Ad

Showing posts with label Sayangku Kapten Mukhriz. Show all posts
Showing posts with label Sayangku Kapten Mukhriz. Show all posts

Episod Akhir Sayangku Kapten Mukhriz


Tak terasa dah masuk ke penghujung episod akhir untuk drama Akasia Sayangku Kapten Mukhriz . Macam mana ..mesti kalian akan rindu dengan pelakon-pelakon ini kan .Jangan lupa tonton episode akhir hari ini 30 Ogos 2016  pukul 6.58 di TV3 . Tinggal beberapa minit sahaja .


Untuk korang yang tak berada di depan TV , boleh tonton secara online di Tonton.com.my atau di Link berikut :
EPISOD AKHIR SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ ONLINE TV3  -LIVE STREAMING 


Tonton episod penuh sayangku kapten mukhriz di www.gengtube.pw

Biodata Feiyna Tajudin

Biodata dan Gambar Feiyna Tajudin - Rabiatul Adawiyah  ||   Haii .. mesti ramai yang nak tahu siapa sebenarnya Rabiatul Adawiyah dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz ni . Ex GF kepada kapten Mukhriz yang terjumpa semula di majlis  reunion UIA  , mau tak cemburu Ariana . Lawa juga ya Rabiatul ni . Ramai yang tertanya biodata Rabiatul Adawiyah atau nama sebenarnya Feiyna Tajudin , tapi sayangnya Lisa belum jumpa.. hehehe takpa.. once dah dapat nanti Lisa update semula dalam entri ni .


Biodata dan Gambar Feiyna Tajudin [ Rabiatul Adawiyah - Sayangku Kapten Mukhriz TV3  ]

Nama : Feiyna Tajudin
Kerjaya :  Actress, TVC Talent , MUA, Emcee
Drama :  Memori Cinta Suraya,Cinta Teruna Kimchi,Menongkah Kasih, Tersuka Tanpa Sengaja.
- Cinta Tangkap Muat @HyppTV116 ,  Sayangku Kapten Mukhriz -Akasia TV3 , LelakiMacamDia AstroRia
Film : Putera Makassar

 * Instagram :
*FansPage :


Feiyna Tajudin 




pelakon Rabiatul Adawiyah Sayangku Kapten Mukhriz 









Aik.. tak kan skodeng je ? 
jangan lupa follow IG dan Fanspage Feiyna ya.. 
dan jangan lupa share entri ni . 
Sayang korang.. =P

Biodata Niena Baharun

Biodata Niena Baharun , Dr Ariana Dahlia , Sayangku Kapten Mukhriz TV 3 || Ramai juga yang tonton drama TV3 yang bertajuk Sayangku Kapten Mukhriz . Walaupun Hero dan Heroin baru , tapi tak sangka ramai peminat . Sempat beberapa kali jadi carian pertama di twitter . Yala.. nak tau drama apa yang meletop.. tengok je hastag di Twitter . Biodata Raja Afiq ,, Lisa pun telah kongsi kan di entri sebelum ini. Kali ini pula Lisa akan tulis Biodata  Niena Baharun Heroin dalam Sayangku Kapten Mukhriz , sebagai Dr. Ariana Dahlia. Sebenarnya bukan kali pertama Niena berlakon.. patutlah macam pernah nampak je kan.


Biodata Niena Baharun 

Nama Komersial: Niena Baharun

Nama Penuh: Amaniena Baharun

Tarikh Lahir: 14/4/1993  

Umur: 23 Tahun (2016)

Pendidikan: Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC) dalam jurusan kejuruteraan awam

Asal: Kota Bahru, Kelantan

Kerjaya: Model dan Pelakon 

Drama: Demi Dia (2013), 
Rindu Awak 200% (2014),  
Hati Perempuan (2015), 
Cinta Teruna Kimchi (2016)
 dan Sayangku Kapten Mukhriz (2016)

Laman Sosial:

Facebook
 https://www.facebook.com/NienaBaharun 

Instagram 
 https://instagram.com/nienabaharun 


Gambar Niena Baharun 





Biodata Raja Afiq

Raja Afiq , Gambar Sumber Google 
Biodata Raja Afiq || Pelakon baru Raja Afiq sekarang berlakon memegang watak sebagai Kapten Ustaz Muhkriz ni menjadi Hero dalam drama Akasia di TV 3  ,  Sayangku Kapten Mukhriz .. Oh rupanya sebelum ni dia pernah berlakon dalam Hello MR Perfect , baru dua drama ni je kot rasanya dia berlakon. Sebab tu ramai yang tak berapa kenal..termasuklah Lisa ..hehehe..  

Nah untuk kalian yang nak tahu lebih detail lagi biodata penuh Raja Afiq ni ..baca bawah ini. 

Nama penuh : Raja Muhammad Afiq bin R. Razali

Nama glamour : Raja Afiq

Asal : Kuala Lumpur

Tarikh Lahir : 19 Ogos 1994

Umur : 22 tahun (2016)

Bakat  mula menyerlah selepas  melalui ujibakat DFKL (Drama Festival Kuala Lumpur) 2014

Drama : Hello Mr. Perfect , Sayangku Kapten Mukhriz (2016)

Laman Sosial :
Instagram : www.instagram.com/raja_afiqq



Senarai Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz

 Senarai Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz TV3 || Rasanya cepat pula drama Seindah Takdir Cinta berakhir.. hehe sapa yang tengok dari awal ? Kali ini digantikan pula dengan drama Sayangku Kapten Mukhriz . gandingan baru Raja Afiq dan Niena Baharun sebagai pelakon utama .Lisa tak berapa kenal sangat hero dan heroin ni ,.. tapi cubalah tengok mana tahu best kan . Cerita seorang doktor dengan seorang kapten Tentara.drama adaptasi dari  novel Anugerah Terindah karya Sophilea . 


Barisan Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz  



PELAKONWATAK
Raja Afiq Kapten Ustaz Mukhriz
Amaniena Baharun Dr Arianna Dahlia
Ikhlas Jalil Kapten Ustaz Fauzan
Hafizul Kamal Zakuan
Neera Azizi Dr Anisa
Reen Rahim Siti Awina
Fezrul Khan Leftenan Komander Izzudin
Ieka Zulkifli Marlia
Hafizuddin Fazil Tuan Razlan
Khaty Azian Puan Sharifah Radziah
Noniswara Puan Zarina
Nurul Iliyana Mirza
Alif Hadi Syamsul Baharin
Nur Sarah Alisha Puteri
Feiyna Tajudin Rabiatul Adawiyah
Azzahra Ahmad Harlina
Mohd Fadhil Kapten Fadzhil
Tash Yong Amrina
Aliff Aziz Dr Faizal
Iskandar Zulkarnain Syamsul Bahrin
Alex Faizal Syamsudin


JUDUL : SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ
EPISOD : 23 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Julai 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Sophilea
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Raja Afiq, Niena Baharun, Ikhlas Jalil, Hafizul Kamal, Neera Azizi, Reen Rahim, Fezrul Khan, Ieka Zulkifli, Hafizuddin Fazil, Khaty Azian, Noniswara, Nurul Iliyana, Alif Hadi, Nur Sarah Alisha, Feiyna Tajudin , Azzahra Ahmad, Mohd Fadhil, Tash Yong, Aliff Aziz, Iskandar Zulkarnain, Alex Faizal


Lagu : Anugerah Terindah
Penyanyi : Black Hanifah
 dan  juga "Kali ini  "  yang dinyanyikan oleh CHerpen Band .


Sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz : 

Berkisarkan tentang kehidupan Kapten Ustaz Syed Mukhriz Al-Attas, pegawai KAGAT yang berkhidmat di situ, seorang lulusan UIA dan berasal dari Perlis. Mukhriz menjadi tumpuan warga kem kerana kisah hubungannya dengan Kapten Aliza yang menjadi perhatian. Kapten Aliza Adeline, keturunan cina jatuh cinta pada Mukhriz. Malah, ramai yang suka mereka bersama sebab merasakan mereka pasangan yang sepadan. Namun, keputusan Mukhriz untuk menolak cinta Kapten Aliza membuatkan wanita itu kecewa dan minta ditukarkan ke Kelantan. Gamat seketika suasana. Ramai yang simpati pada Kapten Aliza kerana tahu Kpten Aliza sedang mendalami Islam dan perlukan pembimbing. Namun Mukhriz bimbang jika Aliza mahu memeluk Islam kerana mahu berkawin dan bukan kerana sinar Islam itu sendiri. Dan Mukhriz juga mengalah kerana dia tahu Fakhrie begitu sukakan Aliza dan berdoa agar suatu masa nanti mereka akan bertemu jodoh.

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.

Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz


Lirik Anugerah Terindah Ost Sayangku Kapten Mukriz


Slot Akasia TV3 Akan datang iaitu drama " Sayangku Kapten Mukhriz " adaptasi dari novel karya Sophilea. Drama ini terbitan Creative Skill Solutions. Skrip Nieza Nahar, lakonan oleh Raja Afiq DFKL dan Niena Baharun sebagai hero dan heroin. Lagu untuk drama ini dibawakan oleh Black ... teringat dulu pernah jumpa depan mata dan sempat bergambar dengan Black ..hihihi... dia baik wooo... peramah  ... ok back to entri .. Lagu Anugerah Terindah dipilih untuk dijadikan OST Sayangku Kapten Mukhriz . Best juga lagu ini.. jom dengar ;-) 


LIRIK LAGU ANUGERAH TERINDAH - BLACK OST Sayangku Kapten Mukriz

Saat terlihatmu ada sesuatu
Yang pernah ku merasakan waktu dulu
Ingin ku berlari sendiri dan sepi
Cuba tuk sembunyi rasa ini
Namun hati menguasai diri

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku
Anugerah yang terindah

Kerap ku berdoa agar cinta kita
Takkan pernah pudar hingga hujung nyawa
Dengarlah kasihku janjiku padamu
Takkan ada cela cinta lain
Hanya kamu yang ku mahu selalu

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku
Anugerah yang terindah

Dan tak akan ada daya
Untukku mengabaikan cintamu
Kerana ku tahu kasihku
Telah tercipta dari pandangan pertama

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku
Anugerah yang terindah
Yang terindah


© all rights reserved
made with by templateszoo