Ad

Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka


Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka 


Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar  jejaka sentiasa berikhtiar  untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai  produk mandian di pasaran, pilihan  semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!


Kalau bertanya penjagaan badan dengan Lisa , mungkin sejam pun tak habis nak bagi tau jenama jemana dan jenis skincare penjagaan badan untuk mandian . Ala biasa kan perempuan.. lelaki dan perempuan lebih leceh dari segi penjagaan. 




Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.

Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.


DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.


COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.



ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber. 

Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan. 


 

Kenali Lelaki Melalui Sifat Luaran

Kenali Lelaki Melalui Sifat Luaran|Mungkinkah ciri-ciri yang ada dibawah membuatkan pasangan anda terpikat dengan anda atau apa yang disenaraikan ini salah? Kaji sendiri.

1.RAMBUT PANJANG
Lelaki berambut panjang nampak macam ganas tapi sebenarnya ada yang mengaitkan mereka sebagai seorang yang romantik dan berjiwa lembut. Nampak luaran ganas dan sukar didekati namun sebenarnya mereka berhati 'tisu' berjiwa lembut.Bukan itu sahaja,ada kajian yang mengatakan lelaki jenis ini juga nampak romantik dan seksi.

2.RAMBUT PENDEK ALA ASKAR
Tegas dan mungkin kelihatan agak kasar. Itu yang selalu digambarkan mengenai lelaki berambut pendek ala askar ini. tetapi ada juga wanita yang suka gaya seperti ini kerana akan melambangkan ciri-ciri maskulin seorang lelaki .Nampak lebih jantan.

3.BOTAK
Nampak ganas dan jahat ,itu luaran sahaja. "DON'T JUDGE THE BOOK BY IT'S COVER .Bagi sestengah wanita beranggapan lelaki botak sebenarnya memiliki sifat kelelakian yang kental,tahan cabaran tetapi masih terselit kelembutan didalam dirinya . Selalu lelaki botak juga seorang yang MANJA !

4.BERKUMIS
Nampak lebih matang ,ada ciri-ciri maskulin dan seorang yang mengambil berat.Tetapi lelaki berkumis juga sering kali dikatakan seorang manja dan tak lokek belaian.Untungnya wanita yang dapat lelaki seperti anda.

5.Bermisai
WAH! Macho tu Bro ! kalau bermisai lentik ,lagi nampak lebih ganas dan garang .Tetapi hakikatnya tidak bukan? "COME ON BRO ! ' Buktikan yang anda juga seorang lelaki yang budiman dan menghargai orang lain.

6.KURUS
Lelaki kurus sering dikatakan memiliki kemahuan dalam seksual yang agak tinggi berbanding lelaki berbadan tegap.Dan lelaki kurus juga memiliki tahap cemburu yang sukar untuk dibendung ,Jaga-jaga ,jangan sampai makan diri sendiri.

7.GEMUK ATAU BOROI
Anda dikatakan mempunyai sifat penyayang luar biasa,berfikiran jauh dan matang mengendalikan hubungan berbanding dengan lelaki yang bertubuh sederhana atau kurus. Tak kiralah walau perut anda umpama wanita mengandung 5 bulan sekali pun, pasti kekasih anda akan berasa selamat disamping anda

Punca Lelaki Lambat Balas Message

 
Punca Lelaki Lambat Balas Message | Hampir semua orang pernah mengalaminya , tertungu-tunggu balasan sms dari orang lain khususnya message dari kaum lelaki . Bahkan ada yang sampai tertidur untuk tunggu jawapan sebuah sms . Hahaha.. Sure kalian pernah rasa juga kan. Kali ini saya akan mengulas sedikit Punca lelaki lambat balas message.

1.Main Game
Diantara salah satu punca lambat balas message ialah pabila lelaki itu sedang main game , memang akan focus pada game dia ja lah. Apalagi untuk seseorang yang memang kaki game. Boleh sampai berjam-jam woo kalau tunggu dia balas message .

2. Bekerja
Punca kedua ialah lelaki itu sedang sibuk bekerja ,dan tekanan masa menyebabkan dia harus menyelesaikan kerja itu secepat mungkin. Sebab tu dia akan lambat balas message, HP silent kan ataupon masuk dalam drawer.

3. Tertidur
Punca yang ini memang banyak berlaku, ketika sedang rancak berbalas message tetiba senyap. Dan keesokan harinya baru akan balas. Hee..sabar jelah kan .

4.GYM

Gym dan lelaki mungkin takleh dipisahkan bagi kaum adam yang minat dalam bina badan ni ha.

5. Pihak Ketiga
Pabila lelaki itu sedang berdating dengan "seseorang' tak da nya kalau dia akan reply message kalian dengan cepat. Tak kisah la pihak ketiga itu siapa, sama ada lepak dengan bff lelaki dia ka, dengan orangtua ka, dengan skandal ka .. Hehee pandai-pandailah menilai. hehe.

Itu sahaja diantara seribu Punca Lelaki lambat reply sms , kalau saya pula biasa lambat reply message sebab kerja , lupa letak handphone dimana , handphone tengah charge atau tertidur. Kalian pula bagaimana ?

Kisah Kejayaan Ronaldo

Kisah Kejayaan Ronaldo | Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda satu kisah. Kisah yang saya pernah dengar selama ini, tetapi hari ini saya terjumpa sekali lagi kisah ini di Facebook.
Saya lantas mencari info mengenai kisah ini dan saya rasa, saya nak sangat berkongsi dengan anda semua "Di Sebalik Kisah Kejayaan Ronaldo Yang Ramai Orang Tak Tahu"
 
 

Ronaldo

Buat anda yang tidak tahu, even saya rasa ramai yang kenal mamat hensem ni. Beliau adalah Cristiano Ronaldo.

Bekas pemain Manchester United, dan sekarang bermain untuk Real Madrid dan Portugal. Seorang pemain yang sangat hebat dan merupakan penjaring gol terbanyak di La Liga, Sepanyol bersama Real Madrid. Mempunyai komitmen yang sangat tinggi ketika berada di atas padang.
Namun, saya yakin. Ramai yang tidak tahu bagaimana Ronaldo bermula sebagai pemain terhebat pada hari ini.
Suatu Ketika Dahulu

Suatu ketika dahulu, ketika Ronaldo masih bermain di sebuah kelab biasa. Mereka di datangi oleh Kelab Sporting Lisbon. Wakil kelab itu mahu menyaksikan sebuah perlawanan bola sepak yang ditandingi oleh kelab yang diwakili oleh Ronaldo.
Mereka mahu mencari pemain yang boleh diserap masuk ke Kelab Remaja Sporting Lisbon. Sebuah kelab yang sangat hebat di Portugal.
Syaratnya mudah sahaja. Mana mana pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam perlawanan itu, akan diserap masuk ke Kelab Remaja Sporting Lisbon.
Semasa perlawanan sedang berlangsung, Ronaldo menjaringkan gol pertama. Kemudian, sahabat baik beliau Albert Fantrau menjaringkan gol kedua.
Di penghujung perlawanan, Albert Fantrau berhadapan situasi satu sama satu dengan penjaga gol. Beliau berjaya menggelecek dan melepasi penjaga gol. Pada waktu itu, Ronaldo turut berlari dan berada di hadapan pintu gol.
Pada waktu itu, Albert Fantrau hanya perlu menolak masuk ke dalam gawang gol. Tetapi, beliau tidak mahu berbuat demikian.
Sebaliknya, beliau menolak bola tersebut kepada Ronaldo dan Ronaldo menjaringkan gol tersebut.
Apa yang berlaku itu menyebabkan ramai orang terfikir kenapa Albert tidak terus menjaringkan gol tersebut.
Selepas perlawanan, Ronaldo bertanya kepada Albert. "Kenapa kamu tidak menjaringkan gol itu sendiri? Kenapa perlu kamu pass bola itu kepada saya?"

Albert menjawab, "Saya tahu, kamu lebih baik daripada saya."

Selepas itu, Ronaldo diterima masuk ke Youth Club untuk Sporting Lisbon dan mula mencipta nama sehingga dipancing masuk ke kelab Manchester United.
Selepas itu, sahabat Ronaldo iaitu Albert langsung tidak mempunyai pekerjaan.
Selang beberapa tahun, ada beberapa wartawan yang menjejaki Albert di rumahnya. Mereka terkejut melihat kemewahan rumah dan kereta yang dimilik oleh Albert.
Apabila mereka bertanya, "Macam mana kamu boleh menjadi kaya sedangkan kamu tidak berkerja?"

Albert menjawab, "Semua ini daripada Ronaldo."

Allah Allah.... Saya pernah dengar kisah ini. Tapi, ingatkan orang saja buat cerita. Rupa rupanya, ia cerita benar.
Saya kagum dengan mereka berdua.
1. Saya kagum dengan Albert. Sebab beliau lebih mengetahui kelebihan Ronaldo. Dan beliau sendiri merasakan Ronaldo lebih layak untuk ke kelab Sporting Lisbon berbanding beliau. Beliau boleh pilih untuk jaringkan gol tersebut sendiri. Tapi, beliau memilih untuk sentiasa 'memberi yang terbaik' kepada mereka yang lebih layak.
2. Saya juga sangat sangat kagum dengan Ronaldo. Beliau sangat mengingati jasa Albert. Beliau sedar, dari situlah beliau bermula. Kerana tanpa bantuan Albert, mungkin Ronaldo tidak menjadi seperti mana beliau sekarang.
Beliau sedar, kekayaan yang beliau kecapi selama ini adalah hasil 'bantuan kecil' dari Albert. Dan beliau tidak pernah lupa 'sahabat' beliau itu.

Anda saksikan sendiri, Ronaldo selalu meraikan kejayaan beliau dengan
Albert.  Insan yang banyak membantu beliau. Semuanya bermula dengan
sikap tidak mementingkan diri sendiri yang ada pada Albert.

Antara profil Critiano Ronaldo. Saya sangat kagum. Walaupun beliau seorang yang beragama Kristian, tetapi ada beberapa akhlak beliau yang bagi saya wajar kita contohi. Antaranya, beliau tidak minum arak. Ayah beliau meninggal dunia akibat penyakit daripada meminum minuman keras.
Ronaldo juga tidak men'tatoo'kan badan beliau. Ini kerana beliau akan buat 'Blood Donation' 2 kali setiap tahun.

Selain itu, beliau turut menjual kasut emasnya yang berharga Euro 1.5 million dollar kepada penduduk Islam di Gaza. Allahuakbar. Malu rasanya, kita yang beragama Islam ni. Dah berapa 'hinggit' yang kita dah derma untuk saudara kita di sana.Beliau juga memberi sumbangan Euro 1.4 million buat warga Palestin.

Selain itu, ada seorang ibu kepada kanak kanak yang miskin memerlukan bantuan kewangan untuk menanggung kos pembedahan anaknya yang berusia 10 bulan itu. Ibu tersebut menghubungi Ronaldo dan meminta kasut bola dan jersey yang ditandatangi Ronaldo untuk dijual bagi menanggung kos tersebut.
Apa yang mengejutkan ibu tersebut, mereka bukan saja mendapat kasut dan baju. Tetapi mereka mendapat cek sebanyak Euro 83,000. Tak cukup dengan itu, Ronaldo turut menanggung semua kos perubatan anak tersebut di hospital berkenaan. 
Saya tahu, ada juga perkara negatif yang saya dengar mengenai Ronaldo. Tapi, lets focus on postive yang beliau lakukan.
Sebab, bagi saya beliau seolah olah faham. "Mengapa dan untuk apa beliau perlu menjadi kaya"

Persoalan ini yang sering kita ummat Islam lupa.
Kita banyak memikirkan diri kita sahaja tanpa kita memikirkan orang lain.
Setiap duit ringgit yang kita dapat, kita hanya fikir apa dan bagaimana harus kita belanjakan. Tanpa kita memikirkan, siapa yang boleh kita bantu dengan rezeki yang kita peroleh.
Adakalanya, Allah 'menghantar' orang yang bukan beragama Islam untuk mendidik kita. 
Adakalanya, bila kita sudah berjaya. Kita mudah lupa bagaimana kita bermula. Siapa yang mula mula dahulu yang 'membawa' kita ke arah kejayaan yang kita kecapi. 
Kita lupa. Kita ingat, kita berjaya disebabkan usaha kita. Tetapi, kita sering tak ingat. Jasa jasa 'kecil' orang lain yang telah menunjukkan jalan kejayaan kepada kita.
Jika kita sudah 'lupa' kepada orang yang menunjuk jalan kepada kita. Agak agak, adakah kita akan menjadi orang yang mengingati orang lain apabila kita sudah betul betul 'kaya' nanti.
Kepada para pembaca yang saya hormati, saya harap. Kita semua dapat mengambil banyak iktibar daripada kisah ini. 
© all rights reserved
made with by templateszoo