Ad

Showing posts with label .berat badan.. Show all posts
Showing posts with label .berat badan.. Show all posts

Kekal Bentuk Badan Cantik Dengan Shapee


Kekalkan Bentuk Badan Cantik Dengan Shapee

Assalamualaikum ! Tahun 2017 dah nak melabuhkan tirai . Mesti ada azam yang mungkin dah tertunai atau yang belum . Ahaks... Azam nak kurus , ramai je yang buat azam ni tapi tu lah ,... sama ada berjaya ke tidak tu tengok juga usaha tu macam mana . Lisa ..pula macam mana ? azam nak bertambah berat ideal dah tertunai , azam nak bentuk badan shape pun dah tertunai . Salah satu cara untuk dapat kekalkan bentuk badan cantik dengan shapee , pakai WAIST SHAPEE dan juga SEAMLESS TANKEE  dari SHAPEE.

WAIST SHAPEE


Nak dapatkan bentuk badan yang cantik ni memang perlukan perngorbanan . Bukan semua orang boleh tahan untuk diet ,atau buat senaman . Ya.. paling senang pakai bekung. Pakai bekung ni , keras dan kalau terkena besi tu memang sakit . Ye Lisa ada pakai juga sebelum ini , lepas tu tak pakai dah , sebab sakit dan pergerakan pun jadi terbatas . Tak selesa weih .. sampailah Lisa beralih arah ke Waist Shape ini . Selesa dipakai dan tak keras . Pakai Waist Shapee ni tak rasa and tak akan nampak yang korang sedang pakai .



Waist Shape ini boleh dipakai 5 hingga 8 jam setiap hari . Lagipun tak keras dan tak ada besi yang sebenarnya besi tu tak berapa elok untuk efect kesihatan . Senang la korang kalau nak buat aktivity , kerja , solat pun senang. 


WAIST SHAPEE



Shapee ini diperbuat dari high kuality material iaitu Nylon dan Spadex . Begitu selesa ketika pakai ni sampai lupa yang Lisa tengah pakai waist shapee ataupun seamless tankee. 

Dengan design 3d compression juga , meningkatkan dalam pembentukan badan setiap hari . Membantu peredaran darah dan metabolisme juga membakar lemak-lemak di bahagian perut dan pinggang.


HARGA WAIST SHAPEE 


Untuk harga Waist shapee ini korang boleh dapatkan hanya RM 65.00 sahaja . Untuk ukuran dan size , boleh rujuk gambar dibawah ini . 




Kelebihan Shapee 


Nah sebelum bercerita lebih panjang lagi .. Lisa kongsikan beberapa kelebihan pakai Shapee ni
  • Mengekalkan keseimbangan badan secara semula jadi 
  • Membentuk dan melangsingkan badan
  • merangsang sistem imun
  • Membetulkan postur badan
  • meningkatkan metabolisme
  • pengekalan anti-air .
  • meningkatkan peredaran darah
  • anti-selulit
  • Anti- Spider veins 

SEAMLESS TANKEE 


Seamleess Tankee ini sejenis shapewear , yang mempunyai kelebihan untuk membentuk postur badan kita . Lebih-lebih lagi untuk Lisa yang kerja banyak duduk atas kerusi ini. Tak dapat elak dari membongkok sebab penat weih duduk je kan.. Lisa bergilir pakai Seamless Tanke dan Waist Shapee . Secara tak langsung boleh la lisa betulkan posisi badan, membentuk badan S  dan mengurangkan kebiasaan membongkok .Hee.. rasa badan ni taff pula kalau pakai , lebih percaya diri dan confident gitu . 




HARGA SEAMLESS TANKEE 




Harga untuk sehelai SEAMLESS TANKEE ini rm 75.00 . Pakai Seamless Tankee ni memang selesa , macam kulit kedua . Tak rasa pakai shapeewear sebab diperbuat dari material yang berkualiti tinggi iaitu Nylon dan Spandex. Untuk ukuran pula korang boleh rujuk gambar dibawah ini : 






Cara Pakai Shapee

  1. Pakai bermula dari bawah , masukkan kaki dari bawah dan tarik keatas perlahan-lahan . 
  2. Tarik keatas bermula dari pinggang tarik bahagian tali tu . 
  3. Selaraskan tali tu sesuai dengan bentuk badan dan keselesaan . 
  4. Sesuaiakan bahagian dada pada bentuk posisi yang baik. 
  5. Laraskan pinggang untuk dapat bentuk badan S . 



REVIEW LISA

Dah hampir sebulan Lisa pakai ni , memang terasa lain la bentuk badan . Lisa suka pakai yang SEAMLESS TANKEE SHAPEE , sebab dapat kurangkan posisi duduk membongkok . Badan pon boleh rasa macam slim S , tapi tak ganggu pergerakan badan . Waist Shapee pun selesa juga , cara pakai pun senang , dan yang bestnya takda besi tak rasa keras dan sakit bila bergerak .  Ada banyak jenis Shapee ini , sama ada shapewear , maternity , nursing bra , compress wrap dan banyak lagi . Korang kena terjah sendiri la dekat www.theshapee.com


Gambar Lisa pakai Seamless Tankee




Kecik molek and slim je kan badan Lisa pakai Seamless Tankee dari Shapee ini. 


Info selebihnya korang boleh baca di : 


Website : www.theshapee.com  , 





Masker Pilihanku, IDO'S TWILIGHT GUARDIAN MASK

Masker Pilihanku ,IDO'S TWILIGHT GUARDIAN MASK  | Bukan hanya badan sahaja yang penat , Namun kulit muka pun boleh penat. Macam mana tu ? Habuk , kotoran , makeup , hujan , panas menyebabkan kulit muka menjadi tua dan terjadinya kulit mati . Stress kerja dan aktivity yang padat pun boleh membuat muka berkerut tau ! . Pastinya wanita tak suka dengan kulit wajah yang berkerut ibarat seperti monster atau hantu yang selalu membayangi wanita. SERAM !

Lisa pon penat , banyak masa lisa habis untuk kerja. Ditambah dengan aktivity kerja diluar  lagi. Huh.. malam balik rumah muka pon terasa penat . Kadang kalau tak cuci bersih muka ni akan menjadi jerawat ! ya .. kulit muka yang sensitif dan terdedah dengan habuk dan kotoran memang akan jadi macam tu . 
Dan Lisa pilihlah IDO'S TWILIGHT GUARDIAN MASK . Sejuk dimuka dan terasa macam fresh . Lembut dan juga aroma yang wangi.

Masker kulit muka yang mempunyai banyak manfaat. Jenis masker yang lain lisa tak try lagi. sbab pernah try dan keesokan harinya tumbuh jerawat comel. Tak taula.. mungkin sebab kulit muka tak sesuai . IDO'S , Sel Stem Botani Teknologi canggih inovatif merangsang mekanisme pertahanan tubuh untuk pertumbuhan semula sel dan rejuvenation yang dilengkapi dengan regenerasi tindakan ke atas epidermis untuk pembaharuan sel dan pembezaan; penyusunan semula pada Dermo-epidermis dermis junctionand untuk mengetatkan kulit dan pengukuhan; melindungi dari radikal bebas yang kuat yang menyumbang kepada pengurangan kerengsaan persekitaran dan #inflammationto sensitiviti kulit pertempuran dan alahan. 


Dibuat dari bahan-bahan yang melindungi kulit daripada kerosakan UV, memutihkan dan mencerahkan mana-mana pra-pigmentasi. Selain itu, bahan-bahan aktif menyediakan pelembap hingga ke dasar kulit membuat kulit tidak kering dan berkesan mengekalkan molekul air dalam sel-sel kulit. Oleh itu, dengan penyembuhan, anti sensitif, anti-penuaan, pemutihan dan pelembab fungsi, Twilight Guardian Mask segera membentuk perisai pelindung telus bulat-the-jam di muka, meninggalkan kulit lembut dan berseri.
Open IDO'S TWILIGHT GUARDIAN MASK , kemudian lekatkan dimuka . Wahh sejuk dan fresh macam letak ais atas muka . Hahaha.. tunggu dalam 30 minute dan kemudian tanggalkan.
Dan rasakan kelembutan kulit ketika bangun tidur. Tadaa... rahsia kecantikan yang selama ini Lisa amalkan .  ( Cewahh... ayat.. ! )


Kekal berseri selepas mencuci muka . 

Nampak tak wajah Lisa yang berseri-seri bagaikan dapat bonus sebulan gaji. Hahaha..  Pilihlah mask yang sesuai dengan kulit kalian . Dan pemakaian yang teratur , kalau busy dan tak sempat.. Lakukan seminggu 2@3 kali. Terutama untuk kalian yang nak kahwin tu .. Yang mak orang pun boleh buat le.. nanti suami pon sayang . Heee...

 Tips lain untuk kekal berseri , minum air putih banyak-banyak ketika bangun tidur dan rest & tidur secukupnya . Yang suka pakai makeup tu , pilihlah makeup yang tak terlalu banyak kangdungan bahan kimia. Sekarang kan dah banyak makeup yang menggunakan bahan herba , pandai-pandailah kalian pilih . hehe.. 


Cara Mendapatkan Badan Seksi

Seksi : 30 Hari Mendapatkan badan Seksi  | Dimana ada kemahuan , disitu ada jalan. Janji niat tu perlu ada . Susahnya nak menjadi sexy girl . I means badan yang body fit le , bukan se-xy pakai pakaian yang seksi tu hah  tapi se-xy dalam erti body cantik dan sehat . Bukan sebab botox atau ubat-ubatan.Cara mendapatkan badan seksi ? 30 DAYS CHALLENGE SQUAT AND PUSH UP . 


Kisahnya kemarin Lisa buatlah senaman Squat dan Push Up , ikut pada jadual yang ada. Haha... lepas tu buat senaman kerusi macam diatas tu . Ok lah boleh buat 40 kali. Berpeluh-peluh gak.Fuh- fuh.. penat laa.. Tapi takpa sebab ingin sehat dan badan cantik. Hehe. Kalian kalau nak join challenge ini boleh juga, tapi kena pasang niat betul-betul la. Lepas buat senaman , squat , dan push up maka apa yang terjadi pada keesokan harinya ? Pergh tulang rasa patah-patah . Macam lepas jatuh dari tingkat 1 . Sakit tulang belakang , nak bergerak pun sakit . Kena duduk menegak je . Fuhh.. Dan malam tadi lagi teruk sampai nangis meraung kesakitan dalam bilik. Mana tidaknya , baring untuk rebahkan badan ase sakit, mengiring pon rasa sakit , nak bersin pon rasa sakit. 

Kenapa sampai macam tu sekali ? memang akan sakit macam tu ke ? Normally kalau pemulaan kena lah warm up la . Ibarat badan terkejut tu jadi sakit-sakit . Bak kata kawan Lisa , " orang kalau dah lama tak main futsal then tetiba main futsall di padang bola memang akan pancit punya ". Ini permulaan sahaja , nanti lama-lama ok lah tu dengan senaman , squat , and pushup. Jangan salah cara, kena buat betul-betul kalau tak tahu tengok la youtube atau mina ajar orang yang tahu .

Hope esok dah sembuh dan boleh mula senaman lagi . Jom join  30 DAYS CHALLENGE SQUAT AND PUSH UP . Heheh cantik untuk badan sendiri walaupun nampak susah tapi percayalah , dimana ada niat disitu ada usaha dan jalan (eh betul ke ayat ini )



Tukar Kuaci Dengan Delima

Tukar Kuaci Dengan Delima  | Putih-putih melati, merah-merah delima,siapa yang baik hati pasti ku terima. Eh, nyanyi la pulak. Semenjak dua menjak ini Lisa suka makan buah delima sebagai pengganti makanan ringan . On Diet la katakan. Dah kurus nak kurus lagi wat pe ? Eh ,, naik dah saiz pinggang. Kena kuruskan semula , Baju dah tempah dengan saiz yang time kurus oi.. Nanti kang baju ketat pulak time Majlis . Dah lah majlis tinggal beberapa minggu lagi. 

Jadi Lisa dah dua hari ini tak makan tengah hari . Tukar pemakanan dengan makan sandwich ketika pagi dan tengah hari makan buah delima . Makanan sunah lah katakan , selain itu juga mengandungi banyak khasiat lain seperti menurunkan berat badan  dan Baca DISINI. Tak lapar ke tak makan ? tak lapar pun sebab pagi ada makan roti dah kan. Makan Delima ini dengan makan kuaci lebih kurang , kerna petik satu-satu buah tu dan makan. Sama lah makan kuaci kan.


Lisa makan sebiji buah delima saiz besar. Kenyang dah tak payah makan nasi.Selain itu amakn delima juga menyehatkan kerna tidak mengandungi bahan kimia seperti makanan ringan ,sebab tu tukarlah dengan mengamalkan makan delima daripada makan makanan ringan yang tak berkhasiat . hehehe. Merah dan manis buah delima ni . Berharap saiz pinggang akan berkurang sama seperti saiz sebelum ini agar baju tak ketat dan nampak cantik dalam majlis nanti . (Perasan ) .


 

Tips Turunkan Berat Badan

Tips Turunkan Berat Badan |Assalamualikum dan selamat pagi. Wanita takut akan kegemukan yang melanda kepada mereka. Berbagai ubat-ubatan dan produk kecantikan sanggup wanita beli hanya untuk menurunkan berat badan. Bagi Lisa,kenaikan berat badan bukan menjadi masalah yang besar .

Beberapa minggu lepas, Lisa gigih berusaha menaikkan berat badan .Yelah, selepas sakit aritu, berat Lisa turun secara drastis. Haa..maka dengan gigihnya Lisa naikkan berat badan,dan akhirnya.. dapatlah naik dari 40kg ke 46kg. Naik 6Kg ! Haha dengan ketinggianku yang comel-comel sahaja ni maka 46 termasuk dalam kategori gemuk dah. Kena turunkan berat ni !

Lisa mulalah dengan petua nenek moyang ,atok dari beberatus abad keturunan masa silam. Amboiii hahaha . RAHSIA TURUNKAN BERAT DENGAN MUDAH kini bukan menjadi rahsia lagi .Ayat macam iklan semacam je ,krik krik.
 Petua-petua itu ialah :

1. Jangan lupa sarapan.
 Jangan makan-makanan berkalori tinggi pulak. Makan yang heavy food ya ,
2. Kurangkan porsi makan tengah hari
Makan 1/2 dari kebiasaan.
3. Kalau kalian suka makan ayam atau daging , dan susah untuk tinggalkan. Maka cubalah makan ayam yang direbus . Bukan digoreng atau berkaitan dengan minyak dan juga santan.
4. Perbanyak minum air masak
Lisa mengamalkan 2 botol besar air mineral setiap 1 hari. Air ini bagus untuk metabolisme badan.
5. Tidur awal
Tahukan anda , bahwa tidur lewat boleh menyebabkan kegemukan .
6.Perbanyak makan sayur dan buah .
7. Jadualkan makan malam sebelum pukul 7 malam.
8. Senaman secukupnya .

Lisa dah cuba, dan hasilnya berat badan turun 3kg dalam masa 1 minggu. Tak percaya ? ini buktinya , gambar di instagram yang menunjukkan berat badan satu minggu lepas dan gambar yang Lisa ambil ketika timbang berat semalam.

Sebab kenapa Saya tidak mengkonsumsi atau memakan ubat diet? , Sebab saya sayang ginjal saya dan saya lebih suka mengamalkan pemakanan yang sehat. Ianya akan kekal untuk tubuh , tidak perlu risau kesan sampingan yang mungkin akan memakan ribuan bahkan puluhan ribu untuk kos pengubatan .

Jadi , selamat mencoba dan selamat mengamalkan.
© all rights reserved
made with by templateszoo