Ad

Showing posts with label Niat. Show all posts
Showing posts with label Niat. Show all posts

Tips Mudah Bangun Sahur


Puasa dah nak hampir kepenghujungnya . Bagaimana dengan puasa korang ? Semoga dipermudahkan urusan ibadah dibulan puasa ini. Biasa permulaan puasa mesti rajin bangun pagi , kalau dah dekat akhir-akhir ramadhan ni bukan main liat nak bangun sahur. Betul tak ? eleeh... bukan korang je ,, Lisa pun macam tu . Dah banyak kali terlepas sahur . Haih... tidur mati betul . Sampaila Lisa amalkan petua untuk mudah bangun sahur . 

Tips Cara Mudah Bangun Sahur 


Berikut beberapa tips yang mungkin korang boleh cuba untuk mudah bangun sahur .


1. Kunci alarm dan letakan jauh-jauh


Jika korang nak kunci alarm , pastikan letakkan jauh dari tangan korang. Bukan apa , nanti susah nak stop jadi nak taknak kena bangun tuk matikan alarm tu. Yes... Lisa dah kunci alarm sebanyak 4 kali . Dari 4.30 pagi , 4.45 pagi , 4.55 pagi , dan last pukul 5 pagi . Tapi itu la , Lisa ni jenis tidur mati .. boleh lak tak sedar untuk bangun sahur . Bangun-bangun dah azan subuh.  Memang la kuat puasa , aduhhh.. melepas pahala sahur ruginya  .

2. Minta bantuan orang rumah

Ni kalau duduk dengan keluarga , boleh la minta family yang lain untuk tolong kejutkan sahur. Kalau duduk rumah sewa atau bilik sewa nak tak nak kena cari jalan lain la . 

3. Jangan makan makanan berat

Mybe ye jugak la kot sebab lisa ritu makan kenyang sangat, jadi terlepas bangun sahur . 
So kalau ye pun makan kenyang kena la joging ke bersenam ke dulu sebelum tidur , tak pun susah sangat korang tawaf je Bazar ramadhan yang jual pakaian tu hahaa. 

4. Tidur lebih awal

Tidur lebih awal , bangun pun jadi lebih awal. Tak de la rasa lemau malas bangun . Boleh cuba ni . 

5 . Niatkan dalam hati

Segala sesuatu yang diniatkan dari dalam hati, akan berjalan dengan baik nantinya. Oleh karena itu korang boleh cuba niat dari dalam hati  untuk bangun pukul sekian, karena dengan niat akan dapat  tolong untuk bangun tepat waktu. 




6. Baca Al-fatihah dan tepuk 3 kali pada bantal .


Yang ni Lisa memang praktik kan sehari-hari . Sebelum tidur , baca surat Al-Fatihah dan kemudian tepuk-tepuk bantal sebanyak 3 kali .  Lepas tu baca niat puasa ramadhan  dan doa sebelum tidur . Menang akan bangun keesokan harinya untuk sahur . Seriously beb.. Lisa buat macam ni , kalau tak .. hmm terlajak bangun aih ...
  
Semoga tips-tips diatas boleh tolong korang untuk bangun sahur tepat waktunya . Selamat mencoba ! 

Niat Puasa Sunat Arafah


Niat Puasa Arafah 9 Zulhijjah || Alhamdulillah masih ditemukan dengan Hari Raya Aidil Adha atau raya Haji atau orang panggil raya Qurban . Dua hari lagi tepatnya 12 September 2016 jatuhnya hari raya Idul Adha di Malaysia . Puasa sunat Arafah biasa dilakukan pada 9 Zulhijjah , dan bertepatan dengan 11 September 2016 iaitu esok .




NIAT PUASA SUNAT ARAFAH 

 " Na-wai-tu shou-ma gha-din min yau-mil 'ar-fa-ta sun-na-tan Lil-Laa-hi ta-'aa-la " 
( " Daku berniat puasa hari arafah , sunat kerana Allah Ta'ala " )



APA ITU PUASA ARAFAH ? 

Dalam Ibadah Haji pelaksanaannya menurut tempat dan ketetapan waktunya, iaitu pada tarikh 9 Zulhijjah semua jemaah haji diwajibkan berwukuf atau berada di Padang Arafah. Dalam ibadah puasa pula waktu pelaksanaannya adalah mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Maka bagi umat Muslim yang tak mengerjakan ibadah haji mempunyai tarikh yang sama 9 Zulhijjah  malah disunnahkan berpuasa walau di mana saja mereka berada.

Semoga bermanfaat. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA :) 

Niat Puasa Enam dan Puasa Ganti Ramadhan


Dah 10 hari masuk bulan Syawal.. aik..tak habis beraya lagi ke tu ? Kalau dah habis keliling rumah open house dan beraya..apakata jom kita puasa Enam bulan Syawal. Ada yang mengatakan boleh di satukan antara puasa 6 syawal dengan puasa ganti .. ada pula yang mengatakan tidak boleh kerjakan serentak . Kalau dikerjakan serentak nanti hilang pahala disalah satu puasa tersebut .

Lafaz Niat Puasa Sunat Enam (6) Syawal 

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala”



Lafaz Niat Puasa Ganti Puasa Ramadhan Dalam Rumi

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhona lillahi taala
Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala



Niat Puasa Asyura

 Niat Puasa Asyura || Puasa Asyura biasanya dilakukan di hari ke 9,10, dan 11 Muharam. Boleh pilih satu samaada 
1) Puasa pada  9 dan 10 Muharram
atau

2) Puasa pada  10 dan 11 Muharram .
Puasa Asyura tahun 2015 jatuh pada tarikh 22,23,dan 24 Oktober 2015 . Selamat berpuasa :) 

Berikut bacaan Niat Puasa Asyura :


 " NAWAITU SAUMA 'ASYURA LILLAHI TA'ALLA "
yang ertiya : "Sahaja aku puasa hari 'Asyura , sunnah kerana ALLAH ta'ala  "
© all rights reserved
made with by templateszoo