Ad

Showing posts with label KFC. Show all posts
Showing posts with label KFC. Show all posts

KFC Cheezy Golden Sticks , Sedap tak ?

KFC Cheezy Golden Sticks

Dah masuk musim perayaan ni biasanya KFC akan keluarkan satu menu baru lain dari yang lain . Ha.. tadi ternampak poster menu baru KFC , Cheezy Golden Stick yang korang boleh nikmati dalam KFC CELEBRATION BUCKET CNY promo , sampena perayaan Chinese New Year yang akan datang tak lama lagi . Nak beli bucket sapa nak makan.. kang membazir pula, so Lisa beli Ala-cart je.. Tertanya-tanya juga... sedap ke tak ? apalah agaknya rasa Cheezy Golden Stick tu ... kena cuba juga ni . 



KFC Celebration BUcket

KFC Cheezy Golden Sticks ,  Sedap tak ?


Sedap ke tak ? Itula yang ada dalam minda kalau baru tengok menu baru . Belum rasa memang belum tahu.. itu yang tertanya-tanya dalam hati . Pada Awalnya, Lisa ingatkan isi dalam tu sejenis nuget atau mungkin isi ayam , eh ternyata bukan .. " macam" ada kentang or tomato dalam tu , ada sayur... dan pasti ada keju cheezy juga. alaa.. macam inti pai tu... Lisa tak reti nak gambarkan macam mana . Gigitan pertama KFC Cheezy GOLDEN STICKS  masuk dalam mulut , rasa juici beb ! Sedap weih.. bahagian luar disaluti tepung yang crunchy. Menikmati betul disetiap gigitan tu .Panas panas, tambahkan sos cili ...perghh menambah selera . Lisa bagi  10 bintang ! 



Memang sesuai sangat dengan tema perayaan ini , rasa yang mewah . Sedap pun ye juga... bentuk menarik .. luaran yang crispy crunchcy . 

Harga KFC Cheezy Golden Sticks

Harga untuk satu set KFC Cheezy Golden Sticks ialah RM 10.90 , dalam tu ada 3 ketul . Kenyang la juga.. try la 1 set dulu..rasa tak cukup baru beli lagi . Jika ingin makan beramai-ramai dengan family atau kawan.. boleh try dengan KFC CELEBRATION BUCKET , bermula dari RM 36.90 . 



Nah korang tengok sendiri dari bagian dalam .. OVERALL Lisa boleh bagi 10 Bintang... ha.. budak kecik ni pun cakap sedap dan sangat sedap ! Lisa yang tak suka cheezy pun boleh bagi 10/10 bintang , apa lagi korang yang memang penggemar cheese. Nah.. try rasa sendiri la ye ... nak belanja jauh la pula. hahaha.. Try sebelum kehabisan durasi promo . Kalau sedap bagitau orang lain , kalau tak sedap diam-diam.. #ehh.. hahaa.. selamat berhujung minggu .


NOTASelera setiap orang berbeza-beza., apa yang ditulis dalam review ini adalah pendapat pribadi penulis , dan tidak melibatkan mana-mana pihak . 

FREE STARBUCKS or KFC Voucher by CELCOM

KFC dan Starbucks FREE ? waahhh sapa yang tak nak lah kan ? Hehehe sekarang celcom sedang buat giveaway untuk pengguna celcom baik yang sedia ada atau yang baru daftar . Giveaway berupa KFC Voucher dan Starbucks bernilai rm20.00 . Tarikh promo ini bermula 16 Februari sampai 15 March 2016 . Macam mana dapat givaway ini ? senang saja .. syarat masih sama seperti promo KAD ISI MINYAK PERCUMA sebelum ini , kalian hanya perlu langgan plan celcom baik yang baru atau pengguna celcom sedia ada. Daftar mana-mana plan postpaid FIRST ( FIRST BLUE , FIRST GOLD , etc ) , untuk pengguna sedia ada.. just buat MAX UP dari mobile internet yang ada  , untuk prabayar pula  , kalian hanya perlu daftar XPAX MAGIC SIM +reload internet dan langgan internet bulanan ... (PLAN RM30 , RM40,RM60, atau RM80 )


Cara-cara dapatkan ganjaran FREE Voucher KFC atau STARBUCKS oleh Celcom : 


1. Pelanggan akan dapat pemberitahuan SMS dengan Kod Hadiah untuk menyertai Program giveaway ini;

2. Tebus ganjaran di BLUE CUBE terdekat
 ( ingat... kena owner yang pergi sendiri , tak boleh di wakilkan walaupun ayah, mak , atau pakwe sekalipun ! ) 

3. Kalian boleh pilih sama ada nak tebus  RM20 Voucher KFC atau RM20  Preloaded Starbucks Card  (tertaklukkepada ketersediaan)

4. Nikmati ganjaran yang dah kalian dapatkan  di mana-mana cawangan KFC atau Starbucks.


NOTE :  
The Rewards:            
are offered by Celcom during the Programme Period;            
Upon expiry of the Programme Period, any unutilised Rewards will be forfeited;            
The time of redemption shall follow the respective Blue Cube’s operation hours.           
Shall be limited to the number of Customers daily as stated above (“Allocation of Rewards”); and            
Shall not be exchangeable with cash or transferable to any third party.

Nanti dah dapat ganjaran itu, jangan lupa belanja Lisa ye =P , Green Tea Starbucks pon boleh .. hehehe .Terhad untuk tebusan pertama 1,352 voucher KFC / STARBUCKS setiap hari dimana-mana KFC dan STARBUCKS , tergantung pada limit Voucher yang ada di tempat mereka. 

KFC RICE WRAP WASABI , Pedas Tak ?

KFC RICE WRAP WASABI , Pedas Tak ? || Hey.. pasti kalian dah pernah nampak iklan KFC Rice Wrap Wasabi di TV , atau Youtube , Surat Kabar atau di Media Social kan ? Nah hari ini Lisa berkesempatan untuk  cuba menu baru set Lunch dari KFC ni . Sebenarnya dah lama teringin namun disebabkan Lisa sedang berDiet  (nak ilangkan lemak dan perut dibadan je ) maka niat makan ricewrap wasabi ni selalu terbantut. Hahahaa.. hari ini pula niat hati nak tanya ja , ada menu Rice Wrap Tak kat KFC .. tup-tup dalam 10 minit ada staff KFC yang hantar makanan ke tempat Lisa . Huwaaa.. nak tak nak memang kena makan.Cheat pon cheat la..sehari je pun, ada rezeki tak kan nak tolak . Bazir amalan syaitann !!
Sedap tak Rice Wrap Wasabi ? Pedas sangat-sangat tak ? Nah .. soalan tu mula tertanya-tanya dalam fikiran . Biasa makan sushi memang terasa pedas sampai ke hidung kan. Kali ini pula makan dalam bungkusan roti Tortila . Hmmm .. dan ternyata .. rasa pedas wasabi tak pedas seperti makan sushi , sebab letak tak banyak.. secukup rasa je . Kalau kalian nak letak sos pun boleh juga. Rice Wrap Wasabi dalam tu terdapat , Nasi yang dicampur dengan kulit sushi dan wasabi + Salad Timun + ayam pedas dan terakir roti tortila. Nyummy... untuk penggemar sushi memang sedap la menu ni , tapi untuk yang tak terlalu suka dengan wasabi.. TAK SEDAP 

Nah yang hitam campur nasi tu kulit sushi..ditambah wasabi. Pedas pedas sampai ke hidung


Boleh tahan Besar juga rice wrap wasabi ni... Sebab tu makan 1 pon dah kenyang.

REVIEW LISA lepas makan Rice Wrap Wasabi ; 
-rasa rice wrap yang pedas sebab wasabi diseimbangkan dengan salad sayur dan ayam, so kalian takda la rasa wasabi je. Jangan dok Ingat wasabi dalam cawan tu he..wasabi ni dah campur dengan nasi.. Jadi pedas tu kurang.  

-size yang Besar buat perut cepat kenyang, jadi untuk kalian yang ingin mencuba..boleh try size medium dulu sebab takut tak kena dengan tekak nanti jadi membazir pula. 


Menu Kfc rice wrap wasabi hanya limited time only ya...cepat beli sebelum dah habis promo. 

KFC POTATO WRAPED PRAWN

KFC POTATO WRAPED PRAWN || wah.. sekali lagi KFC mengeluarkan menu baru yang tentunya limited edition dan sedap !  Semalam sibuk sangat kerja sampai penat dan lapar ! haha... Niat nak beli seketul ayam +kentang +air je tapi masuk je dalam KFC ternampak pula menu baru ini. Memang Lisa terus pilih menu ini la, KFC Potato Wraped Prawn set combo dan a la carte .  Kenapa dua ? sebab Lisa penggemar UDANG . Pekerja dan manager KFC tu tanya , berapa orang makan ? Lisa sorang ja. . sambil buat muka selamba.

Harga Set combo KFC Potato Wraped Prawn  rm15.50 , berisi 2 ketul ayam + 3 ekor Potato Wraped Prawen  + air pepsi . Tapi semalam Lisa tukar je lemon ais sebab tak nak minum bergas. Manakala Set A LA CART KFC Potato Wraped Prawn pula seharga rm10.90 , berisi 5 ekor udang sahaja . Sedap ke ? sedap.. rasa yang nyummi untuk penggemar udang seperti saya. Dan Lisa boleh habiskan kesemua makanan ini seorang je tau ! sampai kawan cakap Lisa ni ade saka. Badan kecik tapi makan banyak .


KFC POTATO WRAPED PRAWN , udang yang dibalut mi yang terbuat dari kentang . Kemudian di goreng dengan minyak panas. Rasa yang crishpy buat nak makan , makan, dan makan lagi. Sebab tu la Lisa order 2 set. Menu ini limited time promo sahaja tau . Bermula dari 28 September 2015 sampai habis tempoh promo.  Jangan sampai kehabisan..  



KFC TAK JUAL MILO ?

KFC TAK JUAL MILO ! || KFC telah membuatku kecewa sungguh teramat kecewa !!! Apa yang sebenar berlaku dan membuatku kecewa ? sebab KFC tak jual MILO ! aik.. betul ke ? Yalah.. betul lah KFC tak jual milo saiz besar . Sama ada salah staff itu atau salah KFC ! kesian sungguh budak yang kehausan . Mungkin sebab budak yang beli kot sebab tu tak bagi saiz besar.

Masalahnya tempat Lisa tu memang jauh dari kedai makan. Kalau dekat better dah beli di kedai makan je milo ais tu . Dah yang ada KFC sahaja yang terdekat maka aku suruhla budak pi beli. Tak jauh, jarak 4kedai je dari tempat kerja Lisa. Kesian budak kehausan dan kepedasan dek kerana makan maggie . Lisa bagi duit rm50 sekeping dan note kan  MILO LARGE 2 . Nampak staff tu ambil order dan kemudian ambil cawan besar dan tuang dalam cup besar saiz Large . Tapiiii kemudian manager cakap dengan dia tak boleh jual milo saiz besar disebabkan MAHAL. Pekerja KFC terus menukar cup tu kepada saiz Regular.

HELLOOoo ... Bukan kira mahal , sebab budak-budak dah kehausan nak minum milo. Kalau tak da menu tu jangan la cakap ada . Pastu tak reti minta maaf dan just cakap tak jual milo besar. Tak kan nak bagi minum pepsi kot . Haih.. kesian budak. baru minum berapa sedut sahaja dan habis milo tu . Beli dua yang minum ramai orang . Nak patah balik ? bukan larat budak-budak nak bawa milo banyak2. Tertumpah kang tak pasal-pasal rugi tak jadi minum .



Disebabkan tak puas hati , maka Lisa tanya la kawan lisa yang supervisor kat KFC . Memang tiada saiz Large dah. Dulu ada jual ,sekarang tak ada jual sebab mahal. OK. . Kalau tak ada jual , bagitau awal-awal. Tak da budak tu rasa kecewa dipermainkan oleh pekerja KFC. Manager KFC pon satu , dah berdiri sebelah tu tak nak bagi tau awal-awal. EH.. memang menu KFC staff tak tau and tak hafal ke ?? Lain kali kena belajar betul-betul. Tak dan nak patah balik beli semula milo tu . Terpaksa menahan kepedasan dan kehausan budak tu . Yang paling kesihan mimik muka budak-budak macam tak puas ati . 



KFC MASAK MERAH RICE WRAP

KFC MASAK MERAH RICE WRAP | Mungkin kalian dah pernah nampak iklan di TV , surat kabar mengenai menu baru dari KFC . Yaa... KFC masak merah rice wrap. Pastinya kalian tertanya-tanya Agak-agak apa rasanya eh ? Sedap? Pedas ? rasa original ?

Disebabkan hujan lebat, maka Lisa pilih la makan tengah hari di KFC. Sebab satu deret dengan tempat kerja sahaja. Tak perlu jalan jauh-jauh. Masuk sahaja baru teringat yang KFC dah keluarkan menu baru iaitu KFC Masak MERAH Rice Wrap. Terdapat dua set , satu set Jumbo dan satu lagi Set Jimat. KFC Masak Merah Rice Wrap , menyajikan antara Nasi , Timun, Tomato , KFC dengan ayam masak merah yang pedas yang di wrapkan dengan tortilla bakar. Untuk JUMBO SET  : KFC masak merah rice wrap +  Air seven-up dan crispier fries harga rm 8.90 . Untuk yang Jimat set : KFC masak merah rice wrap + seketul ayam +crispier fries +air pepsi boleh didapatkan seharga rm9.45 .




Mengenyangkan dan memang sedap ! rice wrap dengan ukuran yang JUMBO mana tak kenyang  nya. Hahaha... Rasa KFC Masak merah rice wrap tu pedas, gigitan pertama terus terasa dalam mulut . Rasa nasi ,sayur dan ayam yang pedas. Menu baru KFC ini baru dikeluarkan 3 Ogos , Jom la serbu KFC jangan sampai terlepas peluang menu promosi dari KFC ini. 

Menu Baru KFC BUTTER GARLIC CRUNCH 2-pc COMBO

Lunch : KFC BUTTER GARLIC CRUNCH | Kesibukan kerja semenjak dua menjak ini membuat Lisa kurang meluangkan masa untuk keluar makan tengah hari . Sama ada bawa bekal ataupon tunggu petang balik kerja baru nak makan. Hari rabu , dimana kebanyakan kedai makan disini akan tutup. Perutpon menari-nari bak budak kecik minta susu. Lapar oi.. Takda pilihan lain, KFC tempat terdekat untuk makan. 

Lisa sebenarnya memang memilih sikit dalam memakan ayam , muak .. and entah .. Lisa memang suka makan sayur-sayur atau daging or ikan. Tapi setelah masuk dalam KFC,,  ternampak menu baru kfc yang baru m Butter garlic crunch  ada 1pcs combo dan 2-pc combo. Nampak macam ada perisa pedas  maka tak tunggu lama dah , Lisa pilih je menu tersebut BUTTER GARLIC CRUNCH 2-PC COMBO .Sebab saya tak suka makan nasi ayam . Haha

Chezzy fries , nyum nyum.

Rasa ayam yang pedas macam wasabi la kalau lidah Lisa . Ayam empuk dan enak . Haa.. Gigitan pertama membuat Lisa menangis mengeluarkan airmata sebab pedas. Kalian boleh dapatkan harga yang special pada time Lunch hours dan Dinner hours . Macam tak percaya je Lisa boleh  habiskan dua ketul ayam ni. Biasa makan 1ketul pon tak leh nak habis.



PROFITEROLES , KFC PREMIUM DESSERT

PROFITEROLES , KFC PREMIUM DESSERT |Awalnya nak beli Udang'' Crispy Prawn " menu KFC , tapi dah habis tempoh promotion pulak. Dah tak ada menu itu, kalau tak.. sehari boleh makan 8 ketul udang crispy tu ha. Pebret kot , suka sangat makan udang . Dan kemudian staff itu menawarkan menu baru di KFC , Profiteroles , Tiramisu dan Tartufo . Pekerja KFC tu sugest Lisa untuk mencuba PROFITEROLES. 

walaupun beberapa masa yang lepas Lisa pernah menyenaraikan KFC dalam Blacklist restoran sebab KEBERSIHAN KFC MENGECEWAKAN ! namun Lisa berpindah ke KFC cawangan lain yang tempat tu lebih bersih. (hope tak jumpa benda pelik lagi ) . Puff Profiteroles ini lebih kepada makanan pencuci mulut, mengandungi puff yang ada krim didalamnya dan kemudian dilumuri coklat cair. Macam mana , tergiur kan ? Haha sebenarnya Lisa minat nak makan coklat tu sahaja. Puff memang kurang suka makan .Mula-mula ketika pandang gambar hiasan tu, ingatkan Kentang atau Chezee , sebab tu tak berapa minat dan selepas tanya barulah tau yang tu bukan kentang tapi PUFF. bukan Power puff gilrs ye.  

Harga Profiteroles untuk satu porsi rm5 , ade 3 ketul sahaja. Kenyang ke ? Dah namanyapon pencuci mulut ,tak kenyang mana .. kenyang dengan coklat. Nikmati suapan demi suapan puff yang masuk kedalam ,ditambah dengan krim yang meleleh dalam mulut. Pergh.. haha mesti terbayang dah kan makan Profiteroles by solo halia. Ntah kenapa ade halia terselit kat nama tu, walhal tiada halia pun dalam desert tu. 

Penggemar coklat dan puff boleh lah serbu KFC terdekat untuk menikmati PROFITEROLES By Solo Halia , makanan Desert yang disajikan oleh KFC . Jangan nanti dah tiada promosi tu baru nak tercari-cari, kempunan yang didapat nanti. 

© all rights reserved
made with by templateszoo