Ad

Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Pertama Kali Makan LATOK - Anggur Laut

Pertama Kali Makan LATOK - Anggur Laut

Assalamualaikum ! Pernah dengar LATOK ? makanan yang terkenal di sabah , sejenis rumpai laut atau mungkin lebih kurang anggur laut sebab bentuknya seperti anggur. Sering mendengar kawan ramai tulis caption rindu nak makan Latok ... tu yang buat Lisa teringin nak cuba la juga . Yela duduk semenanjung mana nak dapat Latok yang hanya ada di Sabah ni . Finally dapatla juga merasa lepas ada orang open order di Facebook dan diforwardkan sampai ke Lisa. Pertama Kali Makan LATOK - Anggur Laut .  Sedap ke Latok ni ?


LATOK ( ANGGUR LAUT ) 


Teruja weih pertama kali nak cuba latok ni . Ada kawan yang 'geli' nengoknya sebab rupa latok ni biji-biji kecil gitu dan dalam ada air masin . Tapi sebab makanan ni 'rare' , teringin nak cuba juga . Sebelum nak makan korang kena basuh dulu ye , takut ada cacing atau pumpun yang melekat hahaa  , basuh dan tos-kan . Basuh yang mana nak makan je , jangan korang basuh semua pula nanti cepat lembik dan busuk kalau dah cuci lepastu tak makan. Juga , latok ni tak boleh simpan di peti sejuk . Lepas basuh latok tu korang cicahla dengan sambal asam dia , atau letak cili ke .. buat kerabu ke. Haa ada macam-macam cara nak makannya . 



CARA MAKAN LATOK :



Basuh mana yang nak makan sahaja , mana yang tak makan lagi letak dalam tapis sahaja. Jangan masukkan dalam peti sejuk . Jangan kena air nanti rosak latok . Letak kat tapis luar je .
Cara buat pencicah  pencicah cara makan latok style sabahan cili padi,air suam,limau kasturi garam sikit & aji (air lada putih) 😋😋😋

Latok boleh buat kerabu kering, potong bawang,cili,perahan limau kasturi,mangga totok 😋😋😋 + ikan bakar nyummy ikut selera masing².



REVIEW LISA ;

Latok ni rasa masin , yelah sebab anggur laut dah hidup pun di laut masin ler jadinya. Makan dengan air asam baru sedap . Sedap sangat tu taklah ( untuk lidah Lisa ) , just bolehla.. mungkin sebab Lisa bukan jenis yang suka makan masin . Rasa masin tu masih terasa walaupun dah makan dengan air asam . Hahaha . Mungkin inila pertama dan kali terakhir makan latok. Oh ya sekarang ni latok dah senang di dapat di semenanjung ,walaupun still kena pre-order hehe.

Korang dah rasa atau belum ? 


Sedap Sangat ke Buah Kundang ?

Hai korang.. selamat petang ! Bagi yang tak tahu apa nama buah ni ... ha ni namanya Kundang . Kundang , sejenis buah yang susah nak cari . Katanya buah ini hanya ada dekat Sabah . Ermmm... dah selalu keluar di newsfeed di laman sosial , Lisa jadi teringin pulak. Haritu kirim kawan yang pergi Sabah ,tapi dia takut pos nanti dah busuk . Ok la.. redha je la kan. Nasib baik ternampak di FB ada orang jual buah ni ,tak tunggu lama.. terus tempah dan beli. Rasanya.. nyummm.. meh baca story Lisa .

 Sedap Sangat ke Buah Kundang ? 


Sehari dah sampai , alhamdulillah sampai dengan elok buah tu .. bukan main besar lagi kotak tu ,buah ada 15 biji jek . Janji buah selamat dengan eloknya . Tak sabar nak rasa.. nyummieeehhh ! 


 Buah kundang ni sejenis pelam atau mini manggo , pelam kecik-kecik je . Ingatkan sejenis apalah buah ni . Dah dapat makan memang dah terobati la rasa mengidam teringin tu . Hahaha. Kundang lebih manis dan sedap kalau beli dari Thailand , kat sana berlambak-lambak ada. Murah pun ye jugak . 

Rasa buah kundang ni manis . Ada orang cakap masam manis , mungkin sebab Lisa beli pastu pos , jadi dah betul masak tu yang rasa manis je . Krak kruk krak bak ayam goreng McD . tak terasa habis 6 biji . Sedap la sedap juga.. lain kali kena beli lagi la. Kalau makan fresh mesti lagi sedap . 




Basuh dulu kayh sebelum makan  jangan terus ngap je. 




Sedap buah ni , kalau dah mula makan memang tak rasa nak berhenti . 

HARGA 
Kecik je buah ni , besar macam tu je . Harga buah kundang RM65 sekilo tak termasuk postage. After beli tu baru terfikir nak tanya kawan yang duduk di Kedah sana sebab dekat dengan Thailand kan.. mana tau ada. Lah.. rupanya jual RM20 sekilo . Tak pe la.... teringin punya pasal dan dah beli pun . hehehe nyesal tak guna . Mak cakap jangan berkira kalau belanja duit untuk makanan .



Lepas dibelah dua , tengah buah kundang ni isi berwarna ungu . Lisa pun baru tahu jugak ni , makan tu memang tk nampak la. kena belah dua baru nampak warna ungu tu . 

Korang yang nak rasa makan buah kundang ni boleh pergi sabah atau pergi kat Kedah . Kalau kedai buah kat semenanjung memang biasanya tak ada . 




Buah Tangan Wajib Beli kalau Pergi Sabah


Sabah , selain dari gunung Kinabalu , tempat menarik yang patut korang lawati jika berkunjung ke Sabah ialah Kundasang . Kalau oversea tu macam NewZeland la  , di sini pula terkenal denga nama Desa Cattke Dairy Farm , Kundasang . Tempat ni sejuk , dan boleh minum susu fresh dari dari ladang lembu . wahh,,,menarik bukan ?

TEMPAT MENARIK DI KUNDASANG

Kundasang ni banyak tempat menarik untuk dilawati . korang kena tinggal lama sikit la kalau bercuti ,, baru lah rasa puas berjalan . Bagi mereka yang berada lebih dari sehari di Kundasang, boleh la pilih dan tambah destinasi untuk dilawati. Nah Lisa bagi senarai beberapa tempat yang menarik di Kundasang :-

-Kinabalu National Park  - Kundasang
-Desa Cattle Dairy Farm - Kundasang
-Tagal Fish Sg Moroli Kg Luanti - Ranau
-Poring Hot Spring - Ranau
-Rumah Terbalik - Kota Kinabalu*
-Kundasang War Memorial
-Ladang Teh Sabah
-Pasar di Pekan Kundasang
-Mesilau Nature Park
-Strawberry Mesilau Park



Sabah juga terkenal denga makanan Seafood yang fresh dan murah. Ermm..murah tu kena pandai cari tempat la  rasanya . Semakin dekat dengan laut lagi la murah . Lobster , ketam nipah . udang , sotong , ikan.. perghh.. rasa memang terbaikk la kalau dimasak fresh dari laut. Syurga makanan bagi penggemar seafood terutama ketam nipah , Lisa la tu .. hahaha. 

LOBSTER Merah , harga dalam RM 200-300 . 

Jajan apa yang best kalau pergi SABAH ?

Dah jalan-jalan mesti la kena beli buah tangan, ye dak ! Jajan ni maksudnya makanan , kira macam buah tangan berupa makanan gitu. Boleh tahan banyak juga la jajan yang boleh korang dapati di Sabah . Buah tagan wajib beli kalau pergi Sabah,  Diantaranya :-
*Amplang
*Mutiara Asli
*Ikan Bilis
*Ikan Masin
*Coconut Yogurt
*Kuih Cincin
*Buah Tarap
dan masih banyak lagi sebenarnya .




Tada,,, cantik kan.. kan.. kan..? rantai dan gelang mutiara buah tangan dari Sabah tempoh hari . Dalam cerita LEGENDS OF THE BLUE SEA tu , mutiara ni sebenarnya airmata ikan duyung . warna putih untuk air mata kesedihan dan warna pink tu pula air mata kebahagiaan. Mungkin mutiara ni airmata Sae Wa kot . haha jauhnya Lisa merepek, kalau dari Korea boleh la.. ni dari Sabah ..jauh bebenor. 

Lisa dapat satu set , dah macam Datin Rosmah pulak . Tengah bayangkan pakai kasut tinggi , pakai rantai ni , pakai gelang ni , ditambah bawa beg prada. Perghh.. dah macam adik beradik . Jadilah .. ala-ala datin gitu . 

Rantai dan gelang ni cantik , jatuh cinta gue dibuatnya . Warna ni yang pilih ummi mr. Hati Batu , dah ritu Mr Hati Batu tanya kat kita nak warna yang macam mana , mana la Lisa tahu , sebab tu suruh dia tanya Ummi  hahah betul-betul tanya pulak . Tapi okay la kan warna ni cantik sesuai dengan kulit Lisa yang putih gebus bak salji .  Pandai betul dia agak-agak panjang rantai and gelang ni , boleh ngam bila Lisa pakai . Tererrr seh, 






TIPS MEMILIH MUTIARA ASLI .
Kalau nak bezakan mana satu mutiara yang original dengan yang tiruan , korang ambek mutiara tu dan bakar. Kalau tiruan mesti meleleh dah ,,, kalau yang asli ni dia bentuk dan warna akan kekal . 

Yang ni pula jajan dari Kuching Sarawak .  dapat keychain dan pemotong kuku. Sebenarnya ada lagi satu tshit . Lupa nak keluarkan . ..  Jalan makan angin hasrus la minta tshirt . Heeeee... 


Banyak lagi sebenarnya souvenir dari beberapa buah negara ,,, wait to next artikel ya.. See you ....

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 Online

Warganegara yang berasal dari Sabah dan Labuhan boleh memohon Beasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 bermula tarikh 15 Mac 2016 sehingga 14 April 2016.  Keputusan boleh disemak pada bulan June 2016 . Bukan senang kalau ingin mendapatkan Beasiswa Kerajaan Negeri Sabah . Ada Syarat tersendiri yang perlu ada untuk Memohon Beasiswa tersebut.

Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016


-Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
-Berumur 17 tahun dan keatas
-Salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan
-Kursus Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sabah
-Kelayakan Akademik Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016

Kursus Diploma

Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM) dengan  memperoleh  sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus  dengan  kepujian  dalam  mata  pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

Kursus Sarjana Muda
Lulus  Sijil  Tinggi  Persekolahan  Malaysia  (STPM) dengan  memperoleh sekurang-kurangnya gred  B dalam empat  (4)  mata  pelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti.  Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf. Lulus  Matrikulasi dengan  memperolehi  sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.00 atau Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Perubatan, Pergigian dan Farmasi Kursus Perubatan,  Pergigian dan Farmasi perlu  mendapat  sekurang-kurangnya  CGPA  3.5 di  peringkat  STPM/Diploma/Matrikulasi.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 Online layari: http://www.biasiswa.sabah.gov.my/

Tarikh Tutup Permohonan
14 April 2016

Semakan Keputusan Permohonan
Jun 2016

Jika anda rasa memenuhi syarat tersebut , angan lupa isi borang permohonan beasiswa kerajaan negeri Sabah 2016 pada 15 Mac 2016 nanti . Selamat mencoba  !



sumber : melvister.com

GAMBAR GEMPA BUMI DI RANAU SABAH

GAMBAR GEMPA BUMI DI RANAU SABAH | Pagi tadi 5 June 2015 sekitar pukul 7.15 pagi wilayah Sabah., telah digemparkan dengan sebuah gempa bumi yang membuat kerosakan di beberapa bangunan dan masjid. Gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. 
Beberapa bangunan mengalami kerosakan dan penduduk di apartmen Di Kota Kinabalu serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. Tempat yang paling teruk terkena ialah di Ranau Sabah . Berikut Gambar setelah berlaku Gempa Bumi di Ranau Sabah 5 June 2015 dengan  kekuatan 6.0 pada skala Richter 










Semoga sedara mara yang berada disana selamat . 

© all rights reserved
made with by templateszoo