Ad

Showing posts with label Borang Permohonan .. Show all posts
Showing posts with label Borang Permohonan .. Show all posts

Pendaftaran Simpanan Shariah KWSP

Cara Pendaftaran KWSP Simpanan Shariah || Bermula hari ini 8 Ogos 2016 , kalian boleh menukar dari simpanan Konvensional KWSP yang lama menjadi Simpanan Shariah . Apa itu simpanan Shariah ? Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip Syariah. Setakat ni kalian perlu datang ke kaunter KWSP untuk mendaftar, pendafaran dalam talian secara online tak disediakan lagi .

Cara memohon Simpanan Shariah KWSP : 

1 .Jangan lupa bawa MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia)

2. Hadir  ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli

3.Ahli akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan
Perbezaan Simpanan Konvensinal dan Simpanan Shariah .


Info selebihnya layari http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html


Cara mengetahui permohonan memilih Simpanan Shariah berjaya 


Permohonan ahli yang berjaya akan menerima Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pengesahan tarikh kuat kuasa tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah.Sekiranya ahli tidak menerima sebarang makluman berkenaan tarikh kuat kuasa ianya disebabkan oleh:
*Kuota dana patuh Syariah yang diperuntukkan telah dipenuhi dan ahli masih dalam senarai menunggu; dan/atau Maklumat perhubungan ahli tidak dikemaskini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:usat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922-6000; atau Layari www.kwsp.gov.my


Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 Online

Warganegara yang berasal dari Sabah dan Labuhan boleh memohon Beasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 bermula tarikh 15 Mac 2016 sehingga 14 April 2016.  Keputusan boleh disemak pada bulan June 2016 . Bukan senang kalau ingin mendapatkan Beasiswa Kerajaan Negeri Sabah . Ada Syarat tersendiri yang perlu ada untuk Memohon Beasiswa tersebut.

Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016


-Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
-Berumur 17 tahun dan keatas
-Salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan
-Kursus Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sabah
-Kelayakan Akademik Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016

Kursus Diploma

Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM) dengan  memperoleh  sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus  dengan  kepujian  dalam  mata  pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

Kursus Sarjana Muda
Lulus  Sijil  Tinggi  Persekolahan  Malaysia  (STPM) dengan  memperoleh sekurang-kurangnya gred  B dalam empat  (4)  mata  pelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti.  Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf. Lulus  Matrikulasi dengan  memperolehi  sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.00 atau Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Perubatan, Pergigian dan Farmasi Kursus Perubatan,  Pergigian dan Farmasi perlu  mendapat  sekurang-kurangnya  CGPA  3.5 di  peringkat  STPM/Diploma/Matrikulasi.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 Online layari: http://www.biasiswa.sabah.gov.my/

Tarikh Tutup Permohonan
14 April 2016

Semakan Keputusan Permohonan
Jun 2016

Jika anda rasa memenuhi syarat tersebut , angan lupa isi borang permohonan beasiswa kerajaan negeri Sabah 2016 pada 15 Mac 2016 nanti . Selamat mencoba  !



sumber : melvister.com

Kemaskini BR1M 5.0 2016 Online

Kemaskini BR1M 5.0 2016 Online || Bagi kalian yang telah mendaftar BR1m Bantauan Rakyat 1 Malaysia , jangan lupa untuk kemaskini maklumat  peribadi kalian termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Pemohon sedia ada yang gagal mengemaskini BRIM 2016 akan menyebabkan permohonan gagal diproses.. Sebab kalau tak nanti kalian tak kan dapat BR1M 2016 nanti seperti yang dibicarakan dalam Baget 2016. Kemaskini boleh dilakukan bermula 5 Disember 2015 sampai 31 Disember 2016. Kemas online je senang ... ,

Kemaskini BRIM 2016 [ 5.0 ]Online

https://ebr1m.hasil.gov.my/
http://www.hasil.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/

Semakan Keputusan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0

Semakan status pembayaran BR1M 2016 boleh disemak secara online menerusi applikasi semakan e-BRIM mulai Januari 2016 atau mengunjungi Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.

Senarai Bank Terlibat Pembayaran BR1M 2016




Borang Permohonan BR1M 2016 [5.0 ] ONLINE


Borang Permohonan BR1M 2016  [5.0 ] ONLINE || Seperti apa yang telah dibentangkan dalam Baget 2016 , Bantuan Rakyat 1 Malaysia untuk 2016 telah dinaikkan sebanyak RM50.00 . Untuk kalian yang mempunyai syarat kelayakan untuk menerima BR1M tapi belum mendaftar, boleh try daftar dan isi borang permohonan BR1M 2016 yang akan mula dibuka pada 5 Disember 2015 dan ditutup 31 Disember 2015. Mungkin seperti tahun lepas.. kalau banyak yang buka.. web jadi stuck , korang kena try dari masa ke masa sampai dapat.


Borang permohonan BR1M 2016 sila lawati : https://ebr1m.hasil.gov.my/


Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2016
Warganegara Malaysia yang berumur 21 Tahun dan keatas
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan
Bagi kategori bujang, gaji mestilah tidak melebihi RM2,000 sebulan
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah tidak layak menerima BR1M

Kadar Bayaran BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia
Kategori Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
Kategori Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
Kategori BR1M Individu Bujang: RM400

Jadual Pembayaran BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0

Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
Ansuran pertama: RM350 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016

Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016

Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000:  RM800
Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM250 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 300 pada September 2016

Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
RM400 pada Januari 2016

Nota: Semua kategori penerima BR1M layak menerima Skim Khairat Kematian bernilai RM1000




Borang Permohonan Kemasukan GIATMARA 2016 [ ONLINE ]




Borang Permohonan Kemasukan GIATMARA 2016 [ ONLINE ] ||  Untuk kalian yang ingin atau minat untuk masuk dalam menyertai kursus bidang kemahiran dibawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA), permohonan kemasukan GIATMARA diseluruh Malaysia kini dibuka sehingga 31 Disember 2015 bagi sesi kemasukan Januari 2016. Pendaftaran boleh dilakukan baiks ecara online atau manual dan kemudian hantar kecawangan Giatmara yang terdekat. 

Dan berikut ialah Borang Permohonan Kemasukan GIATMARA 2016  [Online]

Borang untuk permohonan program latihan secara Sepenuh Masa menerusi : http://www.giatmara.edu.my/p/permohonan-online.html


Giatmara memberaikan senarai kursus yang diberikan di seluruh Malaysia semak di  : http://www.giatmara.edu.my/p/senarai-kursus.html 

 Semak lokasi GIATMARA berhampiran dengan tempat kalian  di http://www.giatmara.edu.my/p/maklumat-latihan.html

Dan jika kalian ingin mengikuti program SEPARUH MASA (PART TIME), sila dapatkan
 borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran dengan alamat kalian .
Nota : Perlu diingat untuk mengisi borang permohonan secara online hanya boleh dilakukan dengan menggunakan web Google Chrome sahaja ya 


BORANG PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH TEKNIK 2016

BORANG PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH TEKNIK 2016 || Kemasukan murid ke program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik untuk Januari 2016 kini telahpun dibuka menerusi laman rasmi Kementian Pelajaran Malaysia, dibuka bermula 5 Oktober lepas sampai 20 Disember 2015 . Dapatkan Borang permohonan secara online dilaman web : https://sptv.moe.gov.my/

Syarat khusus untuk memasuki Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2016 :

 Syarat Pendidikan asas Vokasional  


Syarat Aliran Perdana : 






Program Ditawarkan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2016
*Program Diploma Vokasional Malaysia- Bagi  Murid Tingkatan 3  Yang Mengikuti Aliran Perdana
*Program Kemahiran Vokasional- Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana
*Program Kemahiran Vokasional- Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional
*Sekolah Menengah Teknik Aliran Teknikal

Syarat Umum Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2016
*Pemohon mestilah warganegara Malaysia
*Berada di Tingkatan 3 pada tahun 2015
*Telah menduduki Petaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2014.
*Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
*Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan *(epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
*Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.


Sumber : melvister

Borang Permohonan SPA8i online Lepasan SPM


Borang Permohonan SPA8i online Lepasan SPM | Para lepasan SPM atau setaraf dengannya yang mungkin kalian berminat untuk bekerja dibidang perkhidmatan Awam, kalian boleh memanfaatkan peluang ini untuk memohon dan mendaftar .

Namun sebelum kalian ingin mendaftar dan mengisi borang permohonan pekerjaan dalam perkhidmatan awam (SPA8i) , kalian kena membaca dan rujuk soalan soalan lazim yang ada didalam sistem pendaftaran . Seperti bagaimana mendapatkan MyID ( My Identiti ) , bagaimana cara untuk mengemas kini pendaftaran dan banyak lagi. Rujuk si laman :   Soalan Lazim Urusan Pendaftaran



Borang pendaftaran secara Online sila layari di portal rasmi SPA : http://www.spa.gov.my/Portal/Pemohon_Pekerjaan

Makluman lebih lanjut sila layari portal  : http://www.spa.gov.my/Portal

Borang Permohonan Ijazah Perubatan MBBS 2015

Borang Permohonan Ijazah Perubatan MBBS 2015 | Para pelajar atau calon  yang ingin melanjutkan pembelajaran dibidang perubatan , kini UniKL telah memberikan pelawaan kepada mereka yang layak untuk mendaftarkan diri dibidang perubatan.  Penyertaan program Ijazah Sarjana Muda Perubatan selama 5 tahun bertempat di UniKL Royal College of Medicine Perak, di alu-alukan untuk semua calon yang memenuhi syarat kelayakan yang diberikan.

Syarat Kelayakan Minimum MBBS UNIKL :

~SPM- Minimum 5B dalam subjek Sains seperti Biologi, Kimia, Fizik, Matematik atau Matematik Tambahan.
~Diploma Health Science- Minimun CGPA 3.00 dan keatas
~Ijazah Medical Science- Memperoleh CGPA 3.00 dan keatas.

Untuk  Borang Permohonan Ijazah Perubatan MBBS 2015 boleh didapatkan secara online 
di web : http://www.unikl.edu.my/web/admission/


Borang Online Permohonan UPU 2015/2016

Borang Online Permohonan UPU 2015/2016 | Permohonan ke UPU atau IPTA sesi 2015/2016 akademik akan bermula dari 19 Januari 2015 ,jam 12 Tengah hari sehingga 6 April 2015 , jam 12 Tengah malam. permohonan boleh dibuat secara online pautan http://upu.moe.gov.my atau link dibawah ini : 

Pembelian nombor unik ID boleh dibeli menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) pada tarikh permohonan dibuka iaitu mulai 19 Januari 2015. Permohonan UPU sesi 2015/ 2016 terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM,STAM dan Diploma atau setaraf.

Cara Permohonan UPU Sesi Akademik 2015/ 2016 Online
Permohonan ke IPTA 2015/ 2016 mewajibkan calon untuk membeli nombor pin unik ID UPU di bank BSN mulai 19 Januari 2015.Nombor Unik ID tersebut boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM BSN atau menggunakan perkhidmatan SMS Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja)
Terdapat dua pilihan bagi nombor Unik ID yang boleh dibeli oleh pemohon dan pastikan mengikut kategori masing-masing iaitu
Kategori A : Lepasan SPM/ Lepasan SKM/ILKA
Kategori B : Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Diploma/Setaraf, Lepasan STAM, Asasi dan Matrikulasi
Nota: Harga unik ID bagi setiap kategori adalah berbeza

Syarat Program UPU Lepasan SPM dan Setaraf
-Warganegara Malaysia dan
- Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Syarat Program UPU Lepasan STPM dan Setaraf
-Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
-Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2014 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
-Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2014; atau
-Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2014 atau 2013; atau
-Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
-Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Tarikh Tutup Permohonan UPU 2015/ 2016
6 April 2015
Semakan keputusan UPU 2015/ 2016
Mei 2015

MAKLUMAT LANJUT ATAU PERTANYAAN
Bagi mengikuti sebarang maklumat lanjut ataupun pertanyaan, pemohon boleh melayari laman akaun Facebook rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) di pautan DISINI 

-mysumber-


Kemaskini BR1M 2015 4.0 Online

Kemaskini BR1M 2015  4.0 OnlinePenerima BRIM yang sedia ada , yang sudah disahkan layak atau pernah menerima BR1M 1.0 , 2.0,3.0 tidak perlu mendaftar lagi untuk yang baru. Hanya  mereka perlu mengemas kini maklumat peribadi seperti, alamat , maklumat anggota keluarga dan akaun bank jika terdapat perubahan semasa melengkapkan permohonan terdahulu.

Kemaskini BRIM 2015 dilakukan apabila:

1. Memberikan maklumat akaun bank jika sebelum ini tidak disertakan.
2.Perpindahan alamat
3. Maklumatpasangan atau tanggungan .

Penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas diminta mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran Skim Khairat Kematian. Pemohon boleh mengemaskini maklumat bermula 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 secara online melalui Portal Rasmi BR1M  LHDNM di https://ebr1m.hasil.gov.my.

atau baca di : BORANG PERMOHONAN BR1M 2015 PEMOHON BARU

Cara buat kemaskini BR1M 2015 :
Dengan melayari laman web rasmi e-brim di https://ebr1m.hasil.gov.my
e BR1M
Seperti gambar diatas , penerima perlu klik di tab "kemas kini Permohonan " dan mengikut arahan seterusnya seperti yang dinyatakan.
Nota: sistem kemaskini permohonan hanya akan diaktifkan bermula tarikh permohonan dibuka.

Kemaskini Borang Permohonan BR1M 4.0 Tahun 2015 Online
  • http://www.hasil.gov.my/
  • https://ebr1m.hasil.gov.my/
  • http://www.treasury.gov.my/

Contoh Surat Kemaskini BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0



PENAFIAN
Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen, kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Sila dapatkan nasihat pakar bertauliah dan berpengetahuan untuk tips dan info berkaitan.

BORANG PERMOHONAN BR1M 2015 PEMOHON BARU

BORANG ONLINE DAN MANUAL PERMOHONAN BR1M 2015 PEMOHON BARU | Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0, 2.0  dan 3.0 yang tidak layak sebelum ini kerana tidak menepati kriteria ditetapkan. Kenaikan BR1M ini telah diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015 yang berlangsung di Parlimen tempoh hari , 10 Oktober 2014 .
Jadi pada BR1M 2015 ini, jika merasakan layak boleh membuat permohonan melalui cara berikut mulai 1 Disember ini sehingga 31 Disember 2014.

# Melengkapkan borang permohonan secara online menerusi laman web rasmi BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my

#Ataupun secara manual iaitu menggunakan borang yang boleh didapati di

    Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
    Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
    Jabatan Pembangunan Persekutuan
    Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
    Online di laman sesawang www.hasil.gov.my


Syarat Layak Terima BR1M 4.0 RM950
StatusWarganegara Malaysia
KriteriaSeorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara)berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar BulananRM3000 dan kebawah (termasuk dengan warga emas)
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu
  • RM300 Januari dan Mei
  • RM350 September
Layak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun
Syarat Layak Terima BR1M 4.0 RM750
StatusWarganegara Malaysia
KriteriaSeorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara)berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar BulananRM3,000 hingga RM4,000 (termasuk dengan warga emas)
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu
  • RM200 Januari dan Mei
  • RM350 September
Layak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun
Info Skim Khairat Kematian
  1. Skim Khairat Kematian akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015
  2. Maklumat waris perlu didaftarkan secara online atau manual (guna borang)
  3. Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad kepada suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak sahaja
Syarat Layak Terima BR1M 4.0 RM350
StatusWarganegara Malaysia
KriteriaIndividu (Bujang)
  • Berumur 21 tahun ke atas
Pendapatan Kasar BulananRM2,000 Kebawah
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sekali gus mulai awal Januari 2015
Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250 (BB1M)

© all rights reserved
made with by templateszoo