Ad

Showing posts with label musibah. Show all posts
Showing posts with label musibah. Show all posts

GAMBAR GEMPA BUMI DI RANAU SABAH

GAMBAR GEMPA BUMI DI RANAU SABAH | Pagi tadi 5 June 2015 sekitar pukul 7.15 pagi wilayah Sabah., telah digemparkan dengan sebuah gempa bumi yang membuat kerosakan di beberapa bangunan dan masjid. Gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. 
Beberapa bangunan mengalami kerosakan dan penduduk di apartmen Di Kota Kinabalu serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. Tempat yang paling teruk terkena ialah di Ranau Sabah . Berikut Gambar setelah berlaku Gempa Bumi di Ranau Sabah 5 June 2015 dengan  kekuatan 6.0 pada skala Richter 










Semoga sedara mara yang berada disana selamat . 

Gambar Bas Persiaran Rentung Di Tapah

Gambar Bas Persiaran Rentung | Perjalanan dari Kuala kurau, Parit Buntar menuju Genting Highlands berubah menjadi sebuah tragedi setelah bas tersebut rentung terbakar pada 1.15 pagi . Dilaporkan setakat ini 7 penumpang maut , 15 penumpang  cedera dan tuju lagi cedera ringan. Kejadian itu berlaku  di Kilometer 326.3 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran susur keluar ke Tapah, awal pagi tadi. 





Marilah sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban dan semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan. 

Kereta Bertembung Dengan Hilux

Kereta Bertembung Dengan Hilux | Semalam hujan renyai-renyai, balik kerja lambat. dalam pukul 10 malam aku dan kawan baru nak bertolak dari tempat kerja. Dalam 5 minute perjalanan, tiba-tiba kereta bertembung dengan bagian belakang Hilux di corner depan Imperial Hotel .

Kemek bumper depan , Hidung aku terhantuk . Alhamdulillah tak patah lagi tulang hidung ini, dan kepala masih agak pening . Dalam ati memang Allah sahaja yang tahu, teringat accident 8tahun lepas yang membuat aku koma selama 1 minggu dan hampir merengut nyawaku.  Unkle cina pemilik Hilux tu pon turun dengan anak dan bini dia. Aku dan kawan aku turun, tengok apa yang rosak. Tangan menggigil lagi sebab terkejut . Anak unkel cina tu nak ambik gambar kereta and plat tapi unkel cina tu tak bagi anak dia ambek gmabar and kemudian cakap " Dah tak payah ambek gambar , tak pe . Awak settle kereta awak , agak teruk tu.  kereta saya nanti saya setle . " Dan kami berterimakasih dengan unkel tu . Unkel tu tolong kami chek kereta , mesin tak da problem. Bumper sahaja yang kemek dan jatuh.
Time nak gerak balik, argh ..Bumper dah jatuh teruk. Tayar sangkut kat bumper.kereta tak leh jalan. Lepastu call Boss sebab dia yang paling dekat kat situ. Dan kami tunggu dalam kereta , dalam 10 minute Boss datang .Dekat pukul 11 malam kami baru bertolak balik..

Gambar Puting Beliung di Kedah

 Gambar Puting Beliung Di Kedah | Puting beliung di Kedah yang hampir berlaku setiap minggu. Kejadian ini berlaku  hari ini  di Kampung Sungai Nonang ,Alor Setar 12 November 2014 pada pukul 3 petang. Sebanyak 14 rumah dilaporkan mengalami kerosakan . 






Amaran RIbut Dan Hujan Lebat Di Selangor , KL, Dan PutraJaya

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Selangor , KL, Dan PutraJaya | Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora pada 7 November 2014 ,pada02.50pm di Selangor, Kuala LUmpur ,Dan PutraJaya .
MET juga meramalkan hujan lebat peringkat kuning yang akan berlaku di Kelantan, Terengganu , Pulau Pinang , Perlis,dan Kedah sampai 9 November 2014.
AMARAN KATEGORI PERTAMA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Ahad, 9 November 2014.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Jadi untuk kalian yang ingin balik kampung atau berjalan di kawasan-kawasan tersebut sila berhati-hati ya. Jaga diri dan keselamatan masing-masing.

Penemuan sesosok mayat di Pantai Lido ,Johor Bahru.

Penemuan sesosok mayat di Pantai Lido,Johor Bahru |Niat lelaki ini untuk menunggu isterinya pulang dari kerja ,berubah  dengan penemuan sesosok mayat.Fikri Afiq Marjuki,seorang suami  yang sedang menikmati pemandangan Pantai Lido ketika menunggu istrinya pulang kerja tanpa sengaja mengambil gambar sesosok tubuh yang terbaring ditepi pantai. Mayat tersebut ialah milik seorang perempuan cina yang berusia lebih kurang 30tahun keatas. 

Penemuan mayat tersebut berlaku petang semalam pukul 6.09 ,06.11.2014 bertempat di pantai Lido ,berdepan dengan Hospital Sultan Aminah ,Johor Bahru.

 Kejadian  itu segera dimaklumkam kepada polis yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.Mayat tersebut kini dibawa oleh polis untuk dibedah siasat lebih lanjut.



Gambar Banjir Lumpur Di Cameron Highlands

Gambar Banjir Lumpur Di Cameron Highlands | Hujan Lebat di Cameron Highlands sejak awal petang menyebabkan air sungai mula naik disekitar Pekan Baru Ringlet dan menimbulkan banjir kilat dan banjir lumpur  kira-kira pukul 7 petang semalam 05 Nov 2014. 













Gambar Puting Beliung Alor Setar,Kedah

Gambar Puting Beliung Alor Setar ,Kedah | Petang tadi sekitar pukul 4.30 Puting Beliung telah melanda di Kepala Batas dan Alor Setar ,Kedah. Tiada kemalangan jiwa ,akan tetapi dilaporkan lebih kurang 20 rumah mengalami kerosakan akibat puting beliung tersebut. 





Gambar Puting beliung di Pandamaran, Klang.


Gambar Puting beliung di Pandamaran, Klang |  Berikut ialah gambar puting kerosak akibat puting beliung di Padamaran ,Klang pada 21/10/2014.


© all rights reserved
made with by templateszoo