kecoklatan dan bersaiz agak besar.
Mati-mati aku ingatkan gigitan nyamuk , rupanya Love Bite .Kawan aku bagitau yang tu bukan gigitan nyamuk tapi..Lovebite.

Haish .. mesti tak sedap orang yang memandangkan? apalagi kalau bekerja di tempat awam , Hurm.. Tak segan ke? Meh sini aku bagi Tips Sembunyikan  lovebite :

1. Pergi Store 
ataupon pergi ke ruang tunggu kat office,ambek sehelai newspaper .Tempel kat leher yang ada gigitan tu haa! 
2. Pergi Kedai
Office tak ada newspaper ?
 Senang je.. cari kedai-kedai yang ada bagi flyer freeee , minta sehelai. Pastu tepek di bagian yang kena lovebite tu .

Dengan cara-cara diatas mesti orang tak kan nampak lagi lovebite di  leher Anda tu . 
Konfem orang tak nampak lagi lovebite tu . SERIOUS ! tak percaya ? try lah !

PS : Meskipun anda sudah menjadi suami istri yang SAH , alangkah lebih elok kalau anda menyembunyikan kesan lovebite tu ha, Sebab apa? sebab budak sekarang ni rasa ingin tahu tu membuak-buak dalam dada.  Jiwa Rosak , eh Jiwa Muda lah katakan . Nanti mereka tiru macam mana ? persekitaran menjadi penentu jugak macam mana generasi yang akan datang dibentuk .

Dah.. itu sahaja tips untuk hari ni. Semoga bermanfaat untuk kalian .
Dan kalau boleh lah ye , takyah la tunjukkan kat orang lain yang anda tu ada LOVEBITE.

Rumah Impian | Hari ke 24

Kalau ditanya soal Rumah Impian , pasti ramai orang inginkan rumah yang besar, bersih , macam kondo .
Bertingkat ,exclusive, menenangkan , dan yang pasti milik sendiri bukan sewa .Betul tak?
.
Saya nak rumah yang terbuat dari Kayu tapi nampak Exclusive dan Cantik .

http://www.desainruangminimalis.com/wp-content/uploads/2014/04/Screenshot_33.jpg 
.
Nampak sejuk mendamaikan , Cuba kalau tengah penat balik rumah yang macam ini. Perpaduan warna coklat dan tumbuhan yang hijau nampak seperti natural dan menyejukkan .

http://www.desainruangminimalis.com/wp-content/uploads/2014/04/Screenshot_22.jpg 
.
Ruang tamu yang macam ni ,selesa . Bersantai bersama keluarga 

 http://www.desainruangminimalis.com/wp-content/uploads/2014/04/Screenshot_43.jpg 
.
Bilik yang macam ni.
Sentuhan traditional yang membuat tenang fikiran dan lena tidur .
http://www.desainruangminimalis.com/wp-content/uploads/2014/04/Screenshot_13.jpg 
.
Berhujung minggu di rumah yang macam ni . Perghh.. memang best la kan .
Boleh main air . sejuk dan mendamaikan . 

Rumah macam tu cukup la .
Kalau aku Kaya... inginkan Rumah Idaman seperti di Atas .


Tuesday, September 23, 2014

Pekerjaan Impianku | Hari ke 23

Tak terasa Cabaran 30 Hari  || #kelabbloggerbenashaari dah tinggal 1 minggu sahaja. Task yang ke 23 hari ni , Pekerjaan Yang Anda Inginkan Selain Kerja Yang sekarang . Panjang bebenar task tu .

Sekarang Lisa kerja makan gaji je , ye la. buat kerja cukup bulan dapat gaji. Gaji ? Alhamdulillah sekarang ni cukup lagi la untuk menampung Kos hidup saya dan tak lupa bagi kat parents. Sebab Lisa Bujang lagi tu yang tiada banyak tanggungan lagi . Selain itu , adalah kerja part time online .

Dulu time sekolah bercita-cita nak kerja jadi cikgu .
 
Tapi aku terambik pulak account , haha sebab nak jadi banker. Biasa la , budak-budak. kerja banker hari-hari pegang duit. Mesti best ooo.. tapi lepas dah abes sekolah Errr.. tak minat dah jadi Banker , try bidang penerbangan. Acah-acah nk jadi pramugrai. Sebab tengok pramugari cantik-cantik ! Jeles ! Disebabkan ketinggian ku yang comel-comel sahaja... Saya diterima u\jugak, tapi bidang lain . Surat tawaran tu 3kali sampai kat umah , tapi saya tak pergi sebab mak tak bagi . ='(

Kalau sekarang ditanya , kerja apa yang Lisa inginkan ..
Lisa nak 
.
.
.
.
.
Makan, 
Tidur ,
 Travell ,
 Makan ,
 TIdur
 ..tapi income dapat tiap-tiap hari. 
Hahaha ada tak eh kerja macam tu ??
Monday, September 22, 2014

Destinasi Percutian Impian | Hari 22

Destinasi Percutian yang diimpikan ?

ehhh... sama macam task ke 21 lah...

tengok kat sini ya

Tempat yang ingin aku pergi

 


 


dah.. itu sahaja. Hahaha
sapa suruh bagi task yang sama..
Sunday, September 21, 2014

Tempat yang ingin aku pergi | Hari 21

 

Satu ketika dulu, Lisa pernah ditanya tempat aman yang ingin Lisa kunjungi dan tak pernah pergi . Macam entri task ke 21 ni .
Ikutkan hati memang banyak tempat nak pergi , tapi teringin sangat nak pergi Istanbul . Macam tajuk movie kakak aku si Lisa Surihani tu ha,, yang berlakon dengan Tomok dan Beto "Istanbul Aku Datang " 
Kenapa ? sebab lepas tengok movie itu, pergh terus terbayang-bayang ada kat sana . Mesti Best kan !
.
.
Lepas tu mula lah berangan ambek photo weeding kat sana macam dalam cerita itu. Wuuuu.. Hahah Jauh nye berangan. Kawan Lisa dah pergi sana dah bulan 4 hari tu , gambar diatas tu pon salah satu gambar yang dia ambil di  Turkey , nama tempat tu " Hagia Sophia " Bangunan ini sering dianggap sebagai bangunan yang teragung dan tercantik di dunia. Hagia Sofia dibina sebagai Gereja Besar Kristian Ortodoks tetapi diubahsuai menjadi masjid agung oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453. Kerajaan Republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium pada tahun 1935.

Selama hampir 500 tahun, Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul dan model kepada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.

yang kedua pulak... 
2.Paris 
 

3. London
4. Amsterdam .


Ada sesiapa yang nak belanja Lisa pergi sana tak ? ^_^"
Saturday, September 20, 2014

Apps : Edisi Blog | Ping Blogpost lebih mudah

Assalamualaikum !
Hari ini Lisa nak kongsi kan satu aplikasi untuk kalian suka membuat entri melalui smartphone dan juga untuk kalian reader yang suka membaca entri-entri post melalui handphone atau smartphone .

"EDISI BLOG "
Aplikasi untuk memudahkan kalian PING entri melalui smartphone .
setakat ini hanya boleh di Install android 4.3 kebawah , Iphone akn menyusul kemudian sebab aplikasi ini masih baru lagi. 

 
 Kalian boleh install 


 

Lepas install EDISI BLOG 
kalian masuk/ daftar 
1. Masukkan Nama
2. Email
3. Kata Laluan
4. Url Blog

tekan DAFTAR 

 
PING entri kalian di button PING tu . 

Mudah sahaja bukan ? kalian juga boleh tengok Post terkini dan juga rakan-rakan lain yang menggunakan Edisi Blog untuk ping entri-entri mereka.

Rugi  woo kalian kalau tak install sekarang !  Anytime , Anywhere kalian boleh ping entri kalian tanpa perlu bersusah-susah untuk membuka blog di laptop atau PC .

My Quotes | Hari ke 20


Dear God, if one day I lose my hope and purpose, give me confidence that your destiny is better than anything I ever dreamed.


"people instantly judge others without even knowing anything about them.."


 
You need someone who protects you like a father protects his daughter. Not someone who only give attention to you when he’s bored.


 The best thing in life is finding someone who knows all of your flaws, mistakes, and weaknesses and still thinks you're completely amazing.

Don't feel sad over someone who gave up on you, feel sorry for them because they gave up on someone who would have never given up on them. 


Someday you will thank to your problems for teaching you many lessons & showing you the true strength in you

 Dah.. itulah antara "quotes" yang menjadi kegemaran.
banyak lagi yang menjadi kegemaran . Kalian boleh baca di twitter atau mana-mana laman social
Friday, September 19, 2014

Resepi Kegemaran | Hari 19

Ayam Penyet 


Berbicara resepi kegemaran , mesti lah kalian dah tau apa yang akan Lisa cerita .
"Ayam Penyet "

Sedap dan memang sedap,ayam yang digunakan biasa ayam kampung sebab mempunyai citarasa yang masih original dari ayam suntik . Lisa memang suka makan ayam penyet . Hahah tak suka makan ayam , tapi kalau ayam penyet, Hari-hari pon Lisa boleh makan .
 
Bahan-Bahannya :-)
6 kepingan peha ayam
2 camca besar minyak
3 helai daun salam
2 camca besar pati santan
1 camca besar ketumbar biji, disangai hingga wangi*
1/2 camca teh, jintan manis, disangai hingga wangi*
2 batang serai, dihiris halus*
1 camca teh gula*
1 camca teh garam*
120 g hirisan lengkuas*
1 biji cili merah*
2 cm kunyit hidup*
4 keping hirisan halia*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

Cara membuatnya :-)
  1. Ayam dibuang kulit, perap dengan jus lemon dan sedikit garam selama 10 minit, cuci dan toskan. Kemudian cucuk ayam tadi dengan garfu. Ketepikan.
  2. Masukkan ayam tadi dalam bekas plastik (tupperware), tuang bahan2 kisar dan masukkan santan. Gaul rata dan lumur pada semua bahagian ayam tadi. Perap 30 minit hingga 1 jam. (mat perap 1 malam)...
  3. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan masukkan ayam bersama bay leaf. Kecilkan api dan kecutkan ayam selamat 10 minit sehingga sedikit kering. Kemudian panggang dalam ketuhar pada suhu 200C hingga masak (kurang lebih 45 minit hingga 1 jam). Bergantung pada oven masing2.

    resepi ini  " Ayam Penyet "diculik dari  Che Mat Gebu   . Sapa yang tak kenal dia ? haa..kalau kalian nak belajar banyak lagi masakan yang sedap-sesdap.. boleh terjah blog dia DISINI

Siri tv Kegemaran | Hari ke 18

Saya dan Tv ? err... semenjak ada smartphone dan kenal dunia internet memang saya kurang tengok TV. Balik kerja , penat. rest .. layari internet sekejap. lepas tu ? tidur. itulah keseharian ku.

Time kanak-kanak memang aku dan TV tak boleh terpisah. Banyak masa aku luangkan di depan TV. Sampai mak geleng kepala kerna  tabiat aku. 

Siri Tv Kegemaran : 

1.Doraemon 
 


Meskipun nampak macam budak-budak tapi doraemon memang mampu memikat hati saya. Dari kecil sampai sekarang memang suka tengok seri tv yang satu ini 

2.Detective Conan 
 

Conan yang ensem dan cerdik dalam menyelesaikan misteri pembunuhan. 


Dua itu je la kot, sekarang ni memang tak tengok TV .
Sebab semua info boleh didapati di youtube atau internet .
Itu yang membuatkan kurang tengok TV

Perkara yang saya rindu | Hari ke17





Rindunya nak ber-hicking ke gunung . Hurm, dulu masa muda-muda (Macam la sekarang dah tua )aku memang hicking . Meski pun penat tapi akan ada kepuasan tersendiri jika kita dah berada diatas uncak gunung tu. Bila lah agaknya dapat  naik gunung lagi.  Dah tak ada geng , sekarang mamu naik gunung lambak je la.Kira joging , sebab tak sampai 1 jam dah boleh sampai ke puncak gunung tu . hehehe

2. Rindu zaman-zaman sekolah .
Rindu dengan guru-guru yang mengajar , rindu kan kawan-kawan sekolah . Rindu nak ponteng sekolah,. Hahaha

3.Masa kanak-kanak
Mandi sungai , kena sengat kalajengking , jatuh dari basikal. Main bersama kawan-kawan. Kena buli.Hurm ,, rindu giler time tu .

4. Rindu Nenek 
Nenek aku dah meninggal ketika bulan puasa thun ni 2014 , Walaupon aku sebelum ni selalu la gaduh manja dengan nenek. Tapi dia lah satu-satunya nenek yang aku ada. Yang lain dah meninggal sebelum aku lahir lagi. 

5. RinduYM chat room

Serius rindu giler masa -masa kat yahoo messager chat room ni. Disini lahirnya sebuah cinta persahabatan . Disini aku dibuli, disini aku berkawan . Dari sini lah persahabatan itu lahir tanpa mengenal status dan usia. Gelak sama-sama sampai leka tak tidur. Gaduh disini , yang otai buli yang noob , ada jugak macam tu . Gath ,kumpul bersama..macam dah kenal lama . sayang .. 14.12.12 dah terkubur YM chat room ni . :') 

Siapa saya 10 tahun lagi ? | hari ke 16

 
10 tahun lagi?
-Dah mempunyai suami 
-Mempunyai anak yang comel-comel 
.
.
Hahah tu diantaranya , Tapi pada hakikatnya : 
Siapa saya 10tahun lagi ? Seperti yang tersenarai dalam 5 wishlist saya , saya nak jadi berniaga sendiri dan bukan makan gaji lagi.

Dulu cita-cita menjadi seorang dokter tapi apakan daya tak kesampaian sebab peristiwa di Hospital tempoh hari . Dan sampai hari ini pon saya enggan untuk menjejakkan kaki masuk ke Hospital. Cerita apakah? Biarlah menjadi rahsia .. sebab peristiwa itu membuat saya demam 3 hari .haha . Ada kaitan dengan Nurse. 

Sedikit tengah mengumpulkan apa yang patut, semoga tercapai . Amin.

Surat Kepada Seseorang | hari ke 15

 

Surat cinta untuk seseorang , iaitu BOSS.
Hurm, dah  banyak kali bagi surat resign . Tapi apalah nasib , selalu kena tolak .Hahaha
Bukan ku tak cinta, . ( cewah..macam tajuk drama pulak ) tapi aku mendapat tawaran kerja yang gaji lebih bagus dari tempat kerja ku itu. Sebab director dari company yang baru itu lah yang menawarkan kerja kepada aku , dia offer kerja kat aku sebab aku tahu bahasa mandarin. Setelah kufikir tolak ,tambah , bagi dan kalikan ,aku bagi tau lah kepada boss tersayang aku yang aku nak bekerja. apa yang dia jawap ? 

"NO "
Hurm,, dengan keadaan staff-staff yang bertukar ganti , maka aku fikir semula lah. Lagipon orang-orang HQ dah kenal dan cakap jangan berhenti dulu. Boss aku , naikkan gaji woo.. lumayan. Pastu..dia pon tetiba bagi hadiah kat aku .
Tadaaa..
.
.


Boss aku perempuan ye.. bukan lelaki. Dia memang dah anggap aku macam anak sendiri. Sebab tu lah dia susah sikit untuk lepaskan aku.Meski orang cakap dia garang , sebab eprwatakan muka dia memang nampak garang , tapi sebenarnya dalam hati ada taman.
Thursday, September 18, 2014

Cerita Kasut Saya , Cabaran Hari ke 14

 


|| Cerita Kasut saya ||
Tudiaaaaa.. 
Lawa tak ?
 gojes tak?
 tinggi tak ?

Hahaha.. kasut raya saya yang superrbb dan saya sangat-sangat suka .
 
Yang special mengenai kasut ini : 
-Perpaduan warna yang serasi dan menciptakan warna yang mampu memikat hati saya . Ramai orang cakap kasut JDT (Johor Darul Takzim ) sebab warna kasut ini merah dan biru.
-Saiz  kasut ini 35 atau 4 ,kaki saya memang kecik macam tuannya 
-Ketinggian tumit kasut ni ialah 4.5'' inchi , sebab saya mempunyai ketinggian yang comel-comel sahaja sebab tu saya suka memakai kasut tinggi. Setakat ini tak pernah terjatuh lagi . Walaupon ramai orang yang cakap kasut tumit tinggi mampu membuat kanser, tumit pecah , namun saya ada tips-tips yang saya guna untuk elakkan mencederakan atau memudaratkan kesehatan .
-Tali yang berada di bagian belakang dan dikaitkan dengan bahagian tengah  mampu menopang keseimbangan tubuh ketika berjalan. 
-Harga yang mampu beli ! cuba terka berapa harga yang saya dapat untuk kasut ini ? RM65 sahaja ! WOW , murah kan ? kenapa ? sebab saya beli masa menjelang hari raya . Ada potongan harga dan sales besar-besaran . 50% Discount . Tips untuk dapat kasut gojes , harga mampu milik, kena survey la bila akan ada sales besara-besaran . 
Ini satu dari banyak koleksi kasut-kasut tinggi saya. tapi yang latest ni lah yang memang jatuh cinta !

5 Blog Kegemaran , Hari 13

GilerKentang




Mula-mula berblogging memang sahaja nak menulis dan mencoretkan apa yang terbuku dihati yang lebih kurang macam diari lah , Tapi lebih kepada tips atau untuk pengetahuan . Mungkin cerita yang boleh dimanfaatkan untuk orang lain, dan yang pasti bukan mengenai gossip artis atau politik.
5 Blog Kegemaran yang memotivasi saya diantaranya :

1. www.benashaari.com
Blog santai yang menceritakan pengalaman-pengalaman mengenai kehidupan sehari-hari bersama anaknya . Yang dulu hanya seorang je Qhalif , dan sekarang dah bertambah satu yaitu baby comel Zahra. Kenapa aku suka baca blog ni ? sebab penulisan santai dan tak formal sangat sebab tu mampu masuk kepala otak aku . Founder Ben Ashaari yang telah menubuhkan network #kelabbloggerbenashaari , dan saya salah seorang diantarannya . hehe.. Best woo join kelab tu , tak berbayar dan mereka pon tak kedekut ilmu . Mesti lebih banyak meluangkan masa hanya didunia maya , tapi kami dah macam bersaudara.

Siapa yang tak kenal blog ni ? blog yang banyak ilmu didalam berblogging . diantara activity yang pernah dibuat ialah SBB (sepetang BErsama Blogger) , Kurban , mendirikan madarasah di Negara utara tanah air, dan banyak lagi ..


Bukan blog makanan , tapi dalam blog ini terdapat banyak isu semasa, tips kesehatan, Hiburan ,resipi , dan bermacam-macam lagi. Kalau kalian nak tau apa yang special dalam blog ini , terjah je blog tu . Tak rugi la..
fuh.my |mencetus fenomena. fenomena apakah? singgah di blog tu dan tengok la sendiri. Blog yang penuh informasi  , travel, dan tips-tips yang mungkin kalian boleh cuba .

Haipp..nama blog je tu , kandungan blog tu tak membuat jiwa kita menjadi rosak. Meski pemilik blog tu bermuka ganas.. (sebab selalu kena buli ) tapi dia baik .Hahaha.. di blog ini lah saya selalu curi ilmu setting pasal blog, sitemap , banner semua . Senang nak rujuk blog ni.


Done untuk cabaran 30 hari , hari ke 13 .
Senara diatas ialah senarai Blog-blog yang lisa selalu baca dan singgah walaupon hanya menggunaka web browser di Handphone .


Tuesday, September 16, 2014

Senarai Pemenang Give Away By Mawar Biru


Senarai Pemenang:

Wang tunai 80 , Tudung Bawal x 1, tshirt HardRockCafe x 1
http://umikasum.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

Wang tunai 50 , Tudung Bawal x 1 ,tshirt HardRockCafe x1
http://cikmadiah.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

Wang tunai 20 ,Tudung Bawal x1 ,Shawl x 1
http://www.iuzira.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

Shawl x 1 , Phasmina x1,Topup x 1
http://lyranadya.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

Phasmina x 1 , Topup x1
http://izzeyda.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

SAGUHATI

Topup x 1 dan souvenir
http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

http://kinderbueno-wolf.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html 

http://sakuraungu92.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

http://hip2-horey.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

Sila berikan butiran anda anda

Nama:
Alamat penuh:
Nombor telefon:
Hadiah:

Dan emailkan ke therylisa@gmail.com

Anda diberikan tempoh selama 2 MINGGU untuk menuntut hadiah. Tahniah buat para pemenang !!





Friday, September 12, 2014

5 Wishlist Saya , hari ke 12

Cabaran 30 Hari #KelabBloggerBenAshaari
 Hari ke 12 , 5 wishlist saya ..
saya nakk...

1. Menunaikan ibadah Haji bersama kedua orang tua saya .
Insyaallah someday nanti. Semoga tercapai wish ni .

2.Nak jadi anak yang solehah
Yela,, dulu saya ni jenis degil dan tak nak dengar apa yang orang tua cakap. Anak bongsu la katakan. meski adalah sifat-sifat degil tu . Insyaallah dah try untuk tak buat sakit ati orang tua . Nak berbakti kepada orang tua. Tebus dosa-dosa yang dulu pernah buat time muda-muda gituu.
 
3. Mendirikan Masjid aka Nikah
Di usia yang muda sweet seventeen ni teringin pulak nak mendirikah masjid.Hahaha..
Tak da sesiapa yang larang kan bernikah dengan budak yang muda belia macam saya ni haa.
 
4. Nak pergi ISTANBUL, London, PAris , AMsterdam
Yang no 4 ni keinginan.,  kalau ada rezeki insyaallah pergi. Hehe..


5.Nak ada bisnes sendiri
Sekarang ni masih bekerja dengan orang . Makan gaji. Bisnes sampingan adela,sikit-sikit boleh simpan . Bercita-cita nak ada bisnes sendiri, bisnes SPA, Salon, Best jugak kan .
Kalau nak disenaraikan, ada banyak wishlist tu . haha sampai esok pon tak kan habis kot.
Hope lah semua tak pon beberapa wishlist diatas tercapai. AMin...
Dan apa pulak Wishlist kalian? cuba share ... Nak tau jugak.


Thursday, September 11, 2014

Cabaran Hari ke 11 : Kenangan Lucu Ketika budak

 

Cabaran hari ke11 : Kenangan  lucu ketika kanak-kanak : 
Terjatuh dari basikal kemudian masuk dalam longkang . Umur berapa ntah , Lupa . Hahaha
Malu teramat malu , mesti masih kanak-kanak tapi malu lew. Dah la jatuh ..pastu masuk longkang pulak
Aish.. Sebenarnya ketika tu saya ingin mengelak dari segerombolan budak2-budak yang dah balik sekolah .
Ye lah.. dulu Budak-budak sekolah naik basikal. Di kampung, dah biasa dah macam tu .
Time tengah syok mengayuh basikal baru sambil menyanyi-nyayi .. Ternampak sekumpulan budak berbasikal  yang nampak macam nak melanggar saya je . Dengan konfiden dan berfikir dan tere sangat naik basikal.. Elak lah kumpulan tu . Dan tak disangka ada pakcik bawa sabit kat stering  Basikal dari arah berlawanan .
DUMMM>..
.
.
Jatuh masuk longkang !
Mula-mula tak rasa sakit , lepas tu ..masih boleh bangun . Kawan pon teriak
" woi.. tangan kau darah la "

Sedar-tak sedar jari kelingking ni terkena sabit tajam yang pakcik tu bawa.
Nampak je tanganku berdarah ,, menangis tak sudah -sudah. Pakcik tu pon bawa saya pergi klinik yang berhampiran . Naseb baik la tak putus jari tu . Ade beberapa jahitan ditangan. Sampai sekarang pon ada lagi. Sebab tu tak pernah lupa.
Pakcik tu pon ziarah aku setiap hari sampai lah aku sembuh.

Photo

Parut ditangan boleh nampak, parut dihati tiada sapa tau ..

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search