Ad

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

SURYA APPLE CIDER VINEGAR Bantu Melegakan Perut Kembung

SURYA APPLE CIDER VINEGAR ( ACV ) Bantu Melegakan Perut Kembung

Masalah perut kembung ni semua orang pernah mengalaminya , tak kisah orang tua , dewasa atau kanak-kanak bahkan baby pon boleh kena juga . Perut kembung juga sentiasa disalahfahamkan mengandung. Nak jadikan cerita , semalam Lisa pon kena juga Perut Kembung ni lepas minum air ber-gas , dah bertahun tak minum air gas . . Nah.. tengah malam buta dah meragam pula perut ini , perut kembung sebab masuk angin  . Memang seksa hoih kalau perut kembung .., kadang sampai nangis . Rasa nak muntah tapi perut kosong takde yang nak dimuntahkan. Pernah terbaca Surya APPLE CIDER VINEGAR Bantu Melegakan Perut Kembung
 , jadi Lisa cuba sendiri , baru tahu berkesan ke tidak .

Tanda dan Gejala Perut Kembung 

Kembung perut yang berlebihan boleh diikuti oleh gejala lain yang disebabkan gas isi perut.
  • Sendawa
  • Kembung – perut anda terasa sangat penuh dan rasa untuk sendawa je sepanjang masa . 
  • Perut meragam-  isi perut rasa macam bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila biasa berlaku kalau Lisa lapar tak makan nasi , perut kosong .. dan kadang sampai rasa berdebar debar.

    Sangat tak selesa , dan seksa . Nak tidur pun tak senang.. rasa nak muntah , perut meragam.. stress weih ! 
Nasib la tempoh hari memang dah beli dan letak di Peti Sejuk kat rumah , berguna juga masa sakit kembung perut ni. Ialah sebab Lisa pon sebenarnya selalu juga kena perut kembung macam ni kalau lambat makan atau sehari tu tak makan nasi . Baru tergerak hati nak cuba sendiri ..hihihi. almaklumlah kebiasaannya Vinegar ni rasa dia perit dan tak boleh nak masuk tekak.. tapi Apple Cider Vinegar ni lain, sebab ada campuran honey juga. Rasa apple masam masam dan ada manis dari honey tadi . 



SURYA APPLE CIDER VINEGAR 

Surya Apple Cider Vinegar (ACV) merupakan Cuka Epal yang mempunyai banyak khasiat dan manfaat yang telah dikeluarkan oleh Surya Malaysia. Surya telah memperkenalkan cara lain untuk menikmati minuman yang lebih sihat melalui penggunaan cuka epal dengan menambah kebaikan madu asli ke dalam produknya. Penghasilan formulasi ini adalah untuk mengubahkan perspektif penggunaan cuka epal dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama mereka yang amat mementingkan kesihatan dan mahu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. 


Kandungan Bahan Surya Apple Cider Vinegar (ACV)


Cuka epal ini diperbuat daripada buah epal segar. Ia mengandungi mineral seperti potasium, kloride, kalsium, sodium, magnesium dan fosforus, juga mineral seperti fluorin, tembaga, vitamin A, C, E, B1 dan B2.. Antara Kandungan dalam Surya ACV adalah Air, Madu Asli, Jus Epal Pekat, Cuka dan Perasa Epal. Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.

Yang Menarik dari Surya Apple Cider Vinegar  : 
  • HALAL Certified
  • New Taste
  • High Quality
  • No Preservatives
  • 100% Natural Honey
  • HACCP Certified





Cara Hidangan Surya Apple Cider Vinegar (ACV)


Campurkan 30ml atau 2x sudu besar Apple Cider Vinegar dengan 180ml air dan minum selepas makan.

Jujur nya Lisa ni memang agak susah sikit kalau suruh minum ubat berbentuk syrap , apalagi cuka epal . Dulu pernah cuba minum tapi termuntah balik.. lah salah cara minum rupanya ,.,. kena campur air baru la tak perit. Dan jangan lupa sebelum minum ni korang kena makan dulu ye . 



Di Mana Boleh Dapatkan Surya Apple Cider Vinegar (ACV) ?


Surya ACV ni boleh didapati di semua cawangan Watsons , butik Himalaya dan Farmasi-farmasi yang berdekatan . 

Nak jimat ? Meh korang boleh beli Online je ... jimat dan tak perlu susah-susah nak keluar  dari rumah . Hanya perlu buat pembelian di LAZADA.COM.MY  untuk setiap pembelian diatas RM35. Wah murah bukan ? Jimat masa ,, jimat tenaga.. jimat duit juga! 



Untuk Info yang selebihnya korang boleh terus layari : 

FACEBOOK:


INSTAGRAM:




Dah separuh botol Lisa minum , Hujan dan sibuk berkerja memang selalu wat perut Lisa kembung  ... Nanti nak beli lagi la.. taknak terlepas harga promo , boleh la letak kat tempat kerja dan rumah . 

Kekal Bentuk Badan Cantik Dengan Shapee


Kekalkan Bentuk Badan Cantik Dengan Shapee

Assalamualaikum ! Tahun 2017 dah nak melabuhkan tirai . Mesti ada azam yang mungkin dah tertunai atau yang belum . Ahaks... Azam nak kurus , ramai je yang buat azam ni tapi tu lah ,... sama ada berjaya ke tidak tu tengok juga usaha tu macam mana . Lisa ..pula macam mana ? azam nak bertambah berat ideal dah tertunai , azam nak bentuk badan shape pun dah tertunai . Salah satu cara untuk dapat kekalkan bentuk badan cantik dengan shapee , pakai WAIST SHAPEE dan juga SEAMLESS TANKEE  dari SHAPEE.

WAIST SHAPEE


Nak dapatkan bentuk badan yang cantik ni memang perlukan perngorbanan . Bukan semua orang boleh tahan untuk diet ,atau buat senaman . Ya.. paling senang pakai bekung. Pakai bekung ni , keras dan kalau terkena besi tu memang sakit . Ye Lisa ada pakai juga sebelum ini , lepas tu tak pakai dah , sebab sakit dan pergerakan pun jadi terbatas . Tak selesa weih .. sampailah Lisa beralih arah ke Waist Shape ini . Selesa dipakai dan tak keras . Pakai Waist Shapee ni tak rasa and tak akan nampak yang korang sedang pakai .



Waist Shape ini boleh dipakai 5 hingga 8 jam setiap hari . Lagipun tak keras dan tak ada besi yang sebenarnya besi tu tak berapa elok untuk efect kesihatan . Senang la korang kalau nak buat aktivity , kerja , solat pun senang. 


WAIST SHAPEE



Shapee ini diperbuat dari high kuality material iaitu Nylon dan Spadex . Begitu selesa ketika pakai ni sampai lupa yang Lisa tengah pakai waist shapee ataupun seamless tankee. 

Dengan design 3d compression juga , meningkatkan dalam pembentukan badan setiap hari . Membantu peredaran darah dan metabolisme juga membakar lemak-lemak di bahagian perut dan pinggang.


HARGA WAIST SHAPEE 


Untuk harga Waist shapee ini korang boleh dapatkan hanya RM 65.00 sahaja . Untuk ukuran dan size , boleh rujuk gambar dibawah ini . 




Kelebihan Shapee 


Nah sebelum bercerita lebih panjang lagi .. Lisa kongsikan beberapa kelebihan pakai Shapee ni
  • Mengekalkan keseimbangan badan secara semula jadi 
  • Membentuk dan melangsingkan badan
  • merangsang sistem imun
  • Membetulkan postur badan
  • meningkatkan metabolisme
  • pengekalan anti-air .
  • meningkatkan peredaran darah
  • anti-selulit
  • Anti- Spider veins 

SEAMLESS TANKEE 


Seamleess Tankee ini sejenis shapewear , yang mempunyai kelebihan untuk membentuk postur badan kita . Lebih-lebih lagi untuk Lisa yang kerja banyak duduk atas kerusi ini. Tak dapat elak dari membongkok sebab penat weih duduk je kan.. Lisa bergilir pakai Seamless Tanke dan Waist Shapee . Secara tak langsung boleh la lisa betulkan posisi badan, membentuk badan S  dan mengurangkan kebiasaan membongkok .Hee.. rasa badan ni taff pula kalau pakai , lebih percaya diri dan confident gitu . 




HARGA SEAMLESS TANKEE 




Harga untuk sehelai SEAMLESS TANKEE ini rm 75.00 . Pakai Seamless Tankee ni memang selesa , macam kulit kedua . Tak rasa pakai shapeewear sebab diperbuat dari material yang berkualiti tinggi iaitu Nylon dan Spandex. Untuk ukuran pula korang boleh rujuk gambar dibawah ini : 






Cara Pakai Shapee

  1. Pakai bermula dari bawah , masukkan kaki dari bawah dan tarik keatas perlahan-lahan . 
  2. Tarik keatas bermula dari pinggang tarik bahagian tali tu . 
  3. Selaraskan tali tu sesuai dengan bentuk badan dan keselesaan . 
  4. Sesuaiakan bahagian dada pada bentuk posisi yang baik. 
  5. Laraskan pinggang untuk dapat bentuk badan S . 



REVIEW LISA

Dah hampir sebulan Lisa pakai ni , memang terasa lain la bentuk badan . Lisa suka pakai yang SEAMLESS TANKEE SHAPEE , sebab dapat kurangkan posisi duduk membongkok . Badan pon boleh rasa macam slim S , tapi tak ganggu pergerakan badan . Waist Shapee pun selesa juga , cara pakai pun senang , dan yang bestnya takda besi tak rasa keras dan sakit bila bergerak .  Ada banyak jenis Shapee ini , sama ada shapewear , maternity , nursing bra , compress wrap dan banyak lagi . Korang kena terjah sendiri la dekat www.theshapee.com


Gambar Lisa pakai Seamless Tankee




Kecik molek and slim je kan badan Lisa pakai Seamless Tankee dari Shapee ini. 


Info selebihnya korang boleh baca di : 


Website : www.theshapee.com  , 





DOA Mencari Barang Yang Hilang

Doa Untuk Mencari Barang Yang Hilang Agar Dapat Jumpa Semula

Doa Untuk Mencari Barang Yang Hilang Agar Dapat Jumpa Semula 

Bila badan penat ni , kepala pun boleh jadi pelupa dan ting tong . Macam Lisa la yang keje hard sangat demi sesuap ketam . Ehh...  Beberapa hari lepas terlupa letak kat mana cincin yang selalu pakai di jari ni , bukan satu je ,. dua dua sekaligus. Adeh ... nak bagitau dekat ehem ehem mesti kena marah nanti , mana tidaknya .. sebab kecuaian Lisa sendiri kan . Nak beli takleh la gantikan nilai sentimental yang ada pada cincin tu . Usaha dah cari mana letak cincin tu ,pastu try google doa untuk mencari barang yang hilang agar dapat jumpa semula



Seperti yang korang tahu , bahwa dalam segala upaya kita tidak hanya melulu dengan berusaha, melainkan harus disertakan doa. Begitu juga ketika sedang mencari barang kesayangan yang hilang, maka sertakan doa mohon diketemukan barang yang hilang seperti yang sudah diuraikan diatas. Lisa doa dan tawakal la . Dah 2 hari Lisa cari tak jumpa juga , bawah katil takde , baju-baju almari tak ada , katil tu dah kibas-kibas kan selimut pun takda . Dicuri ke ? Hantu raya curi ke ?... mula dah fikiran merepek merapu ... 

Doa Mencari Barang Yang Hilang 

اَللهُÙ…َّ ÙŠَارِبِّ الضَّآلَّØ©ِ ÙˆَÙŠَاهَادِÙŠًا Ù…ِÙ†َ الضَّلاَÙ„َØ©ِ رُدَّ ضَآلَّتِÙ‰ْ 


 Artinya :
Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang


Dan Malam tu Lisa dah nak tidur, dalam pukul 1 pagi gitu , baca doa atas tadi sebanyak 3 kali . Takde tulis suruh baca 3 kali pun , depends korang sendiri la . Lisa tutup lampu bilik , dan buka flashlight dekat phone , halakan ke tilam tempat tidur Lisa tu .. suluh merata, dan alhamdulillah jumpa !! padahal dah kibas dan raba merata tempat tak jumpa sebelum itu . Then Lisa doa lagi la.. konferm dah yakin memang ada dekat situ je . Lisa suluh .... jmpa lagi bawah katil penjuru tepi. 

Alhamdulillah ... Besar sungguh kuasa allah . Jumpa weih dua cincin tu . Lisa ingat tercicir ke , terbuang ke ,,, benda halus kan .. 

Korang boleh la amalkan Doa atas tu , Insyaallah jumpa. Apepun usaha korang ,,, jangan lupa doa sekali ye . 

Oh ya.. atas tu nickname twitte lisa .Korang kalau ada twitter jangan lupa follow ye www.twitter.com/therylisa

Cara Merawat Masalah Rambut Gugur - Freshr

Petua / Cara Merawat Masalah Rambut Gugur - Freshr

Assalamualaikum ... ! Bila sikat rambut je, rambut luruh mcm Auturm in My Heart”..Yang melekat kat sikat tu,tak payah cakap la.. Sini rambut,sana rambut.Kat lantai pula hari-hari kena sapu,dalam bilik air lagi. Stress kan?? Tu tandanya korang mengalami keguguran rambut yang serius. Bukan korang sahaja,,Lisa juga mengalami keguguran rambut yang agak serius. So hari ni saya nak share petua semula jadi bagi mengatasi masalah keguguran rambut dan juga cara  merawat masalah rambut gugur dan gatal  , salah satunya dengan Freshr



Cara / Tips Merawat Rambut Gugur dan Gatal 

Bagi wanita bertudung , terkadang ada yang alami masalah rambut berbau hapak , rambut kering , rambut gugur , dan gatal sebab berpeluh .Ingatkan rambut gugur hanya berlaku pada wanita yang dah lepas bersalin , ini Lisa kawen pun belum lagi ..tapi rambut dah selalu gugur . Kadang tak perlu bersikat, raut sahaja dengan jari, dah segenggam rambut yang tanggal.  Huh .. ! Stress aku ! Dulu rajin juga la letak vitamin  jenama apa ntah tu .. pastu kalau letak vitamin rambut jadi berminyak dan leper. Tak selesa oihhh. Meh lisa kongsikan petua cara merawat rambut gugur dan gatal
  • Limau Nipis : Petua yang saya paling saya suka, perahan air limau nipis. Disamping bau yang harum dan segar. Diamalkan selama 2 minggu,kaedah ini mampu menghilangkan kelemumur. Kelemumur adalah antara punca keguguran rambut.

  • Aloevera : Yang ni pasti dah selalu dengar bukan  ? Untuk mendapatkan rambut yang cantik dan menawan, korang boleh menggunakan lendir daun lidah buaya dan disapukan kepada rambut sehingga ke kulit kepala. InsyaAllah rambut tidak akan gugur lagi malah semakin cantik dan sihat.

  • Tembikai : Petua seterusnya menggunakan kulit tembikai bahagian dalam. Gosokkan pada kulit kepala dan biarkan ia meresap. Cuci sehingga bersih selepas 15 hingga 30 minit. Kalau nak bawa tidur pun boleh. Pastikan anda menggunakan shower cap bagi mengelakkan bantal basah. Petua ini boleh diamalkan sekali dalam seminggu.

  • Kacang Hijau : Bukan hanya untuk dimakan , tapi korang juga boleh menggunakan air rendaman kacang hijau untuk atasi rambut gugur.  Caranya : rendamkan kacang hijau semalaman,tapis dan sapukan air rendaman itu keseluruh bahagian kulit kepala sambil diurut perlahan-lahan. Petua ini boleh diamalkan selalu sehingga rambut baru kelihatan tumbuh. Elakkan mengikat rambut dengan getah.



Tapi cara-cara atas tu leceh dan susah ? Nak cari bahan-bahan tersebut lepastu buat persiapan yang tertentu semata-mata untuk menangani masalah rambut, mana ada masa weih.. malas pun ye jugak . Nak senang... Lisa pakai je Freshr , tak melekit dan tak berminyak . Rambut kepala segar pun ye jugak... 


Freshr , Merawat Rambut Gugur dan Gatal  


Ni lah FRESHR yang Lisa pakai tu .  FRESHR adalah sejenis serum rambut yang mampu memulihkan masalah keguguran rambut, masalah kulit kepala panas, berkelemumur, rambut bercabang serta masalah rambut kering. FRESHR juga bagus untuk rambut yang berbau, kulit kepala yang berpeluh, kulit kepala gatal, migrain dan bagus juga untuk mengurangkan rasa stress.   Ini kerana produk FRESHR mengandungi Ekstrak Semburi. Rasa sejuk meresap dalam kulit kepala... dan.. bau wangi weih ! 




Kelebihan Menggunakan Serum FreshR

Kalau dulu Lisa selalu pakai conditioner selepas pakai shampoo.. hmm sekarang malas pula. balik kerja mandi nak lama-lama memang tak la . Naseb baik ada FRESHR , bukan sahaja memfokuskan kepada penjagaan kulit kepala dan rambut, malah ia dapat mengurangkan migrain dan stress seseorang. 


  • Mengatasi masalah rambut gugur - Rambut yang tidak sihat akan mudah gugur. Rambut perlukan vitamin yang mencukupi bagi mengelakkan keguguran. Gunakan FreshR untuk menambah vitamin yang diperlukan. Lisa pakai sebelum tidur , rasa fresh .. pagi buat kerja berpeluh-peluh pun tetap wangi je rambut .

  • Mengatasi masalah rambut botak tengah - Masalah botak tengah sering dihadapi orang lelaki yang stress bekerja. Dengan FreshR, pertumbuhan rambut akan dirangsang serta masalah botak tengah dapat diatasi. Korang yang ada sedara mara atau husband barang kali , boleh try ini.. kawan Lisa pun husband pakai . 

  • Mengatasi kulit kepala gatal - Kegatalan pada kulit kepala berpunca daripada rambut lembab yang tidak dikeringkan dan terkena panas matahari. Lebih lagi wanita bertudung ni , panas terik matahari mesti buat kepala berpeluh, dan jadinya gatal . Dengan FreshR, kulit kepala akan sentiasa sejuk dan segar.
  • Mengatasi rambut beruban - Bagi orang yang berusia, masalah rambut beruban boleh menghilangkan keyakinan diri. Gunakan FreshR untuk mengembalikan warna hitam rambut anda tanpa menggunakan pewarna.  , errr rambut Lisa semua masih hitam lagi , nanti try la kat abang pula .. Hihihi... 

  • Mengurangkan Migrain -  FRESHR juga mengandungi Melaleuca Leucadendra ataupun dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak kayu putih dapat membantu meringankan sakit-sakit kepala ataupun pening dek kerana stress serta tekanan kerja harian. 

  • Mengelakkan rambut bau Hapak -   Bau ekstrak pudina yang menyegarkan daripada FRESHR juga berkesan untuk mengelakkan rambut daripada berbau setelah satu hari melakukan aktiviti terutama sekali bagi kaum wanita yang bertudung. Ekstrak pudina juga boleh membunuh kutu rambut sekiranya digunakan secara berterusan setiap hari



Bahan Kandungan FreshR Berasaskan Organik

FreshR hanya menggunakan bahan organik yang diyakini berkesan serta telah disahkan selamatdigunakan oleh Kementerian Kesihatan serta halal di daftarkan di bawah KKM - not170505181k , dan  tidak menggunakan bahan kimia yang berbahaya  . 

Selain dari bahan kandungan Hair Protein , Semburi Extract , Melaleuca Leucadendra Oil , Pudina Extract ada 4 bahan organik yang memang memberi kesan kepada rambut ~, eh panjang pula Lisa explain..


  •  Aloe Vera - dapat mengekalkan kelembapan sekaligus mengelakkan masalah rambut gugur
  • Argan Oil - mengandungi vitamin tocopherols yang baik untuk mengembalikan kesegaran rambut 
  • Jojoba Oil - penyah fungus yang dapat membantu menghilangkan masalah rambut berbau dan gatal     akibat fungus dan juga kutu
  • Virgin Coconut Oil - membantu menghitamkan rambut dan pertumbuhan rambut.

Cara penggunaan FreshR 

Tekstur FreshR ni macam minyak kelapa , tapi langsung tak melekit dan senang nak sapu di rambut mahupun di kulit kepala ..cara guna ia pun mudah sangat , apply ketika rambut kering , drop beberapa titis minyak dan sapu di rambut dan jugak kulit kepala .. urut dalam 2 - 3 minit .Biasanya Lisa pakai malam  sebelum tidur . Ikut panjang rambut korang la ye ... kalau rambut pendek 1 picit je.. kalau rambut panjang..2x picit gitu .



REVIEW LISA 

Dari apa yang Lisa dah pakai selama seminggu ini , memang terasa beza la antara sebelum dan selepas pakai serum FreshR ini . Rambut jadi lembut dan kurang gugur. Kalau cakap 100 dah takda yang gugur tu menipula ye kan.. hehehe. Lisa pakai serum FreshR rambut lurus teratur weih , dah tak macam rambut singa kalau lepas keringkan rambut. Yela.. rambut singa.. sebab panjang paras pinggang. Bangun tidur pun dah sehelai dua je rambut yang gugur.  Serum ni tak melekit , rasa sejuk sejuk macam mint gitu . Best laa ! Bau pun wangi ... bye rambut kering . Jimat masa la Lisa tak perlu lagi kerap letak perapi time pakai shampoo.


Meh baca testimoni dari orang lain pula.. 

TESTIMONI Pengguna FreshR






HARGA FRESHR 

Harga untuk sebotol FreshR RM90.00 .. Oh ya.. Nak bagitahu ni .. sekarang FreshR ada buat SALE kaw kaw . Harga PROMO : 
  • Sebotol : RM70 
  • 2 Botol ; RM120
Wah boleh jimat banyak weih .. 




Eh.. banyak pula Lisa membebel.. nak cuba juga serum FreshR ?  korang usha ler di website Freshr . 

Info selebihnya  :
Facebook : FreshR HQ Branch KL  
Sms / Whatsapp 'FreshR' :  0164845540  
( Amirul - Seremban )

Petua Bila Tercekik Tulang Ikan



Sungguh tersiksa aih kalau tercekik tulang ikan ni . Kemarin Lisa baru terkena , fuhhh.. rasa macam nak keluar anak tekak ni . Panik pun ye juga , nasib baik time tu kerja berdua dengan pekerja lain , boleh la suruh dia tolong jaga sekejap sambil aku berlari ke HQ .  Cara atau petua jika tercekik tulang ikan ni sebenarnya tak senang tak susah .. haha meh la Lisa kongsikan . 

Petua Bila Tercekik Tulang Ikan 




Elok kalau korang baca dan ingat petua ni , kalau dah tercekik tulang ikan ni sakit dia memang takleh nak terangkan . Nak keluarkan bukan senang , kena korek2 anak tekak tu pun kalau boleh keluar. Oh ya..kemarin tu Lisa tercekik tulang ikan keli yang halus bagian tepi-tepi tu . Halus je tu ... sakit woii . Rasa boleh , nak keluarkan tak jumpa pulak tulang tu kat mana . Tulang ikan yang besar boleh tarik atau cabut , tulang ikan yang halus.. korang baca petua ni  : 

1. Nasi kepal-kepal  lepas tu telan kat mulut . Jangan kunyah tau , kena telan sebijik nasi kepal gitu. Takdela kepal yang besar , kepal kecik dah . Lisa takreti telan makanan yang besar , jadi terrrkunyah pulak nasi tu , tak menjadi la. 

2. Pisang , kupas pisang and telan . Caranya sama seperti telan nasi kepal tadi. Lisa kat tempat kerja , kat mana pula nak cari pisang. Hahaha.. so next ! 

3. Ambil air, masuk dalam senduk, selawat 3 kali dan minum dalam 1 nafas. 


4.Celup jari dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari yang ada madu tu.. Insha Allah, tulang akan keluar katanya


5. CUKA , Ambil 1 sudu cuka dan terus minum... Hahhaa.. cara ni yang Lisa guna semalam . Aduh... minum cawan penuh dalam 250ml gitu, teguk.. muntah . Rasa jangan tanya la. masam and mencucuk2 kat tekak oih. Tekak masih rasa ada tulang ikan tu , so minum semula jadi 2 cawan la. Hahah nasib baik tak biol kepala ni ha. Boss suruh minum sebotol gitu . Matilanakkk...  rasa piawww . 

Lepas minum tu masih rasa muntah dekat mulut tu tak ilang, Lisa minum ais krim, minum ais lemon pun sama je , rasa loya lepas muntah tu tak ilang lagi . . Perut dan dalaman tubuh ni rasa panas semacam . Nak muntah balik pun ada.,. mana tak nya , Lisa kan perut sensitive gitu . So putuskan untuk tidur sekejap . Dulu husband boss yang tercekik tulang ikan ni , tu yang tahu cuka memang cepat lembikkan tulang ikan . 

Alhamdulillah lepas 2 jam , tulang tu dah lembik dan ilang dari mencucuk tekak. Untuk rasa cuka dalam mulut tu pula kena tunggu 24jam baru elok . 

8. If masih tak ok lagi , sila rujuk doktor terdekat .
Nota : 
Perlu korang tahu ye , kalau korang pergi hospital pun tercekik tulang ikan ni bukan dalam kes emergency . So kena tahan sampai turn sampai ... 2 -3 jam gitu la paling cepat kalau tak ramai orang . 

Doa bila tercekik tulang


Selain itu cara yang lain bila tercekik tulang ialah dengan baca Doa , seperti berikut :



Turun 2 Kilogram Dalam Seminggu

Turun 2 Kilogram Dalam Seminggu 


Benda paling senang di dunia ialah naikkan berat badan ., sedangkan untuk kurus pula susah bukan kemahin . ,memang la banyak produk dijual di pasaran. Masalahnya .. betul ke berkesan ? elok tak tuk badan kita dikemudian nanti , contoh makan ubat-ubat ni biasa akan effect di buah pinggang . Lisa pula jenis yang senang naik senang turun . But lately ni dah terbabas lebih berat badan pula , stay on 48kg.. terlajak banyak dah tu . Biasanya 42-44kg je sebab dengan ketinggian yang cenonet ni .. berat tu ideal je bukan kurus kering like playwood ya. Tak boleh jadi ni , kena turunkan berat badan juga ! Dan yea.. Lisa berjaya turunkan berat badan 2kg dalam masa seminggu je . Nak tau tips ? ha.. Lisa ulas kat bawah ni ye. 

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Mudah 

Dah selalu kena tegur dengan kawan dan customer , buat Lisa ambil keputusan untuk turunkan berat badan . Boss pun selalu cakap Lisa dah gemuk la  , babat la.. hmm stress betul ! Hahah rasa berat ni tak cecah 50Kg lagi pun . Harap petua dibawah ini akan berguna untuk kalian ye untuk turunkan berat badan , bukan tuk kurus.. tapi untuk sihat !!



1. JOGGING
Biasa Lisa buat dekat tasik tu je . 1 pusingan sama dengan 1KM , kalau 5 pusingan dah 5KM , Fuh.. tapi buatla pemanasan dulu ye jangan terus joging . Kang sakit pula kaki tu . Joging boleh ganti dengan senaman dirumah .Nak lebih excited.. korang buka la youtube. Nak berzumba ke senam ke aerobik ke ..haa buatla. Dalam rumah tu kalau nak terguling-guling pun tak da orang tengok . 



2. EAT CLEAN .

Lebih kurang macam diet la , tapi bukan terus tak ambik makanan . Makan sayur dan jangan makan ayam , dan daging .  Banyakkan makanan berserat, tapi sebelum tu check la dulu tekanan darah tu tinggi , rendah atau normal . Effect juga la sebab kena jaga pantang larang juga sayur yang boleh makan untuk penghidap darah rendah atau tinggi .Kang pengsan macam Lisa aritu . Hahaha.. konon nak juicy celeri and lemon , sekali tu terus berpinar mata pening .. rupanya ada darah rendah .

3. Say No to Sugar.
Ya.. Lisa tinggalkan semua makanan dan minuman yang mengandung gula , kecuali nasi . Selama ni lisa memang kurangkan gula. Tahukah ands 'Gula' penyebab berat badan cepat naik tau , selain untuk turunkan berat .. Lisa juga nak buat cara hidup sihat.

Jadual pemakanan Lisa :
•Pagi minum air suam atau air ephyra
•Tengah hari lunch dengan sebiji epal.

•Malam pulak Lisa makan Nasi dengan sayur. Nasi ambil 3 sudu makan tu jek, pastu sayur  . Telur , ikan .korang boleh makan .. tapi jangan la makan berlebihan . Ambil secukupnya sudah .


#EATCLEAN : Bukan makan makanan yang bersih je tau. ...sebab ada yang ingat eat clean ni tak makan makanan yang dijual di gerai tepi jalan or restoran yang tak de sijil kebersihan "A" . 

Apa itu Eat Clean ? 


Eatclean tu sengaja menghindari makanan tertentu dan memilih pola makan yang jauh lebih alami dan sehat, contoh makan syur dan makan buah . Kurangkan makan daging , ayam or asid tinggi contohnya seafood . Tak makan makanan berlemak atau kurangkan garam dalam masakan .


Dalam jamuan makan malam aritu , Lisa tak makan ketam bukan sebab kotor or tak tau cara siang or masak tu bersih ke tidak.. tapi sebab memang dalam proses eat clean tak makan makanan berasid .,daging or ayam .  Saya bukan OCD haha  

Bila kau dah biasa makan makanan eat clean , nak makan makanan seafood pun dah tak lalu . Bayangkan ketam nipah masak black papper depan mata (makanan peberet ) .. just tengok je.... tengok je.. selama ni 2 3 ekor ketam nipah boleh habis . Hahahaha.. adeh

Dan hasilnya , dalam 5 hari berat Lisa dah turun sebanyak 2 kg. Tak sangka pulak dapat turun sampai macam tu sekali. Bukan diet , tapi jaga pemakanan . Buat semampunya ,dan jangan terlalu paksakan diri. Tanamlah niat nak sihat , insyaallah boleh . Rasa badan dah selesa dan sihat, korang nak makan apa pun boleh.. tapi lepas makan kena buat eatclean semula la. Sekali sekala makan makanan daging , ayam ,seafood tu boleh.. as long as tak memudaratkan .

Detox pun boleh bersihkan dalaman tubuh kita , sisa-sisa kotoran dalam tubuh yang bersarang bertahun-tahun  . Tips-tips dan resepi detox korang boleh tengok DISINI . Lisa tak boleh buat detox , darah rendah..  dah try aritu .. nak buat juicy air detox.. hasilnya darah lagi rendah . sebab tu stop buat dan tukar ke eat clean atas tadi . 



Selamat mencoba hidup secara sihat . 

Nak tengok sangat ye ke aku ni slim ? 


tengok je la di instagram : @Mawar_biru89
dan Facebook : @Lisa Nurul Ain 




Cara Merawat Resdung

Assalamulaikum ! Resdung ,  penyakit ni memang sangat mengganggu sebab kita terhad makan , tak boleh makan seafood ,belacan ,  makanan berminyak.. banyak lagi la . Oh.. patut la setiap kali Lisa pelawa makan sambal belacan dia tak nak ! Sebab takut gatal katanya . Lisa sendiri pun ada resdung , tapi tak teruk la sebab dah pernah buat rawatan guna facial sebelum ini . Kali ini lisa akan kongsikan  berberapa cara merawat  atau mengatasi resdung . 

Cara Merawat Resdung

Semua orang ada resdung ,walaupun tak teruk tapi perlu dirawat juga. Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak. Nah Lisa bagitau petua atau merawat resdung dengan mudah menggunakan bahan semula jadi . 

1. WAP Air Hangat
If korang tak boleh tahan menghirup wap, boleh cuba petua kedua iaitu mampatkan pipi dengan air hangat. Panaskan air, lalu diamkan hingga hangat. Celupkan tuala ke dalam air, lalu peras airnya. Letakkan tuala untuk menutupi wajah korang.



2 . Aloe Vera
Aloe vera ,selain untuk luka..juga menghaluskan kulit. Aloevera juga mampu untuk ubati resdung tau.  Cara pakainya adalah dengan menitiskan lendir aloevera  pada hidung. Agar lebih berkesan, minumlah rebusan aloevera secara teratur.


3. Limau Nipis dan Daun Pandan
Petua hilangkan resdung tradisional selanjutnya ialah memakai campuran limau nipis dan daun pandan.Caranya : Hiris halus-halus daun pandan secukupnya . Peras buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, saring dan pisahkan bijinya. campur air perasan limau denga daun pandan. Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah kehijauan. Tapiskan sampai tertinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu.Basuhkan air tadi ke wajah korang, elakkan terkena mata atau bibir.Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik.
Selepas berakhir, cuci wajah dengan air biasa.
Tapi cara ini tak sesuai untuk budak , sebab pedih ! 


4. Cuka Epal dan Madu
Petua menghilangkan resdung semulajadi selanjutnya adalah memakai cuka epal dan madu.
Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh.
Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.

5. Ubat Resdung Herba , ASMAK HERBS Kapsul Penawar Resdung

Beberapa cara diatas mesti agak leceh sikitkan ? banyak pula nak kena buat . Kalau korang takda masa tuk semua tu , Apakata korang try ASMAK HERBS -kapsul penawar resdung . Lisa dah try , dan now... tak rasa bersin-bersin sepanjang masa kalau kena habuk atau cuaca sejuk . Kelebihan yang ada pada Asmak ni , mudah dibawa kemana-mana , Tak leceh , serta uabt resdung ni dibuat dari herba jadi selamat digunakan . Tiada bahan kimia atau stereoid.


ASMAK HERBS - Diperbuat dari herba terpilih menggunakan KAPSUL HALALGEL bersih dan suci bagi membantu melegakan resdung seawal 3 hingga 14 hari produk muslim bertaraf GMP 


Cara makan Asmak Herbs - Kapsul Penawar Resdung 

-Dua biji pagi
-Dua biji malam
Jika resdung yang teruk,tambahan dua biji tengahari. 
Banyakkan minum air masak , dan bila dah semakin baik,makan bila perlu sahaja ,Jimat. 😊
NOTA ASMAK HERBS SESUAI DARI UMUR 3 TAHUN KE ATAS KECUALI IBU MENGANDUNG


GEJALA RESDUNG

•Sering mengalami hidung tersumbat
•Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
•Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
•Sakit tekak berpanjangan dan berulang
•Gejala alahan hidung seperti kerap bersin dan gatal hidung terutamanya pada waktu pagi
•Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
•Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
•Demam atau rasa tidak sedap badan yg berpanjangan

Pantang Larang Pemakanan Bagi Orang Menghidap Penyakit Resdung 

Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. Kalau korang nak kemas rumah, pakailah penutup hidung! Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka .
Kalau ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.. kalau gatal kang baru padan muka diri sendiri. 



Lisa lebih prefer kapsul , sebab senang telan. Kalu sirap ke powder memang tak boleh masuk tekak.. Tak reti sebenarnya . Hahahhaa.. Asmak Herbs dibuat dari akar mengkunyit , akar serapat juga lada sulah . 


Insyaallah,  Asmak Herbs penawar dari resdung yang mengganggu korang selama ini. 

REVIEW LISA : After makan 3 hari ni, memang dah jarang bersin atau sakit kepala . Apalagi time sejuk macam ni . Keberkesanan ni depends kepada resdung tu kuat sangat atau biasa-biasa ye , serta tindak balas tubuh orang tu tak sama  . Lisa jenis resdung biasa dan tak begitu mengganggu , jaga pemakanan paling penting tau . 

HARGA ASMAK HERBS .

Tak mahal.. hanya RM39 sahaja untuk kapsul sebanyak 30 biji ini. Harga asal RM46.00 , sementara ada promo tu kalian boleh la beli laju-laju .


Sekiranya berminat nak mencuba pil resdung ini,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  : 

Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/


Ig : mham.sdnbhd

Fb Page : Ubat Resdung Herba

Tips Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

tips hilangkan lingkaran gelap bawah mata
Tips Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata || Ingat lagi dulu Lisa pernah komen di salah satu blog tutorial makeup , then lisa cakap lah bawah mata tu ada lebam hitam ala-ala mata panda tu . Lisa komen tapi dia delete, errrr.. kasar sangat ke ? Ayat sensitip kot bagi perempuan . Satu lagi kes yang banyak Lisa tengok, Hari bersejarah korang bertukar status cik kepada puan mesti 1001 persediaan dilakukan. Maka  bermula lah hari hari tanpa tidur yang cukup. Apa perasaan korang jika tiba-tiba kawan tegur 

“Eh, kenapa nampak muram je? Mata pun sembab lebam je. Tak happy ke nak kahwin?"

Siapa yang tak terkejut if ditanya begitu. Mata tak bermaya. Kusam. Lesu. Sedih kan?

Cara Hilangkan Lebam Bawah Mata 

Nah , kali ini Lisa akan share tips , petua atau cara untuk hilangkan lingkaran gelap , lebam bawah mata dengan mudah dan cepat.

1. Uncang Teh untuk penyejuk mata .

gambar google
Uncang teh yang dah guna tu jangan terus buang ye , sebab boleh gunakan sebagai penyejuk mata . Caranya : Letak uncang teh tersebut kebahagian mata (jangan lupa pejam mata ) , dan biarkan selama 30minit , kemudian bilas dengan air suam . 
Nota; Jangan gunakan uncang teh yang dah campur dengan gula atau susu tau . Nanti lekit dan digigit semut pulak . 

2. Amalkan minum air suam
Yang ini memang korang dah tahu kan , air suam ini memang bagus untuk kesihatan . Amalkan 8 gelas air suam setiap hari untuk hilangkan lingkaran hitam bawah mata .

3. Timun Tomato sebagai Eye Mask
Baik timun atau tomato ini bagus untuk segarkan mata dan hilangkan lebam bawah mata . Caranya : hiris halus timun / tomato dan kemudian letak dimata sampai 30 minit . Terpulang korang nak guna yang mana satu , biasanya Lisa guna timun .

4. Tidur secukupnya 

Yang ini tak perlu dibagitau lagi la kan , memang kalau kurang tidur mata kan jadi lesu , lebam bawah mata, berkedut , dan jadi lingkaran gelap ala-ala mata panda . Semua orang pasti pernah macam ini kan . Jadi sila tidur secukupnya , tak kurang tak berlebihan .



5. Biormist AMEENA KSK III

Memang banyak produk di pasaran , tapi Lisa pilih pakai jenama AMEENA.
AMEENA KSK III adalah produk gabungan formula Jepun dan Malaysia bertaraf antar bangsa . Kandungan bahan unik dan berkualiti juga semula jadi , bukan hanya perempuan sahaja tau.. lelaki pun boleh pakai. Dengan syarat korang berusia 18tahun keatas.


Biormist Ameena ni jenis aqua waterbase sebab tu sejuk dan cepat meresap. Jangan risau , Ameena KSK III ini takda kesan sampingan . Botol yang kecik dan comel mudahkan korang selit dalam beg untuk bawa kemana sahaja . 


Pam sekali saja dan ratakan kebawah mata untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata .

Fungsi Biormist Ameena : 

Garis halus bawah mata atau kedutan ialah tanda awal penuaan , macam mimpi ngeri bagi kaum wanita la . Alhamdulillah Lisa ni takde lagi eyebag dan kedutan bawah mata , bermakna masih dalam zone kanak-kanak remaja gituu.. hehehe.. kan kan kan..! satu lagi masalah, ' Mata sembap'  yang ni biasanya orang yang selalu makeup dan tak bersihkan dengan betul , tak percaya...pi tengok youtuber yang selalu makeup tu . Takpun sebab tak cukup tidur ,nampak lesu dan tak bermaya. Korang jangan risau kalau ada gejala macam diatas tu , garis halus , eyebag , mata sembap.. semua akan settle dengan Ameena. Fungsi Biormist  Ameena :

 -menghilangkan lebam bawah mata , lingkaran hitam bawah mata , garis-garis halus bawah mata , sel kulit mati bawah mata,
 -melancarkan peredaran darah bawah mata , 
-memberikan kulit bawah mata lebih sihat , juga.. memperbaiki sel bawah mata . 



Lisa jenis yang tak ada eyebag , tapi sometimes ada kalau penat atau mengantuk . Tengok la gambar diatas tu .. ni penat dan cuaca panas ketika perjalanan jauh kenduri kahwin kawan kesayangan sorang ni.  


Wajah putih gebu gebas tanpa sebarang eyebag and garisan halus .





Mana tempat untuk beli ? Korang boleh contact je puan Haida : 019-508 1433

Info AMEENA selengkapnya sila layari www.ameenacare.com 





© all rights reserved
made with by templateszoo