Ad

Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Lake View College (LVC) Kolej Swasta Peringkat DIPLOMA


Selepas tamat SPM, mesti ramai diantara korang atau mungkin anak saudara yang berlumba-lumba untuk mengisi permohonan UPU bagi menyambung pelajaran di IPTA. Tambahan pula, dengan harapan ibu bapa yang ingin melihat setiap anak-anaknya berjaya dalam hidup, pasti semangat untuk sambung belajar masih tinggi dan berkobar-kobar. Tetapi, apabila keputusan UPU dan rayuan keluar, nama tak tersenarai untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. hmm...Tentu rasa kecewa kan?

Lake View College (LVC) , Kolej Swasta Peringkat DIPLOMA




Masa itulah , ada yang mula hilang minat untuk sambung belajar sebab kecewa  apatah lagi, apabila tengok rakan-rakan sebaya sedang sibuk membuat persiapan melangkahkan kaki ke menara gading. Bagaimana pula dengan diri korang? mesti teringin teringin nak sambung pelajaran diploma sama seperti rakan-rakan yang lain . 

Usah risau, walaupun tak berjaya dapat tempat di IPTA, korang  masih berpeluang melanjutkan pelajaran di Lake View College (LVC) yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan terletak di dalam persekitaran Bukit Merah Laketown Resort. 

7 Program / Bidang di Lake View College 


Dengan dikelilingi tasik dan kehijauan alam semulajadi, ianya menjadikan LVC sebagai suatu institusi pendidikan yang kondusif.  Antara tujuh bidang yang ditawarkan  ialah :
  • Diploma Kejururawatan, 
  • Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , 
  • Diploma Kesihatan Persekitaran , 
  • Diploma Pengurusan Hotel, 
  • Diploma Pengurusan Perniagaan dan 
  • Diploma Perakaunan.



Tentang Lake View College (LVC) 


Untuk makluman , LVC merupakan antara kolej swasta yang menawarkan yuran pengajian yang berpatutan di negara ini bagi peringkat Diploma. Dengan pelbagai fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, pengajian di LVC bukan sahaja berbentuk teori malah turut merangkumi komponen amali dan latihan praktikal. Ini bertujuan mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu sebelum mereka menempuh alam pekerjaan kelak. 


LVC Menyediakan Bantuan Kewangan 


Bantuan kewangan? yang ni takperlu risau, kerana LVC ada juga menyediakan pinjaman pendidikan PTPTN untuk bantu merealisasikan hasrat menyambung pengajian. Bantuan zakat juga turut disediakan bagi yang kurang berkemampuan menerusi Badan Amal dan Kebajikan M K Land. 

Pelajar yang telah tamat pengajian di LVC di peringkat diploma juga boleh sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti awam ataupun swasta di negara ini. LVC turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sebagai kolej bersekutu.


Jadi kalian tak perlu risau jika ada minat untuk sambung pengajian semua di peringkat yang lebih tinggi nanti .



Untuk makluman  lagi, sehingga kini, LVC telahpun melahirkan sekitar 1,400 graduan, di mana ada di antara graduan kejururawatan juga keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian. Apa yang lebih membanggakan, ada di antara graduan kejururawatan LVC turut ditawarkan pekerjaan di hospital-hospital luar Negara seperti di Singapura, Dubai, Jeddah dan Kanada. Wow ... menarik bukan ?

Bagi mereka yang berminat, boleh layari  laman web LVC :   http://www.lvc.edu.my/ ,
Facebook :  www.facebook.com/lvcollege ) atau hubungi 60 5-890 8071 untuk keterangan lanjut. 







Jangan lupa hebahkan kat kawan atau sedara mara tau .... 😊

PELUANG MENJADI PENGASAS PRODUK PERCUMA

PELUANG MENJADI PENGASAS PRODUK PERCUMA || Pernah satu ketika dulu Lisa ingin jadi pengasas produk sendiri .Tengok Dato' Seri Vida  pengasas Qu Puteh , Dato' Alif terlajak laris , dan Jutawan muda Salehuddin Ilias atau dikenal safie Ilias. ..teringin juga jadi seperti mereka.  Tapi tak tahu dimana dan cari siapa untuk mula belajar semua itu . Biasanya memang kalau masuk agent atau dropship..diorang tak kan bagi atau tunjuk ajar , mungkin takut jadi pesaing kot  .

Pengasas Produk ,, dalam minda mesti dah fikir ..mana nak cari duit untuk jadi pengasas? Ye kalau menjadi .. kalau ditipu orang .. hmmm... ok ok .. usah risau .. Lisa nak bagitahu yang kini Muslim Volunteer Malaysia ( MVM)  bekerja sama dengan MOHA GROUP SDN BHD , membuka peluang untuk join dan belajar bagaimana menjadi pengasas produk secara percuma dalam program  MVMAPPRENTICE .Apprentice yang berjaya berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri secara PERCUMA melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD.
 Ini peluang buat Lisa dan juga anda yang berminat untuk belajar mengenai bisnes, anda boleh hadirkan diri ke "Preview MVM Apprentice yang seterusnya pada 29 Mei ini.

APA ITU #MVMAPPRENTICE ?

#MVMAPPRENTICE merupakan program amal keusahawanan dengan kerjasama MOHA GROUP bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda.

Khas buat anda yang masih mencari kerja. Tiba masa untuk anak muda mempunyai kerjaya, bijak mengurus kewangan dan menjadi pengasas produk.


MAKLUMAT PROGRAM

» Tempat: EZAZ Wealth Management dan Consultancy
» Alamat: No 13B, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Suri Puteri,
Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300, Shah Alam, Selangor.
» Tarikh: 29 Mei 2016
» Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
» Peserta: Terhad kepada 100 orang sahaja!
» Pendaftaran: - 019 - 387 4397 Atiqah

SIAPA PERLU HADIR?

» Graduan baru
» Mereka yang sedang memburu kerja
» Mereka yang ingin menjadi pengasas produk
» Mereka yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan
» Mereka yang ingin belajar mengenai pemasaran online/offline

 BERSAMA 3 PANEL MVM APPRENTICE


YAYA MOHAMAD
Yaya Mohamad merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MOHA Group Sdn. Bhd dan dua syarikat lain iaitu MOHA Trading Sdn. Bhd serta MOHA Biotech Sdn. Bhd. Beliau merupakan usahawan kosmetik yang berjaya dalam usia muda. Usia muda dan kepayahan hidup sebelum ini tidak menghalang beliau untuk terus maju dalam bidang keusahawanan kosmetik. Mempunyai pelbagai produk kecantikan yang hangat dipasaran dan dikenali di serata Malaysia serta dikagumi oleh usahawan yang lain.

SHIDA MOHAMAD
Shida Mohamad merupakan Pengurus Besar Jamutera Trading Sdn. Bhd. serta pengasas kepada 5 produk kecantikan dan kesihatan khas untuk pasaran online bermula pada awal tahun 2014.

YA MUHAMMAD
Ya Muhammad merupakan seorang usahawan muda dan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim  Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association). Beliau juga aktif memberikan latihan berkaitan pemasaran Online kepada Usahawanan Muda.


Jom daftar SEKARANG ! Caranya mudah je .. whatsapp nama penuh anda ke no 019  387 4397 – Atiqah, dan beritahu yang "saya berminat untuk hadir ke "Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini"

Anda juga boleh klik "interested" / "going"di event di FB

Maklumat lanjut di:



Mohon juga bantu untuk hebahkan kepada kawan-kawan anda, terutamanya kawan anda yang masih mencari peluang pekerjaan / yang berminat untuk menjadi usahawan.

Semakan Keputusan Matrikulasi 2016-2017 Online

Semakan matrikulasi dijangka akan diumumkan keluar pada pertengahan April 2016 bersama-sama dengan pengumuman keputusan tawaran ke Tingkatan 6. Untuk semakan keputusan ini boleh melalui dua cara , iaitu secara online atau SMS .


Semakan Keputusan Matrikulasi secara Online ,


Pemohon boleh membuat semakan untuk mengetahui status permohonan ke Program Matrikulasi KPM.
Untuk membuat semakan ini, anda boleh menggunakan :
*Nombor Kad Pengenalan atau
*Nombor Lembaga Peperiksaan

 Sila layari http://www.moe.gov.my atau http://matrikulasi.moe.gov.my/matrikulasi_tawaran/


Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)


Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :
Program Matrikulasi KPM:
Taipkan MOEMARNO. KP dan hantarkan ke 15888
Contoh : MOE MAR 960704085973

FAQ
Soalan dan jawapan lazim ditanya berkaitan tawaran sila klik SINI

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2016/ 2017 Ambilan Kedua
Keputusan rayuan Matrikulasi 2016/ 2017 ambilan kedua akan diumumkan keluar pada mulai Jun 2016.


Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 Online

Warganegara yang berasal dari Sabah dan Labuhan boleh memohon Beasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 bermula tarikh 15 Mac 2016 sehingga 14 April 2016.  Keputusan boleh disemak pada bulan June 2016 . Bukan senang kalau ingin mendapatkan Beasiswa Kerajaan Negeri Sabah . Ada Syarat tersendiri yang perlu ada untuk Memohon Beasiswa tersebut.

Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016


-Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
-Berumur 17 tahun dan keatas
-Salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan
-Kursus Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sabah
-Kelayakan Akademik Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016

Kursus Diploma

Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM) dengan  memperoleh  sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus  dengan  kepujian  dalam  mata  pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

Kursus Sarjana Muda
Lulus  Sijil  Tinggi  Persekolahan  Malaysia  (STPM) dengan  memperoleh sekurang-kurangnya gred  B dalam empat  (4)  mata  pelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti.  Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf. Lulus  Matrikulasi dengan  memperolehi  sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.00 atau Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Perubatan, Pergigian dan Farmasi Kursus Perubatan,  Pergigian dan Farmasi perlu  mendapat  sekurang-kurangnya  CGPA  3.5 di  peringkat  STPM/Diploma/Matrikulasi.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 Online layari: http://www.biasiswa.sabah.gov.my/

Tarikh Tutup Permohonan
14 April 2016

Semakan Keputusan Permohonan
Jun 2016

Jika anda rasa memenuhi syarat tersebut , angan lupa isi borang permohonan beasiswa kerajaan negeri Sabah 2016 pada 15 Mac 2016 nanti . Selamat mencoba  !



sumber : melvister.com

Borang Permohonan Ijazah Perubatan MBBS 2015

Borang Permohonan Ijazah Perubatan MBBS 2015 | Para pelajar atau calon  yang ingin melanjutkan pembelajaran dibidang perubatan , kini UniKL telah memberikan pelawaan kepada mereka yang layak untuk mendaftarkan diri dibidang perubatan.  Penyertaan program Ijazah Sarjana Muda Perubatan selama 5 tahun bertempat di UniKL Royal College of Medicine Perak, di alu-alukan untuk semua calon yang memenuhi syarat kelayakan yang diberikan.

Syarat Kelayakan Minimum MBBS UNIKL :

~SPM- Minimum 5B dalam subjek Sains seperti Biologi, Kimia, Fizik, Matematik atau Matematik Tambahan.
~Diploma Health Science- Minimun CGPA 3.00 dan keatas
~Ijazah Medical Science- Memperoleh CGPA 3.00 dan keatas.

Untuk  Borang Permohonan Ijazah Perubatan MBBS 2015 boleh didapatkan secara online 
di web : http://www.unikl.edu.my/web/admission/


© all rights reserved
made with by templateszoo