Ad

Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Sedekah Kurma di Bazar Ramadhan pun Kena Halau ?

Semalam viral or tular di media sosial , video kekecohan menghalau parti pembangkang yang nak agihkan sumbangan sedekah kurma di bazar ramadhan Kluang dalam pukul 7 . Tempat aku la tu , tapi biasa pergi pasar ramadhan pukul 5.30 jadi tak tahu menahu ada pergaduhan ini , sampai la video tu tular di facebook. Bagi aku la ye ,, tak sepatutnya pakcik baju merah halau orang nak sedekah sampai macam tu sekali , memaki-maki , tolak orang , sampai pukul orang yang bagi sedekah kurma tu . Ya pun dari parti berlainan , kalau nak halau pi la cakap elok-elok ... wat malu orang islam je . Time puasa pulak tu .. ,puasa bukan tahan makan minum je , tapi marah dan perilaku tu kena jaga gak . Nabi tak ajar macam ni tau ( eh terceramah pulak )

Sedekah Kurma di Bazar Ramadhan Kluang pun kena ada halau ke ? 

Aku bukan menyokong kedua pihak parti merah dan parti Dap tu , tapi iyelah , orang nk bagi sedekah kurma ... biarla mereka bagi . Ada orang komen " kalau bagi sedekah kurma tu nanti kacau peniaga kat situ " bagi kurma 5 biji je pun , nak kacau niaga apanya , tk kan rugi kot ..lagi pun timing dah nak buka puasa  .  Ada je orang susah yang tak beli kurma untuk berbuka , kena ingat juga tu .


Video Kena Halau ketika memberikan sumbangan sedekah kurma di bazar ramadhan Kluang

" Kalau iklas , tak perlu letak gambar parti di tuperware tu ."

Lah sebelum ni ada orang bagi bubur lambuk pun dia bagitau dari mana , dari company mana .. kalau kat masjid pun orang agih bubur lambuk mesti ada sticker dari masjib bla bla bla. Sebab dia DAP pastu tak boleh masuk ke ? tak leh terima ke ? Yang korang makan kat kedai mamak ingat semua yang kerja tu islam ke ?

Takut sangat dengan yahudi dan parti pembangkang ?.. aiyoyo .. kalau takut yahudi.. tkyah main facebook sebab itupun yahudi yang buat .

Dengar cerita yang pakcik baju merah dan orang yang mengaku seorang "imam" tu dah ditahan polis sebab menumbuk dan menimbulkan kekecohan dan provokasi di Bazar Ramadan Bandar Kluang, petang semalam . 

Pasal lelaki yang mengaku imam  tu pun satu hal , rasanya 2014 ditempat yang sama gak , orang tu halau juga parti pembangkang yang nak sedekahkan kurma .

Yang packing tu bukan islam
Hmm... dah tu yang korang makan kat kedai mamak tu ingat islam ke semua pekerja diorang ? Yang korang makan kat pizza hut tu ingat semua yang makan tu islam , bercampur gak pinggan mangkuk dengan orang bukan islam ? . grrrr...
Aku taknak komen banyak la,,, just part maki-maki tu je i rasa tindakan tak patut . kalau nak halau kalau tak suka , boleh cakap elok-elok . Gitu...

Isu Penukaran Kad ATM Maybank

Betul Ke Kad Maybank Perlu Tukar Sebelum 31 Julai 2016 ?|| Beberapa hari ini ramai kawan yang guna kad ATM dan kad Debit dapat message Maybank yang isinya suruh mereka tukar ke kad baru selambatnya 31 Julai 2016 ini. Masalahnya betul ke ?  Message yang lebih kurang berbunyi:

"RM0.00 MBB: SILA TUKAR KAD DEBIT ANDA KEPADA KAD BAHARU BERCIRI PIN SECARA PERCUMA DI CAWANGAN MAYBANK BERHAMPIRAN ANDA HARI INI. TERIMA KASIH."

Untuk kepastian , Lisa tanya le kat abang Lisa yang kerja Maybank tu . Dia cakap message 31 Julai 2016 tu hanya untuk staff Maybank sahaja , sedangkan untuk customer Maybank.. penukaran kad baru boleh dilakukan sampai hujung tahun ini 31 Disember 2016 .
Tukar kad yang ada logo payWave atau DEBIT , rujuk gambar . 


Dan pihak Maybank pun dah memuat naik kenyataan petang tadi mengenai isu tukar kad tu . 

Dear Maybank Customers,
It has come to our attention that there have been SMSes, emails, FB postings, and WhatsApp messages being circulated regarding the requirement to replace your Maybank Debit cards by 31 July 2016 and that a fee of RM12 will be applicable for replacements made after 31 July 2016.
Please be informed that this message was not sent or authorised by Maybank. If you receive such a message, please ignore it. We request all customers to refer to our website at http://mybk.co/xfkv for more details on card replacements and http://www.maybank.com.my for latest information on all of our products and services.
We would also like to clarify that all Maybank ATM/Debit Cards will have to be changed to the new enhanced PIN-enabled MyDebit Card now. There is no cost involved for the replacement. If you have not already done so, please change your card immediately at any Maybank branch so that you can continue enjoying the convenience of the Maybank ATM/Debit card.
Thank you.



Perlu atau tak tukar kad ATM atau Debit Card ke kad yang baru ? 

Jawapan : Perlu , kad ATM yang lama yang tiada logo Debit  atau myDebit perlu tukar ke kad yang baru  dan tempoh penukaran kad tu sampai hujung tahun ini 31 Disember 2016 bukan 31 Julai 2016

Selepas ini kad debit akan ada logo payWave (rujuk gambar diatas ) ..

payWave ni mudahkan kita buat bayaran hanya dengan melayangkan microtag payWave tanpa  sentuhan bagi membolehkan pelanggan menikmati kemudahan yang lebih baik dan pantas untuk membuat transaksi setiap kali membuat pembayaran. ala.. macam tuch n go tu .. jadi kalau korang nak guna kad ni .. tak perlu sign lagi dah . just masukkan pin sahaja. Nak tahu detail lagi..boleh tanya staff Maybank ye .. 

contohnya :  perniagaan yang menyediakan kemudahan terminal Visa payWave ketika ini termasuk Krispy Kreme, Radio Shack, Aeon, Aeon Big, TGV Cinema, KLIA express, Sogo dan Coffee Bean.


Kesimpulan Lisa : Ya memang perlu tukar kad ATM atau debit kepada kad yang baru , dan untuk tempoh penukaran pula sampai 31 Disember 2016. Kalau kalian tukar sekarang ..mesti bank cakap tak perlu tukar.Dan kemungkinan besar kena tunggu sebab ramai orang nak tukar atau kehabisan kad.


UPDATE 27/9/2016: 


Baru-baru ni dapat sms viral di group whatsapp yang mengatakan penukaran kad maybank kena dibuat sebelum Oktober ni , kalau tak nanti akan dikenakan cas yang boleh tahan banyak le juga. Lisa dah double konfirm dengan pekerja bank , message berantai yang tersebar di whatsapp tu PALSU ! Lisa memang dah agak dah dari awal , sebab entri sebelum ni Lisa dah bagitau yang penukaran kad bank untuk Maybank ni sampai hujung tahun ni dan cas pun tak sampai la RM 200.00 , mengarut betul.. huh.   Ayat yang viral tu lebih kurang macam ni lah


Friendly reminder...for those customers who had not yet to change new ATM cards after 30/09/16, B.Islam will charge RM21/-,BSN RM60/-, Maybank RM200/, whilst CIMB is silent but existing cards will b invalid effective 01/01/17 .Bank Islam opened until 7 pm(Mnday to Thursday, n open until 1.30pm on Sturday ..at any branch u can do it...hurry up.

PAUTAN : CARA TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE PERCUMA 


Untuk korang yang dah bosan dengan gambar cerry pada kad MAYBANK.. try design kad korang dengan gambar sendiri . Baca seterusnya di :  Cara Buat Kad Maybank Dengan Gambar Sendiri 


Cara tukar kad ATM bank  BSN dan CIMB : Pergi cawangan bank terdekat, bawa IC dan Buku bank untuk jaga-jaga . 

© all rights reserved
made with by templateszoo