Ad

Showing posts with label Online. Show all posts
Showing posts with label Online. Show all posts

Ethissa Kedai Barangan Bayi Murah Online


Pejam celik dah hampir dekat due nak menikah , macam due bersalin pulak guna ayat"due"  . Insyaallah kalau dipermudahkan 2017 atau 2018 nanti dah ada baby . Amin..  ðŸ˜œ . Yala.. sebelum ni jaga anak angkat je , (sekarang umur dah cecah 4 tahun )  , teringin gak la ada baby sendiri . Ehh gataiii.. Ternampak kawan aritu cerita mengenai Ethisa , laman web yang menjual dan menyediakan barangan untuk Baby seperti Bag , napkin , blanker, dan banyak lagi  .  Customer service online yang mesra , dan dalam web ini korang boleh dapatkan tips tips untuk penjagaan baby . Wah menarik bukan ?

Ethissa

 “Only the finest, for our little ones” adalah visi dari Ethisa ni . Baby Shop Ethissa , web atau kedai online  yang menjual dan  menyediakan barang keperluan untuk bayi berkualiti premium dengan harga murah . Wow .. so boleh guna untuk anak-anak korang la sebab bagus dan tahan lama . Banyak barangan bayi yang dijual dikedai-kedai , masalahnya apakah berkualiti dan setimpal dengan harga yang diberikan ? Dengan Ethissa ,korang dapat kualiti barangan  bagus akan jimatkan duit dari membazir . Let say setiap ada anak , korang dah tak perlu beli yang baru . Barangan tu boleh korang tengok di Baby Shop Ethissa .


Ethissa Kedai Barangan Bayi Murah Online
Elodie Mini backpack -Ethissa

Elodie Mini Backpack

Jenama untuk backpack mini yang comel ni , Elodie . Memudahkan si kecil untuk bawa barang seperti mainan , gigit , pampers atau bahkan botol susu . Mestilah barangan yang ringan je , hehe. Yang berat nanti boleh letak di Diapers bag. Lisa tertarik dengan Elodie yang warna biru , nampak cantik dan cute je kan. Rasa nak beli la pulak bagi little boy , tapi ada bunga-bunga le pula. Eh buat apa nak risau , kan ada jenis corak yang lain . Minibackpack boleh dipakai untuk budak perempuan atau budak lelaki .



Sedikit banyak Lisa akan  share detail mengenai Elodie mini Backpack : 

Berpusat di Sweden , Elodie ni ialah syarikat reka bentuk  dengan membuat produk bayi functional dan inovatif . sesuai dengan Moto   - Big Differences Small People , small people tu maksudnya bayi Mereka nak buat dunia kanak-kanak tempat yang lebih cantik dengan produk bayi dengan rasa yang unik dan bergaya. Nak tahu lebih detail korang boleh baca di  Elodie Details MINI backpack .
Boleh hastag #OOTD , hahaa bukan yang besar sahaja , baby pun boleh OOTD . 


 Vilah Bloom diaper bags

 Vilah Bloom diaper bags

Villah Bloom ni bag untuk letak diaper , atau senang citenye barangan bayi atau budak seperti lampin , pampers , baju ganti , susu , tisu basah dan lain-lain . Simple tapi kualiti premium , bag ni tahan lama , boleh guna untuk anak yang ke dua , ketiga, ke empat atau seterusnya . Poket dibagian depan ni boleh korang letak tisu , jadi senang nak lap mulut budak atau bayi kalau kotor . Senang dan mudah bukan , hanya perlu buka dan kemudian tarik tisu tu keluar . ada 3 jenis design , korang boleh tengok di Vilah Bloom Diaper Bags 

Skin produk Four Cow Farm untuk bayi 


Skin produk Four Cow Farm untuk bayi 

Bukan hanya mak budak je yang kena jaga badan , baby .. budak ..anak-anak pun kena jaga tau . Apalagi kulit halus lagi  , sensitif .jadi kenalah bagi produk penjagaan kulit yang sesuai . Skin Produk Four Cow Farm ini  sesuai untuk bayi yang mengalami ekzema, ruam lampin, kulit kering dan; sensitif.
Mengapa korang kena pakai Four Cow Farm ? Ini kerana krim bayi mereka, oil and wash  dibuat dengan yang terbaik bahan-bahan tradisional semula jadi, tanpa sebarang bahan tambahan tiruan.
Produk Four Cow Farm ini ada banyak jenis , diantaranya: Four Cow Farm Baby kit ,baby lotion , baby oil , baby wash , calendula remedy , happy cream , natural pohnpei sponge , dan Tea ree remedy . Untuk lebih detailnya korang boleh tengok di Four Cow Farm

 Kippins baby comforters


 Kippins baby comforters

Seperti korang mesti ada bantal busuk  , budak pun ada blanket kesukaan sendiri tau . Ibarat tak boleh lenggang time main , gigit , atau tidur tanpa selimut baby tu . Untuk budak memang la kena pilih yang terbaik dan kualiti yang ok . Sebab kalau salah pilih nanti boleh kena ruam-ruam merah , lagi susah jaga nanti . Ethissa salah satu distributor rasmi untuk Kippins Baby Comforters . Kippins dibuat dari baan organik 100 % kapas , sebab tu budak akan lebih selesa dan rasa hangat kalau peluk kain ni . Ada banyak jenis dan design , dan orang boleh tengok di Kippins baby comforters . 
Machine washable & safety tested . Designed in Australia. Global Organic Textile Standard (GOTS) certified.




Banyak jenis barang keperluan bayi yang korang boleh dapatkan hanya di Ethissa , selain itu di web ini  juga terdapat tips tips yang berguna untuk ibu dan ayah . Wah ..menarik bukan . Juga jangan lepaskan baby deals setiap minggu . Banyak diskaun setiap minggu di barangan yang berbeza. Boleh jimat poket , ilmu pun dapat , budak pun happy..

Untuk info yang selengkapnya mengenai Ethissa , korang boleh rujuk dibawah ini :

Website :


Instagram :
Ethisa Baby 

Facebook : 
Ethissa 

Whatsapp :
+60 19 266 3223




Tapestries Online Murah

Dah jadi trend kan kalau selfie atau buat video , mesti background tu kain corak bolatan seperti gambar Lisa diatas . Memula ingatkan guna tudung sebagai background tu , lepas tengok di rancangan Nona ... baru tahu yang nama kain ni ialah Tapestries . Lisa lama dah berkenan dengan tapestry ni , tapi tak tau nama sebab tu susah nak cari online . Hari tu komen dekat instagram asyalee, igers famous yang lawa dan suka wat tutorial makeup tu .. ha.. disitu la Lisa komen tanya beli dekat mana . Tup-tup dapat DM oleh peniaga Tapestry ni .

Harga dan Size Tapestries

Tapestry ni lebih kepada macam kain yang korang boleh letak sebagai alas tilam , alas baring atau duduk dekat pantai , lekat kat dindind as wallpaper atau banyak lagi la ikut suai korang nak guna untuk apa. Lepas survey ,,, rasanya dalam Malaysia ni kurang orang jual tapestry ,. Harga pun berbeza dari satu tempat ke tempat lain. Korang boleh tengok di Instagram URBANBOHOCHIC.CO  , harga ni murah juga la dari website online lainnya . Harga RM60.00 untuk size tapestries kecik dan RM 80.00 untuk size tapestries yang besar. 


Ukuran tapestries ada 2 iaitu  :
-Tapestries Besar. [ 90x90cm ]
-Tapesetries Kecil .[ 60x60 cm ]


Dalam gambar Lisa diatas tu tapestries berukuran besar size 90x90 tak silap . Harga Rm80.00 tak termasuk pos.  Bukan hanya corak ini sahaja , tapi ada banyak lagi corak yang korang boleh pilih sesuai dengan kesukaan . 

Rambang mata la... Ha.. kalau berminat , korang boleh tengok detail berikut ni . Jangan salahkan Lisa kalau terjebak dan tak tau nak pilih yang mana satu , sebab semua besttt ! 

Instagam :
 @urbanbohochic.co

Whatsapp : 
+6014-9028360







Dalam Lazada pun ada offer sampai 95 % . Nah untuk mudahkan lagi.. korang klik je gambar bawah ini . 


tapestry


Cara Bayar Shopping Online Lebih Mudah dengan MOLPay Cash



Amboi shopping sakan cik Lisa ni ha... Semenjak dua menjak ni rajin pula beli barangan Make Up . Mana tak nye , banyak diskaun meletop weii! Kali ni Lisa shopping web di HERMO . Macam biasala , Lisa beli melalui web online je , senang mudah dan cepat  tinggal klik klik klik je . Dan lebih seronok lagi sebab hanya guna MOLPay Cash dan bayar di 7Eleven je . Sebab Lisa ni takde kredit card pun , biasanya shopping online guna kredit kad anak boss lepas tu ganti . Malas pergi bankin cash deposit punya pasal . Lapipun tak nak la ada kredit kad ,, takut terlajak beli ini itu  nanti heehehe... nafsu membuak tiap kali tengok  "SALE "

APA ITU MOLPay Cash ? 

Biasanya kalau beli barangan online ni perlukan kredit atau debit card untuk bayar kan ? kali ni Lisa akan kongsikan  cara mudah bayar shopping online tanpa guna credit card atau pergi bank buat bayaran tunai  .Cara bayar shopping online lebih mudah  dan senang dengan MOLPay Cash , print resit molpay cash dan korang pergi 7-Eleven untuk buat bayaran barangan yang korang beli tadi . Untuk lebih paham , Lisa akan terangkan lebih detail lagi dibawah ini. 






Masuk laman web HERMO , dan korang akan nampak beberapa promosi contohnya seperti gambar atas tu . ada SALES sampai 50% OFF  !!! 



Pilih la mana-mana barangan dari semua jenama terkenal di seluruh dunia , pastinya ORIGINAL bukan tiruan . Barang ori pastu dapat diskaun ,,,seronoknyaa!! Pilih-pilih  dan masukkan dalam Cart . Dah siap semua korang Check OUT . 




Nampak tak , time nak check out tu ,, korang akan tahu berapa RM korang dah berjimat ketika shopping di HERMO . Barangan yang Lisa beli , jimat dekat RM 43.85 .. banyak juga kan ? boleh beli barangan lain atau boleh la makan ketam . Eh.. tersembang pasal makanan pulak . hihihi. 



Step Pertama ; Masukkan detail penghantaran kalian seperti Nama > Alamat > dan Contact number . Step Kedua :  kalian boleh request penghantaran guna kurier GDEX . Lagi seronok setakat ni tak pernah mengecewakan , oh ya.. untuk barangan Maybelline , L'Oreal , dan Garnier  akan dihantar berasingan . Macam Lisa sebenarnya ada beli barangan Maybelline yang lain , tapi belum sampai lagi . 



Step ketiga : Payment Method . 

Yang ni kalian kena pilih guna Credit / Debit card . Dalam ni bukan hanya kredit card or debit card je rupanya ada banyak cara pembayaran salah satunya  MOLPay Cash yang Lisa bagitau awal tadi . 




Lepas korang klik Credit / Debit kad , web akan kuar gambar seperti atas ni . Korang kena pilih Payment Options





Dah nampak kan logo 7-Eleven tu , klik dekat logo tu .  Lepas tu akan keluar resit seperti bawah ni . 




MOLPay Cash 7-Eleven , dalam tu ada total bayaran yang perlu dibayar , verification code dan order ID untuk buat bayaran nanti .  Tick bahagian bawah i here by agree with the Terms of Service And Privacy POlicy . Lepas tu tekan Proceed. dan akan keluar 1 resit . Tunjukkan Transaction ID dan Verification Code pada cashier 7-Eleven. Jika payment dah confirm dan buat bayaran , cashier 7-Eleven tu akan bagi MOL-MOLPay resit dan resit dari 7-Eleven , so korang akan dapat 2 resit . 



Siap.. tinggal tunggu barang sampai di tempat korang . Penghantaran memakan masa 3-5 hari masa bekerja dan penghantaran secara percuma jika korang order barangan minimum 2 items. wahhh !! best-best .. sebab tak perlu bayar duit postage . 

LAST BUT NOT LEAST , Terimakasih banyak sebab dah baca entri mengenai Hermo dan MOLPay cash ni ,. Lisa nak bagi kalian voucher berbelanja di HERMO .

 Kod baucar : HMOLPAYCASH05 


Terma dan Syarat : 
- Baucar diskaun ini calid bermula 1/9/2016-31/12/2016 . 
- Diskaun RM5 dengan minimum pembelian dari RM60 pada 1 single order . ( tidak termasuk caj penghantaran )
- Baucar ni hanya valid untuk 1 kali sahaja untuk 1 customer selama tempoh promosi. 
- Tawaran ini tak valid  jika korang guna serentak dengan code promosi yang lain 

- Baucar tidak sah digunakan untuk barangan promo. 


Episod Akhir Sayangku Kapten Mukhriz


Tak terasa dah masuk ke penghujung episod akhir untuk drama Akasia Sayangku Kapten Mukhriz . Macam mana ..mesti kalian akan rindu dengan pelakon-pelakon ini kan .Jangan lupa tonton episode akhir hari ini 30 Ogos 2016  pukul 6.58 di TV3 . Tinggal beberapa minit sahaja .


Untuk korang yang tak berada di depan TV , boleh tonton secara online di Tonton.com.my atau di Link berikut :
EPISOD AKHIR SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ ONLINE TV3  -LIVE STREAMING 


Tonton episod penuh sayangku kapten mukhriz di www.gengtube.pw

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2016

Maharaja Lawak Mega kini hadir kembali untuk kalian yang akan ditayangkan  hari ini 29 Januari 2016 , bermula jam 10 malam bertempat di Dewan MBSA Shah Alam .  Saksikan Maharaja Lawak Mega musim baharu 2016 Minggu pertama  menerusi Astro Warna saluran 132 dan tayangan serentak di Astro Mustika HD pada setiap jumaat bermula pada jam 10.00 malam.  Tonton Online MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 . Live Streaming atau tonton secara online di pautan  berikut :

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2016 


 atau 

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2016 
(link hasbeen removed 





 Barisan peserta yang memeriahkan Maharaja Lawak Mega 2016  kali ini diantaranya :  


1. Awok

2. Bocey (Abam, Fan dan Achey)

3. Bora (Mamat, Yan dan Isa)

4. Bos

5. Cham (Along dan Azrul)

6. Chilok

7. Enjen

8. Jaros (Rahim, Syuk dan Joey)

9. Kavin

10. LOL (Tauke Jambu, Angah dan Ajak)

11. Puteh

12. Reza (Rayza Mukmin)

13. Say Who (Eko, Bocil, Vicha)

14. Shake (Amir Raja Lawak, Bell Ngasri & Mie Raja Lawak)

15. Xola

Wah meriahnya .. agak-agak macam mana persembahan malam ini ya ? jangan lupa saksikan jam 10 malam nanti. 

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 Online

Warganegara yang berasal dari Sabah dan Labuhan boleh memohon Beasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 bermula tarikh 15 Mac 2016 sehingga 14 April 2016.  Keputusan boleh disemak pada bulan June 2016 . Bukan senang kalau ingin mendapatkan Beasiswa Kerajaan Negeri Sabah . Ada Syarat tersendiri yang perlu ada untuk Memohon Beasiswa tersebut.

Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016


-Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
-Berumur 17 tahun dan keatas
-Salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan
-Kursus Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sabah
-Kelayakan Akademik Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016

Kursus Diploma

Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM) dengan  memperoleh  sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus  dengan  kepujian  dalam  mata  pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

Kursus Sarjana Muda
Lulus  Sijil  Tinggi  Persekolahan  Malaysia  (STPM) dengan  memperoleh sekurang-kurangnya gred  B dalam empat  (4)  mata  pelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti.  Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf. Lulus  Matrikulasi dengan  memperolehi  sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.00 atau Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Perubatan, Pergigian dan Farmasi Kursus Perubatan,  Pergigian dan Farmasi perlu  mendapat  sekurang-kurangnya  CGPA  3.5 di  peringkat  STPM/Diploma/Matrikulasi.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 Online layari: http://www.biasiswa.sabah.gov.my/

Tarikh Tutup Permohonan
14 April 2016

Semakan Keputusan Permohonan
Jun 2016

Jika anda rasa memenuhi syarat tersebut , angan lupa isi borang permohonan beasiswa kerajaan negeri Sabah 2016 pada 15 Mac 2016 nanti . Selamat mencoba  !



sumber : melvister.com

TONTON ONLINE SUPER SPONTAN ALL STARS AKHIR


TONTON ONLINE SUPER SPONTAN ALL STARZ AKHIR   || Akhirnya superspontan all starz telah sampai di penghujung final malam ini , Jumaat 30 Oktober 2015 pukul 10 malam nanti. ZIZAN, JOHAN, RAHIM, TAUKEH, YUS, ACHEY telah diumumkan sebagai finalis Super Spontan dalam Separuh Akhir Super Spontan. Agak-agak siapa yang akan menjadi pemenang dan mendapatkan hadiah wang sebanyak RM150,000.00 ? 

Jangan lupa undi Stars yang korang suka.
Agak-agak siapa yang akan jadi Juara Super Spontan ALL starz kali ini eh ? waahh tak sabarnya Semuanya akan terjawab dalam Super Spontan Akhir, Jumaat, 10.30 malam di Astro Warna (132), Mustika HD (134) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV, Singapura 
HADIAH PEMENANG Juara RM150,000
 Naib juara RM75,000 
Tempat Ketiga RM50,000 
Tempat Keempat RM20,000 
Tempat Kelima RM10,000 
Tempat Keenam RM5,000 

Untuk korang yang nak tonton live streaming super Spontan Akhir ni.. Boleh klik link berikut 

TONTON ONLINE SUPER SPONTAN ALL STARZ AKHIR  
(klik untuk tonton secara online ) link akan disiarkan bermula dari pukul 10. 

TONTON ISYARAT CINTA ONLINE

TONTON ISYARAT CINTA ONLINE | Lama dah tunggu cerita Isyarat Cinta ini. Last time nak tonton kat pawagam tapi dah tak ditayangkan lagi. Huwaa menangis tak berlagu.. Tunggu lama tak keluar lagi dah . Memang melepas sangat.Dilakonkan oleh Adi Putra , Fizo Omar ,dan juga Liyana Jasmay .

Kisah cinta antara Iskandar (Adi Putra), seorang yang bisu yang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, dan Dhia (Liyana Jasmay), seorang gadis yang buta. Iskandar sebenarnya adalah seorang jutawan yang rendah hati yang mana telah menyelamatkan Dhia daripada kemalangan jalan raya. Walaupun mereka kurang upaya atau cacat, mereka saling menyimpan perasaan antara satu sama lain. Rakan Iskandar iaitu Ariel (Fizo Omar) pula membantu menyampaikan apa sahaja yang Iskandar ingin berkata kepada Dhia. Walau bagaimanapun, Ariel mula mempunyai perasaan kepada Dhia dan tidak lagi mahu menjadi utusan untuk rakannya. Apakah kesudahan kisah perebutan kasih ini? Adakah Dhia menerima Ariel? Apakah akan terjadi kepada Dhia akhirnya? Saksikan kesudahannya di Isyarat Cinta .

PSSSTTTT : Sediakan tisu sebelum tengok cerita ini.. hewww

 TONTON  ISYARAT CINTA ONLINE 
klik link diatas  untuk tonton 

atau 

ISYARAT CINTA ONLINE 




ISTERI SEPARUH MASA RAYA ONLINE

ISTERI SEPARUH MASA RAYA ONLINE  | Bulan Syawal telah masuk hari ke enam ,ASTRO  menyajikan berbagai hiburan untuk mengisi masa seisi keluarga. Isteri Separuh Masa Raya kini ditayangkan untuk anda para peminat drama yang pernah disiarkan di Astro RIA ini . Mengubati rindu para penonton dengan lakonan artis-artis seperti Aiman Hakim , Emma Maembong dan Ayda Jebat. 

Medina , Telah punmendapatkan seorang puteri hasil pernikahan dengan dokter Nazrin , anak dari keluarga angkat yang dulu macam kucing dan tikus . Selalu sahaja bergaduh. Namun setelah cinta berputik antara mereka , kini mereka hidup Bahagia. Dokter Nazrin kini telah memegang jawatan di company papa, dan Medina memutuskan sambung belajar. Selesa dengan kehidupannya , Medina lalai dan lupa tugasan sebagai isteri untuk menjaga suami dan juga anaknya . Kawan-kawan Medina pula , selalu mengingatkan kalau-kalau Nazrin ada skadal diluar sana . Awalnya  Medina tidak termakan cerita  kawannya , namun akhirnya Medina mula merasa curiga dengan Nazrin kerana selalu pulang lambat. Terlebih lagi bekas kekasih Nazrin kini bekerja di satu compani bersamanya . Bagaimana kesudahannya ?


Tonton di Astro atau di link pautan berikut : 

Tonton Online Isteri Separuh Masa Raya 
link has been removed

atau

Isteri Separuh Masa Raya Online 



Tiket Final Maharaja Lawak 2014

Tiket Final Maharaja Lawak 2014 | Maharaja Lawak Mega 2014 akan kemuncak FINAL  pada Juma'at ,6 Februari 2015 bulan depan. Pastinya ramai yang ingin menyaksikan secara langsung pertandingan MLM 2014 akhir nanti. Gelanggang akhir program Maharaja Lawak Mega 2014 akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pukul 10 Malam.

Untuk mendapatkan tiket Final Maharaja Lawak Mega 2014 secara online , boleh layari menerusi laman web ticketpro di pautan http://www.ticketpro.com.my/jnp/theatre/comedy/1527118-Maharaja-Lawak-2015.html 

Untuk harga tiket, boleh rujuk gambar dibawah ini :





Shopping Online Jimat di Zolace

Shopping  Online Jimat di Zolace | Awal tahun Pastinya banyak  kedai  yang membuat  banyak  Sale . Namun  tidak semua  orang mempunyai  masa untuk  pergi kedai  dan bershoping . Tak usah risau , sekarang  jika anda ingin membeli-belah  tanpa menggunakan banyak masa dan juga tenaga , kini Zolace hadir untuk anda.  Zolace merupakan  butik pakaian muslimah moden yang menawarkan berbagai  jenis Pakaian muslimah , Aksesori , Tudung  dan juga  Beg ditawarkan di zaloce. Jimat tenaga sebab tak perlu bersusah untuk beratur dan juga jimat wang anda kerana harga yang berpatutan dengan poket anda.  Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia , Brunei Dan Singapura.  Tiada pembelian minimum  dan  Tiada tarikh akhir pembelian . 

Setiap hari Zolace memberi penawaran penjualan yang menarik . Anda boleh memeriksanya setiap saat hanya di page jualan zolace untuk mengetahui tawaran-tawaran menarik yang dijual sehari-hari  .  Diantaranya : Dress Muslimah Moden , Blouse Muslimah Malaysia , Skirt Labuh Muslimah , Tudung Bawal Online Malaysia ,Koleksi Baju Kurung Moden , Women Palazzo Pants in Malaysia , dan Beg Tangan Online . Wahh Banyak kan pilihan yang anda boleh pilih di Zolace ini !

Dress Muslimah  moden , Dress yang terbuat dari bahan seperti nylon , polyester  , spandex. Sesuai untuk menghadiri majlis rasmi . Reka bentuk untuk busana muslimah bermula dari saiz S sampai L menepati semua genre dari muda sampai ke yang sudah berusia . Bukan hanya untuk acara rasmi sahaja , juga dapat dipakai untuk bekerja , pergi kolej atau berjalan-jalan . Berbagai warna yang kalian boleh pilih sesuai dengan kesukaan dan pilihan hati kalian . Element yang geometric dan juga plain . Menarik bukan ?.  Jangan lewatkan tawaran menarik dan juga harga yang mampu menjimatkan poket anda .  Serlahkan keanggunan dan kecantikan anda dengan menggayakan busana Dress muslimah moden dari Zolace .

Blouse muslimah , baju  yang labuh dan menutup aurat untuk kaum wanita . Busana yang sesuai untuk bersantai , makan malam , pergi kerja dan juga untuk pergi ke majlis pernikahan . Terbuat dari kain yang lembut membuat para pemakainya berasa selesa dan tidak panas. Warna dan design corak yang beraneka ragam pasti akan membuat anda rambang mata dibuatnya .  Dari Baju yang berlengan panjang sampai lah baju setengah panjang  . Jangan risau mengenai ukuran baju , Blouse muslimah tidak hanya menyediakan satu saiz sahaja, namun terdapat 3 saiz dari saiz s sehingga size L .

Serlahkan keayuan dan keanggunan dengan menggabungkan antara Blouse Muslimah Malaysia dengan Skirt labuh Muslimah . Berbagai model dan corak Skirt labuh muslimah disediakan di Zolace . Sesuai untuk anda bawa bersantai, berjalan atau pergi ke pejabat. Tak lupa juga padankan dengan tudung bawal yang menarik dan juga berbahan kain yang lembut dan mudah dibentuk hanya di Zolace . Dari corak plain dan juga corak prints . Bidang 45 yang lebar sehingga tidak terlalu singkat apabila anda memakainya .

 Bergerak lebih bebas dengan Woman Palazzo Pants In Malaysia . tersedia dalam ukuran S,M,L ,XL bahkan 2XL . Jadi tak usah risau jika anda mempunyai saiz badan yang sedikit besar. Boleh pilih sesuai ukuran badan kalian. Bagi anda yang lebih selesa dan menyukai baju kurung , Zolace juga menyediakan berbagai pilihan jenis baju kurung dengan design yang terbaru . Koleksi baju kurung Moden ini anda boleh pilih di Zolace.




Zolace juga menyediakan berbagai aksesori untuk melengkapkan busana anda. Dari Beg , Cincin dan juga Rantai . Wah.. rambang mata dibuatnya .  Cantik dan elegant cincin itu jika tersemat dijemari manis anda . Tak kalah juga dengan Rantai yang dihiasi dengan batu kristal yang cantik dan menyerlah.Beberapa jenis model Rantai yang ditawarkan dan pastinya cantik . Dan juga Beg Tangan Online di Zolace.

Tudung yang saya pakai ini saya beli dari Zolace , terbuat dari bahan chiffon . Tudung bawal bunga raya chiffon ini lebar 45 bidang ,sehingga boleh saya bentuk ikut suka hati saya. Boleh gayakan seperti menggayakan shawl atau selendang .

Beg yang saya sandang ini cantik kan ,Nak juga ? jom , dapatkan di ZOLACE  sebelum kehabisan .


Apa tunggu lagi , mari membeli belah di Zolace yang pastinya masih menjimatkan poket anda. Layari web di www.zolace.com atau media sosial seperti link dibawah ini.



a)     Facebook: https://www.facebook.com/ZolaceMalaysia
b)    Twitter: https://twitter.com/ZolaceMalaysia
c)     Pinterest: http://www.pinterest.com/zolacemalaysia/
d)    Instagram: http://instagram.com/zolacemalaysia
e)     Google+: https://plus.google.com/+ZolaceMalaysia/posts

Video Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu Akhir

 
Video Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu Akhir  | Konsert Gegar Vaganza yang berlangsung di Dewan Sri Putra ,Bukit Jalil hari Ahad lepas 4 Januari 2015 disiarkan pukul 9 malam di Astro Ria, Astro Prima dan Astro Maya HD. Enam finallis yang berhasil menyertai di peringkat akhir ialah Rahmad Mega, Ayai Ilusi, Mamat Exist, Fazli Zainal, Haleeda dan Ifa Raziah.
Bagi sesiapa yang terlepas menyaksikan video tersebut ,boleh tonton online Konsert Gegar Vaganza 2014Minggu Akhir di link bawah ini.



Sinopsis Movie Manisnya Cinta Di Cappadoccia

Sinopsis Movie Manisnya Cinta Di Cappadoccia | Kisah seorang gadis yang bernama Ifti Liyana yang telah dijodohkan dengan Fredo ,jejaka pilihan kedua orang tuanya . Setelah beberapa tahun  bersama akhirnya mereka memilih untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.  Pertemuannya dengan seorang jejaka yang mampu membuka pintu hatinya untuk bercinta kembali. Nizam , jejaka hang mengaku sebagai seorang pemandu Bas. Namun, ada sahaja masalah yang timbul  . Antara ayahnya yang menginginkan Ifti menikah dengan Bachtiar , bekas abang ipar nya dan juga ayah dari anak-anak buahnya. Siapakah yang akan dia pilih ?

Tonton Online Manisnya Cinta Di Cappadoccia Disini 
Download Manisnya Cinta Di Cappadoccia ,
Disini  

Tonton Suamiku Encik Sotong Episod 9

Tonton Suamiku Encik Sotong Episod 9 | Suamiku Encik sotong bermula 27 Oktober 2014 di Astro Ria dan Astro Maya HD.Ditayangkan setiap hari Isnin pukul 10 malam. Mengisahkan pasangan suami istri yang berlainan sikap dan gaya. Jiwa suami yang lembut dan istri yang rock .

Erica dan farish pergi ke klinik , sesampainya disana mereka berjumpa dengan Izz, Qarina dan juga Datin Atiya . Apayang akan berlaku setelah Izz mengetahui yang Erica mengandung ? 

Tonton online / Watch  di :
 
*link akan dikemaskini setelah drama selesai

Atau TONTON  : DISINI
Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 9
Episode 8  
Episode 7 
Episode 6 
 Episode 5
Episode 4 
 Eposide 3 
 Episode 2
Episode 1

Live Streaming Malaysia VS Thailand 17 Disember 2014

Live Streaming Malaysia VS Thailand 17 Disember 2014 | Perlawanan Final Piala AFF Suzuki 2014 yang melibatkan team Malaysia melawan Thailand akan berlangsung hari ini , dengan Thailand sebagai tuan rumah. Jadual perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok pada jam 7.00 PM waktu Thailand dan 8.00 PM waktu Malaysia.Bagaimana keputusan perlawanan Final Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia vs Thailand ?
Baca DISINI

Siaran langsung perlawanan ini boleh disaksikan di TV9 . Apabila kalian berada di Hostel tiada TV, anda  boleh tonton secara online dan  klik pautan link di :
 LIVE STREAMING THAILAND VS MALAYSIA 17 DISEMBER 2014

Selamat menonton

Tonton Suamiku Encik Sotong Episod 8

Tonton Suamiku Encik Sotong Episod 8 | Suamiku Encik sotong bermula 27 Oktober 2014 di Astro Ria dan Astro Maya HD.Ditayangkan setiap hari Isnin pukul 10 malam. Mengisahkan pasangan suami istri yang berlainan sikap dan gaya. Jiwa suami yang lembut dan istri yang rock .

Tonton online / Watch  di : 

*link akan dikemaskini setelah drama selesai.atau


Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 8  atau    DISINI
 Tonton Suamiku Encik Sotong Episode

Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 6 
 Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 5
 Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 4 
Tonton Suamiku Encik Sotong Eposide 3 
Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 2
Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 1

© all rights reserved
made with by templateszoo