Ad

Showing posts with label bunga. Show all posts
Showing posts with label bunga. Show all posts

Lokasi Eco Spring -Eco Summer Johor


Tahun lepas lisa berkesempatan pergi ke Royal Floria Garden Festival Putrajaya 2015 , tahun ini pula rasa nak pergi melawat ke JOHOR. Bermula 7 Mei haritu , disana sedang berlangsung  Eco Spring - Eco Summer yang berlokasi di Johor . Bunga yang cantik-cantik dah boleh tuk photoshoot dah ni . First time nampak bunga cantik seperti ni ,, maksud Lisa bunga real bukan plastik . .





Mau tak teruja weih.. macam berada di Over Sea .. penuh dengan bunga . Haa.. baru ingat , di Cameron Highland ada juga kan bunga-bunga yang lebih kurang macam ni . Tak perlu jauh pergi ke Cameron , cukuplah ke Johor. Hanya bezanya .. Johor takda la sesejuk Cameron . 


 Lokasi Eco Spring Eco Summer Johor 


The Grand  Blossoming dibuka bermula 7 Mei lepas ... dan jika kalian teringin pergi sana .. boleh waze lokasi berikut ini . 



Colours of Spring
Eco Spring & Eco Summer Show Village
Jln Ekoflora 1, Tmn Ekoflora, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia

Bermula 7/5/2016 (Sat) 6pm
Mon - Wed 10am - 6pm, Fri - Sun 10am - 8pm


NOTA :  .. Masuk ialah percuma , tiada dikenakan charge bayaran. Just sebelum masuk tu kalian kena daftar dulu la.. 






Gambar dibawah ini pula pemandangan di Eco Spring Eco Summer ketika malam hari .. Wahh nampak betul-betul menarik ni. Rugi pula kalau tak pergi .. apalagi orang yang minat bunga macam Lisa ni .. hehehee.. 







GAMBAR LUKISAN BUNGA KREATIF

GAMBAR HIASAN BUNGA KREATIF  || BUNGA , selain sebagai hiasan dalam pasu ternyata dengan idea dan kreatifity dari tangan yang mempunyai bakat ART , bunga juga boleh di kombinasikan dengan lukisan . Dan hasilnya .. waw.. memang cantik ! serupa real kan ? Kreatif sungguh mereka ini.Tahukah korang bagaimana menghasilkan sebuah karya seni bermodalkan sebuah bunga ?  Jom tengok hasil lukisan yang di combinekan dengan bunga

12 Keping Gambar lukisan Bunga yang kreatif 













KENA CURI LAGI ?

KENA CURI LAGI ? | Geram , marah dan kecewa. Itulah yang terlukiskan dalam perasaanku . 2bulan Lepas kaktus kena curi untuk yang kesekiankalinya . Dan Hari ini... Kaktus yang dulunya 2pasang kini tinggal 1 je . Haih .. Kena curi lagi. Port dalam semak pokok Mulberry pon masih je ada yang nampak. Tapikan.. Kalau betullah orang lalu yang curi.. memang tak nampak kaktus tu . Agak-agak pencuri yang sama lah kan ..


Tengok.. port baik punya untuk sembunyikan kaktus ini. Tapi ade je tangan panjang yang ambil kaktus ini. Kaktus je pon.. tu pun nak curi ke ??? Bagi Lisa bukan sebab harga kaktus tu .. tapi sebab kaktus tu pemberian orang dan value memang tak ternilai la . Entri sebelum ini di SI PENCURI KAKTUS  memang dah buat Lisa tak puas ati sangat-sangat , sebab kaktus tu pemberian rakan blogger gak.

Alas pasu ternampak pecah di Longkang . Sebab bawah tu memang longkang kecik dan  pokok mulberry yang berdaun lebat. Memang kalau bdan besar akan jatuh dalam longkang . Kalau ada kaktus palsu.. teringin lak nak letak atas tu and kenakan si pencuri tu . Baru padan muka dia. Huh.. memang tak halalkan la pokok kaktus Lisa yang dia curi tu .Semoga duri-duri tu one day akan makan dirinya yang curi tu . 

Setelah Lisa selidik uji kaji.. haa... tau dah siapa yang ambil. Sebab terskodeng pagar sebelah la pulak. Hurm.. Dengki dari dulu tak habis lagi. Ni kali ni.. ada sepokok lagi kaktus. Lisa dah simpan baik punya . Letak dalam offce. Haha Boleh la tengok tiap hari kaktus lisa yang comel cantik tu . Tak da kena curi orang TU lagi . 

Si Pencuri Kaktus

Si Pencuri Kaktus | Walaupon nama Lisa dimedia sosial mawar biru, namun Lisa suka juga dengan bunga yang lain .Rose, Orchid,Kaktus, semua Lisa tanam. Kaktus,Lisa memang suka dengan kaktuS Sebab.. boleh baling orang untuk mempertahankan diri kalau kena ganggu hahaha. 

Ceritanya tahun lepas Lisa dapat kaktus-kaktus comel dari rakan blogger KBBA juga. Enam ketul pokok, 2 pokok Lisa letak di office  yang lain letak dirumah. Semalam pagi , kaktus tu masih terpacak lagi dengan kaktus-kaktus lain. Namun petang ketika Lisa ingin menyiram pokok mulberry,aik dah tak nampak kaktus tu. Baca ; Cara menjaga kaktus tidak cepat mati .Menetes air mata gua beb.. hahaha. Yelah.. bela dah berbulan-bulan kot. Pelik kan, pokok kaktus pon nak curi ! Huh! ini dah kesekian kali dah pokok kaktus Lisa kena curi.  

Tinggal 2 pokok je kaktus dirumah. Geram weyhhh! Yang memula dulu ,Lisa bela hampir 5tahun pokok kaktus.. tuptup kena curi. Sedih gila  . Mungkin si pencuri itu jeles kot tengok kaktus Lisa yang cantik-cantik. Hurm... 

Manfaat Anggerik / Orchid Yang Tersembunyi

Manfaat Anggerik / Orchid Yang Tersembunyi  | Keindahan bunga Anggerik atau Orkid ini memang menyejukkan mata bagi semua orang yang memandangnya . Selain cantik , bunga ini juga terlihat elegant . Orchid (dalam bahasa Inggeris ) mempunyai lebih dari 22ribu spesies yang mungkin sama sekali tidak pernah terlintas difikiran.

Manfaat Orkid yang mungkin kalian tidak tahu , kalau uall's mandi dengan air yang direndam dengan bunga ini ,tubuh akan wangi dan akan terpancar seri . Selain itu juga menghilangkan " suwe " atau nasib malang . Hahah ye tak ye je kan kakak aku ni. Semalam dia pergi Singapore, ada majlis apa ntah kat sana . Time dia balik, dia bawa lah bunga ini dalam satu plastik kemudian diberikan kepadaku sambil berkata " mandi dengan bunga ini,sapu ke tubuh nanti akan nampak seri dan aura wanita " . Lisa mengganggukan kepala je la tanda setuju.

Khasiat bunga Orkid | Anggerik | Orchid dalam kehidupan sehari-hari ;
1. Sebagai bunga hiasan
2. Tahukah anda bahwa bunga orkid mampu melambatkan penuaan dalam erti awet muda .
3. Tahukah anda jika akar bunga orkid boleh dibuat tea orchid dan digunakan dalam proses penyembuhan luka. Luka sakit hati yang itu tak sure la,hehe boleh juga kot. Nak kena try ni haa.
4. Untuk membuang nasib malang , Pernah dengar tak kalau berlaku accident berantai? pasti orang akan suruh mandi bunga kan. Hurm , boleh guna mandi dengan air yang diletakkan bunga orkid ini. Niat meminta pertolongan dari Tuhan. bukan bunga ini yang memberikan pertolongan ye, nanti jadi syirik pula.






Khasiat Bunga Bakawali Untuk Kesehatan

 Khasiat Bunga Bakawali Untuk Kesehatan | Nama botani untuk bunga Bakawali adalah Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae.Bunga yang akan kembang hanya di malam hari antara pukul 10-12 malam dan akan kemuncak mekar di pukul 12.00 AM atau tengah malam.Pokok ini berasal dari MEXICO-Amerika Selatan,  Bunga yang unik dan mempunyai wangi sampai  di sekeliling bunga itu ditanam . Walaupon bunga ini unik dan wangi lebih dari bunga melati , namun tak ramai orang yang menanam bunga ini dipekarangan rumah . Kenapa ?

Ada mitos yang mengatakan bahwa bunga ini ada penunggu iaitu bunian . Ketika bunga ini akan kembang di tengah malam , ada dewa khayangan yang akan datang menjaga sampai bunga Bakawali ini layu semula. Namun ianya mitos ialah cerita yang turun temurun dari nenek moyang , kesahihannya ? Wallahualam . Malam nanti Lisa cuba tunggu sampai bunga ini kembang ye, nak tengok betul sama ada mahluk penunggu ke tidak. Hehe.

Khasiat Bunga Bakawali  :
Bunga ini mampu merawat rabun dan juga menghaluskan kulit  .Selain dari pada itu juga mampu mengubati penyakit seperti kencing manis dan  darah tinggi .

Tips atau Cara  untuk memanfaatkan bagian-bagian bunga bakawali :
1. Kelopak bunga bakawali mampu merawat luka , caranya dengan mengambil beberapa kelopak bunga Bakawali , lumatkan dan letak pada luka .
2. Jemur batang bunga bakawali sampai kering , kemudian tumbuk sehingga halus. Makan serbuk itu  seperti makan ubat serbuk. Rasa yang pahit , boleh dimakan dengan buah pisang .
3. Mandi dengan air yang dicampurkan dengan bunga Bakawali ini mampu menghaluskan dan mempercantik kulit.

Selain itu , ramai orang cina menanam bunga ini kerna bunga ini memberi tuah atau "ONG " .Semakin banyak kuntum bunga yang ada, semakin banyak lagi Ong untuk mereka. 

Ini gambar putik bunga Bakawali yang Lisa sempat ambil 2 minggu lepas.  

Gambar kuncup bunga Bakawali yang lisa ambil pada pukul 9 malam , malam tadi.

Bunga Bakawali yang telah kembang dan harum semerbak sampai ke dalam rumah , gambar ini Lisa ambil pada pukul 11.45 malam.Dek kerana wangi bunga yang amat sangat kuat, tu yang Lisa terus keluar dan tengok bunga ini mekar.

Bunga ini cantik dan wangi, cara penanaman dan pemeliharaan mudah sahaja . Pokok yang seperti pokok buah Naga tapi bukan ye . Potong bahagian pokok yang keras atau batang bunga bakawali ini kemudian tanam di tanah . Tunggu sampai daun tumbuh. Daun bunga bakawali sangat kecil dan bahkan nampak seperti bunga ini tiada daun . Mudah dan senang , Jom hiaskan rumah dengan bunga ini.

Cabaran 30 Hari ,hari 29 | Bunga Kegemaran

 


CABARAN 30 HARI , Hari 29 |Bunga Kegemaran .
Cerita mengenai bunga, tak usah tanya lagi lah dah tau jawapan yang akan aku bagi.
Aku suka Mawar Biru, sama lah dengan nick name Facebook aku . Hehe
Tiada kaitan dengan tempat aku bekerja , Tapi satu hari tu aku singgah di kedai bunga dekat dengan office aku. Plan ingin beli mawar purple untuk hadiah kat kawan aku sebab dia minat giler dengan mawar purple and barang-barang yang berwarna purple. 
Dan di kedai itulah aku nampak Mawar Biru. Terus cair hati aku. Hahaha.
Mawar Biru , biru : cool , beku, dingin atau menyejukkan? sedikit menggambarkan perwatakan aku .
Aku pendiam tapi juga menyejukkan . Aisehh.. haha
Sesiapa yang nak bagi aku bunga mawar biru aku konfem akan terima dan simpan, haha memang tak kan buang walau dah kering . 

Aku ada simpan bunga mawar biru 3 tahun lepas hadiah harijadi aku yang ke 14 Tahun. Hehehehehe. Nanti aku tunjuk kat korang la ye , gambar kat bawah ni la bunga tu 3tahun lepas.
 

Kek bufday aku pon Mawar Biru tau, haha boss aku yang bagi !
 

Yang ni first bunga mawar biru yang aku beli 25-04-2011
3 kuntum mawar biru baru rm10 masa tu. Murah !

© all rights reserved
made with by templateszoo