Ad

Showing posts with label makeup. Show all posts
Showing posts with label makeup. Show all posts

EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Menanggalkan Solekan

EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Menanggalkan Solekan

Assalamualaikum ! Lisa suka makeup tapi malas nak tanggalkan solekan tu . Sebab tu mesti korang jarang tengok Lisa makeup kan? Ada yang cakap , Lisa ni Makeup tak makeup sama je rupa ,  ke sebab tak reti makeup la kot.. hehehe ! Lisa cuba Eversoft Skinz Micellar Cleansing Water ni best pula pakai , menanggalkan solekan lebih mesra kulit ,  tak pedih , makeup cepat tanggal pon ye juga . Perlu diingat ye , walaupun light makeup , bersihkan muka tu wajib ya agar kulit tak tersumbat dengan kotoran sisa makeup ,  lebih lagi kalau sebelum solat. 


Proses menanggalkan solekan kini lebih mesra kulit dengan 100% Ekstrak Tumbuhan Organik, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water

Kosmetik merupakan salah satu elemen daya tarikan seorang wanita. Solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. Sudah menjadi trend bagi kebanyakan pengguna terutamanya wanita dan gadis untuk menggunakan kosmetik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan perlindung kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering.

Sebagai jenama yang dipercayai lebih 20 tahun, EVERSOFT memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% ekstrak tumbuhan organik dan menggunakan teknologi Jepun. EVERSOFT™ kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah.


EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water

Diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembap dengan ekstrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas. Bahan-bahan semulajadi yang lembut dan ternyata semulajadi ini dapat menyegarkan kulit wajah, kekal hidrasi dan tidak memedihkan mata. Memandangkan hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit tidak kira jenis kulit anda, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini bebas daripada paraben, SLES/ SLS, propylene, glycol, phthalates, wangian, alcohol, minyak mineral, dan pewarna, menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. 



3 variasi, rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water

Terdapat dalam 3 variasi, rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water mempunyai variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit.

EVERSOFT™ AVOCADO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT NORMAL 

Jika anda dikurniakan kulit wajah normal yang tidak terlalu berminyak, anda boleh memilih apa sahaja variasi air micellar yang anda gemari. Namun, EVERSOFT™ telah mencipta formulasi khas yang akan membantu mengekalkan keseimbangan kulit anda. EVERSOFT™ Avocado Micellar Cleansing Water dapat menyuburkan serta meremajakan wajah anda kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal terhidrat. Ekstrak Avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E bermanfaat untuk melawan radikal bebas, pencemaran, serta mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah.

EVERSOFT™ TOMATO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT KERING

Jika anda mengalami kulit kering, anda mestilah mengelakkan pembersih yang akan mengeringkan kulit anda. Namun dengan EVERSOFT™ Tomato Micellar Cleansing Water anda tidak perlu lagi bimbang kerana ia bebas dari astringen dan alkohol. Ekstrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. 100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah dengan perlindungan sinaran matahari semulajadi. Diperkaya dengan manfaat pati minyak zaitun, iaitu anti-oksidan yang kuat dapat mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit yang membantu memperbaiki keadaan kulit sambil memberikan lembapan pada kulit.

EVERSOFT™ GRAPEFRUIT MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT

Jika anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, anda boleh berasa yakin dengan manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Grapefruit Micellar Cleansing Water. Ia dirumus khas untuk mengurangkan minyak yang berlebihan, serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ia juga menggalakkan penghasilan kulit sihat dengan mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat.





EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water dengan 100% ekstrak tumbuhan organik sangat sesuai digunakan tidak kira di rumah, atau jika anda merancang untuk menggunakannya semasa bercuti. Malah anda juga boleh membawanya ke gimnasium untuk membersih dengan segera selepas bersenam. Setiap cucian memberikan anda manfaat nutrient untuk kulit yang bersih dan sihat.

Rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini amat berpatutan serta dapat memberikan hasil yang menakjubkan! Ia boleh didapati pada harga RM25.90 (Semenanjung)/ RM27.20 (Sabah & Sarawak)* dalam botol bersaiz 300 ml di semua pasaraya besar, pasar raya hyper, dan farmasi di seluruh negara.
*Harga termasuk 6% SST.


Review Lisa

Kali pertama Lisa gunakan EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water  , lebih cepat tanggalkan makeup , tak pedih dimata , no peraben ( wajib ) , hargapun valueable. Lepas ni jadi lebih rajin nak tanggalkan makeup la , biasanya terus cuci muka je .. ( nampak benar pemalasnya hahaha ) . EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water  recomended guys.. korang boleh cuba kayh dan try la :D 

Simple Makeup With Althea's Exlusive Makeup Box

Simple Makeup With Althea's Exlusive Makeup Box


Assalamualaikum guys ! Mungkin ini jadi kali pertama untuk Lisa share tentang makeup , kebanyakan sebelum ini hanya menulis tentang skincare  . So this artikel kali ni akan jadi cerita spesial laa... lebih spesial lagi sebab Lisa akan buat simple makeup dengan Althea's Exclusive Makeup BOX .woahh teruja pula dap dip dup ,,, !!

ALTHEA EXCLUSIVE MAKEUP BOX

Setiap kali Althea Box sampai mesti buat hati tak sabar ingin tahu apa yang ada didalamnya , so let's open it ! Isi dalam Althea's Exclusive Makeup Box ialah .... jeng jeng jeng !
-Concealers @ 4 shades
- Lip Tints @ 4 shades
- Eye Glitters @ 2 shades
- Bunga Citra Lestari X Althea Eyeshadow Palette (celebrity collaboration) @ 8 shades
- Spot Gel to cover acne/spots before makeup!

Nampak tak betapa banyaknya barang makeup dalam tu , Dan yeahh i suka semuanya ! since kenal Althea ni memang tak pernah mengecewakan . Korang boleh baca artikel-artikel sebelum ni yang Lisa kongsikan dalam blog ini ha . So tak nak cakap banyak la... jom kita tengok satu-satu .



EYE PALETTE SUNRISE & MOONRISE BCL X ALTHEA

Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise ni hasil kolaborasi antara Bunga Citra Lestari dengan Althea .  Terdapat 8 shades yang korang boleh mix and match kan sama ada nak nampak gorgeious , feminim , baik malam ataupun siang hari . Malam mestilah bersinar ibarat sunrise dan ketika malam nampak anggun seperti moonrise . Shades dalam eye pallete ni teriri dari glitter , Shiner dan mate . Wah semua dalam satu ni. Menarik ! 


Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL x Althea ( 15.5 g)
Harga : RM140 

Oh ya Bunga Citra Lestari atauBCL lebih mesra dipanggilnya , seorang penyanyi dan pelakon yang memang terkenal lagi bukan hanya di Indonesia bahkan di Asia . BCL juga seorang beauty dan fashion icon yang miliki aura feminim stylo dan mestinya cantik ! Mana tahu la kan lepas applykan Eye Pallete Sunrise & Moonrise ni nampak cantik macam dia . Aummm... terperasan pula . HIhihihihi .

LIP TINTS WATERCOLOUR CREAM TINT .

Untuk bibir , Lisa lebih suka memilih yang jenis lip tints . Sebab kalau kulit cerah macam Lisa , tidak sesuai dengan lip mate ,, nanti nampak pucat . LIP TINTS WATERCOLOUR CREAM TINT ini long lasting tahan lama juga hidratekan bibir kita . Gabungan antara Hyaluronic dan asic boleh mencegah dari bibir kering dan kehlangan kelembapan . Lip Tint ni punyai 4 pilihan warna yang semua memang sesuai la tema sunrise & moonrise   iaitu :
1 Plum Cream : A rich, luxurious plum shade, perfect for a night out
2.Strawberry Cream : A juicy red reminiscent of freshly bitten strawberries
3.Peach Cream : A brightening, fresh coral with pink undertones to suit both warm and cool skin tone
4.Marron Cream : An MLBB shade made from browns and pinks for a chic, everyday look



Semua warna Lipt tint ni favorite Lisa ! Boleh pakai time ada majlis atau time harian untuk berjalan juga time kerja . Warna dia menarik dan menserlahkan aura wajah . Lebih lagi kulit wajah lisa yang cerah ni ala ala korea gitu . Ehh terperasan pula . hahaa.



SKIN RELIEF SPOT FILM GEL (15ML )
Price : RM19 

Skin Relief Spot Film Gel .

Spot gel ini sesuai sangat untuk korang aplykan di jerawat tersebut sebelum mulakan makeup . Kadang rasa spoil juga kalau ada jerawat dekat muka . Nak makeup pun mesti akan ada spoul .Skin Relief Spot Film Gel mengandungi minyak pokok teh untuk merawat jerawat dengan cepat dan berkesan, sementara campuran Centella dan daun pinus mengekstrak kemerahan yang tenang, merawat jerawat semasa anda keluar . Katakan selamat tinggal kepada tompok-tompok jerawat yang sangat mengecewakan dan hello untuk kulit tanpa cacat !


Kelebihan Skin Relief Spot Film Gel . 
- Rawatan tempat jerawat yang kering ke lapisan nipis ke kulit
- Mengandungi minyak pokok teh, centella dan ekstrak daun pinus
- Meninggalkan kulit licin dan terlindungi , sesuai untuk makeup aplication .

Yes the best gel yang korang kena apply sebelum nak mulakan makeup ! Recomended !!



Spotlight Eye Glitter.


Spotlight Eye Glitter , boleh menyerlahkan lagi eyeshadow korang . Senang digunakan sebab dalam bentuk gel , tinggal apply dan kemudian dap dap dengan tangan . Sangat senang diblend dengan eyeshadow yang dah applykan di wajah . Ada dua jenis untuk Spotlight Eye Glitter ni iaitu :
#01 Gold Light
#02 Pink Light

CARA PENGGUNAAN

  1. Apply onto the lids using the applicator
  2. Sapu perlahan-lahan untuk blend dan tunggu selama 3-5 saat untuk kering
  3. Sapukan ke garisan bulu mata bawah untuk solek gaya Aegyosal
  4. Ratakan dengan jari atau putik kapas dan tunggu selama 3-5 saat untuk kering

Korang juga boleh applykan macam pakai Eyeliner tu , lepas tu tunggu kering dan siap ! Hehehe Lisa nak try tapi tak boleh lak sebab nanti taknampak . mata sepet dengan bulu mata panjang .. nti jadinya tenggelam gitu . So Lisa pakai dengan letak pada garisan bawah mata ... ala ala gaya Aegyosal tu har.. . Kelopak mata ada blink blink gitu ..nampak manis dan glamor .



FLAWLESS CREAMY CONCEALER (6G)



Cocealer biasa orang gunakan untuk cover matapanda atau mata lebam bibawah mata jug pigmentasi  . Lisa pula selalunya gunakan concealer untuk kemaskan kening bagi nampak cantik dan tutupi bulu kening yang bersepah gitu .   Formula FLAWLESS CREAMY CONCEALER ini dibuat dengan Aquaxyl yang berfungsi untuk melembapkan dan memperbaiki kesihatan keseluruhan kulit, sementara sifatnya yang tahan lama memastikan ia kekal di wajah sepanjang hari.  Lebih rasa percaya diri sebab makeup tahan lama dan tak perlu nak touch up selalu kan ! <3 Formula pelembab, krim, dan tahan lama yang menghaluskan kulit dengan lapisan lembut, semi-matte  yang tak kan buat nampak bercapuk lepas memakainya . 

FLAWLESS CREAMY CONCEALER hadir dalam 4 pilihan shades iaitu : 

#01 Vanilla (Pink beige #21), 
#02 Ginger (Warm ivory #21), 
#03 Honey (Warm peach #23-#25), 
#04 Mocha (Deeper yellow #30)  

FLAWLESS CREAMY CONCEALER (6G)
Price : RM15.00




Langkah 1  : Lisa apply kan Skin Relief Spot Film gel, bentuk gel untuk sapu dekat jerawat before apply makeup . Then sapu Althea prime water & Althea fixer cream . , juga Petal Velvet Althea Sunaway .  

Langkah 2 : Sapu concealer . Althea Flawless Creamy Concealer ada 4 warna, semua best. Full coverage, Lisa gunakan tuk bawah mata dan bentuk kening , serta kemaskan tulang pipi Lisa gunakan code Vanila untuk kening dan Ginger untuk bawah mata , honey untuk tulang pipi  . . Kening tu on point kan 😉 . 

Langkah ke 3 . Apply kan  Eye Pallate Sunrise & Moonrise kolaborasi Althea dengan Bunga Citra Lestari dengan warna yang best dan ada glitter sekali wak ! Boleh mix and match. Warna yang menawan, mudah nak diblend dan dibentuk. 

Langkah ke 4 : Spotlights eyes glitter, tak reti pakai sangat pakai kt bawah mata je . Nak sapu  sebagai eyeliner tak nampak sebab sepet hahahaha . Tapi kalau korang dekat memang nampak ada blink blink glitter gitu kat mata . 

Langkah 5 : Watercolor Cream tint, dengan pilihan 4 warna yang nampak girls sangat ..hahaa. 
Rasa buah gitu. Lisa suka applykan lipt tink separuh bibir sahaja sebab nampak ala ala korean , dengan mata sepet dan kulit cerah lagi . Kalau apply full bibir nanti nampak tua dan garang hahaha. Pakai macam ni nampak manis manis gituu. 

Ini sahaja perkongsian dari Lisa , korang kena cuba sendiri tau . Makeup Althea memang best digunakan dan juga harga pon afordable weih ... Selamat mencuba . Saranghae !!
Info selebihnya boleh dapatkan diwebsite :
  althea.kr

Jangan lupa follow : 
Instagram @altheakorea
Facebook : @althea


Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream Review


Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream Review 


Actually selama ni Lisa tak pernah pakai CC cream , biasanya pakai alas bedak atau selalu dipanggil foundation . Rutin makeup step-step asas seperti Toner , Moisturizer , Sunscreen dan kemudian alas bedak , tapi problemnya kalau pakai foundation ni rasa berat je dekat muka .  Kawan sugest untuk tukar ke cc cream sebab lebih ringan . Kali ini Lisa nak cuba pakai , S+RECOVER GOLD NANO CC CREAM  from Hansaegee Nature Bagus Untuk Kulit Berminyak di Malaysia. Wahhh rasa teruja pula kali ini .



Hansaegee Nature S+Recover Gold Nano CC Cream

CC cream dari Hansaegee Nature ini atau  dikenal sebagai  Color Control Cream atau Complexion Corrector adalah formula yang lebih ringan dibandingkan krim BB atau alas bedak pada umumnya. Sebagian besar krim CC memiliki tekstur krim lebih lembut yang sangat ringan dan halus. Berfungsi untuk meratakan tona wajah yang tak sekata , baik kekuningan atau kemerahan . Tekstur yang lebih ringan dari pada memakai Foundation. Nah,. Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni juga boleh digunakan sebagai makeup Primer tau . Best kan !


Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream


  • Perlindungan UV Sun SPF30 PA ++
  • Mengimbangi nada kulit secara semulajadi
  • Kurangkan penilaian liang
  • Boleh bertindak sebagai Base Makeup atau Primer Makeup
  • Mencerahkan
  • Mencegah kulit penuaan; Meningkatkan keanjalan kulit
  • Glowing Skin, Smooth Skin
  • Pastikan kelembapan
  • Melegakan masalah kulit


Back to topik awal tadi ,  Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini salah satu produk dari Hansaegee Nature ,  salah satu jenama produk kecantikan yang bertapak di Malaysia sejak tahun 2011 ,dan  mengimport produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi & asal dari Korea. Jangan risau , semua bahan produk tu telah diluluskan secara sah dan selamat digunakan. 


Sungguh ringan di wajah . Tak berminyak dan tak melekit . Rasa gebu



First Pam keluar Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream , korang akan nampak krim tu berwarna putih , dan korang akan nampak krim tadi menunjukkan butiran coklat kecil dalam krim warna putih, . 


Kemudian bermula dari  sapu dan blend dengan jari , ia akan berubah warna  sesuai warna kulit , menjadikan tona wajah sekata secara semula jadi.

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mengandungi 3 Bahan Kandungan Utama iaitu :

  • Mineral Water - yang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan PH kulit dan meningkatkan keanjalan kulit 
  • Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract - berfungsi sebagai anti bakteria dan melegakan masalah kulit 
  • Colloidal Gold - Mencegah penuaan kulit , memblok radiasi infrared dan mempunyai akntioksidan aktiviti yang tinggi 










Warna yang tak putih sangat dan tak gelap sangat , sesuai untuk semua jenis warna kulit wajah . Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini akan meresap dan kemudian bertukar warna sesuai kulit korang agar nampak jadi bersinar dan cerah semula jadi . 


Cara menggunakan -  Sapukan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream dengan tangan / jari  , senang je bukan .. takaperlu gunakan berus atau span .




Awalnya krim warna putih, selepas korang  menyapukan pada  muka secara merata, lama kelamaan warna itu  akan berubah dan menyamakan warna tona kulit korang secara semula jadi,  jadi ia kelihatan cerah secara semulajadi. Tak perlu risau nampak putih sangat atau coklat sangat . 

ahakss.. Lisa pernah dengar kawan pakai cc cream tapi wajah dia nampak lebih kusam atau gelap dari warna kulit wajah asal . Seraaammmm ! 



REVIEW Lisa tentang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Totally i love it ! Review Lisa tentang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream  miliki tekstur yang ringan di wajah , siap ada perlindungan sunscreen  SPF 30 ++ , tak melekit dan tak berminyak . Yang paling penting , produk  ni adalah bebas dari sumber haiwan , paraben - free , sulfate - free , dan alcohol-free .  Lisa pun jenis bukan suka sangat makeup tebal ni , rasa macam pakai topeng je . 
Sangat berguna untuk penggunaan harian yang mudah dan cepat. Sesuai la untuk lisa , kadang lepas solat time kerja ni malas nak tepek terlalu banyak step makeup lagi . Tapi dah namapun kerja menghadap orang , kena makeup juga walaupun light je . Korang boleh juga try tau ! Silap-silap boleh jatuh hati .. auwwchh. 


Semua produk penjagaan kulit Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream HANYA boleh didapati di laman web rasmi di www.hansaegee.com/shop .Tidak dijual dari mana-mana kedai runcit atauonline shop channel . Detail selebihnya ada dibawah ini .  


Hansaegee Nature 





RADIAN ZING + , PEMBERSIH MUKA 3 in 1


RADIAN ZING + , PEMBERSIH MUKA  3 in 1 

Assalamualaikum ! hei hei..  nampak tak gambar diatas tu ha .. mesti korang ingat Radian tu compact powder .. ye dak ? NOPE ... sebenarnya ZING+ RADIAN ni pembersih muka tau , tapi dalam bentuk filem yang diletakkan dalam bekas yang exlusive so nampak macam compact powder. Senang nak bawa pergi mana-mana gitu , jimat ruang nak menyimpan . Iyelah.. biasanya kalau bawa pembersih muka yang bentuk botol tu leceh juga kalau nak bawa travel ataupun ke tempat kerja. 
"RADIAN ZING + adalah filem pembersih muka yang inovatif bertindak sebagai penanggal solekan disamping menjaga kelembapan dan kesihatan kulit "

ZING + RADIAN  , PEMBERSIH MUKA  3 in 1 

Pergi kerja kadang nak solat tu mesti kena tanggalkan makeup dimuka , Lisa lebih suka cuci muka daripada gunakan tissu pembersih makeup tu sebab takut masih ada sisa makeup yang melekat. Tapi itula seperti yang Lisa bagitau tadi , nak bawa pencuci muka tu yang malas sebab dalam bentuk botol leceh nah bawa kehulu kehilir . First time jumpa produk macam RADIAN ZING + ni , filem pembersih muka yang ada kelebihan 3 in 1 iaitu : 
  • Menyegarkan dan menenangkan kulit.
  • Disediakan dalam bentuk yang mudah dibawa kemana-mana 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit . 

Oh ya sebelum terlupa , Radian kotak merah ialah untuk wanita dan radian kotak hitam untuk lelaki . 
Tetapi , dua-dua boleh digunakan baik lelaki dan wanita hanya bezanya ada bauan dan tak je . 


" Radian Male = Black (No Scent)
Radian Female = Red (Rose Scent)"

Dirumus dari bahan alam , untuk kesihatan semula jadi . 

Ramai pengguna sekarang yang memilih produk lebih kepada bahan alam , Lisa pun salah satunya . Sehabis mungkin elakan dari ambik chemical yang terlampau banyak . RADIAN ZING+ dirumuskan dari bahan alam , untuk kesihatan semula jadi . Bahan yang terkandung dalam Radian Zing + antaranya :- 

  • Royal Jelly , Royal Jelly tulen yang dihasilkan dari madu lebah Australia . Kajian sainstik pun ada tunjukkan yang royal jelly dapat membantu dalam pembaharuan sel-sel kulit dan tingkatkan pengeluaran kolagen . 
  • Aloe verra , Aloe Barbadensis atau lebih dikenal dengan Aloe Vera ni tak  menyebabkan kerengsaan dan alahan kulit dan sesuai digunakan untuk smeua jenis kulit . Ia juga anti-radang, anti-mikroba , antioksidan dan mampu lindungi kelembapan kulit . 
  • Minyak pati mawar , terkenal sebagai pelembab dan pemutih kulit yang mengurangkan kedutan , jeragat , dan pigmentasi disamping memelihara keanjalan kulit . Gebu gituu... 
  • Asid Sitrik mempunyai kesan luar biasa dalam memperbaiki tekstur kulit. selain itu juga membantu menyingkirkan sel kulit mati , kurangkan pigmentasi dan melembutkan epidermis , agar kulit nampak lebih putih dan  cerah . 
  • Witch Hazel Plum  adalah pembersih dan toner muka dari alam yang tidak mengakibatkan kerengsaan kulit. ia mampu menghasikan kulit yang lembut, licin dan bersinar. kandungan astringen semulajadi dalam witch hazel plum dapat mengurangkan bengkak dibahagian bawah mata , mengecilkan dan mengetatkan liang pori , serta membasmi masalah jerawat. 




Teruja dan rasa macam WOW , first time Lisa jumpa pembersih muka yang berbentuk filem . Tipis bak tisue , biasanya bentuk sabun atau cecair saja . Packing pon menarik dan kemas gitu , kalau nak gunakan Radian Zing + ni tinggal ambek je sehelai dan kemudian tutup semula dalam bekas tu . PSTTTT .. siap ada cermin sekali tu ! 

 

Kelebihan Zing+ Radian  , 3in1 .


Radian Zing+ nampak exclusive kan ! Cantik uollss... disebut 3in1 sebab 3 dalam satu iaitu :-

  • Rumusan yang tak memedihkan mata 
  • Rumusan untuk kulit selembut bayi sesuai untuk semua peringkat umur . 
  • Solusi penjagaan kulit ,semua dalam satu yang mudah dibawa kemana-mana : Semasa bercuti dihujung minggu , Dirumah , Di tempat kerja  ,dan Ketika dalam perjalanan yang jauh . 



CARA PENGGUNAAN ZING+ RADIAN :- 


1. Keluarkan 1-3 keping filem pembersih muka zing+ radian dengan perlahan . Pastikan tangan korang kering ketika keluarkan filem tersebut ya . 

2. Cairkan filem pembersih muka secara lembut dengan air selama 3 saat 

3. Sapukan buih yang terhasil tadi keseluruh wajah dengan gerakan membulat . 

4. Bilas seluruh wajah dengan air suam atau bersihkan dengan kapas muka. 

Rujuk gambar dibawah ini 





HARGA  ZING+ RADIAN 

Kandungan dalam Radian , cara pemakain... lisa dah explain diatas , nah lisa share pula Harga Radian  ialah : -


1 Box Radian korang boleh dapatkan dengan harga  RM 199 . Dalam 1 Box terdapat 200films , RM199 ni dah termasuk sekali dengan harga postage baik di Semenanjung ataupun di Sabar Sarawak . 
Nak lagi murah? korang boleh beli 3 Box sekaligus , sebab harga yang ditawarkan untuk 

3 Box Radian [ 600 filems ]  ialah  RM 471 sahaja  ,! Murah banyak bukan ? Ajak lah kawan ke adik atau sedara beli sekali..boleh dapat harga lagi murah . Harga ni termasuk dengan postage di Semenanjung , dan +RM 25 untuk postage di Sabah dan Sarawak . 
1 box = 1+3 refill packs1 pack = 50 films1 box = 200 films



Untuk pembelian dan info yang lebih detail lagi boleh terus contant bawah ini ya  : 
CJ Winners 019-7503887
Adrisha Affendi 012-6821248


TESTIMONI : 








Nota :
-100% dirumus dari bahan semula jadi , dikilangkan di  China
- Kebanyakan lelaki pun lebih memilih Radian Radian (female) sebab mereka suka dengan bauan Rose yang terkandung didalamnya . psttth :- Stating that the scent is not only fragrant but also mild and not overpowering.


REVIEW LISA : 

Dari apa yang lisa dah cuba dengan Radian ni , memang sesuai sangat untuk korang yang sentiasa utamakan kebesihan muka. Lebih -lebih untuk wanita yang berkerja macam Lisa ni ha..  Kerja pakai makeup , sampai masa nak solat kena bersihkan muka untuk ambil air wudhu .. muka kena bersih betul-betul wo.. kalau bawa pencuci muka yang botol kan dah makan space dan leceh .

Since ada filem radian ni jimat space pula dan boleh bawa dalam poket baju kerja . Senang la nak pakai gitu , kulit muka jadi lembut ... sukaaa ! Korang cuba la... :D 


BEDAK ASAS ARAB , Foundation Tahan Lama

BEDAK ASAS ARAB , Foundation Tahan Lama

Assalamualaikum ! Agak lama tak menulis tentang makeup kan . Kali ini Lisa nak share foundation yang Lisa pakai baru-baru ini .Foundation itu tak lain tak bukan ialah Bedak Asas Arab , Foundation tahan lama dengan SPF 50Vit E daru HALLAS BEAUTY .Yang menariknya , ada glitter glitter gitu kat muka yang membuat wajah semakin lama semakin glowing ketika memakainya. 

BEDAK ASAS ARAB


Bedak asas Arab mempunyai vitamin E yang sangat membantu dalam memudarkan parut dengan pantas dan melindungi muka dari terbakar. Selain itu, Bedak Asas Arab  selamat untuk digunakan kerana ianya tidak mempunyai silikon. Silikon merupakan bahan polimer non-organik yang bersifat tidak berbau , tiada warna, kedap air, bahan kimia tinggi, dan tahan dalam suhu tinggi.


Bedak asas atau foundation. Foundation merupakan asas kepada solekan. Foundation yang akan menjadikan wajah seseorang menjadi lebih licin dan mulus. Selain itu, foundation juga mampu menutupi setiap cela dan masalah yang ada pada wajah. Jadi untuk mendapatkan wajah yang licin dan kelihatan lengkap, sapukan foundation dengan kadar yang sederhana atau nipis.


Tetapi perlu diingat, terdapat pelbagai jenis foundation yang perlu disesuaikan dengan jenis kulit wajah. Jika kulit wajah yang berminyak gunakan medium coverage foundation, manakala untuk kulit kering/normal gunakan full coverage foundation.

KEBAIKAN BEDAK ASAS ARAB

  • Dari sumber bahan kualiti, segar dan semulajadi.
  • Tidak mempunyai silikon, mesra wuduk dan halal.
  • Mengekalkan solekan lebih lama sehingga 12 jam.
  • Membantutkan pertumbuhan jerawat serta lingkaran gelap bawah mata.
  • Kemasan sempurna serta serap terus ke kulit agar kulit kelihatan lembab, licin dan halus.
  • Mempunyai spf 50 serta mengurangkan kedutan dan garis-garis halus.


BAHAN UTAMA DALAM BEDAK ASAS ARAB

Minyak Argan kaya dengan Vitamin E malah kandungan vitaminnya 2 kali ganda lebih banyak berbanding Minyak Zaitun. Vitamin E kaya dengan antioksidan dan berfungsi untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan berlaku pada kulit wajah.Selain itu,Minyak Argan juga berfungsi melembapkan kulit yang kering dan membuatkan kulit anda lebih lembap.




Bedak asas arab ini dihasilkan berasaskan sumber semulajadi iaitu minyak argan yang fungsinya adalah untuk merawat dan melindungi kulit supaya tidak kering dan kusam. Disamping itu, ianya juga mempunyai glitter yang akan menjadikan wajah anda kelihatan glowing.


HARGA BEDAK ASAS ARAB 



Harga untuk Bedak Asas Arab ini korang boleh dapatkan dengan harga : RM 45 untuk Semenanjung dan Sabah Sarawak pula dengan harga RM 55.00. Oh ya ada Bedak Asas Arab ini mendapat kelulusan GMP dan juga KKM . Korang boleh semak di bahagian belakang kotak . 



Review Lisa 
Dari apa yang Lisa rasa selepas pakai BEDAK ASAS ARAB ni , Lisa suka dengan teksturnya kerana lembut dan juga tidak berminyak ketika pakai di wajah . Ahaks satu lagi semakin lama pakai , wajah pun nampak semakin glowing kerana dalam bedak asas ini ada glitter yang buat muka semakin berseri . Lisa suka gunakan untuk kerja dan juga boleh digunakan untuk solekan harian .Bau pun natural je , yang paling Lisa suka ialah sebab bedak asas ni meresap didalam kulit . Sukaaa sangat ! 

Untuk pembelian dan info selebihnya korang boleh rujuk detail dibawah ini : 



WEBSITE : https://hallasbeauty.com/

CONTACT NO SELLER

WHATSAPP :
019- 844 4867 Syitah 
018-571 4962 Wanie
0134764982 (NANI)

TESTIMONI 
Nah Lisa bagi testimoni pengguna Bedak Asas Arab . 









Cermin Makeup Berlampu , LED MAGIC MIRROR CONIE PERY

Cermin Makeup Berlampu , LED MAGIC MIRROR CONIE PERY 


Assalamualaikum ! Asyik cakap pasal makeup dan skincare je ,, rasa nak tulis kelainan sikit tapi ada kena mengena dengan makeup juga .Heee... antara salah satu wishlist dari seorang perempuan ialah VANITY MIRROR . Senang cerita meja makeup berlampu . Senang nak makeup , nak snap gambar pun cantik . Lisa pun teringin juga dari dulu lagi , tapi itula dekat sini tak da yang jual . Nak beli pun besar dan berat jadi kena COD  sebab orang tu akan pasang sekali . Kurier ? memang tak la.. nanti takut pecah pula.  Hmm... susah le kalau gitu . Baru ni Lisa ada nampak cermin makeup berlampu ,  LED magic mirror dari CONIE PERY , comel, dan yang penting ada lampu juga. wahh menarik ! Kira macam mini vanity mirror  gitu .. 

LED MAGIC MIRROR CONIE PERY 



Walaupun rumah dah ada meja makeup dengan cermin , tapi Lisa masih suka guna cermin yang mudah diubah-ubah tempat . Magic mirror conie pery ini senang je nak alih-alihkan . Size yang comel kecil tu ringan je nak bawa . Dan bagian bawah tu boleh letak barangan makeup korang . Ha.. lagi senang kan .. tak perlu angkat beg makeup , pastu nak balance kan cermin lagi betul tak ?



Lampu di Magic mirror ini ada 2 warna , boleh di adjust kecerahan tu . Sama ada nak terang sangat , atau nak low kan kecerahan lampu tu . Tak perlu button bagai la , sekarang kan zaman canggih ,  tinggal TOUCH je ... dah boleh nyalakan atau padam lampu tu . Nak adjust kecerahan ... touch lama sikit . Wahh canggih betul.. Lisa ingat HP je ada touch touch ni . hahaha cermin makeup pun dah ada . Bagus-bagus ! Suka weih.. dah la cantik.. canggih pula tu . 





Untuk menyalakan lampu , mengatur kecerahan cahaya , hanya perlu touch pada bahagian logo diatas ini . Senang je bukan ?

Lampu pada cermin ini ni tak perlu menggunakan wayar yang disambung pada plug . Tapi .. hanya perlu di caj je . Macam power bank gitu.. dicaj .Kepala wayar pun lebih kurang macam charger sambung , so senang la kalau korang nak caj ... Mna tau terlupa letak wayar caj tu kan . 





Ditempat kerja , Lisa biasanya nak makeup kena pakai cermin lipat tu . Susah nak di stabilkan sebab takde stand dia . Lepas tu makeup pula ada kt drawer.. so kalau nak makeup kat meja tempat kerja ni kadang terabur sikit la . Makan space . 

Bangun lambat , rushing , dan tak da masa nka makeup... sebab tu kadang pergi kerja dengan muka yang hanya spray dengan cecair ( lisa guna bioessence ) untuk lembabkan muka je dulu pastu nanti sampai tempat kerja baru la pakai makeup . Tu penting juga cermin di tempat kerja . Nak betulkan tudung ke , nak makeup ke .. kalau asyik ulang-alik pergi ke tanda s..leceh juga la sebab Lisa kerja di dalam mall . 



Nampak tak cermin bulat kecil tu ? tu fungsinya untuk zoom dari dekat bahagian yang kita nak tengoksecara detail ketika bermakeup , Mana tau comot ke hape. Contoh bagian mata.. kan selalunya kita kena dekat rapat-rapat dengan cermin untuk tengok elok tak eyeliner , eyeshadow... dan lain-lain . Best.. dah tak perlu rapatkan muka sebab dari jarak biasa pun dah boleh nampak detail dengan cermin macro tu . 






Bahagian drawer yang bawah tu boleh letak barang makeupkorang . Senang bukan ? tak perlu susah nak keluarkan dari beg makeup lagi . 

HARGA MAGIC MIRROR CONIE PERY 


Menarik bukan LED  Magic Mirror dari conie pery ini ? Lisa post kat Facebook ramai kawan yang cakap cantik ., baik yang depan cermin atau cermin tu sekali dua dua cantik  .EH perasan pula Lisa ni kan . Hehehe.. diorang tanya la berapa harga dan beli kat mana. Harga untuk MAGIC MIRROR CONIE PERY ni hanya RM145  . Diskaun 20% diberikan untuk 20 orang pertama ! Ha... korang kalau nak beli juga , boleh la Direct whatsapp  di 018-220780 , rujuk di website CONIE PERY , atau nak tengok lebih detail ... di facebook : CONIEPERY  , Instagram : @coniepery . 


REVIEW LISA :

I LOVE IT ! ya.. pertama kali buka je pun dah suka ,lepas tu guna dan memang memudahkan Lisa nak makeup di tempat kerj, atau dimana-mana saja lisa nak makeup . Rushing dan takda masa ? tak jadi masalah lah,...Lepas ni senangla kalau nak bawa cermin makeup berlampu ini  pergi holiday . Bukan apa.. hari tu time pergi kedah , pangkor ,perak.. kebanyakan homestay takde cermin dalam bilik . Kalau ada pun dekat almary . Huh.. tak da lampu macam mana nak makeup dengan elok .. betul tak ? So memang amat berguna sangat, lebihan lagi ada tempat boleh letak makeup dalam tu . Jimat space ..



NOTA : Promo khas diskaun 20% kepada 20 orang pertama yang buat pembelian LED magic mirror ni. Untuk dapat kod diskaun korang boleh hubungi no telefon 018-2220780  sebelum buat pembelian di website.




Detail selebihnya korang boleh rujuk dibawah ini : 

Tel: 018-2220780
Website: https://www.pineapple.my/product/conie-perie-magic-makeup-mirror/




© all rights reserved
made with by templateszoo