Ad

Showing posts with label cantik. Show all posts
Showing posts with label cantik. Show all posts

Merawat Kulit Kusam Dengan Bluebell Radiance Skincare Series

Assalamualaikum , Hai .. apakabar ?, lama rasanya tak tulis mengenai produk penjagaan kulit muka ni . Kali ini Lisa nak share pengalaman pakai produk muka dari Bluebell Radiance Skincare Series baru baru ini . Dari first tengok packing je Lisa dah rasa tertarik sebab pek yang comel and senang dibawa kemana sahaja. Lisa pula memang dah lama suka tengok kulit Reen Rahim , Duta Bluebell Radiance ini. Tak sabar nak try lepas terima parcel ni . 

Bluebell Radiance Skincare Series 

Kandungan dan Fungsi Utama Bluebell Radiance Skincare Series :

Bluebell Radiance Skincare Series diformulasikan dari ekstrak semulajadi yang suci lagi Halal, Collagen dan Stem Cells seperti Olive Oil, Argan Oil, Aloe Vera, Hamamelis Virginia Witch Hazel, Fruit Oil, Collagen, Shea Butter dan banyak lagi.

Bluebell Radiance Skincare Series dapat membantu dan merawat masalah kulit, dalam masa yang sama juga menyihatkan lagi kulit kita supaya cerah berseri :)


Antara kelebihan menggunakan Bluebell Radiance Skincare Series ialah :
*Merawat jerawat dan jeragat 
*Mengatasi masalah kulit berminyak 
*Membuang blackheads 
*Merawat kulit kusam
*Menjadikan muka glowing
*Melembapkan kulit
*Merawat sunburn
*Merawat kulit sensitif
*Melindungi dari sinar UVA dan UVB
*Melambatkan proses penuaan
*Menghilangkan tompok hitam 
*Menganjalkan kulit
*Mengelakkan liang roma tersumbat
*Mencerahkan kulit 
*Menjadikan kulit bebas cela.


Untuk pengetahuan semua, produk Bluebell mempunyai kelulusan KKM dan juga telah diuji 🔬oleh makmal SIRIM QAS bagi memastikan selamat digunakan oleh pengguna dan  terbukti bebas dari bahan yang memudaratkan.😊


CARA PENGGUNAAN  Bluebell Radiance Skincare Series 


BlueBell Halal Cosmetic's Cleanser
Harga RM 17.00
Cleanser , digalakkan dipakai 2kali sehari,pagi dan malam ataupun boleh juga kalau nak digunakan selepas mandi dan sebelum Wudhu. Cara penggunaan : Tuangkan di tapak tangan, gosokkan sedikit dan sapukan ke muka secara lembut serta bilas sehingga bersih . Bau cleanser ni wangi jek , korang mesti suka . Rasa nak belai pipi je lepas cuci muka dengan cleanser Bluebell ni .. lembut wei. 

Bluebell Halal Cosmetic’s Cleanser adalah Pembersih muka yang sesuai untuk semua jenis kulit. la mengandungi Salicylic Acid dan Glycolic Acid yang membantu menghilangkan bintik-bintik jeragat, jerawat dan sel-sel mati di kulit anda tanpa mengakibatkan liang roma tersumbat pada kulit muka. Kulit muka anda akan sentiasa kelihatan bersih, berseri dan tidak berminyak.

BlueBell Serum Radiance
Harga RM35.00

Serum
dipakai sebelum Daily Defense Moisturiser dan Night Moisturiser untuk kesan yang lebih baik.
Cara penggunaan ;  biasanya kalau paling malas la , Lisa calit serum je kat muka , so nampak la kulit rasa lembab dan tak rasa kering . Tak perlu guna banyak , cukup 3 4 titis je dan ratakan keseluruh muka .

Serum Radiance dari BlueBell diformulakan bagi menaikkan seri wajah, mencerahkan kulit secara dalaman dan semulajadi. Rumusan dari “Stem Cell” don “Collagen” ini dapat membantu melambatkan proses penuaan dan menghilangkan parut jerawat dan jeragat.


Daily Defence Moisturiser
Harga : RM 37.00

Daily Defense Moisturiser boleh dijadikan foundation sebelum bersolek.1kali pam dah memadai utk diratakan seluruh muka. Direka khas untuk kulit orang Asia dalam menghadapi cuaca panas terik serta tekstur warnanya yang menyerupai warna kulit orang Asia. la dlperkaya dengan Licorice yang membantu kulit anda menjadi lebih cerah dan berseri sepanjang hari. la juga bertindak sebagai asas solekan dan melindungi kulit anda dari sinar UVA serta UVB.

Cara penggunaan : Lepas bersihkan muka dengan cleanser , korang calit beberapa titis serum dekat muka . Lepas tu baru gunakan Daily Defence Moisturiser ni , Tak perlu keluarkan banyak-banyak , cukup sekali pam je dan ratakan keseluruh wajah . Daily defence ni rasa ringan je je di wajah ,lembut dan menyerap kulit muka . sesuai sangat dengan Lisa , sebab bukan jenis yang suka pakai foundation kebanyakan . 
Night Moisturiser
Harga : RM 39.00

Night Moisturiser Pelembap malam yang diperkaya dengan “Stem Cell” dan “Collagen” ini dapat membuatkan kulit anda sentiasa muda remaja. Stem Cell yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan adalah agen anti-penuaan yang amat efektif untuk merangsang sel-sel baru dan membantu menghilangkan tompok-tompok hitam. Kulit anda akan sentiasa kelihatan tegang dan anjal. dipakai sebelum tidur, pastikan muka bersih. 

Cara penggunaan : Bersihkan muka dan kemudian sapu Night Moisturiser Bluebell . Malam ialah masa yang sesuai untuk rehatkan muka , korang boleh gunakan Moisturiser ni untuk elak kulit wajah kering ketika bangun tidur nanti . Seronok je rasa sentuh wajah , rasa lembut walaupun tidur dalam bilik yang beraircond .

Nah Lisa tunjuk kan kulit muka tanpa secalit makeup time malam . Plowess kan... ( Ciss perasan pulak )


Testimoni Pengguna Bluebell Radiance Skincare Series : 






Untuk testimoni yang lebih banyak , korang boleh tengok di website bluebell- testimoni 


Harga Bluebell Radiance Skincare Series 


Harga PACK RM85 ( tanpa serum )
Harga SET RM113 ( dengan serum )
Jadi Better korang beli dengan serum sekali la.. lagi jimat dari pada beli asing-asing.

Harga Pack RM85 (tanpa Serum)
Harga Set RM113 (dengan Serum )



Review dan Komen Lisa : 

Lisa suka dengan set dari Bluebell Radiance Skincare ini sebab dari segi packing :  senang tuk bawa kemana-mana , packing dari botol plastik ini lebih selamat dari botol kaca . Lisa ni jenis cuai , pernah jatuhkan produk muka padahal baru beli dan baru pakai sekali... kecewa sungguh time tu . Dari segi produk ; produk ni tekstur ringan , lembut , cepat meresap ke kulit dan juga wangiii.. tu yang rasa jatuh hati tu ha. Pakai seminggu ni dah rasa lembab dan lembut je kulit muka Lisa. Ingat ye , tempoh untuk nampak kesan dari produk ini bergantung pada jenis kulit masing-masing . 



Maklumat selebihnya , korang boleh tengok dibawah ini :

Facebook : Bluebell Halal
Instagram : @bluebellhalal
Twitter : @BlueBellHalal

Alamat : Unit 26 Level 16, Plaza Azalea,
No. 6 Persiaran Bandaraya, Seksyen 14
Shah Alam, Malaysia

No Tel : 019-356 8850


TIPS CANTIK : Penjagaan Kulit Dengan Bio-Essence Miracle Bio Water

TIPS CANTIK : Penjagaan Kulit Dengan Bio-Essence Miracle Bio Water  || Entri sebelum ini lisa ada tulis sedikit pasal Bio-Essence Miracle Bio Water ini, panjang nya nak sebut.. Huhuh.. Miracle Water ini biasa Lisa gunakan untuk spray ke wajah sebelum tidur. Sebab sejuk and tidur pun lena, kulit pon jadi halus , lembab dan tak kering. Lisa baca description kat belakang botol tu , Disitu tulis yang ternyata Miracle Bio Water ini tak hanya tuk muka je.. tapi body , kulit, tangan , dan rambut pon boleh spray tau . Serbaguna pulak.. semua dalam satu . Selama ini hanya ingat untuk lembutkan kulit and muka je . Ternyata banyak lagi kelebihan dan kegunaan yang lisa tak tahu . Heheh,,, dan satu lagi .. Miracle Bio Water ini boleh juga digunakan untuk bayi tau ! Biasa bayi terkena ruam-ruam merah dimuka atau kulit kan. ? spray saja guna MBW ini. Insyaallah sembuh.


Penjagaan kulit kering dan sensitive || 

Kulit Lisa pun jenis kulit yang sensitif, kalau kena air hujan je nanti jadi gatal dan merah .. tak kesah tangan atau kaki . Memang tak boleh kena air hujan . Tiap malam sebelum tidur.. Lisa spray je bagian yang gatal , ruam merah-merah yang alergik dengan air hujan tu .. Alhamdulillah dalam seminggu dah baik.  Kaki Lisa pon sekarang dah tak kering . Kawan Lisa ramai pula yang guna Miracle Bio Water Bio-Essence ni . Muka sunburn atau kering memang diorang pakai ni je . Baik laki atau perempuan.. waah tak sangka pulak . Penggunaan pon snang je .. Spray dan tak perlu risau melekit seperti  lotion badan .


Nah.. kandunan Aqua dan Nitrogen dalam Bio Essence Miracle Bio Water . Korang kalau nak try .. dapatkan di Guardian atau di Pasific .. Mana tau ada SALE hujung tahun ni .


Selamat tinggal kulit kering . ;)


Tips Turunkan Berat Badan

Tips Turunkan Berat Badan |Assalamualikum dan selamat pagi. Wanita takut akan kegemukan yang melanda kepada mereka. Berbagai ubat-ubatan dan produk kecantikan sanggup wanita beli hanya untuk menurunkan berat badan. Bagi Lisa,kenaikan berat badan bukan menjadi masalah yang besar .

Beberapa minggu lepas, Lisa gigih berusaha menaikkan berat badan .Yelah, selepas sakit aritu, berat Lisa turun secara drastis. Haa..maka dengan gigihnya Lisa naikkan berat badan,dan akhirnya.. dapatlah naik dari 40kg ke 46kg. Naik 6Kg ! Haha dengan ketinggianku yang comel-comel sahaja ni maka 46 termasuk dalam kategori gemuk dah. Kena turunkan berat ni !

Lisa mulalah dengan petua nenek moyang ,atok dari beberatus abad keturunan masa silam. Amboiii hahaha . RAHSIA TURUNKAN BERAT DENGAN MUDAH kini bukan menjadi rahsia lagi .Ayat macam iklan semacam je ,krik krik.
 Petua-petua itu ialah :

1. Jangan lupa sarapan.
 Jangan makan-makanan berkalori tinggi pulak. Makan yang heavy food ya ,
2. Kurangkan porsi makan tengah hari
Makan 1/2 dari kebiasaan.
3. Kalau kalian suka makan ayam atau daging , dan susah untuk tinggalkan. Maka cubalah makan ayam yang direbus . Bukan digoreng atau berkaitan dengan minyak dan juga santan.
4. Perbanyak minum air masak
Lisa mengamalkan 2 botol besar air mineral setiap 1 hari. Air ini bagus untuk metabolisme badan.
5. Tidur awal
Tahukan anda , bahwa tidur lewat boleh menyebabkan kegemukan .
6.Perbanyak makan sayur dan buah .
7. Jadualkan makan malam sebelum pukul 7 malam.
8. Senaman secukupnya .

Lisa dah cuba, dan hasilnya berat badan turun 3kg dalam masa 1 minggu. Tak percaya ? ini buktinya , gambar di instagram yang menunjukkan berat badan satu minggu lepas dan gambar yang Lisa ambil ketika timbang berat semalam.

Sebab kenapa Saya tidak mengkonsumsi atau memakan ubat diet? , Sebab saya sayang ginjal saya dan saya lebih suka mengamalkan pemakanan yang sehat. Ianya akan kekal untuk tubuh , tidak perlu risau kesan sampingan yang mungkin akan memakan ribuan bahkan puluhan ribu untuk kos pengubatan .

Jadi , selamat mencoba dan selamat mengamalkan.

Jatuh Hati Dengan Ephyra

 Jatuh Hati Dengan Ephyra | Ephyra , Selama ini mawar selalu nampak ramai kawan-kawan minum Ephyra. Apa kelebihan Ephyra pun mawar tak tahu. Dan dari rasa ingin tahu itu maka mawar mula lah usha usha mengenai produk Ephyra ni.

Premium Pack rm197, terdapat 30 paket didalam nya. Dapat Free Ephyra Skin Bar , sebab memang ada promosi untuk Disember ini. Kalau nak tau Ephyra Skin Bar , Baca DISINI . Mula-mula fikir mesti Ephyra rasa tawar, tak pun rasa susu yang memuakkan. TAPI...ternyata mawar salah. Minum Ephyra seperti minum vit. C ,rasa orange. 

150ml setiap pagi atau malam sebelum tidur. Mula dah ada perubahan , dah seminggu minum Ephyra ni ,ramai pula orang tegur. Mereka cakap wajah nampak lain ,lain macam mana pun mawar tak tau rasa macam sama ja. Yang mawar tau sekarang memang wajah mawar takdak sindrom naik jerawat seperti biasa kalau tiba masa nak datang bulan. Siapa yang yak nak cantik luar dalam dan slim! Hoho..Dah betul jatuh hati dah, menyesal  rasa sebab kenapalah tak minum Ephyra dari dulu. Nak cantik luar dalam
Selamat mencuba Ephyra ! 


Ramai Orang Tegur Aku Dah !

Ramai Orang Tegur Aku Dah ! | Alkisahnya Lisa hari ini lambat balik kerja sebab kekurangan staff. Dan berjumpalah Lisa dengan customer lama, dia cakap " lama tak nampak awak, eh makin lawa je . Pakai produk apa ? " Aik.. yaka , rasa macam sama je dulu dan sekarang .Bukan nak angkat bakul sendiri ke hape tapi memang dah beberapa hari ni ramai pulak orang tegur.

  Gambar diatas ialah gambar original diambil dari enset sony ku. Ha.. no edit okayh. Tak percaya ? sila zoom la gambar itu, kalau pecah dan berpetak-petak maknanya Lisa guna camera 360 or edit gambar. Nak tau apa sebenar rahsia Lisa ke? Meh baca DISINI

Rahsia lain akan saya kongsikan 1minggu dari sekarang. Cantik tanpa operate, tanpa ubat-ubatan. Kulit normal cantik semula jadi. Saya sudah, anda bila lagi?

Hilangkan Parut Jerawat Dan Naikkan Seri Wajah

Hilangkan Parut Jerawat Dan Naikkan Seri Wajah Pengantin | Bagi kalian anak gadis yang bakal melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi , Lisa ingin mengkongsikan tips atau petua untuk menaikkan seri wajah pengantin kalian, tak perlu mahal dan tak susah. Wah.. macam best je kan ,kaum hawa dengan kecantikan tak akan terpisahkan. Hehe..
Ada photographer bagitahu , walau cantik macam mana pon MUA tu solek wajah kita,kalau muka kita kering, berjeragat, photographer still tak boleh edit untuk buat muka kita nampak flawless.
 Berikut petua-petua yang Lisa ingin kongsi kan :


4 BULAN SEBELUM MAJLIS  PERNIKAHAN

Bahan yang diperlukan :
* 1@2 Buah tomato , Hiris tipis-tipis
* 1 sudu Gula
* 1 sudu madu

Caranya :
:  Lumatkan tomato dan campur dengan semua bahan sampai melekit. Sapu pada muka dan Biarkan kering . Selepas kering, basuh dan bilas. Lakukan setiap malam sebelum tidur .

Tomato : berfungsi untuk agen antioksida yang mampu membuat muka kita nampak awet muda dan macam Lisa (*ehh _ perasan ) dan hilangkan parut jerawat .
Gula : natural exfoliator , yang mampu berfungsi untuk menanggalkan semua kotoran pada muka. Dan  tak akan buat liang tersumbat dan akan balance muka kita berminyak especially utk combination skin.
Madu : berfungsi untuk menghaluskan kulit.

Kalau tak mampu buat setiap malam ,boleh amalkan 3 atau 4 kali seminggu. Dan 1 bulan sekali lakukan facial muka di mana-mana spa yang kalian rasa sesuai dengan Baget poket kalian.

2 MINGGU SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN 

Time ni kalian dah boleh stop lakukan cara-cara diatas, dan mula start a new beauty regime . Letak Mask kat muka , agar muka kalian jadi lembab tak kering . Lepas tu guna Brightening Mask , seminggu sekali cukup la.. nanti kalau kalian guna setiap malam.. Kulit kalian berubah mengelupas dan kering. Hohoho mesti tak nak kan. Mask ni kalian boleh guna  jenama yang sesuai dengan kulit kalian. Dengan ini nanti wajah kalian akan mula naik Seri 

2 HARI SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN 

Malam sebelum tidur, cuci muka seperti biasa . Kemudian bilas dengan air batu. Kenapa ? untuk bantu liang muka mengecil dan membantu aliran darah mengalir diwajah. Kalau rajin , rendam tuala dalam air batu dan tutup wajah kalian , biarkan selama 15minute. Jangan lama-lama.. nanti tidur tak bangun pulak. hehe

THE MORNING OF THE DAY 
Bilas muka dengan air batu satu jam sebelum disolek , ini berguna untuk segarkan wajah dan juga kejutkan muka kalian sebab mamai. Pasti nerves malam sampai susah nak tidur kan ?

Oh lupa,, kalau susah nak tidur , kalian buatlah solat sunat 2 rakaat. Insyaallah tidurpon lelap dan keesokan harinya ketika bersanding nampak tenang , ayu, dan sopan gitu.

Usaha ya sayang .. U Can DO IT  .




Petua Istri Sentiasa Cantik

Petua Istri Sentiasa Cantik | walaupon Cik Lisa masih berstatus single atau belum berkahwin tapi tak salah rasanya kalau amalkan petua sentiasa cantik ini .Hehehe..
Caranya
1. Jangan Lambat Tidur 
2.Makan banyak sayur 
3.Luangkan masa untuk exercise 1jam sehari. 
4.Perbanyak vitamin dan protein.
5.Perbanyak minum air masak. 
Dan yang terakhir..
6. Selepas isyak ambil segelas air .. 
-Baca Alfatihah 1kali
-Ayat kursi 1kali 
-Surah Al-waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
selepas membaca kesemua tu tiupkan dan minum. 

Selamat mencoba :) 

Tampil Cantik Dan Putih Hanya dengan 3Minute

Tampil cantik hanya dengan 3minute sahaja | Morning .. Lisa ingin share satu rahsia lagi untuk kaum hawa yang ingin nampak gojes,cantik , dan flawess hanya dengan 3minute sahaja ! Eh.. betul ke? Betul lah. Lisa menggunakan "Chriszen Moist Cake " memang tercipta untuk kaum hawa yang tak mempunyai banyak masa didepan meja rias sebelum pergi kerja. 
Chriszen two way cake.. perpaduan foundation +L-Glutathione (mencerahkan).Selain itu juga mengandungi + Pelindung UV (SPF50/PA+++)
+ Kolagen (Menghaluskan)
+ Pelembap (Melembapkan) sesuai untuk cuaca dan kulit kaum hawa serta kulit yang sensitif.  


Caranya senang je: 
●Pakai ampoule ke seluruh muka(2 titik).
●Rub and mix Chriszen Moist Cake tu supaya mendapat warna foundation yang CONTRAST.
●Tunggu sebentar supaya ampoule dan moist cake tu absorb ke dalam kulit anda.
●Muka u all's dah bertukar menjadi muka  NATURAL +putih!

TIPS: Rub and mix lebih L-Glutathione(putih) supaya membolehkan muka anda jadi putih dengan sepanjang masa tapi bukan sebentar saja!



Tips Mudah Cara Atasi Jerawat

 Tips Mudah  Cara Atasi Jerawat | Kalian yang mempunyai jerawat mesti pening cari banyak cara dan ubat untuk atasi jerawat tapi tak hilang-hilang jugak .  Betul tak ? Hari ni Lisa nak bagi tau kat kalian tips atasi jerawat yang memang Lisa selalu amalkan bila ada jerawat comel datang singgah ke muka yang baby face ni .Err..mohon jangan muntah ! haha

-Spirit 
Boleh diperolehi di Farmasi terdekat . Tak mahal , hanya rm10 sahaja untuk saiz botol besar.Ambil kapas , basahkan sedikit dengan spirit ,sapu ditempat yang ada jerawat. Mula-mula kalian akan terasa pedih ,sebab jerawat tu . Nanti lama-lama ok dah .

-Methylated Spirit
Sejenis spirit juga, mengandungi alkohol 95% . Kegunaan hanya untuk luar sahaja. Biasa digunakan untuk cuci luka luar. Sapu dengan kapas sahaja. senang bukan ?harga pon murah je rm6.75





-BD alcohol swap
Yang ni senang je , macam sejenis tissue basah. Koyak bagian tepi, kemudian sapu di jerawat itu. Harga murah je rm1.45 ,untuk 10pcs dalam satu packet.

Kalian boleh guna cara ini ketika ada jerawat , kalau tak da jerawat takyah menggedik nak pakai. Nanti kulit u all's kering . Sehari sampai 2 hari guna memang dah kering dah jerawat. Bergantung dengan jerawat kalian itu macam mana. Sapu ketika malam sebelum tidur.

Dah itu sahaja tips dari saya , selamat mencuba !


Tips Penawar Demam | Sarang Burung

Tips penawar demam dengan Sarang Burung | Demam, semua orang pasti pernah mengalaminya . Apalagi sekarang musim perubahan cuaca yang tidak menentu mengakibatkan daya tahan tubuh pun terjejas . Demam ada yang jenis demam biasa dan juga ada demam yang mengaibatkan sawan.

Rumah Impian | Hari ke 24

Kalau ditanya soal Rumah Impian , pasti ramai orang inginkan rumah yang besar, bersih , macam kondo .
Bertingkat ,exclusive, menenangkan , dan yang pasti milik sendiri bukan sewa .Betul tak?
.
Saya nak rumah yang terbuat dari Kayu tapi nampak Exclusive dan Cantik .

http://www.desainruangminimalis.com/wp-content/uploads/2014/04/Screenshot_33.jpg 
.
Nampak sejuk mendamaikan , Cuba kalau tengah penat balik rumah yang macam ini. Perpaduan warna coklat dan tumbuhan yang hijau nampak seperti natural dan menyejukkan .

http://www.desainruangminimalis.com/wp-content/uploads/2014/04/Screenshot_22.jpg 
.
Ruang tamu yang macam ni ,selesa . Bersantai bersama keluarga 

 http://www.desainruangminimalis.com/wp-content/uploads/2014/04/Screenshot_43.jpg 
.
Bilik yang macam ni.
Sentuhan traditional yang membuat tenang fikiran dan lena tidur .
http://www.desainruangminimalis.com/wp-content/uploads/2014/04/Screenshot_13.jpg 
.
Berhujung minggu di rumah yang macam ni . Perghh.. memang best la kan .
Boleh main air . sejuk dan mendamaikan . 

Rumah macam tu cukup la .
Kalau aku Kaya... inginkan Rumah Idaman seperti di Atas .


Cerita Kasut Saya , Cabaran Hari ke 14

 


|| Cerita Kasut saya ||
Tudiaaaaa.. 
Lawa tak ?
 gojes tak?
 tinggi tak ?

Hahaha.. kasut raya saya yang superrbb dan saya sangat-sangat suka .
 
Yang special mengenai kasut ini : 
-Perpaduan warna yang serasi dan menciptakan warna yang mampu memikat hati saya . Ramai orang cakap kasut JDT (Johor Darul Takzim ) sebab warna kasut ini merah dan biru.
-Saiz  kasut ini 35 atau 4 ,kaki saya memang kecik macam tuannya 
-Ketinggian tumit kasut ni ialah 4.5'' inchi , sebab saya mempunyai ketinggian yang comel-comel sahaja sebab tu saya suka memakai kasut tinggi. Setakat ini tak pernah terjatuh lagi . Walaupon ramai orang yang cakap kasut tumit tinggi mampu membuat kanser, tumit pecah , namun saya ada tips-tips yang saya guna untuk elakkan mencederakan atau memudaratkan kesehatan .
-Tali yang berada di bagian belakang dan dikaitkan dengan bahagian tengah  mampu menopang keseimbangan tubuh ketika berjalan. 
-Harga yang mampu beli ! cuba terka berapa harga yang saya dapat untuk kasut ini ? RM65 sahaja ! WOW , murah kan ? kenapa ? sebab saya beli masa menjelang hari raya . Ada potongan harga dan sales besar-besaran . 50% Discount . Tips untuk dapat kasut gojes , harga mampu milik, kena survey la bila akan ada sales besara-besaran . 
Ini satu dari banyak koleksi kasut-kasut tinggi saya. tapi yang latest ni lah yang memang jatuh cinta !

© all rights reserved
made with by templateszoo