Ad

Showing posts with label kesehatan. Show all posts
Showing posts with label kesehatan. Show all posts

Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Cengkih

Tahukah anda ? bahan-bahan yang berada dirumah boleh dijadikan ubat atau penyembuh sakit Contoh.. Ubat gigi, kalau Lisa ada jerawat dimuka .. memang Lisa sapu je dengan ubat gigi tu di bahagian yang ada jerawat. Ubat gigi juga boleh disapukan kalau tangan terkena minyak panas . Rumput Bayam untuk kanser , dan banyak lagi bahan-bahan yang ada disekeliling kita yang boleh dijadikan sebagai ubat. Dari hari ahad lepas, tak tahu kenapa gigi sebelah kiri terasa sakit pula. Makan makanan keras,, tak juga rasanya . Tertusuk tulang ikan ? eh tak kan kot... pening cari cara untuk hilangkan sakit gigi yang berdenyut macam perut minta makan... akhirnya kawan ada bagitau petua ilangkan sakit gigi. Iaitu , Cengkih !

Cengkih sebagai penghilang rasa sakit gigi ? biar betul ? mula-mula Lisa ingat kawan Lisa ni main-main je , ehh ternyata dia tak bergurau. Caranya : Ambik sekuntum bunga cengkih dan kemudian letak dekat gigi yang sakit , gigit sampai lunyai . Insyaallah sembuh sakit gigi tu . Dan Lisa cubalah ambil sekuntum cengkih tu kemudian kunyah ... rasanya ? WEIRDDDDD !!! weird dan pelik. Lagipun Lisa jenis tak suka makan rempah . hahah mau tak muntah , ! kunyah kunyah dah lumat.. terus muntah. berkumur banyak kali dengan air . ahaaha.. Tapi ok dah lepas beberapa jam dah tak sakit. kira menjadi la petua tu.

Bawang putih tampal kat pipi pon boleh ilangkan sakit gigi , tapi nanti jadi terbakar la kulit muka tu sebab bawang tu panas.

So... selamat mencuba petua ini 

Larangan Guna Kertas Bercetak Pula Dah !

 Larangan Guna Kertas Bercetak  Pula Dah ! || Sebelum ni kalian mesti dengar yang di Melaka dah berkuat kuasa larangan guna polystyrene untuk bungkus makanan . Sekarang pula larangan menggunakan kertas bercetak untuk bungkus makanan kalian. Kalau degil guna kertas daur ulang seperti newsppaper peniaga tu akan kena kompaun dari 2,500 sampai ke RM10,000 atau hukuman penjara selama 2 tahun . Habis tu para peniaga nasi lemak nak guna apa untuk bungkus makanan ?  Ada benarnya ... sebab kertas bercetak itu kan terdapat bahan kimia. Belum lagi kita tak tahu bekas newspaper atau surat kabar tu diletakkan di tanah ke tempat kotor. Ha.. kalau terkena kencing tikus atau kotoran cicak macam mana. Belum lagi lipas.. jadi seberapa besar kalian yakin yang kertas tu sihat ? Elak elak esok lusa orang kena kanser. Makanan panas , letak dalam surat kabar lama.. boleh jadi bahan kimia tu akan terserap dalam makanan tu .


Yang Lisa paham disini maksud Larangan menggunakan kertas bercetak sepeti majalah , surat kabar untuk membungkus makanan , ialah seperti pisang goreng panas-panas yang letak dalam surat kabar lama untuk menyerap minyak . Memang la tak boleh .. demi kesihatan kalian juga . Bukan suka-suka Akta ni . Tapi tengok komen-komen nitizen pasal Larangan ini yang berkuat kuasa di Kangar , Perlis bermula 1 Januari 2016  ni mereka ingat tak boleh bungkus makanan seperti nasi lemak guna kertas surat kabar lama ni . Kalau setakat nasi lemak , rasanya tak apa kot .. sebab nasi lemak tu pon letak atas daun dulu baru yang luar dibungkus guna kertas surat kabar. Yang macam ni kena lebih di didetailakn Larangan guna kertas bercetak tu yang macam mana. Rugi la juga nanti surat kabar yang lama-lama tu tak boleh didaur ulang. Nak lebih tahu tanya pada orang yang lebih tau jangan main kondem je sebab tengok dari satu sumber je .

KANGAR 6 Dis. – Pengendali makanan yang menggunakan kertas bercetak seperti akhbar, majalah, risalah dan buku sebagai pembungkus makanan serta penyerap minyak bagi makanan yang dijual, akan dikenakan tindakan undang-undang berkuat kuasa 1 Januari 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Jafperi Othman berkata, tindakan itu akan diambil di bawah Peraturan 36, Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang boleh didenda tidak melebihi RM2,500 atau denda RM10,000 atau dua tahun penjara.

Beliau memberitahu, berdasarkan kajian toksikologi, kertas ber­ce­tak didapati mengandungi bahan kimia berbahaya yang menjadi punca kanser.

Katanya, hasil maklumat diperoleh, terdapat para peniaga di negeri ini yang masih menggunakan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan khususnya untuk tujuan menyerap minyak.

“Perbuatan ini berbahaya kerana boleh menyebabkan keracunan apabila dakwat berpindah ke dalam makanan yang dibungkus kerana boleh mengakibatkan kanser.

“Selain itu, kertas bercetak juga diperbuat daripada bahan kitar semula yang mengandungi bahan berbahaya kepada kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran kempen terhadap peniaga pasar tani agar tidak menggunakan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan di Nat Behor Lateh di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Dr. Zaini Hussin.

Jabatan Kesihatan negeri sebelum ini melancarkan kempen serupa di Bazar Ramadan Arau pada 19 Jun lalu untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada peniaga.

Jafperi seterusnya menasihatkan orang ramai supaya menggunakan kuasa pengguna dengan tidak membeli daripada mana-mana peniaga yang membungkus makanan dengan kertas bercetak.

Beliau percaya jika pengguna bersatu, sudah pasti para peniaga yang masih berdegil akan berubah kepada pembungkus makanan alternatif yang lebih selamat.

Menurutnya, kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan akan bersama-sama membuat tinjauan berterusan bagi menyedarkan pengendali makanan tentang bahaya penggunaan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan.

-sumber : Utusan -



Cara Mencegah Demam KEPIALU [TIFOID ]


Cara Mencegah Demam KEPIALU [TIFOID ] || Sejak musin Jerebu di Malaysia ni , banyak penyakit mula timbul dan berjangkit kan  . Udara pun dah tak bersih untuk dihirup . Lebih teruk dari Fooging dan cium bau asap rokok. Lisa bau asap rokok je pun dah tak boleh apa lagi jerebu yang berbahaya . Di Indonesia sana IPU Jerebu dah cecah ribu riban dah . Jerebu sini yang seratus lebih je dah tersiksa . Bagaimanalah ye agaknya orang di Palangkaraya sana dengan kadar IPU yang cecah 2ribu lebih. Tak leh nak bayangkan .

Baru-baru ini mesti korang dengar mengenai Demam KEPIALU atau TIFOID .Demam yang berjangkit oleh bawaan makanan yang disebabkan bakteria salmonella typhi (S,typhi ) bukan ikan salmon tu ye . Bakteri yang terdapat di Urin , darah ,, dan najis si pembawa. Peliknya , orang yang membawa bakteria ini tak kena demam TIFOID, tapi orang yang terjangkiti yang terkena demam Tifoid ini , demam ini berbahaya tau.. boleh menyebabkan kematian . Jadi pastikan makanan yang korang makan diluar sana tu betul-betul terjaga kebersihan nya . Jangan makan makanan yang terdedah atau tak bersih . Lisa bawa bekal ataupon masak di tempat kerja , jadi safety sikit . Memandangkan Lisa memang tak berapa suka nak makan kat luar dengan cuaca yang penuh dengan jerebu dan tak sihat.

Ketahui langkah-langkah untuk cegah korang atau family korang terkena demam kepialu [tifoid ] Caranya :
1. Pilih gerai atau kedai makanan yang terjaga kebersihannya . Baik tempat atau makanan yang dijual
2. Cuci tangan sebelum makan ,atau selepas keluar tandas.  cuci dengan sabun dan air bilas sampai bersih  , jangan acah-acah siram air je . 
3. Makan makanan yang baru dimasak. Makanan yang tak terlalu lama terdedeah dengan udara. Kan jerebu kasat mata,, apalagi dengan bakteria .
4. Sebelum korang masak , basuh dan cuci bersih-bersih sayur juga buah sebelum dimasak dan dimakan. Cuci dengan air mengalir lebih elok.
5. Gunakan tandas yang sempurna. Ringankan tangan korang cuci tandas demi keselamatan semua orang ye 
6.Jangan telanjang tangan time nak ambil makanan . Pakailah garpu /sudu/senduk .
7.Tutup makanan biar tak kena lalat . lalat kan pembawa penyakit .
8. Jika korang rasa Demam , cirit birit atau sakit perut , cepat pergi hospital atau klinik yang terdekat. Jangan korang rasa korang ni superhero yang kengkonon kebal terhadap penyakit .

mata layu dan cekung ,kurang nafsu makan ,ruam atau bintik merah pada atas badan ,sembelit ,cirit birit,sakit perut ,kena sawan atau meracau ,lesu atau sakit badan ,demam panjang gejala awal korang kena demam TIFOID , jika korang kena macam ni...kena alert dan cepat cepat check ke klinik. 

"Mencegah lebih baik dari mengubati " ingat yer ;) 

TIPS KESIHATAN SEMASA JEREBU

TIPS KESIHATAN SEMASA JEREBU  || Kali kedua Jerebu melanda di beberapa wilayah Malaysia , termasuklah di Kluang ini ha. Keluar 5 minit , tengok cuaca macam mendung tapi sebenarnya JEREBU ! Bahangnya .. memang panas. Suhu 31 Celcius dari biasanya 26Celcius . Pembakaran Hutan di negara sebelah ,Indonesia ditambah pula angin dari selatan sebab tu la asap dari pembakaran hutan tu melanda area sini. 

Usah ditanya panasnya, menyengat kulit woo. Tekak pun dah mula sakit , seperti kering tiada air. Mata mula pedih . Macam kena asap fooging atau rokok. Bersyukurlah kalian yang bekerja didalam bangunan dan ber-aircond ! Bayangkan kalau korang kerja menjaja dari kedai ke kedai atau berniaga di luar bangunan yang panas.. dan kena hadap asap jerebu lagi.
Apa yang perlu kalian lakukan jika berlaku Jerebu ? Berikut ialah tips untuk menjaga kesehatan dari pencemaran udara atau Jerebu 

· Menutup hidung dan mulut semasa berada di luar ( memakai masker pada mulut,bagian kaler biru berada diluar  ) 
· Memakai kaca mata yang boleh melindungi mata
· Meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan, khususnya tekak
· Memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran
· Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran
· Ambil makan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan
*Elakkan membeli makanan di tepi jalan yang tiada tertutup. Cuba bayangkan makanan itu tercemar dengan jerebu dan kemudian kita makan. Silap hari boleh memudaratkan kesehatan

Dan perkara yang perlu di elakkan ketika musim Jerebu ialah :
· Kurangkan masa atau kegiatan  berada diluar rumah atau bangunan
· Mungkin pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan
· Mungkin juga penggunaan alat pembersih udara dalam tempat tertutup boleh membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih
· Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat
· Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk
· Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran
· Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
· Mengalakkan penggunaan kenderaan awam
· Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu
· Pengharaman pembakaran secara terbuka
· Kawalan lebih ketat kepada industri.
· Mengurangkan waktu persekolahan .
· Mengurangkan masa bekerja
· Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun
· Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat



Joging Malam Di Tasik Tapi ..

Joging Malam Di Tasik Tapi ..Kebiasaan orang akan joging dipagi hari , atau petang dalam pukul 5-6 pm. Tapi berbeza dengan orang lain, Lisa dan rakan sekerja berjoging malam hari pulak.Kedengaran pelik untuk beberapa orang namun , ternyata ramai juga orang yang berjoging malam disini. Dataran Tasik Kluang , ya .. Lisa dan rakan sekerja serta boss memilih untuk berjoging disini.Tasik ini telah diubah suai dan hasilnya memang berbeza dari tasik yang sebelum ini. Lebih cantik. 

Tasik ini disebelah tepi jalan sahaja , Keselamatan aman sahaja sebab bukan seperti tasik lain yang mungkin relative dengan suasana gelap dan sunyi. Ramai juga orang berjoging disini. Kebanyakan ahboy and ah moi ( orang chinese yang muda ) berjoging disini. Fuh berpeluh-peluh . Ada juga yang melayu, namun mereka bermain roller skate and skyboard di litar yang telah disediakan . 

Tasik yang bersih dan memang cantik, ada papan tanda yang mengingatkan berapa ratus meter kalian tela berjalan atau berlari. Namun sayangnya masih ada orang yang tidak berperikemanusiaa , merokok di laluan orang joging , menghalang jalan , dan satu lagi.. masih ada budak-budak berdua-duaan di tempat gelap. Aiyork.. memang la tepi laluan orang jogging tu je , namun tempat tu gelap dan jauh dari orang ramai . Tak percaya ? Zoom je tengok pada gambar diatas. Memang la tak mengganggu tapi tak elok dipandang orang gitu. 




Penat selepas jogging 5 KM , haha 5Km je pun tapi oklah berpeluh-peluh.Badan rasa macam dah turun 1kg. hahaha. Dah kurus nak kurus apa lagi ? bukan nak kurus hokay ,, Nak sehat je . Sebab itu lah Lisa nampak muda dari usia sebenar. hehehe 

Pokok TONGKAT ALI Dan Manfaat

Pokok TONGKAT ALI Dan Manfaat | Mendengar nama Tongkat Ali apa yang ada dalam fikiran kalian ? pastinya minuman yang mempunyai manfaat mampu menguatkan tubuh dan menambah stamina terutama untuk lelaki. Sudah tidak asing jika beberapa minuman yang dicampur dengan ramuan tongkat ali dijual dan di produksi untuk minuman kerana khasiat yang bagus untuk tubuh. Namun pernahkah kalian melihat sendiri bagaimana rupa pokok tongkat ali

Lisa dapat pokok ini dari Kuantan. Actually ialah dari kawan boss , Boss ade lah projek sikit yang dibuat di Kuantan Pahang sana. Lisa ingat kayu baling ular tadi. Haha. Then dia bagitaula ini Tongkat Ali. Serious, ini kali pertama Lisa tengok batang tongkat ali. Jakun betul lah kan. Laddy boss bagitau yang orang-orang cina cakap kulit atau kepingan tongkat ali ini (seperti dalam gambar ), masukkan dalam sup ayam nanti badan akan kuat dan elak dari sakit. Maksud dia untuk meningkatkan daya tahan tubuh . Aik, iyeke.. takut Lisa makan nanti jadi lain pulak. Hahaha .

Beberapa Khasiat dan Manfaat Tongkat Ali :  
1. Meningkatkan gairah seksual.
2.Menjadikan tulang lebih kuat.
3.Meningkatkan kepadatan otot.
4.Mengurangi lemak tubuh.
5.Meningkatkan laju pembakaran energi dan fosforilasi oksidatif.
6.Meningkatkan pembentukan sel darah sehingga membantu mempertahankan tingkat energi yang lebih tinggi dan mempercepat masa regenerasi dan pemulihan setelah sakit atau setelah terluka.
7.Meningkatkan fungsi otak termasuk daya ingat.
8.Mengurangi stres dan membantu mempertahankan suasana hati yang gembira.

Mengurai Lemak ? wah memang sesuai untuk orang berdiet. Hehe . Untuk Lisa lebih kepada mengurangi stress kot. Apapun thank you boss. sebab dah bagi tongkat ali untuk saya . Well.. Lisa memang tau kalau cina buat sup ayam atau sup herbal memang superbb sedap. Main campak-campak bahan then tak perlu tambah perisa. Tapi ... Sup ayam yang dihasilkan.. nyummiiiee memang sedap! untuk orang berpantang atau demam memang sesuai. 

MULTI -Goat's Milk Asli Organik Halal !

MULTI -Goat's Milk Asli Organik Halal !  | Susu kambing? Lisa memang  jenis yang suka minum susu . Selain untuk menambah tenaga , susu kambing juga banyak manfaat untuk tubuh seperti khasiat untuk kulit dan tulang . Maklumlah kerja penat berlari kesana kemari memang perlukan daya tahan tubuh yang kuat. Tulang pun kadang kalau terlalu lama berdiri boleh krem tau . Ramai produk susu kambing dipasaran sekarang ini , namun berapa peratus kalian yakin akan kandungan sebenar dari susu kambing yang dijual tersebut ? 

Selepas menapis dan meneliti kandungan yang ada ,Lisa cubalah produk susu kambing MULTI-Goat's Milk  .,susu kambing ini diperbuat dari susu kambing asli yang diimport dari Belanda dan pastinya Halal ! Perlu la tau ,, pemakanan dan minuman yang kita ambil tu halal ke tidak dan juga manfaat yang terkandung didalam susu tersebut.  Lisa pilih perisa coklat , hehe sedap gitu. Boleh diminum ketika suam ataupun letak ais batu.
MULTI -Susu Kambing ini mempunyai dua perisa : Perisa Asli dan Perisa Coklat .
 
Kenapa pilih MULTI -Goat's Milk ? | Beberapa kelabihan yang  mungkin kalian perlu tahu mengenai susu kambing yang Lisa minum ni adalah : - 100% asli TANPA campuran susu skim
- TANPA perisa tiruan
- TIDAK hamis
- *TANPA gula tambahan (untuk perisa asli )
- Harga berpatutan :"Price per box (500 gram)
RM40 (Semenanjung)
RM45 (Sabah/ Sarawak)
Susu kambing MULTI boleh diminum semua usia dari kanak-kanak berumur atas 1 tahun , orang dewasa , ahli sukan , wantia hamil dan mnyusui , sampailah kepada orang tua. Manfaat yang terkandung dalam Multi Goat'sMilk : Meningkatkan daya tahan tubuh , Susu kambing Multi terbukti berkesan membantu ramai penghidap penyakit gout dan penyakit-penyakit lain yang bersangkutan dengan lebihan asid di dalam badan yang memudharatkan.Meningkatkan daya ingat ( macam Lisa ni jenis pelupa dah sekarang ini. sebab terlalu banyak sangat kerja dan hal-hal yang perlu di fikirkan seperti masalah negara , eh masalah kerja dan fikir mengenai masa depan yang jauuuhh kedepan. Hehe ) 




 ** Dengan setiap pembelian sekotak susu kambing Multi pada harga RM40, RM1 akan di salurkan ke tabung-tabung amal. Terdapat juga PROMOSI HEBAT >>> dengan setiap pembelian 15 kotak susu kambing Multi, anda boleh mengumpul 15 kupon yang terdapat pada kotak serta REDEEM sekotak susu kambing Multi dari kami secara PERCUMA (Asli/ Coklat)!!!

Jadi .. apa tunggu lagi , Harga yang berpautan , manfaat yang banyak dan bagus untuk kesihatan tubuh , serta HALAL ! dan terbuat dari susu kambing asli , jom Try juga . Lisa sudah , kalian bila laig ?
 Untuk pembelian Kalian boleh tengok di : 

Facebook page: 

Blog : 

Instagram:

Hotline: +6011-12318511

Website: www.sge4u.lelong.my (Akan datang)



Baiknya Tauke Kedai Ubat Ini

Baiknya Tauke Kedai Ubat Ini | Semalam balik kerja agak lambat sikit ,sebab perlu settelkan apa yang patut. Dah masuk area taman, baru teringat nak beli ubat sakit kepala. Akhir-akhir ini memang selalu sakit kepala, mungkin sebab cuaca panas kot. Dan aku putuskan untuk berpatah balik ke jalan tempat kedai ubat tu . Nak pergi farmasi beli? Jauh Lee.. 
Sampailah Lisa di satu kedai ubat YONG HE , tapi.. kedai tu dah tutup. Nampak tauke tu sedang lock mangga di pintu pagar kedai tu. Lisa try tanya lah 

"tauke,sudah tutup ka?alamak.. saya nak beli ubat la . Boleh? 
"Oo lu mau beli ubat apa, sekejap saya buka semula " 

Alhamdulillah,dengan baik hati uncle tu buka kedai tu semula . Dan kemudian menggambil beberapa ubat yang Lisa nak beli. Baik tauke tu, kalau orang lain mungkin tak nak buka lagi dah dan suruh datang esok. 

Macam panadol tapi bukan.. kegunaan sama je ilangkan sakit kepala. Tapi bezanya.. makan ubat ini.. 1pil dah cukup. Nti berpeluh2 badan,esok dah sehat. Sebiji rm2.40 .

Cara Mengatasi Perut Buncit

Cara Mengatasi Perut Buncit | Ramai orang cakap yang saya ni KURUS  eh bukan la saya SLIM sahaja sebenarnya . Dengan ketinggian yang comel-comel sahaja memang la kira BMI seimbang dah . Bukan sekeping atau papan atau whatever la orang nak cakap. Tapikan.. bermula dari 2015 ni ha, berat badan naik dan semakin naik. Mana taknya , makan -duduk -makan -duduk -makan- tidur semua orang memangla akan naik berat badan tu. Nampak perubahan dari pipi kemudian , bersaranglah lemak di perut nasib baik lah belum sampai kategori perut buncit. 

Diet dah , kurangkan pengambilan makanan tapi hasilnya sama, berat tak turun pun. Tak tahu dah nak mengatasi atau menghilangkan lemak diperut ini. Sampai akhirnya kawan Lisa sugest untuk memakai set slimming yang mengandungi :
1. Bengkung zap on
    2. Slimtriz Slim Lotion
3. Sireh Lovelycare
4. Neotex Hot Belt 
Berbengkung macam orang pantang selepas bersalin. Barang sampai je ketangan  Lisa, laju je  mencuba . Tak sabar nak try set tu untuk mengecilkan saiz / ukuran pinggang lah katakan. Dulu pinggang size 25Inchi je , sekarang 30 inchi ! naik banyak tu . Bukan apa, Lisa dah mula tak selesa kalau nak duduk buat kerja, macam ada sesuatu yaang ganjil je .

Dimulakan Lisa memakai Hot Belt dan tak lupa sebelum itu disapukan dengan Lotion SLIMTRIMZ  . Tak panas sangat tapi suam sahaja lotion tu , mampu mengeluarkan Angin yang ada dalam badan . Lotion ni kalau ade urat tersimpul atau letih badan, boleh digunakan juga . Caranya hanya sapu lotion SLIMTRIMZ ini pada bagian yang sakit . Pernah malam tu ketika tidur, urat kaki macam berpusing-pusing tersimpul nasib baiklah lotion ini ada dimeja sebelah tempat tidur , jadi cepat-cepat Lisa sapukan pada kaki . Alhamdulillah dah boleh tidur semula tanpa rasa sakit pada kaki.
Sapu lotion ini di perut yang buncit tu haaa , insyaallah angin-angin dalam badan akan terkeluar . Efect lain ,lotion ini akan membuat kalian rasa ingin MEMBUANG kotoran dalam perut itu. Best woo pakai lotion ini, tak melekit dan aroma yang wangi .Boleh dipakai sekerap mungkin. Gabungkan dengan Hot Belt yang berwarna hitam , Bengkung yang elastik dan tidak keras sangat.

Lisa dah cuba , dan hasilnya memang lisa ukuran pinggang mengecil turun sebanyak 3 inchi dalam masa 4 hari, perut kempis . Tentunya diiringi dengan pemakanan , pengambilan buah dan sayur. ! Tempoh masa untuk nampak perut dah kempis tentunya berbeza dari satu orang ke orang lain. Mengempiskan perut dengan mudah , apa tunggu lagi jom la cuba. 
 
PSTTT : Hotbelt ini bukan hanya digunakan oleh perempuan sahaja tau, abang-abang yang nak sado pun boleh pakai . Lelaki dan perempuan boleh pakai! Jadi kalau kalian kaum lelaki yang mempunyai masalah perut buncit , boleh try lah set ini. 



Akhirnya Tewas Juga !

Akhirnya Tewas Juga ! | Duduk dalam ruangan ber-Aircond tapi peliknya badan rasa bahang je . Dah habis kuat dah Air-cond tu ditambah dengan kipas, masih sama .Kaki dan tangan terasa sejuk tapi badan terasa panas . Muka mula bertukar warna kemerah-merahan seperti udang yang direbus, bibirpun kering . Namun masih ku gagahkan sampai akhirnya pitam. Badan lembik dah, terduduk seketika dan kemudian minta tolong orang untuk papah .Akhirnya aku tewas juga, Penat sangat ditambah migrain dan lambat timing makan membuatku terpaksa akur untuk mendengar ceramah dari puan dokter yang comel.

Dah pesan banyak kali, jangan late makan , cukupkan tidur , dan banyak lagi pesanan ringkas doktor cumel tu . Heee bukan salah saya lah, salahkan cuaca. Sekejap ujan lebat sekejap panas terik. Daun pon berguguran apatah lagi Lisa yang kecik-kecik je ni ha.Alhamdulilah dah recovery pun , dah sehat . Kalau tak sehat macam mana nak update entri lah kan .

Jaga kesehatan kalian ye, kerja-kerja juga tapi jangan sampai memakan diri. Cuaca yang tak menentu macam ini elakkan terdedah dengan keadaan luar .  


Khasiat Buah MENGKUDU Atasi Rambut Gugur

Khasiat Buah MENGKUDU Atasi Rambut Gugur | Buah ini mungkin tak banyak dijumpai , tapi masih tumbuh dan banyak berada di daerah perkampungan . Mengkudu , nama yang tidak asing ditelinga . Walaupun tidak dijual di mana-mana tempat namun buah ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat untuk kesehatan . Diantaranya :
- Sistem Pernafasan 
Sinus /Resdung ,Asma ,hingus meleleh ,gangguan pernafasan /Bronkitis . 


-PENGHADAMAN 
Perut kembung, ulser duodenal, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam dan keracunan makanan.


Kardiovaskular
Mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan aras kolesterol.

Gangguan dalam tubuh
Kencing manis, sakit kepala yang berlarutan atau migraine, sakit ginjal, buah pinggang, pundi kencing, psoriasis dan tiroid.

 Mulut dan tekak
Radang tekak, sakit gusi, sakit tekak, sakit tekak dan batuk.

 Demam
Demam, muntah-muntah dan selsema.

Sakit tulang dan sendi
Sakit sendi atau arthritis, gout, terseliuh dan terkehel.

 Penyakit kulit
Bisul, luka dan ulser kulit.

Sakit Puan
Penyakit keputihan, senggugut dan gangguan haid.

Ketumbuhan 
Mengembalikan kekuatan benih lelaki dan perempuan (kesuburan). Menguatkan otot kelakian.

Selain itu buah mengkudu juga mampu  membina sel-sel baru di bawah kulit kepala dan menghasilkan pertumbuhan rambut. Ha.. untuk kalian yang mempunyai masalah rambut gugur , buah ini sangat bagus untuk kalian. untuk Kesan usia pulak : 
Digunakan sebagai tonik untuk melambatkan kesan penuaan (awet muda).

CARA PEMAKANAN :
Ada orang-orang tua yang makan macam tu sahaja buah mengkudu itu , namun kalau kalian tak tahan rasa dan bau yang sangat kuat dari mengkudu ,kalian boleh buat JUS MENGKUDU.
cara pembuatan Jus mengkudu : Siapkan beberapa biji buah mengkudu yang telah masak , kemudian hancurkan untuk mendapatkan jus yang tulen. 

Memang benar sekarang ini di pasaran ada orang jual teh atau ubat yang dibuat dari jus mengkudu , akan tetapi untuk mencegah dari barang tiruan dan juga bahan kimia alangkah lebih elok lagi kalau kita siapkan jus itu sendiri , original tanpa bahan kimia atau pengawet dan pastinya khasiat buah mengkudu akan lebih berkesan. Minum jus mengkudu sebanyak 100ml atau 3 sudu besar ,30 minute sebelum sarapan. Jangan ambil dos yang berlebihan, sebab boleh terkena cirit birit. 

Khasiat Bunga Bakawali Untuk Kesehatan

 Khasiat Bunga Bakawali Untuk Kesehatan | Nama botani untuk bunga Bakawali adalah Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae.Bunga yang akan kembang hanya di malam hari antara pukul 10-12 malam dan akan kemuncak mekar di pukul 12.00 AM atau tengah malam.Pokok ini berasal dari MEXICO-Amerika Selatan,  Bunga yang unik dan mempunyai wangi sampai  di sekeliling bunga itu ditanam . Walaupon bunga ini unik dan wangi lebih dari bunga melati , namun tak ramai orang yang menanam bunga ini dipekarangan rumah . Kenapa ?

Ada mitos yang mengatakan bahwa bunga ini ada penunggu iaitu bunian . Ketika bunga ini akan kembang di tengah malam , ada dewa khayangan yang akan datang menjaga sampai bunga Bakawali ini layu semula. Namun ianya mitos ialah cerita yang turun temurun dari nenek moyang , kesahihannya ? Wallahualam . Malam nanti Lisa cuba tunggu sampai bunga ini kembang ye, nak tengok betul sama ada mahluk penunggu ke tidak. Hehe.

Khasiat Bunga Bakawali  :
Bunga ini mampu merawat rabun dan juga menghaluskan kulit  .Selain dari pada itu juga mampu mengubati penyakit seperti kencing manis dan  darah tinggi .

Tips atau Cara  untuk memanfaatkan bagian-bagian bunga bakawali :
1. Kelopak bunga bakawali mampu merawat luka , caranya dengan mengambil beberapa kelopak bunga Bakawali , lumatkan dan letak pada luka .
2. Jemur batang bunga bakawali sampai kering , kemudian tumbuk sehingga halus. Makan serbuk itu  seperti makan ubat serbuk. Rasa yang pahit , boleh dimakan dengan buah pisang .
3. Mandi dengan air yang dicampurkan dengan bunga Bakawali ini mampu menghaluskan dan mempercantik kulit.

Selain itu , ramai orang cina menanam bunga ini kerna bunga ini memberi tuah atau "ONG " .Semakin banyak kuntum bunga yang ada, semakin banyak lagi Ong untuk mereka. 

Ini gambar putik bunga Bakawali yang Lisa sempat ambil 2 minggu lepas.  

Gambar kuncup bunga Bakawali yang lisa ambil pada pukul 9 malam , malam tadi.

Bunga Bakawali yang telah kembang dan harum semerbak sampai ke dalam rumah , gambar ini Lisa ambil pada pukul 11.45 malam.Dek kerana wangi bunga yang amat sangat kuat, tu yang Lisa terus keluar dan tengok bunga ini mekar.

Bunga ini cantik dan wangi, cara penanaman dan pemeliharaan mudah sahaja . Pokok yang seperti pokok buah Naga tapi bukan ye . Potong bahagian pokok yang keras atau batang bunga bakawali ini kemudian tanam di tanah . Tunggu sampai daun tumbuh. Daun bunga bakawali sangat kecil dan bahkan nampak seperti bunga ini tiada daun . Mudah dan senang , Jom hiaskan rumah dengan bunga ini.

Perlukah aku berdiet?

Perlukah aku berdiet?  | Dulu 40kg , sekarang 45 kg . Haha..memang dah naik 5 kg  . Dengan ketinggian yang comel-comel je , rasa BMI lebih dari seimbang dah. Perlukah saya berDiet? 

Cara menghitung BMI =Berat badan : Ketinggian  . Hurm lebeh dahh tak kan obesitas. Huh! Boss Lisa pun dah tegur Lisa dah gemok dr sebelum ini. Hahaa.. gemok kena tegur,kurus pun kena tegur eh. Yela.. yela. Saya akan gigih menurunkan berat badan saya dalam masa 1minggu. Nak bukti? Tunggu la ye nanti 1minggu lagi . 

Welcome air DETOX. Tadi kan..anak boss offer ubat yang turunkan berat badan. Harga rm85@150. Tak sure lah,tapi memang betul-betul berkesan. Anak dia dalam masa 2 hari, turun 1.5kg weyh . Hurm , tapi produk tu keluaran USA , takdak cop halal. Takpe takpe.. kurangkan makanan manis dan kurangkan mengunyah makanan tak berguna. 

Tekanan Boleh Menyebabkan seorang kanak-kanak obesiti

Tekanan boleh menyebabkan seorang kanak-kanak mengalami obesiti.|Bagaimana tekanan boleh mnyebabkan budak-budak menjadi gemuk?.Sebab kanak-kanak ini kalau dah tertekan,maka mereka akan mengambil pemakanan yang tak seimbang.Ianya berlaku kerana pelepasan  hormon kortisol yang menyebabkan kanak-kanak berasa sentiasa lapar. HAA..Kalau dah lapar,paham paham jelah..mereka akan makan makan dan makan. Berisi tak pa, tapi kalau dah obesiti? Wahh bahaya juga kan. Petikan dari majalah kosmo
PEMAKANAN yang tidak seimbang dan kurang bersenam sering didakwa merupakan faktor penyebab masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
Bagaimanapun, penemuan terbaharu daripada pakar nutrisi dan pemakanan kanak-kanak Brazil, Nataniel Viuniski mendapati, tekanan turut menjadi punca kepada masalah kegemukan seorang kanak-kanak.
“Faktor tekanan merupakan salah satu penyebab penyakit obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
“Ini kerana, apabila fikiran mereka berada dalam keadaan tertekan, tubuh akan melepaskan hormon kortisol yang akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sering terasa lapar,” jelasnya.
Ujarnya, saat lapar pula, kanak-kanak cenderung untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan ia secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan berat badan yang mendadak.
“Perkara tersebut membawa kesan buruk terhadap kesihatan kanak-kanak kerana mereka dikhuatiri mudah diserang penyakit jantung, diabetis dan kanser apabila mereka dewasa,” ujarnya.

Jangan biarkan anak anda stress ya... 

Cara Bijak memilih Protein Yang berkualiti


Cara Bijak memilih Protein Yang berkualiti  | Memang ramai yang bertanya mengenai soklan ini, ha.. contoh ?
Bagus ke minum soya ?
Susu soya yang jual dalam kotak itu selamat ke kalau kita minum ?
Bagaimana kita nak tahu protein yang kita ambil tu betul berkualiti ?
 yelah,nak pilih ikan atau sayur dipasar pon kena tengok fresh atau tak kan ? apalagi pilih suami ,hehe. Jadi hidup kena ada standart dan requirement.

7 kriteria penting dalam memilih soy :

1. Kacang soya tu mesti tumbuh secara organik .
Kajian menunjukkan penanaman yang menggunakan bahan kimia bukan secara organic akan menyebabkan nutrisi tanaman berkurang , jadi sila elakkan ya.
 
2.Kacang soya itu mestilah NON-GMO (NON GENETICALLY MODIFIED ORGANISEM )
Produk soya ni  ialah soya yang telah diubah suai, sehingga serangga pon tak lalu nak makan. Boleh menyebabkan allergic,toxin dan kanser . SOY ni lebih murah sebab lebih kurang macam vitamin sintetik.
Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan. Jadi sebab itulah penting kita pilih soya yang NON-GMO yer.
 
3. Soy perlu mengandungi 9asid amino
Kenapa 9asid amino ? sebab tubuh kita memerlukan 9asid amino untuk menghasilkan hormon, penghadaman , antibody, dan enzime .If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
 
4.SOY FLAKE yang dibersihkan dengan air, bukan ALKOHOL
alkohol haram , selain itu juga memusnahkan isoflavones sehingga hampir 88% , bayangkan ..sebab isoflavones itulah yang mengurangkan resiko kanser paru-paru .

5. Singkirkan bahan-bahan anti-thiroyd atau anti-growth subtance
Kekurangkan tyrosin akan menyebabkan tekanan darah rendah , suhu badan rendah .
 
6. Pembuatan SOY elakkan dari pemanasan.
Asid amino adalah sangat sensitive pada suhu panas. Protein yang dimasak dengan menggunakan suhu tinggi akan menghancurkan 50% asid amino yang kita perlukan. Nampak tak kerugian disitu?
 
7. Penambahan kalsium pada soy protein Powder
Sebenarnya, kacang soya adalah bahan yang NEUTRAL (Neither acidic nor alkaline).kajian menunjukkan, semasa penghasilan soy powder, minyak kacang soya (soybean oil) perlu disingkirkan supaya soy powder itu tidak mudah berbau. Proses ini menyebabkan soy powder menjadi sedikit berasid

Cara Membersihkan Botol Susu Dengan Mudah

Cara Membersihkan Botol Susu Dengan Mudah |Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini Lisa nak kongsi tips atau petua bagaimana cara membersihkan botol susu secara mudah dan bersih tanpa menggunakan span sikat pembersih botol susu.Selain memasak botol bersama air yang mendidih untuk mensterilkan botol itu,kalian juga boleh menggunakan petua ini yang pastinya mudah dan jimat masa   Kalian boleh cuba dirumah,dan  100% akan berkesan. Kadangkala kalau kita cuci botol susu menggunakan sikat dan sabun belum tentu bersih secara sempurna sebab ada bahagian yang susah untuk dibersihkan. Apalagi kalau botol susu yang kecil dan panjang.. lagi susah kawasan yang dalam untuk dijangkau oleh sikat pembersih botol. Dan selalunya sikat pembersih tak tahan lama. Betul tak ? 


Bahan yang perlu disediakan untuk membersihkan botol susu : 
1. BERAS. 
2.Botol susu.
3.Sedikit air .

Caranya : Masukkan sedikit beras dan sedikit air dalam botol susu tersebut. Kemudian tutup rapat  , dan goncangkan selama 3-5minute. Buang beras dan bilas dengan air suam. Beras tu masukkan sedikit sahaja.. 1sudu makan sudah cukup. 
Dan hasilnya,botol susu bersih dah tak ada bau susu atau kotoran degil tertinggal di dalam botol. 

Kalian boleh cuba cara ini untuk membersihkan botol air biasa. Selamat mencuba. 

Tips Mudah Cara Atasi Jerawat

 Tips Mudah  Cara Atasi Jerawat | Kalian yang mempunyai jerawat mesti pening cari banyak cara dan ubat untuk atasi jerawat tapi tak hilang-hilang jugak .  Betul tak ? Hari ni Lisa nak bagi tau kat kalian tips atasi jerawat yang memang Lisa selalu amalkan bila ada jerawat comel datang singgah ke muka yang baby face ni .Err..mohon jangan muntah ! haha

-Spirit 
Boleh diperolehi di Farmasi terdekat . Tak mahal , hanya rm10 sahaja untuk saiz botol besar.Ambil kapas , basahkan sedikit dengan spirit ,sapu ditempat yang ada jerawat. Mula-mula kalian akan terasa pedih ,sebab jerawat tu . Nanti lama-lama ok dah .

-Methylated Spirit
Sejenis spirit juga, mengandungi alkohol 95% . Kegunaan hanya untuk luar sahaja. Biasa digunakan untuk cuci luka luar. Sapu dengan kapas sahaja. senang bukan ?harga pon murah je rm6.75





-BD alcohol swap
Yang ni senang je , macam sejenis tissue basah. Koyak bagian tepi, kemudian sapu di jerawat itu. Harga murah je rm1.45 ,untuk 10pcs dalam satu packet.

Kalian boleh guna cara ini ketika ada jerawat , kalau tak da jerawat takyah menggedik nak pakai. Nanti kulit u all's kering . Sehari sampai 2 hari guna memang dah kering dah jerawat. Bergantung dengan jerawat kalian itu macam mana. Sapu ketika malam sebelum tidur.

Dah itu sahaja tips dari saya , selamat mencuba !


Rawatan Alternatif Saluran Jantung Tersumbat

 
 
Rawatan Alternatif Saluran Jantung Tersumbat
| Ramai orang yang terkena masalah jantung , salah satunya orang kuat  boss dari company  saya telah menghembuskan nafas terakhir dibulan ramadhan lepas. Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan saluran darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (Doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.

Bahan diperlukan:

1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal

Cara

Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.

Minum campuran ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. In sya Allah rawatan ini akan berhasil..











Sumber

Jerebu

JEREBU : Pukul 3petang tapi matahari dah nampak macam pukul 6 petang , oh..ternyata jerebu. Patutlah panas semacam je hari ini. Check punya check 30° celcius , tapi dah terasa bahang . Tinggi tu sebab biasa 24-26° C sahaja.

 Ni suhu pukul 6 petang pon masih sama,30°C . Samar-samar ternampak awan putih seperti embun di Genting atau Cameron Highlands ,bezanya kalau disana sejuk aih.. awan putih yang ni panas. 

Pencemaran udara . Kenapakah berlaku jerebu lagi? Hurm, ianya dari tangan rakus manusia yang gatal membakar hutan sehingga menyebabkan pencemaran udara . Macam ini siapa yang terkena? Semua orang! Kasihanlah kepada manusia lain,jangan sebab nak untung pastu jejaskan kesehatan orang lain. Jangan berhati perut sangat boleh tak?! Huh.

Kulit Anjal dan Tegang hanya dengan..

 
Kulit Anjal Dan Tegang Hanya Dengan.. |Hye! Bagi sesiapa yang ada masalah kulit .. boleh try BC100 body cream . Sebab pemakaian secara teratur boleh membuat kulit cantik ,lembut ,dan Anjal juga membantu meningkatkan ketegangan kulit agar u'alls kelihatan lebih MUDA dan Berseri. Lisa pon dah try  untuk anak buah yang kena cacar air. Lepas penggunaan BS100 ini , perlahan -lahan dah mula hilang dan tak menjalar ke tempat lain . Alhamdulillah memang berkesan.



Selain itu BC100 Body cream juga mempunyai banyak manfaat yang lain. Diantaranya :

KESIHATAN
[✔] Stroke / Angin Akmar
[✔] Migrain
[✔] Kebas & Kejang
[✔] Gout
[✔] Sakit Sendi
[✔] Penyembuhan Luka
[✔] Sakit Buah Pinggang
[✔] Kencing Manis
[✔] Resdung
[✔] Asma
[✔] Tekanan Darah Tinggi / Kurang Darah
[✔] Menghilangkan Alergik ( Makan Makanan Laut)
[✔] Kurangkan Perut Boroi

WANITA
[✔] Kurangkan Selulit
[✔] Kurangkan Berat Badan
[✔] Kulit lebih anjal
[✔] Kulit lebih berseri
[✔] Hilangkan Strech Mark
[✔] Kurangkan Sakit Senggugut
[✔] Hilangkan Jerawat & Jeragat
[✔] Membetulkan kitaran haid yang tidak betul


HANYA SAPU!  AJAIB KAN
Intense Energie  LOTION juga membantu masalah :
---> MIGRAIN, GOUT, SAKIT SENDI, LUKA, ASMA, RUAM SUSU PADA BAYI, STROKE, LENGUH-LENGUH BADAN, KEBAS DI TAPAK KAKI DAN TANGAN dan lain-lain
  
Psttt rm180 only!

Whatsapp /sms 0199009213 untuk pembelian.


© all rights reserved
made with by templateszoo