Saturday, January 30, 2016

Gambar Pernikahan Matluthfi

Pasti dengan sekeping gambar diatas dah buat jutaan gadis-gadis patah hati. Selamat memandang Gambar Matluthfi kahwin .Siapa yang tak kenal matluthfi ,vlogger yang baru-baru ni keluarkan buku yang kedua. Tarikh Pernikahan mat dengan isteri dah semalam, 29 Januari 2016 . Para gadis-gadis yang minat dengan matluthfi jangan nangis guling-guling atas katil ya. 

Tahniah Matluthfi dengan isteri ,selamat menempuh kehidupan berumahtangga,semoga bahagia selalu . Amin
Friday, January 29, 2016

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2016

Maharaja Lawak Mega kini hadir kembali untuk kalian yang akan ditayangkan  hari ini 29 Januari 2016 , bermula jam 10 malam bertempat di Dewan MBSA Shah Alam .  Saksikan Maharaja Lawak Mega musim baharu 2016 Minggu pertama  menerusi Astro Warna saluran 132 dan tayangan serentak di Astro Mustika HD pada setiap jumaat bermula pada jam 10.00 malam.  Tonton Online MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 . Live Streaming atau tonton secara online di pautan  berikut :

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2016 


 atau 

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2016 
(link hasbeen removed 





 Barisan peserta yang memeriahkan Maharaja Lawak Mega 2016  kali ini diantaranya :  


1. Awok

2. Bocey (Abam, Fan dan Achey)

3. Bora (Mamat, Yan dan Isa)

4. Bos

5. Cham (Along dan Azrul)

6. Chilok

7. Enjen

8. Jaros (Rahim, Syuk dan Joey)

9. Kavin

10. LOL (Tauke Jambu, Angah dan Ajak)

11. Puteh

12. Reza (Rayza Mukmin)

13. Say Who (Eko, Bocil, Vicha)

14. Shake (Amir Raja Lawak, Bell Ngasri & Mie Raja Lawak)

15. Xola

Wah meriahnya .. agak-agak macam mana persembahan malam ini ya ? jangan lupa saksikan jam 10 malam nanti. 

Lirik Lagu Cinta - Asmara [ OST CINTA TERUNA KIMCHI ]

 OST CINTA TERUNA KIMCHI  || cinta sejati walaupun harus berakhir tetapi tak ada hari yg tersakiti.
kita masih bisa bersahabat walau tak bisa seperti dahulu ketika "pahala" & "dosa" kita perbuat bersama....
mungkin perpisahan adalah jalan terbaik untuk kita saling bisa terhindar dari masa kelam . Cewahh.. jom dengar lagu OST Cinta Teruna Kimchi yang dinyanyikan Asmara  bertajuk Lagu Cinta . 


LIRIK  LAGU CINTA by ASMARA
 [ OST CINTA TERUNA KIMCHI ]


Di atas perit kau menari
Di atas tangis kau bernyanyi
Kau sayat hatiku dengan cintamu

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Lagu cinta
Thursday, January 28, 2016

Gambar Anak Kedua Liyana Jasmay

Gambar Anak Kedua Liyana Jasmay || Kalian mesti dah tahu kan Liyana Jasmay dah bersain anak kedua Jumaat Lepas , 22  Januari 2016. Selena Fathuddin ,  nama anak kedua Liyana Jasmay dengan suami Fathuddin . Comel je kan baby girl yang baru lahir dalam keluarga Liyana Jasmay ni . Mata Liyana ... ehehe lelaki atau perempuan yang penting selamat . Kalian boleh terjah di Instagram Liyana Jasmay la untuk tengok gambar-gambar terbaru anak kedua Liyana Jasmay .

Lepas ni tunggu baby Hanis Zalikha pula . .. 

Pautan :  Nama Anak Kedua Liyana Jasmay -Fathuddin 


Nama Anak Kedua Liyana Jasmay

Nama Anak Kedua Liyana Jasmay -Fathuddin || Rasa macam baru sekejap je bersalin anak pertama , 22 Januari 2016 dah menyusul kelahiran anak kedua Lyana Jasmay dan suami . Baby girl seberat 2.92 kg selamat lahir di Pusat Perubatan Prince Court. Comellnyaaa baby !! Baby lagi tak nampak muka iras Liyana atau suami , yang penting selamat .. Selamat datang ke dunia little Liyana . Nama anak kedua Liyana Jasmay , Selena Fathuddin . Senang ingat  dan tak panjang berjela.. hehehe .

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan anak. Tak lupa rakan, teman media dan peminat tersayang. Kehadiran Selena pastinya menambah keceriaan hidup saya dan suami. Sofia dan Selena menyerikan hidup saya. Semoga mereka akan menjadi anak yang baik dan solehah,” memetik kata Liyana daripada BH Online.

Semoga Selena menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada orang tua . Amin... Tahniah sekali lagi untuk Liyana Jasmay ... Ramai juga orang sekeliling lisa yang Baby born bulan Januari ini . 
Wednesday, January 27, 2016

NASI KERABU BADANG KELANTAN

NASI KERABU BADANG KELANTAN || Amboii.. terliur tak dengan menu makanan yang Lisa pegang ni ? walaupun badan Lisa kecik je ,, namun selera makan besar tau . Hahah tengoklah ... bukan main meriah lagi lauk nasi kerabu ni . Dan semua Lisa habiskan licin tak bersisa . Nasi kerabu ,nasi yang terkenal dari  negeri Kelantan ni memang sedap woo.. Ni kali pertama Lisa makan nasi kerabu yang betul betul banyak lauk. Ada mihun warna pink dan limau . Biasanya kalau Lisa beli dekat gerai makan sbelakang tempat kerja memang takda dua benda ni , mungkin dah campur dalam sambal tu Lisa tak tahu la .

MAKANAN WAJIB BILA SINGGAH KELANTAN 


Lisa lebih suka sebut nasi biru , sebab nasi memang warna biru dan Lisa suka mawar biru , tempat kerja pun banyak kaler biru . Nasi yang berlaukkan , keropok lekor goreng , sambal , budu , solok , ayam , daging , telur masin . Untuk yang tak pernah makan nasi kerabu ,, budu dan sambal kena gaul serata tau . Jangan tuang atas nasi macam tu je , ni bukan kuah ye .. so kalau kalian tuang je then makan.. mesti masin gila ! Nasi pun tak sedap. Sebab Lisa first time makan pun dulu macam tu juga. Maunya tak masin , budu kot.. Hahaha.. Nasi Kerabu badang , sebab nasi ni disajikan bukan di polisterin , tapi diasajiakan di Badang dan dialaskan daun pisang . Bertambah sedap woo. Bukan selalu ada nasi ini , akak penjual nasi kerabu badang ni orang Kelantan , dan kena tunggu giliran la untuk dapat rasa .. ikut negeri . Harga sebadang rm15.00 

Nah kalau kalian nak rasa juga , atau mungkin nak buat jamuan makan ke .. nak tempah katering ke . Kalian boleh contact je kak Liza , 0136653955


Tuesday, January 26, 2016

LIRIK DAN BILA ESOK By Sofaz [ OST CINTA TERUNA KIMCHI ]

OST CINTA TERUNA KIMCHI || Lagu lama sekitar 5 tahun lepas, jadi pilihan untuk OST Cinta Teruna Kimchi . Sapa tak kenal lagu ini weih... Sambil bernostalgia jom dengar ..




LIRIK DAN BILA ESOK By Sofaz [ OST CINTA TERUNA KIMCHI ]


Di dalam hati selalu tersimpan
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata
Saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Tuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Untuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki ‘tuk selama-lamanya
Monday, January 25, 2016

Senarai Pelakon CINTA TERUNA KIMCHI

 
Senarai Pelakon CINTA TERUNA KIMCHI ||  Drama slot Zehra di TV 3 yang akan tayang 28 Januari 2016 jam 9.00 malam ini dimeriahkan dengan pelakon yang pastinya kalian dah kenal , antaranya : Nazim Othman , Niena Baharun , Johan As'ari dan ramai lagi artis lain . Jalan cerita Cinta Teruna Kimchi ni macam lebih kurang STRAWBERRY CINTA JE .. beza plot je., Strawberry cinta cari mak yang duduk di Malaysia , Cinta Teruna Kimchi pulak jejaka korea yang cari ayah yang berasal dari Malaysia. So.. pengakhiran yang lebih kurang je kot ..

Barisan Pelakon CINTA TERUNA KIMCHI 



WATAK PELAKON
KANG YE JUNNAZIM OTHMAN
SAIDAHNIENA BAHARUN
AMINJOHAN AS'ARI
SURAYANUR RISTEENA
AMEENAFEIYNA TAJUDIN
FAISALBODT SHARADE
ZAINALKAMAL IBRAHIM

Sinopsis Cinta Teruna Kimchi :


Kehilangan ayah sejak kecil menjadi misteri buat Kang Ye Jun. Ibunya banyak berahsia hingga menyebabkan Kang Ye Jun keliru mengenai dirinya. Namun segalanya berubah apabila dia menemukan sekeping gambar lelaki berkopiah yang disorokkan ibunya. Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah ayahnya dan beragama Islam.

Lantaran itu, dia mula menjejak ayahnya. Dia nekad berhijrah dari Korea ke Malaysia untuk pencariannya itu. Berjayakah dia?

Jangan lupa saksikan drama Cinta Teruna Kimchi bermula 28 Januari 2016 ini, jam 9.00 malam di TV3.


*gambar myinfotaip.com


Kisah CikSepet dan Syarul Ridzwan di Kedah

Kisah CikSepet dan Syarul Ridzwan  di Kedah  || IM Aus ,bukan Australia.. tapi Iman Firdaus dalam drama Kau ,Aku ,Kita . Mesti kalian kenal kan? Alaa Syarul Ridzwan  hero dalam Hati Perempuan tu. Nak habaq kat hangpa ni .. elehh terus loghat utara. Since dari si Syahrul Ridzwan pelawa dan bawa Lisa pergi Kedah haritu dah mula guna loghat utara dah . Ceritanya lepas shoot penggambaran drama terbaru, Lisa terjumpa dengan Syarul secara tak sengaja di Stesen Minyak. Sebab kasihan tengok Lisa yang sesat entah macam mana boleh tertinggal di situ ,terpisah dari kawan-kawan... maka Syahrul pelawa la nak antar balik . Dalam perjalanan tu ofcoz la bukan kami berdua je ,ada P.A Syarul juga dan ramai orang lagi .. dia bawa Lisa singgah Kedah .. rumah makcik dia sebab nak ambil barang . Lepas tu baru balik.

Happy teramat sangat happy, siapa yang tak happy kalau leh sama-sama dengan artis yang dia minat. Happy sampai kena marah mak sebab boleh pula tertinggal dan terpisah dari kawan-kawan time on the way balik rumah tu ... nasib la ada Syarul . Senyum senyum kambing.. tapi walaupun Lisa hampir 12 jam dengan Syarul ,,, peliknya Lisa tak ada rasa nak weffie berdua dengan dia . Weird kan ?? kalau gadis-gadis lain mesti dah berebut nak ambil gambar dengan dia. Pasaipa Lisa tak nak bergambar berdua ? sebab taknak nanti jadi kontroversi media hiburan (cewahh bajet artis pula  ) .. ye la.. dah dia tolong , tak kan Lisa nak buat gosip lak nanti .

Seronok punya seronok senyum kambing .. senyum dan macam happy je... kena marah dengan mak pun masih boleh senyum.. senyum.. sampai... sampai akhirnya terjatuh dari katil . ! Lah.. mimpi rupanya . rasa macam betul-betul berlaku je . Isk.. sambung tidur semula.. eh boleh pula continue mimpi tadi . Hahah.. aduai .. tak ada angin takda hujan boleh pulak termimpi Syarul Ridzwan . CISS...


Sunday, January 24, 2016

KEPUTUSAN RASMI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 30

KEPUTUSAN RASMI PEMENANG  JUARA LAGU 30 (AJL 30)|| Anugerah Juara Lagu yang ke 30 sedang berlangsung bertempat di Stadium Melawati Shah Alam dan disiarkan secara langsung di TV3 .
Untuk kalian yang tak da TV di Kolej atau di rumah sewa boleh layari siaran ulang di tonton.my , untuk siaran langsung AJL 30 layari pautan TV3  (klik untuk tonton)



Berikut adalah Keputusan Penuh Anugerah Lagu 30 ,
Tahniah diucapkan kepada Akim and The Majistret kerana telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) kali ke 30.

Juara AJL 30:
 Akim & The Majistret (Potret) -Wang Tunai RM50,000 + Trofi

Naib Juara:
Assalamualaikum (Faizal Tahir) -Wang Tunai RM35,000 + Trofi

Tempat Ke 3:
Hanya Namamu (Caliph Buskers) – Wang Tunai RM20,000 + Trofi


Vokal Terbaik:
 Dayang Nur Faizah (Tak Pernah Menyerah) – Wang Tunai 12,000 + Trofi

Persembahan Terbaik:
Akim & The Majistret (Potret) – Wang Tunai RM12,000 + Trofi

Pemenang Anugerah Qu Puteh Diva:
 Dato Siti Nurhaliza

Anugerah Khas AJL 30:
Tan Sri Othman Merican & Datuk Ooi Eow Jin

TAHNIAH UNTUK AKIM AND THE MAJISTRET !!! YAYYY Lisa pun suka lagu Potret tu. 
Saturday, January 23, 2016

Senarai Finallis AJL 30

Senarai Finallis ANUGERAH JUARA LAGU KE 30  (AJL 30 ) || Anugerah Juara Lagu yang 30 akan berlangsung esok , 24 Januari 2016 bermula pukul 9 dan akan disiarkan di TV 3. Tahniah diucapkan kepada 12 buah lagu terbaik yang diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL 30) selepas berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 30. Pemilihan lagu diadili oleh juri profesional yang terdiri daripada Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Edry Hashim, Louque, Jennifer Thompson, Azmeer dan Taja (Meet Uncle Hussein)

Anugerah Juara Lagu bakal bergema dengan memartabatkan penulis lirik, komposer dan penyanyi, sekali gus menobatkan mereka sebagai juara. AJL30 akan berlangsung pada 24 Januari 2016 bertempat di Stadium Melawati Shah Alam dengan menampilkan 12 lagu yang akan berentap di pentas AJL30.


Berikut merupakan senarai lagu dan penyanyi yang dalam  AJL30 (ANUGERAH JUARA LAGU  KE-30 ) 

Lagu : Sampai Mati
Artis : Hazama
Komposer : Omar K dan Audi Mok
Penulis Lirik : Omar K

Lagu : Potret
Artis : Akim & The Majistret
Komposer : Hang Nadim
Penulis Lirik : Kamar Empayar

Lagu : Assalamualaikun
Artis : Faizal Tahir
Komposer : Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong, Audi Mok
Penulis Lirik : Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong, Audi Mok

Lagu : Biarkanlah
Artis : Drama Band
Komposer : Aepul Roza, Amar Habir, Daus SRK, Faeez Halim
Penulis Lirik : Aepul Roza, Amar Habir, Daus SRK, Faeez Halim

Lagu : Hanya Namamu
Artis : Caliph Buskers
Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

Lagu : Knock - Knock
Artis : Elizabeth Tan
Komposer : Faizal Tahir dan Mike Chan
Penulis Lirik : Faizal Tahir dan Mike Chan

Lagu : Malam Ini Kita Punya
Artis : Bunkface
Komposer : Sam Bunkface
Penulis Lirik : Sam Bunkface

Lagu : Angin Kencang
Artis : Noh Salleh
Komposer : Noh Salleh
Penulis Lirik : Noh Salleh

Lagu : Bukan Hal Aku
Artis : Kaka Azraff dan Aliff Sleeq
Komposer : The Good Fellas
Penulis Lirik : The Good Fellas

Lagu : Mana Mungkin
Artis : Black
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ajai

Lagu : Not For Sale
Artis : Stacy dan Altimet
Komposer : Mike Chan dan Omar K
Penulis Lirik : Mike Chan, Omar K dan Altimet

Lagu : Tak Pernah Menyerah
Artis : Dayang Nurfaizah
Komposer : Akid
Penulis Lirik : Poji Samad

Siapakah yang akan menjadi Juara ? Jangan lupa saksikan esok bermula pukul 9.00 malam hanya di TV 3 

Dua Produk Qu Puteh Ditarik Balik dari Pasaran ?

Dua Produk Qu Puteh Ditarik Balik dari Pasaran ? || Semalam viral gambar kenyataan rasmi dari KKM , yang menyatakan Qu Puteh tak selamat digunakan dan dilarang dijual di Malaysia. Qu Puteh ? Sabar... bukan semua , tapi lebih ditujukan ke produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) . Sejujurnya Lisa memang tak pernah nampak produk Qu Puteh  , walaupun diiklankan di TV, newspaper, atau billboard .. sebab memang tak berapa minat dengan produk-produk pemutih wajah ni . Tapi kalau Dato' Vida , pengasas Qu Puteh ni memang la tau.. dengan slogan Qu Puteh barulah Putih . 

Semoga lepas ni produk boleh ditambah baikkan dengan mungkin hilangkan merkuri dari dua produk tersebut .  Selain dari Qu Puteh sebenarnya sekarang ni produk kecantikan memang melambak di pasaran , sampai tak tau mana yang betul-betul bagus .  Produk kecantikan rebranding dari luar negara dan jual semula dengan brand kita sendiri . Fuhh.. kena tengok betul-betul kandungan yang boleh dan tak boleh digunakan untuk kesihatan ye. Kalau lawa takpa juga, nanti kalau kena kanser kulit .. muka rosak .. sapa yang rugi ? pengguna juga kan..


KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 
PENGGUNA DINASIHATKAN UNTUK MENGELAKKAN DARI MENGGUNA PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL . 


Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik  berikut : 


Produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Oleh itu, produk kosmetik Qu Puteh Whitening Pro 9 tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (ringing in the ears) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang tiga bulan. Pengguna telah pulih daripada kesan yang dialami apabila berhenti menggunakan produk-produk tersebut.

BPFK telah membuat persampelan dan menguji produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block. Hasil pengujian menunjukkan salah satu produk tersebut iaitu produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri pada paras yang tinggi.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan. Produk kosmetik tidak boleh mengandungi merkuri kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil berisiko terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Notifikasi produk Qu Puteh Whitening Pro 9 telah dibatalkan dan pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta dan memanggilbalik kesemua stok fizikal produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran/penggunaan produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Pengguna digalakkan untuk melapor kepada BPFK mengenai sebarang kesan sampingan atau kesan advers yang dialami apabila mengguna sesuatu produk kosmetik di talian 03-78018496/78835532 atau melalui emel kosmetik@bpfk.gov.my serta mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar yang segera.



Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Friday, January 22, 2016

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih


Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Thursday, January 21, 2016

RESEPI TELUR REBUS HERBA

RESEPI TELUR REBUS HERBA || Mungkin sekilas pandang , kalian akan ingat yang telur ni telur pindang. Haha.. Bukan.. walaupun warna sama ... tapi ini bukan telur pindang, adik beradik telur juga.. Telur Herba. Orang cina suka makan telur ini. Semalam acah-acah nak buat telur ni dan rasanya , Not Bad juga la . Rasa herba ... Lady boss selalu cakap yang makan telur herba ni bagus untuk kesihatan , badan pun boleh sihat dan kuat sebab herba tu . Lisa iyakan je la.. Cara masak telur herba pun senang je , tapi makan lebih masa la untuk dapatkan rasa yang ngam . Perlu kalian tahu , kuah telur ni tak boleh makan tau !!! sebab memang bukan untuk dimakan .


Bahan-bahan untuk membuat telur rebus herba  


-  1 Bungkus perencah herba MAZFOOD 
( kalian boleh beli di supermarket ikut pilihan kalian nak guna herba jenis apa ) 
- 10 Biji telur
- Air 1 liter
- Garam secukupnya
- Kicap manis secukupnya (untuk warna lebih pekat ) 


Cara masak Telur rebus herba :
1.Rebus telur hingga masak dan keras. Angkat dan pecahkan kulit telur dengan perlahan-lahan , jangan ketuk sampai hancur . Tujuannya agak telur tu lebih rasa sedap dan herba boleh meresap masuk dalam telur.
2. Masukkan air , kicap , dan pek herba dalam periuk , dan masukkan telur rebus tadi masak hingga mendidih . letak kan garam secukupnya .. 
3. Masak 3-4 jam pun dah ok . Tapi kalau nak rasa lebih superb... masak sampai 8 Jam .
Angkat dan boleh makan .

Nota :
*Jangan buang kulit telur , ketika memasak telur rebus herba ,, sebab telur akan lembik dan hancur .
*Jangan minum air kuah rebusan telur herba tadi , tak sedap aih.. pahit ! 


Mudah je kan ? Memang mudah ... dan banyak khasiat pulak tu. Korang try lah nanti .. hehe ..selamat mencoba  




Wednesday, January 20, 2016

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 Online

Warganegara yang berasal dari Sabah dan Labuhan boleh memohon Beasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 bermula tarikh 15 Mac 2016 sehingga 14 April 2016.  Keputusan boleh disemak pada bulan June 2016 . Bukan senang kalau ingin mendapatkan Beasiswa Kerajaan Negeri Sabah . Ada Syarat tersendiri yang perlu ada untuk Memohon Beasiswa tersebut.

Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016


-Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
-Berumur 17 tahun dan keatas
-Salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan
-Kursus Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sabah
-Kelayakan Akademik Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016

Kursus Diploma

Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM) dengan  memperoleh  sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus  dengan  kepujian  dalam  mata  pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

Kursus Sarjana Muda
Lulus  Sijil  Tinggi  Persekolahan  Malaysia  (STPM) dengan  memperoleh sekurang-kurangnya gred  B dalam empat  (4)  mata  pelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti.  Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf. Lulus  Matrikulasi dengan  memperolehi  sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.00 atau Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Perubatan, Pergigian dan Farmasi Kursus Perubatan,  Pergigian dan Farmasi perlu  mendapat  sekurang-kurangnya  CGPA  3.5 di  peringkat  STPM/Diploma/Matrikulasi.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 Online layari: http://www.biasiswa.sabah.gov.my/

Tarikh Tutup Permohonan
14 April 2016

Semakan Keputusan Permohonan
Jun 2016

Jika anda rasa memenuhi syarat tersebut , angan lupa isi borang permohonan beasiswa kerajaan negeri Sabah 2016 pada 15 Mac 2016 nanti . Selamat mencoba  !



sumber : melvister.com

Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Cengkih

Tahukah anda ? bahan-bahan yang berada dirumah boleh dijadikan ubat atau penyembuh sakit Contoh.. Ubat gigi, kalau Lisa ada jerawat dimuka .. memang Lisa sapu je dengan ubat gigi tu di bahagian yang ada jerawat. Ubat gigi juga boleh disapukan kalau tangan terkena minyak panas . Rumput Bayam untuk kanser , dan banyak lagi bahan-bahan yang ada disekeliling kita yang boleh dijadikan sebagai ubat. Dari hari ahad lepas, tak tahu kenapa gigi sebelah kiri terasa sakit pula. Makan makanan keras,, tak juga rasanya . Tertusuk tulang ikan ? eh tak kan kot... pening cari cara untuk hilangkan sakit gigi yang berdenyut macam perut minta makan... akhirnya kawan ada bagitau petua ilangkan sakit gigi. Iaitu , Cengkih !

Cengkih sebagai penghilang rasa sakit gigi ? biar betul ? mula-mula Lisa ingat kawan Lisa ni main-main je , ehh ternyata dia tak bergurau. Caranya : Ambik sekuntum bunga cengkih dan kemudian letak dekat gigi yang sakit , gigit sampai lunyai . Insyaallah sembuh sakit gigi tu . Dan Lisa cubalah ambil sekuntum cengkih tu kemudian kunyah ... rasanya ? WEIRDDDDD !!! weird dan pelik. Lagipun Lisa jenis tak suka makan rempah . hahah mau tak muntah , ! kunyah kunyah dah lumat.. terus muntah. berkumur banyak kali dengan air . ahaaha.. Tapi ok dah lepas beberapa jam dah tak sakit. kira menjadi la petua tu.

Bawang putih tampal kat pipi pon boleh ilangkan sakit gigi , tapi nanti jadi terbakar la kulit muka tu sebab bawang tu panas.

So... selamat mencuba petua ini 
Tuesday, January 19, 2016

KFC RICE WRAP WASABI , Pedas Tak ?

KFC RICE WRAP WASABI , Pedas Tak ? || Hey.. pasti kalian dah pernah nampak iklan KFC Rice Wrap Wasabi di TV , atau Youtube , Surat Kabar atau di Media Social kan ? Nah hari ini Lisa berkesempatan untuk  cuba menu baru set Lunch dari KFC ni . Sebenarnya dah lama teringin namun disebabkan Lisa sedang berDiet  (nak ilangkan lemak dan perut dibadan je ) maka niat makan ricewrap wasabi ni selalu terbantut. Hahahaa.. hari ini pula niat hati nak tanya ja , ada menu Rice Wrap Tak kat KFC .. tup-tup dalam 10 minit ada staff KFC yang hantar makanan ke tempat Lisa . Huwaaa.. nak tak nak memang kena makan.Cheat pon cheat la..sehari je pun, ada rezeki tak kan nak tolak . Bazir amalan syaitann !!
Sedap tak Rice Wrap Wasabi ? Pedas sangat-sangat tak ? Nah .. soalan tu mula tertanya-tanya dalam fikiran . Biasa makan sushi memang terasa pedas sampai ke hidung kan. Kali ini pula makan dalam bungkusan roti Tortila . Hmmm .. dan ternyata .. rasa pedas wasabi tak pedas seperti makan sushi , sebab letak tak banyak.. secukup rasa je . Kalau kalian nak letak sos pun boleh juga. Rice Wrap Wasabi dalam tu terdapat , Nasi yang dicampur dengan kulit sushi dan wasabi + Salad Timun + ayam pedas dan terakir roti tortila. Nyummy... untuk penggemar sushi memang sedap la menu ni , tapi untuk yang tak terlalu suka dengan wasabi.. TAK SEDAP 

Nah yang hitam campur nasi tu kulit sushi..ditambah wasabi. Pedas pedas sampai ke hidung


Boleh tahan Besar juga rice wrap wasabi ni... Sebab tu makan 1 pon dah kenyang.

REVIEW LISA lepas makan Rice Wrap Wasabi ; 
-rasa rice wrap yang pedas sebab wasabi diseimbangkan dengan salad sayur dan ayam, so kalian takda la rasa wasabi je. Jangan dok Ingat wasabi dalam cawan tu he..wasabi ni dah campur dengan nasi.. Jadi pedas tu kurang.  

-size yang Besar buat perut cepat kenyang, jadi untuk kalian yang ingin mencuba..boleh try size medium dulu sebab takut tak kena dengan tekak nanti jadi membazir pula. 


Menu Kfc rice wrap wasabi hanya limited time only ya...cepat beli sebelum dah habis promo. 
Monday, January 18, 2016

CARA MUDAH DAPATKAN COUPON DISKAUN ONLINE SHOP


CARA MUDAH DAPATKAN COUPON DISKAUN ONLINE SHOP || Zaman sekarang ini dah bukan hal baru lagi kalau peniaga jual barang mereka tanpa membuka kedai . Atau yang dah ada kedai pun biasanya akan luaskan pelanggan dengan jualan secara online . Lisa sendiri lebih suka belanja online. 90 % barangan  Lisa beli secara online . Mudah , tak perlu bazir masa, tak penat , dan tak keluar duit minyak dengan jem lagi di jalan !  Hanya perlu klik , dan pilih mana-mana barang yang berkenan dicari dan kemudian bayar. Cepat dan tak perlu bersesak-sesak dengan orang lain. Best lagi kalau ada diskaun ! kan ? tapi hari ini Lisa akan share untuk kalian , bagaimana cara dapatkan coupon diskaun harga disetiap barangan yang dijual dalam website online tersebut.


Cara mudah dapatkan kupon diskaun di laman web online shop ialah dengan masuk laman picodi.my . Dalam picodi itu , terdapat banyak online shop yang boleh kalian pilih seperti Zalora, Lazada , Uniqlo , Pizza Hut , Sony , Adidas dan banyak lagi . Masuk dan bandingkan harga dengan online shop yang lain kemudian carilah coupon diskaun dalam tu . Senang je bukan ? Lisa memang suka tengok bag , dan di laman ini Lisa boleh memilih berbagai jenis dan bentuk beg yang Lisa suka . Bukan senang  penuhi citarasa Lisa ni ha .

 Join Picodi and you'll never miss a single offer to favourite stores.  Daftar di picodi senang dan cepat. Kalian hanya perlu masukkan email dan ikuti langkah yang muncul dalam screen . Atau , Daftar masuk dengan link Facebook kalian . Mudah bukan ? Masukka email , password , date of birth dan kemudian sign up. Tak perlu makan masa yang lama.

3 cara mudah dapatkan coupon diskaun online shop : 

-Masuk picodi.my 
-Taip nama kedai online 
-Tekan CODE dan REVEAL 



Cara untuk menggunakan code kupon : 
1. Copy code to the clipboard 
2. Paste it in the promo code and check out 

Wahh mudahnya ! 








Masuk picodi.my dan kemudian taip nama kedai online yang kalian ingin cari , kemudian tekan search . Pilih barangan yang kalian inginkan dan masukkan code yang ada. WOWW   Pastinya berbaloi .. Jangan lepaskan peluang ini tau ., kalian juga yang rugi nanti . 




Saturday, January 16, 2016

Senarai Pelakon Sha Dan Shah

Senarai Pelakon Sha Dan Shah || Drama terbaru yang dibintangi oleh Kamal Adli dan Syatilla Melvin , Sha dan Shah ini dah mula tayang di Saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD . Menariknya, dalam drama ini diorang terpaksa kahwin walaupon tak suka sama suka dan selama ini hanya berkawan. Dah namanya jodoh.. siapa yang tahu. Pelakon lain yang terlibat diantaranya , SYatilla Melvin sebagai heroin  , Kamal Adli sebagai Hero (Shah ) , Shima anuar , Nina Iskandar dan banyak lagi pelakon yang memeriahkan drama ini. 

Senarai barisan pelakon Drama Sha dan Shah 




PELAKONWATAK
SYATILLA MELVINSHA
KAMAL ADLI SHAH
SHIMA ANUAR ATILIA
NINA ISKANDARMARINATE
AZWAN KOMBOSISKANDAR
AIZAT HASSANSYED ADIF
RAHIM JAILANI TAN SRI BORHAN
FATHIL DANIDATUK SHUKRI
AZHAN RANI DATO' MUSTAFA
KARTINA AZIZ PUAN SRI MARINA
RAJA AZMIDATIN LATIFAH
HANIF SAFUAN RAZID
DAYANG ABASHAWA
DAYANG AREEDALEYA
HAZIF BUHARIMIKAEL
AZLAN KOMENGSUAMI HAWA
JULIA MARIN RITA



Sinopsis Drama Sha dan Shah


Drama Sha dan Shah mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Shah lakonan Kamal Adli dan Sha (Syatilla Melvin) yang telah berkawan sejak kecil lagi. Mereka terpisah bila Shah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran manakala Sha pula membuat keputusan untuk belajar di Malaysia sahaja.
Bila Shah kembali ke Malaysia dia mendapat tahu bahawa dia dan Sha telahpun dijodohkan. Shah menolak cadangan ibunya itu kerana dia tidak mahukan komitmen dan lebih gemar berkawan dengan ramai wanita. Malah dia menganggap Sha hanya sekadar sahabat baik namun ibunya pula mengugut untuk menjodohkannya dengan gadis lain.
Kerana tiada pilihan lain, Shah lebih rela berkahwin dengan Sha berbanding dengan calon yang langsung tidak dikenalinya. Pada awalnya Sha tidak bersetuju dengan cadangan yang dianggap tidak masuk akal. Tetapi biarpun tidak memiliki perasaan cinta terhadap Shah, perasaan simpati pula menguasai dan akhirnya Sha bersetuju.
Apa yang bakal terjadi kepada mereka berdua setelah memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri? Dapatkah Sha belajar untuk mencintai Shah? Sanggupkan Shah curang kepada isteri yang selama ini menjadi sahabat baiknya?
Menarik kan Sinopsis Drama Sha dan Shah ini. Untuk mengetahui kesudahannya, Jangan lupa tonton Drama Sha dan Shah setiap Isnin hingga Khamis setiap 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD.

Koleksi Hello Kitty terbaru

Akhirnya sampai juga barang yang Lisa order beberapa hari lepas. Comel kan hellokity ni ? Sebenarnya tak tau sejak bila entah Lisa suka dengan hello kitty, tapi bermula dari casing Hp ,cadar,selimut dan sampailah haritu ternampak powerbank hello kity. Lisa suka then beli. Beralih hati dari biru ke pink ? Uihh taklah...masih suka dengan mawar biru.. hehehe kebanyakan baju memang kaler biru. Kecuali casing Hp dan tilam . 


Hari tu ternampak dekat Facebook.. ada promo set hello kitty  ,berkenan le pulak .Memang tak tunggu lama dah..terus grab. Kebetulan memang ada orang dok bising je suruh beli power bank. Hahaha.. Lisa memang tak da powerbank. Tak suka sebab beg jadi berat. Lagipon bukan Lisa pergi mana-mana pun . Lebih kepada kemahuan dari keperluan. 

TADAA... Godies bag hello kitty berisi  usb cable untuk charge ,earphone ,dan sarung power bank. Powerbank ada design gambar Hello Kitty. Tahan ke powerbank tu? Berapa kali charge ? Setakat ni tak guna lagi.. kalau dah guna nanti Lisa update entri ni semula.



Untuk korang peminat Hello Kitty.. jangan jeles Naaaaa... =P


Thursday, January 14, 2016

Gambar Pre Wedding Shaheizy Sham dan Syatilla Melvin

Gambar Pre Wedding Shaheizy Sham dan Syatilla Melvin || Tiktok tiktokTinggal tunggu hari bahagia je untuk Shaheizy Sham dengan Syatilla melvin menjadi pasangan suami istri yang sah. Hee mesti ramai gadis-gadis yang patah hati . Sebelum ini Syukri Yahaya .. tahun ini Sham pula. Alololo jangan nangis tepi katil ye .. Nah Lisa belanja gambar yang akan buat kalian tambah stress dan sedih. Gambar perkongsian dari Amir Naufal Photography , mereka juga yang ambil gambar artis lain seperti Shukri Yahaya , Sharfah Sakinah dan banyak lagi . 

Jom Terjah gambar pre wedding Sham dan Tilla 








Lawa juga kan kas jemputan majlis pernikahan nanti.. 





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search